Friday, March 16, 2012

Anak dan Ibubapa (Samb.)

Assalamualaikum,
saudara, kita sambung lagi perbincangan kita mengenai tajuk atau topik di atas itu. Mudah-mudahan dengan ilmu yang penting ini kita, sebagai anak terselamat, dari mensia-siakan hidup kita di dunia, gagal mendapat syurga. Ibubapa itu adalah penyebab utama mengapa kita sebagai anak gagal mendapat syurga, bukan kerana mereka atau perbuatan mereka, tapi kerana kejahilan kita tentang tanggungjawab kita terhadap mereka dan kerana kebodohan kita sendiri yang lupakan perintah Allah (a.w) dan RasulNya.

(i)        Taatkan Ibu Bapa 
(Keridaan Ibu Bapa Tiket Mendapatkan Syurga).
Diriwayatkan daripada (seorang sahabat Nabi (s.a.w) (yang masyhor alimnya serta penulis wahyu Rasulallah (s.a.w) Abdullah bin ‘Amru bin ‘As (r.a) hadith daripada Nabi (s.a.w) sabdanya: ‘Bahawa keridaan Allah (a.w) itu pada [yakni terletak di atas] keridaan bapanya (dan ibunya). Maka apabila suka hati (yakni, rida) bapa (dan ibunya) itu dengan sebab (anaknya) menurut apa kemahuannya dan perintahnya, nescaya rida Tuhan (a.w), maka rida Allah (a.w) itu memasukkan [anak-anak] ke dalam Syurga. Dan murka Allah (a.w) itu atas kemarahan bapanya (dan ibunya).  Maka apabila marah bapa (dan ibu) itu terhadap anaknya (dengan sebab tidak menurut kehendaknya dan suruhannya yang diizin Allah (a.w), yakni yg tidak bertentangan dgn ketetapan al-Quran dan as-Sunnah) nescaya murka Allah Taala, maka (kerana itu) dimasukkan anak itu ke dalam Neraka. ‘Barangsiapa berpagi ia anak yang disukai oleh ibubapanya, nescaya berpagi ia dua pintu Syurga terbuka untuk dia masuk ke dalamnya, dan berpetang ia anak yang disukai oleh ibubapanya, nescaya ketika petang terbuka dua pintu Syurga untuk dia memasukinya; dan jika dia anak yang disukai oleh seorang daripada keduanya, nescaya terbuka satu pintu Syurga, walaupun ibubapanya itu ‘zalim’  sekalipun [diulangi oleh Rasulallah (s.a.w) tiga kali ungkapan ‘zalim’ itu] terhadap mereka,  ‘Dan, jika berpagi-pagi ia orang yang dimurkai oleh kedua ibubapanya, maka terbuka dua pintu Neraka untuk dia masuk, dan barangsiapa berpetang seumpama demikian itu, jadi terbuka dua pintu Neraka baginya, dan jika seorang [daripada keduanya] murka, terbuka satu pintu Neraka.  [Ini pasti berlaku] walaupun kedua-dua atau seorang daripada keduanya itu zalimpun terhadap anaknya (ungkapan ini diulang Rasulallah (s.a.w) tiga kali).’ [Hadith at-Termidzi]
[Nota: Hadith ini menyebutkan ketetapan Allah (a.w) bahawa keridaanNya terletak di atas keridaan kedua ibubapa terhadap anak mereka. Walaupun ibubapa kita berat sebelah terhadap kita dan berlaku zalim terhadap kita sebagai anaknya - seperti tidak mengagihkan harta pesaka yang sama ratapun, yakni mereka bertindak zalim terhadap kita, namun jika tindaktanduk mereka itu bukan bersifat kemaksiatan i.e. menentang ketetapan Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w), tetap mereka berhak. Bagi kita yg mengaji ilmu al-Quran dan as-Sunnah, kita  diberitahu cerita Nabi Ibrahim (a.s) yg menziarahi menantunya - isteri Nabi Ismail (a.s) - ketika ketiadaan Ismail (a.s) di rumah, menyuruh ceraikan isterinya kerana tidak cocok sebagai isteri yg sentiasa meninggikan kedudukan suaminya dalam apa keadaan sekalipun.]
Saudara, sehubungan itulah dalam sepotong hadith yg kita telahpun teliti dalam post yg lalu bahawa rugi-serugi-ruginya seorang anak yg dalam kehidupannya masih mempunyai kedua ibubapa, tidak dapat dikirimkan oleh mereka berdua kita, sebagai anaknya, ke syurga, kerana perbuatan kita melanggar ketetaan dan perintah Allah (a.w).
Oleh itu, bai saudara yg berkesempatan menyediakan diri untuk syurga, jagalah kedua ibbapa saudara sebaik mungkin sebelum mereka menghembuskan nafas terakhir mereka. Mudah-mudahan, mereka mendoakan agar kita sebagai anak berjaya mendapat kerahmatan Allah (a.w) dan dgn itu dihartarnya kita ke syuirga di akhirat kelak.

Jazakallahu khairah


No comments:

Post a Comment