Saturday, March 3, 2012

Rasulallah (s.a.w) diutuskan kepada Manusia Sejagat dan Semua Zaman

Assalamualaikum,
Sadara, dalam dua post sebelum ini kita telah teliti dua perkara yang amat penting menjadi tunjang kpd aqidah kita, iaitu: pertama, kehidupan manusia itu adalah suatu continuum - mulai zaman tiadanya alam roh ketika sebelum terjadi pensenyawaan antara sperma (lelaki = bapa) dan ovum (perempuan = ibu), sehinggalah berlaku pnsnyawaan, kmudian selepas 120 hari dalam rahim ibunya dimasukkan roh atau nyawa, kemudian selepas 9 bulan 10 hari dilahrkan, kemudian hidup sebagai manusia umur sehari sampailah ke saat matinya, mungkin sempat 85 tahun, berpindah kehidupan ke alam ghaib dalam kubur, kemudian apabila kiamat dunia, dibangkitkan semula, berhimpun di alam adang makhsyar selama 50,000 tahun pula, kemudian ditetapkan setelah diadili segala amalan dan ibadah serta perlakuan semasa di dunia, ditempatkan atau dibalas dengan syrga atau neraka, maka hidup kekal di dalamnya. Persiapan untuk alam-alam yang berikutnya - selepas kematian - bergantung kpd apa yg disediakan ketika hidup di dunia. Justeru itu, manusia tidak terlepas dari kehidupan dunianya. Kedua, hanya dua tempat yang diediakan bagi manusia setelah matinya, setelah selesai perhimpunan di makhsyar dan kemudian diberikan hukuman yang setimpal dengan apa yang telah dilakukan ketika hidup di dunia, iaitu dapat syurga atau neraka. Manusia itu bebas memilih tempat tersebut. Tetapi, manusia diberitahu bahawa syurga itu hanya didapati jika mereka akur dengan ketetapan Allah (a.w) pada Ayat 56, Surah az-Zariat: 'Wa-ma khalaqtul jinna wal-insa illa liya'budini' (Yg bermaksud: Dan, tidaklah Aku (allah (a.w)) jadikan jinn dan manusia itu kecuali semata-mata untuk mengabdikan diri kepadaKu (Allah (a.w)) - bukan untuk tujuan lain. Pengabdian itu diberi spesifikasinya yang jelas lagi detail - termasuklah Ayat 13 dan Ayat 14, Surah an-Nisa' dan keteterangan yang lengkap menjelaskan ketetapan dua ayat tersbut dalam as-Sunnah. Ketiga, Islam sahaja tidak menjamin syurga, kerana, majoriti umat Islam akhir zaman akan masuk neraka walaupun Islam kerana kesilapan memahami Islam. Rasulallah (s.a.w) memberitahu bahawa umat Islam akhir zaman akan berfirqah atau bermazhab-mazhab atau berpecah-pecah dalam akidah dan peganagan serta amalan dan ibadah mereka dalam menganuti Islam kepada 73 firqah atau mazhab atau kumpulan agama Islam, semuanya tak dapat syurga, tetapi masuk ke dalam neraka, kecuali satu golongan umat Islam iaitu mereka yang menepati speks Islam yang benar iaitu: pertama, berpegang kepada as-Sunnah sebagai ilmu dan panduan hidup sebagai orang Islam, dan, kedua, berjema'ah dalam Islam. [Hadith mengenai perkara ini sering dirujk dalam blog ini - Sila baca]. Kita Islam maka itu hanyalah kelayakan menjadi ahli syurga sebagaimana kita mendaftar diri untuk menanggotai sesuatu persatua atau petubuhan. Kalau daftar saja, tak bayar yuran, maka terbatallah keahlian kita. Kalau bayar yuran kita tak pula aktif dalam persatuan atau pertubuhan tersebut, maka tak dapatlah kita manfaat dari terlibat dalam pergerakan terebut. Lebih-lebih lagi Islam. Islam tak mengerjakan  suruhan Islam pasti tak dapat syurga. Itulah mesej ketiga dalam post sebelum ini.
Saudara, dalam post-post yang lalu, berdasarkan ilmu - al-Quran dan as-Sunnah - hanya orang yang Islam yang endapat ganjaran pahala atau dividen akhirat apabila dia melabur untuk dirinya di dunia. Tak Islam, walau menggunung sekalipun infaqnya atau sumbanagn kebajikannya, tak ada gunanya.  Di akhirat tetap masuk neraka. Begitu juga orang Islam. Tak guna segala-galanya di dunia - kedudukan, pangkat, darjat, keturunan, gelaran, jawatan, penghormatan sebagai ulama' - kalau jahil tentang tuntutan Islam kerana jahilkan ilmu mengenai Islam yang haq - iaitu a-Quran dan as-Sunnah! Samalah juga sebagaimana orang yang tak Islam atau yang kafir, kalau tak mengerjakan amalan dan ibadah atau mengerjakan amalan dan ibadah yang tidak menepati spesifikasi yang ditetapka oleh Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) - tetapi masuk neraka! Demikianlah suatui ketetapan yang wajib kita fahami, sedari dan sentiasa berpandu, supaya kita tidak  menyimpang atau sesat atau tergelincir dari 'siratul mustqim'; iaitu berpandukan al-Quran dan as-Sunnah pasti berada di jalan yang tepat dan pasti menuju syurga.
Saudara, kali ini kita lihat pula hakikat bahawa Islam tu bukan sahaja agama yang diwajibkan Allah (a.w) manusia anuti kalau nak selamat di akhirat - selamat dari neraka dan berjaya mendapat syurga, tetapi keduanya, syariat Islam yang dibawakan oleh Rasulallah (s.a.w) itu sudah sempurna, maka dengan itu Rasulallah (s.a.w) diwafatkan dan tidak pula dilanjutkan supaya orang lain diutuskan untuk meneruskan mengajar manusia syariat agama Allah (a.w), Islam. Dan, ketiganya, syariat Islam sebagai agama itu adalah untuk semua manusia bukan orang Arab atau rang yang tinggal di Timur Tengah atau seumpama isu selainnya. Benar, Islam lahir di bumi  Arab sebagaimana agama Allah (a.w) sejak zaman dulu itu lahr di Timur Tengah. Tapi,  Islam itu untuk semua zaman dan semua manusia, sehingga terjadinya kiamat. 
Kita yang Islam diberitahu oleh Allah (a.w) di dalam al-Quran bahawa para rasul dan nabi terdahulu diutuskan kepada kaumnya atau umatnya. Contoh: Rasul-rasul seumpama Ibrahim (a.s), Yaakub (a.s), Nuh (a.w), Yusof (a.s), Lut (a.s), Salleh (a.s), Syuaib (a.s), Musa (a.s) dan Harun (a.s), sepupunya, dan akhirnya Isa (a.s). Tetapi, apabila diutuskan Muhammad (s.a.w), dia adalah untuk semua bangsa manusia (dan jinn) dan untuk semua manusia yang lahir kemudian selepas wafatnya. Muhammad (s.a.w) diutus Allah (a.w) untuk semua manusia dan semua zaman, sehingga diqiamatkan dunia. Al-Quran dan as-Sunnah adalah panduan untuk manusia semua zaman. Inilah firman Allah (a.w), di dalam al-Quran, antara kalimah-kalimah lain, firmanNya:
Firman Allah (a.w): 'Hual lazi ba’atha fil-ummiyina rasulam-minhum yatlu ‘alaihim ayatihi wa-yuzakihim wa-uya’lihumul kitaba wal-hikmata wa-in kanu min qablu lafi dolalim-mubina @ Wa akharina minhum lamma yalhaqubihim …) [Yang bermaksud: Dialah (Allah (a.w)) yang mengutus di tengah-tengah kaum umiyin (buta huruf) seorang rasul dari mereka untuk membacakan ayat-ayat kepada mereka, membersihkan mereka (dari kekufuran dan kejahilan kehidupan jahiliah, spt menyembah berhala, mempercayai yang karut-karut seperti tahyul dan kurafat), mengajarkan Kitab Allah (a.w) (al-Quran) dan hikmah (sunnah Rasulallah (s.a.w)) pada hal sebelum ini dalam kesesatan yang nyata @ Dan juga (dia diutus) kepada kaum yang lain, yang belum berhubungan dengan mereka …] [Ayat 2 & 3, Surah al-Jumu’at] 
Ayat ini memberikan nas dan dalil bahawa agama Islam  itu untuk semua manusia dan untuk semua zaman. Adalah satu kesilapan bagi sesiapa, terutama mereka yang Islam, berpendapat atau  berpegangan bahawa agama Islam sama tarafnya dengan lain-lain agama.
Saudara, kalau begitu ketetapan Allah (a.w) ada dua perkara utama untuk panduan kita: pertama, kita wajib fahami ketetapan  Islam sebagaimana yang dibawakan atau diajarkan oleh Rasulallah (s.a.w) zamannya, dan kita semak semula segala sesuatu yang hari ini kita kerjakan atau lakukan, apakah sejajar dengan syariat Islam yang dibawakan oleh Rasulallah (s.a.w). Kerana,  Islam dan syariatnya telah disempurnakan. Kalau belum sempurna pastilah Allah (a.w) tidaklah membuat keputusan bahawa Muhammad (s.a.w) itu penutup para nabi dan rasul. Kedua, Islam dan syariatnya sebagaimana yang ditinggalkan oleh Rasulallah (s.a.w) ketika wafatnya, adalah syariat Islam yang wajib dianuti oleh semua manusia sehinggalah terjadinya atau terdirinya kiamat.
Saudara, kita yang Islam sudah pasti benar. Kita yang Islam rugi kalaulah kita Islam pada nama sahaja, dan kita tidak laksanakan ketetapan al-Quran dan as-Sunah. Rugilah kita kalau kita mengubah ketetapan Islam supaya berlainan dari atau bercanggah dengan speks asal Islam itu. Oleh itu berwaspadalah. Tidak ada gunanya kita mengerjakan amalan dan ibadah yang tidakpun disuruh atau dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w).

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment