Assalamualaikum,
Saudara, Bilal b Rabbah, asalnya seorang hamba yang ditebus Rasulallah (a.w), dan beliau kemudiannya dijadi muazin Rasulallah (s.a.w) kerana suaranya amat sesuai mengazankan azan solat. Setelah memeluk Islam beliau merupakan seorang yang amat kuat beramal. Disebutkan dalam hadith berikut bahawa Bilal adalah penghuni syurga, diberitahu oleh Rasulallah (s.a.w) ketika masih hidup. Rasulallah (s.a.w) mendengar desas desus seliparnya ketika dia berjalan, seolah-olah dia berjalan di dunia. Apakah amalan yang membolehkan Bila dikurniakan Allah (a.w) ganjaran syurga - maksudnya diresabkan syurga baginya walaupun beliau belum meninggal dunia. Hadith berikut menyebutkan ketinggian ketaqwaan dan keimanan beliau sebagai seoran Islam, iaitu setiap kali dia berwudu' dia bersolat sunat.
Solat Setiap Kali Berwudu’
Menceritakan hadith oleh Abu Usamah hadith dari Abi Haiyan hadith dari Abi Zur’ah hadith dari Abi Hurairah (r.a) bahawasanya Nabi (s.a.w) bersabda kepada Bilal ketika (slesai selesai) solat Fajr (i.e. Subuh): ‘Ya Bilal hadithni bi-arja ‘amalin ‘amltahu fil-Islami, fa-inni sami’tu daffa na’laika baina yadaiya fil-jannati?’ (Yang bermaksud: Wahai Bilal! Berceritalah kepadaku dengan lebih diharapkan amalan yang engkau mengamalkannya di dalam Islam! Sesungguhnya aku mendengar bunyi selipar engkau di depanku di dalam syurga?) Berkata (Bilal menjawab): ‘Tidak beramal aku suatu amalan yang lebih aku harapkan disisiku sesunggunya aku tidak bersuci (yakni, berwudu') aku pada suatu sucian (wudu') di waktu malam atau siang kecuali solat aku dengan demikian sucian (wudu') apa-apa yang ‘ditulis’ (yakni, dipastikan) bahawa solat aku.’ [Hadith Bukhari, Kitab Solat]

Saudara, hadith ini menyebutkan bahawa setiap kali dia berwudu', Bilal akan mengerjakan satu solat sunat 2 rakaat. Demikianlah hebatnya keimanan serta ketaqwaan Bilal b Rabbah, yang tidakpun dapat ditandingi oleh kita yang akui diri kita Islam.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment