Tuesday, November 29, 2011

Puasa Sunat: Puasa Asyura

Assalamualaikum,
Saudara, dalam post yg terakhir dulu kita sebutkan tentang menyambung tahun baru hijrah, iaitu 1 Muharram 1433H, yg jatuh pada hari Ahad (27 November 2011). Kita telah maklum bahawa Islam tidak menyuruh kita raikan Tahun Baru (atau apa-apa haripun). Kerana perbuatan sedemikian adalah sebenarnya mengikuti perlakukan dan kelaziman kaum-kaum jahiliah dan kaum-kaum yg tidak Islam, terutama Yahudi dan Nesrani. Kita juga tidak disuruh rayakan Hari Keputeraaan Rasulallah (s.a.w) kerana menghormati beliau. Islam tidak menyuruh kita sambut ulangtahun kelahiran Rasulallah (s.a.w). Islam menyuruh kita ikuti as-Sunnah.
Saudara, dalam konteks menghormati Rasulallah (s.a.w) yg membawakan serta mengajarkan kita agama yg benar, agama yg diridhai (=diterima) Allah (a.w), kita disuruh mentaati beliau dgn mengikuti ketetapan as-Sunnah - Ayat 7, Surah al-Haysr, mentaati beliau untuk dapatkan syurga - Ayat 13, Surah an-Nisa, dan menjadikan Rasulallah (s.a.w) contoh atau model kita sebagai seorang umat Islam yg benar-benar menghormati Rasulallah (s.a.w) kerana beliau adalah contoh atau model ikutan terbaik, 'uswatun hasanah' - Ayat 21, Surah al-Ahzab. Begitulah caranya kita menghormati Rasulallah (s.a.w). Dgn demikian juga kita mendapat pahala sunnah mengerjakan atau meniru dan melaksanakn segala perlakuan beliau.
Saudara, dalam post itu juga kita diberitahu bahawa keutamaan bulan Muharram, bulan pertama Islam, adalah tanggal ke-9 dan ke-10, iaitu kita mengerjakan dua hari puasa sunat - Puasa  Asyura
Hari Asyura itu adalah pada 10 haribulan Muharram. Ada hadith menyebutkan juga pada 9 Muharram. Ada ijtihad, bahawa Puasa Asyura itu boleh dikerjakan dua hari, iaitu pada 9 dan juga 10 Muharram. Di dalam hadith berikut diberikan nas dan dalil bahawa puasa Hari Asyura itu memberi ganjaran pahala yang besar, iaitu menghapuskan dosa-dosa setahun terdahulu daripadanya: 
Diriwayatkan hadith daripada Abi Qatadah (r.a) berkata: ‘Bahawasanya Nabi (s.a.w) bersabda: ‘Puasa hari ‘Asyura bahawasanya aku kira atas Allah (a.w) bahawa mengkifaratkan (dosa-dosa) tahun dahulunya (yakni, puasa Asyura itu menghapuskan dosa tahun dahulu)’ [Hadith sahih at-Termidzi] 
Hadith di bawah ini juga menjelaskan perkara yang sama. Hadith ini juga menjelaskan bahawa sebelum difardukan (yakni, turun ayat al-Quran mewajibkan berpuasa Ramadhan), Rasulallah (s.a.w) mengamalkan berpuasa Asyura, seakan-akan wajib baginya. Dengan difardukan puasa Ramadhan itu, puasa ‘Asyura menjadi ibadah sunat sahaja: 
Diriwayatkan hadith daripada Aisyah (r.ah) bekata: ‘Adalah ‘Asyura itu hari yang puasa akan dia orang Quraisy di dalam zaman jahiliah, dan adalah Rasulallah (s.a.w) berpuasa dia akandia, maka tatkala datang dia ke Madinah berpuasa dia akan puasa itu dan menyuruh orang dengan puasa itu, maka tatkala difardukan puasa Ramadhan adalah Ramadhan itu puasa wajib (fardu), dan ditinggalkannya (puasa) ‘Asyura. Maka barangsiapa berkehendakan (puasa itu) puasalah akandia, dan barangsiapa meninggalkannya tinggalkanlah.’[Hadith sahih at-Termidzi]. 
Hadith di atas memberi nas dan dalil hadith bahawa puasa Asyura itu adalah sunat sahaja. Kita diberi pilihan sama ada hendak buat atau tidak mengerjakan puasa ini. Hadith di bawah ini menyebut puasa ‘Asyura itu adalah pada 9 Muharram, manakala hadith berikutnya pula menyatakan pada 10 Muharram. Kebanyakan hadith menyebutkan pada 10 Muharram: 
Diriwayatkan hadith daripada Hakam bin ‘A’raj (r.a) berkata: ‘Sampai aku kepada Ibni Abbas (r.a), dan dia menyelindangkan selindangnya di dalam (yakni, ketika berada di telaga) zamzam. Maka berkata aku: ‘Khabarkanlah kepadaku daripada hari ‘Asyura. Apakah dia puasa aku akandia?’ Berkata Ibni Abbas (r.a): ‘Ketika engkau nampak satu haribulan Muharram maka hitunglah, kemudian jadilah kamu daripada yang kesembilan (harinya) puasalah.’ Berkata Hakam: ‘Berkata aku: ‘Adakah begini adanya berpuasa Muhammad (s.a.w)?’ Berkata (Ibni Abbas): ‘Ya.’ [Hadith at-Termidzi] 
[Nota: Daripada hadith ini dapatlah kita tahu bahawa syariat puasa fardu Ramadhan itu diturunkan (yakni, diperintahkan oleh Allah (a.w)) selepas Rasulallah (s.a.w) berhijrah ke Madinah.] 
Diriwayatkan hadith daripada Ibni Abbas (r.a) berkata: ‘Telah diperintahkan oleh Rasulallah (s.a.w) dengan puasa ‘Asyura pada hari yang kesepuluh (Muharram).’ [Hadith hasan sahih at-Termidzi] 
Fadhilat Puasa Asyura itu adalah menghapushan dosa setahun, iaitu dosa tahun dahulu, yakni mulai Muharram tahun lalu sehinggalah tiba Muharram tahun ini. Di dalam hadith di atas disebutkan puasa pada 9 haribulan Muharram atau 10 Muharram. Justeru itu, disunatkan berpuasa puasa sunat Asyura itu satu atau dua hari, iaitu pada 9 dan 10 Muharram. Namun begitu, sekurang-kurangnya kita puasa sehari, mengikuti ketetapan hadith di atas itu.
Saudara, demikianlah keutamaannya berpuasa pada 9 dan 10 Muharram (Hari Asyura). Dalam masyarakat Melayu, 'Bubur Asyura' lebih terkenal yg sentiasa dibuat di masjid-masjid untuk diagihkan kpd jema'ah Islam. Tapi, tak berapa ramai orang Melayu yg mengerjakan Puasa Asyura ini. Mudah-mudahan kita dapat usahakan berpuasa pada hari-hari tersebut - yg pada tahun ini terjatuh pada 5 dan 6 Disember 2011, insya Allah. 

Jazakallahu khairah

Monday, November 28, 2011

Tahun Baru Hijrah 1433

Assalamualaikum,
Saudara, hari ini (28 Nov. 2011) hari Isnin, sehari selepas masuknya tahun hijrah 1433. Kelmarin (Ahad) kita 'sambut' 'Maal Hijrah' - 1 Muharram 1433H. Kelmarin dulu, hari Sabtu, ketika masuk waktu 'Asar, bermula tahun hijrah yg baru itu (kerana dalam Islam hari itu bermula ketika masuk waktu 'Asar), sudah bermula tahun 1433H. Kelmarin dulu, ketika selesai Solat Maghrib di surau atau masjid, imam dan makmum akan baca Doa Akhir Tahun (1432H) dan kemudian, baca pula Doa Awal Tahun (1433H) - suatu amalan yg lazim di Malaysia, sebagaimana lazimnya, kita adakan Majlis Maal Hijrah dgn memberi penghargaan kpd orang Islam dan bukan Islam gelaran dan pengiktirafan 'Tokoh Maal Hijrah', seolah-olah orang kafir menyumbang kpd kemajuan Islam?.
Saudara, hari ini umat Islam sudah meniru perbuatan atau budaya Barat - budaya Yahudi dan Nesrani - menyambut dan merayakan hari-hari kesukaan manusia spt Tahun Baru, Hari Jadi, Valentine Day dan sebagainya. Dalam Islam kita disuruh utamakan hari Jum'at kerana hari itulah Adam (a.s) dan Hawa (a.s), nenek moyang kita - manusia pertama - dicipta Allah (a.w), pada hari Jum'at jugalah mereka dikeluarkan dari syurga kerana terpengaruh dgn  hasutan dan tipuhelah syaitan dan ditempatkan di dunia. Dan, kita yg mengaji al-Quran dan as-Sunnah diberitahu bahwa kiamat itu akan berlaku pada hari Jum'at. Malah, disebutkan dalam banyak hadith bahawa semua makhluk di langit dan di bumi curigakan kedatangan hari Jum'at, kerana hidup mereka berakhir apakala berlakunya kiamat. Ketika kiamat dunia habislah tempoh persiapan untuk mendapat syurga, dan bermulalah hari balasan dan menerima hukuman - baik atau buruk. Tapi manusia, pada malam Jum'atlah akan bergembira meramaikan pusat-pusat hiburan dan pusat-pusat maksiat sampai larut malam hingga menjelang Subuh, kerana mereka bercuti esoknya. Tidak hairan kalau orang yg bukan Islam lakukan sedemikian, tapi kalau Islam jelas menunjukkan betapa tidak risaunya mereka yg Islam memperbanyakkan membuat dosa dan mengurangkan membuat pahala. Tiada bezanya yg Islam dgn yg tak Islam!
Saudara, Islam menyuruh bergembiran pada Hari Aidil Fitri kerana kemenangan menundukkan hawa nafsu berpuasa sebulan Ramadhan, yg jika dilakukan sebaik mungkin, akan membebaskan diri kita dari neraka. Maka Allah (a.w) suruh kita rayakan Aidil Fitri. Kemudian kita disuruh bersukaria selama 3 hari pula mulai 10 Zulhijjah, merayakan menyembelih kurban demi mencari pahala terbesar dari Allah (a.w). Islam tidak menyuruh kita rayakan Awal Muharram sebagaimana juga hari-hari lain. Tapi kita rayakan dan perbesarkan hari tersebut, kerana orang Yahudi dan Kristian rayakan Tahun Baru, kita ikuti dgn merayakan tahun baru kita. Kemudian, kita baca pula Doa Akhir Tahun 1432 dan dikuti dgn Doa Awal Tahun 1433 selepas asolatMaghrib - amalan yg tidak wujud dalam syariat Islam. Oleh kerana itu telah dijadikan kelaziman agama, yg bukanlah tuntutan agama Islam, maka kita terlibat dalam melakukan sesuatu yg tergolong sebagai amalan bid'ah yg ditegah oleh Rasulallah (s.a.w). Begitu jugalah kita merayakan 'Maulidul Rasul' (i.e. Hari Keputraan Rasulallah (s.a.w), kononnya sebagai menghormati Rasulallah (s.a.w) yg menyampaikan Islam dan syariatnya kpd kita! Memang wajar kita wajib syukuri beliau kerana dia yg membawa kpd kita agama yg benar, agama ciptaan Allah (a.w), agama yg diterima Allah (a.w), agama yg memandu kita untuk berjaya di dunia dan di akhirat, untuk mendapat syurga. Tapi bukan itu caranya kita membesarkan dan mengingatkan Rasulallah (s.a.w). Kita mengingati dan mengutamakan Rasulallah (sa.w) dgn mentaati Allah (a.w) dan mentaati Rasulallah (s.a.w) dan mengikuti beliau serta mencontohi beliau sepanjang hidup kita sebagai orang Islam yg beriman, dan kita akur dgn nasihat dan suruhan beliau, bukan dgn merayakan hari lahir beliau (Ayat 21, Surah al-Ahzab). Kita adalah meletakkan Rasulallah (s.a.w) utama dalam hidup kita kalau kita ikuti as-Sunnah - ikut suruhan beliau dan tinggalkan larangan beliau. Jika kita benar-benar hormati dan kasihi beliau kita dah lama mulakan proses mengilmukan diri kita dgn as-Sunnah, kerjakan segala amalan dan ibadah dgn mencontohi beliau, kerana beliau adalah 'uswatun hasanah', model ikutan terbaik kalau kita yakinkan hari kiamat, hari pembalasan, syurga dan neraka, dan paling utama dah lama kita semak amalan dan ibadah kita, apakah sejajar dgn ajaran beliau atau tidak, dan dah lama kita perbetulkan amalan dan ibadah kita dan kita dah lama tinggalkan 'bid'ah hasanah' kerana Rasulallah (s.a.w) beri kita tahu 1,433 tahun yg lampau, tiada bid'ah yang baik!
Saudara, mudahan-mudahan kita diberi Allah (a.w) petunjuk kpd Islam yg sebenarnya serta mengagungkan Rasulallah (s.a.w) sebagaimana yg Alah (a.w) perintahkan kita agungkan beliau (Ayat 7, Surah al-Haysr) supaya kita berjaya menjadi umat beliau yg menepati apa-apa yg diajarkan dan ditunjukkan dan dicontohkan oleh beliau, insya Allah. Janganlah kita terikut-ikut dgn kebatilan dan budaya yang tidak dan bukan Islam, syaitan akan gembira kerana dia telah berjaya menyesatkan kita dan kita akan bersama-sama menemaninya kelak ke neraka, wal iya zubillah.
Saudara, pada 9 dan 10 Muharram kita disuruh kerjakan puasa sunat - sehari atau dua hari - yg memberikan kita ganjaran pahala yg besar dalam Islam. Itu g lebih utama dari Maal hijrah ataupun Maulidur Rasul, bagi kita yg faham Islam ...

Jazakallahu khairah

Saturday, November 26, 2011

Pahala Puasa Ramadhan di Mekah

Assalamulaikum,
Saudara, hari ini kita bercakap tentang tajuk di atas, kerana teringat satu pertemuan dgn seorang rakan baru-baru ini di suatu majlis walimatul urus, setelah tak ketemui dia lebih setahun. Katanya bulan Ramadhan yg lalu, dia ke Mekah berpuasa di sana. Katanya dia banyak dosa tahun lalu, jadi dia ingin lebihkan amalan supaya dapat compensate dosa-dosa tambahan yg dia lakukan sepanjang tahun tu katanya! Kawan nasihatkan dia supaya bertaubatlah minta ampun setiap kali buat dosa dgn menyebut kalimah istighfar - 'Astaghfirullahil 'azim al-lazi lailaha illa hual haiyul qaiyumi wa-atubu ilaik'. Dia kata dahpun minta ampun, tapi dia nak tunjukkan yg dia benar-benar menyesal ... Demikianlah contoh seorang Islam yg sentiasa mengmuhasabah dirinya. Kerana kita disuruh oloeh Rasulallah (s.a.w) : 'Yuhasibu anfusahum qabla an tuhasabu' (yg bermaksud: Hisablah diri kamu (ketika masih hidup) sebelum kamu dihisab (di akhirat kelak)). Saudara, sebagaimana kita berusaha menyediakan bekalan untuk akhirat ketika masih bernyawa, maka kita disuruh periksa diri kita - lihat apa yg telah kita kerjakan - yg baik (pahala kita kumpulkan) dan yang tak baik (dosa yg kita dapati), sebelum ajal kita sampai. Kerana bila dah tamat usia, tak boleh buat apa lagi. Kita bersedia untuk mencari kesejahteraan akhirat dan menyediakan diri dgn bekalan sebanyak mungkin. Ketika hiduplah kita boleh memohon ampun dan maaf kpd Allah (a.w) dan bertaubat, dgn harapan agar segala dosa kita terampun.
Saudara, janganlah kita merasa selesa kerana kita merasaibahawa kerana kita Islam maka syurga menunggu kita! Inilah kesilapan banyak orang Melayu, malah orang Islam.Kata mereka bila Islam, pasti dah dapat syurga. Kalau ada dosa taubatlah. Allah (a.w) akan hakiskan dosa-dosa kita. Namun mereka meremahkan Islam dan aqidah mereka. Kita dahpun lihat dalam post yg lalu bahawa orang yg mengambil mudah agama mereka adalah juga calun neraka. Orang yg mengambil ketetapan agama sebagai perkara enteng dan kecil, dan tidak berusaha beramal dan beribadah sebaik mungkin, adalah calun neraka juga. Agama bukan suatu mainan. Ia melibatkan tiga dimensi - dimensi qalbi (= apa yg tergerak dihati, keikhlasan dan kemurniaan ingatan terhadap Allah (a.w), tuhan segala makhluk) dan dimensi qauli (= apa yg dikatakan melalui kata-kata), dan dimensi fe'li (= apa-apa yg dikerjakan sebagai membuktikan keIslaman, keimanan dan ketakwaan, bukti pengakuan hati dan sandaran kata-kata). Maka dgn itulah Allah (a.w) beritahu bahawa syurga itu hanya diwariskan atau dikurniakan kpd orang Islam yg mengerjakan apa yg di gerakkan oleh hatinya, yg dilafazkan oleh lidahnya, sejajar dgn apa-apa yg ditetapkan speksnya oleh Allah (a.w) (dalam al-Quran)dan sebagaimana yg dicontohkan oleh UtusanNya, Rasulallah (s.a.w) (dalam as-Sunnah). Maka dgn itulah, kita diberitahu dalam Ayat 13, Surah an-Nisa' - kunci ketetapan Allah (a.w) - bahawa kalau ikuti ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, pasti dapat syurga.
Soalnya, hari ini wajib kita semak amalan dan ibadah kita, termasuklah amalan tambahan sbg kawan kita yg berpuasa sebulan di Mekah, apakah menepati speksnya, berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah? Kerana, memang benar begitu besarnya dan bebagainya ganjaran pahala serta dividen akhirat yg kita dapati apabila sebulan Ramadhan kita berada di Mekah dan berpuasa di sana.
Diriwayatkan hadith dari Said b Jubairin hadith dari ibni Abbas berkata: 'Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): 'Man adrakan Ramadhana bi-makkata fa-sama wa-qama minhu ma tayassara lahu kataballahu lahu miata alfi syahri Ramadhana fima siwaha wa-kataballahu lahu bikulli yaumin 'tqaraqbatin wa-kulli lailatin 'itqa raqabatin wa-kulli yaumin humlana farasin fi sabilillah wa-fi kulli yaumin hasanatan  wa-fi lailatin hasanatan.' (Yg bermaksud: Barangsiapa menghendaki dia berpuasa Ramadhan di Mekah maka berpuasa dia dan berdiri dia (i.e. mengerjakan solat-solat malam dia) dar apa-apa yg mudah (maksudnya sekuat mampunya dgn penuh ikhlas hati dan ketekunannya) atas dirinya, maka ditulis Allah (a.w) baginya 100,000 bulan Ramadhan dari selain di Mekah, ditulis oleh Allah (a.w) baginya setiap hari memerdekakan seorang hamba dan bagi setiap malam memerdekakan seorang hamba, dan setiap hari menyedekahkan seekor kuda perang penuh dgn muatan perang fi sabililah, dan bagi setiap hari satu kebaikan dan setiap malam kebaikan.) [Hadith Ibnu Majah, Kitab Manasik (Peraturan Syariat Islam)]
Saudara, inilah pahala yg diapati oleh saudara kita yg ditemui menyebutkan pada Ramadhan baru berlepas, dia berpuasa sebulan di Mekah. Dengan syarat, dia kerjakan amalan tersebut menepati ketetapan al-Quran dan as-Sunnah. Dia kerjakan atas dasar ilmu (ketetapan Allah (a.w) pada Ayat 36,Surah al-Isra',- beramlalah hanya dgn ilmu - bukan atas kata-kata kawan-kawan, tetapi dia sudah belajar al-Hadith yg kita tuliskan di atas tadi. Kalau dengar cakap-cakap orang tanpa mempelajari hadith tersebut secara khusus dan formal, tak kira. Kerana, Rasulalah (s.a.w) juga ingatkan kita - hendaklah kita berilmu dahulu sebelum beramal. Tak boleh buat atas kata-kata atau cakap-cakap sifolan dan sifolan). Kalau sudah dapat lmunya, maka dapatlah ganjaran pahalanya. Tapi, kita wajib semak amalan dan ibadah kita setiap hari yg lazim juga. Kerana, kalau amalan dan ibadahlazim kita tak sejajar pula dgn ketetapan as-Sunnah,maka kita tidak mengikuti speks amalan dan ibadah yg dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w). Maka amalan tersebut batal dan batil. Kenapa? Rasulallah (s.a.w) dah beritahu syarat pokok segala amalan dan ibadah, iaitu 'Man 'amila 'amilan laisa amruna fahua raddun' (yg bermaksud: Barangsiapa mengerjakan sesuatu amalan (atau ibadah) yg bukannya dari pekerjaanku Nabi (yakni, tak menepati speks Nabi), maka amalannya ditolak (i.e. tidak diterima Allah (a.w). Kalau amalan dan ibadah lazim dicemari oleh bida'ah, maka ke Mekah berpuasa sebulan setiap tahunpun takda gunanya! Oleh itu berwaspadalah. Ilmukan diri, semak dan periska ilmu dan amalan, apakah sejajar dgn ketetapanal-Quran dan as-Sunnah? Kalau betul dan sejajar, maka dapatlah apa yg dijanjikan Allah (a.w) di dalam al-Quran dan as-Sunnah, termasuklah ganjaran pahala berpuasa sebulan di Mekah sepanjang Ramadhan.
Katalah, kita qualify, apakah ganjarannya? Ini disebutkan dalam hadith tersebut. Pertama, mendapat ganjaran pahala seolah-olah mengerjakan puasa Ramadhan sebanyak 100,000 Ramadhan! Berapa tahun? 100,000 tahun berpuasa Ramadhan. Begitu besarnya pahala yg didapati. Tapi dgn syarat hendaklah dia bepuasa sebaik mungkin sebagaimana berpuasa Ramadhan diman-manapun, itu menjaga diri sebaik mungkin dari segala yg membatalkan dan mengurangkan pahala puasa. Dan, disebutkan dia mengerjakan qiamul-laildgn bersolat sunat skuat mampunya, terasuklah Solat Terawih, Solat Qiam, Solat Witir, Solat Tasbih, dll solat sunat. Kedua, setiap malam dan setiap siangnya mendapat pahala memerdekakan seorang hamba (i.e. dua hamba setiap hari). Besarnya pahala memerdkakan hamba kerana hamba yg dimerdekakan dalam Islam akan mengerjakaan amalan yg menguntungkan orang yg memerdekakannya. Ketiga, menyumbang kpd fi sabilillah dalam perang dgn membekalan seekor kuda penuh dgn peralatan perang seekor bagi setiap malam dan seekor bagi setiap siang. Alangkah besarnya pahala fi sabilillah baginya. Dan, keempat, pahala bonus iaitu satu kebaikan setiap malam dan setiap siangnya, yakni 60 kebaikan (yg nilainya Allah (a.w) saja yg tahu -pahala bonus). Begitu besarnya pahala yg saudara kitatu dapat.
Mudah-mudahan kita diberi rezki untuk turut serta tahun depan atau tahun-tahun berikutnya, insya Allah.

Jazakallahu khairah

Friday, November 25, 2011

Ahli Syurga Kurang Tidur ...

Assalamualaikum,
Saudara, kali kita lihat topik di atas itu: 'Ahli syurga kurang tidur ...', bukanlah bermaksud yg berjaya mendapat syurga dia kurang tidur! Tetapi, orang Islam yg iman itu jika inginkan pahala tambahan yg besar supaya apakala di hisab Kitab Catatan Amalannya, dia mendapati timbangan pahalanya lebih berat dari timbangan dosanya, maka on balance dia berjaya mendapat syurga atas kerahmatan Allah (a.w). 
Saudara, majoriti di kalangan kita akan banyak tidur dan kurang berjaga kerana berbagai perkara. Yg miskin kerana desakan hidup terpaksa membuat dua atau tiga kerja, maka pastilah setelah kembali ke rumah, terlalu letih dan lesu, maka akan tertidur. Malah tertidur ketika menonton TV, kalau kaki TV. Atau, bila duduk baca akhbarpun akan tertidur tanpa disedari. Malah ada yg tertidur setelah selesai makan belumpun sempat membasuh tangannya! Umumnya majoriti kita yg Islam itu mudah tertidur dan banyak tidur. Bagi yg berjawatan tinggi apatah lagi pasti mentally tired, maka mudah lena, kerana begitu banyak dan pelbagainya serta rumitnya permasalahan dunia yg dihadapi dalam sinario kerja - sama ada sebagai pemilik syarikat ataupun pekerja atasan syarikat atau organisasi kerajaan seumpamanya! Namun, Islam menyuruh kita yg beriman mengurangkan tidur dan memperbanyakkan berjaga, terutama berjaga malam untuk menambah amalan dan ibadah serta mengingatkan Allah (a.w) dan menyatakan kesyukuran terhadapNya.
Kita sering diperingatkan, malah disuruh oleh Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) supaya kurangkan tidur, terutama di waktu malam, dan masa berjaga tersebut dimaksimumkan manfaatnya dgn mengerjakan pelbagai amalan dan ibadah yg sunat-sunat. Kerana itu membuktikan kita inginkan ganjaran terbaik drp Allah (a.w) - iaitu dapat syurga dan terselamat dari neraka! Kita disuruh bangun malam - separuh atau sepertiga terakhir malam - untuk berqiamul-lail dgn menambah ibadah terhadap Allah (a.w).
Saudara, bagi mereka yg mengaji atau belajar ilmu al-Quran dan as-Sunnah, mereka akan diberitahu tentang cerita para rasul dan nabi yg sentiasa melapangkan masa beramal dan ibadah sebaik mungkin, berjaga sebahagian malam atau bangun selepas seperdua atau sepertiga terakhir malam.Dan, apakala ingat yg dia telah melakukan dosa, bersegera bertaubat. 
Selain mencontohi Rasulallah (s.a.w), Rasulallah (s.a.w) memberitahu bahawa kaedah beribadah terbaik bagi seorang manusia yg Islam dan beriman dgn penuh istiqamah serta mensyukuri Allah (a.w) adalah cara atau kaedah ibadah Nabi Daud (a.s). Kaedah beramal yg sangat disukai oleh Allah (a.w) adalah cara dan kaedah Nabi Daud (a.s) beramal. Beliau mulakan malamnya dgn tidur seperdua malam (6 jam), kemudian beliau bangun dan mengerjakan pelbagai amalan dan ibadah yg sunat-sunat seperempat malam (4 jam), kemudian beliau menghabiskan malamnya (i.e. seperenam malam = 2 jam) tidur semula. Kalaulah kita inginkan Allah (a.w) sayangkan kita, maka model amalan Nabi Daud (a.s) itu adalah terbaik dijadikan model cara mengerjakan ibadah ketika malam. Kemudian, mungkin ada diantara kita, sebagaimana ada para sahabat zaman Rasulallah (s.a.w) dulu, sangat sukakan berlapar dgn berpuasa kerana mengharapkan ikhsan dan rahmat (kasih sayang) Allah (a.w), maka kaedah puasa (sunat) yg terbaik adalah kaedah puasa Nabi Daud (a.s). Dia berpuasa selang sehari  dalam hayatnya. Inilah amalan 'Puasa Nabi Daud', puasa yg sangat disukai oleh Allah (a.w). Kita yg inginkan syurga dan selamat dari neraka, yg ingin menempah tempat di syurga, boleh jadikan amalan Nabi Daud (a.s) amalan lazim kita.
Saudara, Nabi Sulaiman (a.s), ketika kecil lagi, telah dididik oleh ibunya supaya menyedikitkan tidur di malam hari, dan bangun mengerjakan amalan kpd Allah (a.w). Kita lihat hadith berikut:
Menceritakan hadith oleh Yusof b Muhammad b Munkadiri hadith dari bapanya (i.e. Muhammad b Munkadiri) yg berkata: 'Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): Telah berkata Ummu Sulaiman b Daud (ibu Nabi Sulaiman (a.s), isteri Nabi Daud (kepada anaknya)):' Ya Sulaiman! La tukthirin-naumi bil-laili fa-inna kathratan-naumi bil-laili tatrukal-'abda faqirun yaumal qiamati.' (Yg bermaksud: 'Wahai Sulaiman! Jangalah engkau memperabanyakkan tidur ketika malam, maka sesungguhnya memperbanyakkan tidur ketika malam meninggalkan (i.e.mengakibatkan) hamba (yg tidur itu) fakir di hari kiamat kelak.) [Hadith at-Tobrani]
Saudara, hadith ini menyebutkan bahawa emak Nabi Sulaiman (a.s) ketika beliau masih kecil telah menasihatkannya supaya jangan banyak tidur malam, kerana jika membanyakkan tidur malam, maka pastilah mengurangkan berjaga malam untuk beribadah atau menambah amalan dan ibadah sunat. Ibadah dan amalan sunatlah yg membuktikan seseorang itu benar-benar mengagungkan Allah (a.w) dan sentiasa mengingatiNya dalam hidupnya. Itulah amalan atau kelaziman terbaik bagi orang iman.
Saudara, selain Allah (a.w) menyuruh kita jadikan Rasulallah (s.a.w) sebagai model ikutan terulung di kalangan manusia, kita boleh contohi Nabi Daud (a.s) dan Nabi Sulaiman (a.s) selain para rasul dan nabi lainnya. Nabi Daud (a.s) dan anaknya, Nabi Sulaiman (a.s) adalah raja zamannya. Namun begitu, ketika dilalaikan oleh haiwan kesayangannya, 100 ekor kuda yg cantik dan pantas berlari serta begitu uinak, terlepas waktu 'Asar, maka dibunuhnya kesemua kuda kesayangannya tersebut sebagai kifarah dosanya dan memohon ampun pada Allah (a.w) (Ayat 32 - 36, Surah Sod). Kerana keikhlasannya, Allah (a.w) berikan dia lebih baik, iaitu 'berkudakan angin sebagai kenderannya' dan kelebihan matnya boleh melebur tembaga. Nbi Daud (a.s) dan Sulaiman (a.s) merupakan model kpd orang iman semua zaman. Nabi Daud (a.s), walaupun seorang raja, pastilah memiliki harta kerajaannya, namun beliau tidakpun menggunakan atau mengambil sedikitpun hazanah negaranya untuk kegunaan peribadinya. Dia menyara seramai 100 orang isteri, dan tak diketahui pula berapa ramai anaknya, dgn titik peluhnya sendiri, menyara keluarganya dgn mengimpal besi untuk dijadikan baju besi kegunaan berperang dgn tangannya sendiri. Dgn menjualkan hasil kerja tangannya, dia menyara keluarga dan sebahagian hasil itu diinfaqkannya untuk orang yg memerlukan di kalangan rakyatnya yg memerlukan! Kita mungkin tak dapat menjadi raja atau ketua negara. Malangnya, hari ini tiada seorangpun raja yg berusaha sendiri dgn titik peluhnya untuk menyara diri dan keluarganya, tanpa mengambil hazanah atau wang ringgit milik negara atau kerajaan. Malah sudahlah kerajaan menggaji mereka dgn elaun lumayan, namun masih mengambil bahagian yg bukan haknya pula. Malah ramai raja yg membazir kurniaan Allah (a.w) sehinggakan memiliki begitu banyak istana yg dihisai dgn emas. Malah, jambannyapun dibuat dari emas! Fikirkanlah betap dia boleh menyediakan diri untuk kedudukan terbaik di akhirat jika berbelaja untuk fi sabilillah ...
Nabi Suliaman (a.s) juga seorang raja. Namun pengabdiannya terhadap Allah (a.w) tidak dapat kita bandingi. Nabi Sulaiman (a.s) ketika menjadi raja, memiliki 100 ekor kuda yg cantik lagi menarik serta amat berharga zamannya, yg sangat disayanginya. Pada suatu masa dia dilalaikan oleh kasihnya terhadap kuda-kudanya sehinggakan dia hampir-hampir lupa untuk mengerjakan Solat 'Asar. Kerana menyesali perbuatannya 'meremehkan' waktu solatnya, maka dia membunuh kesemua kudanya sebagai kifarah terhadap kelalaiannya terhadap tanggungjawabnya kpd Allah (a.w). Fikirkan betapa besarnya keinsafan beliau kerana 'kesalahan' yg sedikit! Oleh kerana tingginya mertabat keimanannya dan ketaqwaannya terhadap Allah (a.w) dia dikurniakan Allah (a.w) kelebihan iaitu memerintahkan angin untuk menjadi tunggangan dan kenderaannya ketika mana dia ingin ke mana-mana. Dialah 'superman' pertama dan terakhir dalam dunia. Tidak akan ada seorang yg mempunyai kelebihan sedemikian sampai akhir zaman. Apakah agaknya kita mampu mengurbankan harta kesayangan kita demi menyesali perbuatan atau kelalaian kita? Hari ini orang yag kayapun ketika hendak bersedekah atau menderma atau menyumbang fi sabillah akan terdetik hatinya suatu sifat sayangkan hartanya berbanding dgn kesayangannya terhadap Allah (a.w).
Mudah-mudahan kita diberi Allah (a.w) 1% sifat yg ada pada kedua mereka itu, sebagai membuktikan kesyukuran serta ketaqwaan kita terhadap Allah (a.w) yg mengurniakan kita sebegitu banyak nikmat yg takpun dapat kita hitung dan nilai ...

Jazakallahu khairah 

Dialog: Ahli Syurga dan Ahli Neraka (Samb.)

Assalamualaikum,
Saudara, kita telahpun teliti ketetapan Islam berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah tentang siapakah yg menjadi ahli syurga dan siapakah yg menjadi ahli neraka. Kita telah teliti ayat-ayat Surah al-A'raf. Antara berita yg diberikan kpd kita oleh Allah (a.w) dalam surah ini adalah: pertama, ada benteng pemisah antara syurga dan neraka. Benteng ini tinggi sehinggakan membolehkan orang yg berdiri atau berada di atasnya dapat melihat keadaan atau sinario dalam syurga dan sinario dalam neraka. Mereka yg berada di atas benteng atau tembok tersebut dinamakan 'ashabul a'raf'. Siapa 'ashabul a'raf'? Mereka adalah orang yg sudah ditentutkan di padang maksyar kelak berdasarkan Kitab Catatan Amalannya, bahawa dia selamat dari neraka buat sementara waktu dan tidak pula dapat merasai nikmat syurga, ketika majoriti umat Islam masuk neraka, memulakan merasakan azab neraka dan segolongan kecil umat Islam yg sudahpun berada di syurga. kenapa segolongan kecil? Rasulallah (s.a.w) memberitahu bahawa ketika kiamat dunia, bermulanya proses hisaban, dan sempurnakan proses hisaban, dan diputuskan siapa masuk syurga dan siapa masuk neraka, hanya seorang (1) drp 1,000 orang yg anuti agama Allah (a.w) (i.e. agama Islam) dari mulai zaman Adam (a.s) sampailah terjadinya kiamat, yg masuk atau mendapat syurga. Dalam hadith lain Rasulallah (s.a.w) memberitahu bahawa di kalangan umat beliau sendiri - manusia yg hidup zaman beliau sampailah manusia terakhir di dunia ketika terjadinya kiamat, satu golongan drp 73 golongan atau firqah umat Islam yg berjaya mendapat syurga, selainnya, iaitu 72 golongan walaupun Islam, gagal mendapat syurga, dan sebaliknya masuk neraka. Jadi, yg berjaya di akhirat itu hanyalah golongan minoriti - golongan yg sedikit dari kalangan umat Islam. Oleh itu berwaspadalah. Janganlah rasa seronok kerana kita Islam kononnya kita dapat syurga!
Benar, kalau kita Islam dapat syurga, kerana Allah (a.w) berjanji, sesiapa yg Islam dan beriman dan ada keimanannya sebesar zarrah atau sebesar tubuh semuit hitam yg halus atau sebesar biji sawi, jika wujud dalam kalbunya keyakinan tentang adanya Tuhan yg esa yg berhak di sembah, iaitu Allah (a.w), dan menyebut dia kalimah 'la-ilaha illallah' (Yg bermaksud: Tiada tuhan yg berhak disembah kecuali Allah (a.w)) , AKHIRNYA kelak, setelah berakhkab [Nota: 'Akhkab' adalah hitungan waktu akhirat. Katanya satu akhkab bersamaan dgn 100,000 tahun dalam tahun akhirat. Setiap sehari di akhirat sama dgn 1,000 tahun kiraan tahun kita di dunia sekarang!!] dalam neraka, akan masuk syurga. Itulah orang Iman yg terakhir mendapat syurga, setelah sekian jutaan atau ribuaan atau ratusan tahun merana dalam neraka dalam proses pembersihan diri mereka drp dosa! Bukan secepatnya.
Kedua, ketika telah diputuskan orang-orang Islam yg berjaya mendapat syurga telah dimasukkan ke dalam syurga dan yg gagal mendapat syurga, telah dimasukkan ke dalam neraka, 'ashabul a'raf' berada di atas bentang yg memisahkan syurga dgn neraka. Mereka berdiri melihat ke dalam syurga dan melihat penghunnya, dan mereka juga dapat melihat neraka dan penghuninya. Mereka mengaharapkan agar tergolong dalam penghuni syurga dan terselamat dari neraka. Golongan ini adalah golongan yg dari segi hisaban Allah (a.w) selesai, tapi hisaban kerana berdosa kpd manusia (Islam) belum diselesaikan lagi. Hanya setelah hisaban membayar hutang-hutang dosa dgn orang lain, barulah dapat ditentukan mereka masuk syurga atau masuk neraka. kalau dalam perkiraan membayar 'hutang dosa' tersebut mereka muflis, maka mereka masuk neraka. kalau setelah ditolak 'hutang dosa' terhadap saudara sesama Islam, dia kekal tak muflis, dan masih ada baki pahala, maka dia masuk syurga.
Ketiga, orang Islam yg semasa hidup di dunia menghalang-halangi umat atau orang Islam mengaji atau belajar ilmu mengenai Islam dan syariatnya, dihalangi drp mengerjakan amalan atau ibadah atau amal makruf, yakni beramal dgn syariat agama Islam yg haq berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah, adalah juga penghuni neraka. Mereka walaupun Islam tak dapat syurga, kecualilah akhir-akhir nanti sebagaimana orang dalam golongan yg terdahulu itu. Mereka ini adalah orang-orang Islam yg menduduki tempat berkuasa mengaturkan atau menguruskan umat atau jema'ah Islam, tetapi mereka yg sepatutnya mempermudahkan proses dakwah, mereka mempersulitkan proses dakwah. Mereka mengadakan peraturan atau undang-undang atau peraturan mengikut kehendak hati mereka supaya pergerakan umat Islam dalam proses ilmu dan amalan tergendala atau terganggu dan tidak lancar, dan sentiasa  dihantui oleh tyindak tanduk mereka yg kononnya memantau umat Islam dan aqidah umat Islam.
Keempat, adalah golongan umat Islam yg juga tak dapat syurga sebagaimana yg disebutkan dalam Ayat 51, Surah al-A'raf berikut. Cuba kita teliti pula perkara ini.
'Wa-nada  ashabun-nari ashabul-jannati an afidu 'alaina minal-ma-i au mimma rozaqakumul-llaha; qalu innallaha harramahuma 'alal-kafirina' (Yg bermaksud: Da, emmanggil penghuni neraka kpd penghuni syurga: 'Bahawasanya kamu menuangkanlah dari air (untuk kami minum_ atau memberi dari apa-apa merezkikan oleh Allah (a.w) pada kamu.' Berkata (penghuni syurga): 'Sesungguhnya Allah (a.w) mengharamkan Allah (a.w) kedua-duanya (yakni, air dan makanan) atas orang-orang kafir.) [Ayat 50, Surah al-A'raf]
Saudara, apabila tak tertahan kehausan yg teramat dan kelaparan yg teramat dalam neraka, penghuni neaka meminta agar penghuni syurga berkongsi dgn mereka sedikit air dan sedikit makanan yg diberikan Allah (a.w) kpd penghuni syurga. Meeka ditempelak oleh penghni syurga. Kerana Allah (a.w) mengharamkan air minuman dan makanan di ahirat kpd penghuni neraka. Minuman mereka hanya dibenarkan apa yg ada dalam neraka, iaitu minuman nanah yg teramat busuk dan menjijikkan yg menggelegak sebagai minuman dan buah halkum yg berduri sebagai makanan harian penmghuni neraka. Apabila diminum minuman neraka itu hancur luluh segala saluran makanan, perut hancur, dgn kesakitan yg tak dapat dibayangkan siksa sakitnya, kemudian kembali spt sediakala. Apabila dimakan buah zakum yg berduri itu ditelan tak boleh masuk, sambil durinya mencakar kerongkong, sehingga luka,koyak dan terburai kerongkong dan kalau masuk dalam perut pula hancur isi perut, dgn kesakitannya digandakan 99 kali pula, kemudian kembali spt sediakala. Diulangi lagi, kerana dahaga dan lapar, namun tak hilang haus dan lapar.
Saudara, ketika di dunia dulu Allah (a.w) beri peluang makan dan minum - apa-apa yg dibolehkan selain apa-apa yg ditegah di makan dan diminum. Orang Islam yg ingkar makan sesuka hati dan minum sesuka hati, sehinggakan ada orang Islam minum arak seumpama minum air mineral dan makan yg haram seumpama makan makanan yg enak. Yg disuruh tidak dibuat dan yg ditegah dikerjakan. Maka mereka itu di akhirat adalah ahli neraka. Ketika di akhirat, semua makanan dan minuman yg di dunia dibolehkan dan yg tidak dibolehkan kini dibolehkan diminum atau dimakan oleh ahli atau penghunia syurga. Penghuni neraka tidak dibenarkan sama sekali makan dan minum apa-apa yg dihalalkan ketika di dunia dahulu.
Saudara, siapa pula ahli neraka selain yg kita telahpun diberitahu, spt orang yg tak mau akui Allah (a.w) tuhan mereka, tak mau terima atau akui Muhammad (s.a.w) itu Rasul atau Utusan Allah (a.w), yg tak mau anuti agama Islam, yg tak mau kerajakan apa-apa yg disuruh dan sebagainya? Kita lihat firman Allah (a.w) berikut:
'Al-lazinat-takhazu dinahum lahwau-wa-la'iban wa-gharrat humul hayatud-dunya, fal-yauma nansahum kama nasau liqa-a yaumihim haza; wa-ma kanu bi-ayatina yajhaduna.' (Yg bermaksud: (orang-orang yg diharamkan makanan dan minum yg dimakan dan diminum oleh ahli syurga itu adalah) orang-orang yg mengambil (yakni, menganuti serta engamalkan) agamanya secara 'lahan' (atau sia-sia atau yg takpun memanfaatkan dirinya) dan (orang-orang yg mengambil atau menganuti agamanya) sebagai mainan sahaja (tidak serius dan tidak bersungguh menetapinya) dan (orang-orang yg) menipu dirinya atau yg tertipu dirinya oleh kesenangan (dan keseronokan ) kehidupan di dunia; maka pada hari ini Aku (Allah (a.w)) lupakan mereka (yakni, tak ambil peduli) sebgaimana mereka melupakan pada pertemuan (dgn Allah (a.w)) sedemikian hari ini (i.e. akhirat) (Allah (a.w) melupakan atau tak ambil peduli terhadap mereka). Dan apa-apa yg ada mereka dgn ayat-ayat Kami (Allah) menentang atau membantah mereka.) [Ayat 51, Surah al-A'raf]
Saudara, ayat ini menyebutkan satu golongan lagi umat yg akui dirinya Islam tetapi bertindak dalam tiga situasi atau sinario hidup semasa di dunia; iaitu: pertama, mereka Islam tetapi anuti Islam sekadar nama sahaja, melakukan banyak amalan dan ibadah yg sia-sia atau yg tidakpun memberi keuntungan akhirat kpd mereka (spt beramal dan beribadah tidak sejajar dgn ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, tidak menjadi Rasulallah (s.a.w) model ikutan mereka dalam mengabdikan diri kpd Allah (a.w), tidak mengerjakan apa yg disuruh dan meninggalkan apa-apa yg ditegah, mengerjakan amalan ikut selerea mereka sahaja, tidakpun berusaha untuk mencari ilmu membetulkan amalan dan ibadah, dll); kedua, orang-orang yg anuti Islam secara mainan atau seolah-olah mempermainkan Islam, buat nak tak nak, atau meremehkan perintah Allah (a.w) dan suruhan Rasulallah (s.a.w), Islam secara suka-suka tidak serius, termasuklah apabila bersolat tak tertib, tak khusyu', sambil lewa, dikerjakan di luar waktunya atau di akhir waktunya, atau tergesa-gesa semata-mata tetapi dalam perkara duniawinya begitu fokus dan sepenuh perhatian; dan ketiga, orang-orang yg mengutamakan dunianya sehingga melupakan akhiratnya, mereka ditipu atau tertipu oleh dunia sehinggakan, sebagai contoh, meremehkan amalan dan ibadah yg diwajibkan dan tidakpun menambah dgn amalan dan ibadah sunat kerana kesibukan dunia mereka. Setiap saat dan ketika dunianya adalah segala-galanya, dia menumpukan sepenuh perhatian kpd dunianya, tapi mengabaikan atau meringankan amalan dan ibadah yg diwajibkan spt solat, puasa, mengerjakan haji dan umrah, mengeluarkan zakat dan menginfaq sebahagian hartanya demi Islam dan orang Islam berhak dan sebagainya. Dalam masyarakat Melayu hari ini, terutama orang yg pentingkan dunianya, akan menombor-duakan atau mengakhirkan segala sesuatu tentang agamanya. Mereka ini adalah orang yg ditipu oleh dunianya, meremehkan agamanya dan mengambil tuntutan agamanya ringan seringan-ringannya.
Saudara, demikianlah. Ayat ini ditujukan kpd manusia yg tidak Islam dan lebih uatama kpd manusia yg Islam. Yg tidak Islam tidak penting pada Allah (a.w) kerana mereka tidak akui Allah (a.w), Rasulallah (s.a.w), atau al-Quran atau as-Sunnah. Yg utama adalah orang Islam yg akui diri mereka beriman, kerana merekalah yg boleh mendapat syurga sekiranya dia amalkan dan ibadah atau kerjakan segala sesuatu yg diperintahkan oleh Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w). Orang yg Islam sewajarnya dia anuti Islam dgn penuh srius dan ikhlas dan keazaman, memberi tumpuan kpd agamanya dan syariatnya serta tunttuannya. Jika sebaliknya, maka mereka itulah ahli atau penghuni neraka yg disebutkan dalam ayat tersebut.
Kemudian, dalam ayat kemudiannya pula Allah (a.w) peringatkan kita yg Islam beberapa perkara, iaitu: pertama, Allah (a.w) sudahpun turunkan kitab (yakni, al-Quran) sebagai panduan manusia yg inginkan syurga dan terselamat dari neraka, jika berpandu dgnnya; kedua, ayat-ayat serta ketetapan Allah (a.w) itu telahpun diberitahu dan diajarkan oleh UtusanNya yg menjelaskannya dan menerangkanya supaya manusia itu faham dan terpandu, yakni melalui al-Hadith atau as-Sunnah; ketiga, al-Quran dan as-Sunnah itu adalah petunjuk ke arah mencari kerahmatan Allah (a.w) dan kejayaan di akhirat; dan keempat apa-apa yg tersebut di dalam apa-apa yg terdapat dalam al-Quran dan segala sesuatu yg diperjelaskan oleh Rasulallah (s.a.w), yakni as-Sunnah, itu adalah merupakan kasih sayang Allah (a.w) terhadap manusia yg ingin mendapatkan kasih sayang serta petunjuk Allah (a.w). Kalau diabaikan atau tidak diambil peduli, maka tiadalah panduan, tiadalah terpimpin dalam dunia, tidaklah mendapat petunjuk dan tidaklah mendapat kerahmatan (atau kasih sayang) Allah (a.w). Maka, rugilah akhirat manusia itu, serugi-ruginya!
Firman Allah (a.w): 'Wa-laqad jiknakum fassalnahu 'al 'ilmin hudan wa-rahmatan li-qaumi yukminuna.' (Yg bermaksud: Dan, nescaya sungguh telah mendatangkan Aku (Allah) kpd mereka (yg berada dalam neraka tersebut semasa di dunia dahulu) dgn pertama, Kitab (al-Quran); kedua, ilmu; ketiga, petunjuk; dan keempat, kerahmatan Allah.' [Ayat 52, Surah al-A'raf]
Saudara, ayat ini menjelaskan bahawa kesempatan telah diberikan oleh Allah (a.w) kpd mereka berada dalam neraka tersebut untuk menyiapkan diri dan berusaha untuk mendapatkan kejayaan akhirat dan selamat dari neraka. Apa yg telah diberikan? Allah (a.w) menyebut perkara-perkara berikut:  pertama, Allah (a.w) turunkan al-kitab (yakni, al-Quran) sebagai panduan manusia; kedua, ilmu, yakni as-Sunnah, yg merupakan wahyu Allah (a.w) kpd Rasulallah (s.a.w) untuk menjelaskan atau menerangkan segala sesuatu yg trdapat dalam al-Quran. Allah (a.w) memperjelaskan tanggunjawab manusia ketika di dunia melalui ilmu (iaitu wahyu yg disampaikan kpd Rasulallah (s.a.w) dan yg diperjelaskan kpd Rasulallah (s.a.w) oleh Jibril (a.s), dan yg diperjelaskan oleh Rasulallah (s.a.w) kpd manusia, termasukah mereka yg dalam sinario ini berada dalam neraka); ketiga, Allah (a.w) telah memberi petunjuk kpd manusia bagaimana nak dapatkan kejayaan akhirat dan bagaimana nak selamat di akhirat, jika mereka berpandukan apa-apa yg disebutkan oleh al-Quran dan as-Sunnah; dan keempat, Allah (a.w) memberikan kerahmatan atau kasih sayangnya kpd manusia di dnuia sekiranya mereka mengambil manfaat terhadap apa-apa yg dibawakan oleh Rasulallah (s.a.w).
Malangnya hari ini begitu ramai umat Islam yg perlekehkan as-Sunnah atau tidak yainkan as-Sunnah, malah tak mahu terima ketetapan as-Sunnah, malah lebih teruk lagi ramai pula umat Islam apabila diberitahu ketetapan as-Sunnah mereka bantah atau ketepikan dan terima pula ketetapan manusia yg akui diri mereka alim (atau berilmu)  walhal yg wajib diterima adalah as-Sunnah dan pendapat atau ketetapan manusia tiada nilai dalam Islam. Kenapa? Manusia, walau alim macam mana sekalipun, tidak mendapat wahyu dan tidak dipandu oleh Allah (a.w). Hanya Rasulallah (s.a.w) yg diberi taraf 'uswatun hasanah'.
Saudara, kita sendirilah yg sengaja menganianya diri kita sendiri apakala kita utamakan yg batil dan ketepikan yg haq. Kita lupakan pesanan Allah (a.w) dalam ayat di atas itu. Kita takpun gunakan al-Quran sebagai panduan. Takpun gunakan al-Hadith sebagai panduan. Kita takpun belajar memahami mesej al-Quran. Kita takpun belajar al-Hadith yg menjelaskan al-Quran. Dgn itulah kita akan hanyut di akhirat kelak kalau kita tidak ilmukan diri kita. inilah mesej Rasulallah (s.a.w) dalam hadith berikut:
Diriwayatkan hadith dari ibnu Abbas (r.a) bahawa Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Ilmu itu hidupnya Islam dan tiangnya iman.’ [Hadith Abu Shaikh] 
Kemudian, Rasulallah (s.a.w) memberikita tahu tak hairanlah golongan yg masuk neraka itu, tak dapat syurga sebaliknya masuk nereka, kerana apa? Kerana apa yg disebutkan dalam hadith berikut:
Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Sesungguhnya Allah (a.w), Zat yg Maha Luhur murka pada setiap orang (Islam yg beriman) yg pandai (i.e. bijak dan pintar) dalam ilmu dunianya (tetapi) yg bodoh (i.e. jahil) dalam ilmu akhiratnya.’ [Hadith a-Hakim dan Hadith ad-Dalimi].
Saudara, ramai manusia Islam, termasuklah orang Melayu, yg pandai dan bijak mengurus dunianya, tapi jahil dan bodoh dalam menguruskan akhirat mereka. 
Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Ketahuilah aku telah diberikan sebuah kitab (i.e. al-Quran) dan bersamanya (yakni, yg diberikan Allah (a.w) bersekali al-Quran itu) sesuatu yg menyerupainya (yakni, yg seiring dengan al-Quran, i.e. al-Hadith).’ [Hadith Abu Daud] 
Saudara, orang yg tak mahu terima as-Sunnah atau perlekehkan as-Sunnah tidak faham pesanan Rasulallah (s.a.w) dalam hadith di atas itu. Maka dgn itulah untuk pasti mendapat syurga, syaratnya adalah Ayat 13, Surah an-Nisa' - taatkan Allah (i.e. ikuti al-Quran) dan taatkan Rasulallah (s.a.w) (i.e. ikuti as-Sunnah) pasti dapat syurga.

Jazakallahu khairah

Thursday, November 24, 2011

Dialog: Ahli Neraka & Ahli Syurga (Samb.)

Assalamualaikum,
Alhamdulillah, dalam post sebelum ini kita telahpun tahu bahawa ada tiga kategori orang Islam, iaitu: golongan pertama, orang Islam yg Islam tetapi jahil atau separuh jahil dgn Islam dan syariatnya (= tuntutan agama Islam), maka mereka anuti Islam secara ikut-ikutan berdasarkan apa yg nenek moyang mereka kerjakan atau amalkan atau berdasarkan caka-cakap atau persangkaan; dan golongan kedua, orang Islam yg berilmu, kerana dia mengaji atau pelajari Islam dan syariatnya sebagaimana dia belajar ilmu dunia di sekolah tadika, sekolah rendah, sekelolah menengah dan sekolah tinggi, maka dia tahu ilmunya dan sumber ilmunya sah iaitu ilmu al-Quran dan as-Sunnah, tetapi dia abaikan sebahagian dan kerajakan sebahagian, maka dia menzalimi dirinya keran tak kerjaka apa yg disuruh dan lakukan apa yg ditegah; dan golongan ketiga, orang yg termasuk dalam golongan kedua itu, dia mengamalkan segala yg disuruh sekuat mampu atau seboleh-bolehnya dan meninggalkan apa yg ditegah. Golongan ketiga ini menepati Ayat 13, Surah an-Nisa' dan mereka tidak tergolong dari kalangan ornag yg disebutkan dalam Ayat 14, Surah an-Nisa'.
Kita telah lihat golongan pertama pasti masuk neraka, kerana mengerjakan amalan dan ibadah dalam kejahilan dan tidak menepati ketetapan Allah (a.w). Berapa lama dalam neraka? Wallahu 'alam. Kerana dalam hidupnnya - selama 50 atau 60 atau 70 atau 80 tahun itu - segala amalan dan ibadahnya tak dapat pahala, tak diterima Allah (a.w)! Rugi mereka. Namun, akhirnya kelak, akan masuk syurga juga setelah terhakis dosa-dosa kerana tak buat ikut spesifikasi Allah (a.w). Dalam masa yg sama dia berdosa sepanjang hidupnya. Maka timbangan dosanya lebih berat dari timbangan pahalanya.
Golongan yg kedua pula, ilmunya benar, sandaran atau dasar amalan dan ibadahnya benar dan dia menjalani kehidupan di dunia itu atas dasar yg benar - al-Quran dan as-Sunnah - segala amalan dan ibadahnya diterima Allah (a.w) dan diberi pahala, namun dosa yg dikerjakan tetap dosa. Hanya dosa akan terhakis apabila dia sering beristighfar ( = membaca: 'Astaghfirullahil azim, allazi lailaha illah, hual haiyum qaiyum wa-atubu ilaik') dan sentiasa bertaubat meminta ampun kpd Allah (a.w) terhadap segala dosa yg dilakukan atau mungkin dia rasa dia lakukan, tanpa disedarnya. Mereka ini dapat syurga apabila timbangan pahalanya berat dari timbangan dosanya, kalau ada dosa-dosa yg berbaki setelah dipohon keampunan dari Allah (a.w). 
Saudara, janganlah kita jadi atau termasuk dalam golongan orang-orang berikut: pertama, Islam tapi tak belajar ilmu al-Quran dan as-Sunnah, kerana beramal tanpa ilmu tak diterima Allah (a.w) amalan kita; kedua, kita Islam tapi takpun kerjakan yg diperintah dan tak pula tinggalkan apa yg ditegah atau dilarang. Islam tapi takpun beramal dan beribadah. Mereka itu terkeluar dari Islam, kerana Islam mensyaratkan bahawa sesiapa yg tinggalkan, sebagai contoh, satu solat fardu, jatuh kafir. Ketiga, janganlah kita jadi orang Islam yg menolak satu drp ketetapan Allah (a.w) dan ketetapan as-Sunnah, maka kita dianggap kafir atau fasiq, kerana menentang atau tidak menerima suatu ketetapan Islam yg terdapat alam al-Quran atau as-Sunnah. Keempat, janganlah kita menjadi orang Islam yg meremehkan atau meringankan atau memperlekehkan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah. Apabila diberitahu sesuatu yg benar ( = yg benar apabila ada dalam al-Quran dan as-Sunnah), kita berdebat atau berhujjah untuk menidakkan apa yg kita diberitahu. Atau, kita pertikaikan atau kita persolakan. Kelima, janganlah jadi orang Islam yg amalkan amalan dan ibadah yg tiada sandaran ketetapan al-Quran dan as-Sunnah atau amalkan suatu amalan dan ibadah tetapi dicemari oleh bid'ah, kerana amalan orang sedemikian tidak diterima Allah (a.w) amalan dan ibadahnya atau dia dianggap kafir atau dianggap syirik atau terkeluar dari Islam tanpa disedari. Keenam, janganlah jadi orang yg sering berdosa terhadap orang Islam atau orang Iman yg lain, kerana di akhirat kelak, perlu membayar dosa-dosa kita terhadap mereka dgn pahala baki setelah dihisab di padang makhsyar kelak. Kita mungkin calun syurga tapi setelah dilunaskan 'hutang dosa' terhadap orang lain, kita jadi muflis. Ketujuh, janganlah kita jadi orang ygberamal dan beribadah serta berpanu dalam kehidupan berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah. Tambahan pula, kita yg menghalang-halangi mereka itu, sendiri jahil ilmu al-Quran dan as-Sunnah, yakni kita yg jahil atau separuh jahil ilmu al-Quran atau as-Sunnah. Namun, kita batasi atau halangi atau kita sekat aktiviti makruf mereka atau persulitkan mereka hendak beramal dan beribadah. Kita jadi penghuni neraka, walaupun kita ketika hidup istiqamah beramal. Dan, kita rasa kita Islampun! Kedelapan, janganlah kita jadi orang berilmu tapi tak mau sampaikan ilmu, Atau, kita sampaikan ilmu hanya kalau dibayar fee atau ukhra yg lumayan. Kesembilan, janganlah kita jadi orang Islam yg berilmu tapi sembunyikan ilmu yg kita ada tak mau sebarkan nanti mengganggu pula kehidupan dunia kita yg kita memangpun sebok. Kesepuluh, janganlah kita akui diri kita Islam tapi kita merasakan bahawa kita berhak masuk/dapat syurga walaupun kita belum menghisab diri kita apakah kita benar-benar layak? Jangan syok sendiri! Ramai orang Islam silap. Kita Islam belum pasti dapat syurga kecuali kita Islam menepati Ayat 13, Surah an-Nisa'. Untuk mengetahui apakah kita memenuhi ketetapan Ayat 13, Surah an-Nisa' itu, kita wajib semak ilmu kita dan semak amalan dan ibadah kita dan semak panduan hidup kita. Syurga itu bukan anugerah yg mudah dan murah kalau kita jahil ilmu ...

Jazakallahu khairah

Dialog: Ahli Neraka & Ahli Syurga

Assalamualaikum,
Saudara, dalam beberapa post yg lalu kita telah lihat beberapa ketetapan al-Quran mengenai perkara-perkara berikut; iaitu: pertama, tentang kesudahan manusia yg Islam dan kafir yg hidupnya melibatkan diri dalam menghalangi manusia drp menjadi orang Islam yg benar, iaitu beriman dgn al-Quran dan as-Sunnah, atau golongan umat Islam yg akui diri mereka Islam tetapi beramal dan beribadah secara batil kerana tidak menepati ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, dan golongan orang yg akui dirinya Islam tetapi yg berniat untuk memesongkan atau menyelewengkan aqidah atau berusaha, secara sedar atau tampa sedar, melakukan pelbagai cara dan karenah supaya malan dan ibadah orang Islam yg berpandukan al-Quran dan as-Sunnah itu menyimpang dan mengikuti fahaman mereka, yg mereka yakini sebagai benar, walhal batil dalam konteks ketetapan al-Quran dan as-Sunnah. Kedua, golongan orang Islam yg beriman, yg telah selesai proses hisaban di padang makhsyar, dan merupakan calun syurga, tetapi belum diberi kesempatan untuk masuk syurga, kerana proses hisaban hutang piutang dan dosa terhadap manusia belum diselesaikan lagi. Mereka itu adalah golongan yg berdosa kpd atau terhadap manusia lain dalam dunia dulu. Kerana dosa sesama makhluk perlu diselsaikan dgn makhluk. Jika banyak lebihan dosanya terhadap manusia, maka akan ditolak dosa=dosa mereka dgn manusia, dan kalau habis, maka muflis dia, maka dia akan dimasukkan ke dalam neraka. kalau ada baki pahala, setelah ditolak, masa dia masuk syurga.Golongan inilah disebutkan 'ashabul a'raf' dalam Surah al-A'raf itu. Mereka duduk di atss benteng yg tinggi yg memisahkan syurga dgn neraka. Mereka tahu drp tanda-tanda yg ada pada ahli neraka bahawa mereka ahli neraka dan tanda-tanda ahli syurga drp apa-apa yg ada pada mereka. Ketiga, kita diberitahu pula dialog antara 'ashabul a'raf' ini dgn penghuni neraka dan penghuni syruga.Mereka mengharapkan agar selepas diselesaikan urusan dosa antara manusia, mereka akhirnya akan dapat syurga. Dan, mereka curiga bahawa setelah selesai perkiraan sedmekian mereka juga akan masuk neraka.
Saudara, yg utama kita wajib fahami adalah dua pengajaran dari sinario realiti akhirat ini; iaitu: pertama, jika kita Islam dan beriman, wajiblah kita fahami bahawa sandaran atau dasar atau panduan hakiki Islam dan syariatnya adalah al-Quran dan as-Sunnah. Kedua, hanya al-Quran dan as-Sunnah mengandungi perintah dan ketetapan Allah (a.w), spesifikasi bentuk-bentuk, cara dan kaedah beramal dan beribadah kpd Allah (a.w) sebagai memenuhi ketetapan pada Ayat 57, Surah az-Zariat: 'Wa-ma khalaqtul jinna wal-insa illa liya'buduni' (Yg bermaksud: (Allah berfirman): Tidaklah Aku (Allah) jadikan jin dan mansuia itu kecualu untuk mengabdikan diri kpdKu'. Ketiga, mengabdikan diri bermaksud mengerjakan segala perintah dan suruhan - yg disuruh kerjakan atau laksanakan sekuat mampu dan yg ditegah atau dilarang dijauhi dan jangan lakukan. Dan panduan hidup atau spesifikasi syariat agama Islam itu adalah yg menepati ketetapan al-Quran dan as-Sunnah dan sebagaimana yg dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w), kerana beliau adalah model terbaik - par excellence - Ayat 21, Surah al-Ahzab! Tiada model orang iman yg terbaik atau lebih baik dari model Rasulallah (s.a.w). Sesiapa yg mengabdikan diri - beramal dan beribadah - berlainan drp spesifikasi tersebut itu, batil Islamnya, maka walaupun Islam di akhirat kelak, masuk neraka tak dapat syurga, kerana segala pengabdian - amalan dan ibadah serta amal makrufnya - tak diterima Allah (a.w). Allah (a.w) menetapkan bahawa Rasulallah (s.a.w) itu wajib dtaati - suruhannya dan tegahannya diikuti dan dipatuhi. Kerana sesiapa yg mentaati Rasulallah (s.a.w) diakui Allah (a.w) telah mentaati Allah (aw) - Ayat 80, Surah an-Nisa' dan mengambil atau berpandukan as-Sunnah itu diwajiban oleh Allah (a.w)  - Ayat 7, Surah al-Haysr, contohnya.
Sehubungan itulah, mana-mana orang Islam atau mana-mana pihak yg cuba mengubah syiar atau syariat atau ketetapan syariat Islam yg dibawakan atau diajarkan atau didemokan oleh Rasulallah (s.a.w) itu adalah dianggap orang yg menghalang kelancaran serta kesucian syariat Islam atau orang yg cuba memesongkan aqidah atau menyelewengkan ketetapan Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) yg haq. maka golongan mereka ini kalau Islam mereka maka mereka masuk neraka secara pasti mengikut firman Allah (a.w) tersebut. Contoh: kalau adaorang ingin ajarkan al-Quran atau as-Sunnah, tetapi dihalangi atau dibatasi atau dicegah sama sekali, orang yg menghalang atau membatasi atau menegah tersebut, walaupun Islam, adalah ahli nereka mengikut ketetapan Allah (a.w) tersebut, kerana Allah (a.w) (dan Rasulallah) perintah umat Islam, siapa saja, sampaikan ilmu walaupun sekadar satu ayat al-Quran atau sepotong hadith!
Pengajaran kedua adalah sebagai orang Islam, kita ada peluang dapat syurga kalaulah ada dalam hati nurani kita keyakinan atau kepercayaan tentang kewujudan Allah (a.w) yg esa dan kita tidak syirik terhadapNya, kita percayakan para rasul dan nabi, terutama Nabi Muhammad (s.a.w), adalah rasul penamat, kita yakin wujudnya kitab-kitab panduan agama yg terakhir adalah al-Quran, kita yakin wujudnya qiamat dan hari pembalasan, kita percaya kepastian ada syurga dan neraka dan balasan trhadap segala apa yg kita lakukan ketika kita hidup, dan kita bertanggungjawab trhadap segala sesuatu yg kita lakukan sepanjang hidup kita, dan kita juga yakin dgn qada' dan qadar kita yg baik maupun yg buruk. Kita Islam dan beriman. maka kita ada peluang untuk mendapat syurga. Orang yg tidak Islam dan yg Islam tapi tidak akui atau meragui segala yg ghaib-ghaib di atas itu, tidak berpeluang masuk syurga. Walau bagaimana baiknya mereka dan walau bagaimana dermawannya mereka semasa hidup di dunia, takda makna dan takda guna, mereka, apabila kiamat dunia, akan terus di halau oleh malaikat terus ke neraka. kalau kita Islam langkah ruginya kita!
Orang yg akui dirinya Islam pula hanya diterima Islamnya - dan amal ibadahnya - kalau mereka beramal dan beribadah menepati ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, maka keIslaman mereka diakui sah dan diterima dan segala amalan dan ibadahnya dimasuk kira. Kalau akui Islam tapi berlainan dari ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, tidak diterima Islam mereka. Maka mereka itu sama dgn orang-orang yg tidak Islam. Allah (a.w) hanya akui umat manusia yg Islam yg mengikuti ketetapanNya 100% - bukan ikut 99% tapi ikut yg lain 1%, atau ikuti ketetapan al-Quran dan as-Sunnah 51% dan ikut ketetapan selain al-Quran dan as-Sunnah 49%! Allah (a.w) wajibkan kita orang Islam yg ikuti perintahNya 100%. Kita terima 100%' Amalan? kalau kita terima tak amalkan, maka kita dianggap orang yg 'menzalimi diri'. Kerana dah tahu perintah, tapi tak buat. Orang yg dicop 'menzalimi diri sendiri' (yg sering disebut dalam al-Quran - 'zalumu bi-nafsihi') itu wajib dibersihkan di dalam neraka, tapi ada peluang masuk syurga, setelah dibersihkan! Orang yg tidak Islam tidak dapat dibershkan oleh neraka! Maka tak mungkin masuk syurga - kecuali, kata Allah (a.w), boleh unta lalui atau melalui lubang jarum! Mustahil.
Orang Islam yg tidak ikuti panduan al-Quran dan as-Sunnah kerana kejahilan atau kerana fikirkan ilmu dan panduan yg diterima mereka dari neneak moyang mereka yg Islam, maka beramal dgn cara ikut-ikutan atau dalam kejahilan, menghadapi risiko yg besar terhadap kehidupan akhiratnya kelak. Kalau beramal dan beribadah secara ikut-ikutan samalah dgn amalan orang India dan China beramal dgn apa yg diamalkan oleh nenek moyang mereka. Samalah juga dgn perbuatan atau sinario masyarakat Arab Jahiliah sebelum datangnya Islam. Atau, samalah dgn amalan atau ibadah kaum Yahudi sebelum Musa (a.s) di utus dg Kitab Tauratnya. Samalah juga dgn masyarakat Nesarani, sebelum diutus Isa (a.s) dgn kitabnya, Kitab Injil, tidak diterima amalan dan ibadah mereka. Begitu jugalah dgn Islam. Sesiapa yg tidak berpandukan al-Quran dan as-Sunnah, dalam beramal dan beribadah, tidak diterima Islamnya! Wal iya zubillah.
Saudara, Islam itu mudah dan mudah dianuti, tetapi hanya dgn ilmu. Kalau beramal dan mengerjakan ibadah dalam kejahilan atau tanpa ilmu, Allah (a.w) perinatkan kita:
Firman Allah (a.w): ‘Dan, janganlah kamu kerjakan (atau ikuti atau amalkan) sesuatu apa-apa yang kamu tiada ilmu mengenainya (i.e. apa-apa yg dikerjakan seumpama amalan dan ibadah); sesungguhnya pandangaran kamu (i.e. telinga), dan penglihatan kamu (i.e. mata) dan hati kamu kesemuanya atas kamu akan ditanya/disoal (yakni, kamu dipertanggungjawabkan tentang apa yg kamu kerjakan atau amalkan dan ibadahkan) (ketika di akhirat kelak).’ [Ayat 36, Surah al-Isra’]
Kemudian, Rasulallah (s.a.w) menyampaikan perintah Allah (a.w) bahawa ilmu itu wajib dipelajari: 
Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Ketahuilah aku telah diberikan sebuah kitab (i.e. al-Quran) dan bersamanya (yakni, yg diberikan Allah (a.w) bersekali al-Quran itu) sesuatu yg menyerupainya (yakni, yg seiring dengan al-Quran, i.e. al-Hadith).’ [Hadith Abu Daud] 
Dan, kalau kita gunakan panduan selain al-Quran dan as-Sunnah, kita akan gagal mendapat pahala, kerana kita pasti menyimpang dari jalan yg bebar dalam menganuti Islam. Inilah pesanan Rasulallah (s.a.w) berikut: 
Sabda Rasulallah (s.a.w): ‘Ilmu yg wajib dipelajari itu ada tiga, dan apa-apa yg selainnya (yakni, lain-lain ilmu itu) baik (untuk dunia): (yang wajib dipelajari) iaitu (pertama) ayat-ayat yg menghukum (yakni, al-Quran); (kedua) sunnah yg tegak (yakni, as-sunnah atau al-Hadith); dan (ketiga) hukum faraid yg adil.’ [Hadith Abu Daud, Kitab Faraid]
dan ilmu dalam Islam untuk memahami Islam itu adalah al-Quran dan as-Sunnah dan sesiapa yg berpandukan ilmu selain yg dua itu akan sesat, yakni cari syurga tapi dapat neraka. Inilah pesanan Rasulallah (s.a.w): 
Sabda Rasulallah (s.a.w): ‘Aku tinggalkan kepada kamu sekelian dua perkara, tidak akan sesat kamu selama-lamanya (mencari siratul mustaqim, yakni jalan mendapatkan syurga) apabila kamu perpegang teguh dengannya, iaitu Kitab Allah (a.w) (i.e. al-Quran) dan sunnah nabiNya (i.e. as-Sunnah atau al-Hadith) [Hadith Imam Malik dalam Mu’ato’ dalam Kitab Jami’]
Rasulallah (s.a.w) mengingatkan kita ilmu hanya didapati dgn satu cara sahaja - cara yg pasti, iaitu mengaji atau belajar ilmu. Ilmu bukan didapati melalui penglihatan atau 'observation' atau dgn memerhatikan gelagat orang lain beribadah atau beramal. Bukan, dgn belajar dari ceramah atau cakap-cakap manusia, kerana belum kita pasti yg orang yg mengajar atau bersyarah atau bercakap itu benar bercakap berdasarkan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah. Ilmu itu wajib dipelajari. 
Sabda Rasulallah (s.a.w): ‘Wahai manusia! Sesungguhnya ilmu hanya didapati dengan belajar (i.e. mengaji) dan kefahaman agama itu hanya diperolehi dengan mencari kefahaman (dari orang yg faham) dan sesungguhnya orang yg takutkan Allah (a.w) itu adalah hamba-hambaNya yg berilmu.’ [Hadith at-Tobrani]
Jelaslah, kita hendak faham Islam dan syariatnya. Kita hendak pasti yg Islam kita betul, hanya dgn ilmu. Kita hendak pastikan segala amalan dan ibadah kita sebagai seorang Islam akan dikira betul, hanya dgn ilmu. Tanpa ilmu,kita dianggap melakukan sesuatu atas anggapan (zan) atau persangkaan atau agak-agak sahaja. Dan, Allah (a.w) operingatkan dalam al-Quran bahawa persangkaan itu 100% dusta atau tak betul. Yg pasti hanyalah panduan al-Quran dan as-Sunnah.
Amalan dan ibadah hendaklah dikerjakan secara pasti dgn bersandarkan ilmu, dan ilmu itu hanyalah sah kalau dari al-Quran dan as-Sunnah. Kalau kita beramal dan beribadah tanpa mengilmukan diri kita sewajarnya, maka tergolonglah kita dari kalangan orang kulitnya Islam tapi isinya bukan Islam, wal iya zubillah. kalau kiat jahil (= takda ilmu = tak cukup ilmu, kerana tanpa panduan atau berpegang kpd al-Quran dan as-Sunnah), dan kita pula halangi orang Islam lain ajarkan ilmu al-Quran dan as-Sunnah, kita sudah pasti melakukan suatu diosa yg amat besar dalam Islam, maka Allah (a.w) masukkan kita dalam neraka. Ini kita telahpun lihat dalam post yg lalu. 
Insya Allah, kita akan teliti pula dalam post yg akan datang segolongan orang Islam yg lain yg Islam tetapi masuk neraka.  Mereka itu Islam tetapi '... ittakhazu dinahum lahwan wa-la'iban wa-gharrathumul-hayatud-dunya ...' (Yg bermaksud: orang-orang Islam yg (golongan pertama) mengambil atau mengamalkan agamanya tanpa mendapat manfaat dari agamanya (= amalan dan ibadahnya tidak didasari ketetapan Allah dan Rasulallah) dan (golongan kedua) orang-orang Islam yg anuti agamanya secara mainan atau suka-suka atau sambil lewa dan (golongan ketiga) orang yg ditipu oleh kehidupan dunianya) [Ayat 56, Surah al-A'raf] . Tiga golongan umat Islam. Kita akan teliti dgn teliti dalam post yg akan datang, insya Allah.

Jazakallahu khairah

Wednesday, November 23, 2011

Mati Syahid: Kerana Terbunuh ...

Assalamualaikum,
Saudara, kita sering dengar orang bercakap tentang 'mati syahid'. Katanya orang yg mati syahid itu pastilah mendapat syurga. Apakah begitu? Benar. Orang yg mati syahid itu pasti mendapat syurga, dgn syarat dia mati bukan sengaja mencari untuk dibunuh atau apa-apa tujuan, tetapi mati terbunuh kerana menetapi sesuatu peraturan Allah (a.w0 dan peraturan Rasulallah (s.a.w) - berdasrkan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah. Contohnya, orang yg berperang di zaman dahulu untuk mempertahankan agama Islam atau untuk mengembangkan agama Islam kpd manusia jahiliah, maka jika dalam proses mengislamkan kaum kafir dan jahiliah dia terbunuh, maka dia mati syahid. Kerana dia membela agama Islam.
Soalnya, kalau sekarang ini adakah kemungkinan seseorang yg Islam itu boleh mati syahid? Ada. Adakah orang yg menjadi anggota teroris, contohnya, terbunuh, dikira mati syahid? Sebelum dipastikan soalnya apakah yg mereka perjuangkan? Adakah merka perjuangkan Islam atau umat Islam atau negara Islam yg dicabar oleh musuh yg ingin merosakkan Islam dan aqidah Islam atau mengusahakan supaya orang Islam dan iman kembali tidak beriman? Tujuan perjuanagn 'jihad' itu penting.
Saudara, kita lihat dua hadith berikut yg menjelaskan tentang mati syahid yg diakui benar dalam Islam. Seseorang yg mati dalam keadaan sedemikian itu diiktiraf sebagai mati syahid, maka dia berhak mendapat syurga.
Menceritakan hadith dari Abdullah b Hassan berkata: 'menceritakan hadith oleh pakciknya, Ibrahim b Muhammad b. Talhah hadith dari Abdullah b Omar hadith dari Nabi (s.a.w) yg bersabda: 'Man urida maluhu bighairi haqqin fa-qatala fa-qutila fahua syahidun.' (Yg bermaksud: Barangsiapa yg dikehendaki (yakni, dirampas atau dicuri atau dipaksa swerahkan harta muliknya oleh seseorang) dgn tanpa hak (yakni, kebenaran) maka memerangi (yakni, melawan) dia, maka dibunuh akan dia, maka dia (yg dibunuh) itu mati syahid.) [Hadith Abu Daud, Kitab Sunnah]
Saudara, hadith ini menyebutkan situasi bilamana seseorang itu dipaksa oleh seseorang yg lain yg hendak merampas atau mengambil dgn paksa atau merompak atau mencuri hartanya yg orang yg merampas itu tidak berhak terhadap harta miliknya itu, maka dalam situasi tersebut dia mempertahankan harta miliknya, dan dia terbunuh dalam situasi sedemikian itum, maka dia mati dianggap mati syahid.. Orang yg mati syahid dalm keadaan sedemikian itu berhak mendapat syurha di akhirat kelak.Oleh itu, jika seseorang itu terserempak dgn seseorang yg hendak merompaknya atau mencuri hartanya, dia melawan mempertahankan harta haknya, dan dia dikalahkan maka dibunuh oleh orang yg merompak atau merampas hartanya, maka dia mati dalam keadaan mati syhaid.
Diriwayatkan hadith dari Abi 'Ubadah b Muhammad b. 'Ammar b. Yassar hadith dari Talhah b. Abdillah b. 'Auf hadith dari Said b Zaid hadith dari Nabi (s.a.w) bersabda: 'Man qutila duna malihi fa-hua syahidun, wa-man qutila duna ahlihi au duna damihi au duna dinihi fa-hua syahidun.' (Yg bermaksud: Barangsiapa yg dibunuh di bawah (yakni, kerana dipaksa orang yg ingin mengambil hartanya dan dia mempertahankan haknya) maka dia mati syahid, dan orang yg dibunuh di bawah (yakni, memeprtahankan) ahlinya (yakni, keluarga dari dianianya atau dikasari atau dicederakan oleh orang yg memaksanya), maka dia mati syahid atau (mempertahankan) darahnya (yakni, keselamatan dirinya) atau kerana (mempertahankan) agamanya (spt dipaksa mengikut agama atau meninggalkan agamanya = Islam) , maka dia mati syahid (jika terbunuh kerana mempertahankannya)). [Hadith Abu Daud, Kitab Sunnah]
Saudara, jelaslah situasi yg menjadikan seseorang itu mati syahid yg diiktiraf dalam Islam adalah spt berikut: pertama, mati kerana dibunuh oleh orang; kedua, mati kerana mempertahankan hartanya; ketiga, mati kerana mempertahankan keselamatan dirinya dari di cederakan dan sebagainya; keempat, mati kerana mempertahankan keselamatan keluarganya; dan keenam, mati kerana mempertahankan agamanya atau aqidahnya. Kesemua situasi tersebut menjadikan orang yg mati itu mati syahid. Seseorang yg mati syahid akan mendapat syurga di akhirat kelak. 
Selain itu, sesiapa yg mengaji Islam dan syariatnya akan diberitahu oleh Rasulallah (s.a.w) bahawa berjalan atau mengadakan perjalan untuk pergi ke tempat pengajian ilmu al-Quran dan as-Sunnah, perjalan mencari ilmu sedemikian itu dikita perjalan memperjuangkan agama Islam, maka adalah termasuk dalam urusan fi sabilillah. Jika ditakdirkan dalam perjalanan tersebut dia terkurban oleh sesuatu, dan mati dia, maka matinya juga dianggap mati syahid. Demikianlah besarnya pahala bagi orang yg berusaha untuk mencari ilmu yg haq supaya dia lebih faham agamanya dan dgn kefahaman sedemikian dia boleh beramal dan beribadah menepati tuntutan Islam sebagaimana yg diajarkan oleh Rasulallah (s.a.w). Malangnya, hari ini berapa ramaikah umat Islam yg akui diri mereka Islam dan inginkan kejayaan akhirat semasa hidupnya akan berusaha mencari ilmu. Manusia itu akan berusaha sedaya upaya mencari dunianya. Terkadang sampai terlupa dia tanggungjawabnya terhadap Allah (a.w) - khususnya mengerjakan amalan dan ibadah kerana mencari kerahmatan Allah (a.w) dgn menumpukan sedikit masa untuk belajar ilmu al-Quran dan as-Sunnah supaya boleh dia menyemak ilmunya mengenai Islam dan syariatnya, dan supaya dia boleh membetulkan amalan dan ibadahnya supaya sejajar dgn tuntutan as-Sunnah, dan akhirnya, lebih utama, supaya dia beramal dan beribadah menepati tuntutan syariat Islam berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah.
Mudah-mudahan kita diberi petunjuk oleh Allah (a.w) untuk melakukan segala sesuatu demi mencari kesejahteraan akhirat ketika nyawa masih dikandung badan, insya Allah.

Jazakallahu khairah

Tuesday, November 22, 2011

Adab Makan & Minum dalam Islam (Samb.)

Assalamualaikum,
Saudara, kita teruskan semakan kita terhadap tajuk di atas itu. Kita lihat pula ketetapan as-Sunnah berikut pula, yg secara langsung melambangkan ukhuwah atau persaudaraan dalam Islam:
Diriwayatkan hadith dari 'Ato' b Saib hadith dari Saib hadith dari Said b Jubairin hadith dari ibnu Abbas bahawasanya Nabi (s.a.w) bersabda: 'Al-barakatu tanzilu wa-sato to'ami fakulu min hafataihi wa-la takkulu min wa-satohi.' (Yg bermaksud: Adapun keberkatan (dalam makan itu) turun (yakni, bertempat) di tengah-tengah makanan (bekas yg digunakan untuk makanan/makan), maka makanlah (dgn memulakan) dari arah kiri dan kanan makanan (bekas makanan), dan janganlah makan (dgn memulakan) dari tengah makanan (bekas makanan).) [Hadith at-Termidzi, Kitab Makanan]
Hadith ini menyebutkan bahawa keberkatan dalam makanan itu berada di tengah-tengah makanan atau ditengah beks makanan itu dihidangkan. Maka disuruh kita ambi dari sekeliling kawasan tengah, bukan disuruh kita ambil yg tengah. Keberkatan itu melibatkan peradaban makan secara berjema'ah - beramai-ramai atau berkumulan - keberkatan berada dalam masyarakat Islam yg bersatu padu, saling bermesra antara satu sama lain, termasuklah dalam perkara makan. 
Saudara, bagi saudara yg sudah lama berada di dunia, mungkin sekali pernah melihat upacara atau majlis makan minum generasi lama dalam kenduri kendara dan seumpamany. Ketika itu makanan dihidangkan di dalam dulang (besi atau tembaga). Ditengah-tengah dulang itu diletakkan lauk pauk, manakala ditepi-tepi lauk pauk itu diletakkan sayur-saturan atau lain-lain juadah, di keliling lauk itu dibubuh nasi (atau di negara Arab, roti).Setiap dulang itu dikhususkan untuk seberapa ramai orang makan dgn menggnakan tangan. Ketika makan kesemua yg dikhususkan untuk dulang tersebut, katalah 4 atau 5 orang, mereka akan duduk mengelilingi dulang dan makan nasi di hadapan masing-masing dan mengambil sedikit demi sedikit lauk dan perncah lain yg letaknya ditengah dulang. Merekapun makanlah dgn berkongsi lauk pauk dan perencah lain sehinggalah habis nasi yg terhidang dimakan.
Sistem dan cara makan ini menggalakkan semangat kekitaan sesama umat Islam, kerana tidak dibezakan pangkat dan darjat dan dipastikan bahawa kesemua yg terhidang itu dihabiskan kerana kebrkatan itu adalah makanan yg dihabiskan. Mungkin dalam kumpulan 4 atau 5 orang itu tak sama  kadar kelaparan atau kemampuan makan, maka yg makan banyak boleh makan banyak kerana nasi yg trhidang itu dikongsi bersama dan lauk pauknya juga dikongsi bersama.
Saudara, sesiap yg biasa ke Saudi Arabia untuk umrah atau haji, seringkali singgah di pertengahan jalan dan dihidangkan makanan dalam bentuk 'jema'ah' sedemikian itu.
Diriwayatkan hadith dari Amru b Dinar, penyimpan harta sabilillah milik keluarga Zubir berkata:'Aku mendengar Salim b Abdillah b Omar berkata: 'Aku mendengar bapaku (yakni, Abdullah b Omar) berkata dia: 'Aku mendengar Omar b Khattab (r.a) berkata: 'Rasulallah (s.a.w) bersabda: 'Kulu jami'an wa-la tafarraqu fa-inna barakata ma'al jama'ata.' (Yg bermaksud: Makanlah dgn berjema'ah (ie. bersama-sama) dan jangalah (makan) berfirqah-firqah (yakni, berpisah-pisah atau brasingan), maka sesungguhnya keberkatan (ketika makan) itu (adlah makan) beserta jema'ah (yakni, bersama-sama).) [Hadith ibnu Majah, Kitab Makanan]
Saudara, hadith ini diriwayatkan oleh tiga gereasi orang iman yg kesemuanya alim, iaitu cucu Omar b Khattab, anak kpd anak Omar, Abdullah b Omar atau dikenal dalam as-Sunnah sebagai ibnu Omar, sahabat Rasulallah (s.a.w), dan Salim anaknya.
Kalau kita lihat kalimah dalam hadith itu disebutkan kalimah 'jami'an' (= secara berjema'ah) dan kalimah (wa-la tafarraqu' (= jangan berfirqah-firqah atau berpcah-pecah atau terasing). Dua jkalimah ini disebutkan oleh Allah (a.w) dalam firmanNya dalam al-Quran khususnya Ayat 103, Surah ali-Imran:' 'Waktasimu bihablillahi jami'an wa-la tafarraqu' (yg bermaksud: Dan peganglah tali Allah (a.w) (yakni, agama Islam) secara berjema'ah dan janganlah kamu berfirqah (= berpecah-pecah atau berkumpulan terasing atau berasingan)). Jelas Islam itu dalam semua perkara menggalakkan berjema'ah dan bermusyawarah dan jangan berpecahpecah atau mengadakan perkumpulan secara eksklusif atau terasing atau berasingan. Eemikianlah ukhuwah dan kesepaduan dalam Islam. Maka dgn itulah Islam utamakan hakikat berjema'ah dalam menganuti Islam sebagai agama. Bagi mereka yg belajar atau mengaji ilmu as-Sunnah secara sempurna dan terpimpin oleh guru yg faham tentang Islam dan syariatnya yg haq (terutama, as-Sunnah), mereka akan faham maksud Ayat 103, Surah ali-Imran Dan, bagaimana hakikat perintah induk Allah (a.w) diterjemahkan dalam realiti kehidupan, ukhuwah serta solidariti umat Islam dalam perkara yg sekecil-kecilnya, iaitu  perkara makan minum, satu aktiviti kecil manusia. Kita dalam Islam disuruh makan bersama. Maka dalam keluarga disuruh makan sekeluarga satu masa dan di satu tempat - ibu dan bapa makan bersama-sama anak-anaknya dan cucunya dan cicitnya. Melambangkan kesepakatan dalam keluarga dan kemesraan antara anggota atau ahli famili. Demikian jugalah dalam kesepakatan dan kemesraan sesama umat Islam dalam keluarga besar Islam di Malaysia mahupun di manamana sahaja. 
Malangnya hari ini umat Islam dalam keluarga sering terpisah. masyarakat Islam saling saling terpisah keran ada golongan yg lebih mulia dan ada pula yg dikira hina atau bertaraf rendah dalam masyarakat. Tak hairanlah hari ini dan seterusnya kelak percahan umat Islam akan lebih serius lagi, sehinggakan umat Islam diperlekahkan oleh orang yg tidak Islam ...
[Nota: Lebih malang lagi apakala para ulama' dan ilmuwan arus perdana Islam mentafsirkan kalimah 'jamian' dalam Ayat 103, Surah ali-Imran itu sebagai 'kesemuanya' dan bukan 'berjema'ah', walhal mereka yg faham ilmu as-Sunnah, akan maklum bahawa 'jami'an' adalah 'berjema'ah'. Kerana begitu banyak sabda Rasulallah (s.a.w) tentang prinsip atau hakikat atau ketetapan syariat Islam tentang kewajipan berjema'ah ini. Malah, hakikatnya Omar b Khattab (r.a) merumuskan segala sesuatu yg disebutkan oleh al-Quran dan Rasulallah (s.a.w) tentang hakikat atau kewajipan berjema'h itu spt berikut: 'La Islama illa bil-jama'ati ...' (Yg bermaksud: Tidak dikatakan Islam kecuali dgn berjema'ah ...) [Hadith Abu Daud]. Kita belum dikatakan berada dalam agama Islam yg haq atau benar sebagaimana dibawakan oleh Rasulallah (s.a.w) dan sebagaimana yg diperintahkan oleh Allah (a.w) kerana kita belumpun berjema'ah! Dgn itulah dalam post-post yg lalu kita sering dipringatkan bahawa golongan 'ahlus sunnah wal-jama'ah' itu adalah umat Islam yg berpandukan as-Sunnah (NB: as-Sunnah merangkumi al-Quran), iaitu sunnah Rasulallah (s.a.w) dan sunnah khalifah yg empat, dan berjema'h! Golongan yg berpegang serta berpandukan as-Sunnah dan mereka juga berjema'ah telah menepati ketetapan Islam yg ditetapkan oleh Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w). Mereka itulah menepati ketetapan Ayat 13, Surah an-Nisa', iaitu pasti dapat syurga.]

Jazakallahu khairah

Adab Makan & Minum dalam Islam

Assalamualaikum,
sauadara, kalau kita mengaji atau belajar secara sempurna Islam dan syariatnya, kita akan dapati bahawa betapa mudahnya kita mendapat pahala - semata-mata mengikuti as-Sunnah, contohnya, kita dapat pahala mudah. Meninggalkan segala sesuatu yg ditegah atau dilaran mendatangkan pahala. Apatah lagi mengerjakan apa yg disuruh atau diperintahkan mendapat pahala selain pahala yg dikhususkan untuk setiap amalan dan ibadah atau perlakuan dan perbuatan yg digesa kita sebagai umat Islam lakukan.
Saudara, dalam beberapa post yg akan datang kita lihat beberapa perkara mengani adab ketika makan dan minum dalam Islam. Segala peradaban yg disuruh itu apabila kita akur dan kerjakan, kita mendapat ganjaran pahala - pahala mengikuti ketetapan as-Sunnah dan pahala melaksanakan ketetapan as-Sunnah.
Diriwayatkan hadith dari Ubaidillah b Abdullah b Omar hadith dari Abdullah b Omar bahawasanya Nabi (s.a.w) bersabda: 'La yakkul ahadukum bi-syimalihi wa-la yasyrab bi-syimalihi, fa-innas-syaitana yakkul bi-syimalihi wa-yasyrib bi-syimalihi.' (Yg bermaksud: Jangalah makan salah seorang kamu dgn tangan kirinya dan janganlah minum (salah seorang kamu dgn) tangan kirinya; maka sesungguhnya syaitan makan dia dgn tangan kirinya dan minum dia dgn tangan kirinya.) [Hadith at-Termidzi, Kitan Makanan]
Hadith ini menyebutkan larangan as-Sunnah supaya makan dan minumlah dgn tangan kanan dan jangan dgn tangan kiri. Kerana syaitan itu makan dan minum dgn tangan kirinya.
Dalam perkara kanan dan kiri ini, ada diantara orang Islam yg kidal, yakni dia menulis dgn tangan kri dan seringkali mengerjakan segala sesuatu dgn menggunakan tangan kirinya. Apakah orang sedemikian juga menyuap makanannya dgn tangan kiri? Atau, dia memegang gelas atau cawan mnuman dgn tangan kirinya? kalau itulah kelazimannya, maka hendaklah dia mengubahnya supaya makan dan minum dgn menggunakan tangan kanan, walaupun dia kekal menulis dgn tangan kirinya. Di kalangan mereka yg sering hadhir majlis makanan atau santapan resmi dgn pembesar negara, mereka makan dgn menggunakan sudu dan garu serta pisau (untuk menghiris daging atau lauk, umpamanya). Kalau makan steak contohnya, daging itu dipotong dgn menggunakan pisau pemotong steak yg dipegang di tangan kanan kemudian garpu memegang daging yg dipotong dipegang oleh tangan kiri. Selalunya, setelah dipotong daging itu dicucuk dgn garpu dan dibawa ke mulut dgn mensuakan garpu yg ada daging itu ke mulut. Jelaslah makan dgn tangan kiri. Begitu jugalah roti yg dipegangdgn tangan kri, kemudian pisau butter/margerin di tangan kanan. Setelah disapukan butter (keju) di roti dgn menggunakan tangan kanan, maka roti itu dimasukkan ke mulut dgn tangan kiri pula. Itulah kelaziman makan cara Barat. Itulah juga kcara syaitan makan, tangan kiri menyuap nasi atau lauk atau roti dan sebagainya ke dalam mulut. Orang Islam gunakan tangan untuk makan, tangan kanan. Jelaslah peradaban makan atau santapan yg dikatan berbudaya itu adalah cara Barat dan cara syaitan makan dan minum.
Saudara, syaitan itu sentiasalah, sebagaimana kita telah kaji dalam post-post yg lalu, melakukan 1,001 cara dan karenah supaya umat Islam itu ikuti dia, mencari jalan supaya seramai yg mungkin umat Islam masuk bersama-sama ke dalam neraka kelak. Itu janji syaitan dan ikrarnya kpd Allah (a.w) apakaala disuir dari syurga, setelah memperdayakan Adam dan Hawa dulu. Islam menggalakkan beberapa perkara, antaranya, bahawa ketika hendak kerjakan apa saja yg baik, sebutlah kalimah 'Bismillah' dan buat dgn mendahulukan tangan kanan atau kaki kanan, dan setelah selesai apa-apa yg dikerjakan sebutlah 'Alhamdulillah'. Termasuklah juga, ketika bertemu dgn saudara sesama Islam memberi salam kpdnya (dgn ucapan sependeknya 'Assalamualaikum'), berjabat tangan dgnnya dgn menyebut kalimah 'Alhamdullillah, wa-astaghfrullah' (maksud: Segala puji bagi Allah (a.w), dan semoga Allah (a.w) mengampuni kamu'). Orang Islam sentiasalah mendoakan kebaik kpd saudaranya sesama Islam. Dapatlah kita pahala as-Sunnah dan tergolonglah kita antara orang yg sentiasa bersukur kpd Allah (a.w). 
Mudah-mudahan, mulai dari saati ini kita lakukan spt yg disuruh oleh Rasulallah (s.a.w) dalam perkara makan dan minum dan dalam perkara mencari kebajikan akhirat.

Jazakallahu khairah

Sunday, November 20, 2011

Menghalang & Menyulitkan Umat Islam Dalam Agamanya: Ahli Neraka

Assalamualaikum,
Saudara, dalam post sebelum ini kita lihat hadith Rasulallah (s.a.w) menyebut tentang 'istidraj'. Ramai orang Islam berbagai lapangan hidup yg mendapat 'istisraj' tanpa disedari oleh mereka. Pemimpin mendapatnya, ahli politik mengenainya, ilmuwan juga mengenai istidraj ini, orang yg menguruskan jabatan atau organisasi agama Islampun lebih-pebih lagi mengenainya, begitu jugalah orang yg dinobatkan sebagai pakar motivasi dan penulis buku-buku agama menjualkan idea mereka tentang Islam, walhal mereka sendiri belum boleh diakui benar-benar faham Islam.
Menyentuh tajuk di atas itu, ada suatu lagi dimensi yg amat bahaya kpd kita, terutama orang Islam yg memiliki kuasa mentadbir uruskan jema'ah atau umat Islam, kerana seringkali melakukan berbagai perkara yg sama sekali tidak dibenarkan atau bertentangan dgn ketetapan Islam. 
Saudara, dalam beberapa post yg lalu, kita telah melihat firman Allah (a.w) mengenai orang-orang yg tidak mahu terima Islam dan ketetapan al-Quran. Segala amalan dan ibadah mereka yg baik-baik tidak diterima Allah (a.w) - Ayat 40, Surah al-A'raf - dan mereka takkan masuk syurga kecualilah boleh unta celus atau lulus melalui lubang jarum. Kemudian pada Ayat 41, Surah al-A'raf - disebutkan mereka itu akan masuk neraka - alas tidurnya (yakni, bertilamkan) api neraka dan berselimutkan api neraka. Kemudian, Ayat 42, Surah al-A'raf, menyebutkan pula orang-orang iman yg beramal soleh tidakpun diberatkan semasa hidupnya dulu mengerjakan ibadah sekadar sekuat mampunya beramal dan beribadah, mendapat syurga. Dan kerana kesyukuran mereka mereka berdoa dalam syurga dgn kalimah-kalimah doa yg sering dibacakan oleh penceramah/pendakwah - Ayat 43, Surah al-A'raf: 'Alhamdulillahil-lazi hadana lihaza, wa-ma kunna linahtadia laula an hadanallahu; laqad ja-at rusulu rabbina bilhaqqi; wa-nudu an tilkumul jannatu urithtumuha bima kuntum ta'maluna.' (Yg bermaksud: Segala puji pada Allah (a.w) zat yg telah memberi petunjuk (atau hidayah) kpd kami (penduduk syurga) dgn ini petunjuk; dan tidaklah ada kami mendapat petunjuk seandainya tidak bahawasanya memberi petunjuk Allah (a.w) kpd kami. Nescaya sungguh-sungguh telah datang beberapa rasul dari Tuhan kami dgn membawa kebenaran; dan mengajak (atau memanggil) mereka akan kami kpd syurga yg diwariskan oleh kami akan syurga dgn apa-apa yg ada kami kerjakan.' 
Demikianlah sesama ahli syurga itu mereka menyatakan kesyukuran mereka kerana berjaya mendapat syurga, kerana mengikuti ajakan para rasul dan mentaati mereka terhadap syariat agama yg mereka bawakan. Mereka mendapat syurga kerana mereka mengamalkan apa-apa yg diperintah dan ditunjukkan oleh para rasul mereka.
'Wa-nada ashabul-jannati ashabun-nari an qad wajadna ma wa-'adana rabbuna haqqan fahal wajadtum ma wa-'ada rabbukum haqqa' qalu na'am; fa-azzana muazzinun bainahum an la'natallahi 'alaz-zolimina.' (Yg bermaksud: 'Dan memanggil penghuni syurga kpd penghuni neraka: 'Bahawa sungguh-sungguh telah menjumpai kami apa-apa yg dijanjikan oleh Tuhan kami yg benar. Maka apakah telah menjumpai kamu apa-apa yg menjanjikan Tuhan kamu dgn benar?' Berkata (ahli neraka): 'Ya, Benar'. Maka memberi pengumuman orang yg memberi pengumuman antara kedua golongan itu: 'Laknat Allah (a.w) atas orang yg menzalimi diri mereka (i.e. orang yg diberi petunjuk jalan ke syurga oleh para rasul mereka, menolaknya).') [Ayat 44, Surah al-A'raf]
Ayat di atas itu menceritakan bahawa penghuni syurga bertanya kpd penghuni neraka tentang janji Allah (a.w) kpd penghuni neraka, kerana mereka, penghuni syurga, benar-benar telah mendapati bahawa janji Allah (a.w) terhadap mereka itu benar belaka. Penghuni neraka, apabila ditanya mengakui bahawa janji Allah (a.w) itu, iaitu tolak rasul dan tak mau terima ajakan rasul pasti dapat neraka, memang benar. Kemudian para malaikat membuat pengumuman bahawa Allah (a.w) melaknat orang-orang yg berada di dalam neraka. Malaikat menyambung kata-katanya pada Ayat selanjutnya, memberitahu siapa dia ahli neraka itu.
'Al-lazina yasudduna 'an sabilillahi wa-yabghunaha 'iwajan; wa-hum bil-akhirati kafiruna.' (Yg bermaksud: (Malaikat menyambung ucapannya tentang orang yg dilaknat tersebut, iaitu) orang-orang yg mencegah (atau menghalang-menghalangi manusia) dari jalan Allah (a.w) dan mengingini mereka agar (jalan itu) menyimpang (dari kebenaran);  dan mereka dgn akhiratnya kufur (yakni, tidak yakin dan tidak menerima) mereka.) [Ayat 45, Surah al-A'raf]
Kemudian, dalam ayat di atas pula, kita diberitahu siapakah ahli neraka tersebut? Mereka adalah tiga golongan dalam kes ini; iaitu: pertama, orang-orang yg kerjanya mencegah atau menghalang orang dari megikuti jalan Allah (a.w) yg lurus, iaitu mereka yg dihalangi dari berpandukan al-Quran dan as-Sunnah dan mengikuti syariat Islam yg benar berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah dan berjema'ah dalam mengamalkan segala sesuatu ketetapan Allah (a.w) dan RasulNya; kedua, orang-orang yg inginkan manusia menyeleweng atau menyimpang dari jalan lurus dalam agama, yakni supaya lari dari ketetapan syariat Islam yg haq berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah dgn mengdakan pelbagai ajaran dan tokok tambah supaya syariat agama Islam yg diikuti itu berbeza atau berlainan atau terus menyimpang dari yg haq (benar); dan ketiga, orang yg kufur atau tidak mempercayai wujudnya kehidupan akhirat dan mereka beranggapan bahawa tiada hubungan dunia dgn akhirat.
[Nota: Kita perjelaskan dua golongan pertama. Hari ini begitu ramai orang yg mengadakan pelbagai peraturan yg menyekat orang-orang Islam yg ingin mengamalkan syariat Islam yg haq berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah melalui pelbagai karenah dan peraturan, spt diwajibkan mendapat tauliah untuk mengajarkan al-Quran dan as-Sunnah, atau bercakap fasal agama, mendapatkan surat kelulusan premis yg hendak digunakan untuk pengajian al-Quran dan as-Sunnah, orang yg ingin menyampaikan ilmu (bersyarah atau berceramah) diwajibkan memiliki kelulusan yg tertentu, dan isi kandungan yg hendak diajarkan atau diceramahkan hendaklah disemak dan diluluskan oleh pihak berkuasa, dll lagi sekatan dan halangan. Demikianlah peraturan yg bertentangan dgn perintah Allah (a.w) dan RasulNya. Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) perintahkan seseorang yg ada ilmu itu wajib mereka sampaikan dan sesiapa yg berilmu itu, jika tidak mahu sampaikan, tidak akan mencium bau syurga. Malangnya, peraturan diadakan bertentangan dgn ketetapan syariat Islam, menghalang program dan proses pengilmuan dan program dakwah. Mereka itu adalah orang yg dirujuk dalam firman Allah (a.w) ini.]
'Wa-bainahuma hijjabun; wa-'ala a'rafi rijalun ya'rifuna kulla bi-simahum, wa-nadau ashabal jannati an salamun 'alaikum' lam yadkhuluha wa-hum yat ma'una.' (Yg bermaksud:  Diantara mereka ada hijab (benteng/pagar pemisah); dan di atas a'raf (i.e. tempat yg tinggi) beberapa lelaki (dan perempuan) mengenali mereka dgn kesemuanya dgn tanda-tanda (di tubuh) mereka, dan memanggil kpd penghuni syurga: 'Bahawasanya selamat sejahtera atas kamu sekelian'. Belum masuk mereka (yg berada di atas benteng/pagar) itu pada syurga dan mengharapkan mereka (dimasukkan ke dalamnya).) [Ayat 46, Surah al-A'raf]
Dalam ayat di atas itu, kita diberitahu bahawa ashabul a'raf dapat melihat  penghuni syurga (dan penghuni neraka) itu kerana mereka berada di atas benteng yg memisahkan syurga dgn neraka yg tinggi, sambil mengucapkan ucapan 'As-salamualaikum, Selamat sejahtera kamu.' kpd mereka. Ashabal a'raf mengharapkan agar Allah (a.w) akhirnya memasukkan mereka ke dalam syurga juga setelah selesai urusan mengenai mereka.
'Wa-iza surifat absaruhum tilqa-a ashaban-nari; qalu rabbana la taj'alna ma-'al qaumiz-zolimina.' (Yg bermaksud:  Dan ketika dipalingkan mata mereka (penduduk di atas benetng = ashabul a'raf) ke arah penghuni neraka, berkata mereka: 'Wahai Tuhan kami janganlah menjadikan Engkau (Allah) kami dari kalangan kaum yg menzalimi diri mereka itu.) [Ayat 47, Surah al-A'raf]
Saudara, setelah penghuni al-A'raf itu melihat keadaan penghuni syurga dan berpaling pula melihat keadaan penghuni neraka, mereka berdoa meminta agar Allah (a.w) jauhkan mereka dari neraka. 
[Nota: Siapa golongan 'ashabul a'raf'? Mereka adalah golongan orang iman yg sudahpun selesai proses hisaban berdasarkan apa-apa yg terdapat dalam Kitab Catatan Amalan mereka. Mereka sudah berjaya diselamatkan dari neraka kerana amalan dan ibadah mereka semasa di dunia. Yg belum selesai hanyalah dosa-dosa mereka sesama manusia yg perlu diselesaikan dgn manusia yg mereka berdosa. Maka dgn itulah yg berjaya mendapat syurga sudahpun masuk syurga dan yang gagalpun sudah masuk nereka. Mereka masih menuggu giliran sama ada akhirnya masuk syurga atau masuk neraka. Mereka tertahan di atas benteng yg terbina di antara syurga dan neraka. Namun, mereka dapat melihat keadaan di dalam syurga dan keadaan di dalam neraka. Dan, berdoa mereka agar akhirnya mereka berjaya mendapat syurga setelah selesai urusan dosa-dosa dgn manusia.]
'Wa-nada ashabul-'a'rafi rijalan ya'rifunahum bisimahum qalu ma aghna 'ankum jam'ukum wa-ma kuntum tastakbiruna.' (Yg bermaksud: Dan memanggil ashabul-a'raf (penduduk di benteng) beberapa lelaki mengenali mereka dgn tanda-tanda (di tubuh) mereka, berkata: 'Tidak boleh menolak dari kamu  perkumpulan kamu (i.e. perkumpulan neraka) apa-apa yg ada kamu sombong kamu (ketika di dunia dahulu).) [Ayat 48, Surah al-A'raf]
Saudara, ayat di atas itu menyebutkan bahawa penduduk di atas benteng/ batas pemisah antara syurga dan neraka tadi - ashabul a'raf - memanggil penghuni neraka yg mereka kenali dari tanda-tanda di tubuh mereka, bahawa apa yg ditetapkan balasan terhadap mereka tidak akan tertolak atau terhapus kerana ketika di dunia dahulu mereka itu sombong - tidak mahu ikuti dan taati ketetapan Allah (a.w) (i.e. ketetapan al-Quran) dan RasulNya (i.e. ketetapan as-Sunnah), mereka ikuti ketetapan pihak atau orang lain yg tiadapun sandaran al-Quran dan as-Sunnah, malah mereka menolaknya atau mengubahnya. Mereka menyombongkan diri terhadap Allah (a.w) dan RasulNya, tak mahu terima ketetapan atau ambil sebahagian dan tinggalkan sebahagian atau buat perubahan kpd sebahagian syariat agama Allah (a.w).
'Ahaula-il-lazina aqsamtum la yanaluhumullahi birahmatin; udkhulul jannata la khaufun 'alaikum wa-la antum tahzanuna.' (Yg bermaksud: (Allah berfirman) 'Apakah demikian mereka yg bersumpah tidak memberi mereka (ahli syurga) oleh Allah (a.w) dgn kerahmatan (yakni, kasih sayangNya): 'Masuklah kamu ke dalam syurga jangan khuatir atas kamu dan tidaklah kamu merasa susah kamu.' ) [Ayat 49, Surah al-A'raf]
saudara, ayat dia atas itu menyebutkan firman Allah (a.w) ini menyebutkan bahawa apa yg dijanjikan Allah (a.w) kpd ahli syurga akan ditunaikan. Justeru itu, sesiapa yg menepati ketetapan Allah (a.w) dan ketetapan Rasulallah (s.a.w) - berpegang kpd al-Quran dan as-Sunnah - pastilah janji Allah (a.w) diperolehi oleh mereka, yakni kesemuanya ditunaikan oleh Allah (a.w). Berpegang kpd al-Quran dan as-Sunnah dan beramal dgnnya, pasti dapat syurga (spt ketetapan Ayat 13, Surah an-Nisa').
Mudah-mudahan mereka yg tergolong dari kalangan orang yg disebutkan dalam firman Allah (a.w) ini, iaitu orang yg menghalang program dan proses dakwah atau sengaja menyulitkan orang lain mengajarkan ilmu dan memberi kefahaman terhadap Islam dan syariatnya berpandukan al-Quran dan as-Sunnah menyedari betapa buruknya kesudahan mereka di akhirat kelak. Dgn kesedaran tersebut mereka sempat bertaubat dan mengubah dasar,strategi dan peraturan yg berkaitan supaya mereka terlepas dari tergolong dari kalangan orang yg tidak akan mendapat syurga dan dicampakkan ke dalam neraka kelak, wal iya zubillah.

Jazakallahu khairah