Assalamualaikum,
Saudara pagi ini kita selitkan dalam post blog ini sinario ketika hampirnya kiamat. Mungkin kita tak sempat temui kiamat itu - ketika malaikat Israfi meniupkan Seruling Sangakala yg akan mematikan kita semua -kiamatlah dunia. Tapi, setiap kita yg hidup menemui kimat kecil masing-masing ketika malaikal-maut datang menemui kita mencabut nyawa kita dan mematikan kita. Tamatlah kehidupan kita di dunia. Dan, berakhirnya segala persiapan dan persediaan kita untuk akhirat kita. Bagi merka yg abaikan tanggungjawab akhirat mereka, maka akan tersiksa dalam kubur dan di akhirat kelak masuk neraka, kekal selama-lamanya! Oleh itu sebelum terlewat, wajarlah kita sedarkan diri kita dari lamunan nikmat dunia, insya Allah.
Hilang atau Terhapusnya Ilmu
Dan Meluasnya Kejahilan
Diriwayatkan hadith Abi Malik as-Ja’iyi hadith dari Rabi’i b Khirasy hadith dari Khuzaifah b Yaman berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Yadrusul-Islamu kama yadrusu wasyyun-thaubi hatta la yudra ma siamun wa-la solatun wa-la nusukun wa-la sodaqatun wa-la yusra ‘ala kitabillahi ‘azza wajalla fi lailatin fala yabqa fil-ardi minhu ayatun. Wa-tabqa tawaifu minanasis-syai’unl-kabiru wa-‘ajuzu yaquluna adrakna abaana ‘ala hazihil-kalimati: ‘La-ilaha illallah’, fanahnu naquluha.’ (Yg bermaksud: Akan luntur (pupus) Islam sebagaimana lunturnya corak pakaian sehingga tidak diketahui apakah puasa itu, tidak (diketahui apakah) puasa itu, dan tidak (diketahui apa) solat itu, dan tidak (diketahui apa) haji itu, dan tidak (diketahui apa) sedekah itu, dan dihilangkan Kitab Allah (a.w) Zat yg Maha Tinggi lagi Maha Agung di waktu malam maka tidak tersisapun dalam bumi darinya (walaupun) sepotong ayat. Dan, tersisa dari manusia orang-orang tua yg tersangat tua dan perempuan-perempuan tua berkata mereka: ‘Tidak menjumpai kami bapa-bapa kami (atau nenek moyang kami) selain ini kalimah ‘la-ilaha illallah’, maka kami sekarang ini mengucapkan (yakni, mengamalkan) kalimah ini.'. Maka berkata baginya (yakni, kepadanya seorang yg bernama) Silah: ‘Apakah mencukupi atas mereka ‘(hanya kalimah) ‘La-ilaha ilallah’ (untuk dapatkan syurga), walhal mereka tidak mengerti (bagaimana hendak) bersolat, dan (tidak mengerti mereka bagaimana hendak) puasa, dan (tidak mengerti mereka bagaimana hendak kerjakan) haji dan tidak (mengerti mereka bagaimana) bersedekah?’ Maka berpaling darinya Khuzaifah. Kemudian mengulangi (lagi pertanyannya, i.e. Silah bertanya lagi) atas perkara itu tiga kali, setiap demikian (pertanyaan) berpaling darinya Khuzaifah. Kemudian mengadap (Khuzaifah) atasnya (yakni, ke arahnya) pada kali ketiga (pertanyaan Silah tersebut), maka berkata: ‘Wahai Silah! Menyelamatkan pada mereka dari neraka.’ Disebutnya ungkapan tersebut 3 kali. [Hadith Ibnu Majah, Kitab Fitnah]
[Nota: Hadith ini menyebutkan sinario akhir zaman ketika kiamat sudah hampir terjadi. Pada zaman itu Islam, yakni ilmu pengetahuan manusia tentang Islam hampir pupus sebagaimana luntur corak di pakaian kerana terlalu lama atau buruk, sehingga manusia tidak tahu apa itu puasa dan bagaimana mengrjakannya, apa itu solat dan bagaimana mengerjakannya, tidak tahu apa itu haji dan bagaimana mengerjakannya dan tidak tahu apa itu sedekah (zakat, infaq dan sedekah umum) dan bagaimana mengerjakannya dan hilang pengetahuan manusia terhadap Kitab Allah (a.w) (yakni, al-Quran) (dari segi cara dan kaedah membacanya dan dari segi tahu dan faham mesejnya dan bagaimana mengamalkan ketetapannya, dan tidak tinggal di muka bumi suatu ayat al-Quranpun. (Dalam konteks ilmu mengenai Islam dewasa itu) yang berbaki atau tinggal hanyalah golongan lelaki dan perempuan tua yg tersangat tua pula dan mereka hanya tahu amalan menyebut kalimah tauhid ‘la-ilaha illallah’ sahaja, iaitu amalan yg ditinggalkan oleh nenek moyang mereka (yg hanya tahu itu sahaja semasa hayat mereka). Demikianlah sinario dunia ketika itu – di akhir zaman ketika hampir turun Dajjal, Isa (a.s) yg akan membunuh Dajjal, dan akhirnya ditiup seruling sangkala untuk mematikan kesemua makhluk yang hidup, dan berlakunya kiamat. Orang-orang yang tahu tentang Islam hanyalah golongan orang tua – lelaki dan perempuan – yang tersangat tua, tahu hanya mengucapkan kalimah ‘la-ilaha illallah’ semata-mata, sebagai amalan mereka dalam Islam, kerana itu saja ilmu yg ditinggalkan atau diajarkan oleh (atau diwarisi mereka dari) nenek moyang mereka semasa mereka masih hidup. Golongan lain atau generasi lain tak tahupun kalimah tersebut. Apakala ditanya oleh seorang sahabat bernama Silah kpd Khuzaifah Abu Yaman yg memberitahu hadith Rasulallah (s.a.w) apakah mereka yg menyebutkan kalimah tersebut semata-mata sebagai amalan mereka dalam Islam akan dapat syurga, Khuzaifah hanya menjawab pertanyaan Silap ketika ditanyakan buat kali ketiganya. Khuzaifah menjawab, ketika itu atau zaman itu, mencukupi untuk mereka mendapat syurga. Ini menunjukkan betapa ilmu mengenai Islam itu akan hapus di akhir zaman kerana tiada orang yg tahu dan tiada pula orang yg boleh mengajarkan ilmu.
Apakah bagi kita yg Islam hari ini akan mendapat syurga dgn menyebut kalimah ini semata-mata tanpa mengerjakan segala yg diwajib atau difardukan? Ada orang Islam yg mempunyai pandangan yg simplistic seperti itu. Biasanya golongan ini adalah golongan orang Islam yg selesa semata-mata kerana mereka dilahirkan Islam, walaupun mereka tidakpun bersolat, tidakpun berpuasa, tidak mengeluarkan zakat dan infaq, tidak menunaikan haji dan umrah dan lain-lain ibadah fardu. Kerana mereka berpendapat, sebagaimana ramai orang Islam yakin bahawa, Islam sahaja dapat syurga! Di zaman ini ilmu mengenai al-Quran dan as-Sunnah itu masih wujud dan boleh diakses oleh umat Islam, kalau mereka mahu belajar dan mahu faham. Ilmu al-Quran dan as-Sunnah akan terhapus apabila mereka yg berilmu, biasanya orang yg sudahpun tua, mati dan dibawa oleh mereka ke kubur ilmunya. Generasi yg menyusuli mereka tak pula ingin belajar ilmu kerana disebokkan oleh keseronokan dunia serta keinginan duniawi yg menombor duakan agama. Atau, ilmu mengenai Islam dari sudut al-Quran dan as-Sunnah itu semakin terhakis kerana kuatnya pengaruh fahaman kemazhaban, kerana ilmu mengenai al-Quran dan as-Sunnah itu tidak lagi dijadikan foundation agama tetapi kitab-kitab karangan cerdik pandai telah dijadikan kitab atau panduan rujukan nombor satu. Ramai orang Islam yg disesatkan oleh pengarang kitab-kitab tersebut, walhal mereka yg mengarangnya sudahpun sesat sendiri, kerana membelakangkan ilmu al-Quran dan as-Sunnah. Umat Islam zaman ini tidak akan dapat syurga kalau tidak mengamalkan apa-apa yg diwajibkan atau difardukan.]
Saudara, kiamat itu telahpun diberitahu oleh Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) kpd kita - iaitu ia akan berlaku pada hari Jum'at. Maka dgn itulah kesemua haiwan kecuali manusia amat takut ketika akan tiba hari Jum'at - iaitu ketika masuk waktu 'Asar pada hari Khamis. Manusia sebaliknya menunggu tibanya hari Jum'at dgn penuh keseronokan, kerana petangnya merka boleh enjoy dgn pelbagai akviti duniawi meraikan datangnya hujung minggu waktu rehat selepas bertungkus lumus pada hari-hari sebelumnya mencari dunia ...
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment