Sunday, January 29, 2012

Peluang Keemasan yg Tidak Diendahkan Oleh Orang Iman

Assalamualaikum,
Saudara, sesungguhnya orang Islam yg beriman itu diberi pelbagai peluang oleh Allah (a.w) untuk berjaya di dunia dan di akhirat, kalaulan mereka membuka mata, telinga dan menumpukan sedikit perhatian kpd beberapa perkara yg disampaikan oleh Allah (a.w) - dalam al-Quran - dan yg disampaikan atau diberitahu oleh Rasulallah (s.a.w) dalam as-Sunnah. Tapi, malangnya hari ini, semakin ramai orang Islam yg nama mereka Islam tetapi dalam banyak segi dan dimensi, mereka tiada beza dgn orang yg tidak Islam. Sebenarnya, begitulah keadaan dunia yg hampir ke penghujungnya.
Saudara, sudah banyak tanda-tanda akhir zaman dipertunjukkan oleh Allah (a.w) dan kita telahpun diberitahu oleh Rasulallah (s.a.w). Segala sesuatu tentang atau mengenai duniawi semakin canggih, semakin mudah, semakin merangsang nafsu dan keinginan manusia, dan semakin tak perlu berselindung pula melampiaskan nafsu - di kalangan orang Islam sendiri. Penguatkuasa Islam (spt MAIS,.JAIS dan JAKIM) kini lebih mengutamakan 'penguatkuasaan' pelangaggaran agama oleh umat Islam, Melayu. JAIS dan MAIS tak kisah apa yg berlaku kpd orang Islam selain orang Melayu. Mereka lebih suka mengintip dan menangkap, dan menghalang pengajaran agama oleh orang awam, kecuali dgn kebenaran mereka. Mereka sendiri tidak pula memberi tumpuan kpd pengajaran ilmu Islam yg haq iaitu ilmu al-Quran dan as-Sunnah. Itulah salah satu tanda akhir zaman apabila kebatilan dianggap perlakuan yg haq!
Saudara, itu dari segi organisasi. Dari segi individu pula, kita akan dapati umat Islam - orang Melayu, rengkasnya - sudah tidak lagi mengutamakan Islam, mengutamakan ilmu yg haq (yakni, al-Quran dan as-Sunnah), sudah berleluasa pula mengamalkan banyak perkara yg bukan sahaja ditegah, malah dijadikan amalan yg sahih pula, walaupun jelas tidak dibenarkan oleh Islam melalui al-Quran dan as-Sunnah. Hari ini begitu ramai anak-anak yg enggan bebuat baik kpd dan terhadap kedua ibu bapa mereka. Anak-anak yg berada sanggup menggaji orang lain menjaga kedua ibu bapa mereka yg tua dan dhaif. Atau, membayar bayaran yg tinggi kpd pihak-pihak yg menguruskan perniagaan menjaga wargatua - Rumah-rumah Penjagaan Warga Tua. Malah ramai anak-anak yg Islam, yg kaya dan mewah, tak sanggup bela atau jaga kedua ibu bapa mereka, dgn menghantar mereka ke rumah orang tua kelolaan orang bukan Islam! Demikianlah lumrah dunia moden.
Saudara, sebagai seorang Islam ada banyak peluang kita menyediakan diri untuk kebahagian atau kesejahteraan akhirat. Antaranya tiga perkara yg disebutkan dalam hadith berikut: 

Orang yg Rugi/Melepaskan Peluang Paling Berharga
Saudara, seorang iman yg bijak itu akan sentiasalah mencari peluang mudah untuk berjaya di dunia dan di akhirat. Justeru itu, orang yg bijak itu tak melepaskan peluang berikut:
Diriwayatkan hadith dari abu Hurairah berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Raghima anfu rajulun zukirtu ‘indahu falam yusolli ‘alaiya wa-raghima anfu rajulun dakhala ‘alaihi ramadhanu thumman salakha qabla an yughfara lahu wa-raghima anfu rajulun adraka ‘indahu abawahul-kibara falam yudkhilhu jannata.’ (Yg bermaksud: (Hilang hidung, yakni) Kurus/rugi seorang lelaki yg (apabila) disebut nama aku (Nabi) di sisinya maka tidak mendoakan rahmat dia atasku, dan rugi/hilang hidung lelaki yg masuk atasnya bulan Ramadhan kemudian habis/berlalu Ramadhan sebelum bahawa diampuni baginya (dosa-dosanya) dan rugi/hilang hidung lelaki menjumpai di sisinya kedua orang tuanya maka tidak memasukkannya (oleh kedua orang tuanya, yakni ibu bapanya) akandia atau pada dia ke dalam syurga.) [Hadith at-Termidzi, Kitab Doa] 
[Nota: Ada tiga perkara yg disebutkan dalam hadith ini. Pertama, ketika nama Rasulallah (s.a.w) disebut – sama ada kalimah ‘Rasulallah ‘ atau ‘Nabi’ atau ‘Muhammad’, hendaklah kita sambut dgn ucapan ‘Sallahu-‘alaihi was-sallam’. Jika tidak kita mendapat kerugian yg besar kerana tidak menghormati Nabi (s.a.w). Malah kita tidak akur dgn perintah Allah (a.w) yg menyebutkan bahawa Allah (a.w) dan para malaikat berselawat atas Nabi (s.a.w), dan hendaklah kita yg Islam dan beriman berselawat atas beliau (Ayat 56, Surah al-Ahzab). Kedua, kita pasti rugi jika kita sempat hidup dalam bulan Ramadhan, setiap tahun, tidak berpuasa sebaik mungkin dgn penuh keimanan dan dalam berusaha mengharapkan pahala terbanyak, maka di akhir Ramadhan kita tidak dibebaskan dari neraka, kerana dihapuskan Allah (a.w) dosa-dosa kita yg lalu. Orang yg berpuasa dgn tanpa didasari oleh keimanan dan keinsafan yg tinggi, serta tidak berusaha mencari ganjaran pahala terbaik, malah kekal terjerumus dalam neraka, tidak mendapat syurga. Hanya orang yg berpuasa dgn sepenuh keimanan dan mengharapkan ganjaran pahala terbaik. Hanya dgn keimanan yg kental dan harapan yg ikhlas untuk mendapat keridaan Allah (a.w) akan menjadikan kita berjaya. Ketiga, seorang anak, khususnya anak lelaki, yg kedua ibu bapanya masih hidup, tidak mendapat syurga kerana tidak berbuat baik dan menjaga kedua ibubapanya sebaik mungkin, ketika mereka masih hidup. Kerana keridaan Allah (a.w) terletak pada keridaan kedua ibu bapa. Jika murka keduanya, maka Allah (a.w) juga akan murka. Jika Allah (a.w) murka masakan kita mendapat syurga. Justeru itu, bagi kita yg masih ada kedua ibu bapa hendaklah melayani serta melakukan segala sesuatu yg supaya Allah (a.w) meridhai kita dan memasukkan kita ke dalam syurga. Mereka yg dilayan sedemikian itu akan merasa rida dan melimpahkan kasih saying mereka terhadap kita sebagai anak mereka. Justeru itu, kedua ibu bapa kita meridai kita dan kerana keridaan mereka itu, Allah (a.w) meridai kita. Itu adalah janji pasti Allah (a.w). Setiap anak itu wajib patuhi perintah kedua ibubapanya, kecuali perintah dan suruhan mereka itu berupa perintah maksiat atau perintah menentang ketetapan Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w).] 
Saudara, hari ini ramai orang Melayu yg akui dirinya Islam dan beriman terlepas peluang setiap tahun, atau setiap bulan atau setiap minggu atau setiap hari. Semuanya kerana jahil dan kerana tidak yakin dgn keIslaman mereka sendiri. Siapa yg terlepas peluang? 
Iaitu, pertama, orang yg berhaqkmenjadi umat Muhammad (s.a.w) dan mendapat syafaatnya di akhirat kelak, dan dia disayangi pula oleh Allah (a.w), apabila dia melakukan suatu yg amat mudah. Apa dia? Sebut: 'Sallallahu alaihi wa-sallam' setiap kali mendengar nama atau ungkapan 'Rasulallah (s.a.w)' atau 'Nabi (s.a.w)' atau 'Muhammad (s.a.w)' disebut oleh siapa saja. Lebih baik sentiasalah berselawat atas Nabi (s.a.w), maka Allah (a.w) berselawat (yakni, mengucapkan selamat sejahtera kpd kita) 10 kali. [Nota: Ketika manusia berhimpun di padang makhsyar kelak, setelah seruling sangkala kedua ditiupkan, manusia akan bangkit dari kubur mereka, pergi berhimpun di padang mahsyar, perhimpuan  agung terbesar manusia, umat Muhammad (s.a.w) akan diberi peluang minum air sungai atau telaga al-Kauthar yg danugerahkan oleh Allah (a.w) kpd Rasulallah (s.a.w). Sesiapa yg minum airnya, takkan haus selama-lamanya sepanjang perhimpunan agung selama 50,000 tahun itu (sehari di akhirat itu bersamaan dgn 1,000 tahun kiraan tahun dunia). Orang yg tidak menyebut kalimah 'Sallallahu alaihi wa-sallam' dan orang yg enggan berselawat atas Nabi/Rasulallah (s.a.w) tidak dikira 'umat Muhammad', maka tak layak dapat syafaat dan tak layak minum air al-Kauthar. Fikirkanlah!] Kedua, orang Melayu/Islam yg berkesempatan dalam hidupnya menemui bulan Ramadhan untuk mengerjakan ibadah puasa wajib tersebut sebaik mungkin - ketika berpuasa, ketika siang ataupun malam, dan mengerjakan pelbagai amalan dan ibadah sunat pula dalam bulan Ramadhan - dia bebas dari neraka di akhir Ramadhan! Alangklah beruntungnya orang sedemikian. Ketiga, seorang anak - terutama anak lelaki - yg ketika hidupnya masih mempunyai kedua ibu bapanya - yakni, kedua ibu bapanya masih hidup - tidak dapat keridhaan kedua ibu bapanya, maka dgn itu tidak dapat kedua ibu bapanya melepaskan dia sebagai anak dari belenggu neraka dan mendapat syurga di akhirat kelak. Itulah anak yg rugi yg ketika kedua ibu bapanya masih hidup tidak menjaga sebaik mungkin kedua ibubapanya dan kerana itu kedua ibu bapanya tidak dapat menghantarkan ke syurga di akhirat kelak. Di dalam al-Quran, Allah (a.w) firmankan menyuruh orang Islam yg beriman itu 'berbuat baik' terhadap dan kpd kedua ibubapanya, hormat, merendahkan suara, dan sentiasa tunduk memberi kasihsayang dan membantu mereka.
Saudara, janganlah lepaskan peluang. Ingatlah Rasulallah (s.a.w) memberitahu bahawa Allah (a.w) ridha terhadap seseorang Islam yg beriman itu jika kedua ibu bapanta ridha terhadapnya. Tanpa keridhaan kedua-duanya, walaupun dia calun syurga, tidak akan mendapat keridhaan Allah (a.w), dan pasti tak dapat syurga ...

Jazakallahu khairah

Menziarahi Orang Sakit

Assalamualaikum,
saudara, mulai post ini kita teliti pula beberapa hadith yg menceritakan perihal sakit mati seta bagaimana hendakl emnguruskan jenazah. Kemudian, kita akan teliti pula hadith-hatih yg menceritakan tentang syurga neraka, sebagai menamabh kpd penelitian kita tentang dunia dan akhirat. 

Pahala Menjengok Orang Sakit 
Selain mendapat pahala sunnah kerana menziarahi orang yang sakit itu, di dalam hadith berikut Rasulallah (s.a.w) memberi kita tahu keafdhalan melawat atau menziarahi orang sakit, iaitu: kita didoakan kesejahteraan oleh para malaikat, pagi atau petang. Oleh kerana malaikat itu orang yang terhampir pada Allah (a.w) dan mereka makhluk yang tidak melakukan dosa dan sentiasa taatkan Allah (a.w) sudah pastilah doa malaikat itu mustajab: 
Diriwayatkan hadith daripada Abdul Rahman bin Abi Laila, hadith daripada Ali (r.a) berkata: ‘Aku mendengar Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Barangsiapa datang pada saudaranya yang Muslim menjengoknya (ketika sakit, seumpama) berjalan di dalam kebun syurga sehingga duduk dia. Maka ketika duduk dia dituliskan kasih sayang (Rahmat) Allah (a.w) terhadapnya. Maka jika ada paginya (melawat pesakit) mendoakan 70,000 malaikat sampai petang. Dan jika ada pada petangnya (melawat pesakit) mendoakan atasnya 70,000 malaikat sehingga waktu subuh.’ [Hadith ibnu Majah] 
Rasulallah (s.a.w) memberitahu kita bahawa jika kita melawat si sakit waktu pagi (atau petang), maka seramai 70,000 malaikat rahmat mendokan kebaikan dan kesejahteraan kepada kita. Mereka sentiasa mendoakan kita sampai petang (atau waktu Subuh) jika kita menziarahi si sakit waktu pagi (atau waktu petang). Ketahuilah bahawa siapakah yang mendoakan kebaikan bagi kita dalam hidup kita? Tidak ramai di kalangan keluarga dan rakan taulan. 
Diriwayatkan hadith daripada Othman bin Abi Saudah, hadith daripada Abi Hurairah (r.a) berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Barangsiapa menjengok (menziarahi) orang sakit memanggil orang-orang yang memanggil (yakni, para malaikat) di langit’ (dan berkata para malaikat mendoakan:) ‘Banyak-banyaklah berjalan engkau, dan bertempat dari syurga tempat tinggal engkau.’ [Hadith ibnu Majah] 
Rasulallah (s.a.w) menyebutkan bahawa doa yang disebutkan oleh para malaikat, seperti di dalam hadith di atas itu, adalah agar Allah (a.w) berikan kepada kita ganjaran mendapat syurga. Apakah perkara-perkara yang perlu kita lakukan ketika mengunjungi saudara Islam yang akan mati? 
Apabila kita menziarahi orang sakit apa nak buat? Ini dipandu oleh Rasulallah (s.a.w), seperti berikut: 

(a) Mengajar orang Akan Mati Kalimah ‘Talqin’ 
Apabila menyebut ‘talqin’ masyarakat Melayu biasanya beranggapan bhawa ‘talqin’ adalah upacara yang sering dbuat ole masyarakat Melayu setelah mengkebumikan jenazah di tanah perkuburan. Di situ kelak, imam qariah akan membacakan kata-kata nasihat kepada ‘roh’ si mati tentang beberapa perkara, termasuklah mengajarkan roh si mati jawapan-jawapan kepada malaikat mungkar nangkir’ soalan-soalan yang diajukan oleh mereka. Itulah amalan tradisi masyarakat Melayu turun temurun, yang kekal sekarang. 
Menceritakan hadith oleh Yahya bin ‘Umarah berkata: ‘Aku mendengar Aba Said al-Khudri (r.a) berkata: ‘Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Laqqinu mautakum qaula ‘lailaha ilallah’ [Maksud: Nescaya mengajarkanlah oleh kamu sekelian orang-orang yang akan mati (yakni, ketika naza’) di kalangan kamu sekelian kalimah atau perkataan ‘lailaha illallah’.’] [Hadith Bukhari]            Hadith yang sama juga diriawayatkan di dalam Sunan Abu Daud, menyebutkan Abi Said al-Khudri (r.a) juga (yakni, hadith yang sama): 
Menceritakan hadith daripada Yahya bin Umarah berkata: ‘Aku mendengar Aba Said al-Khudri (r.a) berkata: ‘Bersabda Rasulallah (s.a.w):Luqqinu mautakum qaula ‘lailaha ilallahi’ [Maksud: Nescaya mengajarkanlah oleh kamu sekelian orang-orang yang akan mati (yakni, sedang naza’) dari kalangan kamu sekelian kalimah (atau kalimah ‘talqin’ iaitu) ‘Lailaha ilallah’] [Hadith Abu Daud] 
Suruhan Rasulallah (s.a.w) yang sama terapat dalam Sunan ibnu Majah, iaitu hadith daripada Abu Hurairah (r.a) menyebutkan kalimah yang sama, iaitu: Diriwayatkan hadith daripada Abi Hurairah (r.a) berkata: Rasulallah (s.a.w) bersabda: 'Luqqinu mautakum: ‘lailaha illallah’ [Maksud: Mengajarkanlah oleh kamu orang yang akan mati (yakni, naza’) di kalangan kamu (kalimah talqin) ‘lailaha illallah’][Hadith ibnu Majah] 
Mengikut hadith-hadith di atas Rasulallah (s.a.w) menyuruh kita yang berada di sisi orang yang akan mati, yakni sakit tenat atau dalam keadaan akan mati atau sedang naza’, mengajarkannya supaya menyebut kalimah ‘talqin’, iaitu ‘lailaha illallah’ itu. Sebahagian besar para ulama’ menterjemahkan kalimah ‘mautakum’ itu sebagai ‘jenazah’ atau ‘mayat’. Maka dengan itulah kita amalkan membaca Surah Yaasin dan lain-lain surah al-Quran sebelah si mati. Inilah hujjah kenapa kita disuruh bacakan Surah Yaasinatas mayat atau jenazah.

(b) Mendokan Kesejahteraan Akhirat baginya
Disebutkan bahawa doa yang dipinta bagi pihak sisakit itu mustajab. Dan, doa sedemikian adalah memberi manfaat kepada si sakit: 
Diriwayatkan hadith daripada Musa bin Muhammad bin Ibrahim Taimiyi, hadith daripada bapanya, hadith daripada Abi Said al-Khudri (r.a) berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Ketika masuk kepada orang yang sakit, maka melonggarkanlah padanya (yakni, janganlah kedekut berdoa baginya) di dalam mendoakan pada waktu (menjengoknya). Maka sesungguhnya demikian (i.e. mendoakan sesuatu kepada si sakit) tidak menolak sedikitpun sesuatu. Dan dia (i.e. doa itu) baik dengan diri orang yang sakit.’ [Hadith ibnu Majah] 

(c) Jangan Merungsingkan Hatinya
Di dalam hadith berikut, Rasulallah (s.a.w) memberi panduan kepada kita peradaban semasa mengunjungi pesakit, terutama pesakit dalam keadaan tenat. Hendaklah kita tidak menyusahkan pula hati dan fikirannya kerana di saat-saat yang genting itu eloklah kita bercakap-cakap perkara-perkara yang baik, yang boleh menenangkan fikiran dan hatinya. Sebaik-baiknya didoakan baginya kesejahteraan semasa didalam kubur sementara menunggu qiamat dan akhirat, dan kita diberitahu apabila kita doakan sedemikian, malaikat yang hadhir mengaminkan doa kita: 
Diriwayatkan hadith daripada Syaqiq, hadith daripada Ummu Salamah (r.ah) berkata: ‘Telah bersadba Rasulallah (s.a.w): ‘Ketika datang kamu kepada orang sakit atau orang yang hampir mati maka berkata-katalah perkara yang baik-baik. Maka sesungguhnya para malaikat mengaminkan atas apa-apa yang diucapkan.’ ‘Maka apabila mati Abu Salamah, datang aku kepada Nabi (s.a.w), maka berkata aku: Wahai Rasulallah (s.a.w)! Sesungguhnya Aba Salamah sungguh-sungguh sudah mati.’ Maka bersabda Nabi (s.a.w): ‘Berkatalah kamuAllah-hummaghfirli walahu, wa’aqibni minhu u’ba hasanah’ [Maksud doa: Ya Allah, Engkau ampunkanlah aku dan (dan ampunilah) baginya. Semoga menggantikan bagiku darinya pengganti yang baik’]. Berkata aku (kata Ummu Salamah (r.ah)): ‘Maka mengerjakanlah aku (seperti yang diperintahkan oleh Rasulallah (s.a.w) itu). Maka mengganti Allah (a.w) orang yang dia lebih baik daripadanya, Muhammad Rasulallah (s.a.w).’ [Hadith ibnu Majah]
Insya Allah kita akan teliti beberap lagi perkara yg patut kita buat dalam post yg akan datang.

Jazakallahu khairah

Dunia dan Akhirat - Buatlah Pilihan Segera

Assalamualaikum,
Saudara, dalam post sebelum ini kita telahpun tahu apakah peringatan Rasulallah (s.a.w) tentang dunia dan akhirat. Kita mendapat tahu kebanggaan Allah (a.w) ketika Allah (a.w) mencipta syurga dan neraka Allah (a.w) menyuruh para malaikat melihat kedua-duanya. Malaikat berkata kalau itulah syurga yg disediakan kpd ahli syurga apa-apa di dalam syurga itu, maka sesiapa yg berkesempatan melihanya, pastilah dia atau mereka ingin masuk ke dalam syurga. Makasudnya, bagi orang yg briman itu, kalaulah diberitahu tentang syurga dan segala nikmatnya, dan dia dapat 'melihatnya' (dgn mata ahtinya) maka pastilah tak seorangpun manusia, akan tidak berkeinginan memasuki syurga. Semuanya nakkan syurga. Begitu jugalah neraka. Malaikat berkata kalaulah itu yg disediakan bagi penghuni neraka, sesiapa yg melihat neraka yg diciptakan oleh Allah (a.w) itu, pastilah dia atau mereka tidak akan ingin masuk ke dalamnya, yakni menjauhinya. Kita tidak berpeluang melihat apa yg disediakan oleh Allah (a.w). Namun Allah (a.w) memberitahu dalam al-Quran dan as-Sunnah, apakah yg dilihat oleh para malaikat ketika Allah (a.w) tunjukkan atau pamirkan neraka kpd mereka. Kalaulah 'mata hati' kita mampu melihat, pastilah kita juga akan tahu apakah yg dilihat oleh para malaikat ketika ditunjukkan oleh Allah (a.w) ketika itu. 
Itulah naluri manusia - sukakan yg baik-baik, yg seronok dan menyeronokkan, yg menyenangan serta yg menyelamatkan, dan tak sukakan yg buruk atau yg menyusahkan atau yg menyakitkan atau yg memudaratkan.
Saudara, kemudian kita diberitahu pula bahawa Allah (a.w) mengadakan persiapan atau perhiasan di sekeliling syurga itu yg merupakan pra-syarat bagi calun syurga dan neraka sebelum mendapatkan syurga atau neraka itu! Apakah yg disediakan sebagai pra-syarat di sekeliling syurga dan neraka itu?  Ketika malaikat melihat semula ke syurga dan neraka, setelah disediakan atau dihiasi oleh Allah (a.w), perhiasan (i.e. pra-syarat atau kewajipan yg wajib dilakukan dan dilasanakan untuk mendapat syurga dan neraka itu) di sekelilingnya, malaikat berkata bahawa kalaulah itu yg diwujudkan di sekeliling syurga itu, maka pasti tak ramai orang dapat masuk ke dalamnya. Dan, setelah melihat semula kpd neraka yg telah dihiasi itu, malaikat berkata, kalaulah itu yg diwujudkan disekitar atau sekeliling neraka itu, sudah pasti ramai, malah majoriti manusia akan terjermus ke dalam neraka!.
Saudara, Allah (a.w) memberitahu kita bahawa setelah matinya manusia - Islam ataupun tak Islam - hanya ada dua tempat disediakan untuk mereka, iaitu sama ada dapat syurga atau dapat neraka atau jadi penghuni syrga atau penghuni neraka. [Nota: Yg tidak Islam pasti masuk neraka dan tidak akan berpeluang masuk syurga]
Firman Allah (a.w): '... fariqun (-m) fil-jannati, wa-fariqun (-m) fis-sa-'iri.' (Yg bermaksud: segolongan (manusia itu) masuk syurga, dan segolongan (manusia itu) masuk neraka.) [Ayat 7, Surah as-Syura]
Saudara, jelas tiada tempat ketiga dalam akhirat, hanya dua: kalau berjaya di sisi Allah (a.w), dan menepati ketetapan Ayat 13, Surah an-Nisa' (yg kita berulangkali rujuk), [yg bermaksud: sesiapa taatkan Allah (a.w) (yakni, ikuti panduan al-Quran) dan taatkan Rasulallah (s.a.w) (yakni, ikuti panduan as-Sunnah), pasti dapat syurga)], maka kita adalah penghuni syurga di akhirat kelak> Dan kalau kita gagal, yakni tidak berpandukan al-Quran dan kita tidak berpandukan as-Sunnah, dan kita pula melanggar ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, maka kita pasti masuk neraka, yakni, kita tergolong dari kalangan mereka yg disebutkan dalam Ayat 14, Surah an-Nisa', maka kita adalah penghuni neraka, wal iya zubillah. Tiada tempat atau pilihan ketiga di akhirat. Yg di neraka sentiasa dibakar dan disiksa dgn berbagai-bagai siksaan, setiap saat dan ketika, dan rasa sakitnya pula digandakan 70 kali ganda sakit bagi siksaan yg sama di dunia! Fikirkanlah orang yg rentung terbakar - kerana rumah terbakar atau keretanya terbakar, tak sempat keluar! Begitulah sakitnya. tapi sakit dibakar dalam neraka digandakan 70 kali pula. Kalau mati terbakar dalam kereta atau rumah, kita mati, maka selesai sakitnya. Tapi, di akhirat tidak ada yg mati! Kalau dibakar, kulit hangus di dunia, sakitnya tahap satu, tapi diakhirat bakaran yg serupa sakitnya tahap 70! Kemudian, kulit itu dijadikan semula sebagaimana sediakala, dibakar pula, menjadi pulih seperti sediakala, dibakar pula, sampai tamat tempoh azab - sampai jelas hutang dosa kita, kalaulah hutang dosa itu boleh dijelaskan. Yg boleh langsai hutang dosa itu hanyalah kalau dia semasa hidupnya dia bertaubat, dan ada sebesar zarah keimanan bahawa Allah (a.w) yg esa itu wujud dan Rasulallah (s.a.w) itu adalah salah seorang Utusan Allah (a.w). Maka orang yg sedemikian itu akhirnya akan diberi laluan masuk syurga setelah selesai dosanya dikifarahkan dalam neraka. Makanan orang dalam neraka itu hanyalah buah zakum, yg bila dimakan tersengkang (atau, tercekik) kat tengkorok atau leher halkum kita, maka akan hancur pula leher dan tengkorok yg sakitnya digandakan pula 70 kali ganda. Dan kalaupun masuk ke dalam perut, hancur segala isi perut, kemudian kembali pulih, hancur pula, tak henti-henti. Minuman ahli neraka hanyalah darah bercampur nanah yg warnanya hitam pekat seumpama kahak yg pekat pula. Tiada minuman lain. Kerana dahaga diminum oleh ahli neraka, untuk menghilangkan kehausan. Apabila masuk air 'hamim' itu ke dalam tengkorok dan perut, hancur tengkorok dan perut yg sakitnya digandakan 70 kali pula. Kemudian pulih semula, hancur semula silih berganti sampailah selesai kifarah dosa kita. Kalau Islam dan beriman, dapat peluang masuk syurga akhirnya, tetapi setelah lansai hutang dosa kita!
[Nota: Kiraan waktu dalam neraka itu disebut 'ahkab' - satu ahkab selama 100,000 tahun dalam kiraan tahun akhirat, dan sehari di akhirat adalah selama 1,000 tahun kiraan tahun dunia. Tapi, akhirat itu kekal. Maka kalau berjaya dikifarahkan dosa-dosa di neraka, dan akhirnya berpeluang masuk syurga - orang-orang trakhir dapat syurga,  mereasalah syurga, setelah menanggung azab di neraka tah berapa akhab ...].
Bukan itu saja, kalaupun dimakan buah zakum, tetap kelaparan tak hilang. Kalau minum air neraka tu, takkan hilang kehausan sedikitpun. Demikianlah siksaannya. kita di neraka tak dapat keluar. Takda pilihan, kecuali makan dan minum apa yg ada dalamnya, untuk 'hidup' dalam neraka itu.
Bagimana pula orang yg menjadi ahli syurga? Bagi mereka segala-gala yg ada di dunia ini dan tambahan lagi yg tiada di dunia, tak payah bersusah payah dapatkan, takda had, takda larangan dan seumpamanya. Makan dan minum apa yg dikehendaki oleh hati. Buat apa yg dikehendaki oleh hati yg dulu dihadkan semasa di dunia atau yg tak dibolehkan semasa di dunia. Bebas, sebebasnya!
Saudara, maka bagi kita, hadith tersebut itu memberikan kita pilihan - apakah kita mau 'dipenjarakan' sekarang, atau dipenjarakan dan disikasa pula di akhirat.  Apakah kita ingin bebas sekarang atau kita inginkan kebesasan di akhirat. Kalau kita ingin bebas sekarang, itulah yg disebutkan oleh para malaikat yg melihat ke arah neraka, disekelilingnya diwujudkan segala kenikmatan yg batil dalam konteks keimanan dan ketakwaan, yg menyeronokkan, yg melupakan, yg memuncakkan ke tahap yg tinggi nafsu keinginan kebinatangan manusia - melalui mata, telinga, mulut, hidung, kemaluan dan seumpamanya - tanpa had. Dan, diadakan disekeliling neraka itu segala sesuatu yg menghayalkan, melalaikan dan menyebokkan manusia serta melupakan mereka perintah dalam al-Quran dan as-Sunnah. Manusia yg tidak Islam lupakan kewajipan menjadi Islam atau menganuti agama Islam - agama yg menyelamatkan mereka di akhirat. Bagi orang Islam pula mereka lupakan perintah Allah (a.w) dan suruhan Rasulallah (s.a.w) supaya Islam dan beriman, kerjakan amal soleh (semua yg wajib), tinggalkan yg mungkar, dan jangan ingkarkan perintah/suruhan Rasulallah (s.a.w) dgn mengikuti segala ketetapan as-Sunnah dan anuti Islam secara berjema'ah. Mereka itu juga akan masuk neraka selama mana dia ingkarkan dan ketepikan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah semasa hidupnya. Dan kalau dia ada iman terhadap Allah (a.w) dan terhadap Rasulallah (s.a.w), sebesar zarah, akhirnya akan dapat syurga, setelah dibersihkan dalam neraka, berapa lama, wallahu a'lam ...Justeru itu, sebelum roh kita sampai ke peringkat tengkorok atau halkum kita - sakratal maut (naza') - kita masih boleh bertaubat, bertaubatlah, dan mulailah ikuti ketetapan Ayat 13, Surah an-Nisa' dan tinggalkan segala sesuatu dari Ayat 14, Surah an-Nisa', mudah-mudahan sempat menebus diri untuk mendapat syurga,insya Allah. Janganlah kita terpengarauh dgn perhiasan yg diwujudkan oleh Allah (a.w) disekeliling neraka yg dilihat oleh para malaikat, dan janganlah merasa susah menepati ketetapan perhiasan yg dilihat oleh malaikat di sekeliling syurga tersebut, apabila Allah (a.w) pertunjukkan kpd para malaikat syurga dan neraka.
Saudara, ingatlah ada 73 golongan orang Islam akhir zaman, semuanya akui diri mereka Islam, tapi, hanya satu golongan Islam saja yg dapat syurga, iaitu orang Islam yg menjadikan al-Quran dan as-Sunnah panduan hidup serta panduan amalan dan ibadah, dan mereka Islam secara berjema'ah. Mereka adalah orang Islam yg tidak sesat. Kerana, orang Islam yg tidak berpandukan al-Quran dan as-Sunnah pasti sesat mencari syurga. Orang Islam yg berpandukan al-Quran dan as-Sunnah dan pada masa yg sama berpandukan kitab-kitab (atau ajaran manusia, selain Rasulallah (s.a.w), khalaifah yg empat, dan para tabi'in dan para pengikut tabi'in) pasti akan sesat juga. Bila sesat, tak dapat syurga, sebaliknya dapat nereka. Oleh itu pilihlah dgn bijak...

Jazakallahu khairah

Saturday, January 28, 2012

Dunia dan Neraka

Assalamualaikum,
Saudara, kali ini kita lihat sepotong hadith yg pendek tetapi menjelaskan kpd kita bahawa Allah (a.w) wujudkan pelbagai cubaan (atau fitnah) hidup kpd manusia dalam menguji sejauh mana dan sedalam mana ketaqwaan dan keimanan umat Islam. Al-Quran tu adalah panduan bagi umat manusia - yg kafir dan yg Islam. Lebih banyak disebutkan dalam al-Quran panduan untuk membolehkan manusia itu Islam serta berjaya dunia dan akhiratnya.
Kita lihat hadith berikut:

Dunia itu penjara orang Mukmin 
Menceritakan hadith oleh Abdul Aziz b Muhammad hadith dari ‘Alak ibni Abdil Rahman hadith dari bapanya hadith dari Abi Hurairah berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Ad-dunya sijnul mukmini wa-jannatul-kafiri.’ (Yg bermaksud: Dunia ini adalah penjaran bagi orang iman dan syurga bagi orang kafir.) [Hadith at-Termidzi] 
[Nota: Hadith ini menyebutkan bahawa dunia itu adalah penjara kpd orang iman, kerana, sebagaimana seorang banduan dalam penjara itu, dia tidak bebas buat sehendak hatinya - pergerakannya dan perlakukannya sentiasa diawasi dan tingkah laku serta percakapannya juga tidak bebasa. Sebaliknya, orang kafir itu kerana dia mungkar tidak mahu terima Islam, maka dia bebas buat apa saja – baik maupun buruk. kalau baikpun tak ada gunanya dan kalau burukpun tak jadi apa-apa, kerana orang kafir atau orang yg tidak Islam itu pasti masuk neraka, tak kira apa yg dilakukannya di dunia. Sebaliknya, di akhirat kelak, orang iman itu mendapat syurga, bebas buat apa saja, malah mendapat pelbagai kenikmatan yg tidak pernah terfikir, tidak pernah dilihat dan terbayang sekarang ini. Nikmat di akhirat itu tak sampai ke pengetahuan manusia. Dalam sepotong hadith disebutkan bahawa ketika Allah (a.w) ciptakan syurga, Allah (a.w) tunujukkan kpd para malaikat dan bertanya kpd mereka apa pendapat mereka. Malaikat mengatakan bahawa sesiap yg dapat atau diberiksempatan melihat syurga dan apa-apa yg terdapat di dalamnya, pasti semua ingin memasukinya. Apabila ditunjukkan oleh Allah (a.w) neraka, malaikat yg disuruh melihatnya, berkata kpd Allah (a.w) abhawa sesiapa yg diberi kesempatan melihatnya dan melihat isinya, maka berkata mereka bahawa sesiapa yg melihatnya pasti tidak ingin memasukinya. Kemudian diceritakan setelah diperhiasai Allah (a.w) di persekitaran syurga dan persekitaran neraka – di luarnya, maka sekali lagi disuruh Allah (a.w) melihatkedua-duanya. Maka berkata malaikat, setelah melihat perhiasan di sekeliling syurga itu, bahawa tak ramai orang yg akan dapat memasukinya. Kerana, segala yg dihiasi di sekeliling syurga itu menyusah dan menyulitkan dan tidak sekalipun menyeronokkan. Manusia disuruh taatkan Allah (a.w) dan taatkan Rasulallah (s.a.w), kerajakan solat – yg faru dan yg sunat – bangun malam untuk berqiamul lail, berpuasa – wajib dan sunat, naik haji dalam kesesakan jutaan manusia berkumpul dalam masa yg singkat, bersedekah, mengeluarkan zakat, menginfaq harta, berbuat baik sesama manusia, menghiasi diri dgn adab yg mulia dan sebagainya. Manakala melihat perhiasan di persekitaran atau luar neraka itu, malaikat berkata pasti ramai manusia yg masuk ke dalam neraka itu. Apakah perhiasan do persekitaran syurga itu? Iaitu segala ketetapan Allah (a.w) yg sangat tidak disukai oleh manusia, yg rumit dikerjakan dan tidak menyeronokan sedikitpun kpd manusia – segala suruhan yg wajib dan sunat dan segala larangan dan tegahan dan sebagainya yg memberatkan manusia kerjakan atau patuhi. Manakala, perhiasa di sekeliling sneraka itu pula amat disukai manusia dan mudah dikerjakan atau diamalkan, iaitu segala sesuatu yg haram dan menyeronokkan tetapi ditegah atau dilarang oleh Allah (a.w) – hiburan malam dan siang, wanita-wanita yg mendedahkan aurat, pergaulan bebas, makanan dan minuman yg terlarang, perjudiandan segala sesuatu yg merangsang nafus, kemaksiatan dan sebagainya. Maka kerana itu kata malaikat, sudah pasti siapa saja yg melihat perhiasan Allah (a.w) disekeliling neraka itu akan menjerumuskan mereka ke dalam neraka itu.] 
Hari ini jelas apa yg diberitahu oleh Allah (a.w) itu. Keseronokan duniawi itu sudah canggih dan berbagai dan mudah diperolehi dan dikuasi oleh manusia, ada setiap masa, sangat menyeronokkan, mudah memuaskan keinginan nafsu. Keseronokkan dunia itu boleh didapati oleh yg miskin dan yg kaya, di mana-mana dan 1001 macam nikmat yg boleh memuaskan nafsu.
Saudara, kitalah yg wajar memilih. Apakah kita ingin 'dipenjarakan' di dunia atau dipenjarakan di akhirat. Atau, kita ingin bebas di dunia atau kita dibebaskan di akhirat. Tepok dada tanya selera kita. Kehidupan dunia itu dinilai dalam jangka waktu akhirat hanyalah tak sampai seminit kerana sehari di akhirat itu sama lamanya dgn 1,000 tahun kiraan tahun dunia.

Jazakallahu khairah

Friday, January 27, 2012

Memperbaiki Keimanan dalam Islam

Assalamualaikum,
Saudara, dalam post yg lalu kita telah lihat firman Allah (a.w) bahawa orang iman itu dinilai oleh Allah (a.w) atas dasar tahap atau tingkat ketaqwaan mereka dalam Islam. Dan, Rasulallah (s.a.w) pula memberitahu bahawa manusia Islam itu dinilai dari segi dua dimensi sahaja iaitu 'hatinya' (niatnya dalam Islam) dan 'amalannya' (apa-apa amalan dan ibadah serta segala perlakuan dan percakapannya yg melambangkan pengamalan ketetapan Islam). Malah, dalam Islam seseorang itu diwajibkan menuntut ilmu kerana hanya dgn ilmu dia tahu bagaimana meninggikan keimanan serta ketaqwaan supaya mencapat darjat terbaik yg terbuka kpd semua umat Islam, sehingga dapat maqam bersama-sama dgn para nabi dan para rasul di ahirat kelak. 
Saudara, hanya dalam Islam segala kemungkinan itu terbuka kpd semua tak kira bulu - darjat, pangkat, keturunan, harta dan sebagainya yg dinilai di dunia. Dalam dunia tidak boleh. Fikirkanlah - nak bubuh nama anak kita 'Raja' atau 'Tengku' atau 'Syed' pun tak boleh! Di akhirat orang iman yg paling hina di dunia mendapat syurga yg sama tingkatnya dgn para nabi dan rasul, syuhada dsbnya. Malah, orang yg ternama, berpangkat, berkedudukan dan kaya raya di dunia mengahadapi ancaman yg jauh lebih berat pula. Orang miskin, sebagai contoh, masuk syurga 50,000 tahun lebih awal dari orang yg kaya. Kerana tiada harta, maka hisabannya mudah. Orang yg berkedudukan serta berpengaruh pula sukar hisabanya, kerana akan ditanya apakah kedudukan dan pengaruhnya dimanfaatkan untuk umat Islam dan agama Islam? Manakala orang yg kaya dan mewah hidupnya pula akan dihisab secara terperinci, maka sudah barang pasti sulit dan susah, malah kemungkinan besar banyak pula kesalahan dan dosanya, kerana membazirkan harta, tidak menginfaqkan harta untuk fi sabilillah (i.e. membela umat Islam dan agama Islam) dan sebagainya, maka kalau masuk syurgapun setelah selesai hisaban. Malah disebutkan juga kebanyakan ahli syurga itu adalah terdiri dari orang-orang yg dhaif (susah hidupnya di dunia) dan miskin (tak punya harta).
Saudara, orang yg berkedudukan, berdarjat, dari keturunan yg baik-baik dan yg kaya raya pula memiliki peluang (opportunities) yg amat besar dan berbagai dalam Islam, demi akhiratnya. Mereka mempunyai  banyak peluang untuk menempah syurga terbaik dgn menggunakan atau memanfaatkan kedudukan, nama dan darjat, keturunan, pengaruh dan hartanya, menempah tempat yg terbaik dalam syurga yg terbaik! Maka dgn itulah, orang iman yg benar-benar tinggi keimanan dan ketaqwaannya adalah orang yg berusaha sebaik mungkin untuk berjaya di dunia dan dalam masa yg sama berusaha sebaik mungkin juga untuk berjaya di akhiratnya. Inilah panduan Rasulallah (s.a.w) berikut: 

Orang Iman Terbaik 

Saudara, sebaik-baik cita seorang yg beriman itu adalah dia berhasrat untuk berjaya dalam dua dunia - iaitu dunia dalam hidupnya dan dunia ketika setelah mati dia.
Sabda Rasulallah ((s.a.w): ‘Sebesar-besarnya cinta manusia adalah orang iman yg bercita-cita ingin meraih kejayaan dalam urusan dunia dan (juga) (ingin meraih kejayaan dalam) urusan akhiratnya.’[Hadith ibnu Majah, Kitab Perdagangan] 
Seorang iman yg berjaya dunia itu adalah mereka yg berjaya mendapat apa-apa yg dicita-citakannya - mungkin kekayaan, harta, jawatan tinggi, atau wang ringgit, yg memudahkan kehidupan dunianya dan keluarganya, dan pada masa yg sama dia berkongsi dgn Allah (a.w) rezki yg diberikan oleh Allah (a.w) kpdnya dgn mengeluarkan zakat, menginfaq, bersedekah dan sebagainya demi membantu atau membangunkan ummah dan agama Islam, dan kerana itu dia berjaya di akhirat kerana zakatnya, infaqnya, sedekahnya mengalirkan kpdnya dividen pahala yg tidak putus-putus walaupun dia sudah mati, dan dividen ini manfaatnya akan diterimanya di akhirat, mendapat syurga tahap tertinggi bersama-sama dgn para nabi dan rasul.
Diriwayatkan hadith dari Anas (r.a) hadith dari Rasulallah ((s.a.w) bersabda: ‘Tidak ada (yg) sebaik-baik (dikalangan) kamu (orang Islam dan beriman, melainkan) adalah orang yg tidak meninggalkan dunianya kerana urusan akhiratnya dan tidak meninggalkan akhiratnya kerana urusan dunianya, sehingga dia mendapatkan kedua-duanya (i.e. kesemuanya sekali). Sesungguhnya dunia itu bekalan (i.e. persediaan) untuk akhirat. Janganlah kamu bergantung pada manusia.’ [Hadith ibnu ‘Assakar]
Hadith ini menjelaskan bahawa orang iman terbaik itu adalah orang yg tidak melupakan tanggungjawab duniawinya dan tanggungjawab akhiratnya. Kalau dia seorang usahawan dia berusaha untuk berjaya mendapat kejayaan dalam perniagaan/perusahaan, membentuk nilai-nilai Islam di kalangan pekerjanya dan menumpukan perhatian juga supaya perusahaannya menyumbang kpd kebajikan akhiratnya pula. Kalau dia pekerja dia merupakan orang yg rajin dan produktif dan KPInya cemerlang. Kalau dia seorang guru atau ustaz dia berusaha mengilmukan murid atau pengikutnya supaya berjaya dunia mereka dan akhirat mereka, dan berjaya sebagai orang iman pula.

Gandaan Pahala dalam Mempertingkatkan KeIslaman 
Saudara, segala kebaikan yg dilakukan sebagai seorang Islam itu mendapat gandaan pahala sekurang-kurangnya 10 gandaan. Kalau kita tergolong dalam kalangan orang yg berusaha sentiasa untuk meningkatkan keimanan dan ketakwaan pula, maka gandaannya lebih lagi, iaitu 700 kali gandaan. Kalaulah kita dermakan RM 1.00 ke fi sabilillah, maka kita mendapat ganjaran seumpama RM 700.00 pula! Manakah pelaburan dunia yg menghasilkan pulangan 700 kali ganda? Takda. Hanya dalam Islam ada gandaan sedemikian, masya Allah.
Menceritakan hadith oleh Abdul Razak berkata: ‘Menceritakan hadith oleh Makmar’, hadith dari Hamam hadith dari Abi Hurairah (r.a) berkata: ‘Telah bersabda Rasullah (s.a.w): ‘Iza ahsana ahadukum Islamahu fakullu hasanatin ya’maluha tuktabu lahu bi-‘asyri amthaliha ila sab’i-miatin dhi’fin wa-kullu saiatin ya’lamuha tuktabu lahu bi-mithliha.’ (Yg bermaksud: Ketika memperbaiki salah seorang kamu akan keIslaman kamu maka setiap kebaikan yg dikerjakannya ditulis oleh Allah (a.w) baginya sepuluh seumpama kebaikan (yg dibuatnya) sehingga 700 gandaan, dan setiap kejahatan yg dikerjakannya ditulis baginya oleh Allah (a.w) baginya semithal keburukan tersebut.) [Hadith Bukhari, Kitab Iman] 
[Nota; ‘Memperbaiki keIslaman’ bermaksud menambah kpd amalan yg baik (yg mendatangkan pahala) dan menghentikan kejahatan (atau, kemaksiatan) yg dilakukan (yg mendatangkan dosa), dan memperbaiki keikhlasan dan kemurniaan (kualiti) amalan dan ibadah dan meninggalkan keburukan (kemaksiatan), yakni memperbanyak dan memperbaiki atau meningkatkan keikhlsan dan kemurnian amalan dan ibadah sejajar dgn firman Allah (a.w) dalam Ayat 36, Surah al-Isra’ – Ya yarjuna rahmatahu, wa-yakhafuna ‘azabahu – spt, dari segi kuantiti, bangun sepertiga terakhir malam mengerjakan amalan-amalan sunat, mengerjakan amalan sunat di siang hari sebagai tambahan yg konsisten dan istiqamah dan khusyuk dalam mengamalkannya kerana Allah (a.w) semata-mata dan tidak kerana tujuan yg lain.] 
Saudara, begitulah pemurahnya Allah (a.w). Namun, wajib diingatkan bahawa kalaulah kita melakukan sesuatu - amalan dan ibadah - sama ada dalam konteks bentuk amalan dan ibadah, cara dan kaedah beramal dan beribadah, maka kita hendaklah pastikan semua itu adalah sejajar dgn al-Quran dan as-Sunnah. Hanya kalau speks sedemikian betul, maka gandaan itu kita dapati. Kalau speksnya berlainan dari ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, kita terlibat dalam 'bid'ah', maka pahala kita tak dapat dosa pula kita dapat, malahan segala amalan kita tidak ada nilai pada Allah (a.w).  Oleh itu, hendaklah lakukan segala sesuatu untuk dapatkan ganjaran pahala dalam Islam hanya berdasarkan ilmu. Bukan buat jadi pak turut atau bertaklid kpd orang atau meniru orang dalam kejahilan.
Saudara, dalam Islam tidak dibolehkan mengerjakan amalan dan ibadah dalam kejahilan, malah segala amalan dan ibadah yg dikerjakan yg tidak didasarkan kpd ilmu, tidak sah dan tidak diterima Allah (a.w) - Ayat 36, Surah al-Isra'(= 'wa-la taqfu ma laisa bhi ilmun' = janganlah kamu kerjakan sesuatu (amalan dan ibadah dalam Islam) tanpa terlebih dahulu tahu ilmu mengenainya (i.e. amalan atau ibadah itu). Rasulallah (s.a.w) memberitahu : 'Al-ilmu qabla 'amal. = Berilmu dahulu sebelum mengerjakan amalan'. Justeru itu, kepastian beramal perlu berdasarkan ilmu.


Jazakallahu khairah



Thursday, January 26, 2012

Nilai Manusia pada Allah (a.w)

Assalamualaikum,
Saudara, dunia hari ini mengagungkan ciri-ciri manusia yg termasuk dalam dimensi kekacakan, kecantikan, keterampilan, darjat dan kedudukan, pangkat dan gelaran, kekayaan dan kemewahan, keturunan. Sehinggakan ada dalam satu tulisan dalam akhbar orang yg berbangga dgn keturunan dan nama. Orang Melayu yg berketurunan 'Syed' kononnya warisan dari Nabi (s.a.w), dari orang Arab atau dari keturunan orang-orang berdarah raja dan sultan. Maka dgn itu masyarakat Melayu mengiktiraf, dan mengutamakan pula, nama-nama spt 'Tuanku', 'Tunku', 'Tengku, 'Raja', 'Ungku', 'Nik', 'Wan', 'Mior' dan seumpamanya. Budaya Melayu pula mensyaratkan supaya menyebut diri dgn sebutan 'Patik' kalau bercakap dgn orang-orang berterunan ini, walaupun hanya seorang 'Syed'! Malahan ada larangan pula bahawa seorang lelaki yg bukan bernama 'Syed' tidak boleh kahwin dgn wanita berketurunan 'Syed', yakni 'Syarifah'. Malahan kalaupun berlaku perkahwinan sedemikian, anaknya tidak boleh dinamakan 'Syed' kerana bapanya bukan 'Syed'.
Saudara, dalam Islam semua manusia itu adalah keturunan manusia pertama iaitu Adam (a.s) dan Hawa (a.s). Takdapun nama khas. Rasulallah (s.a.w) bernama 'Muhammad b Abdullah' takda pun nama 'Syed', maka anihnya mengapakah orang yg mengatakan mereka berterununan Rasulallah (s.a.w) menggelarkan atau menamakan dirinya dan anak-anak lelaki keturunannya dgn nama 'Syed' dan 'Syarifah' bagi perempuan? Malah kalau saudara semak ilmu al-Quran dan as-Sunnah, Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w), mencemuh manusia yg sombong lagi takbur dalam mendewa-dewakan keturunan. Nabi Daud (a.s) dan Nabi Sulaiman (a.s) adalah asalnya orang biasa yg diangkat Allah (a.w) menjadi Nabi dan Rasul selain dianugerahkan Allah (a.w) taraf raja dan mengetuai suatu kerajaan yg hebat zaman mereka. Oleh itu, mereka yg taksub dgn ketturunan janganlah mengketepikan ketetapan Allah (a.w) dan janganlah berlagak sombong terhadap manusia lain. Dalam Islam keutamaan atau darjat kedudukan seseorang itu hanya ditentukan oleh keimanan dan ketaqwaan. 

Nilai Manusia Pada Allah (a.w)

Saudara, kita lihat firman Allah (a.w) serta hadith berikut yg jelas memberi kita tahu siapakah yg utama dalam Islam.
Diriwayatkan hadith dari Yazid b Assam hadith dari Abi Hurairah berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Innallaha la yanzuru ila suarikum wa-amwalukum wa-lakin yanzuru ila qulubikum wa-a’malikum.’ (Yg bermaksud: Sesungguhnya Allah (a.w) itu tidak melihat kpd rupa kamu dan (yg kehebatan seseorang itu dari segi wajah, kedudukan, penampilan, kekuasaan, darjat dan keturunan dan sebagainya) dan (Allah (a.w) tidak melihat) harta kamu (yakni, kekayaan, harta benda keduniaan dan seumpanya), akan tetapi Allah (a.w) melihat kpd hati kamu (yakni, niat dalam mengabdikan diri dan mengerjakan segala suruhan dan larangan) dan amalan kamu (yakni, apa yg diamalkan dan diibadahkan dalam mengabdikan diri dan mentaati Allah dan RasulNya).) [Hadith Muslim] 
[Nota: hadith ini memberitahu kita bahawa Allah (a.w) hanya memberi penilaian kpd seseorang yg Islam dan beriman itu berdasarkan bukan 'rupa’ (yakni, paras, kedudukan, darjat dan taraf, nama yg terserlah atau kedudukan ekonomi atau pangkat atau darjat atau keturunan) dan bukan juga 'harta’ (yakni, kekayaan, kedudukan ekonomi dan seumpamanya), tetapi 'hati’ (yakni, keikhlasan serta ketulusan dia mengabdikan diri kpd Allah (a.w) atau niat dalam memperhambakan diri kpd Allah) dan 'amalan’ (yakni, apa yg dikerjakan, melaksanakan kewajipan, dan amalan yg sunat, meningalkan yg dilarang atau ditegah dan mengerjakan amal makruf, adab dan hubungan sesama manusia dsbnya). Dua unsur yg akan dinilai oleh Allah (a.w) pada seseorang yg akui dirinya Islam dan beriman itu, iaitu pertama, niatnya atau keikhlasan serta kemurniaan segala amalan dan ibadahnya, dan kedua, amalan dan ibadah yg dikerjakannya setiap hari dalam hidupnya, terutama amalan dan ibadah yg berbentuk sunat yg membuktikan sejauh mana dia benar-benar beryukur kpd Allah (a.w) yg memberikan kesempatan kpdnya hidup di dunia dan diberikan rezki dalam kehidupannya.] 
Saudara, hadith di atas itu menjelaskan bahawa hanya dua usnur yg menentukan taraf manusia yg Islam itu. Apa yg terdapat dalam hati sanubarinya dalam mengakui Allah (a.w) itu tuhan mereka yg esa, dan apa yg diamalkannya dalam hidupnya. Bukan keturunan. Bukan harta benda dan kekayaan dan kemulian dunia. Dan, Allah (a.w) memberitahu dalam firmanNya ebrikut, satu ciri sahaja iaitu ketaqwaan. 
Firman Allah (a.w): 'Inna akramakum ‘;indallahi atqakum ...’ (Yg bermaksud: Sesungguhnya yg paling mulia di kalangan kamu di sisi Allah (a.w) adalah orang yg paling taqwa di kalangan kamu.) [Ayat 13, Surah al-Hujurat] 
Apakah maksud ketaqwaan? Ketaqwaan adalah sifat ingin mendapat kerahmatan Allah (a.w) dan takutkan siksaan Allah (a.w). Inilah sebenarnya ap yg dimaksudkan 'niat' dalam Islam - Ayat 36, Surah al-Isra' - 'wa-yarjuna rahmatahu, wa-yakhafuna 'azabahu' (Yg bermaksud: kerana mengharapkan kerahmatan (atau syurga) Allah (a.w) dan takutkan zab (yakni, neraka) Allah (a.w). Tiada lain niat. Tiada lain tujuan bagi manusia yg akui dirinya Islam dan beriman.Allah (a.w). Seseorang yg mengerjakan amalan dan ibadah - termasuklah mereka yg menjalankan syiar Islam di Malaysia dan mereka yg berdakwah kpd manusia, niatnya hanyalah itu, bukan kerana, contohnya, mencari kesenangan hidup daripada ukhra atau bayaran yg dikenakan atau diberikan oleh orang yg kita ajari. Malahan, sesiapa yg menggunakan agama untuk sara hidup, maka mereka samalah dgn orang yg disebutkan Allah (a.w) dalam al-Quran, memperdagangkan ayat-ayat Allah (a.w) (yakni, agama Islam) kerana dunia, tak akan masuk syurga. Wal iya zubillah.

Jazakallahu khairah


Tuesday, January 24, 2012

Mangasihi Kanak-kanak & Memuliakan Orang Tua

Assalamualaikum,
Saudara, dalam masyarakar Islam, terutama masyarakat Melayu, hari ini kita sering dengar paparan brita tentang penganianyaan terhadap kanak-kanak - didera atau dianianya. Dan, demikian juga kita dapat berita tentang orang-orang tua yg didera oleh orang atau anak-anaknya sendiri. Anihnya, jarang sekali kita dengar masyarakat yg tidak Islam melakukannya, berbanding dgn masyarakat Islam. Inilah satusatunya sebab mengapa orang bukan Islam tidak meninggikan mertabat agama Islam atau menghormati orang Islam, kerana mereka sering dihujani dgn berita dan cerita betapa buruknya perangai dan perilaku orang yg kononnya Islam!
Saudara, bagi mereka yg mempelajari ilmu mengenai Islam - dari al-Quran dan as-Sunnah - mereka tahu bahawa tidak semua orang islam akhir zaman tergolong sebagai umat Muhammad (s.a.w), walhal sewajibnya sesiapa yg lahir setelah Nabi Muhammad (s.a.w) diangkat menjadi Rasul dan mereka Islam, maka secara otomatik mereka adalah umat Muhammad. Tapi, ada golongan-golongan manusia yg tidak diiktiraf oleh Allah (a.w) umat beliau. Antara orang yg tidak diiktiraf umat Muhammad (s.a.w) adalah orang yg tidak menerima as-Sunnah - sebahagian atau kesemuanya. Atau, orang Islam yg menidakkan ketetapan as-Sunnah, walaupun sedikit. Orang yg menentang Rasulallah (s.a.w) kerana mereka menentang ketetapan as-Sunnah.Yg paling ramai orang yg tidakdiakui umat Nabi Muhammad adalah mereka yg terlibat dgn bid'ah - mencipta, mengajarkan, mempopularkan, menyebarkan dan mengamalkan bid'ah. Dalam blog ini kita telah berkali sebutkan bahawa Rasulallah (s.a.w) secara khusus dan terperinci menyebutkan bahawa 'kesemua' pembaharuan dalam perkara agama, walau bagaimana cantik dan baiknya pada kaca manusia, adalah bid'ah. Dan, semua bid'ah adalah kesesatan. Dan, setiap kesestan itu menjerumuskan mereka yg terlibat ke dalam neraka. Malah dalam Surah al-Kauthar, Allah (a.w) sendiri memberitahu bahawa mereka yg terlibat dalam segala bentuk 'pembaharuan dalam perkara agama' adalah bid'ah. Mereka itu di padang makhsyar kelak dihalau oleh malaikat dari mendekati Telaga al-Kauthar yg dianugerhakan Allah (a.w) kpd Rasulallah (s.a.w). Sesiapa yg diberi kesempatahminum airnya takkan haus selama-lamanya menunggu hisaban di padang makhsyar selama 50,000 tahun itu. Dan, sekecil-kecil perkara yg menyebabkan seorang yg Islam itu tidak diakui sebagai umat Nabi adalah disebutkan dalam hadith berikut:
Menceritakan hadith dari Syarik hadith dari Laith hadith dari Ikrimah hadith dari Ibnu Abbas berkata: 'Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): 'Laisa minna man lam yarham soghirana yuaqqir kabirana wa-yakmur bil-ma'rufi ya-yanhu 'annil munkari' (Yg bermaksud: Bukanlah dari golonganku (yakni, umatku) orang yg tidak menyayangi kanak-kanak dan orang yg tidak memuliakan orang-orang tua dan orang yg tidak menyuruh berbuat kebaikan dan mencegah kpd kemungkaran.) [Haith at-Termidzi, Bab Wasilah]
Dan, hadith berikut yg diriwayatkan oleh Imam Abu Daud dalam kitabnya Sunan Abu Daud juga disebutkan hadith mengenai ketetapan yg sama:
Diriwayatkan hadith dari Ibni Abi Najih hadith dari Ibni 'Amir hadith dari Abdillah b 'Amru meriwayatkan hadith Ibnu Sarhih berkata: 'Hadith dari Nabi (s.a.w) bersabda: 'Man lam yarham soghirana wa-ya'rif haqqa kabirina falaisa minna.' (Yg bermaksud: Barangsiapa yg tidak menyayangi anak-kanak kecil (atau kanak-kanak) dan tidak tahu hak orang-orang tua (antaranya, dihormati), maka bukanlah dia dari golongan aku (Nabi).) [Hadith Abu Daud, Kitab Adab]
Saudara, jelaslah dalam Islam antara peradaban yg utama menjadi kelaziman orang iman adalah sentiasa mengasihi kanak-kanak, walaupun bukan anaknya sendiri. Dan, hendaklah dia memberikan atau mengutamakan hak-hak orang tua, terutama menghormati mereka, berbuat baik kpd mereka, dan mendahulukan mereka dalam apa jua perkara dalam masyarakat. Jika tidak maka kita tidak diakui sebagai tergolong sebagai umat Muhammad (s.a.w). Kalau tak tergolong dari kalangan umat Muhammad (s.a.w), maka umat siapakah kita? Di akhirat kelak mereka yg tidak tergolong sebagai umat Rasulallah (s.a.w) tidak mendapat minum air Telaga al-Kauthar dan tidak akan diberi atau boleh mendapat syafaat Rasulallah (s.a.w). Syafaat Rasulallah (s.a.w) itu penting, kerana kebanyakan umat Islam memerlukan pertolongan di akhirat kelak. Tanpa pertolongan sedemikian, manakan mungkin beberapa azab dapat diringankan...

Jazakallahu khairah

Membanyakkan Rezki & Memanjangkan Umur Dgn Silatur Rahim

Assalamualaikum,
Saudara, ramai diantara kita yg inginkan dibanyakkan rezki dan dipanjangkan umur. Itulkah kemahuan kesemua manusia yg hidup - panjang umur boleh hidup lama dan ditambah rezki supaya lebih senang hidup di dunia. Umur yg panjang itu hanya memanfaatkan kita kalaulah kita boleh memperbanyakkan berbuat baik dan melabur sebanyak-banyaknya untuk kebajikan akhirat. Sebaliknya, jika kita diberi 'tambahan' tetapi kita alpa menyediakan diri untuk akhirat maka rugilah kita. Maklumlah setiap orang Islam yg beriman itu, kalau dia benar-benar menjaga dari melakukan dosa, sudah pasti dia akan mendapat sebanyak 2,500 jenis dosa (kecil) sehari - tidak termasuk dosa besar. Dosa-dosa sebanyak itu bukanlah kita cari atau senagja kita lakukan, tetapi tanpa kita sedari akan kita perolehi. Maklumlah, kata-kata kita dalam bersembang akan mendatangkan dosa. Sehinggakan dalam sepotong hadith Rasulallah (s.a.w) memberitahu tidak sedar seorang itu kerana kata-kata yg dituturnya akan mencampakkannya ke dalam neraka selama 40 tahun. Tambahan pula memfitnah - spt mencaci maki, menghamun, mencerca, mengumpat, berpersangkaan buruk, mendatangkan dosa. Maka dgn itu ada beberapa amalan biasa seharian yg jika kita kerjakan akan menghapus dosa-dosa tersebut spt mengerjakan solat-solat sunat, berwudu', berbuat baiki sesama Islam, berjalan mencari ilmu, memberi makan kpd keluarga, menjaga kedua ibu bapa dsbnya. Orang Islam yg melakukan pelbagai amalan sunat, pasti memiliki pahala yg cukup untuk mengimbangi dosa-dosa harian tersebut.
Saudara, Allah (a.w) berikan kita banyak peluang untuk menghakis dosa. Yg paling asas adalah setiap kebaikan yg kita lakukan kita dapat gandaan pahala antara 10 hingga 700 kali ganda kebaikan tersebut, manakala setiap keburukan yg kita lakukan, kita dibalas dgn keburukan yg setimpal, tidak dilebihi. Justeru itu, pastilah kita sewajarnya mampu mendapat lebih banyak pahala dari dosa, kecualilah kita tidakpun membuat sebarang kebaikan dalam hidup kita. Menghormati orang tua dan mengasihi kanak-kanak kita mendapat pahala. Justeru itu, orang Islam yg tidak menghormati orang tua dan tidak mengasihi kanak-kanak, adalah mereka yg sengaja melepaskan peluang mendapat simpanan pahala!
Saudara, Islam memberi peluang kpd kita mendapat tambahan rezki dan dipanjangkan umur jika kita merapatkan hubungan sesama Islam, terutama sesama keluarga. Inilah mesej hadith berikut:
Diriwayatkan hadith dari 'Uqailn hadith dari Abi Syihab berkata: 'Menceritakan kpdku Anas b Malik bahawasanya Rasulallah (s.a.w) telah bersabda: 'Barangsiapa yg suka dia diperbanyakkan rezkinya dan suka dia dipanjangkan umurnya maka hendaklah dia menyambung silatur rahim.' [Hadith Bukhari, Kitab Adab]
Justeru sebaliknya, mereka yg tidak suka mengeratkan silatur rahim sesama Islam dan orang iman, terutama sesama keluarga, sahabat handai, rakan dan jirannya, maka jangan harap dia diberi tambahan rezki dan dipanjangkan umurnya.Maka dgn itulah hadith berikut memberitahu:
Menceritakan hadith oleh Yahya b Said hadith dari Ismail ibni Abi Khalid yg diceritakan hadth kpdnya oleh Qais yg mendapat hadith dari Jarir b Abdillah berketa: 'Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): 'Barangsiapa yg tidak mengasihi manusia, maka dia tidak dikasihi Allah (a.w).' [Hadith at-Termidzi, Kitab Adab]
Saudara, Allah (a.w) itu kasihkan hambanya, sehinggakan mereka yg tidak Islam dan tidak berimanpun diberi Allah (a.w) rezki. Jelaslah, orang yg suka benci membenci itu tidak disukai Allah (a.w). Tidak rugi kalaulah kita memiliki sifat suka berbuat baik dan berbaik sangka terhadap orang lain, apatah lagi kalau kita adalah orang suka menolong dan membantu orang lain dalam sebarang keperluannya.

Jazakallhu khairah 

Saturday, January 21, 2012

Ayat Qursi - Tafsiran

Assalamualaikum,
Saudara, kali ini kita lihat tajuk di atas yg merupakan sinopsis mengenai sifat Allah (a.w) untuk membolehkan kita benar-benar yakin dan faham erti keimanan dan ketakwaan.

Ayat Qursi 
Firman Allah (a.w): ‘Allahu la-ilaha illa hu ... wa-hual ‘aliyul azim.’ (Yg bermaksud: Allah itu (adalah Allah, Tuhan) tiada tuhan yg berhak disembah kecuali Dia (Allah); zat yg maha hidup dan zat yg maha berdiri (yakni, berkuasa atas segala sesuatu, tidak bergantung kpd orang lain), tiadalah mengambil Dia akan mengantuk dan tidak pula tidur; bagiNya (yakni, berkuasa) apa-apa yg ada di beberapa (tujuh lapisan) langit, dan apa-apa yg berada di dalam (tujuh) lapis bumi; ‘Siapakah orang yg boleh menolong (atau memberi pertolongan) di sisiNya kecuali dgn izinNya’; mengetahui Dia apa-apa di antara depan mereka (yg telah dikerjakan atau diamalkan, atau yg telahpun berlaku di dunia) dan (mengetahui) apa-apa di belakang mereka (yakni, apa yg akan dikerjakan atau dilakukan atau yg akan berlaku di akhirat); dan tidak meliputi (yakni, menguasai) dgn sesuatupun dari ilmuNya kecuali dgn apa-apa  yg dikehendakiNya; dan menguatkan (yakni, memenuhi kursiNya pada beberapa (yakni, tujuh lapis) langit dan (tujuh lapisan) bumi; dan tidak memberatkan atasNya menjaga kedua-duanya (i.e. langit dan bumi); dan Dia (Allah) zat yg maha luhur dan maha agung.). [Ayat 255, Surah al-Baqarah] 
[Nota: Ayat ini sering dibaca oleh para ulama’ yg dinamakan ‘Ayat Kursi’. Ia adalah synopsis tentang sifat Allah (a.w) dan kekuasaanNya. Ada beberapa perkara disebutkan dalam ayat ini; iaitu: pertama, tiada tuhan atau tuhan yg berhak atau dibolehkan disembah kecuali Allah (a.w), Dialah sahaja tuhan, yg esa. Manusia yg menyenmbah selain Allah (a.w) sebagai tuhan adalah batil dan melanggar ketetapan ini. Kedua, Allah (a.w) itu zat yg hidup dan Dia berkuasa secara mutlak terhadap apa jua di antara langit dan bumi dan segala isinya, dan Dia berdiri tegak tanpa bantuan sesiapapun dan tidak memerlukan siapapun. Ketiga, Allah (a.w) itu tidak seperti manusia menfgantuk dan tidur. Allah (a.w) tidak mengantuk dan tidak pula tidur, sentiasa berjaga. Keempat, Allah (a.w) itu memiliki segala sesuatu yg ada di langit dan di bumi dan segala sesuatu yg wujud di antara langit dan bumi. Kelima, tiada siapapun yg boleh menolong atau memberi pertolongan (syafaat), kalau disiksanya atau mendapat mudarat, kecuali Allah (a.w) izinkan. Keenam, Allah (a.w) mengetahui apa yg telah berlaku dan apa yg akan berlaku. Dia yg tahu segala sesuatu yg telahpun berlaku di dunia (yakni, apa-apa yg dikerjakan oleh segala makhluk) dari awalnya dan apa yg akan berlaku di akhirat (yakni, apakah akan terjadi setelah mati segala makhluk dan kejadian dan di akhirat kelak). Ketujuh, ilmu Allah (a.w) itu meliputi segala sesuatu mengikut apa saja yg dikehendakiNya. Kedelapan, kursi Allah (a.w) itu amat besar memenuhi segala langit dan bumi sebagai perbandingan. Dalam hadith Ibnu Jarir diceritakan oleh Rasulallah (s.a.w) betapa besarnya ‘kursi’ (atau tempat bersemayam) Allah (a.w) itu. Kursi tempat duduk (yakni, bersemayam) Allah (a.w) dijelaskan bahawa 7 lapis langit dan bumi itu dianggap tujuh kepingan wang logam yg diletakkan di atas perisai, maka perisai itu adalah kursiNya dan 7 logam itu adalah langit dan bumi diletakkan atas kursi itu. Di atas kursi itu terdapat Arasy (seumpama pelamin) Allah (a.w) itu lebih besar lagi, kerana dunia ini diibaratkan seperti sebuah permata halus diletakkan di atas bumi – bumi itu Arasy Allah (a.w) dan bumi itu adalah permata kecil. Disebutkan pula dalam al-Quran bahawa Arasy Allah (a.w) itu berada di atas air. Ianya dipikul oleh 8 orang malaikat. Besarnya setiap seorang malaikat itu diberitahu oleh Rasulallah (s.a.w) bahawa ketika memikul Arasy Allah (a.w) itu berdiri dia di atas air yg dalamnya sejauh 500 tahun perjalanan, tapi air lautan tersebut hanya mencecah kedua buku lali mereka (i.e. malaikat itu) sahaja. malaikat yg 8 itu bentuk kepalanya bertanduk. Dijelaskan dalam hadith bahawa setiap lapisan langit itu untuk sampai ke lapisan yg di atas adalah seumpama berjalan selama 500 tahun. Justeru itu, jarak langit pertama, yakni langit dunia, ke bumi adalah perjalanan selama 500 tahun perjalanan. Justeru itu, manusia tak mungkin sampai mencecah langit pertama (atau langit duniapun). Tak sempat sampai dah mati, kerana umur manusia (zaman akhir ini) tiada seorangpun melampaui 150 tahun! Demikianlah hebatnya Allah (a.w) itu. Kesembilan, ayat tersebut memberitahu bahawa walaupun begitu besarnya langit dan bumi dan kursi serta Arasy Allah (a.w), tidak sulit bagi Allah (a.w) menjaganya. Jelaslah, firman Allah (a.w), di akhir ayat itu bahawa Dia (Allah) maha luhur dan maha agung. Maka manusia yg tidak mahu menyembahNya dan tidak mahu ikuti perintahNya memangnya sengaja menempah siksa dan kemudaratan di akhirat kelak.]

Jazakallahu khairah

Nasihat Rasulallah (s.a.w) Untuk Panduan Kita

Assalamualaikum,
saudara, hadith berikut memberikan tiga panduan yg amat utama kita orang Islam yg beriman jadikan panduan hidup kita setiap masa. Kerana, ketetapan yg termaktub dalam sabda Rasulallah (s.a.w) amat penting dan kritikal kpd keimanan kita.

Pesanan dan Nasihat Rasulallah ((s.a.w)
Saudara, dalam hadith ini ada beberapa perkara yg disentuh oleh Rasulallah (s.a.w), kesemuanya amatutama kta jadikan panduan. Apa dia? Pertama, apakah sewajarnya tindak tanduk kita tentang perkara yg ditetapkan wajib atau apa yg ditetapkan baik dan buruk dan sebagainya. Kedua, riaksi kita tentang hukum had. Ketiga, tentang perkara yg tidak ditetapkan hukum hakamnya. Contoh: ada orang islam (Melayu) menyebut bahawa ketam yg hidup di dua dunia -air dan laut itu tidak boleh dimakan atau sekurang-kurangnya makruh dimakan. Tiada dalam ketetapan Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w), maka janganlah kita membuat hukuman sendiri. Keempat, Allah 9a.w) memberi kerahmatan terhadap sesuatu perbuatan atau perlakuan kita atau Allah (a.w) memberi keringanan kpd kita dalam amalan, maka janganlah kita perkecilkan atau perlekehkan. Contoh: kalau bernmusafir kita dibolehkan tidak berpuasa dlaam bulan Ramadhan. kalau kita tak nak puasa, ikut suka hati kitalah. Kalau kita bermusafir, maka kita dibolehkan menjamakkan atau mengqasarkan solat selama 19 hari maksimum. Buatlah. Janaganlah tak buat, seolah-olah Allah (a.w) beri sesuatu, kita tolak! Sombong kita. Begitulah.
Menceritakan hadith oleh Qur’at b Khalid hadith dari Dhohak b Muzahim hadith dari Taus berkata: ‘Aku mendengar Aba Zarr berkata: ‘Aku mendengar Rasulallah ((s.a.w) bersabda: ‘Innallaha faradha faraidha fala tudhoyi-‘uha wa-hadda hududan fala ta’taduha wa-sakata ‘an kathirin min ghairi nisyani fala tatakallafuha. Rahmatun minallahi faqbaluha.’ (Yg bermaksud: Sungguh-sungguh Allah (a.w) telah mewajibkan beberapa kewajipan, maka janganlah mensia-siakannya, dan (Allah) membuat beberapa batasan maka janganlah melanggarnya, dan (Allah) diam (atau, berdiam, yakni tidak membuat sebarang ketetapan mengenainya) dari banyak perkara dari selain lupa (yakni, bukan kerana lupa (Nota: kerana Allah itu tidak bersifat lupa), maka janganlah memaksakan (yakni, mengeada-ngadakan peraturan atau ketetapan mengenainya). Kerahmatan Allah (a.w) itu (dalam semua perkara), maka terimalah.) [Hadith at-Tobrani] 
[Nota: Hadith menyebutkan beberapa perkara dan bagaimana sewajarnya riaksi kita terhadap perkara tersebut. Pertama, apa-apa yg diwajibkan atas kita, maka jangan kita sia-siakan (atau abaikan). Perkara yg wajib itu termasuklah solat, puasa, haji dan umrah, mengeluarkan zakat, menginfaq, menolak sesuatu ketetapan al-Quran dan ketetapan Rasulallah ((s.a.w) (i.e. as-Sunnah), berbuat baik kpd kedua ibu bapa, menghormati orang-orang tua, mengasihi budak-budak kecil atau kanak-kanak, dan banyak lagi yg wajib. Kedua, Allah (a.w) menetapkan sesuatu batasan (hukum had) bagi kita umatnya, maka jangan dilanggar batasan yg ditetapkan. Ketetapan spt jangan berzina, minum arak, mencui atau menyamun atau merompak dan sejenisnya, bunuh diri, bunuh orang, bunuh anak, makan harta anak yatim, dan banyak lagi yg disebutkan dalam al-Quran dan as-Sunnah. Ketiga, Allah (a.w) tidak membuat apa-apa ketetapan tentang banyak perkara (yakni, yg tidak diwajibkan, tidak dilarang atau tidak diwajibkan dan yg tidak diharamkan, iaitu segala sesuatu yg tidak ditetapkan dalam al-Quran dan as-Sunnah), maka janganlah kita memandai-mandai pula mengada-adakannya atau membuat peraturan atau ketetapan pula (spt mewajibkan atau melonggarkan ketetapan) terhadap perkara-perkara yg tidak disebutkan oleh Allah (a.w) (dan Rasulallah (s.a.w) itu). Setiap kerahmatan yg disebutkan dalam al-Quran dan as-Sunnah itu diberikan kpd kita, maka kita terimalah dan jangan remehkan atau perlekehkan. Contoh: menghormati dan taatkan kedua ibu bapa, menghormati orang tua, mengasihi kanak-kanak atau budak-budak kecil, melawat orang sakit. menziarahi orang mati dan mengiringi mayat ke kubur, brbuat baik kpd jiran tetangga, menjamak dan mengqasarkan solat fardu ketika bermusafir, mengerjakan amalan dan ibadah sunat, dan banyak lagi.]
Insya Allah, kita akan perjelaskan dalam post akan datang, sekiranya nota di kaki hadith tersebut belum jelas.

Jazakallahu khairah


Kata-kata Hikmah Pagi Ini

Assalamualaikum,
saudara, masa kita sekolah dahulu mungkin guru bahasa Inggeris kita menyebut suatu perbidalan atau pepatah lazim masyarakatorang putih spt 'Absence makes the heart grew fonder'. maksudnya, kalau kita kasihi seseorang itu kadang-kadang kita kena tinggalkan. kalau kita ada kawan akrab, jangan selalu jumpa nanti keakraban itu mngkin pudar. Begitulah juga pepatah Melayu: 'Sayangkan isteri tingal-tinggalkan dan sayangkan anak ritan-rotankan?' Atau, kalimah sdemikian atau hampir sedemikian.
Saudara, Rasulallah (s.a.w) lebih 1,400 tahun yg lampau telahpun memberi panduan hidup sedemikian kpd umat Islam zamannya atau opara sahabat, spt yg jelas dalam hadith berikut: 

Jarang-jarangkan Ziarahi Seseorang Menambah kpd Kecintaan/Kemesraan 
Menceritakan hadith oleh Sulaiman b Abi Karimah hadith dari Makhul hadith dari Qaza’ah b Yahya hadith dari Habib b Maslamah al-Fihriyi berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Zurghiban tazdad hubban.’ (Yg bermaksud: Jarang-jarangkanlah berziarah (atau menziarahi seseorang), maka akan menambah kpd kecintaan (atau kasih sayang). [Hadith at-Tobrani] 
[Nota: Hadith ini menyebutkan kebaikan berziarah atau menziarahi seseorang sahabat handai atau rakan tauklan atau saudara mara kerana menjengok mereka tidak selalu yakni jarang-jarang, akan menambah keakraban atau rasa kerinduan antara dia dgn kita.]  
 Saudara, mudah-mudahan, insya Allah, kita jadikan nasihat Rasulallah (s.a.w) satu amalan hidup kita dalam hubungan kita antara saudara sesama Islam. kalau kerap kemesraan itu akan pudar. malah mungkin menimbulkan masalah pula. Tapi, janganlah pula tidak bertemu lterlalu alam atau bertahun berlalu, maka kita belum ziarahi mereka. Kemungkinan, mereka sudah kembali kerahatullah, tak sempat kita meminta ampun terhadap dosa-dosa kita kpdnya ...

Jazakallahu khairah

Jampi Serapah: Apa Hukumnya?

Assalamualaikum,
Saudara, kebanyakan kita semasa kecil dulu - kalau tinggal di daerah atau kawasan pendahuluan - jauh dari bandar, takda hospital atakda klinik, setiap kali seseorang itu jatuh sakit, amak ibu bapa kita menemui dukun atau bomoh dan bomoh atau dukun itu akan membaca jampi serapah yg seringkali kita terdengar oleh kita atau kalau kita dapat dengarpun tak faham. kadang-kadang ada seruan kpd sesuatu spt jin atau makhluk halus - sebagaimana P Ramle lakunkan dalm filem menggunakan kalamah seumpama 'Wahai tok yg menjaga sini dan situ'  atau 'waghai mambang hitam, mambang merah ...' dan seumpamanya, untuk menyembuhkan penyakit kita atau siapa saja. Secara kebetulan atas izin Allah (a.w) maka sembuhlah kita atu orang itu. Dan, kalau sering sembuh maka naiklah nama dukun atau bomoh tersebut, maka dapatlah dia maisya untuk dia dan keluarga hari itu. Kadang-kadang kita dikenakan 'wang pengeras' supaya mujarab dan sebaaginya. Macam-macamlah gelagat dukun dan bomoh begitu jugalah pawang dalam masyarakat Melayu dulu atau yg jauh dari temadun banda.
Apakah dalam Islam dibolehkan mengamalkan sedemikian? Kalau, tak boleh apakah akibatnya? Dalam zaman awal islam dahulu, keadaan yg tak berbeza. Terdapat Arab jahiliah ,menmgamalkan jampi serapah juga. Lepas itu pengamal sedemikian masuk Islam. Maka mereka, kerana takutkan membuat sesuatu yg terlarang, bertanya kpd Rasulallah (s.a.w). Inilah kisah yg disebutkan dalam hadith berikut: 

Hukum Jampi Serapah (Mengubat) 
Menceritakan Mu’awiyah hadith dari Abdil Rahman b Jubairin hadith dari bapanya hadith dari Auf b Malik berkata: ‘Ada kami (menggunakan atau ahli atau tukang) jampi (serapah) di dalam zaman jahiliah (yakni, sebelum Islam), maka berkata kami: ‘Wahai Rasulallah (s.a.w)! Bagaimana melihat (atau, apakah pendapat atau pandangan) engkau di dalam ini (i.e. menjampi atau jampi atyau amalan jampi menjampi)?’ Maka bersabda (Nabi): ‘I’ridhu ‘alaiya ruqakum la baksa bir-ruqa ma-lam takun syirkan.’ (Yg bermaksud: Mendapatkanlah (i.e. buatlah atau amalkanlah) atasku (yakni, aku tidak melarang) pada jampi-jampi kamu, (jampi) tidak apa-apa, selama tidak ada kesyirikan (yakni, membuat atau menyebut sesuatu yg bersifat atau bercorak syirik terhadap Allah (a.w)). [Hadith Abu Daud, Kitab Perubatan/Ahli Perubatan] 
[Nota; Yg dikatakan syirik atau perbuatan syirik atau kata bercorak syirik itu adalah menggunakan sesuatu kata-kata atau kalimat yg sama sekali bertentangan dgn sifat-sifat Allah (a.w) yg esa, spt menyebut sesuatu kuasa yg bukanlah kuasa Allah (a.w) atau memohon atau meminta sesuatu dari makhluk dan tidak meminta pada Allah (a.w) atau melakukan sesuatu pemujaan terhadap sesuatu selain Allah (a.w). Para dukun atau bomoh itu sering menggunakan kalimah atau kata-kata jampi serapah yg menyebut sesuatu kekusaan selain Allah (a.w) atau sesuatu makhluk atau benda yg memiliki kuasa menyembuh penyakit dan sebagainya, adalah perbuatan atau kata-kata syirik. Dalam hadith disebutkan, walaupun kita bukanlah dukun atau bomoh atau tidak melakukan sesuatu yg bersifat syirik, tetapi menjadi orang yg yakinkan amalan atau perbuatan atau kata-kata dukun atau bomoh yg menggunakan kata-kata atau perbuatan syirik, maka kita tergolong orang yg syirik juga.]
Saudara, jelaslah perubatan traditional yg kini semakin ppular itu samalah spt apa yg diamalkan zaman awal Islam itu. Hari ini bukan kerana tiadanya klinik atau doktor, tetapi kemungkinan rawatan perubatan moden itu mahal tidak termampu oleh kebanyakan orang Islam di malaysia. Atau, mereka yakin dan percaya dgn kebolehan atau kemujaraban perubatan traditional, termasuklah bomoh atau dukun, yg masih wujud dalam masyarakat Melayu. 
Islam tidak melarang amalan dukun atau bomoh atau menegah kita yg Islam dapatkan 'rawatan' dari dukun dan bomoh asalkan terpandu oleh ketetapan Islam sebagaimana hadith di atas itu. Jika dukun atau bomoh - sudahlah dia tak solatpun atau tak puasa pula dan kurang sopan pula, menggunakan kuasa ghaib selain Allah (a.w) dalam mengubat dan merawat, maka dukun atau bomoh itu syirik dan kita yg meyakini juga syirik. Maka terbatallah keIslaman kita. Kafirlah kita tyanpa kita sedari, wal iya zubillah. Oleh itu berwaspadalah dalam mencari perubatan atau rawatan alternatif. Sleain bahan-bahan yg digunakan tidak pernah diuji tetai 'diuji' melalui pengalaman, mungkin dukun atau bomoh itu menyeru kpd kuasa jin atau jembalang atau hantu atau apa saja kepercayaan yg syirik - memberi kuasa ketuhanan kpd selain Allah (a.w). Kita yg Islam kerana menjadi pengikutnya turut serta syirik dan jatuh kafir, wal iya zubillah.

Jazakallahu khairah

Tuesday, January 17, 2012

Peringatan Hari Ini - Tiga Golongan Takkan dapat Syurga

Assalamualaikum,
saudara, kita tinggalkan buat sementara tajuk 'Solat Cara Rasulallah (s.a.w)', insya Allah, kita akan sambung semula nanti melihat beberapa perkara tentag 'Solat Cara Rasulallah ' melibatkan, contohnya, solat berjema'ah, saf, solat jama' dan qasar (ketika dalam musafir), kedudukan imam dan makmum dalam solat berjema'ah, solat duduk kerana keuzuran, dan lebih utama perlakuan yg bersifat bid'ah dalam solat.
Saudara, hari ini kita lihat suatu peringatan yg saudara jangan lupa sekali-kali. Hendaklah sentiasa menjadi ingatan serta amalan harian kita.

Tiga Golongan Orang Islam yg Pasti Masuk Neraka. 
Saudara, kita lihat sepotong hadith berikut yg pendek tetapi besar serta amat utama mesejnya kpd kita yg Islam.
Menceritakan hadith oleh Syu’bah berkata: ‘Menceritakan hadith oleh Ali b Mudrikin berkata: ‘Mendengar aku Aba Zur’ah b ‘Amri b Jarir menceritakan hadith dari Kharsah b Hurri hadith dari Abi Zarr hadith dari Nabi (s.a.w) bersabda: ‘Thalathatun la yanzurullahu ilaihim yaumal qiamati wa-la yuzakkihim wa-lahum ‘azabun alimun.’ (Yg bermaksud: Tiga golongan tidak akan melihat Allah (a.w) kpdnya dan tidak akan dibersihkan (atau diampunkan) dosa-dosa mereka di hari kiamat kelak.) Berkata aku (Abi Zar): ‘Siapa mereka, wahai Rasulallah (s.a.w)? Sungguh-sungguh rugi atau rugi sungguh mereka!’ Maka bersabda Nabi (s.a.w): ‘Al-mannanu wal-musbilu izarahu wal-munfiqu sil’atahu bil-halifil-kazibi.’ (Yg bermaksud: ‘Orang yg mengungkit-ungkit (pemberiannya atau pertolongannya kpd orang lain), orang yg melabuhkan pakaiannya dan orang yg melariskan pada dagangannya dgn bersumpah dusta.) [Hadith at-Termidzi, Kitab Buyu’ (Dagangan)] 
[Nota: Islam memberitahu kita yg Islam bahawa selain syurga itu adalah sebaik-baik tempat dan secantik-cantiknya tempat kembali kita di akhirat kelak diberi nikmat yg tidak terhad oleh Allah (a.w), nikmat yg paling tinggi dan terbesar dan terindah adalah nikmat melihat wajah Allah (a.w). hanya orang yg tak berdosa atau terhakis segala dosanya dan yg mendapat rahmat dan keridaan Allah (a.w) sahaja yg akan mendapat ganjaran syurga. Kejayaan hidup yg sebenarnya adalah kejayaan mendapat syurga di ahirat kelak. Dalam hadith ini disebutkan bahawa tiga golongan orang Islam yg tidak akan dilihat oleh Allah (a.w) (maksudnya, tidak akan dapat menikmati nikmat tertinggi iaitu melihat wajah Allah (a.w). Jika Allah (a.w) tidak mahu melihatnya atau jika tidak diberi Allah (a.w) kesempatan melihat Allah (a.w), pastilah orang itu ahli neraka, wal iya zubillah. Tiga golongan disebutkan oleh Rasulallah (s.a.w) yg pasti Allah (a.w) tidak ingin melihat kpd mereka, iaitu: pertama, golongan orang yg memberi sesuatu kpd seseorang atau orang yg melakukan sesuatu kebaikan kpd orang atau menolong seseorang, kemudian mengungkit kebaikan yg dilakukannya atau pemberian yg diberikaan atau yg dihulurkannya atau selah membantu atau menolong, suka kalau kebaikannya dihebah-hebohkan atau diceritakan kpd orang lain; kedua, orang Islam yg melabuhkan pakaiannya, iaitu orang (lelaki, Islam) yg memakai pakaian apa juapun – kain atau seluar atau jubah dan apa saja bentuk atau jenis pakaian yg dipakai yg labh sampai menutupi dua buku lalinya. Kerana orang yg melabuhkan pakaian bawahnya sampai menutupi kedua buku lalinya adalah dicop sebagai orang yg membangga diri dan sombong. Islam melarang melabuhkan pakaian. Islam menyuruh lelaki Islam memakai pakaian – kain atau seluar atau jubah – yg panjangnya sampai hanya separuh betis, atau paling lebih atau labuhpun, ke paras bahagian atas buku lalinya. Dalam hadith lain disebutkan, lelaki yg bersolat melabuhkan pakaian bawahnya – seluar atau kain atau jubah – tidak diterima Allah (a.w) solatnya. Ketiga, orang yg berniaga atau berdagang atau menjadi penjual yg melariskan dagangan atau jualannya dgn sumpah palsu atau berbohong. Dalam dunia moden ini berbagai cara menipu pengguna atau pembeli – melalui iklan di media, di akhbar, di majalah dan termasuklah secara lisan. Peniaga pasar malam, contohnya, menjual buah-buahan, kemudian dia bebohong tentang kualiti buah yg dijualnya, maka orang membelinya. Orang atau peniaga sedemikian itu tergolong dari kalangan peniaga yg melariskan dagangan atau jualannya dgn berbohong atau bercakap dusta tentang dagangan atau jualannya. Tiga golongan ini tidak akan masuk syurga, kerana bila bertaubatpun, Allah (a.w) takkan membersihkan mereka dari dosa-dosanya, maka pastilah menjadi penghuni neraka.]
Mudah-mudahan, saudara yg akui diri saudara Islam dan beriman, yakni yakinkan wujudnya hari pembalasan - ada syurga ada neraka kelak, dan bahawa ketetapan al-Quran itu benar dan ketetapan Rasulallah (s.a.w) - yakni as-Sunnah - itu benar, wajiblah jadikan hadith ini panduan yg utama dalam perjalanan hidup kita, insya Allah. Janganlah kita perdagangkan akhirat kita semata-mata kerana sesuatu yg kita fikir remeh atau kecil atau 'mundane' kata orang putih. Nothing is mundane dalam Islam.
Saudara, orang politik, terutama pemimpin seringkali menyebut-menyebut jasa-jasa yg mereka buat sebagai pemimpin terhadap rakyat. Walhal, memang tugas dan tanggungjawab mereka untuk memberikan kesenangan dan kemanfaatan dan segala sesuatu yg baik untuk rakyat. Tak perlu disebut-sebut atau diungkit-ungkit. Justeru itu, ramai personaliti dalam politik yg terlibat dalam golongan pertama - mereka yg mengungkit-ungkit kebaikan yg dibuatnya terhadap orang lain. Kita, sebagai manusia Islam biasa juga seringkali tak sedar bahawa kita tergolong dalam golongan yg kedua iaitu lelaki yg berpakaian seluar atau kain atau jubah atau apa saja yg dilabuhkan setiap masa sebagai perlakuan lazim. Dalam perkara ini ramai para ulama' bukan sahaja menonjolkan dirinya dgn pakaian yg kelihatan mengasingkan mereka dari orang Islam yg lain, tetapi memakai pakaian beberapa helai pula, yg labuh yg diheret atas lantai atau menyapu daun-daun di atas jalan pula. Ketetapan Islam mengenai pakaian yg labuh bagi lelaki ini nampak begitu kecil dan remeh (atau trivial), namun ketetapannya amat penting. Adakah remeh perintah Allah (a.w) terhadap Nabi Adam (a.s) dan Hawa (a.s) supaya jangan menghampiri pokok zakum ketika mereka berada di dalam syurga? Maka sampai hukumannya melibatkan mereka diusir dari syurga? Adakah remeh bagi kaum Nabi Salleh (a.s) yg membunuh seekor unta yg diperintahkan Allah (a.w) bergilir minum air telaga masyarakat/kaum Thamud? Adakah remeh apabila Allah (a.w) perintahkan umat Islam zaman ini jangan minum arak, walhal di akhirat kelak ada sungai pula yg airnya adalah arak untuk diminum oleh penduduk syurga? Adakah remeh perintah Islam supaya lelaki Islam jangan pakai kain atau baju sutera, walhal di dalam syurga kelak, kesemua ahli syurga memakai kain sutera halus? Nampak remeh. Tapi, itu adalah perintah. Wajib akur dan patuhi. Dan, golongan peniaga dan pedagang pula. Walaupun keberkatan hasil pendapatan adalah 90% dari perniagaan, namun pedagang atau peniaga yg berbohong melariskan barangannya masuk neraka pula dgn mudah? Itulah ketetapan Allah (a.w). Nampak remeh, tapi utama menunjukkan ketaatan kita terhadap perintah Allah (a.w) dan RasulNya. Oleh itu sedarlah, dan fahamilah Islam.

Jazakallahu khairah