Assalamualaikum,
Saudara, dala beberapa post yang akan datang, kita akan teliti ketetapan Islam tentang hubungan anak-anak dan kedua-dua ibubapa mereka. Topik ini amat penting kerana di dalam Islam tiada ruang bagi anak-anak yang inginkan mendapat kerahmatan Allah (a.w), yakni mendapat ganjaran syurga kalaulah anak-anak itu abaikan perintah Allah (a.w) terhadap kedua ibubapa. Hari ini begitu ramai - dan semakin ramai - anak-anak yang sengaja menempat bala menjerumuskan diri mereka ke dalam neraka kerana layanan mereka terhadap kedua ibu bapa mereka,
Saudara, seorang manusia itu pasti akan masuk neraka kalau dia tidak Islam. Kita telahpun lihat ketetapan Allah (a.w) bahawa tugas dan tanggungjawab utama manusia itu adalah mengabdikan diri (yakni, beramal dan beribadah serta menjalani kehidupan di dunia) menepati perintah Allah (aw) sedemikian - Ayat 57, Surah az-Zariat. Seseorang yang Islam itu tidak akan mendapat syurga kalaulah dia tidak taatkan Allah (a.w) (yakni, tidak ikuti ketetapan al-Quran) dan taatkan Rasulallah (s.a.w) (yakni, tidak akur dengan ketetapan as-Sunnah) - Ayat 13, Surah an-Nisa' dan Ayat 80, Surah an-Nisa'. Seseorang yang Islam itu tidak akan dapat syurga kalau dia tak buat salah satu perintah iaitu bersolat dan mengeluarkan zakat. Dan, tidak akan masuk syurga seorang anak itu kalau dia tidak syukurkan segala nikmat Allah (a.w) berikan kepada mereka dan tidakpula syukurkan segala kebaikan yang mereka terima dari kedua-dua ibubapanya.
Saudara, seorang yang begitu tinggi imannya dan tinggi tahap ketakwaannya dan merupakan seorang yang amat istiqamah beramal dan beribadah, merupakan orang yang amat soleh dalam hidupnya, kalau dia tidak syukurkan kedua ibubapanya dan membiarkan kedua ibubapanya tanpa dibela dalam hayatnya, dia pasti tak dapat syurga. Kita lihat, insya Allah, dalam beberapa post yang menyusul tentang hubungan anak-anak dengan kedua ibubapanya.
Buat Baik Kpd & Berkata-kata dengan Ibu Bapa Dengan Baik
(a) Ayat 83, Surah al-Baqarah
Firman Allah (a.w): ‘Wa-iza akhadna mithaqa bani Israila la ta’budna illallaa wa-bilwalidaini ihsana, wa-zil qurba, wal-yatama, wal-maskini, wa-qulu linnasi husna, wa-aqimus solata wa-atuz-zakata ...’ (Yg bermaksud: Dan, ketika Kami (Allah (a.w))mengambil perjanjian dari Bani Israil (kaum Yahudi): ‘Janganlah kamu menyembah/sembah selain Allah (a.w) dan berbuat baiklah kpd kedua ibubapa kamu, kaum kerabat, anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, serta ucapkanlah kata-kata (yakni, bercakaplah) yg baik kpd manusia, ... ‘) [Ayat 83, Surah al-Baqarah]
[Nota: Allah (a.w) perintahkan kaum Bani Israil (yakni, anak ketuturunan Nabi Yaakub (a.s), sebelum zaman Musa (a.s), supaya patuh kpd perintah Allah (a.w) iaitu: pertama, hendaklah sembah sebagai tuhan hanya Allah (a.w), tuhan yg esa; kedua, berbuat baik kpd kedua ibu bapa mereka; ketiga, berbuat baik kpd kaum kerabat (yakni, adik beradik, saudara mara sebelah ibu dan sebelah bapa); keempat, berbuat baik terhadap anak-anak yatim (yakni, anak-anak di bawah umur baligh yg kematian bapa atau ibu mereka, atau yg ditinggalkan oleh kedua ibubapa mereka); kelima, berbuat baik kpd orang-orang yg miskin (dgn membantu mereka); dan keenam, apakala bergaul sesame manusia, Islam ataupun tak Islam, hendaklah bercakap atau berkata-kata di kalangan manusia – siapa sahaja – dgn kata-kata yg sofan, lemah lembut dan hormat serta bercakap dgn sopan santun. Itulah sebenarnya sifat seorang yg Islam dan beriman.]
Bercakap dgn sopan santun dan lemah lembut
(b) Ayat 23, Surah al-Isra'
Firman Allah (a.w): Wa qada rabbuka alla ta’budu illal … (hingga) … waqullahuma qaulan karima ...) [Yg bermaksud: ‘Dan telah memerintahkan Tuhan kamu jangan kamu sembah (sebagai tuhan) selain Allah (a.w) [yakni, jika disembah selain dari Allah (a.w) maka syiriklah kamu dan tinggal di Neraka selama-lamanya di Akhirat kelak] dan hendaklah kamu (kepada) kedua-dua ibu bapa berbuat baik sebaik-baiknya; dan jika salah seorang drp mereka atau kedua-duanya sudah lanjut umur (atau tua dan dhaif) di sisi kamu, jangan sekali-kali kamu berkata-kata ‘oof’ (yakni, bercakap atau berbahasa kasar atau menggunakan kata-kata bermaksud buruk, dan keji) dan jangan kamu mengherdik (atau membentak) mereka dan bercakaplah dgn kedua-dua mereka kata-kata (atau percakapan) yg mulia (yakni, ucapan yg baik lagi sopan santun dan hormat dan lembut bahasa dengan kata-kata yang baik-baik belaka)] [Ayat 23, Surah al-Isra’]
[Nota: Perintah Allah (a.w) pada Ayat sebelum ini – Ayat 83, Surah al-Baqarah – diulangi dalam ayat di atas. Allah (a.w) perintahkan: pertama, jangan jadikan sebahan atau sembah selain Allah (a.w); maksudnya jangan diangkat sebagai tuhan apa saja, yg berhak disembah manusia adalah Tuhan semesta Alam, iaitu Allah (a.w); kedua, kalau kita sembah selain Allah (a.w), maka kita syirik. Apabila syirik pasti di dalam kubur kelak mendapat siksaan dan di akhirat kelak dicampakkan ke dalam neraka, kekal di dalamnya. Dosa syirik tidak akan diampunkan oleh Allah (a.w). Maka pastilah neraka tempat akhirnya. Ketiga, anak-anak itu diwajibkan brbuat baik kpd kedua ibu bapa mereka, bukan sekadar baik tetapi sebaik-baiknya. Keempat, apakala ibu bapa sudah dhaif dan tua, Allah (a.w) larangi berkata-kata kasar atau meninggikan suara atau tidak menghormati mereka atau mencemoh mereka, malah tidak dibolehkanpun menyebut kata-kata kesat spt ‘uh’pun. Kelima, hendaklah becakap dgn kedua ibu bapa dgn sopan santun, lembut, penuh hormat, takzim dan merendahkan suara dan diri dalam pergaulan dgn mereka. Itu perintah Allah (a.w). Kalau diabaikan perintah tersebut, besar dosanya di sisi Allah (a.w).
Disebutkan dalam sepotong hadith seorang sahabat Nabi (s.a.w) yg merupakan seorang ahli ibadah, rajin mengerjakan solat-solat sunat, ketika dipanggil oleh ibunya, dia sedang solat, tidak dijawabnya. Maka disumpah oleh ibunya supaya dikenakan fitnah. Maka difitnah orang yg dianya berzina dgn perempuan. Maka leburlah nama baiknya. Dan, fitnah tersebut hanya terhapus apakala dia memohon ampun dari ibunya. Diceritakan juga seorang anak yg kerana tidak melayani ibunya, sukar nak mati – yakni rohnya sukar nak keluar dan menanggung siksaan sakratul maut yg berat lagi berlarutan, sehinggalah ibunya mengampunkan dia. Demikianlah dalam Islam betapa utamanya kedua ibubapa itu kpd anak, adalah dosa yg amat besar, apakala anak-anak melanggar ketetapan Allah (a.w) dalam ayat ini.]
Demikianlah dua ketetapan yang amat utama kita akur dalam hidup kita. Disebutkan dalam hadith bahawa kita yang taatkan Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) tidak akan datang syurga jika kita sebagai anak tidak dapat keridaan kedua ibubapa kita. Kerana, kita hanya dapat syurga kalau Allah (a.w) rida terhadap kita. Kalau Allah (a.w) rida maka kita mendapat kerahmatanNya. Tanpa kerhamatan Allah (a.w) pasti kita tak dapat syurga. Dan, Allah (a.w) hanya ridakan kita kalau kedua ibubapa kita rida terhadap kita sebagai anaka.
Oleh itu berwaspadalah, kalaulah kita inginkan syurga buatlah segala yang sepatutnya membuatkan kedua ibubapa kita rida terhadap kita.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment