Sunday, March 11, 2012

Solat Sunat - Solat Tahajjud

Assalamualaikum,
saudara, kita telah lihat satu kategori solat sunat yang sering kita lihat umat Islam kerjakan iaitu Solat Rawatib = solat mengiringi solat-solat fardu. Kita juga telah tahu ganjaran pahalanya bila kita kerjakan. Mulai post kali dan mengikutinya pula beberapa post yang akan muncul, kita akan teliti pula satu lagi kategori solat sunat yang amat banyak ganjaran pahalanya, sebagai bukti bahawa kita adalah orang Islam yang sentiasa inginkan ganjaran  kerahmatan Allah (a.w) - diberikan syurga dan dijauhkan dari siksaan nerakaNya - Ayat 57, Surah al-Isra', iaitu Solat Tahajjud.
Saudara, solat Tahajjud ini disebutkan secara khusus oleh Allah (a.w) dalam al-Quran. Dalam as-Sunnah banyak panduan mengenainya.
Ketetapan Allah (a.w) - Buatlah Solat Tahajjud 
Firman Allah (a.w): ‘Wa-minal-laili fatahajjad bihi nafilatan laka’ (Yg bermaksud: Dan dari waktu malam maka bertahajudlah ketika waktu malam sebagai (ibadah) tambahan untuk kamu.) [Ayat 79, Surah al-Isra’]
[Nota: Allah (a.w) perintahkan manusia supaya bangun sebahagian malam untuk bersolat malam sebagai tambahan amalan ibadah kpdNya.]
Saudara,  dalam ayat tersebut, kita dgesa oleh Allah (a.w) supaya usahakanlah untuk bangun malam dan melapangkan sedikit waktu kita dengan memendekkan tidur kita di waktu malam, bangun untuk bersolat - Solat Tahajjud.
Saudara, di dalam al-Quran kita akan dapat beberapa firman Allah (a.w) yang lain yang merujuk kepada ibadah ketika malam hari, antaranya, bahawa kita bertasbih memuji-uji Allah (a.w) dengan berzikir, berdoa dan seumpamanya setelah mengerjakan solat-solat Tahujjud:
Firman Allah (a.w): '... wa-sabbih bihamdi rabbika qabla tuluis-syamsi wa-qabla ghurubiha, wa-min anail-laili fasabbih wa-atrafan-nahari la'allaka tarda.' (Yg bermaksud:   dan bertasbihlah dengan memuji Tuhan kamu sebelum terbit matahari dan sebelum terbenamnya dan bertasbihlah pada waktu malam dan pada waktu-waktu siang, supaya kamu (Muhammad) merasa senang hati...) [Ayat 130, Surah Toha]
Firman Allah (a.w): 'Wa-minal laili fa-sabbihhu wa-adbaras-sujudi' (Yg bermaksud:  Dan ketika malam bertasbihlah kamu (kepada Allah) dan (bertasbihlah) setiap selesai selesai Sujud (yakni, solat)... ) [Ayat 40, Surah Qaf]
 Firman Allah (a.w): 'Wa-minal-laili fasabbihhu wa-idabaran-nujumi.' (Yg bermaksud:    ) [Ayat 49, Surah at-Tor]
Saudara,  dalam blog ini post yang terdahulu disebutkan betapa menguntungkan (dalam konteks bekalan akhirat) mengerjakan solat-solat malam itu, kerana Allah (a.w) dengan diriringi oleh malaikat Jibril (a.s) dan para malaikat rahmat turun ke langit dunia ketika tiba/mulai sepertiga terakhir malam untuk mengurniakan kepada hamba-hambaNya yang berqiamul-lail atau mengerjakan solat-solat malam (i.e. Solat Tahajjud) tiga permintaan mereka, jika mereka minta; iaitu: pertama, diperkenankan doanya; kedua, jika meminta keampunan dari dosa-dosa mereka, diampunkan; dan ketiga, jika diminta dicukupkan rezki dunianya, akan dicukupkan.
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah (r.a) bahawasanya Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Turun Allah (a.w) ke langit dunia pada tiap-tiap malam ketika habis sepertiga yang pertama malam [yakni waktu selepas tengah malam], (kata Abu Hurairah (r.a) lagi) telah bersabda Nabi (s.a.w): ‘Maka berseru (Allah (a.w)) dari langit:Aku (Allah (a.w)) Raja bagi segala raja dan kamu sekelian hambaKu, (pertama) sesiapa yang berdoa kepadaKu (sesuatu), maka Aku makbulkan akan dia, (kedua) sesiapa yang meminta akanDaku maka Aku beri akandia, (dan, ketiga) sesiapa meminta ampun akanDaku dosanya maka akan Aku ampunkan baginya’, maka (Rasulallah (s.a.w) menyambung sabdanya) sentiasalah Dia (Allah (a.w)) berseru sedemikian itu hingga cerah terbit fajar.’ [Hadith hassan lagi sahih riwayat at-Termidzi]
Justru itulah, tidak merugikan sedikitpun  bangun malam dan mengerjakan pelbagai amalan, terutama mengerjakan Solat Tahajjud.
Saudara, amalan malam itu hendaklah merangkumi paling kurang ibadah-ibadah/amalan berikut:
(a)  Mengerjakan Solat Tahajjud - melazimkan dua-dua rakaat dikuti dengan 'salam' sebanyak mungkin, paling minima 5 solat [Nota: Rasulallah (s.a.w) dilapurkan oleh Aisyah (r.ah) bersolat sebanyak 11 rkaat setiap malam, sama ada dalam bulan Ramadhan ataupun di luar Ramadhan) - iaitu dibuat empat empat rakaat satu 'salam' dan diikuti dengan serakaat Solat Witir atau dibuat dua-dua rakaat satu 'salam' dan disudahi dengan serakaat Solat Witir atau Solat Witirnya dibuat kadangkala 3 rakaat atau 5 rakaat];
(b)  Mensolatkan Solat Witir - sebanyak satu atau tiga atau 5 rakaat, kerana Solat Witir itu walaupun tidak wajib tetapi seumpama sesuatu amalan wajib, dirutinkan setiap malam; dan
(c) Berzikir, bertasbih memuji Allah (a.w) dan sebagainya.
Insya Allah, dalam post-post seterusnya, kiat akan perincikan penelitian kita tentang ibadah malam, terutama Solat Tahajjud dan Solat Witir ini.

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment