Assalamualaikum,
Kita telahpun lihat solat-solat rawatib mengiringi Solat Zohor dan Solat 'Asar. Kita lihat pula solat rawatib dalam waktu Solat Maghrib.
Solat Sunat Sebelum Solat Maghrib
Diriwayatkan hadith dari Abdullah b Buraidah hadith Abdullah b Muzanni berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Sollu qablal-maghribi rakataini.’ Yg bermaksud: Solat sunat sebelum Solat Maghrib itu dua rakaat) Kemudian bersabda: ‘Sollu qablal-maghribi raka’ataini liman sya-a khasyata an yat-takhizahan-nasu sunnatan.’ (Yg bermaksud: Solat sunat sebelum Solat Maghrib dua rakaat bagi orang berhekendakan (mengerjakannya) kerana takut mengambil manusia sunat sebagai amalan wajib.) [Hadith Abu Daud, Kitab Solat] [Nota: Rasulallah (s.a.w) mengulangi kata-katanya dua kali, dan pada kali keduanya menyebutkan ‘jika dikehendaki’ atau jika berkeinginan seseorang itu mengerjakannya, dibolehkan. Ditakuti pula kalau-kalau dijadikan sesuau amalan yang wajib oleh manusia, kerana solat tersebut hanyalah sunnah.]
Saudara, dalam hadith ini disebutkan tentang solat rawatib sebelum Solat Maghrib 2 rakaat. Rasulallah (s.a.w) tidak inginkan amalan ini menjadi wajib maka beliau menyebutkan bahawa sesiapa yang inginkan bolehlah kerajakan, tidak diwajibkan.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment