Assalamualaikum,
Saudara, alhmadulillah kita telah lihat ketetapan Islam mengenai Solat Rawatib = Solat mengiringi solat-solat fardu yang lima seharai semalam itu yang dkerjakan setelah azan dilaungkan sbelum solat fardu tersebut disolatkan dan sesudah solat fardu itu selesai. Ramai diantara kita - secara ikut ikutan mengerjakan tapi tanpa kita sendiri tahu apakah asas amalan sedemikian. Di dalam al-Quran Allah (a.w) memberitahu: 'Wa-la taqfu ma laisa bihi ilmun' (Yg bermaksud: janganlah kamu kerajakan sebarang amalan tanpa kamu tahu ilmu mengenainya terlebih dahulu.) [Ayat 36, Surah al-Isra']. Kalau kita kerjakan sesuatu amalan semata-mata atas - taqlid = ikut membabi buta dalam kejahilan, kalaupun betul amalan kita, amalan itu tidak diterima Allah (a.w)! Maka dengan itulah Allah (a.w) dalam ayat tersebut memperingatkan Rasulallah (s.a.w) sendiri supaya jangan kerjakan sebarang amalan atau ibdah dalam kejahilan. Maka dengan itu jugalah Rasulallah (s.a.w) memperingatkan umatnya: 'Al-ilmu qabla 'amal' (Yg bermaksud: Berilmulah dahulu sebelum mengerjakan sesuatu amalan.) [Hadith]. Kita tidak boleh beramal secara ikut-ikutan - orang buat kita buat, tak tahu pula mengapa dan kenapa. Alhamdulillah, saudara telah mengetahui secara sah bahawa ada Solat Rawatib dalam syariat Islam. Ada pahala yang besar mengerjakan Solat Rawatib itu sebagaimana yang diperjelaskan oleh Rasulallah (s.a.) melalui as-Sunnah.
Saudara, dlam Islam kesemua amalan ada kewajipan belajar dahulu apa ketetapan Allah (a.w) (yakni, al-Quran) dan apa ketetapan Rasulallah (s.a.w) (dalam as-Sunnah). Apabila kita mengaji dan tahu asasnya, kita amalkan barulah betul amalan kita dan kita mendapat ganjaran pahlanya. Kalau kita buat amalan dalam kejahilan, Islam menghukumi bahawa kalaupun amalan atau ibadah kita itu betul, tetap dianggap salah! Oleh itu belajarlah ilmu sebelum kerjakan sebarang amalan. Alhamdulillah, kita telah ajarkan saudara ilmu mengenai Solat Rawatib, bila saudara kerajakan insya Allah amalan/ibadah terebut diterima Allah (a.w). Kita wajib ingat juga bahawa selain salah mengerjakan amalanibadah dalam kejahilan, kita juga diberitahu bahawa kalau kita mengerjakan sesuatu amalan/ibadah, dan salah amalan tersebut, tetap mendapat satu pahala mengerjakannya dan kesalahan kita itu dimaafkan. kalau betul kita amalkan - dari segi bentuk amalan, cara dan kaedah mengeamalkannya - maka kita dapat dua gandaan pahala pula mengerjakannya.
Ok, cuba kita rumuskan apakah yang telah kita pelajari tentang Solat Rawatib yang kita telah muatkan dalam beberapa post dalam blog ini. Rumusannya seperti berikut:
Kita telahpun meneliti sepenuhnya ketetapan Islam mengenai satu kategori solat-solat sunat yang utama supaya kita mengamalkannya sebagai membuktikan bahawa kita adalah hamba Allah (a.w) bersyukur terhadap segala nikmat pemberianNya kepada kita sepanjang hayat kita.
Yang utama kita ingat dan sedar adalah kesyukuran kita tidak dinilai dari segi kita mengerjakan perintah yang wajib – seperti Solat Fardu, Puasa Ramadhan, mengerjakan Haji dan umrah sekali seumur hidup dan sebagainya. Tetapi, kesyukuran kita itu hanya boleh dinilai dari segi amalan-amalan dan ibadah-ibadah sunat. Kerana segala amalan dan ibadah sunat tidak melibat paksaan atau keterpaksaan. Ibadah wajib adalah ketetapan mutlak yang tak boleh tidak wajib dikerjakan atau dilaksanakan. Ketetapan sunat adalah anjuran atau gesaan Allah (a.w) dan gesaan Rasulallah (s.a.w) yang kita secara individu kerjakan dengan penuh kerlaan demi mengharapkan kerahmatan dan kurniaan Allah (a.w) serta sebagai membuktikan atau mendemokan kesyukuran kita. Justeru itu, wajarlah bagi kita yang ingin mendemokan kesyukuran kita itu kita melapangkan masa mengerjakan solat-solat sunat (dan lain-laian amalan sunat). Tambahan pula amalan sunat itu memberikan ganjaran pahala (atau dividen akhirat yang amat besar nilainya bagi memberatkan lagi timbangan pahala kita di padang makhsyar kelak, yang mempastikan kita berjaya mendapat syurga.
Kategori solat sunat yang pertama adalah Solat-solat Rawatib – iaitu solat-solat sunat empat atau dua rakaat yang dikerjakan mengiringi waktu Solat-solat Fardu – sama ada sebelumnya. Solat-solat Rawatib yang terdapat dalam syariat Islam telah disebutkan sekurang-kurangnya sebanyak 10 atau 12 rakaat, paling minima atau 8 solat semuanya, iaitu:
(a) 2 rakaat sebelum Subuh
(b) 4 atau 2 rakaat sebelum Zohor dan 4 atau 2 rakaat selepas Zohor
(c) 4 atau 2 rakaat sebelum ‘Asar
(d) 2 rakaat sebelum dan 2 rakaat sesudah Maghrib; dan
(e) 2 rakaat sebelum Isya’ dan 2 rakaat selepas Isya’.
Menjadikan jumlahnya 18 atau 22 rakaat kesemuanya atau 8 Solat Rawatib kesemuanya.
Perlu diingatkan bahawa Solat Rawatib ini hendaklah dikerjakan setelah masuk waktu solat fardu, yakni azan telah dikumandangkan dan sebelum qamat dilaungkan. [Nota: Di Malaysia, telah menjadi kelaziman pihak berkuasa pentadbir masjid, bahawa waktu antara azan dan qamat itu amat pendek. Sepatutnya dipanjangkan sedikit selama antara 20 hingga 25 minit sebagaimana berlaku di Masjidil Haram dan Masjidil Nabawai di Arab Saudi, bagi membolehkan orang Islam mengerjakan solat rawatib. Ini akan membolehkan mereka yang terlewat sedikit, tidaklah tergesa-gesa atau berlari ke masijid untuk berjema’ah].
Antara kemanfaatan mengerjakan solat rawatib adalah:
(a) Jika dikerjakan solat sehari semalam solat rawatib 12 rakaat dibina oleh Allah (a.w) untuk yang mengerjakannya sebuah rumah di syurga
(b) Mengerjakan 4 rakaat sebelum dan 4 rakaat selepas Solat Zohor, diselamatkan dari neraka; (c) Solat rawatib yang diutamakan adalah Solat Sunat sesudah Solat Maghrib dan Solat Sunat sebelum Solat Subuh. Disebutkan dalam hadith bahawa pahala 2 rakaat selepas Maghrib itu adalah seumpama bersolat separuh malam – maksudnya mengerjakan solat tanpa henti-henti separuh malam.
Dan, bagi 2 rakaat sebelum Solat Subuh pula seumpama bersolat sepanjang malam. Malah lebih utama dari itu gandaan pahalanya, kerana lebih bernilai atau mengalahi nilai dunia dan segala isinya semata-mata mengerjakan 2 rakaat solat sunat sebelum Subuh itu.
(d) Lebih utama lagi bahawa 2 rakaat sebelum Subuh itu lebih utama dari dunia dan seisinya. (e) Surah yang dibaca oleh Rasulallah (s.a.w) dalam Solat Rawatib sebelum Solat Subuh adalah Surah al-Kafirun pada rakaat pertama dan Surah al-Ikhlas pada rakaat ke-2.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment