Friday, March 9, 2012

Solat-solat Sunat

Assalamualaikum,
Saudara, ramai malah majoriti orang Melayu yang mengakui dan merasa selesa bahawa mereka dilahirkan Islam. Namun segolongan besar orang Melayu di zaman ini tidakpun mengerjakan suruhan dan perintah wajib, khususnya tentang kewajipan mengerjakan solat-solat fardu. Bila tiba bulan Ramadhan, tak berpuasa. Ada wang yang lebih dari mencukupi tidak pula mengerjakan haji dan umrah. Ada rezki yang banyak - malah melimpah ruah dalam konteks lebih dari mencukupi untuk menyara kehidupan diri dan keluar mereka, tapi tak mahu mengeluarkan zata, jauh sekali mengnfaqk sebahagian harta kekayaan mereka untuk membela agama Allah (a.w), Islam, dan membentu mengurangkan kesusahan hidup orang Islam yang dhaif. Atau, kalaupun mereka mengeluarkan derma dan sumbangan, seringkali dihebahebohkan, seolah-olah menunjuk-nunjuk betapa hebatnya mereka. Ada juga anak-anak yang mewah hidupnya tetapi enggan dia menjaga kedua ibu mereka ketika sudah tua. Lebih  selesa dia menghantarkan kedua ibu bapanya yang dhaif kerana lanjut umur dan sudah lemah, tinggal di rumah penjagaan warga tua. Kadang-kadang di rumah penjagaan orang yang bukan Islam.
Saudara, demikianlah cebisan sinarion umat Islam zaman ini.
Saudara, ramai orang Melayu beranggapan bahawa kerana mereka Islam, mereka akan mendapat syurga. Seolah-olah syurga itu amat mudah diperolehi. Atau, amat murah harga dan nilainya, maka tidak sulit untuk didapati. Yang jelas Islam hanyalah peluang untuk mendapat syurga, bukanlah jaminan mendapat surga. Islam kalau tak solat pasti masuk neraka. Malah Rasulallah (s.a.w) memberitahu, kalaulah seseorang itu dengan sengaja meninggalkan satu waktu Solat Fardu, maka dia secara otomatis menjadi kafir. Dan, kalau kafir, maka tempatnya adalah neraka! Allah (a.w) memberitahu bahawa syurga itu akan diwarisi atau diberikan kepada orang Islam yang beriman, yang mengerjakan segala yang diperintahkan. Antara perintah utama bagi orang Islam adalah mengerjakan solat fardu. Semua amalan dan ibadah wajib, hendaklah dikerjakan. manusia itu dikatakan tidak bersyukur kepada segala nikmat pemberian Allah (a.w), kalau dia tidak mengerjakan perintah Allah (a.w) - buat yang disuruh sekuat mampu dan tinggalkan segala larangan dan tegahan.Seseorang itu tidak wajar mengharapkan balasan syurga, kalau dia tak syukurkan nikmat yang diterimanya setiap saat dan ketika. Tidak mengerjakan solat, umpamanya. Syurga itu hanya diberikan kepada orang Islam yang mengerjakan amalan dan ibadah dan sunat, setelah dikerjakan segala amalan yang diwajibkan.
Saudara,  dalam post ini dan beberapa post yang akan muncul kita lihat ketetapan Islam mengenai amalan-amalan sunat, khususnya solat-solat sunat. Selain membuktikan bahawa kita adalah orang yang taat, kita dikira orang yang bersyukur terhadap segala pemberian Allah (a.w), dalam hidup kita kalau kita mengerjakan amalan-amalan sunat, khususnya solat-solat sunat. Walaupun solat fardu itu membuktikan bahawa kita adalah hamba Allah (a.w) yang taat, namun solat sunat itu memperkokohkan lagi komitmen kita sebagai orang Islam yang beriman, kerana solat sunat itu adalah landasasn mndemokan kesyukuran kita kepada Allah (a.w). Solat sunat itu banyak memberikan ganjaran pahala jika kita kerjakan. Kalau kita tak kerjakan kita tidak dapat menampung ruang-ruang kosong dalam amalan solat fardu kita sepanjang hidup kita.
Saudara, ada banyak kategori solat sunat, kalaulah kita benar-benar mengaji syariat Islam, memahaminya, mengamalkannya demi mencari kerahmatan Allah (a.w0, yakni inginkan syurgaNya dan takutkan siksaanNya, iaitu dicampakkan ke dalam neraka. Insya Allah kita akan teliti beberapa kategori atau jenis Solat-solat Sunat yang wajar kita jadikan amalan harian secara istiqamah; iaitu:
1.  Solat-solat sunat  mengiringi waktu solat-solat fardu - Solat Rawatib.
2.  Solat Tahajjud, yang mendemokan ketinggian tahap pegabdian kita kepada Allah (a.w) - solat waktu malam
3. Solat Duha yang kita kerjakan diwaktu siang
4. Solat Witir, yang kita kerjakan di waktu malam, semasa berqiamul-lail
5. Solat Tasbih yang kita kerjakan sekurang-kurang sekali seumur hidup kita, namun seboleh-bolehnya diuat seminggu sekali, kalau tak mampu sebulan sekali, kalau tak mampu setahun sekali. Sekurang-kurang sepanjang hidup kita kita solatkan sekali.
Solat-solat Hajat memohon kepada Allah (a.w) sesuatu yang kita inginkan atau sesuatu yang kita perluka atau hajai dari manusia lain
6.  Solat Isiharah, yang kita kerjakan untuk mencari ilham atau mendapatkan ilham tentang sesuatu keingainan kita apakah Allah (a.w) ridai dan bantu kita mendapatkannya.
7.  Solat Terawih adalah sebahagian daripada syari'at Solat-solat malam, yang kita buat di bulan Ramadhan.
8.  Solat Aidil Fitri sebagai mendakan kejayaan kita meningkatkan keimanan dan ketaqwaan serta kesyukuran kita setelah berjaya menyudahkan sebulan pusa Ramadhan.
9.  Solat Aidil Adha sebagai mearyakan kejayaan kita dalam meningatan keimanan serta ketaqwaan kita terhadap Allah (a.w).
10. Solat Jenazah yang kita kerjakan sebagai menghormati mayat seorang iman
11.  Solat Taubat
12.  Solat Hifzi yang merupakan solat khas yang kita kerjakan demi mendapatkan kurniaan Allah (a.w) memudahkan kita mengingatai ayat-ayat dan surah al-Quran, supaya Alah (a.w) permudahkan menghafal ayat-ayat al-Quran dan hadith-hadith Nabi (s.a.w)
13.  Solat Istisqa', iaitu mengingatkan kebsaan Allah (a.w) ketika berlakunya gerhana matahari atau bulan.
14.  Solat Kusuf, ketika dalam peperangan atau ketika menhadapi hurhara yang boleh memudaratkan diri.
15.  Solat Musafir
16.  Solat Tahiyat (Menghormati) Masjid
17.  Solat Selepas Wudu', sebagaimana yang dikerjakan oleh Bilal b Rabah, Muazin Nabi (s.a.w)
Saudara,  di dalam al-Quran Allah (a.w) menyuruh kita kerjakan solat-solat malam, dalam ayat berikut: 
Firman Allah (a.w): ‘Wa-minal-laili fatahajjad bihi nafilatan laka’ (Yg bermaksud: Dan dari waktu malam maka bertahajudlah dgn waktu malam sebagai tambahan untuk kamu.) [Ayat 79, Surah al-Isra’]
[Nota: Allah (a.w) perintahkan manusia supaya bangun sebahagian malam untuk bersolat malam sebagai tambahan amalan ibadah kpdNya.]
Saudara, insya Allah dalam beberapa post yang akan datang kita akan teliti peraturan serta kefadhalannya mengerjakan solat-solat sunat tesebut.

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment