Saturday, March 3, 2012

Agama Islam dan Masyarakat Islam: Quo vadis ...?

Assalamualaikum,
Saudara, tak lama dahulu diperdebatkan dalam media tentang isu mengenai agama dan prbandingan antar agama di Malaysia. Ini timbul kerana timbul kontroversi mengenai kewujudan kegiatan dakwah pihak Kristian atau gereja memurtadkan orang Islam supaya masuk agama Kristian di sebuah gereja di Damansara dan pihak JAIS mendapati segolongan orang Melayu yang sering mendapat bantuan dari pihak gereja setelah pihak yang bertanggungjawab mentadbiruruskan Islam (zakat) di Selangor dan di lain-lain negri tidak dapat atau gagal membantu orang Islam yang memerlukan bantuan.
Hari ini isu perbandingan agama dan kedudukan agama itu kekal berbangkit, namun tidaklah dibesar-besarkan kecuali isu tersebut memberi keuntungan politik kpd sesetengah golongan dalam pergeseran untuk jatuh menjatuhkan sekumpulan atau sesuatu pegangan politik - spt antara PAS dan PKR dengan UMNO - bertelagah tentang banyak perkara. UMNO sering melibatkan diri dengan MCA dan MIC dan parti kaum asli di Sabah dan Di Sarawak, yang majoriti bukan menganuti Islam. Terdapat orang UMNO yang akui bahawa wujud perkara-perkara spt kebebasan beragama dan di benarkan oleh Islam. Bagi mereka yang faham Islam - kerana belajar ilmu mengenai Islam melalui ilmu al-Quran dan as-Sunnah - dalam Islam itu tiada kebebasan agama, yakni kebebasan memilih agama kerana semua agama itu, pada manusia, benar! Yang ada? Manusia itu diberi peluang memilih semasa hidupnya, apakah mereka inginkan kejayaan dan keselamatan di akhirat atau kecelakaan di akhirat! Itu saja manusia bebas pilih. Manusia diberitahu pula bahawa kematian bukanlah kesudahan kehidupan manusia. Kerana, apabila sudah disemadikan dalam kubur, manusia itu akan dihidupkan pula dalam alam barzah, untuk menerima balasan terhadap apa yang mereka lakukan semasa hidupnya - kalau baik dia dalam hidupnya, baik dalam konteks menetapi ketetapan Allah (a.w) dan ketetapan Rasulallah (s.a.w), maka ketika disoal oleh dua malaikat - Mungkar dan Nakir - dia selamat, maka dia akan hidup dalam keadaan rehat bersenag-senang seolah-olah berada di taman-taman syurga, menunggu kiamat dan alam akhirat, untuk mendapat syurga pula. Jika manusia itu semasa hidupnya tidak mengikuti atau menetapi atau akur dengan ketetapan Allah (a.w) dan suruhan Rasulallah (s.a.w), maka ketika disoal oleh malaikat Mungkar dan Nakir akan gagal di alam barzahnya, dan dia akan dipukul dan disiksa setiap pagi dan petang. Manusia diberitahu bahawa setelah mati, setelah kiamat dunia, setelah diadili di alam akhirat di padang makhsyar, mereka hanya akan ditempatkan salah satu antara dua tempat kediaman - iaitu di dalam syurga atau di dalam neraka - Ayat 7, Surah as-Syura.
Itu sajalah pilihan manusia dalam continuum kehidupan mereka - dari alam roh (ketika dalam kandungan ibunya) dan di alam dunia, ketika belum sampai ajalnya - memilih untuk mendapat syurga atau neraka! Tidak ada jalan tengah. Pilihan yang ada pada manusia itu hanyalah dua: sama ada dapat syurga atau dapat neraka. Kedua-duanya disediakan sebagai pilihan. Mereka yang yakinkan kehidupan yang jauh lebih panjang dan lama di alam kubur dan kehidupan yang tidak  ada penamat iaitu alam akhirat, diberi kesempatan memilih dalam hidupnya - syurga atau neraka. Manusia diberi kebebasan memilih syurga atau neraka, bukan memilih agama. Manusia juga diberitahu juga bahawa - sesiapa yang taatkan Allah (a.w) (yakni, ikuti ketetapan al-Quran) dan taatkan Rasulallah (s.a.w) (yakni, ikuti ketetapan as-Sunnah) pasti masuk syurga - Ayat 13, Surah an-Nisa'. Dan, sesiapa yang tidak taatkan atau menolak Allah (a.w) (yakni, tidak ikuti ketetapan al-Quran) dan tidak taatkan atau menolak Rasulallah (s.a.w) (yakni, tidak ikuti ketetapan as-Sunnah) dan melanggar batasan-batasan ketetapan Allah (a.w) dan RasulNya, pasti masuk neraka - Ayat 14, Surah an-Nisa'. Maka itulah manusia itu diberitahu panduan untuk dapatkan syurga dan dapatkan neraka. Jadi, itu saja pilihan.
Kemudian manusia itu diberitahu pula bahawa kalau mereka taatkan Rasulallah (s.a.w) (yakni, mereka ikuti ketetapan as-Sunnah - yang disuruh buat kerjakan sekuat mampu dan yang dilarang ditinggalkan), maka mereka itu tergolong orang yang diakui telah mentaati Allah (a.w) - Ayat 80, Surah an-Nisa'. Kemudian, Allah (a.w) juga memberi panduan kpd manusia iaitu mereka hendaklah ambil pakai segala perkara yang Rasulallah (s.a.w) bawakan atau contohkan dan tinggalkan apa yang Rasulallah (s.a.w) tinggalkan, suatu perintah wajib bagi manusia - Ayat 7, Surah al-Haysr. Justru itu, sesiapa yang akui dirinya Islam tetapi tidak menerima as-Sunnah - walaupun suatu ketetapan - dianggap menolak as-Sunnah. Maka orang tersebut melanggar perintah hukum had Allah (a.w), maka tertakluk kpd ketetapan Ayat 14, Surah an-Nisa' dan beberapa ayat lain, yang mewajibkan mereka masuk neraka, gagal mendapat syurga!
Saudara, itulah yg dimaksudkan dengan firman Allah (a.w) ' ... la ikraha fiddini ...' (Yg bermaksud: Tiada paksaan dalam agama atau beragama'.). Sebenarnya ayat ini telah dimansuhkan Allah (a.w) dan ayat pengganti hukum ini adalah Ayat yg berbunyi '...innad-dina 'indallaha islamu ...' (Yg bermaksud: Agama di sisi atau yg diakui atau diridai Allah (a.w) hanyalah agama Islam.' - Ayat 19, Surah ali-Imran. Dan, juga ayat yg menyebut: 'Wa-man yabtaghil ghaira Islami dinan falan yuqbala minhu wa-hua fil akhirati mainal khosirina.' (Yg bermaksud: Barangsiapa yg mengikuti agama selain agama Islam tidak akan diterima dari mereka segala amalannya (kesemua kebaikan yang dilakukannya ketika di dunia) dan dia di akhirat kelak adalah tergolong orang-orang yang rugi (kerana tak dapat syurga dan pasti masuk nereka).') - Ayat 75, Surah ali-Imran. Semuanya jelas pada manusia garispanduan. Garis panduan ini adalah untuk manusia semenjak dari zaman manusia pertama Adam (a.s) sehinggalah manusia terakhir ketika terjadikan kiamat kelak. Orang yg tidak Islam diberi panduan - kalaulah mereka belajar ilmu al-Quran untuk ingin tahu apakah ketetpan Allah (a.w) terhadap mansuia. Orang yg Islampun diberi peringatan dan panduan bahawa hendaklah mereka fahami agama mereka Islam itu supaya pasti mereka juga membuat pilihan yang bijak - memilih neraka atau syurga, bukan menjadi Islam atas syok sendiri, atau ikut cakap sianu dan sianu, tanpa belajar ilmu yg diwajibkan manusia belajar, iaitu ilmu al-Quran dan as-Sunnah.
Kalau orang Islam itu anuti Islam dalam kejahilan atau dalam kesesatan, maka mereka juga akan dapat neraka dan tak dapat syurga, walaupun Islam! Maka dgn itu dalam Islam yg wajib kita cari panduan yg hak adalah merujuk kpd as-Sunnah kerana Rasulallah (s.a.w) adalah model ikutan terbaik dalam mencari penamat hidup kita - syurga atau neraka. Kita tidak boleh anuti Islam dalam kejahilan atau tanpa panduan ilmu. Kita tidak boleh bincangkan atau lihat Islam dan syariatnya dari kaca mata pandangan kemazhaban atau logik atau rasional manusia, maka kita yg akan rugi. Kalau kita buat begitu, maka kita tergolong dari kalangan merka yg muflis di akhirat! Contoh, orang yg rugi di akhiratnya kerana anuti Islam dalam kejahilan adalah: pertama, orang yg melihat keIslamannya dari kacamata fahaman manusia - spt fahaman mazhab, fahaman Syi'ah,  fahaman Wahhabi, Islam Libral dan seumpamanya. Islam itu hanya satu iaitu apa yg ditetapkan oleh Allah dan RasulNya - al-Quran dan s-Sunnah.  Hari ini begitu ramai umat Islam yg terlalu taksub dgn fahaman kemazhaban sehinggakan berani menyalahtafsirkan al-Quran dan menolak ketetapan  as-Sunnah. Ramai para ulama dan ustaz, contohnya, apabila bercakap tetang Islam atau agama Islam atau syariat Islam, mereka merujuk dahulu kpd pandangan imam spt Imam as-Syafie atau Imam an-Nawawi atau Iman al-Ghazali atau lain-lain tokoh imam/ulama' muktabar zaman silam dan zaman kini. Janrang-jarang sekali kita dengar mereka memulakan kuliyah atau cermah atau takzirah mereka merujuk kpd Rasulallah (s.a.w) atau ketetapan as-Sunnah dan membincangkan al-Hadith dan al-Quran tanpa mengutamakan pendapat para imam atau ulama' tersebut. Dgn itu kita akan temui keadaan bahawa orang yg silap membuat tafsiran dan silap kefahaman, memberi kefahaman kpd orang lain pula. Maka mereka telah sesat, maka menyesatkan pula orang lain yang mengikutinya. Ini banyak berlaku hari ini. Kedua, orang yg mengamalkan sesuatu yg sememangnya ditegah oleh Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w), tetapi kerana mengkuti pendapat atau pandangan orang yg mereka kagumi sebagai ulama' dan membenarkan segala kata-kata dan pandangan mereka, walaupun jelas kelihatan bercanggah dgn ketetapan as-Sunnah, juga rugi. Kerana mereka menolak ketetapan as-Sunnah. Sesiapa yg menolak as-Sunnah walaupun mengenai suatu perkara yg kecil, pasti terkeluar dari Islam. Itu ketetapan Rasulallah (s.a.w). Dan, ketetapan Rasulallah (s.a.w) itu adalah ketetapan Allah (a.w). Hari ini ramai orang Islam dalam glongan ini. Ketiga, orang yang akui dirinya Islam tetapi setiap saat dan ketika dia mengamalkan sesuatu yg bercorak atau bersifat syirik, tahayul, kurafat, bid'ah, dan taklid, maka tanpa mereka sedari mereka terkeluar dari Islam, segala amalan dan ibadahnya sia-sia - tidak diterima Allah (a.w). Semuanya kerana kejahilan ilmu. Kalau mereka benar-benar berilmu masakan mereka melakukan seuatu yg bersifat bid'ah walhal Rasulallah (s.a.w) memperingatkan kita bahawa semua bid'ah adalah membatalkan keimanan dan pahala amalan. Keempat, orang yg saban saat dan ketika setiap hari mencerca, mencaci hamun, membuat pelbagai tuduhan liar, mengaibkan manusia Islam yg lain, membuat tohmahan dan memfitnah dan mengeluarkan kenyataan yang bohong atau dusta dan perlakuan seumpamnya. Semua mereka ini adalah golongan orang yg muflis di akhirat. Di dunia kelihatan hebat membela manusia dan agama, hebat pula amalan dan ibadahnya, hebat pula sumbangannya - pengorbanan diri dan harta demi masyarakat dan bangsa kononnya, tapi nyata muflis di akhirat. Contoh: semua amalan dan ibadah seseorang itu terhakis kebaikan apakala dia bercakap terhadap seseorang di luar kehadiran orang yg dicakapkan, walaupun benar apa yg dicakapkan dikira mengumpat; dan kalau yg dicakapkan itu dusta atau persangkaan semata-mata, maka dia sudah memfitnah, kerana tidak tahupun apa yg dia katakan. Maka orang sedemikian itu dalam Islam akan muflis di akhirat kelak. Hari ini, dalam keghairahan PRU13 ramai orang Melayu yg muflis berlipat ganda!
Saudara, demikianlah rapuhnya keimanan orang Islam hari ini. Semakin dia menghampiri perlakuan dan perbuatan orang bukan Islam. Kerana? Tidak yakin dia akan akhiratnya. Mereka berpandangan dah ada nama Islam atau dah dilahirkan Islam  tanpa beramal pasti dapat syurga. Tak beramal tapi buat baik kpd manusia pasti dapat syurga, kerana dah Islam. Sedarilah bahawa Islam adalah mendapat peluang untuk masuk syurga, bukan menjamin syurga! Syurga itu di dapati hanya dgn ketaatan yg absolute terhadap Allah (a.w) dan RasulNya. Syurga itu hanya diserahkan atau diwarithkan oleh Allah (a.w) kerana amalan - Ayat 72, Surah az-Zuhruf: 'Wa-tilkal jannatul-lati urithtumuha bima kuntum ta'maluna.' (Yg bermaksud: Dan, demikianlah syurga yang diwariskan (yakni, diberikan) syurga itu kepada mereka dengan apa-apa yang ada mereka (yang mendapatnya) dengan apa-apa yang mereka amalkan (yakni, amalkan dan ibadahkan sejajar dengan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah). Syurga itu mahal harganya dan tinggi nilainya, dan hanya didapati dengan memperbanyakkan amalan dan ibadah - yg sunat-sunat - pagi petang, siang dan malam, yang dikerjakan semata-mata kerana inginkan kesejahteraan di akhirat dan selamat dari siksaan nereka - Ayat 57, Surah al-Isra' - serta menepati speks yang Allah (a.w) dan RasulNya tetapkan. Dan, amalan yg sah itu adalah amalan yg berpaksikan ilmu yg benar iaitu ilmu al-Quran dan imu as-Sunnah, bukan ilmu yg diperolehi dari buku-buku karangan ulama' atau ceramah atau takzirah berkala, tetapi benar-benar belajar dua ilmu dari a hingga z.
Saudara, mudah-mudahan saudara faham mesej post ini. Ingatlah janganlah kita memperdagangkan akhirat kita kerana dunia kita, apapun isi dan misi kita dalam kehidupan kita di dunia tak kira siapa kita di dunia.

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment