Saturday, March 10, 2012

Solat Sunat - Solat Rawatib - Mengiringi Solat 'Asar

Assalamualaikum,
Alhamdulillah, kita telah lihat solat rawatib mengiringi Solat Zohor. Kali inikita lihat pula solat rawatib mengiringi Solat 'Asar.

Solat Sunat Sebelum Solat ‘Asar 

Menceritakan hadith oleh Muhammad b Mihran al-Qurasiyu menceritakan hadith dari datuknya, Au Tussanni hadith dari ibni Omar berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Rahimallahi amra-a solla qablal-‘asri arba’an.’ (Yg bermaksud: Semoga menyayangi Allah (a.w) pada seseorang yang bersolat sunat sebelum Solat (fardu) ‘Asar 4 rakaat.)
[Nota: Solat sunat 4 rakaat sebelum masuk waktu ‘Asar] 
Dalam hadith di atas Rasulallah (s.a.w) mendoakan kepada kita yang mengerjakan solat rawatib 'Asar supaya disayangi Allah (a.w). Saudara, jika kita disayangi Allah (a.w) pastilah kita bukan ahli neraka.
Diriwayatkan hadith dari Syu’bah hdith dri Abi Ishak hadith dri ‘Asim b Damrah hadith dari Ali (a.s) bahawasanya Nabi (s.a.w) ada bersolat dia solat sunat sebelum ‘Asar dua rakaat. [Hadith Abu Daud]
[Nota: Hadith ini menyebutkan pula tentang solat sebelum ‘Asar itu adalah 2 rakaat. Jelaslah ada dua versi ketetapan as-Sunnah dalam perkara slat sunat sebelum ‘Asar itu. Jelaslah Solat Rawatib sebelum Solat Fardu ‘Asar itu adalah 4 atau 2 rakaat. Pilihlah yang mana satu.]
Saudara, hadith ini menyebutkan pula bahawa solat rawatib sebelum 'Asar itu boleh 4 atau 2 rakaat. Tidak ada solat rawatib selepas kita kerjakan Solat 'Asar.
[Nota: Kita boleh bersolat setelah kita kerjakan Solat 'Asar dalam keadaan kita diminta oleh seorang sahabat untuk menemnainya berjema'ah Solat 'Asar, walaupun kita telah kerjakan Solat 'Asar. Kerana, beliau tidak berkesempatan mengerjakan Solat 'Asar berjema'ah, kerana ditinggalkan jema'ah kerana terlambat. Maka kita dibolehkan.]

Jazakallahu khairah

Jazakallahu khairah


No comments:

Post a Comment