Monday, March 12, 2012

Solat Sunat - Solat Tahajjud

Assalamualaikum,
Saudara, kita telahpun maklum bahawa amalan atau ibadah fardu atau wajib itu adalah amalan yang tidak boleh tidak kita kerjakan. Sebagai contoh, kalau kita akui diri kita Islam, maka kita wajib mengerjakan solat 5 waktu itu. Kalau kita abaikan kita tidaklah dikira Islam. Malah jika kita tinggalkan satu waktu solat fardu dengan sengaja, kita jatuh kafir! Allah (a.w) memberitahu dalam al-Quran bahawa syurga itu diberikan hanya keapda orang Islam yang mengerjakan amalan dan ibadah - amalan dan ibadah yang sunat-sunat - kerana itu membuktikan kita bukan sahaja mensyukuri nikmat dan syukur kepada Allah (a.w) kerana berpeluang hidup di dunia, tetapi sebagai membuktikan kita inginkan kerahmatan Allah - ingin mendapat syurga Allah (a.w) dan takutkan siksaan dalam neraka Allah (a.w) - Ayat 57, Surah al-Isra'.
Saudara, sehubungan itu adalah penting kita melapangkan masa dan menyempat-nyempatkan diri kita mengerjakan amalan-amalan sunat, terutama amalan berkaitan dengan ibadah solat. Kita telah teliti amalan Solat Rawatib, iaitu solat-solat sunat mengiringi waktu solat-solat fardu, sekurang-kurangnya 12 rakaat. Kalau kita kerjakan kita dijanjikan sebuah rumah di dalam syurga setiap sehari kita kerjakan solat rawatib 12 rakaat.
Kita telah mulakan penelitian kita tentang satu lagi kategori solat sunat yang utama kita beri tumpuan serta lapangkan masa kita mengerjakannya iaitu solat-solat ketika malam, atau Solat Tahajjud. Kita juga diberitahu bahawa solat-solat malam itu hendaklah dikerjakan di rumah, supaya tidaklah kita terkena fitnah - merasai ujub diri atau riak, dan tidaklah pula saudara sesama Islam yang lain mendapat fitnah kerana membuat tanggapan atau tohmahan bahawa kita lakukan segala solat sunat itu kerana ingin mempamirkan keimanan kita dan sebagainya. Secara khususnya ada dua kategori solat malam iaitu yang utama Solat Tahajjud dan kedua Solat Witir. Solat Witir itu adalah solat sunat yang seboleh-bolehnya di jadikan amalam lazim kita setiap malam sekurang-kurangnya satu rakaat.
Saudara, dalam post yang lalu kita mendapat tahu bahawa kita mulakan Solat Malam (atau Tahajjud) kita dengan membaca satu doa memuji-muji kebesaran Allah (a.w). Kemudian kita mulakan solat-solat Tahajjud kita.

Keutamaan Solat Malam – Solat Tahajjud 

Diriwayatkan hadith dari Abi Bisrin hadith dari Abi Humaidi b Abdil Rahman al-Himyari, hadith dari Abu Hurairah berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Afdhalus-siami ba’da syahri Ramadhana syahrullahil-Muharramu wa-afdhalus-solati ba’da faridati solatul-laili’ (Yg bermaksud: Yg terlebih baik (afdhal) puasa selepas puasa Ramadhan adalah puasa Muharram (yakni, 9 dan 10 Muharram) dan yg terlebih baik solat selepas solat fardu adalah solat malam (i.e. Solat Tahajjud). [[Hadith at-Termidzi, Kitab Solat]
[Nota: Dalam hadith yg lain disebutkan bahawa ibadah puasa yg Allah (a.w) sukai adalah ibadah Puasa Nabi Daud (a.s), iaitu dia berpuasa sehari dan berbuka (i.e. tidak berpuasa) sehari, yakni puasa selang sehari; dan Allah (a.w) suka amalan ibadah malam Nabi Daud (a.s) iaitu dia tidur seperdua malam (6 jam), kemudian bangun untuk bersolat dan mengerjakan amalan sepertiga malam (4 jam), dan tidur semula seperenam malam (2 jam). Dalam Hadith al-Baihaqi disebutkan bahawa Allah (a.w) itu murka kpd manusia yg kesukaannya bertengkar (atau berbalah-balahan) ketika berniaga di pasar, seperti bangkai (atau mayat) di waktu malam (yakni, tidur mati tak bangun), dan seperti kaldai di siang hari (yakni sebok memikirkan mencari makan atau memikirkan atau mengutamakan dunianya), orang yg (sedemikian) pandai dalam ilmu dunianya, tetapi bodoh dalam ilmu akhiratnya.Bodoh atau jahil tentang ilmu akhirat, walhal ilmu akhiratlah yang boleh memendunya kea rah mendapat kerahmatan Allah (a.w) dan akhirnya mendapat syurga dan selamat dari neraka.]
Saudara, hadith di atas itu memberitahu kita betapa hebatnya Nabi Daud (a.s). Walaupun beliau mempunyai 100 orang isteri, namaun sempat dia meluangkan masa untuk mengerjakan pelbagai amalan malam selama 4 jam. Hari ini berapa ramaikah kita yang berkeupayaan bangun malam untuk mengerjakan pelbagai solat-solat malam? Nabi Daud (a.s) adalah seorang raja yang hebat, tidak ditandingi oleh mana-mana raja dunia, kerana beliau tidak menggunakan wang perbendaharaan negaranya untuk menyara dirinya dan keluarganya. Beliau berusaha sendiri mencari rezki dengan melentur besi - mukjizat yang dikurniakan oleh Allah (a.w) kepadanya sebagai nabi dan rasul. Hasil jualan kerja tanganya itu separuh diinfaqkan  untuk fi sabilillah dan separuh pula digunakan untuk menyara diri dan keluarganya.
Saudara, meneruskan perbincangan kita tentang Solat-solat Malam (= Solat Tahajjud) itu kita lihat hadith berikut pula. Berapa banyak solat malam?

Lamanya atau Panjangnya Solat Malam 

Diriwayatkan hadith dari Zuhri berkata: ‘Memberitahu kpdku ‘Urwah bahawasanya Aisyah (r.ah) memberitahu kpdnya bahawasanya Rasulallah (s.a.w) ada bersolat sebelas (11) rakaat, adapun ketika bersolat Sujud dia satu Sujud dari demikian Sujud kira-kira (lamanya) apa-apa yg dibaca salah seorang kamu 50 ayat sebelum mengangkat kepalanya, dan Rukuk dia (yakni, solat dia Solat Rawatib sebelum Solat Subuh – setelah diazankan) dua Rukuk (yakni, rakaat) sebelum Solat Fajr, kemudian (setelah solat sunat itu) tidur dia sebelah kanannya sehingga tukang azan (i.e. Bilal b Rabah) memanggilnya untuk solat (Subuh).’ [Hadith Bukhari, Kitab Solat]
[Nota:  Rasulallah (s.a.w) bersolat sunat (i.e. Tahajjud) di rumah. Hadith menunjukkan bahawa sebaik-baik solat qiam itu hendaklah membaca suerah-surah yg panjang serta membaca tasbih ketika Sujud yg panjang pula, kerana orang yg paling hampir kpd Allah (a.w) adalah ketika seseorang itu Sujud.]
Saudara, solat malam = Solat Tahajjud yang afdhal itu adalah membaca surah-surah yang panjang. Maka dengan itulah kita sewajarnya menggalakkan diri kita menyuruh anak-anak kita belajar menghafal sebanyak mungkin surat-surah al-Quran dan panjang supaya mereka boleh membaca surah-surah yang panjang ketika mengerjakan solat-solat malam.
Saudara, hadith di atas itu menyebutkan bahawa Rasulallah (s.a.w) mengerjakan Solat Tahajjud sebanyak 11 rakaat - sama ada dibuat empat-emat rakaat diakhiri dengan satu 'salam' dengan ditutup dengan satu rakaat Solat Witir atau dibuat dua-dua rakaat disudahi dengan 'salam' dibuat 5 solat ditutup dengan satu rakaat Solat Witir atau dibuat dua-dua rakaat 4 solat dan ditutupi dengan 3 rakaat Solat Witir.
Saudara, mudah-mudahan kita diberi Allah (a.w) kekuatan untuk menambah amalan wajib kita dengan amalan-amalan dan ibadah  sunat secara istiqamah melaksanakannya.

Jazakallahu khairah


No comments:

Post a Comment