Friday, October 18, 2013

Adakah saudara faham Islam? (Samb.)

Assalamualaikum,
Saudara dalam post sebelum ini kita telahpun tahu - berdasarkan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah - Bahawa berjema'ah dalam Islam itu adalah pra-syarat utama halanya hidup kita serta sahnya Islam kita. Berjema'ah adalah ketetapan Allah (a.w) dan ketetapan Rasulallah (s.a.w). Justeru itu, Omar (r.a0 yang diberikan kedudukan isyemewa oleh Allah (a.w) merumuskan: 'La Islama illa bi-jama'atin, ... al-Hadith) - Hadith Darami, bukanlah mengada-adakan sesuatu tetapu menyatakan sesuatu yang benar berdasarkan firman Allah (a.w) dan sabda Rasulallah (s.a.w). Dalam post ini kita teruskan penelitian kita tentang topik atau tajuk 'berjema'ah' ini supaya kita lebih faham.

Keridhaan Allah (a.w) jika Berjema’ah

Saudara, hadith berikut adalah nas dan dail hadith bahawa Allah (a.w) ridha terhadap kita sebagai hambaNya yang Islam dan beriman, jika kita berjema'ah dalam menganuti agama Islam. Counter factualnya, Allah (a.w) tak ridha jika kita tidak berjema'ah walaupun kita Islam!
Diriwayatkan hadith dari Jarir hadith dari Suhailin hadith dari bapanya hadith dari abu Hurairah (r.a) berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah ((s.a.w): ‘Innallaha yarda lakum thalathatan wa-yakrahu lakum thalathan fayarda lakum an ta’buduhu wala tusyriku bihi syaian wa-an ta’tasimu bihablillahi jami’an wala tafarraqu wa-yakrahu lakum qila wa-qala wa-kathratas-suali wa-ido’atal mali.’ [Yang bermaksud: Sesungguhnya Allah (a.w) rida bagi kamu tiga perkara dan benci bagi kamu tiga perkara; maka rida Allah (a.w) bagi kamu bahawasanya (pertama) menyembah kamu akanDia dan jangan menyekutukan denganNya sesuatu dan bahawasanya (kedua) kamu berpegang teguh pada tali Allah (a.w) (yakni, agama Islam) secara berjema’ah dan (ketiga) jangan berfirqah (yakni, bermazhab-mazhab); dan benci Allah (a.w) bagi kamu dengan (pertama) ‘katanya, ‘katanya’ (i.e. taklid buta, ikut cakap-cakap atau ajaran sianu dan sipolan, yang tidak disokong oleh ketetapan al-Quran dan as-Sunnah), dan (Kedua) memperbanyakkan soal (dalam perkara agama) dan (ketiga) mensia-siakan harta.] [Hadith Muslim]
[Nota: Hadith ini mengulangi ketetapan Allah (a.w) pada Ayat 57, Surah an-Nisa’:Ati’ullaha war-rasulu wa-ulil amri minkum …al-ayat’ (Yang bermaksud: Taatkanlah Allah (a.w) (i.e. ikuti ketetapan al-Quran) dan taatkanlah Rasulallah (s.a.w) (i.e. ikuti ketetapan as-Sunnah) dan (taatkan) ‘uil amri’ (i.e. orang yang berkuasa atas jema’ah umat Islam, iaitu imam atau amir (atau apa saja gelarannya orang yang memimpin jema’ah umat Islam). Ketaatan pada Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) itu adalah perintah ketaatan yang mutlak – tidak boleh tidak. Tetapi, ketaatan kepada ‘ulil amri’ – Iman atau amir – itu tertakluk pada sama ada ketetapannya itu bertentangan dengan al-Quran atau as-Sunnah. Maka dengan itu di akhir ayat tersebut Allah (a.w) memberitahu jika timbul perselisihan faham antara kepimpinan dengan rukyah (anggota jema’ah), yang dipimpin, atau persengketaan kerana keraguan atau kekeliruan tentang setiap sesuatu dalam Islam, maka hendaklah (i.e. wajib) dirujuk kepada ketetapan al-Quran dan as-Sunnah. Maka dengan itu Rasulallah (s.a.w) memberitahu umat Islam bahawa ketetapan atau ijtihad imam atau amir itu wajib ditaati dalam apa keadaan sekalipun kecuali dia (imam atau amir) perintahkan sesuatu yang bertentangan dengan al-Quran dan as-Sunnah. Jika bertentangan dengan al-Quran dan as-Sunnah, maka perintah atau ijtihad itu adalah maksiat, tidak wajib di dengar dan tidak wajib dipatuhi oleh jema’ah.] 

Halal hidup orang iman jika Berjema’ah 

Saudara, hadith ini adalah nas dan dalil yang menyebutkan bahawa halalnya hidup kita sebagai hamba Allah (a.w) di dunia ini, apabila kita Islam, dan kita berada dalam jema'ah umat Islam dan kita mempunyai seorang pemimpin yang sah menepati ketetapan a-Quan dan as-Sunnah.
Rasulallah (s.a.w) berabda: ‘La yahillu li-thalathatin yakunu bi-falatin minal-ardhi illa ammaru ‘alaihim ahadahum.’ (Yang bermaksud: Tidak halal bagi tiga orang yang bertempat di suatu tanah lapang sebahagian dari bumi kecuali menjadikan salah satunya (yakni, dari kalangan mereka bertiga) menjadi amir/pemimpin (bagi mereka bertiga).) – Hadith Imam Ahmad
[Nota: Perintah berjema’ah itu wajib kalaupun terdapat disuatu tempat atau qariah umat Islam hanya 3 orang sahaja, maka mereka bertiga wajib mengangkat salah seorang mereka menjadi imam kepada mereka bertiga. Justeru itu, kalau bertigapun diwajibkan melantik seorang imam, apatah lagi kalau disuatu qariah itu terdapat lebih dari 3 orang orang aman, maka lebih diwajibkan lagi mengangkat seorang imam.]

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment