Assalamualaikum,
Saudara, tahukah saudara bahawa dalam Islam itu 'ilmu' amat penting lagi utama? Maka dengan itulah sering kita dengar orang tua-tua berkata- mengikut loght biasa mereka - belajarlah ilmu sampai ke negeri China sekalipun. Dan, belajar ilmu itu dari buaiyan sampai ke tiang lahat - dari mula lahir di dunia hinggalah kita menghembus nafas terakhir kita. Tidak ada agama dalam dunia ini mengutamakan ilmu sebagaimana Islam mengutamakan umatnya belajar atau mengaji ilmu atau jangan jadi orang yg jahil.
Malah seseorang yg Islam yg benar-benar faham Islam itu akan tahu bahawa mereka berjaya di dunia atau kalau mereka inginkan kejayaan di dunia, mereka wajib berilmu. Dan, lebih penting lagi, untuk berjaya pula di akhirat, mereka wajib ada ilmu, tanpa ilmu sudah pasti terkandas di akhirat dan masuk neraka!
Sehubungan itulah kita dinasihatkan oleh Rasulallah (s.a.w) dalam sepotong hadith bahawa: 'Neraka wellah bagi seseorang yg Islam itu, apabila dia beramal dan beribadah dalam kejahilan atau tanpa ilmu. Dan neraka wellah juga bagi orang Islam yg berilmu - tahu dan faham Islam - tetapi tidak mengamalkan apa yg dia tahu.' Jelaslah either way - kut manapun kata orang Penang - pasti kena kpd kita jikalah kita tergolong dari kalangan orang Islam yg jahil tak mau pula mengaji atau belajar ilmu atau kita ada ilmu tentang Islam dna kita faham pula tuntutan Islam, kita tak krjakan. Contoh: Kita tahu ada ibadah sunat tertentu spt Solat Duha ketika siang hari, Solat Tahajjud ketika malam hari (spertiga pertengahan atau terakhir malam), atau Solat Witir (sekurang-kurangnya serakaat ketika malam itu) dituntut oleh Islam seumpama solat wajib, kita tak kerjakan. Atau, kita jahil, tak tahu bahawa kesyukuran kita kpd Allah (a.w) itu dinilai dalam konteks amalan dan ibadah sunat kita, bukan ibadah wajib atau fardu, kita tak mahu belajar mengetahui lebih lanjut perkara tersebut, maka kita adalah tergolong dari kalangan orang yg mendapat neraka wel di akhirat kelak, wal iyazubillah.
Saudara, dalam blog ini kita sering ulangi bahawa Allah (a.w) melarang hambaNya - Islam ataupun tak Islam - mengerjakan sesuatu amalan dan ibadah tanpa ilmu atau dalam kejahilan. Maka dgn itulah orang yg tidak Islam pasti masuk neraka, segala kebaikan yg dilakukan di dunia tidak ada nilainya untuk akhirat, kerana mereka tidak Islam kerana jahil, dan sombong pula, tak mengaku kejahilan mereka. Kalau mereka tak jahil pastilah mereka masuk Islam dan jadikan Islam agamanya, kerana tanpa Islam mati pasti disiksa dalam kubur dan di padang makhsyar kelak tak berhimpun tapi terus dicampakkan ke dalam neraka, dan di akhirat kelak dijadikan penguui neraka yg kekal abadi, takda peluangpun masuk syurga. Bagi orang Islam pula, jahil atau tiada ilmu yg benar terhadap agama Islam, tetapi berama, dgnnya atas apa jua sandaran - ikut orangke atau kata sianu dan sipolan begitu dan begini, pasti masuk neraka walaupun Islam. Kerana apa? Kita telahpun maklum ketetapan Rasulallah (s.a.w): Neraka wel, kalau beramal dan beribadah tanpa ilmu, dan neraka wel bagi mereka yg berilmu tapi tak mahu mengerjakan atau amalkan apa yg dia tahu atau ada ilmu. Lagipun, dalam alQuran, Ayat 36, Surah al-Isra' Allah (a.w) peringatkan kita: 'Wa-la taqfu ma laisa bihi ilmun' (Yg bermaksud: Janganlah kamu kerjakan (buat amalan dan ibadah) tanpa kamu terlebih dahulu tahu ilmu mengenainya (i.e. apa yg kamu amalkan dan ibadahkan).Dan, Rasulallah (s.a.w) ulagi pesanan atau peringatan tersebut dalam as-Sunnah dengan bersabda: 'Al-ilmu qabla 'amal.' (yg bermaksud: Beramallah (i.e. buatlah amal dan ibadah hanya dgn ilmu yg dipelajari atau yg kita tahu mengetahui amal dan ibadah tersebut). Maka dalam kejahilan atau tanpa ilmu orang yg akui dirinya Islam juga gagal dapat syurga dan masuk neraka kerana segala amalan yg dikerjakan dalam kejahilan tidak diterima Allah (a.w). Maka dgn itulah walaupun kita sebagai orang Islam - mengerjakan segala amalan dan ibadah - yg fardu dan yg sunat, walaupun secara istiqamah, tak dapat syurga, kerana kita gagal memenuhi perintah Allah (a.w) yg simple atau mudah iaitu hendaklah kita buat sesuatu dgn ilmu. Bezanya antara kita yg Islam dgn orang bukan Islam hanyalah di akhirat kelak, akhirnya - selepas dibersihkan dalam neraka akan dosa-dosa kita - kita akan dapat syurga juga, walhal orang yg tidak Islam secara pasti tak dapat syurga dan kekal dalam neraka. Itu saja bezanya, kerana kita, dalam kalimah syahadah kita , kita akui wujudnya Tuhan yg Esa, Allah (a.w) dan Muhammad itu adalah Rasulallah (s.a.w) atau pesuruh Allah (a.w) yg membawakan agama Islam dan mengajrkan manusia Islam dan syariatnya dan mendemokan bagaiman beramal dan beribadah setelah beliau sendiri diajarkan dan ditunjukkan oleh Jibril (a.s) macam mana nak beramal dan beribadah).
Saudara, tidak ada kompromi dalam ilmu. Walaupun akhirnya kita dapat juga masuk syurga, kita tak tahu berapa lamakah kita perlu dibasuh atau dibersihkan dalam neraka sebelum kita dimasukkan ke dalam syurga oleh Allah (a.w)! Ingatlah ketika kita sakit atau menanggung musibah atau kecederaan atau kemalangan di dunia ini, sakitnya kita tak tahan! Apakah kita boleh tahan siksaan neraka? Di dalam al-Quran disebutkan bahawa ada perbezaan waktu yang amat ketara antara dunia dan akhirat. Sehari di akhirat itu lamanya sama dengan 1,000 tahun di dunia. Apakah kita seumpama kaum Bani Israil yang menyebut bahawa kalau mereka masuk neraka kerana ingkarkan perintah Allah (a.w), meraka masuk hanya buat beberapa hari saja?? Kalaulah kita kena masuk neraka sebanyak satu hari, iatu sama dgn 1,000 thaun didunia lamanya kita dipenjarakan. Ketika di dunia, umur kitapun sampai mencecah 100 tahun. Tak mungkin kita boleh hidup 1,000 tahun. Zaman Nabi Nuh (a.s) mungkin ramai yg sempat hidup selama 1,000 tahun. Nabi Nuh (a.s) sendiri berdakwah kpd umatnya tentang agama Allah (a.w) selama 950 tahun, namun hanya 80 orang sahaja yg berjaya mendapat hidayah untuk mengikuti syariat agama Nabi Nuh (a.s). Begitu sedikit manusia zamannya trima syariat ugamaNya. Diteliti dari segi siksaannya ula, kita diberitahu bahaw jikalah kita dapatkan di dunia suatu bentuk api yg anat pedih, perit, pans dan membahayakan kita, kepasanan itu digndakan sebanyak 70 kali pula - itulah panasnya api di akhirat kelak.
Kita disiksa tak henti-henti, pagi petang, siang malam - tanpa batasan waktu, kalau hari di akhirat itu dihitung dgn jam - 24 jam - maka itulah lamanya kita disiksa tanpa berhenti. Kalau satu hari sama dgn 1,000 tahun tahun dunia, kalau sejam berapa lama (i.e. hari) - iaitu 41.7 tahun bagi setiap jam di akhirat itu.Sakit siksaannya diganda 70 kali ganda dan tubuh badan pula dibesarkan supaya lebih terasa sakitnya, dan kemudian kalau azab sakit macam manapun, tak lepas lari, kalau kulit mengelupas kerana dibakar, di akhiratpun mengelupas ketika dibakar - bezanya adahlah sakitnya digandakan, dpanjangkan pula azabnya, tak boleh mengelak, takda sesuatu yg dapat meringankan kesakitan tersebut, lapar dan dahaga pula setiap masa dan tikak pula diringankan atau dibantu - sentiasa kekal. Demikianlah saudara, ilmu itu amat penting supaya kita faham kedudukan kita semasa di dunia dan apakah yang telah sampikan kepadanya.
Saudara, ada orang Islam yg memperolok2kan sesuatu ketetapam al-Quran dan as-Sunnah.Dalam neraka tak makan atau tak boleh makan; kalau dahagapun tak dapat minuman, kalau lapar tiada kesempatan untuk merayu kpd seorang untuk memberikan apa-apa makanan. Kalau haus - dan memang di akhirat kelak semua orang haus, terutama yg duduk dakam neraka, amat haus, takpula diberi minuman sedikitpun.
Saudara, dgn itulah dalam post yg lalu kita telah diberitahu suatu hadith yg pendek tapi amat benar lagi mendalam ketetapannya. Apa dia? Dunia itu penjara bagi orang iman dan syurga bagi orang kafir. Sebaliknya, akhirat itu adalah segala-galanya yg dihajati mereka tanpa had atau batasan bagi orang iman dan penjara bagi orang yg kafir (tidak Islam), mereka tak bebas. Malah penjara dunia ada kebebasan - makan nasi kawah dgn lauk pauk yg cukup dan enak pula, boleh tengok tv dll, itu penjara dunia. Penjara akhirat yg ada hanya siksaaan, tak dapat lari atau bolos diri, tak dapat merasuah orang untuk dapat bebas dsbnya. Dalam penjara akhirat takda minuman kecuali darah dan nanah yg busuk lagi hanyir lagi beracun, dan makanan takda selain buah zakum yg ketika masuk ke dalam kerngkong kita, hancur kerongkongkita, dgn kesakitan yg digandakan dgn kesakitan yg serupa di dunia kalau ada, sebanyak 70 kali ganda pula. Fikirkanlah.
Jazakallahu khairah

No comments:
Post a Comment