Tuesday, March 13, 2012

Solat Sunat - Solat Tahajjud (Samb.)

Assalamualaikum,
Saudara, kita teruskan perbincangan kita tentang Solat Tahajjud, satu kategori solat sunat yang amat diutamakan agar dikerjakan oleh orang-orang Islam yang akui diri mereka benar-benar beriman dan bersyukur dia akan nikmat Allah (a.w) yang diterimanya dalam kehidupannya ketika di dunia. Solat Tahajjud atau solat malam itu lebih utama kerana, adalah suatu kesukaran atau keberatan bagi mejoriti umat Islam yang sukar bangun tengah malam - sepertiga terakhir malam - kerana mungkin kerana keletihan menjalankan kerja setiap hari ketika siangnya - apapun jenis kerajanya. Maka dengan itulah diberikan ganjaran pahala yang banyak kepada mereka yang sanggup dengan penuh keikhlasan bangun malam dan mengerjakan Solat Tahajjud dan lain-lain ibadah sunah, ketika majoriti umat Islam yang lainnya sedang dan masih nyenyak tidur dan bermimpi.
Saudara, bagaimanakah Solat Tahajjud itu? Berapa rakaat? Dan, sebagainya. Kita lihat hadith-hadith berikut yang menjelaskan bahawa solat sunat itu dibuat dua-dua rakaat dengan disudahi dengan 'salam'. Maksudnya, kalau kita bersolat 10 rakaat, maksudnya kita buat 5 solat dua-dua rakaat.

Bilangan Rakaat Solat-solat Sunat

(a)        Solat Malam 11 rakaat 
Diriwayatkan hadith dari Zuhri berkata: ‘Menceritakan kpdku oleh Salim b Abdullah bahawasanya Abdillah b Omar (r.a) berkata: ‘Sesungguhnya seorang lelaki berkata (i.e. bertanya): Wahai Rasulallah (s.a.w)! Bagaimana bersolat malam?’ Bersabda (Rasulallah (s.a.w)): ‘Dua-dua rakaat, maka ketika khuatir kamu masuk waktu Subuh maka Witirlah (yakni, buatlah Solat Witir) dgn satu rakaat.’ [Hadith Bukhari, Kitab Solat]
[Nota: Hadith ini menyebutkan bahawa setiap solat sunat itu adalah dibuat dua-dua rakaat disudahi dgn ‘salam’. Juga Solat Witir itu adalah penutup kpd solat qiam/malam, sekurang-kurangnya serakaat Witir. Dalam hadith lain disebutkan bahawa Rasulallah (s.a.w) juga mengerjakan solat sunat dalam bulan Ramadhan ataupun di luar bulan Ramadhan sebanyak 11 rakaat (yakni, termasuk satu rakaat Solat Witir). Dalam bulan Ramadhan, solat qiam atau solat Tahajjud itu adalah disebutSolat Terawih, yg disolatkan oleh Rasulallah (s.a.w) di rumah empat-empat rakaat, i.e. 4 + 4 + 1 rakaat Witir. Pada malam-malam ganjil 10 akhir Ramadhan, Rasulallah (s.a.w) bersolat di Masjidnya (Masjid Nabawi), maka dgn itu di ikuti oleh para sahabat yg brada di masjid sebagi makmum berimamkan kpd Rasulallah (s.a.w). Justeru itu, solat-solat sunat itu boleh dibuat dua-dua rakaat atau empat rakaat.] 

(b)        Solat Malam 7 atau 9 atau 11 Rakaat 
Menceritakan hadith oleh Ishak berkata: ‘Menceritakan hadith kpdku Ubaidullah yg berkata: ‘Menceritakan kpdku Israil (hadith) dari Abi Hasin hadith dari Yahya b Wassab hadith dari Masruq berkata: ‘Bertanya aku kpd Aisyah (r.ah) dari solat (Tahajjud) Rasulallah (s.a.w) dgn (solat) malam.’ Maka berkata (Aisyah): ‘Tujuh atau Sembilan atau 11 rakaat selain dua rakaat (solat sunat) Fajr.’ [Hadith Bukhari, Kitab Solat]
[Nota: Hadith ini menyebutkan bahawa apabila ditanya Aisyah (r.ah) memberitahu Masruq bahawa Rasulallah (s.a.w) mengerjakan solat malam 7 atau 9 atau 11 rakaat. Ada tiga bentuk solat Tahajjud yg disebutkan iaitu, 7 atau 9 atau 11 rakaat. Bagaimana mengerjakannya? Diperjelaskan oleh ahli ilmu bahawa dalam perkara solat sunat 7 (atau 9 ) rakaat itu, Rasulallah (s.a.w) bersolat terus menerus hingga rakaat ke-6 (atau ke-8) rakaat, kemudian dia membaca Tahiyat Awal pada rakaat (ke-6 atau ke-8) tersebut, kemudian bangun berniat untuk witir serakaat, dan membaca Tahiyat Akhir pada rakaat ke-7 (atau ke-9). Rasulallah (s.a.w) mensolatkan solat malam sebelas (11) rakaat, empat-empat rakaat satu ‘salam’, kemudian mengerjakan tiga (3) rakaat Solat Witir pula, menjadikan jumlahnya 11 rakaat. Perhatikan perbezaan antara cara mengerjakan solat sunat malam 7 dan 9 rakaat dgn solat 11 rakaat. Sila rujuh hadith berikut ini tentang solat Rasulallah (s.a.w) itu tidak lebih drp 11 rakaat semalam-malaman, samaada dalam bulan Ramadhan atau di luar bulan Ramadhan. Solat malam dalam bulan Ramadhan Rasulallah (s.a.w) itu adalah Solat Terawih.] 

(c)        Solat Malam 11 Rakaat 
Diriwayatkan hadith drp Abi Salamah b Abdil Rahman bahawasanya dia bertanya kpd Aisyah (r.ah): ‘Bagaimana adanya solat (malam) Rasulallah (s.a.w) di dalam bulan Ramadhan?’ Maka berkata (Aisyah): ‘Tida ada (Rasulallah (s.a.w)) menambah pada (solat dalam bulan) Ramadhan dan tidak di dalam selainnya (i.e. selain bulan Ramadhan) atas 11 rakaat. Bersolat dia empat (4) rakaat. Jangan ditanyakan betapa baiknya dan betapa panjangnya dia bersolat (i.e. membaca ayat-ayat al-Quran yg panjang serta berdoa ketika Sujud yg panjang). Kemudian bersolat dia empat (4) rakaat, maka jangan engkau tanyakan dari betapa baiknya dan betapa panjangnya (solatnya itu). Kemudian bersolat dia tiga (3) rakaat. Berkata aku (Aisyah): ‘Wahai Rasulallah (s.a.w)! Adakah tidur kamu sebelum Witir engkau?’ Bersadab (Nabi): ‘Wahai Aisyah! Sesungguhnya kedua mataku tidur, dan (akan tetapi) tidak tidur hatiku.’ [Hadith Bukhari, Kitab Puasa]
[Nota:  Aisyah, dalam hadith ini menyebutkan, pertama, Rasulallah (s.a.w) bersolat malam 4 rakaat, kemudian 4 rakaat, kemudian disudahi dgn 3 rakaat Witir, menjadikan jumlahnya 11 rakaat. Kedua, Aisyah meyebutkan bahawa Rasulallah (s.a.w) mengerjakan solat malam 11 rakaat ini dalam bulan Ramadhan ataupun dalam bulan-bulan selain Ramadhan. Ketiga, Aisyah menyebutkan bahawa panjang bacaan dan lama dia dalam rukun-rukun fe’li solatnya, i.e. ketika berdiri (membaca surtaah yg panjang, spt membaca tiga surah permulaan al-Quran dalam satu rakaat disebutkan dalam hadith lain), ketika Rukuk, ketika Sujud lama masanya. Keempat, selepas beliau kerjakan solat 4 rakaat dan kemudian 4 rakaat lagi, Rasulallah (s.a.w) baring di sebelah kanan perutnya dgn berbantalkan lengan kanannya. Ketika ditanya Nabi menyebutkan bahawa beliau tidur di mata tapi tidak dihati, kerana hatinya terbuka sentiasa untuk menerima wahyu. Kelima, jika kita kerjakan Solat tahajjud cara atau kaedah ini, kita solatkan empat-empat rakaat dgn disudahi dgn satu salam, kemudian kita sudahi dgn Solat Witir 3 rakaat (4+4+3 = 11 rakaat). Kalau kita kerjakan dua-dua rakaat, satu salam, kita hendaklah kerjakan solat Tahajjud itu 10 rakaat (spt ketetapan hadith sebelum ini, disudahi dgn serakaat Witir (2+2+2+2+2+1 = 11 rakaat).]
Saudara, kita diberitahu di dalam hadith-hadith di atas itu, Rasulallah (s.a.w) mensolatkan sebanyak 11 rakaat solat malam - Solat Tahajjud dan termasuk Solat Witir. Solat Witir itu diwajibkan atas Rasulallah (s.a.w). Walaupun Solat Witir itu tidak diwajibkan atas kita, namun Rasulallah (s.a.w) menggesa supaya umat beliau kerjakan atau jadikan kewajipan bagi diri mereka untuk solatkan sekurang-kurangnya satu rakaat kalaupun tak mampu buat 3 atau 5 rakaat. Insya Allah, kita akan teliti syariat Solat Witir ini dalam post yang akan datang. Saudara, hadith Aisyah (r.ah) menyebutkan bahawa solat malam Rasulallah (s.a.w) - sama ada dalam bulan Ramadhan atau di luar bulan Ramadhan - adalah 11 rakaat, termasuk Solat Witirnya. Justeru itu, Solat Terawih yang kita kerjakan sekarang ini sebenarnya adalah solat malam.
[Nota: Bagi mereka yang sentiasa mengikuti blog ini sejak diwujudkan, perkara solat-solat sunat ini sudahpun diceritakan/dimaklumkan.]

Jazakallahu khairah.

No comments:

Post a Comment