Saturday, March 10, 2012

Solat Sunat - Solat Tahiyatul (Menghormati) Masjid

Assalamualaikum,
Saudara, kita teruskan lagi prbincangan kita mengenai Solat Tahiyatul Masjid atau Solat Menghormati Masjid. Dalam Islam masjid itu adalah tempat yang dimuliakan kerana dianggap 'rumah' Allah (a.w). Maka dengan itu Islam mensyariatkan umatnya ketika masuk masjid maka hendaklah berwudu' kemudian kerjakan solat sunat 2 rakaat Solat Tahiyatul Masjid. 

Solat Tahiyat Masjid 

Diriwayatkan hadith dari Abdillah b Said hadith dari Amir b Abdillah b Zubeir hadith dari Amru b ulaimin az-Zuraqqi mendengar Ab Qatadah b Rabi’I al-Ansari (r.a) berkata: ‘Telah bersabda Nabi (s.a.w): ‘Iza dahala ahadukuml-masjida fala yajlis hatta usolli rak’ataini.’ (Yang bermaksud: Ketika masuk salah seorang kamu ke dalam masjid maka janganlah duduk sehingga kamu bersolat engkau (solat sunat 2 rakaat (solat Tahiyatul Masjid = Solat Menghormati masjid). [Hadith Bukhari, Kitab Solat] 
Saudara, hadith Muslim di bawah ini menyebutkan ketetapan yang sama mengenai Solat Tahiyatul Masjid ini.
Menceritakan hadith Yahya b Yahya berkata: 'Aku membaca atas Ali dan Malik hadith dari ‘Amiri b Abdillah b Zubeir hadith dari ‘Amru b Sulai-im az-Zuraqqi hadith dari Abi Qatadah bahawasanya  Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Iza dahala ahadukuml-masjida falyarka’ rak’ataini qabla an yajlisa.’ (Yang bermaksud: Ketika masuk salah seorang kamu ke (dalam) masjid maka rukuklah (yakni, solatlah) sebelum kamu duduk.) [Hadith Muslim, Kitab Solat]

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment