Monday, March 19, 2012

Nasihat Pagi Ini

Assalamualaikum,
saudara, sebagai seorang Islam yang beriman itu adalah utama baginya sekuat mampunya mengajak orang Islam lain membuat kebaikan - wakmur bil-makruf - dan membenteras keburukan - nahi mungkar. Inilah ketetapan dalam al-Quran dan dalam as-Sunnah. Jika kita niatkan semata-mata kerana mencari dan inginkan kerahmatan Allah (a.w) dan takutkan siksaan dalam neraka Allah (a.w) - iaitu niat yg benar dalam konteks Islam - maka kita diberi ganjaran pahala - sama seperti kita mengajarkan sesuatu kebaikan kpd seseorang itu, dan dia amalkan apa yang kita ajarkan atau petua yang kita berikan, maka pasti dia yang berbuat baik kerana nasihat kita mendapat pahala dan kita yang mengajarnya kebaikan atau menyuruh berbuat kebaikan, mendapat pahala yang sama banyaknya dengan pahalanya, tanpa sedikitpun mengurangkan pahala yang diterimanya kerana melakukan kebaikan.
Tapi, saudara sebaliknya, kita tidak mencegah kemungkaran, tetapi sama-sama bersekongkol dengan kemungkaran atau menggalakkan kemungkaran, atau kita beri petua bagaimana nak lakukan kemungkaran (i.e. kejahatan) supaya terlepas dari pengetahuan manusia atau tidak dapat ditrace oleh manusia, contohnya, maka orang yg kita beri petua itu lakukan kejahatan yg kita beri petua kpdnya, maka dia berdosa kerana melakukan suatu kemungkaran tersebut, kita juga mendapat dosa kerana memberi jalan keluar baginya berbuat suatu dosa tanpa diketahui oleh orang lain. Kita terima dosa kerana orang lain lakukan - orang yg kita ajarkan kemungkaran - tanpa sedikitpun mengurangkan dosa orang yg mengerjakan kejahatan tersebut. Oleh itu berwaspadalah dalam segala perkara - perbuatan dan percakapan.
Kerana, dalam Islam kita bertanggungjawab terhadap apa yg kita lakukan dan katakan atau bicarakan. Hari ini begitu ramai orang Islam - terutama di kalangan ahli politik, yg kerana perbuatan dan percakapan atau kata-kata atau hujajah-hujjah mereka, menjerumuskan mereka ke dalam neraka. Apa tidak, segala perbuatanatau kerja-kerja yg kita kerjakan - secara sedar atau tanpa disedari mendatangkan  dosa dan pahala. Dan segala kata-kata yg keluar dari mulut kita akan menghasilkan dosa atau pahala bergantung kpd hakikat apakah kata-kata kita itu suatu kebaikan atau kemaksiatan. Sedar atau tak sedar bukan  excuse - atau terkecuali dari dosa. Yg terkecuali dari dosa hanya dalam dua situasi - iaitu kita lakukan atau katakan dalam tidur atau ketika tidur atau kita lakukan kejahatan ketika terlupa - benar-benar terlupa. Itu dimaafkan. Tidak ditulis oleh malaikat Rakib dan Atid.
Saudara, oleh itu janganlah kita membinasakan diri kita dalam berbuat sesuatu perkara dan mengeluarkan sesuatu kata-kata. Dalam post yg lalu kita telahpun lihat hadith yg menyebutkan bahawa ramai orang Islam terlupa bahawa kerana kata-kata yg dikeluarkannya dalam sehari-harian hidupnya, mengakibatkan dia dicampakkan ke dalam neraka selama 40 tahun atau segala amalannya dan ibadahnya selama 40 tahun tidak diterima Allah (a.w). Oleh itu janganlah merugikan diri kita!

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment