Assalamualaikum,
Dalam post ini kita teliti pula satu persatu solat rawatib yang khusus mengikut waktu solat fardu yang berkenaan. ita mulakan dengan solat rawain mengiringi Solat Zohor.
Saudara, sebaik sahaja masuk waktu Zohor, setelah selesai muazin mengazankan solat Zohor, kita boleh dirikan Solat Rawaib Zohor sebanyak 4 atau 2 rakaat. Dan kemudian, setelah selesai kita solatkan Solat Zohor, maka kita juga boleh kerjakan solat rawatib selepas Zohor 4 atau 2 rakaat. Kita lihat hadih-hadith berikut:
Solat Sunat 4 Rakaat Sebelum dan Sesudah Solat Zohor
Diriwayatkan hadith dari ‘Anbasah b Abi Sufyan berkata: ‘Telah berkata Umu Habibah, isteri Nabi (s.a.w), telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Man hafaza ‘ala arba’i rakaatin qablaz-Zohri wa-arbain ba’daha harruma ‘alan-nari’ (Yg bermaksud: Barangsiapa dapat menjaga/mengekalkan atas empat rakaat (solat sunat) sebelum Solat Zohor dan empat rakaat selepas Solat Zohor diharamkan Allah (a.w) dari neraka.) [Hadith Abu Daud, Kitab Solat]
[Nota: Ganjaran pahala mensolatkan Solat Rawatib 4 rakaat sebelum Zohor dan 4 rakaat selepasnya, dijaga dari neraka maksudnya selamat dari neraka.]
Saudara, alangkah beruntungnya kita kalaulah kita luangkan masa untuk mengerjakan solat rawatib waktu Zohor itu. Kita diselamatkan dari neraka. Saudara, kita mengerjakan amalan dan ibadah dengan tujuan yang satu iaitu kita inginkan kerahmatan Allah (a.w) - yakni, kita inginkan (yakni, berniat kerana inginan) kesejahteraan di akhirat dengan mengharapkan Allah (a.w) berikan kta ganjaran syurga, dan kita pada masa yang sama inginkan keselamatan dari siksaan Allah (a.w) dalam neraka - Ayat 57, Surah al-Isra' . Islam memberikan kita banyak peluang untuk mendapat syurga jikalah kita ingin luangkan sedikit waktu untuk melakukan sesuatu yang telahpun ditetapkan oleh sunnah kita lakukan. Tapi, harus diingatkan, tak guna buat solat rawatib Zohor kalaulah kita sendiri abaikan Solat Zohor atau abaikan mana-mana solat yang diwajibkan atas kita.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment