Assalamualaikum,
Saudara, menyentuh seterusnya perkara solat-solat malam, atau ketika mengerjakan Solat Tahajjud, apakah kita perlu baca surah-surah yang panjang? Inilah kelebihan para umat Islam yang hafal banyak surah-surah al-Quran. Kerana kalau diperlukan membaca surah-surah yang panjang, mereka mampu baca. Tapi, bagi kebiasaan umat Islam yang majoriti, meraka tak hafal banyak surah al-Quran. Kebanyakan mereka hafal surah-surah pendek dalam juzuk 30 al-Quran sahaja - yang lazimnya disebut 'Mukaddam'.
[Nota: Kita diberitahu dahulu bahawa kita mendapat pahala sebanyak 10 pahala setiap huruf al-Quran yang kita baca. Maka dengan itu, kalau kita membaca surah-surah yang panjang pastilah lebih banyak pahala yang kita perolehi selain pahala kerana mengerjakan solat-solat sunat - atau Solat Tahajjud tersebut.]
Keutamaan Memanjangkan Bacaan Surah
Hadith di bawah ini menyebutkan bahawa Rasulallah, ketika bersolat malam, memanjangkan bacaan atau membaca surah-surah yang panjang.
Menceritakan hadith oleh Abu Muawiyah hadith yang diceritakan oleh ‘Amasy hadith dari Abi ufyan hadith dari Jabir berkata: ‘Ditanya (oleh seseorang akan) Rasulallah (s.a.w): ‘Manakah solat yang lebih utama?’ Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Tulul-qunuti.’ (Yg bermaksud: Lama bacaannya (atau panjang bacaannya)). [Hadith Muslim, Kitab Solat]
[Nota: Hadith menyebutkan bahawa kefadhalan Solat Sunat itu adalamh membaca surah-surah yang panjang ketika solat. Maka dengan itu disebutkan dalam hadith bahawa Rasulallah (s.a.w) kerana lamanya berdiri membaca surah-surah yang panjang ketika bersolat malam (Tahajjud), sehingga bengkak kakinya. Solat-solat sunat itu adalah lebih afdhal dibuat di rumah supaya tidak menimbulkan fitnah kepada orang lain (kerana berpandangan irihati) dan kepada kita sendiri (kerana riak). Lagipun, solat sunat tu tidak dijema’ahkan, atau dikerjakan bersendirian, maka trpulanglah kepada kita berapa lama kita hendak kerjakan. Kalau kita bersolat solat fardu, mungkin perlu dipendekkkan atau direngkaskan kerana sebagai imam solat mungki kita menyusahkan makmum kita kalaulah kita mebaca surah yang panjang-panjang.]
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment