Tuesday, March 13, 2012

Solat Sunat - Solat Tahajjud (Samb.)

Assalamualaikum,
Kita teruskan perbincangan kita tentang solat-solat sunat yang kita kerjakan ketika malam, terutamanya Solat Tahajjud. Dalam beberapa post yang lalu kita diberitahu bahawa Rasulallah (s.a.w) bersolat Solat Tahajjud sebanyak 11 rakaat, termasuk Solat Witir. Dalam hadith yang lain kita diberitahu bahawa walaupun 11 rakaat, Rasulallah (s.a.w) membaca surah-surah yang panjang, maka dengan itulah sehingga bengkak kaki beliau kerana berdiri lama setiap rakaat.
Saudara, mungkin kita ingin tahu apakah Rasulallah (s.a.w) ketika membaca al-Fatihah dan surah al-Quran dalam Solat Tahajjud (atau solat-solat malam) itu dibaca kuat atau dijrahkan bacaan atau diperlahankan bacaan?
[Nota: Setiap pergerakan dan perlakuan kita, termasuk ucapan atau bacaan kita direkodkan oleh malaikat Rakib dan Atid, jika bacaan itu kita gerakkan bibir kita, bukan dibaca dalam hati. Tapi, hendaklah dibaca dengan menggerakkan bibir kita dan bacaan kita itu boleh kita dengar sendiri di telinga kita. Malaikat tidak akan merekodkan kata-kata yang di'ucapkan' dalam hati, tetapi dizahirkan dengan suara perlahan yang kita boleh dengar sendiri, bukan dibaca dalam hati. Justeru itu, kesemua bacaan kita dalam solat, wirid dan zikir dan tasbih seumpamanya, hendaklah boleh didengar oleh telinga kita sendiri, barulah direkodkan oleh malaikat dalam Kitab Catatan Amalan kita.] 

Bacaan Ketika Solat Malam – Kuat atau Tidak?
Saudara, kita telah tahu bahawa ketika bersolat Solat Subuh, Maghrib dan Isya' - iaitu solat-solat fardu ketika malam, kita dikehendaki membaca Surah al-Fatihah dan surah pada dua rakaat pertama yang mula dikuatkan bacaannya. Tapi, bagi solat-solat fardu ketika siang hari, iaitu Solat Zohor dan Solat 'Asar, kita baca dengan suara yang mencukupi telinga kita dengar sendiri sahaja, dan tidak didengar oleh orang lain, termasuklah kalan kita menjadi imam solat sekalipun.
Justeru itu, kalau kita mengerjakan solat-solat sunat malam, bagaimana? Ini dijelaskan dalam hadith berikut:
Diriwayatkan hadith dari Abdillah b Abi Qais berkata: ‘Bertanya aku kpd Aisyah (r.ah): ‘Bagaimana adanya bacaan (ketika bersolat) Nabi (s.a.w) malam? Adakah dia samarkan dgn (bacaan) al-Quran atau apakah menjaharkan (yakni, menguatkan bacaannya)?’ Maka berkata Aisyah (r.ah): ‘Semuanya demikian itu ada berbuat (Rasulallah). Kadang-kadang menyamarkan dgn bacaan al-Quran, dan kadang-kadang menguatkan (bacaan al-Quran).’ Maka berkata aku (Abdillah): ‘Alhamdulillahil-lazi ja’ala fil–amri sa’atan’ (Yg bermaksud: Kesemua puji-pujian pada Allah (a.w) zat yg menjadikan perkara (agama) kelapangan/keluasan.’). [Hadith at-Termidzi, Kitab Solat]
[Nota: Berhubung dgn kaedah membaca surah al-Quran, Aisyah (r.ah) memberitahu dalam hadfith di atas itu, bahawa Rasulallah (s.a.w) terkadang melembutkan suara, yakni membaca secara samar (tidak dikuatkan, cukup kedengaran kepada diri sendiri sahaja)) tanpa didengar oleh orang lain dan ada kalanya dia membaca menguatkan suaranya sehingga dapat didengar oleh orang lain. Jelasnya, ketika bersolat sunat boleh dikuatkan bacaan. Dalam Solat Aid (Aidil Fitri dan Aidil Adha, bacaan al-Fatihah dan surah dikuatkan kerana dijema’ahkan. Solat Aid diutamakan dibuat di tengah padang (bukan di dalam masjid). Begitu juga dgn Solat Kusyuf (Solat Gerhana – matahari dan bulan) dikuatkan bacaan kerana terbaik dijema’ahkan dan juga disolatkan di tengah padang bukan di dalam masjid. Namun, ketetapan as-Sunnah tidak menyebutkan bahawa Solat Aid itu hanya boleh dikerjakan di padang terbukan, dan tidak dibolehkan disolatkan dalam bangunan. Solat Terawih dikuatkan bacaan apabila dijema’ahkan.]

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment