Friday, March 16, 2012

Anak dan Ibubapa (Samb.)

Assalamualaikum,
saudara, kita teruskan lagi penelitian kita tentang tajuk atau topik di atas. Ramai orang Melayu yang kononnya Islam - malah ada ketika ketikanya dia berbangga sebagai seorang Islam, namun jahil tentang tuntutan agama mereka, terutama dalam kontek hubungan dengan kedua ibubapa mereka. Kini begitu banyak berita yang kita dengar  menyentuh layanan  anak-anak terhadap ibubapa mereka, kesemuanya menunjukkan mereka jahil tentantang ketetapan Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w). Mereka sengaja mlakukan sesuatu yang seolah-olah menempah kecelakaan dengan menjerumuskan mereka ke dalam neraka kerana melayani dengan buruk dan menzalimi kedua ibbapa mereka!
Mudah-mudahan, lebih ramai anak muda yang sempat membaca post dalamblog ini dan menjadi panduan mereka dalam perkara ini.

(h)       Buat Baik Kpd Ibu Bapa
(Keutamaan Amalan) 
Saudara,  Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) perintahkan bahawa adalah suatu tuntutan mutlak sebagai seorang anak bahawa si anak itu hendaklah sentiasa berbuat baik, menghormati, menyayangi, dan membantu kedua bapa mereka setiap masa, jangan bertindak secara kasar dan tidak span trhadap mereka, dan jangan meninggikan suara ketika berbicara dengan merka. Malangnya hari ini semakin ramai anak yang menjadi si Tanggang, apabila berkedudukan tinggi dan berjaya dalam dunia mereka, mereka mengabaikan kedua ibubapa mereka, malah tidak langsung merasa belas kasihan terhadap kedua mereka, tatkala mereka sudah tua, dhaif atau lemak serba serbinya, perlu bergantung untuk bantuan kpd orang lain, terutama anak-anak mereka.
Sauadara, hadith berikut jelas memerintahkan kita sebagai anak supaya sentiasalah berusaha sebaik mungkin berbakti terhadap kedua ibubapa kita, terutama ketika mereka sudah tua dan lemah dan memerlukan batuan. Di antara ibu dan bapa itu, ibu lebih utama. Kerana, antara lain, disebutkan dalam al-Quran - sebagaimana yang kta telahpun teliti dalam post sebelum ini bahawa begitu banyaknya jasa ibu bapa terhadap kita dalam menjaga, mendidik dan membeesarkan kita. Bapa ula menyediakan makan minum untuk mempastikan kita hidup seihat sehingga mencapai tahap dewasa dan terdidik dalam hidup kita sebelum kita 'dibebaskan' setelah baligh.
Diriwayatkan daripada seorang sahabat Nabi (s.a.w), namanya Abdullah bin Mas’ud (r.a), katanya: ‘Telah aku tanya akan Rasulallah (s.a.w), maka kataku: ‘Ya Rasulallah (s.a.w) apakah dari segala amal itu yang lebih utama?’ Sabdanya ialah: ‘Solat pada awal waktunya [yakni, apabila sudah masuk waktunya dan orangpun bang (azan), kamupun solat, maka dapatlah kamu amal yang lebih utama (afdhal) telah kamu buat]’. [Kemudian bertanya Ibn Mas’ud lagi]: ‘Apakah setengah daripada amal yang lebih utama lagi kemudian daripada solat awal waktu itu, ya Rasulallah (s.a.w)?’ Sabdanya: ‘Berbakti kepada kedua ibubapa.’ Berbakti kepada dua ibubapa itu lebih utama daripada solat-solat sunnat dan sedekah dan puasa (Ramadhan) dan haji dan umrah dan perang sabilillah.  ‘Kemudian bertanya lagi aku [sambung Ibn Mas’ud lagi] akan Rasulallah (s.a.w), ‘Apa amal yang lebih afdhal kemudian daripada berbuat bakti kepada kedua ibubapa itu, ya Rasulallah (s.a.w)?’ Katanya: ‘Perang sabilillah (yakni, berjihad di jalan Allah (a.w)’. Kemudian daripada habis tiga pertanyaanku kepada Rasulallah (s.a.w) itu, lalu diam Rasulallah (s.a.w) daripadaku. Tiada lagi apa-apa cakapnya.’  [Hadith hasssan dan sahih at-Termidzi]
[Nota: Hadith ini menyebutkan bahawa amalan yg utama kpd orang iman adalah pertama, solat pada awal waktunya – ketika sudah diazankan solat, maka segeralah solat; kedua, berbakti kpd kedua ibu bapa; dan ketiga, berjihad pada jalan Allah (a.w). Jelaslah, berbakti kpd kedua ibubapa itu lebih utama daripada berjihad. Dalam suatu hadith di sebutkan seorang sahabat yg menemui Rasulallah (s.a.w) untuk sama-sama berjihad, tetapi dia melapurkan bahawa dia ada ibubapa yg sudah tua memerlukan bantuannya, maka Rasulallah (s.a.w) mengecualikannya dari berjihad dan menyuruh dia tinggal bersama mereka dan menjaga mereka.]
Saudara, hadith ini menyebutkan tiga perkara yang amat utama kita jadikan panduan sebagai orang Islam. Namun, hari ini, begitu ramai orang Islam, terutama generasi muda yang mengabaikan solat, melambat-lambatkan solat, mengutama dunianya dan menomborduakan tuntutan akhirat mereka. Begitu ramai pula anak-anak yang langsung tidak ambil hirau terhadap kedua ibubapa mereka. Yang kaya tidakpun sanggup menginfaqkan sebahagian harta mereka demi ebajikan kedua bubapa mereka. Dalam masyarakat Melayu ada peribahasa bahawa seorang ibu itu rela bersusah payak membela 10 orang anaknya, tetapi 10 orang anak tak sanggup membela atau menjaga seorang ibu yang sudah tuan, tambahan pula setelah dhaif. Ibubapa itu lebih utama dari berperang demi membela agama Islam, walaupun sehingga menyebabkan kita, sebagai anak, habis harta dan hilang nyawa dalam memperjuangkan Islam. Namun, semakin hampir kiamat, semakin buruk perilaku dan sikap anak terhadap ibubapa mereka. Salah satu sebab utama si anak itu terjerumus ke dalam neraka secara pasti adalah kerana tidak mendapat keridaan kedua ibubapa, dan kalaupun dapat keridaan mereka, kerana kasihnya mereka terhadap anak-anak mereka yang menzalimi merekapun, Allah (a.w) tetap murka kerana Allah (a.w) perintahkan manusia supaya berbuat baik kepada kedua ibubapa merka!
Oleh itu, bagi kita yag masih diberi kesempatan oleh Allah (a.w) dengan hidupnya kedua ibubapa kita, wajarlah kita memanfaatkan sepenuhnya kewujudan mereka untuk menempah syuga bagi kita di akhirat kelak dengan menepati perintah dan suruhan Allah (a.w) dan RasulNya.

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment