Assalamualaikum,
Saudara, alhamdulillah, sudah banyak kita tahu dan faham tentang ketetapan Islam berdasarkan ketetapan Allah (a.w), dalam al-Quran, dan ketetapan Rasulallah (s.a.w), dalam as-Sunnah, tentang hubungan anak-anak dengan kedua ibubapa mereka, dan betapa utamanya kedua ibubapa itu kepada anak-anak mereka, sekiranya anak-anak tersebut ingin mendapatkan syurga di akhirat kelak. Malangnya, hari ini semakin ramai anak-anak yang bukan sahaja derhaka terhadap ibu bapa mereka tetapi juga menzalimi dan menganianya ibubapa mereka. Banyak kita baca berita dan cerita bagaimana anak-anak sanggup mencederakan kedua ibubapa mereka yang tua dan dhaif, tidak membantu mereka walhal mereka senang lenang hidup, tetapi dibiatnya kedua ibubapa mereka hidup melarat. Mudah-mudahan setelah memahami betapa bahayanya bagi seorang anak yang melanggar perintah Allah (a.w) dan perintah Raulallah (s.a.w) dalam perkara melayani ibubapa ini, lebh ramai para anak ebib berwaspada dan mengubah laku, demi kesejahteraan akhirat mereka.
Saudara, kita sambung lagi perbincangan kita mengenai tajuk atau topik ini. Insya Alah jika saudara fahami dan jadikan panduan apa yang telah dituliskan dalam blog ini, saudara akan selamat di akhirat.
(j) Ketaatan Terhadap Ibubapa Itu Mutlak
(Taat kalaupun Disuruh Ceraikan Isteri Kesayangan)
Saudara, dalam hadith berikut kita diberitahu bahawa Ibnu Omar (r.a) disuruh oleh bapanya, Omar b. Khattab (r.a), khalifah ar-rasyidin al-mahdiyin yang ke-3, menceraikan isteri kesayangannya. Kerana cintanya terhadap isterinya itu, dia enggan. Kemudian dia pergi menemui Rasulallah (s.a.w) untuk mendapatkan pandangan serta panduan kalau-kalaulah mungkin bapanya tersilap dalam perkara atau isu cerai ini. Ketika diperjelaskan oleh Rasulallah (s.a.w), maka beliau akur.
Diriwayatkan hadith dari seorang sahabat Rasulallah (s.a.w) (yang juga ipar Nabi (s.a.w), seorang ulama’ yg hebat zamannya) ibnu Omar (r.a), yakni Abdullah bin Omar bin al-Khatab (r.a) berkata: ‘Adalah bagiku seorang perempuan yang dibawah perintahku (yakni, isterinya) ialah perempuan yang kasih aku akandia dan adalah bapaku, Omar bin al-Khatab (r.a), benci ia akan isteriku yang aku kasih akandia itu, maka disuruhnya oleh bapaku akandaku bahawa aku ceraikan dia. [Maka kata Abdullah]: ‘Maka enggan aku menceraikan isteriku itu (yakni tidak mahu menurut suruhan bapanya, hingga menjadikan hal yang demikian itu susah hatinya), maka pergi aku kepada Nabi (s.a.w) dan aku ceritakan kepada Nabi (s.a.w), kataku: ‘Ya Rasullah (s.a.w)! Adalah bapa hamba menyuruh hamba ceraikan isteri yang hamba kasih akandia.’ Maka Sabda Rasulallah (s.a.w): ‘Ya Abdullah bin Omar (r.a), ceraikan olehmu akan isterimu kerana taatkan bapamu.’ [Hadith hasan lagi sahih at-Termidzi]
[Nota: Hadith ini menyebutkan betapa mutlaknya perintah kedua ibubapa itu terhadap anaknya dalam Islam, selagi perintah kedua ibubapa itu tidak melanggar ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, yakni tidak bercorak kemaksiatan. Dalam post sebelum. kita telah sentuh sedikit peristiwa antara Nabi Ibrahim (a.s) dengan anaknya Nabi Ismail (a.s) melibatkan isterinya. Suatu masa setelah meninggakan anaknya Nabi Ismail (a.s) ketika kecil kerana mengembara berdakwah, anak yang ditinggalkan itu sudahpun besar panjang, kemudian Allah (a.w) perintahkan supaya beliau 'mengorbankan' (yakni, menyembelih anaknya). Kerana akur dengan perintah Allah (a.w) Nabi Ibrahim (a.s) hendak melaksanakan perintah tersebut. Tetapi, Allah (a.w) gantikan anaknya dengan seekor kibas yang geuk dan besar. Itulah mulanya ibadah kurban dalam syariat Islam. Kemudian Nabi Ibrahim (a.s) terpisah lagi sekian lama dengan anaknya, Nabi Ismail (a.s), kerana urusan agama Allah (a.w), sampailah anaknya berkahwin, i.e. berisiteri. Suatu masa beliau pergi ke rumah anaknya, Nabi Ismail (a.s), tiada di rumah, yang ada adalah isterinya. Beliau bertanya kepada isteri Nabi ismail (a.s) bagaimanakah keadaan kehidupannya dengan Ismail, tanpa memberitahu yang dia adalah Ibrahim (a.s), bapa mertuanya. Setelah diceritakan perihal kehidupan mereka berdua, maka Ibrahim (a.s) berpesan kepadanya bahawa apabila Ismail (a.s) balik nanti beritahu kepadanya supaya menukar pintu rumahnya. Maksud pesanan Ibrahim (a.s) itu difahami oleh Ismail (a.s), iaitu isterinya tidak sesuai baginya, maka wajib diceraikan olehnya. Suatu ketika selepas itu pula, Ibrahim (a.s) pergi semula untuk menemui anaknya, Ismail (a.s). Serupa juga kali itu dia tak dapat menemui Ismail (a.s) dan hanya dapat menemui menantunya, isteri Ismail (a.s), yang baru pula. Beliau bertanyakan perihal kehidupan mereka, maka diberitahu oleh menantunya bahawa kehidupan mereka bagus belaka, tidak ada apa yang kurang, malah dia sangat berpuas hati dengan kehidupan mereka. Justeru itu, Nabi Ibrahim (a.s) berpesan kepad menantunya bahawa beritahu suaminya, Ismail (a.s), bila balik kelak supaya jangan menukar pintu rumahnya. Ketika disampaikan pesanan tersebut Nabi Ismail (a.s) faham maksud pesanan tersebut bahawa isterinya itu kekal menjadi isterinya kerana cocok sebagai seorang isteri yang solah dan menjaga meruah suaminya.]
Saudara, jelaslah bahawa dalam Islam hak ibubapa terhadap anaknya amat luas dan besar sekali, sehinggakan kalau seorang ibu atau bapa tidak sukakan isteri anaknya, dan disuruh ceraikan isterinya itu, walaupun dia sangat cintakan isterinya, wajib bagi anak itu menceraikan isterinya. Itu kuasa mutlak ibubapa terhadap anaknya. Walaupun perintah/suruhan ibubapa itu kelihatan amat zalim terhadap anak atau menantunya, namun kuasa mutlak tersebut tetap wajib dipatuhi oleh seorang anak!
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment