Wednesday, March 14, 2012

Anak dan Ibubapa (Samb.)

Assalamualaikum,
Saudara, kita teruskan penelitian kita tentang utamanya kita sebagai anak sentiasa berusaha sebaik mungkin untuk mengekalakn rasa hormat dan kasih sayang terhadap ibubapa serta mentaatinya, selagi mereka tidak menyuruh kita kufur terhadap Allah (a.w) dan menentang ketetapan Rasulallah (s.a.w) ( = dalam Islam digolongkan sebagai perintah 'kemaksiatan'.)
Saudara, kita sambung lagi penelitian kita dalam perkara mentaati dan mengekalkan hubungan mesra serta kasih terhadap kedua ibubapa.

Merendah Diri, Menyayangi & Mendoakan Mereka
(c)        Ayat 24, Surah al-Isra' 
Firman Allah (a.w): ‘Wahfid lahuma jana’al zulli minal rahmati wa-qul rabbir-hamhuma kama rabbayana saghira.’) [Yg bermaksud: Dan, merendah dirilah kamu (yakni, berlemah lembut, tundukkan dirimu, perlakuanmu dan kata-katamu) terhadap kedua-duanya dgn penuh kasih sayang dan berlemah lembutlah olehmu bagi keduanya dan berkatalah (i.e. doakanlah) olehmu bagi keduanya (dengan kata-kata atau doa) ‘rabbir-hamhuma kama rabayani saghira’ (Yg bermaksud: Ya Allah ya Tuhanku! Semoga Engkau merahmati (yakni, menyayangilah olehMu akan kedua ibu bapaku sebagaimana mereka berdua mengasihi dan menyayangi daku semasa memelihara akandaku semasa kecilku).’] [Ayat 24, Surah al-Isrya’]
[Nota: Dalam Ayat ini Allah (a.w) memerintahkan manusia sebagai anak , pertama, hendaklah merendahkan diri terhadap kedua ibu bapa mereka, sopan dan santun ketika berhadapan dgn mereka dan ketika berurus atau bercakap atau bergaul dgn mereka. Kedua, anak-anak diwajibkan mengasihi kedua bu bapa mereka setiap masa, terutama setelah mereka dhaif dan tua dan tidak berdaya lagi.  Ketiga, apabila bergaul dan bercakap dgn mereka hendaklah sofan, tertib, lembut dan merendahkan suara serta menggunakan kata-kata yg sofan lagi hormat. Keempat, hendaklah anak-anak itu berdoa untuk kesejahteraan kedua mereka di dunia dan diakhirat. Dan, kalimah doa yg penting dilafazkan oleh anak-anak ketika berdoa untuk kebajikan ibu bapa mereka adalah ‘Allahhumma rabbir-hamhuma kama rabbayana soghira’ = Ya Allah ya Tuhanku! Semoga Engkau Allah (a.w) memberi kerahmatanMu (yakni, kasih sayangMu) kpd kedua ibubapaku sebagaimana mereka mengasihi dan menyayangiku ketika aku kecil dahulu.). 

Berbuat Baik kpd Ibubapa & Taati Kedua-duanya
(d)        Ayat 8, Surah al-Ankabut 
Firman Allah (a.w): ‘Wa wasainal insana biwalidaihi husna … (hingga) … fa-unabbiukum bima kuntum taklamuna.) [Yg bermaksud:  ‘Dan Kami (Allah (a.w)) berwasiat (yakni wajibkan) kepada manusia (bahawa) dengan kedua ibubapanya itu hendaklah berbuat baik (pada keduanya). Dan jika disuruh supaya engkau syirik terhadap Aku (yakni Allah (a.w) dengan barang yang tiada engkau ketahui (akan ilmunya bahawa Allah (a.w) membenarkan berbuat begitu), maka jangan engkau taat atau ikuti (suruhan) keduanya.] [Ayat 8, Surah al-Ankabut]
[Nota: Sekali lagi dalam ayat ini Allah (a.w) perintahkan anak-anak wajib berbuat baik dalam serba serbi perkara kpd kedua ibu bapa mereka. Ketaatan terhadap kedua ibubapa itu adalah mutlak. Maka dgn itu orang Islam yg benar-benar beriman diwajibkan taatkan Allah (a.w), taatkan Rasulallah (s.a.w), taatkan Imam (i.e. pemimpin jema’ah Islam), dan taatkan kedua ibu bapa. HDan, isteri itu wajib taatkan suaminya. Pengecualian ketaatan itu iaitu tidak boleh ditaati jika atau apakala Pemimpin atau ibubapa atau, bagi seorang isteri, disuruh melakukan sesuatu yg ditegah atau dilarang oleh Allah (a.w) atau Rasulallah (s.a.w). Itu merupakan perintah (dalam Islam diistilahkan sebagai perbuatan ‘maksiat’), tidak boleh dituruti atau ditaati perintah mereka. Perintah selainnya wajib diikuti dan ditaati.]

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment