Assalamualaikum,
Saudara, kita telahpun diberitahu bahawa sebagai seorang Islam yang beriman, tidak cukup hanya mengerjakan ibadah-iabdah fardu (atau wajib) untuk mendapatkan syurga. Kerana ibadah yang wajib itu adalah pra-syarat untuk mendapatkan kejayaan akhirat. Kerana, jika tidak dikerjakan maka tidak sempurna keislaman seseorang itu. Tambahan pula, ibadah-ibadah sunat itu walaupun tidak diwajibkan dikerjakan, adalah bukti bahawa seseorang yang Islam itu bersyukur terhadap segala nikmat yang diterimanya dalam hidupnya. Dan, Allah (a.w) memberitahu bahawa nikmat yang kita terima itu berbagai dan begitu banyak, tak mungkin dapat kita menghitungnya.Kesyukuran itu didemkan melalui ibadah-ibadah sunat. Antara ibadah sunat yang utama itu adalah solat-solat sunat. Satu kategori solat sunat yang mendatangkan begitu banyak pahala kalau kita kerajakan adalah Solat Rawatib.
Saudara, Solat Rawatib itu adalah solat sunat mengiringi waktu solat-solat fardu. Apabila masuk waktu solat, muazin akan mengazankan solat. Sebaik sahaja azan selesai kita boleh mengerjakan solat sunat yang khusus mengiringi solat fardu tersebut. Ada juga solat sunat rawatib yang dikerjakan selepas kita mengerjakan solat fardu, kecuali tiada solat rawatib selepas Solat Asar dan Solat Subuh.
Berapa banyakkah solat rawatib? Dan, apakah ganjaran pahala yang kita perolehi mengrjaknnya? Kita lihat hadith berikut.
Dalam dua hadith berikut kita diberitahu bahawa Solat Rawatib itu adalah 12 rakaat atau 10 rakaat. Malah lebih dari itu. Insya Allah kita lihat ketetapan as-Sunnah mengenainya.
(a) Jumlah Solat Rawatib – 12 rakaat
Diriwayatkan hadith dari Syu’bah hadith dari Nukman b Salim hadith dari ‘Abasah b Abi Sufyan hadith dari Ummu Habibah, isteri Nabi (s.a.w), bahawasanya berkata: ‘Aku mendengar Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Ma min abdin Muslimin yusolilahi kulla yaumin thintai ‘asrata rak’atan tatauwu’an ghaira faridatin illa manallahu lahu baitan fil-jannati au illa bunia lahu baitun fil jannati.’ (Yg bermaksud: Tidak ada hamba yang beruagama Islam bersolat kerana Allah (a.w) tiap-tiap hari dua-belas (12) rakaat solat sunat selain solat fardu kecuali dibina (atau dibangunkan Allah (a.w) baginya, sebuah rumah di dalam syurga’ atau ‘dibina baginya sebuah rumah di dalam syurga). Dan berkata Ummu Habibah: ‘Maka tidak henti-hentilah aku mensolatkannya selepas (mendengar hadith) itu.’ Dan berkata Amru: ‘Tidak henti-hentilah aku mensolatkannya selepas itu (i.e. selepas tahu sunnah itu)’ Dan berkata juga Nukman semithal demikian kata-kata. [Hadith Muslim, Kitab Solat]
[Nota: Pahala mengerjakan 12 rakaat Solat Rawatib adalah mendapat sebuah rumah di syurga. Jelaslah sesiapa yang mengerjakannya, maka dia mendapat syurga. Kerana ahli neraka tidak mempunayi rumah. Ahli nerka adalah banduan yang tidak bebas – makan buah zakum semata-mata dan minum air panas yang menggelegak dari campuran darah dan annah yang busuk. Justeru itu, pastilah orang mendududki syurga sahaja yang memiliki rumah.]
(b) Jumlah Solat Rawatib – 10 Rakaat
Menceritakan hadith oleh Ubaidillah b Nafi’ hadith dari Ibni Omar berkata: ‘Bersolat aku bersama-sama Rasulallah (s.a.w) sebelum Solat Zohor dua Sujudan (yakni, solat) sunat dan selepasnya dua Sujudan (i.e. rakaat solat) sunat, dan sebelum Solat Maghrib dua Sujudan (i.e. rakaat solat) sunat dan selepas Solat Isya’ dua Sujudan (i.e. rakaat solat) sunat dan selepas Solat Jum’at dua Sujudan (i.e. rakaat solat sunat) maka adapun solat sunat sebelum Solat Maghrib dan selepas Solat Isya’ dan selepas Solat Jum’at, maka mensolatkannya (solat-solat sunat tersebut) bersama-sama Nabi (s.a.w) di rumahnya.). [Hadith Muslim, Kitab Solat]
[Nota: Hadith ini menyebutkan solat-solat rawatib itu mengikut hadith Ibni Omar (r.a): iaitu – 2 rakaat sebelum dan 2 rakaat selepas Solat Zohor, 2 rakaat sebelum Maghrib, 2 rakaat selepas Isya’, dan 2 rakaat selepas Juma’at. Jumlahnya 10 rakaat. Solat-solat sunat selepa Jum’at, 2 rakaat selepas Maghrib dan 2 rakaat selepas Isya’ itu dibuat di rumah Nabi (s.a.w). Hadith menyebutkan bahawa solat-solat sunat itu lebh utama dibuat di rumah dan bukan di masjid. Namun bukanlah bererti bhawa tidak dibolehkan di buat di masjid. Begitu jugalah bahawa solat fardi itu utaa dibuat di masjid secara berjema’ah. Tapi, tidaklah berertisolat-solat fardu itu tidak boleh disolatkan di rumah secara berjema’ah. Lebih afdhal di masjid atau di surau atau musolla.]
Mudah-mudahan kita diberikan kekuatan mental untuk mengerjakannya demi mencari sebanyak mungkin pahala sebagai bekalan akhirat kita. Solat-solat sunat itu boleh mengimbangi kekurangan ataupun kecacatan dalam ibadah solat fardu kita sepanjang hidup kita. Kerana, ingatlah bahawa solat fardulah amalan yang terutama dalam Islam dan amalan atau ibadah yang mula-mula dihitung di akhirat kelak. Sama ada kita dapat syurga atau neraka kesemuanya bergantung kepada ibadah solat kita. Tambahan pula ibadah solat fardu kita menentukan apakah baik atau buruk amalan kita selainnya, yang fardu atau yang sunat. Kerana, jika solat fardu kita tidak sempurna maka hisaban amalan dan ibadah selainnya - yang fardu dan yang sunat - termasuk amalan membayar zakat, berpuasa, menunaikan haji dan sebagainya, ditentukan oleh hisaban solat fardu kita. Tak guna kita menjadi seorang yang amat dermawan - mengeluarkan sedekah dan infaq yang banyak dan kerapa kalaulah solat fardu kita itu kita biarkan atau buat nak tak nak sahaja!
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment