Monday, March 26, 2012

Peringatan Hari Ini

Assalamualaikum,
Saudara, sebagai seorang Islam kita wajib sering diperingatkan oleh saudara kita yang Islam supaya kita tidak tergelincir dari sentiasa menyedari bahawa kita sentiasalah atas landasan aqidah yang benar.
Kita lihat perigatan yang amat basic lagi simple dalam Islam seperti yang dijelaskan dalam sepotong hadith yang menyebut bahawa: 'Neraka itu bagi orang Islam yang tahu ilmu mengenai sesuatu amalan atau ibadah, tetapi dia tak amalkan atau ibadahkan apa yang dia tahu. Neraka itu juga adalah bagi orang yang beramal dan beribadah, tetapi dia tak tahu apakah yang diamalkan atau yang diiabadahkannya itu menepati ketetapan Islam atau tidak.'
Saudara, ada dua golongan  orang Islam yang gagal mendapat syurga, sebaliknya mendapat neraka atau terjerumus ke dalam neraka di akhirat kelak. Hadith tersebut memberi kita tahu dua golongan tersebut. Goongan pertama adalah orang yang tahu, yakni memiliki ilmu mengenai sesuatu amalan dan ibadah, berdasarkan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, tetapi dia tidak pula amalkan atau ibadahkan atau kerajakan apa yang dia tahu, sebaliknya amalkan sesuatu yag menyalahi ilmu yang hak mengenai amalan dan ibadah tersebut. Sebagai contoh: seorang itu belajar Islam berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah mengenai cara dan kaedah berwudu', bahawa dia diwajibkan memulakan wudu'nya dengan menyebut kalimah 'Bismillah' ketika hendak berwudu'. Tapi, sebaliknya, dia menyebut  kalimah seperti 'Nawaitul wudu'a ...' dan seumpamanya - kalimah yang tidakpun disebutkan dalam al-Quran atau as-Sunnah. Dalam solat, Islam - berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah - menyuruh kita berdiri tegak mengadap kiblat kemudian mengangkat kedua tangan kita, dengan jari-jari tangan terbuka tegak, sambil bertakbir, yakni membaca 'Allahu Akbar' dan seterusnya membaca Doa Iftitah, tetapi dia membaca kalimah spt 'Usolli fardal ...' dan seumpamanya ketika mengangkat kedua tangannya untuk memulakan solat. Tidak ada ketetapan dalam al-Quran atau as-Sunnah yang menyuruh kita berbuat sedemikian. Kerana, Rasulallah (s.a.w) memberitahu: 'Iza kumta ilas-solati, fakabbir ...' Yg bermaksud: Ketika berdiri kamu untuk bersolat, maka takbirlah (yakni, bacalah 'Allahu Akbar')...'. Jelaslah, dia ada ilmu tetapi tidak amalkan apa yang dia tahu. Demikianlah juaga hakikat seorang Islam itu tahu bahawa wajib atasnya mengerjakan solat fardu 5 kali sehari semalam, tetapi dia tidak bersolat.
Dan, neraka juga adalah bagi orang Islam yang mengerjakan pelbagai amalan dan ibadah tetapi mengerjakannya tanpa dasar ilmu atau amalkan atau ibadahkan dalam kejahilan. Dia lazim mengerjakan solat, tetapi dia tak tahu ilmunya mengenai solat, namun dia bersolat. Jelslah dia bersolat dalam kejahilan, yakni tanpa didasari oleh ilmu. Saudara, dalam kedua situasi tersebut, kedua-duanya masuk neraka, tidak dapat syurga!
Saudara, Islam itu adalah agama yang amat mudah - disebutkan dalam hadith 'ad-dinu yusrun'. Tidak dikhususkan kepada orang yang pintar tetpai kepada semua manusia yang akui bahawa wujud Allah (a.w), tuhan yang esa dan Rasulallah (s.a.w) itu adalah UtusanNya, orang yang membawakan syiar Islam dan yang mengajarkan tuntutan Islam, yang mencotntohkan Islam dan bagaimana menjadi orang Islam yang beriman, orang yang menetapkan spesifikasi tuntutan amalan dan ibadah dan segala sesuatu dalam Islam. Yang utama bagi mansuia adalah belajar ilmu mengenai segala tuntutan dan ketetapan Islam,  tentang spesifikasi khusus setiap amalan dan ibadah itu. Orang Islam tidak boleh mengerjakan ibadah dan amalan atau melaksanakan segala tuntutan Islam mengikut kehendak naluri akal dan fikiran. Islam tidak boleh diberi rasional mengikut kepintaran manusia. Islam adalah ketetapan Allah (a.w) yang disampaikan oleh Rasulallah (s.a.w),  yang menunjukkan bagaimana, yang mencontohkan bagaimana beramal dan beribadah. Justeru itu, kalau kita amalkan atau ibadahkan sesuatu tanpa ilmu, maka pasti kita masuk neraka, atau kalau kita tahu ilmunya, kita amalkan sebaliknya, kita juga masuk neraka. Maka dengan itulah Rasulallah (s.a.w) nasihatkan umatnya 'al-ilmu qabla 'amal' (maksudnya: Beramallah dengan ilmu). Dan, Allah (a.w) perintahkan 'wa-la taqfu ma laisa bihi ilmun' (maksudnya: Janganlah buat sesuatu (amalan dan ibadah) atau apa saja ketetapan Islam tanpa mengetahui secara pasti ilmunya dahulu.) (Ayat 36, Surah al-Isra').
Mudah-mudahan saudara faham mesej dalam post ini. Janganlah kita rujuk kitab-kitab karangan manusia - walau bagaimana bijak pintar atau terkenalpun mereka, tanpakita terlebih dahulu ilmu diri kita tentang al-Quran dan as-Sunnah. Jika tidak, Allah (a.w) campakkan kita ke dalam neraka kerana kita beramal atau mengerjakan ibadah tanpa di dasari oleh ilmu. Dan, dalam blog ini kita sering ulangi peringatan  Rasulallah (s.a.w) bahawa ilmu yang haq (benar) (dan panduan agama yang haq) dalam Islam itu adalah ilmu al-Quran dan as-Sunnah.

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment