Monday, March 26, 2012

Peringatan Hari Ini

Assalamualaikum,
Saudara, kita telah lihat satu hadith yang memberi panduan yang basic kepada kita tentang ilmu dan amalan. Dalam post ni kita lihat pula satu lagi ketetpan as-Sunnah yang juga basic,  tetapi sering kita abaikan atau lupakan atau tidak ambil peduli dalam hidup kita.
Saudara, dalam sepotong hadith Rasulallah (s.a.w) bersabda (menyampaikan firman Allah (a.w) melalui lisan Rasulallah (s.a.w), yakni sepotog hadith qudsi.  Rasulallah (s.a.w) bersabda bahawa Allah (a.w) berfirman: 'Syurga itu syurgaKu, harta itu hartaKu, belilah/tukarlah syurgaKu dengan hartaKu.'
Saudara, hadith qudsi ini memberitahu kita bahawa Allah (a.w) memberitahu manusia, hambaNya, bahawa syurga yang kita idam-idamkan di akhirat itu adalah milik Allah (a.w).  Dan, Allah (a.w) lah yang akan memasukkan sesiapa yang dikehendakiNya sekiranya menepati perintahNya dalam memadu kehidupan di dunia untuk mendapatkan syurgaNya. Allah (a.w) juga memberitahu bahawa harta yang kita miliki itu adalah juga milik Allah (a.w) yang memberikan kepada kita rezkiNya. Melalui rezki itulah kita dapat harta. Hakikatnya semua yang ada di dunia ini - malam dalam 7 lapisan langit dan 7 lapisan bumi ini - adalah milik Allah (a.w). Kita diberi peluang semasa di dunia menggunakan sebahagian harta yang dikurniakan oleh Allah (a.w) kepada kita secara sementara dan atas dasar amanahNya. Allah (a.w) memberitahu bahawa dengan harta yang diberikan oleh Allah (a.w) kepada kita sepanjang hidup kita itu, hendaklah kita gunakan untuk membeli syurga  Allah (a.w) dengan membelanjakan sebahagian harta kita untuk fi sabilillah. Membelanjakan harta kita fi sabilillah adalah membeli syurga Allah (a.w). Orang yg secara taat lagi istiqamah mengeluarkan zakat dan menginfaqkan hartanya adalah sebenarnya menempah tempat di syurga bagi dirinya di akhirat kelak.
Oleh itu, hendaklah kita manfaatkan harta yang diberikan oleh Allah (a.w) kepada kita itu untuk mencari syurga dengan membelanjakan sebahagian demi fi sabilillah - membela agama Allah (a.w) dan membantu umat Islam yang lemah dan tidak berharta lagi dhaif supaya mereka yang dhaif itu sama-sama merasai nikmat daripada harta kurniaan Allah (a.w) itu.
Saudara, dalam perkara harta kekayaan ini, Rasulallah (s.a.w) dalam sepotong hadith memberitahu kita bahawa harta kita yang sebenarnya hanyalah tiga kategori sahaja; iaitu: pertama, apa-apa yang kita makan; kedua, apa-apa yang kita pakai; dan ketiga, apa-apa yang kita sedekahkan atau zakatkan atau infaqkan fi sabilillah. Selainnya bukan milik kita. Namun, kita akan ditanya di akhirat kelak dua perkara: pertama, bagaimanakah kita perolehi harta yang kononnya milik kita itu; dan kedua, apakah tujuan kita arahkan enggnaan harta tersebut. Jawapan kpd soalan tersebut akan mnentukan apakah kita mendpat syurga atau disiksa dalam neraka. Orang yang kaya raya yang mengupul harta pula sekian banyak, meninggalkan pula hartanya kepada anak atau cucu cicit turunan merka, sebenarnya menganianya diri sendiri. Kerana, jika digunakan oleh orang yang kita wariskan kerana kebatilan atau tujuan kebatilan, maka kita menerima padahnya kelak. Jusetru itu, janganlah ghirah mencari harta kekayaan untuk dipergunakan oleh warisan kita ... yg senag adalah merka ketika di dunia dan yang sengsara adalah kita yang mewariskan harta etrsebut kepada mereka. Oleh itu berwaspadalah...Orang yang bijak itu adalah dia mencari harta sebanyak-banyanya dan kemudian mengifaqkannya demi Islam dan membela agama Islam dan umat Islam serta melestarikan cakupan agama Ilam yang haq.

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment