Sunday, March 11, 2012

Solat Sunat - Solat Tahajjud (Doa Malam)

Assalamalaikum,
saudara sebelum kita memulakan ibadah malam - yakni Solat Tahajjud itu - kita diberitahu supaya membaca doa berikut:

Doa Rasulallah (s.a.w) Ketika Hendak Bertahajud 

Diriwayatkan hadith dari Taus mendengar ibnu Abbas (r.a) berkata: Adapun Nabi (s.a.w) ketika berdiri (i.e. bersolat) dari malam bersolat tahajud membaca (atau berdoa): ‘Allahumma lakal hamdu anta qaimus-samawatil-ardi wa-man fihin; wa-lakal-hamdu lakal-mulkus-samawati wal-ardi wa-man fihin; wa-lakal hamdu nurus-samawati wal-ardi; wa-lakal hamdu antal-haqqu wa-wa’dukal-haqqu, wa-liqauka haqqu; wa-qaulukal-haqqu, wal-jannatu haqqun; wan-narau haqqun, wan-nabiyuna haqqun, wa-Muhammadun sallalahu alahi wa-salam haqqun, was-sa’atu haqqun. Allahumma laka aslamtu wa-bika amantu wa-‘alaika tawakkaltu, wa-ilaika anabtu, wa-bika khasamtu, wa-ilaka hakamtu, faghfirli ma qaddamtu wa-ma akhartu wa-ma asrartu wa-ma ‘alantu; antal muqaddimu wa-antal-muakhiru, lai-ilaha illa anta (au) la-ilaha ghairuka.’ (Yg bermaksud: Ya Allah (a.w) ya Tuhanku! Kepada Engkau segala pujian-pujian, Engkaulah yg menjadikan beberapa langit dan bumi dan barangapa yg ada di dalamnya, dan bagi Engkau segala pujian, bagi Engkau kerajaan beberapa langit dan bumi dan barangapa yg ada di dalamnya, dan bagi Engkau segala pujian, Engkaulah cahaya di beberapa langit dan bumi, dan bagi Engkau segala pujian Engkau yg haq, dan janji Engkau adalah haq, dan bertemu dgn Engkau adalah haq, dan firman Engkau adalah haq, dan syurga Engkau adalah haq, dan neraka Engkau adalah haq, dan nabi-nabi Engkau adalah haq, dan Muhammad itu adalah haq, dan kiamat itu adalah haq,. Ya Allah ya Tuhanku! Kerana Engkau Islam aku, dan dgn kerana Engkau beriman aku, dan atas Engkau bertawakal (yakni, berserah) aku,  dan kepada Engkau bertaubat aku, dan dgn Engkau  ... aku, dan kepada Engkau berhukum aku, maka ampunilah aku apa-apa yg mendahului aku (akan dosaku) dan (apa-apa dosa) yg terakhir, tiada tuhan kecuali Engkau atau tiada tuhan selain Engkau.’ Dan berkata Sufian dan disahkan oleh Abdul Karim, iaitu Abu Umamah (menambah kepada doanya): ‘Tiada daya upaya dan tiada kekuatanku kecuali dgn izin Engkau jua.’ [Hadith Bukhari, Kitab Solat]
[Nota: Kalimah 'haq' dalam Doa ini adalah merujuk kepada kebenaran segala sesuatu itu, sebagaiana kematian itu adalah haq, yakni pasti berlaku. Maka dengan itu segala sesuatu yang menjadi intipati keimanan kita spt kewujudan Allah (a.w) kejadian langit dan bukti itu adalah kuasa Allah (a.w) dan syurga neraka itu adalah suatu kebenaran yang pasti berlaku. Maka dengan itu sesiapa yang Islam tetapi tidak menepati ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, tercemar atau terbatal Islamnya! Itu juga suatu kenyataan yang pasti benar. Antara kebenaan yang disilap tafsirkan oleh majoriti umat Islam adalah Islam itu hendaklah menepati ketetapan al-Quran dan as-Sunnah dan hendaklah dianuti secara berjema'ah.]

Jazakalahu khairah


No comments:

Post a Comment