Assalamualaikum,
Saudara, menyambung kpd perbincangan kita tentang kebebasan beragama dalam post seblum ini bilamana kita diberitahu kesudahan orang yang tidak Islam dan juga yang Islam setelah mati mereka, kita sambung sedikit lagi.
Akhir-akhir ini umat Islam, khusus orang Melayu, yang dangkal ilmunya mengenai Islam telah bersekongkol dengan orang bukan Islam menyokong usul bahawa ditubuhkan sebuah badan yang dipanggil Interfaith Commission untuk menyelesaikan sebarang pertlingkahan yang melibatkan isu dan perkara keagamaan di kalangan rakyat berbilang kaum di Malaysia. Ramai pula yang berpandangan bahawa agama Islam sebagaimana agama lain mengjarkan manusia berbuat kebaikan dan meninggalkan kejahatan.
Ramai umat Islam terikut-ikut dengan pandangan sedemikian kerana mereka yakin bahawa semua agama itu sama taraf dan kedudukannya. Mereka jahil bahawa agama selain Islam adalah agama ciptaan manusia, walhal agama Islam adalah agama ciptaan Allah (a.w). Mungkinkah sama manusia dengan Tuhan? Mereka yang berpandangan bahawa semua agama itu sama, telah jatuh kafir, malah jatuh syirik. Kerana mereka menyamalkan Allah (a.w) dengan manusia!
Allah (a.w) memberitahu kita, seperti yang telah kita rujuk beberapa firman Allah (a.w) sebelum ini bahawa:
Pertama, agama yang diridai (yakni, yang diterima) Allah (a.w) hanyalah agama Islam [Ayat 19, Surah ali-Imran];
Kedua, mereka yang memilih agama lain tidak akan diterima sebarang amalan dan ibadah mereka walau baik bagaimana sekalipun; segala amalan dan ibadah mereka seumpama debu di atas batu, yang akan bertaburan apakala ditiup angina tau dilanda banjir;
Ketiga, orang yang kafir (dan termasuk yang Islam tetapi kufur) yang mati dalam kekafiran (atau kekufuran) mereka itulah orang yang dilaknat oleh Allah (a.w) dan oleh para malaikat dan manusia (yang Islam dan iman) [Ayat 161, Surah al-Baqarah];
Keempat, hanya orang Islam dan iman sahaja yang akan mendapat syurga, orang yang tidak Islam, dan orang Islam tetapi tidak beriman, pasti masuk neraka;
Kelima, orang munafiq, yakni orang yang mengakui dirinya Islam tetapi hatinya tidak Islam dan beriman, tidak akan masuk syurga; malah diletakkan di dasar neraka terkebawah dari tempat orang-orang kafir [Ayat 145, Surah an-Nisa’];
Keenam, taubat mereka (yang syirik) dan hanya taubat orang yang kafir yang masuk Islam, maka segala kebaikan yang dilakukannya semasa kafir akan dikira dan diberi pahala, manakala dosa-dosanya ketika kafir dahulu dihapus kikis apabila masuk Islam;
Ketujuh, mentaati Rasulallah (s.a.w) berjaya mendapat kerahmatan Allah (a.w) (dan hanya kerahmatan Allah (a.w) membolehkan kita mendapat syurga) [Ayat 132, Surah ali-Imran];
Kedelapan, jika orang kafir memiliki harta berupa emas dan perak sebanyak dunia dan segala isinya untuk menebus dosanya supaya dikeluarkan dari neraka di akhirat kelak, tidak akan diterima Allah (a.w) [Ayat 91 & Ayat 116, Surah ali-Imran]; dan
Kesembilan, jika kita tolak Rasulallah (s.a.w) (yakni, tolak atau tidak terima as-Sunnah) setelah jelas padanya petunjuk ari as-Sunnah dan dia tidak mau terima ajakan orang yang beriman (i.e. orang yang ikuti as-Sunnah), maka dia akan dimasukkan ke dalam neraka [Ayat 115, Surah an-Nisa’];
Kesepuluh, sesiapa yang taatkan Rasulallah (s.a.w) (i.e. ikuti as-Sunnah) dia pasti mendapat hidayah (atau petunjuk) [Ayat 54, Surah an-Nur].
Adalah suatu dosa yang besar bagi seseorang yang Islam mengakui bahawa Islam itu setaraf dengan agama-agama ciptaan manusia.
Maka dengan itulah Allah (a.w) mengingatkan manusia bahawa Islam adalah agama yang tidak boleh disamakan dengan lain-lain agama. Islam tetapiterkeatas kedudukannya, masakan manusia, terutama mereka yang mengakui diri mereka Islam, sanggup menjatuhkan mertabat Islam kerana kesenangan dunia yang sedikit?
Firman Allah (a.w): 'Hual-lazi arsala rasulahu bil-huda, wadinil haqqi liyuzhirahu ‘alad-dini kulihi walau karihal kafiruna) [Maksud: Dialah (Allah (a.w)) yang mengutus RasulNya membawa hidayah (i.e. petunjuk) dan agama yang haq (i.e yang benar) (iaitu agama Islam), supaya memenangkannya (yakni, meletakkannya) di atas segala agama di bumi ini meskipun orang-orang musyrik (i.e. orang yang tidak mahu akui Allah (a.w) itu tuhan mereka, yakni kafir) tidak menyukainya][Ayat 9, Surah as-Sof]
Malangnya di akhr zaman ini manusia tidak lagi yakin dengan Islam kerana dipengaruhi oleh pelbagai factor. Antaranya, pengajaran agama Islam itu tidak diutamakan oleh alim ulama’ dan para ilmuan Islam. Alim ulama’ hanya bersedia menyampaikan ilmu mereka dengan bayaran lumayan. Alim ulama mengutamakan kedudukan dan sanjungan serta kesenangan dunia. Maka dengan itu mereka tidak mahu melawan arus. Alim ulama sendiri jahil dengan agamanya, atau mereka kurang yakin dengan agama Islam kerana materialism dan kesenagan keduniaan.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment