Assalamualaikum,
Saudara, kita telahpun lihat dua hadith yang menyebutkan tentang kebaiakan yang didapati oleh kedua ibubapa apabila anak mereka merupakan orang yang 'soleh', kerana anak mereka yang soleh itu membolehkan mereka mendapat tingkat syurga yang lebih tinggi dari apa yang boleh mereka capai tanpa doa dan kebaikan anak-anak mereka dan kedua bapa mendapat ganjaran pahala melalui kiriman pahala oleh anak mereka yang 'soleh' yang masih hidup mendoakan kesejahteraan bagi mereka.
[Nota: dalam menghuraikan maksud 'anak soleh' ini ukurannya adalah sejauh manakah anak-anak itu mengamalkan Islam sejajar dengan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah. Dia di dalam Islam tidak terlibat dengan fahaman atau sesuatu yang bersifat syirik, kurafat, tahyul, bid'ah dan taklid, kerana sesiapa yang terlibat dalam dimensi-dimensi tersebut, tidak dikira menganuti Islam menepati preskripsi Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w), maka segala amalannya belum sah, malah batil dan batal. Justeru itu, jika begitu tiada manfaatnya kepada kedua ibubapanya.]
Ketetapan as-Sunnah – Hubungan Anak dgn Ibubapa
(c) Berselawat Atas Nabi ((s.a.w)
(d) Puasa Ramadhan
(e) Berbakti Kpd Kedua Ibubapa
Saudara, dalam hadith berikut Rasulallah (s.a.w) menyebut 3 perkara. Ketiga-tiga tersebut panduan yang amat penting kita jadikan panduan serta amalan lazim kita, walaupun dalam konteks hubungan antara anak dan kedua ibubapa, dimensi/panduan atau ketetapan ketiga adalah relevan. Namun, ketetapan pertama dan kedua juga amat penting dalam konteks ganjaran akhirat, yang sering diremehkan oleh ramai orang yang akui diri mereka Islam.
Diriwayatkan hadith dari Anas b Malik (r.a) bahawa suatu ketika Rasulallah ((s.a.w) naik ke atas mimbar (kerana berkhutbah) dan (ketika sedang berkhutbah itu) bersabda: ‘Amin! Amin! Amin! Maka bertanya seorang sahabat: ‘Wahai Muhammad! Mengapa engkau mengucapkan ‘Amin. Amin, Amin’. Beliau menjawab: ‘Telah datang kpdku Jibril (a.s) dan berkata: ‘Wahai Muhammad! Hinalah seorang yg mendengar namamu disebut lalu tidak berselawat dia untukmu, ucapkanlah ‘Amin’. Maka berkata aku: ‘Amin’. Kemudian berkata lagi (Jibril (a.s) kpdku): ‘Hina dinalah seorang yg mengalami kedatangan bulan Ramadhan, namun bila bulan itu berakhir, dia tidak memperolehi keampunan Allah (a.w) dari dosa-dosanya. Ucapkanlah: ‘Amin’. Lalu aku (Nabi) ucapkan: ‘Amin’. Kemudian berkata lagi (Jibril (a.s) kpdku): ‘Hina dinalah orang yg selama hidupnya menghadiri kehadiran ibubapanya atau salah seorang dari kedua ibubapanya, namun mereka (yakni, ibubapanya) tidak sempat memasukkannya ke dalam syurga (kerana anak-anaknya tidak dapat keridhaan kedua ibubapanya).’ Katakanlah: ‘Amin’. Lalu aku (Nabi) ucapkan: ‘Amin’. [Hadith Imam Ahmad]

[Nota: Hadith ini menceritakan bahawa suatu masa Rasulallah ((s.a.w) berkhutbah di atas mimbar/ Sedang dia berkhutbah dia menyebut kalimah ‘Amin’ pada tiga ketika. Maka sahabat yg mendengarnya hairan, maka bertanyalah kpd beliau mengapa beliau menyebut kalimah ‘Amin’ tersebut. Rasulallah (s.a.w) menyebutkan tiga peluang keemasan bagi umat Islam dalam hidupnya, yg diabaikan oleh mereka; iaitu: pertama, tidak berselawat atas Nabi (s.a.w) apakala nama Nabi/Rasulallah (s.a.w) disebut (Kalimah yg terpendek menghormati Rasulallah (s.a.w) ketika namanya disebut adalah 'Sallallahu 'alaihi wa-sallam') ; kedua, selesai Ramadhan, tak berjaya dosa-dosanya terdahulu dihakis Allah (a.w); dan ketiga, ibubapanya tidak dapat menghantarkannya ke syurga (kerana si anak tidak mendapat keridhaan kedua ibubapanya kerana keridaan ibubapa itu asas keridhaan Allah (a.w)).]
(f) Berbakti kpd Ibu Bapa, Kaum Kerabat
Diriwayatkan daripada Maawiyah bin Hidat al-Kasyiri (r.a) katanya: ‘Telah aku tanya Rasulallah (s.a.w) akan siapa aku berbuat bakti dan ikhsan [belas kasihan] kepadanya di dalam masa hayatku, kataku kepadanya, ‘Ya Rasulallah (s.a.w)! Siapakah hamba berbuat bakti kepadanya?’ Jawabnya, ‘Berbuat bakti kamu kepada ibumu.’ Telah ku tanya lagi (yakni, kali ke-2) kpd Rasulallah (s.a.w) kataku: ‘Kemudian siapa pula hamba berbuat bakti kepadanya?’ Sabdanya: ’Ibumu.’ Aku tanya juga Rasulallah (s.a.w) [sekali lagi, kali ke-3] kataku, ‘Kemudian siapa pula ya Rasulallah (s.a.w) hamba berbuat bakti?’ Sabdanya: ‘Ibumu’. Aku tanya juga lagi akan Rasulallah (s.a.w) (kali ke-4), kataku: ‘Kemudian siapa hamba berbuat bakti ya Rasulallah (s.a.w) kepadanya?’ Jawabnya: ‘Kemudian bapamu, kemudian [saudara] yang lebih hampir, maka (kemudian) yang lebih hampir.’ [Hadith hassan sahih at-Termidzi]
[Nota: Hadith menunjukkan bahawa dalam perkara berbuat baik atau berbakti kpd kedua ibubapa itu, ibu didahulukabn dari bapa, maka dgn itu 3 kali lebih utama ibu berbanding bapa. Dan, selepas itu, berbuat baik kpd kaum kerabat atau saudara mara (kedua-dua belah – ibu dan bapa) hendaklah berbuat baik (sama rata).]
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment