Assalamualaikum,
Saudara dalam post ini kita lihat satu solat rawatib yang amat diutamakan oleh Rasulallah (s.a.w), iaitu solat rawatib/mengiringi Solat ubuh.
Keutamaan Solat Sunat (Sebelum) Fajr – Pahalanya dan Surah Yang Dibaca
(Solat Sunat Sebelum Solat Subuh)
[Nota: Solat sunat 2 rakaat sebelum Solat Fajr (atau Subuh) itu amat disukai oleh Rasulallah (s.a.w) dan beliau mengajak umatnya menjadikankan suatu ketetapan atau meruntinkan mengamalkannya, mensolatkannya tanpa lama dan kekal mengerjakannya dalam kehidupan sehari-harian]
(a) Waktunya
Diriwayatkan hadith dari Nafi’ hadith dari Ibni Omar (r.a) bahawasanya Hafsah, ibu kpd orang iman, menceritakan kepadanya bahawasanya Rasulallah (s.a.w) ada dia ketika diam tukang azan (yakni, muazin) sudah selesai membaca azannya untuk solat Subuh dan telah jelas nampak fajr Subuh, solat dia (Nabi) dua rakaat solat sunat yang rengkas (atau direngkaskan) sebelum bahawa didirikan solat Subuh).) [Hadith Muslim]
[Nota: Solat sunat 2 rakaat sebelum Solat Subuh (satu solat rawatib) itu dikerjakan secara rengkas, yakni tidaklah membaca surah-suarh yang panjang, memadai surah-surah pendek supaya segera selesai. Namun ketertibannya dijaga, spt cukup tamakninahnya dalam setiap srukunnya.]
(b) Sentiasa Diprhatikan Supaya Tidak Tetinggal
Menceritakan hdith oleh Ato’ hadith dari Ubaidi b. Umairin hadith dari Aisyah (r.ah) bahawasanya Nabi (s.a.w) tidak ada atas sesuatu dari solat sunah yang lebih tersangat menjaga darinya (oleh Rasulallah (s.a.w)) atas dua rakaat sebelum solat Subuh.’ [Hadith Muslim]
[Nota: Hadith ini menyebutkan bahawa Rasulallah (s.a.w) sangat menjaga solat sunat 2 rakaat sebelum Solat Subuh ini – tidak diremehkan atau ditinggalkannya. Ini menunjukkan betapa utamanya solat rawatin ini.]
(c) Pahalanya
Diriwayatkan hadith dari Qatadah hadith dari Zurarah b Aufa hadith dari Said b Hisyam hadith dari Aisyah hadith dari Nabi (s.a.w) yang bersabda: ‘Rak’atal fajri khairun minad-dunya wa-ma fiha.’ (Yang bermaksud: Dua rakaat solat (sunat) sebelum Solat Fajr (ie. Subuh) itu lebih baik dari (nilainya dari nilai) dunia dan seisinya.) [Hadith Muslim, Kitab Solat]
[Nota: Jelaslah mengapa dalam hadith sebelum ini Aisyah (r.a) memberitahu bahawa Rasulallah (s.a.w) dalam hayatnya sentiasalah mempastikan bahawa dia tidak terlupa atau tertinggal mengerjakan solat (sunat) 2 rakaat sebelum Solat Subuh ini. Kerana pahala mengerjakannya hanya rakaat lebih utama pada Allah (a.w) dari nilai dunia dan segala yang ada di permukaaan dan di dalam perut dunia. Rugilah orang yang tahu (atau, diberitahu) begitu besar ganjaran pahalanya, tidak mengerjakannya. Bersolat setakat 3 minit dapat ganjaran dividen akhirat yang amat besar!]
(d) Surah-surahnya
Menceritakan Marwan b ibnu Mua’wiyah hadith dari Yazid, iaitu Ibnu Kasyana hadith dari Abi Hazim hadith dari Abi Hurairah bahawasanya Rasulallah (s.a.w) membaca di dalam dua rakaat (solat sebelum) Fajr (Subuh) dengan (surah) ‘Qul ya aiyuhalla kafiruna’ (Surah al-Kafirun) dan ‘Qu huallahu ahad’ (Surah al-Ikhlas). [Hadith Muslim, Kitab Solat]
[Nota: Jelaslah dalam hadith ini ada surah yang khusus untuk solat sunat 2 rakaat sebelum Solat Subuh – Surah al-Kafirun (pada rakaat pertama) dan Surah al-Ikhlas (pada rakaat ke-2). Hadith ini bukanlah mentapkan bahawa hanya dua surah ini sahaja dibaca dan tidak boleh surah-surah lain, tapi, kalau kita baca dua surah sedemikian ini, kita mencontohi Rasulallah (s.a.w), maka pasti mendapat pahala sunahnya, selain pahala mengerjakannya.]
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment