Thursday, March 29, 2012

Solat-solat Sunat (Samb.)

Assalamualaikum,
Saudara, dalam beberapa post yg lepas kita telahpun mulakan perbincangan kita mengenai tajuk di atas iaitu solat-solat sunat. Kita telah bincangkan dua kategori solat snat iaitu Solat Rawatib  solat-solat yg mengiringi solat-solat fardu yg lima, dan Solat Tahajjud - solat-solat sunat malam. Apabila orang menyebut 'qiamul-lail' mereka maksudkan bangun malam untuk mengerjakan amalan dan ibadah, dan ibadah yg utama adalah mengerjakan solat-solat sunat. Dan, sesiapa yg mengikuti tulisan atau tazkirah dalam blog ini dari awal-awal diusahakan, kita diberitahu beberapa perkara yg basic, iaitu kita Islam kalau kita tunaikan tanggungjawab kita mengerjakan solat fardu. Sesiapa yg tidak mengerjakan solat fardu, atau dia meninggalkan solat fardu, dia bukan Islam! Malah lebih serius dari itu, sesiapa yg meninggalkan satu waktu solat fardu, dia jatuh kafir. Kenapa? Solat fardu itu diwajibkan tak boleh tidak orang yg akui dirinya Islam solatkan. Itu perintah Allah (a.w) kerana Allah (a.w) perintahkan manusia banyak perkara termasuklah: 'Wa-ma khalaqtul jinna wal-insa illa li-ya'buduni.' (Yg bermaksud: Tidaklah Aku (Allah (a.w) jadikan  jin dan manusia kecuali untuk mengabdikan diri kpdKu.' (Ayat 56, Surah az-Zariat]. Banyak komponen kpd manifestasi 'pengabdian' atau proses mengabdikan diri itu. Yg utama adalah bersolat, berpuasa, mengeluarkan zakat dan menginfaq, menunaikan haji dan umrah di Baitullah.  Bentuk-bentuk pengabdian, cara dan kaedah mengabdikan diri itu bukan mengikut speks yg kita sendiri reka tetapi apa-apa yg ditetapkan oleh Allah (a.w) dan RasulNya, kerana kesemua dimensi pengabdian itu ditetapkan dan didemokan dan diajarkan oleh Rasulallah (s.a.w), orang yg dipertanggungjawabkan menyampaikan syiar Islam, agama yg diridhai Allah (a.w). Allah (a.w) tidak menyuruh kita sembah Isa (a.s) atau berhala atau sebarang rekaan imej atau simbolik ketuhanan yg manusia sendiri cipta atas dayafikiran mereka sendiri. Kita juga tahu, melalui post dalam blog ini, bahawa ibadah solat fardulah amalan yg  utama dalam Islam dan yg utama dihisab di akhirat kelak untuk menentukan apakah seorang yg akui dirinya Islam itu dapat syurga, masyaallah, atau dapat neraka, wal iya zubillah. Segala amalan soleh yg lain takguna kalau tak solat.
Saudara, Solat Terawih dalam bulan Ramadhan itu adalah juga solat qiam sama dgn Solat Tahajjud di malam-malam selain  malam Ramadhan. Solat sunat, sebagaimana juga lain-lain amalan/ibadah sunat itu, adalah pencukup kpd kekuarangan ibadah solat fardu, bukan pegganti kpd solat fardu yg tertinggal atau ditinggalkan. Solat-solat sunat, sebagaimana lain amalan/ibadah sunat yg lain, menunjukkan atau membuktikan seseorang yg Islam itu sebenarnya mensyukuri segala nikmat yg dikurniakan Allah (a.w)  kpdnya setiap saat dan ketika. Tidak terbukti kesyukuran kita kalau kita tak sanggup amalkan ibadah-ibadah sunat.
Saudara, selain Solat Rawatib (selepas dan sebelum solat fardu), Solat Tahajjud (malam), Solat Witir (malam), Solat Duha (siang hari), kita akan teliti semula beberapa kategori lagi solat-solat sunat yg sangat menguntungkan kita kalau kita kerjakan. Antara selanjutnya iaut adalah Solat Haajat (apabila kita inginkan sesuatu kita memohon kpd Allah (a.w) melalui solat dua rakaat itu); Solat Istikharah (solat yg kita kerjakan dua rakaat untuk mencari tanda atau alamat atau petunjuk atas sesuatu perkara keduniaan yg kita ingin lakukan atau kerajakan atau untuk mencari ilham apakah sesuatu yg kita lakukan atau tidak lakukan itu membahayakan diri kita ata sebaliknya), Solat Duha (ketika siang hari) untuk mengumpul sebanyak pahala dmi kebajikan akhirat kita; Solat Jenazah yg juga menghasilkan pahala yg banyak untuk kita; Solat Gerhana Bulan, untuk mengaprisiasi dan menagungkan kekuasaan Allah (a.w), Solat Taubat untuk mengerjakan 'tobat nasuha', yg akan menunjukkan keikhlasan kita beranjak dari orang yg kurang baik menjadi orang yg baik; dan Solat Tasbih, empat rakaat terus, untuk membolehkan kita menghakis atau mengikis 10 jenis dosa kita.
Saudara, insya Allah kita akan teliti satu per satu solat-solat sunat ini nanti.

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment