Assalamualaikum,
Saudara, dalam post sebelum ini kita telah tahu bahawa kiamat itu akan berlaku ketika umat Islam zaman tersebut tidak lagi tahu bagaimana mengerjakan ibadah wajib atau fardu seperti solat, puasa, zakat dan infaq, haji dan umrah, dan ilmu mengenai al-Quran hapus dari manusia. Semua yg Islam zaman itu tidak tahu membaca al-Quran, tidak faham apa yg terdapat dalam al-Quran dan tidak tahu bagaimana hendak melaksanakan ketetapan al-Quran. Umat Islam yg Islam zaman tersebut hanyalah terdiri dari golongan orang-orang tua yg tersangat tua pula. Mereka itu hanya tahu menyebut 'lailaha illallah' yg mereka diajarkan oleh nenek moyang mereka kalimah tersebut keika nenek moyang mereka hidup dahulu. Jelaslah akan luput ilmu mengenai Islam. Maksudnya, generasi muda kesemuanya langsung hanya Islam pada nama sahaja, tak tahu apa sebenarnya Islam dan bagaimana menganuti Islam! Tak siapa boleh baca, tahu dan faham al-Quran, apatah lagi ilmu mengenai as-Sunnah. Kerna tak tahu al-Quran maka mereka tidak tahu bagaimana melaksanakan ketetapan al-Quran. Kerana mereka tidak tahu ilmu as-Sunnah, maka mereka tidak tahu bagaimana hendak solat, nak berpuasa, nak tunaikan zakat dan infaq dan nak tunaikan haji dan umrah. Itulah sinario akhir zaman. Mungkin kita tak meneui zaman tersebut.
Saudara, sekarang bagaimana? Ramai orang yg akui diri mereka Islam, tapi tidak pula amalkan tuntutan Islam terhadap mereka. Mereka tak puasa, tak keluarkan zakat dan infaq, tidak tunaikan haji dan tak penuhi tanggungjawab wajib atau fardu mereka. Mereka tidak pula merasai risau, malah merasa selesa dan terselamat kerana mereka berpandangan Islam saja sudah cukup untuk dapatkan atau menjamin syurga! Dalam masa yg sama umat Islam abaikan ilmu dan panduan yg hak tetang Islam iaitu ilmu al-Quran dan as-Sunnah. Sebaliknya mereka belajar tentang Islam mealui ceramah dan tazkirah dalam media - tv dan radi atau kaset dan CD atau media lain, tanpa sedikitpun ada keinginan mereka belajar imu al-Quran dan al-Hadith melalui guru yg tahu dan faham al-Quran dan as-Sunnah. Yg lebih popular media ilmu adalah kitab-kitab dan buku karangan manusia yg menggelarkan mereka ulama' atau kiai atau ustaz atau Doktor dan seumpamanya, yg faham al-uran dan al-Hadith bukan kerana mereka mengaji atau belajar al-Quran dan as-Sunnah dari guru yg tahu dan faham tetapi dari mahaguru atau profesor di menara gading pusat ilmu akademik sistem moden! Tidak hairanlah lama kelamaan, yg mengajarkan Islam sendiri sesat dan menyesatkan pula orang yg diajar mereka. Lama kelamaan al-Quran tidak lagi dibuka dan dibaca dan delajari mesejnya dan difahami ketetapannya dan diamalkan perintahnya. Manusia semakin lupakan al-Quran. Bahan rujukan agama menoborsatukan kitab-kitab karangan manusia dan menombor duakan al-Quran dan as-Sunnah, malah sudah ramai pula menolak as-Sunnah atau mentafsirkan mesejnya mengikut kebijaksanaan otak dan fikiran masing-masing. Al-Quran dan kitab-kitab hadith menjadi jumud. Dengan itu juga ilmu yg haq itu semakin terbiar dan jumud.
Saudara, demikianlah peredaran masa dan zaman. Tidak hairanlah disebutkan dalam hadith yg kita rujuk dalam post sebelum ini bahawa orang Islam yg tahu sedikit tentang agamanya, Islam, adalah orang yg tua dan terlalu tua, tak tahu mengerjakan amalan dan ibadah - solat, puasa zakat dan infaq, naik haji dan sebagainya - dan tahu hanya kalimah 'la-ilaha illallah' yg dijadikan amalan sebagai orang Islam. Adalah menjadi kesilapan bagi orang yg akui dirinya Islam kemudian membelakangkan ketetapan wajib atau fard Islam spt tak solat, tak puasa, tak keluarkan zakat dan tak infaq, dan sebagainya, dan mengharapkan bahawa syurga akan diperolehi mereka semata-mata kerana menyebut 'la-ilaha illallah'.
Mudah-mudahan kita tidaklah mempercepatkan sinario itu berlaku dgn meninggalkan al-Quran dan as-Sunnah...
Mudah-mudahan kita tidaklah mempercepatkan sinario itu berlaku dgn meninggalkan al-Quran dan as-Sunnah...
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment