Saturday, March 10, 2012

Solat Sunat - Solat Rawatib - Mengiringi Solat Isyak

Assalamualaikum,
Saudara, dalam post ini kita lihat pula solat rawatib mengiringi Solat Isyak.

Dua Rakaat Sesudah Solat Isya’ 

Diriwayatkan hadith dari Abdullah b SYaqiq berkata: ‘Aku bertanya kepada Aisyah (r.ah) dari urusan solat (sunat) Nabi (s.a.w), maka berkata dia (Aisyah): ‘Ada Rasulallah (s.a.w) bersolat sunat sebelum Zohor dua rakaat, dan selepasnya (Zohor) dua rakaat dan selepas Solat Maghrib dua rakaat dan selepas Solat Isya’ dua rakaat dan sebelum Solat Fajr (Subuh) dua rakaat’ [Hadith at-Termidzi]
[Nota: Hadith ini memberi kita tahu solat-solat sunat rawatib berikut:
2 rakaat sebelum Solat Zohor
2 rakaat sesudah Zohor
2 rakaat sesudah Solat Maghrib
2 rakaat selepas Solat Isya’
2 rakaat sebelum Solat ubuh = 10 rakaat]
Saudara, hadith yang pendek ini memberitahu kiata bahawa terdapat 10 rakaat solat rawatib yang mengiringi waktu solat fardu. Antaranya adalah, solat rawatib 2 rakaat selepas Solat Isyak.
[Nota: Semoga saudara tidak keliru, pertama, kerana dalam post yang terdahulu kita diberitahu bahawa ada solat rawatib  sebelum Solat Isyak itu 2 rakaat; dan kedua, bahawa solat rawatib sebelum dan sesudah Solat Zohor itu adalah satu solat 4 rakaat. Empat rakaat bermaksud boleh dibuat satu solat terus 4 rakaat atau kita buat dua solat dua-dua rakaat disudahi dengan 'salam'. Namun, kita diberi pilihan sama ada mengerjakan solat rawatib sebeum dan sesudah Solat Zohor itu 4 atau 2 rakaat. Jangan upa bahawa berbeza dengan Solat Fardu, setiap rakaat solat sunat - termasuk solat rawatib itu - kita wajib baca al-Fatihah dan satu surah.]

Jazakallahu khairah


No comments:

Post a Comment