Sunday, May 8, 2011

Persaudaraan Dalam Islam: Tolong Menolong & Bantu Membantu

Assalamualaikum,
Saudara, kita sambung lagi perbincangan kita atas tajuk di atas, dgn melihat sedikit lagi ketetapan as-Sunnah. Di dalam al-Quran, Allah (a.w) perintahkan orang iman supaya tolong menolong dan bantu membantu dalam berbuat kebaikan dan ingat-mengingatkan supaya jangan bertolongan dalam membuat kejahatan. Islam menyuruh umatnya bekerjasama, tolong menolong, bantu membantu sesama orang iman dalam semua perkara kebaikan di dunia dan demi kejayaan di akhirat.
Firman Allah (a.w): ''Dan orang-orang mukmin lelaki dan orang mukmin perempuan sebahagian adalah kekasih (atau mengasihi atau berkasih-kasihan) sebahagian dgn sebahagian yg lain memerintahkan (yakni, menyuruh) kpd kebaikan (maruf) dan melarang (yakni, mencegah dari) melakukanj kemungkaran, dan mendirikan (yakni, mengerjakan) mereka solat, dan mendatangkan (yakni, mengeluarkan) mereka zakat, dan mentaati Allah (a.w) (yakni, ikuti ketetapan al-Quran) dan taatkan UtusanNya (Allah), dan mereka itulah orang-orang yg disyangi Allah (a.w), sesungguhnya Allah (a.w) itu adalah zat yag maka perkasa (yakni, mulia) lagi zat yg maha menghukumi.' [Ayat 71, Surah at-Taubat]
Saudara, dalam ayat di atas itu, Allah (a.w) memerintahkan semua orang iman, lelaki dan peempuan, supaya pertama, tolong menolong sesama mereka dalam berbuat amal makruf atau kebaikan dan menjauhi dari membuat kemungkaran; kedua, menunaikan solat (yg fardu); ketiga, mengeluarkan zakat (kerana zakat itulah sumber untuk membantu orang iman yg dhaif, yg berhak menerima bantuan zakat (lapan asnaf), keempat, mentaati Allah (a.w) dgn mengikuti segala ketetapan al-Quran; dan kelima, mentaati Utusan Allah (a.w), yakni Rasulallah (s.a.w) (yakni, ikuti ketetapan as-Sunnah),kerana Rasulallah (s.a.w) adalah contoh ikutan terbaik dalam mengabdikan diri kpd Allah (a.w) dan dalam menunjukkan jalan terbaik bagaimana melaksanakan segala perintah Allah (a.w) sebagai seorang Islam dan orang Islam yg beriman.orang-orang iman yg melaksanakan setiap perintah yg disebutkan dalam ayat di atas itu berjaya disayangi Allah (a.w). Orang yg disayangi Allah (a.w) adalah orang yg akan berjaya di akhirat kelak. [Nota: Ayat ini ditujukan kpd orang iman (lelaki dan perempuan). Jelaslah, Islam saja tak cukup yg penting hendaklah menjadi orang Islam yg beriman. Hanya orang iman yg mudah ditolong oleh Allah (a.w).]
Diriwayatkan hadith dari Abu Musa (al-Asya'ari) hadith dari Nabi (s.a.w) bersabda: 'Seorang iman dgn orang iman yg lain adalah seumpama binaan (atau, bangunan), menguatkan sebahagian dgn sebahagian yg lain (menjadikan bangunan itu tegak tersergam dan kokoh, tidak mudah tumbang dalam apa keadaan sekalipun), kemudian Rasulallah (s.a.w) menggenggam kedua-dua telapak tangannya tertutup (menganyam)  jari kanan dicelah jari yg kiri (sebagai menunjukkan hubungan erat antara setiap jari dalam genggaman tersebut sebagai melambangkan kekuatan solidarity dalam Islam).' [Hadith Bukhari, Kitab Adab]
Saudara, Rasulallah (s.a.w) menggambarkan solidarity dalam Islam itu dgn menyimpulkan jari-jari kedua tangannya digenggam sebagai mendemokan kekuatan persaudaran sesama Islam itu. Diibaratkan umat Islam yg beriman itu seumpama satu binaan atau bangunan, setiap bahagian binaan itu memperkokohkan dan memperkuat satu sama lain - ada fundation, ada tiang, ada dinding, ada bahagian yg memperkuatkan atap dan silingnya, kesemuanya berfungsi untuk mengokohkan binaan atau bangunan tersebut.
Malangnya hari ini, umat Islam di Malaysia tidak bersatu padu, berpecah belah, direnggangkan perpaduan umat Islam kerana pertimbangan sempit seperti politik and fahaman keugamaan. Dalam perkara ugama, berpegang kpd fahaman dan aliran ugama yg dicipta manusia spt kemazhaban, melemahkan Islam dan umat Islam. kalau kesemua umat Islam di Malaysia ini dilmukan dgn al-Quran dan as-Sunnah, pastilah umat Islam akan padu sebagaimana padunya umat Islam zaman awal ketika Rasulallah (s.a.w) dan para khalifah memimpin umat Islam, rukyah umat Islam mentaai kepimpinan Islam dan para ulama' memandu dan menasihati glongan kepimpinan dan golongan kepimpinan pula memimpin jema'ah umat Islam berdasarkan al-Quran dan s-Sunnah dan orang yg diberi amanah mengilmu danmembimbing umat Islam berilmu dan fahamam tntuan Islam dan syariatnya berdasarkan hanya al-Quran dan as-Sunnah sudah pasti kesepaduan Islam itu kental. Dan, sudah pasti juga mereka tidak mudah dipecahkan dan dipisahkan oleh apa juga pertimbangan, dan bangsa lain dan pengaut ugama lain pastinya menggeruni Islam.

Jazakallahu khairah

1 comment:

  1. Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan.
    Saya MUHAMMAD AHLAM FIRDAUS BIN ABDULLAH CHEK merupakan seorang pelajar malaysia yang sedang menuntut pengajian saya di UNIVERSITAS ISLAM NEGERI MEDAN SUMATERA UTARA INDONESIA dalam bidang syariah islamiyah.

    Saya ingin membuat sedikit permohonan kepada pihak tuan/puan/encik/cik/datuk/datin untuk membantu saya dalam menyelesaikan beberapa masalah yang saya hadapi disini.

    Ini kerana saya tidak lah mendapat mana2 tajaan,biasiswa mahupun pinjaman,memandangkan kos sara hidup sekarang amatlah tinggi.

    Bapa saya seorang jaga keselamatan di sebuah kilang papan,manakalah ibu saya suri rumah sepenuh masa,gaji bapa saya tidak cukup untuk menampung 7 adik beradik saya yang masih di bangku persekolahan,dulu bapa saya menanggung 8 adik beradik saya ini kerana abang saya baru sahaja pergi meninggal kan kami sekeluarga pada bulan lepas akibat menghidap penyakit kanser tulang tahap 4.

    Saya mengharap kan jasa baik tuan / puan / encik / cik/datuk/datin untuk membantu saya dalam mènyelesaikan beberapa masalah yang saya hadapi sekarang,pengajian saya sepatut nya di tamatkan dalam bulan lepas,aakan tetapi saya pulang untuk menjaga abang saya di hospital sehinggalah nafas dia yang terakhir

    Saya memohon agar pihak tuan / puan / encik / cik /datuk /datin dapat membantu saya dengan segera jika diberi sebagai pinjaman saya tidak mengapa,saya akan tetap membayar kembali dengan kadar segera.

    Whatsapp(0196135660)

    ReplyDelete