Wednesday, October 30, 2013

Kewajipan Anak terhadap kedua Ibubapanya

Assalamualaikum,
Saudara, hari ini begitu kritikal keadaan persekitaran hubungan antara anak-anak dengan kedua ibubapanya. Terjadi wujudnya anak yang membunuh ibu atau bapanya atau ibu bapa membunuh anaknya. Terjadi anak dara tidak mentaati perintah dan suruhan ibu bapanya, termasuk dalam perkara pergaulan dll. Cuba kita lihat ketetapan Islam dalam perkara ini.

Berbakti Kepada Kedua Ibubapa 
 
Saudara, kita telahpun ketemui hadith ini dalam satu post sebelum ini. Namun hari ini kita ulangi sebagai memperingatkan kita, terutama yang masih ada kedua ibu bapanya di dunia, i.e. belum sampai ajal mereka. Maka bagi anak-anak yang dalam situasi sedemikian, i.e. kedua ibubapanya masih hidup, jangan lepaskan peluang, wajib diambil ingatan.
Saudara, seorang yang akui dirinya orang Islam (dan dia benar-benar beriman dan mengerjakan amalan dan ibadah yang ditetapkan Islam), pasti masuk syurga, jika dia: pertama, taatkan Allah (a.w) - ikuti akur dengan ketetapan al-Quran; kedua, taatkan Rasulallah (s.a.w) - ikuti atau akur dengan ketetapan as-Sunnah; ketiga, mentaati kepimpinan jema'ahnya (i.e. jemaah umat Islam yang formal); keempat, dia taatkan dan layani sebaik mungkin kedua ibubapanya; dan kelima, kalau seorang isteri taatkan suaminya. Keridhaan Allah (a.w) itu tertakluk (atau bergantung) kepada keridhaan kedua ibu bapa terhadap anak-anaknya. Kalau salah seorang tak ridha terhadap anaknya, walau bagaimana alimnya pun, sianak tidak akan masuk syurga!
Diriwayatkan hadith dari abu Hurairah berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Raghima anfu rajulun zukirtu ‘indahu falam yusolli ‘alaiya wa-raghima anfu rajulun dakhala ‘alaihi ramadhanu thumman salakha qabla an yughfara lahu wa-raghima anfu rajulun adraka ‘indahu abawahul-kibara falam yudkhilhu jannata.’ (Yang bermaksud: (Hilang hidung, yakni rompong) Amat rugilahi seorang lelaki (atau perempuan) yang (apabila) disebut nama aku (Nabi) di sisinya maka tidak mendoakan rahmat dia atasku; dan amat rugilah lelaki (atau perempuan) yang masuk atasnya (yakni, datang) bulan Ramadhan kemudian habis/berlalu Ramadhan sebelum bahawa diampuni baginya (dosa-dosanya); dan amat rugilah lelaki (atau perempuan) menjumpai di sisinya kedua orang tuanya maka tidak memasukkannya (oleh kedua orang tuanya, yakni ibu bapanya) akandia ke dalam syurga.) [Hadith at-Termidzi, Kitab Doa]
[Nota: Ada tiga perkara yang disebutkan dalam hadith ini. Pertama, ketika nama Rasulallah (s.a.w) disebut – sama ada hanya kalimah ‘Rasulallah ‘ atau ‘Nabi’ atau ‘Muhammad’, yang kita dengari secara langsung (bukan melalui media) hendaklah kita sambut dengan ucapan ‘Sallahu-‘alaihi was-sallam’. Jika tidak kita mendapat kerugian yang besar kerana tidak menghormati serta menyayangi Nabi (s.a.w). Malah kita tidak akur dengan perintah (wajib) Allah (a.w) yang menyebutkan bahawa Allah (a.w) dan para malaikat berselawat atas Nabi (s.a.w), dan Allah (a.w) perintahkan orang yang beriman itu supaya berselawat atas beliau (Ayat 56, Surah al-Ahzab). Kita wajib syukur kerana Rasulallah (s.a.w) yang membawakan agama Allah (a.w) kepada kita. Dialah yang mengajarkan syariat agama Allah (a.w) serta menunjukkan bagaimana hendak mengabdikan diri dengan benar kepada Allah (a.w). Mengabdikan diri bererti kerjakan apa-apa yang diperintahkan oleh Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) sekuat mampu kita, meninggalkan setiap larangan dan tegahan Allah (a.w) (dan tegahan/larangan Rasulallah (s.a.w)), tanpa pengecualian. ‘Sekuat mampu’ ertinya sedaya upaya lakukan, tapi kalau tak mampu setakat termampu.
Kedua, kita pasti rugi jika kita sempat hidup dalam bulan Ramadhan ini, tidak berpuasa sebaik mungkin dengan penuh keimanan dan dengan menaruh sepenuh harapan agar kita memperolehi sebanyak mungkin pahala kerna mengerjakan ibadah yang diwajibkan itu serta mendapat pula ganjaran gandaan pahala maksimum dalam mengerjakan amalan dan ibadah sunnat yang lain, terutama amalan-amalan sunat dalam bulan Ramadhan. Kerana amalan sedemikian dalam bulan Ramadhan digandakan oleh Allah (a.w) jauh lebih banyak gandaannya dari gandaan pahala dalam bulan-bulan lain. Maka dengan itulah kita diberitahu bahawa puasa yang terbaik itu menghasilkan ganjaran pahala yang amat besar, iaitu diampunkan oleh Allah (a.w) segala dosa kita setahun yang lalu, dan kita seumpama dalam keadaan fitrah seolah-oleh sebagaimana seorang bayi yang baru dilahirka oleh ibu kita. Amat rugilah kita kalau kita menemui Ramadhan, kita berpuasa, tapi kita dapat hanya kelaparan dan kehausan sematamata, takda pahala sedikitpun. Orang yang berpuasa dengan tanpa didasari oleh keimanan dan keinsafan yang tinggi, serta tidak tidak kerana mencari pahala terbanyak dari Allah (a.w), malah kekal terjerumus dalam neraka, tidak mendapat syurga. Hanya orang yang berpuasa dengan sepenuh keimanan dan mengharapkan ganjaran pahala terbaik sahaja yang berjaya dibersihkan oleh Allah (a.w). Hanya dengan keimanan yang kental dan harapan yang ikhlas untuk mendapat keridaan Allah (a.w) akan menjadikan kita berjaya.
Ketiga, seorang anak, terutama anak lelaki, yang kedua ibu bapanya masih hidup, tidak mendapat syurga kerana tidak berbuat baik dan menjaga kedua ibubapanya sebaik mungkin, ketika mereka masih hidup. Berbuat baik dan melayani dengan baik kedua ibubapa itu diperintahkan oleh Allah (a.w) pada ayat-ayat berikut (semuanya perintah wajib):
(a) Ayat 83, Sura al-Baqarahanak-anak wajib berbuat baik kepada dan terhadap kedua ibubapa mereka;
(b) Ayat 23, Surah al-Isra’ sentiasa sopan, bersopan santun dan berlemah lembut ketika bercakap dengan kedua ibubapa;
(c) Ayat 24, Surah al-Isra’ merendah diri, menyayangi dan mendoakan kesejahteraan kepada kedua ibubapa mereka;
(d) Ayat 8, Surah al-Ankabutberbuat baik kepada kedua ibubapa dan mentaati segala perintah dan suruhan mereka kecuali perintah yang maksiat;
(e) Ayat 15, Surah Luqmanberbuat baik kepada kedua-duanya dan mensyukuri mereka kerana telah melakukan segala sesuatu untuk kebajikan hidup kita semenjak dilahirkan;
(f) Ayat 15, Surah al-Ahqaf mentaati perintah dan suruhan kedua ibubapa;
(g) Ayat 16, Surah al-Ahqafmenghormati kedua ibubapa (melalui kata-kata, perbuatan dan kelakuan terhadap mereka.
Saudara, dalam al-Quran Ayat 19, Surah an-Naml Nabi Sulaiman (a.s), manusia paling hebat di dunia - superman yang sebenarnya - mempunyai kekayaan yang tidak dapat ditandingi oleh manusia mana zamanpun, berdoa kepada Allah (a.w) demi kebajikan terhadap kedua ibubapanya (bapanya Nabi Daud (a.s)), walhal bapanya adalah seorang Raja yang hebat pula zamannya.
Dalam as-Sunnah lebih banyak lagi perincian perilaku yang diwajibkan atas anak-anak terhadap kedua ibubapa mereka. [Nota: Nabi Daud (a,s) adalah raja yang hebat - tidak menggunakan wang negara untuk menyara dirinya dan keluarganya walaupun dia mempunyai 100 orang isteri, menyara dirinya dengan keringatnya sendiri membentuk/menganyam baju besi yang dijualnya untuk menyara hidup. Separuh dari hasil jualan kerja tangannya pula disedekahkan dan separuh digunakannya. Amalan harian Nabi Daud (a.s) terkenal dan disukai oleh Allah (a.w). Dia tidur separuh malam, berjaga beramal 1/3 malam dan tidur semula 1/6 malam, dan dia berpuasa selang sehari (Puasa Nabi Daud).]
Allah (a.w) memberitahu seseorang yang akui dirinya beriman, jika tidak mensyukuri orang lain yang membuat baik terhadapnya, dianggap tidak mensyukuri Allah (a.w). Kalau orang tersebut adalah kedua ibubapanya, maka Allah (a.w) tetapkan bahawa si anak itu tidak mensyukuriNya. Orang yang tidak mensyukuri kebaikan kedua ibubapanya dikira tidak beriman. Maka di akhirat tempatnya bukanlah syurga. Rasulallah (s.a.w) memberitahu bahawa keridhaan Allah (a.w) itu terletak atas keridhaan kedua-dua ibubapa anak. Kalaupun si anak itu orang ‘alim dan ahli ibadah, tak berdosa terhadap Allah (a.w) pun', kalau kedua-dua ibu bapa atau salah seorang dari mereka tak ridha atau menaruh rasa tidak puas hati terhadap layanan anak-anaknya, maka Allah (a.w) tidak ridha terhadap si anak itu. Keridhaan Allah (a.w) itu terletak atas keridhaan kedua ibubapa kepada si anak. Tidak akan dapat syurga seorang anak yang kedua ibubapanya atau salah seorang ibubapanya tidak ridha terhadapnya.
Keridhaan Allah (a.w) adalah tiket atau paspot mendapatkan syurga. Kemurkaan Allah (a.w) itu adalah syarat mutlak menempatkan seseorang itu ke dalam neraka. Jika murka keduanya, atau salah seorang dari kedua-dua ibubapanya, maka Allah (a.w) juga akan murka. Jika Allah (a.w) murka pasti si anak tak dapat syurga. Justeru itu, bagi kita yang masih ada kedua ibu bapa hendaklah melayani serta melakukan segala sesuatu yang terbaik, yang menyukai hati mereka dan mereka ridha terhadap kita, supaya Allah (a.w) memasukkan kita, sebagai anak, ke dalam syurga. Mereka yang dilayan sedemikian itu akan merasa ridha dan melimpahkan kasih sayang mereka terhadap kita sebagai anak mereka, dan berdoa kepada Allah (a.w) agar kita, sebagai anak, dirahmati di dunia dan selamat di akhirat. Justeru itu, apabila kedua ibu bapa kita meridhai kita dan kerana keridhaan mereka itu, Allah (a.w) meridhai kita.
Di dalam al-Hadith, Rasulallah (s.a.w) menceritakan peristiwa Nabi Sulaiman (a.s) berjumpa dengan seorang iman di kalangan Bani Israil zaman Musa (a.s). Dia ternampak suatu binaan seumpama pintu gerbang di dalam laut. Maka disuruhnya jin Ifrit (jin yang paling alim zamannya) untuk timbulkan binaan tersebut. Jin tersebut tak dapat menimbulkannya. Disuruh orang alim zamannya timbulkan, maka dapat ditimbulkan. Kemudian tak boleh dibuka. Maka Nabi Sulaiman (a.s) berdoa kepada Allah (a.w) supaya dibuka pintunya. Ketika dibuka terlihat seorang pemuda sedang beribadah. Apabila ditanya oleh Nabi Sulaiman (a.s) apakah sebabnya dia berada di dalam binaan tersebut. Diberitahu oleh pemuda itu bahawa suatu hari dia berenang maka tenggelam dan bila dia sedar di dapati dirinya berada dalam binaan tersebut. Nabi Sulaiman (a.s) hairan sekian lama pemuda itu masih hidup tapa bekalan. Apabila dibuka pintunya maka dilihat oleh Nabi Sulaiman (a.s) permandangan suatu taman yang amat mengkagumkan. Dalam taman itu terdapat pelbagai buah-buahan dan makanan. Pemuda itu makan apa saja yang dikehendaki oleh hatinya. Rupanya sebuah taman di antara sekian banyaknya taman-taman syurga. Apabila ditanya oleh Nabi Sulaiman (a.s) apakah amalan pemuda itu ketika di dunia yang menyebabkan dia mendapat anugerah Allah (a.w) sedemikian itu. Maka diberitahu oleh pemuda itu bahawa tak banyak amalanpun, kecuali semasa kedua ibubapanya masih hidup, dia bekerja mencari sara hidup sehari-harian. Apa-apa yang diperolehinya diberinya 1/3 hasil kerjanya (yakni, pendapatannya) kepada ibubapanya, 1/3 lagi disedekahkannya kepada fakir miskin dan 1/3 bakinya digunakannya untuk menyara dirinya sendiri. Demikianlah dilakukannya sehinggalah meninggal kedua ibubapanya.
Rasulallah (s.a.w) memberitahu para sahabat begitu besarnya ganjaran Allah (a.w) terhadap anak yang sentiasa mengagungkan dan membela kedua ibubapanya semasa mereka masih hidup. Pemuda ini diberikan nikmat syurga ketika dunia masih belum kiamat. Dan dia hidup dalam alam ghaib tersebut sehinggalah kiamat dunia, diberikan gajanran syurga, sebelum kiamat dunia!]. 

Jazakallahu khairah

Peringatan: Jangan jadi orang yang ... (Samb)

Assalaualaikum,
Saudara dalam post sebelum ini kita telah tahu bahawa dalam perkara Islam - terutama memahami aqidah dan syariatnya serta tuntutnnya - janganlah kita utamakan kitab-kitab atau buku-buku ataupu perisian dalam laman web. Kita wajib mengaji ilmu mengenai Islam itu melalui sumbernya dan panduannya yang haq iaitu al-Quran dan as-Sunnah. Kita diperingatkan janganlah remehkan al-Quran dan as-Sunnah, kerana majoriti umat Islam belajar mengenai agamanya dari warisan turun temurun nenek moyang mereka atau melalui suber-sumber selain al-Quran dan as-Sunnah. Malah terdapat pula orang yang lmunya tidak sebanyak mana pula tetapi diberi kuasa membuat dasar dan ketetapan yang menghalang penyampaian ilmu yang haq dari al-Quran dan as-Sunnah, melalui pelbagai sekatan.
Saudara, menyambung kembali penelitian kita mengenai tajuk di atas itu, kita lihat firman Allah (a.w) dalam Surah Toha.

Buta di Akhirat- Ketetapan Allah (a.w) dalam Surah Toha

Firman Allah (a.w): ‘Maka jika datang kepadamu dariKu (Allah) petunjuk (atau hidayah), maka barangsiapa mengikuti hidayah itu tidak akan sesat dan tidak merasa susah (di akhirat, maksudnya mendapat syurga terselamat dari neraka) - Ayat 123, Surah Toha
Firman Allah (a.w): Dan barangsiapa berpaling dari (i.e. tidak mahu terima) peringatanKu (Allah) maka sesungguhnya baginya kehidupan yang sulit (ketika di dunia dan di akhirat) dan Kami (Allah) akan bangkitkan dia di hari kiamat (dalam keadaan) buta - Ayat 124, Surah Toha
Firman Allah (a.w): Berkata dia (yang dibangkitkan buta): ‘Wahai Tuhan kami! Mengapa kami dibangkitkan dalam keadaan buta, dan sungguh-sungguh adapun kami dulu (semasa di dunia) boleh melihat?’ - Ayat 125, Surah Toha
Firman Allah (a.w): Berfirman Allah (a.w): ‘Demikianlah bagi kamu (balasan)! Didatangkan kepada kamu tanda-tanda (i.e. bukti dari Allah (a.w) sebagai panduan, peringatan – kerjakan apa yang disuruh dan jauhi yang ditegah dan ambil pengajaran dari kisah-kisah al-Quran dan as-Sunnah), kamu tidak pedulikan (i.e. tak ambil kisah), dan demikianlah hari ini kamu tidak dipedulikan - Ayat 126, Surah Toha
Firman Allah (a.w): Dan demikianlah balasan orang yang melupakan (yakni, lupakan) Allah (a.w) dan tidak beriman dengan (i.e. tak terima) ayat-ayat Kami (Allah) (i.e. tidak menerima kesemua atau sebahagian al-Quran dan as-Sunnah), dan bagi mereka azab akhirat yang tersangat (siksanya) dan kekal.’ - Ayat 127, Surah Toha.
[Nota: ‘Beriman’ bermaksud mempercayai/yakin dengan kebenaran al-Quran dan as-Sunnah dan segala sesuatu di dalamnya,  termasuk meyakini bahawa kesemua cerita yang disebutkan dalam al-Quran dan as-Sunnah adalah benar telah berlaku dan akan berlaku. Bermula dengan kehidupan Adam (a.s), lelaki pertama, dan Hawa (a.s), wanita pertama, diturunkan ke dunia kerana kesalahan mereka melanggar perintah/ketetaan Allah (a.w) supaya jangan hampiri pokok khuldi (pokok kekal) dalam syurga itu, maka Allah (a.w) menurunkan mereka ke dunia, kerana tidak lagi layak tinggal/menetap dalam syurga.Justru itu, ketika Adam (a.w) diturunkan ke dunia, belia dan anak serta cucu cicitnya diberitahu bahawa dari masa ke semasa Allah (a.w) akan utuskan orang-orang yang akan memberi petunjuk dan memimbing mereka ke arah mengamalkan agama Allah (a.w) (i.e. Islam). Sesiapa yang ikuti ajakan para rasul dan nabi tersebut, pasti akan dapat kembali ke syurga, dan sesiapa yang tak mahu - tidak Islam dan orang Islam yang tak terima sebahagian ketetapan Islam - akan masuk neraka, tak dapat syurga. Inilah mesej dalam ayat berikut.
Dalam Ayat 123, Surah Toha ini, Allah (a.w) memberitahu generasi manusia kemudiannya bahawa Allah (a.w) akan menghantarkan (i.e. melantik) utusan (i.e. para rasul dan nabi) untuk memberi peringatan kepada manusia tentang tanggungjawab mereka terhadap Allah (a.w) dan supaya tidak terpengaruh oleh pujukan syaitan. Bersekali dengan utusan tersebut, diturunkan juga Kitab-kitab Allah (a.w) (spt Zabur, Suhuf, Taurat, Injil dan al-Quran) manusia yang ingin mengikuti bimbingan dan pimpinan para utusan, maka mereka mendapat hidayah. Kalau mereka ikuti peringatan para Rasul tersebut, maka mereka mendapat hidayah (i.e. petunjuk) dan mereka tidak akan sesat dalam beragama - menetapi perintah dan larangan Allah (a.w). Maka mereka tidak sesat dan berjaya mendapat kesejahteraan akhirat – syurga.
Sebaliknya, Allah (a.w) memperingatkan manusia pada Ayat 124, sesiapa yang diberi peringatan, tetapi berpaling, yakni tak mahu terima atau menolaknya (termasuklah sesiapa yang diberitahu bahawa syariat Islam yang haq itu adalah sebagaimana yang ditetapkan dalam al-Quran dan as-Sunnah dan berjema’ah), maka Allah (a.w) akan menjadikan kehidupannya di dunia sempit (yakni, sentiasa merasa tak cukup dan fakir di dunia, tidak tenteram dan tidak merasa tenang, senang atau bahagia), dan di akhirat dibangkitkan dalam keadaan buta. Di dunia tak mahu melihat (bukti-bukti kebesaran dan kekuasaan Allah) atau menerima kebenaran yang diberitahu oleh Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) (atau diberitahu oleh orang-orang yang menyampaikan risalah agama Allah), maka di akhirat tak patut dapat melihat kebenaran dan realiti akhirat. Ahli syurga tidak cacat. Maka dengan itu orang yang sedemikian itu (dibangkitkan di akhirat berkeadaan buta) adalah ahli neraka. Oleh kerana mereka lupakan perintah dan suruhan Allah (a.w) (dan RasulNya), maka di akhirat mereka pula tidak diendahkan – mereka dilupakan oleh Allah (a.w). Mereka adalah penghuni neraka dan kekal di dalamnya.]

Al-Quran itu Pedoman dan Kerahmatan

Saudara, Allah (a.w) memberi kita tahu bahawa 'siratul mustaqim' yang kita pinta 17 kali sehari itu adalah al-Quran (dan as-Sunnah).
Firman Allah (a.w): ‘Haza basoiru linnasi wa-hudan wa-rahmatun (-ul) li-qaumi yuqinuna.’ (Yang bermaksud: Ini (al-Quran) pemandangan/pedoman bagi manusia dan petunjuk dan kerahmatan bagi kaum yang yakin dia (i.e. beriman dan bertaqwa tentang akhirat) – Ayat 20, Surah al-Jathiyah 

Jazakallahu khairah

Peringatan: Dalam Islam jangan nombor-duakan al-Quran dan as-Sunnah

Assalamualaikum,
Saudara, dalam zaman maya ini, orang Islam sendiri terikut-ikut dengan amalan arus perdana mansuia sejagat - mencari lmu melalui pusat-pusat pengajian akademik ala-Barat (spt universiti, kolej dll) atau membaca kitab dan buku karangan orang yang dikatakan 'ulama' dan ilmuwan yang memiliki iajazah dan sijil yang formal (spt Ph B, Sarjana dan BA), dan melayri internet untuk dapatkan ilmu mengenai Islam. Walhal, dalam Islam itu sumber imu yang ditamakan oleh Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) adalah al-Quran dan as-Sunnah, dan sistem serta kaedah mendapatkan ilmu tersebut sudah ditetapkan iaitu belajar secara berdepan dengan guru yang faham yang juga menerika ilmunya mengikut kaedah yang sama - mangkul, musnad dan muttasil. Jika tidak cara itu maka kita menombor-duaan al-Quran dan as-Sunnah dan menombor satukan kitab atau tulisan atau karangan mansuia, Maka kita terjebak ke dalam mereka yang disebutkan dalam hadith-hadith berikut:

Keutamaan al-Quran dan as-Sunnah Sabda Rasulallah ((s.a.w): ‘Keutamaan kalam Allah (a.w) (i.e. al-Quran) (itu) mengalahkan semua kalam (i.e. kitab-kitab karangan manusia) sebagaimana keutamaan Allah (a.w) mengalahkan makhluknya.’ [Hadith at-Termidzi, Kitab Kefadhalan al-Quran]
[Nota: Dalam hadith Allah (a.w) memberitahu bahawa manusia itu wajib utamakan al-Quran dan as-Sunnah sebagai panduan hidup dan panduan beragama. janganlah direndahkan taraf al-Quran dan as-Sunnah dan ditinggikan atau dimuliakan kitab-kitab karangan manusia. Hadith ini menghukumkan bahawa sesiapa yang mengutamakan sebagai panduan ilmu dan panduan hidupnya kepada kitab-kitab atau buku-buku atau risalah karangan manusia – ulama’ sekalipun – dan tidak mengutamakan al-Quran dan as-Sunnah, dalam perkara agama dan ilmu mengenai agama, telah menyalahi ketetapan ini. Mereka telah menombor-duakan apa yang sewajibnya dinombor-satukan, kerana itulah ketetapan Allah (a.w) dan RasulNya. Al-Quran itu kalimah Allah (a.w), petunjuk kepada jalan lurus ke syurga, yang diwahyukan kepada Muhammad (s.a.w) atau di sampaikan oleh malaikat Jibril (a.s). As-Sunnah atau al-Hikmah itu adalah juga wahyu dari Allah (a.w), sama ada melalui ilham atau mimpi yang benar ataupun melalui pengajaran secara berdepan oleh Jibril (a.s) yang bertemu dengan Rasulallah (s.a.w) dari masa ke semasa membawakan, memangqulkan atau mengajarkan ayat-ayat al-Quran dan menunjukkan praktikal sesuatu amalan, maka as-Sunnah juga adalah sebaik-baik panduan manusia. Maka dengan itulah sebagai seorang Islam wajib atasnya menyemak ketetapan al-Quran dan as-Sunnah dahulu sebelum melihat ketetapan manusia mengenai sesuatu. Ilmu yang sempurna tentang Islam dan perincian syariat dan tuntutannya adalah as-Sunnah atau al-Hadith. Justeru itu, tiada siapa yang lebih sempurna ilmunya mengenai Islam kecuailah Rasulallah (s.a.w). Maka dngan itu ketetapan as-Sunnah sewajarnyalah mengalahkan ketetapan atau buah fikiran manusia, bukan sebaliknya.
Malah dalam perkara Islam dan syariatnya, umat Islam itu diwajibkan taatkan Allah (a.w) (i.e. ikuti ketetapan al-Quran) dan taatkan Rasulallah (s.a.w) (i.e. ikuti ketetapan as-Sunnah) dan taakan ‘ulil amri’ (i.e. orang yang diangkat umat/jema’ah umat Islam sebagai pemimpin dan ulama’). Namun, ketaatan terhadap ‘ulil amri’ (= imam/kepimpinan dan para ulama’) itu tidak mutlak. Keraa Allah (a.w) memerintahkan umat Islam bahawa jika wujud perselisihan faham atau pertelingkahan dalam sesuatu perkara berkaitan dengan ketetapan atau perintah atau ijtihad ‘ulil amri’, maka umat Islam, termasuk ‘ulil amri’, hendaklah kembali kepada ketetapan al-Quran dan as-Sunnah sebelum melakukan sesuatu untuk mendapatkan jawapan atau penyelesaian yang pasti – Ayat 59, Surah an-Nisa’. Justeru itu jugalah Rasulallah (s.a.w) memberitahu bahawa ketetapan atau perintah keImaman (=Imam) itu wajib didengarkan dan wajib juga dipatuhi selagi perintah atau suruhan atau ijtihad Imam itu tidak bersifat maksiat (=sesuatu yang bertentangan dengan ketetapan Allah (a.w) (i.e. al-Quran) dan ketetapan Rasulallah (s.a.w) (i.e. as-Sunnah atau al-Hadith). Maka dengan itu umat Islam tidak sekali-kali boleh menombor-duakan al-Quran dan as-Sunnah dalam perkara Islam sama ada dari segi aqidah dan muamalah dan apa juga menyentuh kehidupan orang iman.]
Jangan Meremehkan Ketetapan al-Quran dan as-Sunnah 
 
Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Barangsiapa membaca al-Quran (i.e. tahu serta faham isinya mengenai sesuatu) lalu dia menganggap bahawa ada seseorang yang telah diberikan sesuatu (kitab ciptaan manusia) yang lebih utama daripadanya (i.e. lebih utama dari al-Quran dan as-Sunnah) yang telah diberikan kepadanya (yakni, al-Quran dan as-Sunnah), maka sungguh-sungguh dia telah mengagungkan sesuatu yang diremehkan (atau, diperkecilkan atau dihina) oleh Allah (a.w) dan dia telah meremehkan (atau merendahkan) sesuatu yang telah diagungkan (atau ditinggikan) oleh Allah (a.w) (yakni, al-Quran dan as-Sunnah).’ [Hadith at-Tobrani]
[Nota: al-Quran itu adalah kalam Allah (a.w) dan adalah kitab panduan yang terbaik dan sebaik-baik panduan dan petunjuk (i.e. hidayah), maka wajib bagi manusia, terutama yang Islam itu, berpandukan hanya al-Quran dan as-Sunnah dalam perkara agama, termasuk dalam perkara menyentuh bentuk ibadah dan cara serta kaedah mengamalnya yang ditetapkan oleh Islam. Sebaik-baik petunjuk (atau hidayah) itu adalah hidayah Rasulallah (s.a.w) (yakni, sunnah Rasulallah (s.a.w)). Justru itu petunjuk yang dibawakan oleh Rasulallah (s.a.w) adalah hidayah atau petunjuk yang terbaik bagi manusia untuk mencari jalan lurus ke syurga selamat dari neraka). Kerana Rasulallah (s.a.w) adalah model atau contoh atau idola yang sewajibnya bagi orang Islam. Hadith berikut menjelaskan hakikat ini:
Diriwayatkan hadith daripada Abdullah bin Mas’ud (r.a), katanya hadith daripada Rasulallah (s.a.w) yang bersabda: ‘Sesungguhnya barang yang dua (yakni, yang dibawa atau diajarkan oleh Rasulallah (s.a.w)) itu ada dua: iaitu, kalam Allah (a.w) (yakni, al-Quran) dan petunjuk (yakni, hidayah) Rasul (s.a.w) (yakni, as-Sunnah atau al-Hadith). Maka sebaik-baik kalam itu adalah kalam Allah (a.w) (yakni, al-Quran). Dan sebaik-baik petunjuk itu adalah petunjuk Muhammad (s.a.w) (yakni, as-Sunnah atau al-Hadith). Ingatlah, takutkanlah oleh kamu sekelian pembaharuan dalam perkara (ibadah atau ugama atau syariat Islam). Maka sesungguhnya (atau bahawasanya) seburuk-buruk perkara (ibadat) itu adalah pembaharuan kepada pekara (ibadat). Dan semua (atau setiap) pembaharuan pada perkara (ibadah) itu adalah bid’ah. Dan semua (atau setiap) bid’ah itu dolalah (yakni, kesesatan). [Hadith ini bersambung](Hadith Ibnu Majah).
Jelaslah adalah tidak wajar bagi seorang Islam yang beriman itu, mengutamakan kitab-kitab atau buku-buku atau apa jua media ilmu mengatasi atau mengketepikan al-Quran dan as-Sunnah. Orang yang mengutamakan panduan kitab atau buku karangan manusia, meningalkan atau mengabaikan al-Quran dan al-Hadith adalah tergolong daripada orang yang merendahkan apa yang diagungkan oleh Allah (a.w), dan mengagungkan kalam manusia, meremehkan kalam Allah (a.w), i.e. al-Quran, dan wahyu Allah (a.w), i.e. as-Sunnah.
Contoh orang yang meremehkan al-Quran dan as-Sunnah adalah orang yang menyakini wujudnya 'bid’ah hasanah’ dan meragui as-Sunnah. Kerana Rasulallah (s.a.w) melarang umatnya dari mengamalkan pembaharuan dalam perkara agama = bid’ah, namun mereka berkeras mengatakan wujudnya ‘bid’ah hasanah’ (bid’ah yang baik), walhal Rasulallah (s.a.w) menghukumi bahawa kesemua atau setiap satu bid’ah adalah kesesatan, kesesatan menjerumuskan pengamalkan ke dalam neraka. Tapi mereka berkeras. Jelaslah mereka telah menolak ketetapan Allah (a.w) berikut:
Firman Allah (a.w): ‘Wama arsalna min rasulin illa liyuto’a bi-iznillahi.’ (Yang bermaksud: Dan, tidaklah Aku (Allah (a.w)) utuskan seorang Rasul kecuali supaya ditaati dengan izin Allah (a.w)…’) [Ayat 64, Surah an-Nisa’]. Dan, di dalam ayat al-Quran berikut pula:
Firman Allah (a.w): ‘Man (-ai) yuti’ir rasula faqad ata’allaha ....’ (Yang bermaksud: Barangsiapa mentaati Rasulallah (s.a.w) maka sesungguhnya dia telah mentaati Allah (a.w)…) [Ayat 80, Surah an-Nisa’]
Firman Allah (a.w) di atas itu adalah nas dan dalil yang menunjukkan bahawa wajib bagi orang Islam itu berpandukan as-Sunnah atau sunnah Rasulallah (s.a.w). Perintah tersebut diperkuatkan lagi di dalam firman Allah (a.w) dalam ayat al-Quran berikut, bahawa Rasulallah (s.a.w) itu diutuskan oleh Allah (a.w) untuk ditaati atau dipatuhi. Justeru itu, counter factualnya adalah, jika kita tidak taatkan Raulallah (s.a.w) sudah pastilah dia tidak taatkan Allah (a.w). Kita yang Islam tidak ada pilihan hanyalah: pertama, taatkan Allah (a.w), dan kedua, taatkan Rasulallah (s.a.w). Tidak boleh, apabila telah diperintah atau disuruh oleh Rasulallah (s.a.w), kita membuat sesuatu atau meninggalkan sesuatu, kemudian kita mendengar pula suruhan dan pendapat manusia, maka kita tolak perintah dan suruhan atau ketetapan Rasulallah (s.a.w)! Jika kita berbuat sedemikian, sudah pasti kita orang yang ‘fasiq’, yakni engkar. Engkarkan Rasulallah (s.a.w) bererti kita engkarkan Allah (a.w). Engkarkan Allah (a.w), mengikut firman Allah (a.w), kita pasti masuk ke neraka.]
Saudara, insya Allah dalam post yang akan datang kita akan lihat beberapa ketetapan Allah (a.w) mengenai isu yang sama dan isu-siu seumpamanya dalam Surat Toha, semoga kita diperingatkan.

Jazakallahu khairah

Peringatan: Jangan jadi orang yang bodoh dan sombong

Assalamualaikum,
Saudara, dalam al-Quran Allah (a.w) sering memperingatkan manusia dan hambaNya yang Islam dan beriman perkara yang menjadi tajuk penelitian kita dalam post ini - iaitu 'orang yang bodoh' dalam Islam dan 'orang yang sombong' dalam Islam. Siapakah yang dikatakan bodoh dalam Islam? Orang yang tidak mentaati perintah Allah (a.w): 'Wa-la taqfu ma laisa bihi ilmun.' (Yang bermaksud: janganlah kalian kerjakan sesuatu (amalan dan ibadah dalam Isam) tanpa terlebih dahulu tahu ilmu mengenai apa yang diamal dan diibadahkan) - Ayat 36, Surah al-Isra dan perintah Rasulallah (s.a.w): 'Al-ilmu qabla 'amal' (Yang bermaksud: Beramallah dengan didasari ilmu.) . Kita yang Islam itu diberitahu bahawa lmu yang diwajibkan kita belajar dan faham mengenai aqidah Islam dan syariat Islam adalah al-Quran dan as-Sunnah dan ilmu faraid. Kalau kita akui diri kita Islam, tapi takun melapangkan masa belajar al-Quran (membaca, faham maksudnya dan penjelasannya - tafsirnya) dan kemudian belajar pula al-Hadith yang menjelaskan secara terperinci segala sesuatu mengenai perterjemahan dimensi-dimensi aqidah dan pelaksanaan segala perintah Allah (a.w), maka kita dihukumi 'bodoh' (i.e. jahil) dalam Islam. Bukan setakat bodoh, kiat mendapat dosa pula setiap saat, kalau tidak berusaha belajar al-Quran dan as-Sunnah.
Saudara, dalam suatu sabda Rasulallah (s.a.w) 'orang yang bodoh' itu adalah orang yang tidak mahu terima sesuatu yang haq. Apa yang haq? Segala sesuatu yang difirmankan Allah (a.w) dalam al-Quran dan sesuatu yang disabdakan oleh Rasulallah (s.a.w) dalam as-Sunnah. Orang yang bodoh itu menfikan yang haq atau yang benar. Dalam Islam 'orang yang dikatakan sombong' itu adalah orang yang tidak mahu menerima yang haq atau kebenaran, apabila diberitahu sesuatu itu oleh seorang yang Islam dan beriman, dia menafikannya atau dia tidak mempercayainya, malah mempersoalkannya. Dia melihat siapa yang bercakap dan bukan apa yang dicakapkan. Kita diberitahu oleh Rasulallah (s.a.w) bahawa seseorang yang dkatakan bersifat sombong walaupun sebesar zarah dalam hatinya tidak akan masuk syurga, walaupun dia Islam yang mengerjakan amalan dan ibadah secara istiqamah. Oleh itu berwaspadalah.

Beramal hanya Setelah Tahu Ilmunya 
 
Firman Allah (a.w): ‘Wa-la taqfu ma laisa bihi ilmun … al-ayat’ (Yang bermaksud: Dan, janganlah kamu kerjakan (atau ikuti atau amalkan) sesuatu apa-apa yang kamu tiada ilmu mengenainya (i.e. apa-apa yang dikerjakan seumpama amalan dan ibadah)’; [dan sambungan ayat tersebut bermaksud] ‘Sesungguhnya pandengaran kamu (i.e. telinga), dan penglihatan kamu (i.e. mata) dan hati kamu kesemuanya atas kamu akan ditanya/disoal (yakni, kamu dipertanggungjawabkan tentang apa yang kamu kerjakan atau amalkan dan ibadahkan serta katakan) (ketika di akhirat kelak).’ [Ayat 36, Surah al-Isra']
[Nota: Antara pra-syarat utama Islam dalam beramal dan beribadah adalah firman Allah (a.w) ini adalah orang Islam tidak boleh beramal berdasarkan kejahilan atau bertaklid (i.e. tengok orang buat begitu dan begini, kita tiru dan buat, atau kita tanya sebarang orang tentang sesuatu amalan. Kita diwajibkan belajar dahulu ilmu mengenai tuntutan Islam berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah. Bila belajar (atau ngaji) kita tahu kesemua ketetapan Allah (a.w), bentuk-bentuk ketetapan tersebut, cara dan kaedah melaksanakan atau mematuhi ketetapan tersebut. Kalau kita tak tahu? Disebutkan dalam hadith lain bahawa kalaupun amalan atau ibadah kita betul, tetap dikira salah, tak diterima Allah (a.w). Sebaliknya, kalau kita buat satu amalan itu silap, tetapi kita dahpun belajar mengenainya, berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah, kita diberi pahala, dan kalau betul kita amalkan sebagaimana kita belajar mengenainya, kita dapat dua pahala! Islam tidak suka kepada umatnya yang jahil dan bertaklid atau buat amalan ikut suka hati dalam kejahilan.
Orang kafir menyembah berhala atau patung kerana kejahilan dan kesombongan. ‘Bodoh’ = Tak tahu bagaimana, maka buat secara ikut-ikutan, cakap-cakap dan amalan lazim turun temurun nenek moyang mereka, tanpa belajar ilmu yang benar dari sumber yang benar dan diajarkan oleh orag yang faham. Di dalam al-Quran, Allah (a.w) memberitahu dengan panjang lebar kebodohan manusia yang menyembah berhala atau patung atau apa saja yang slain Allah (a.w). Al-Quran menceritakan begitu banyak tentang perjuangan Nabi Ibrahim (a.s) dalam perkara peneymbahan berhala zamannya. Begitu juga dalam zaman Rasulallah (s.a.w) sendiri. ‘Sombong’ = Tak tahu tetapi apabila diberitahu yang haq (benar) berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah, tak mahu terima. Sombong merujuk kepada perbuatan menolak yang haq atau yang benar dan meremehkan orang yang memberitahu yang benar. Orang yang mengakui dirinya Islampun banyak tergolong dari kalangan orang yang diistilahkan ‘bodoh’ dan ‘sombong’. Kenapa? Dalam Islam yang haq atau benar itu adalah atau hanyalah al-Quran dan as-Sunnah. Apabila seseorang iman itu tidak belajar ilmu al-Quran dan as-Sunnah, dia tergolong orang yang ‘bodoh’, dan apabila diberitahu yang haq atau benar berdasarkan ilmu al-Quran dan as-Sunnah, dia tidak mahu terima atau menolak, dia tergolong dari kalangan orang yang diistilahkan ‘sombong’ oleh Islam. Orang yang ‘bodoh’ dan ‘sombong’ itu tidak akan masuk syurga. Sebagai contoh: apabila seorang memberitahu kita bahawa jalan pintas ke syurga itu adalah Ayat 13, Surah an-Nisa', kita ragui, malah mentertaakan beliau, walhal ayat itu adalah janji Allah (a.w). Yang perlu diteliti pula adalah apakah perkara-perkara yang diistilahkan dalam kalimah 'taati Allah (a.w)' dan 'taati Rasulallah (s.a.w)' itu. Ketaatan terhadap Allah (a.w) bermaksud ikuti segala sesuatu yang diperintah Allah (a.w) kita lakukan, termasuklah perkara-perkara kesyirikan, kewajipan berjema'ah dalam, kewajipan menubuhkan jema'ah, mentaati kepimpinan jema'ah, dll. Ketaatan terhadap Rasulallah (s.a.w) termasuklah mentaati ketetapan Rasulallah (s.a.w) dalam as-Sunnah, termasuklah perintah AAlah (a.w) ambil pakai semua ketetapan as-Sunnah, mengambil segala sesuatu yang disuruh oleh Rasulallah (s.a.w) dalam as-Sunnah, berjema'ah, mentaati kepimpinan jema'ah (Imam), meninggalkan bid'ah, dll. Oleh itu berwaspadalah.
Selain itu Rasulallah (s.a.w) memberitahu bahawa Allah (a.w) memberi ancaman yang berat kepada orang yang jahil atau bodoh atau yang berilmu tetapi tidak beramal. Neraka wel balasan orang yang beramal – mengerjakan segala bentuk amalan dan ibadah – tetapi tidak mengetahui atau mempunyai ilmu mengenai apa yang dia amal dan ibadahkan. Neraka wel juga disediakan bari orang iman yang memiliki ilmu – tahu dia tentang setiap amalan dan iabdah yang diwajibkan atas orang Islam – tetapi dia tak mengamalkan ilmunya atau mengamalkan apa yang dia tahu. Contoh: kalau melalui ilmu al-Quran dan as-Sunnah diberitahu bagaimana bersolat mengikut Rasulallah (s.a.w) tetapi dia bersolat cara dan kaedah lain, maka tempatnya adalah neraka wel! Wal iya zubillah. Rasulallah (s.a.w) memberitahu bahawa sesiapa yang beramal tanpa didasari oleh ilmu (i.e. al-Quran dan as-Sunnah), kalaupun betul dikira salah. Sebaliknya, kalau mengamalkan suatu amalan atau ibadah, setelah mengetahui ilmunya, kalaupun salah dimaafkan dan kalau betul diberi dua pahala. Jelaslah, dalam Islam itu ilmu amat utama. Umat Islam tidak boleh beramal dan beribadah tanpa terlebih dahulu belajar ilmu mengenai setiap suatu yang hendak diamalkan.
Selain itu, kita telahpun bincangkan dalam post yang lalu bahawa tiga golongan umat Islam akan masuk neraka; iaitu: pertama, orang yang beramal dan mengerjakan ibadah tanpa di dasari oleh ilmu, i.e. ilmu al-Quran dan as-Sunnah; kedua, orang yang berilmu, i.e. tahu ketetapan al-Quran dan as-Sunnah tentang amalan dan ibadah yang diwajibkan atas orang Islam, tetapi tak mengerjakannya; dan ketiga, orang yang beriilmu - tahu ketetapan a-Quran dan as-Sunnah - tetapi kekal mengamalkan sesuatu yang ditegah atau dilarang oleh al-Quran dan as-Sunnah, spt syirik samar, bid'ah, dll.]

Jazakallahu khairah

Peringatan: Jangan jadi kaldai ...

Assalamualaikum, 
Saudara, dalam al-Quran Allah (a.w) seringkali mengingatkan kita manusia yang Islam supaya beriman, dan apabila beriman supaya bertaqwa, dan apabila menjadi orang Islam dan orang iman, janganlah jadi seumpama haiwan ada mulut untuk makan dan minum, ada telnga tak mau mendengar nasihat, ada mata tidak melihat kebesaran Allah (a.w), ada hati tidak memikirkan tentang nikmat yang diterima sepanjang hari dan setiap saat, dan lain-liannya. Janganlah jadi kaldai yang membawa kitab apakala ada al-Quran di rumah, disimpan sebagai bahan tunjukan, apabila ada telinga dinasihatkan oleh rakan taulan tentang kebenaran tak mahu terima, malah berhujjah pula dalam kejahilan. Jika kita begitu sifatnya, maka Allah (a.w) letakkan kita terkebawah dalam mertabak makhluk, kita lebih buruk lagi dari haiwan. Kerana haiwan mempunya kesemua pancaindera, tapi tak ada otak untuk berifikir. Kita, manusia ada otak boleh berfikir, tapi tak gunakan untuk berfikir sebagaimana haiwan yang pastinya tak boleh berfikir, kerana tak berakal! 

Keras Hati – Allah (a.w) Murka Kepadanya 

Saudara, sehubungan itu kita lihat pesanan Allah (a.w) dalam hadith berikut: 
Rasulallah ((s.a.w) bersabda: ‘Sesungguhnya Allah (a.w) murka pada tiap-tiap orang yang keras hatinya (i.e. tidak mahu mendengar nasihat dan tunjuk-ajar tentang agama) lagi sombong (i.e. berbangga dengan dirinya, darjatnya, kedudukannya dan segala sesuatu yang dia merasa yang dia lebih baik dari orang lain dan menolak kebenaran), (iaitu) orang yang senang di kalangan orang ramai dan suka bertengkar di pasar, (mereka ini) seperti bangkai di malam hari (kerana tak bangun mengabdikan diri menghidupkan malan dengan mnegerjakan solat malam, berzikir, meminta ampun kepada Allah (a.w), dan membaca al-Quran dan lain-lain amalan) dan seperti kaldai ketika siang hari (kerana menjalani kehidupan hanya memikirkan tentang makan, yakni kesenangan dunia, lupakan tanggung jawab terhadap Allah (a.w) dan kekal mengerjakan perintah dan suruhan). Pandai (i.e. bijak) dalam ilmu dunia, namun bodoh (i.e. jahil) dalam ilmu akhirat.’ [Hadith ibnu Hibban] 
[Nota: Hadith ini menyebutkan bahawa Allah (a.w) terhadap beberapa golongan manusia yang akui dirinya Islam dan beriman: pertama, orang yang hatinya keras iaitu orang yang apabila diberitahu perkara yang hak dalam Islam – mengikut ketetapan al-Quran dan as-Sunnah – dia enggan terima atau tak mahu dengar dan akur. Golongan ini ramai. Tak kurang dikalangan mereka prang yang merasa dirinya alim dan beilmu. Tambahan pula dia digelar ‘ulama’. Disanjung dan dihormati masyarakat. Disegani ‘ilmunya’. Di undang untuk membaca doa atau mengepalakan majlis bacaan Yaasin atau Tahlilan. Tetapi, apakala diberitahu ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, dia berhujjah mempersoalkan dan memberi pandangan secara batil semata-mata kerana menidakkan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah jika bersalahan atau brlainan dari amalan dan pendapatnya atau pendapat golongan yang menjadi ikutannya. Kedua, orang yang sombong kerana sesuatu kelebihan yang dia terasa ada padanya atau kelebihan yang dianugerahkan oleh masyarakat kepadanya kerana sesuatu, kerana keturunannya, kedudukannya, jawatannya, kekayaannya, hartanya, namanya atau gelarannya. Maka dia inginkan dihormati oleh orang lain, diketengahkan dan dibesarkan dalam sesuatu majlis masyarakat, diberi tempat dan keutamaan, tetapi apabila diberitahu perkara yang hak menmgenai agamanya berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah, dia enggan terima dan berdalih menolaknya.] 

Jazakallahu khairah

Sunday, October 27, 2013

Peringatan: Janganlah rugikan diri ... (Samb.)

Assalamualaikum,
Saudara dalam beberapa post sebelum ini kita telahpun tahu dan faham bahawa pra-syarat benarnya Islam kita itu bergantung kepada dua perkara; iaitu, pertama, kita kerajakan segala amalan dan ibadah itu menepati bentuk, kaedah dan cara yang ditetapkan oleh Rasulallah (s.a.w), yakni, as-Sunnah; dan kedua, kita adalah berjema'ah dalam Islam, yakni kita berada dalam jema'ah. Dan, 'jema'ah' dalam Islam itu suau sistem danorganisasi yang formal - ada imam, ada ikrar janji taat setia antara anggota jema'ah dengan kepimpinan jema'ah yang mereka angkat, disebut secara generic sebagai imam, dan ketetapan Imam wajib didengari dan ditaati selagi perintah dan ketetapan Imam itu bukan suatu yang maksiat, yakni bertentangan dengan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah.
Saudara, dengan itu wajib kita faham dan jadikan panduan mesej hadith berikut:

Berjema’ah dalam Islam (Samb.)
Amalan tak diterima jika tak berjema’ah

Saudara, dalam hadith ini Rasulallah (s.a.w) memberitahu umatnya bahawa amalan dan ibadah seeorang Islam itu hanya diterima Allah (a.w) jika dia berjema'ah dalam Islam. Kita telahpun tahu dan faham bahawa Islam yang benar itu menepati dua pra-syarat, iaitu berpegang dan berpandukan kepada as-Sunnah dan kedua berjema'ah. Berjema'ah itu adalah perintah dan ketetapan Allah (a.w). Dan, Rasulallah (s.a.w) diperintahkan supaya laksanakan lima perkara dalam Islam, satu adalah berjema'ah dalam Islam.
Diriwayatkan hadith bahawa Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Man ‘amila lillahi fil-jama’ati fa-asoba qabilallahu minhu wa-in akhta-a ghafara lahu; wa-man ‘amila yabtaghil-firqata fa-asoba lam yataqabbalillahu minhu wa-akhta-a fal-falyatabauwak maq’adathu minan-nari.’ (Yang bermaksud: Barangsiapa beramal kerana Allah (a.w) di dalam jema’ah lantas ‘amalannya benar (=sesuai atau secocok dengan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah) maka Allah (a.w) menerima darinya (amalannya) dan jika keliru (atau tersilap) maka Allah (a.w) mengampuninya; dan barangsiapa yang ber’amal dalam firqah (=tidak berjema’ah) lantas ‘amalannya benar maka Allah (a.w) tidak menerima darinya (amalannya) dan jika keliru (atau tersilap beramal atau silap amalannya) maka supaya bertempat dia tempat duduknya di neraka (i.e. masuk neraka)) – Hadith at-Tobrani.
[Nota: Kalimah ‘kerana Allah (a.w)’ dalam hadith ini bermaksud segala amalan dan ibadahnya dengan niat yang betul, iaitu Ayat 57, Surah al-Isra’ (Iaitu mengharapkan kerahmatan Allah (a.w), yakni syurga, dan takutkan siksaan Allah (a.w), yakni neraka). Kalimah ‘Benar’ bermaksud sejajar dengan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah dari semua segi termasuk bentuk amalan dan ibadah, cara dan kaedah diamalkan atau diibadahkan, betul rukun qalbi, rukun qauli dan rukun fe’linya. Jika begitu, amalan atau ibadah tersebut tetap tidak diterima, sekiranya yang beramal atau mengibadahkannya tidak berjema’ah. Kalau tersilap dikerjakan, dimaafkan. Sebaliknya, kalau berjema’ah, betul amalan dan ibadahnya diterima Allah (a.w) diberi pahala sebagaimana dijanjikan oleh Allah (a.w), dan kalau tersilap atau keliru mengamalkannya, tetap dimaafkan oleh Allah (a.w). Hadith ini memberikan dalil al-Hadith bahawa untuk mempastikan kesemua amalan dan ibadh yang ditetapkan oleh Allah (a.w) dan RasulNya hanya diterima Allah (a.w) jika yang mengamalkannya adalah berjema’ah. Counter factualnya, kalau tidak berjema’ah walaupun Islam dan istiqamah beramal dan beribadah, menepati bentuk-bentuk amalan dan ibadah berdasarkan apa yang dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w) (i.e. menepati as-Sunnah) tetap ditolak Allah (a.w), kerana tidak berjema’ah.
Kita telahpun diberitahu bahawa Islam yang benar itu adalah menepati ketetapan as-Sunah dan kita yang mengamalkannya berjema’ah. Justeru itu, jika demikian, maka kita terselamat dari termasuk dalam 72 golongan fahaman Islam yang dikatakan tidak berjaya mendapat syurga, sebaliknya masuk neraka. Kerana, Rasulallah (s.a.w) memberitahu hanya satu golongan sahaja fahaman Islam yang berjaya mendapat syurga, iaitu ikuti as-Sunnah dan berjema’ah.]

Tidak berjema’ah pasti masuk neraka

Saudara, hadith berikut menyebut bahawa bahawa berjema'ah itu menyelamatkan orang Islam dari nerka, kalau tidak berjema'ah, walaupun lahiriahnya nampak Islam masih belum diakui Islam.
Diriwayatkan hadith dari Abdullah b Dinar hadith dari ibnu Omar (r.a) bahawasanya Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Innallaha la yajma’u ummati’ au ‘ummata muhammadin ‘ala dolalatin wa-yadullahi ma’al jama’ati waman syazza syazza ilan-nari.’ (Yang bermaksud: ‘Sesungguhnya Allah (a.w) tidak mengumpulkan umatku’ atau (dalam satu riwayat, dikatakan tidak akan mengumpulkan) ‘umat Muhammad’ atas kesesatan dan tangan (yakni, pertolongan) Allah (a.w) beserta dengan jema’ah dan barangsiapa memencilkan diri (atau bersendirian atau menyendiri, yakni berada di luar jema’ah atau tidak berjema’ah) maka memencilkan dirinya menuju ke neraka.) - Hadith at-Termidzi, Kitab Fitan

Bukan Islam kalau tak berjema’ah

Saudara, dalam hadith berikut Rasulallah (s.a.w) memberitahu satu ketetapam Islam yang amat petng menjadi panduan kita - Islam seseorang itu sah jika dia berjema'ah dalam Islam.
Diriwayatkan hadith daripada Abdul Rahman b Maisarah hadith dari Tamim ad-Dariyi berkata: ‘Berlumba-lumba (atau bersaingan) manusia (yakni, para sahabat Muslimin) di dalam membina binaan atau bangunan (yang tinggi dan tersergam) dalam zaman Omar (r.a), maka berkata Omar (r.a): ‘La Islama illa bi-jama’atin wa-la jama’ata illa bi-imaratin wa-la imarata illa bi-to’atin faman sauwadahu qaumuhu ‘ala fiqhi kana hayatan lahu wa-lahum, wa-man sauwadahu qaumuhu ‘ala ghairi fiqhin kana halakan lahu wa-lahum.’ (Yang bermaksud: Tidak atau bukan (dikatakan) Islam kecuali dengan berjemaah dan tidak (dikatakan) berjemaah kecuali dengan berimam (yakni, dangkat menjadi Imam seorang dari kalangan mereka menjadi imam) dan tidak (dikatakan) berimam kecuali dengan ketaatan (rukyah atau rakyat kepada imam); maka barangsiapa memilih imam dari kalangan kaumnya yang faqih (yakni, kefahaman tentang Islam) ada kehidupan (yakni, tenteram, selamat dan bahagia) bagi imam dan ada kehidupan bagi mereka (kaumnya). Barangsiapa memilih imam mereka kerana pertimbangan-pertimbangan selain kefaqihan (tentang syariat Islam sedemikian) ada baginya (imam) kerosakan dan kerosakan bagi kaumnya.] [Hadith ad-Darami]
[Nota: Ketetapan dalam hadith ini wajib dijadikan panduan oleh semua yang akui dirinya Islam. Hadith itu menyebutkan beberapa prinsip atau ketetapan utama mengenai Islam: Pertama, tidak Islam seseorang yang mengakui dirinya Islam itu jika tanpa berjemaah atau berada dalam Jemaah Islam; Kedua, tidak dikira berjema’ah jika tiada ‘imam’, yakni orang yang memimpin dan mengetuai Jemaah itu; Ketiga, tidak dikatakan ada ‘imam’, yakni kepimpinan dalam Jemaah Islam jika pemimpin tidak ditaati oleh rukyah (anggota jemaahnya); dan keempat, jika jema’ah umat Islam mengangkat sebagai pemimpin orang yang faqih (=faham urusan agama Islam, berdasarkan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, maka selamatlah imam dan selamatlah rukyahnya; dan jika, sebaliknya, jika diangkat oleh mereka seorang atas pertimbangan selain kafqihan (= kefahaman) terhadap Islam dan tuntutannya, maka celaka dan kemusnahanlah bagi imam dan rukyah, i.e. jma’ah tersebut.]

Jazakallahu khairah

Friday, October 25, 2013

Peringatan: Janganlah rugikan diri ... (Samb.)

Assalamualaikum,
Saudara, dalam post sebelum ini kita telah diberitahu betapa untungnya kita menjadi umat Rasulallah (s.a.w), Rasul penamat, berbanding dengan kemusnahan yang diazab Allah (a.w) kerana mengengkari ajakan para rasul dan nabi mereka kepada agama Allah (a.w) yang mereka diutus sampai dan ajarkan.

Islam dan Kewajipan Berjema’ah dan Berimam
(Sambungan)
Syaitan tidak mampu pengaruhi orang yang berjema’ah 

Saudara, dalam hadith ini kita diberitahu oleh Rasulallah (s.a.w) beberapa perkara selain kewajipan berjema'ah dalam Islam. Yang utama kita ambil ingatan adalah ketetaan menyentuh berjema'ah dalam Islam dalam hadith ini.
Diriwayatkan hadith dari ibnu Omar berkata: ‘Telah berkhutbah Omar (r.a) di tanah Jahbiyah, maka berkata dia (Omar): ‘Ya aiyuhannasi inni qumtu fikum kamaqami Rasulillahi fina, fa-qala usikum biashabi thummal-lazina yalunahum thummal-lazina yalunahum tumma yafsyul-kazibu hatta yahlifr-rajulu wa-la yustahlafa wa-yasyhadas-syahidu wa-la yustasyhada ala la yahluanna rajulun bi-amra-atin illa kana thalithahumas-syaitana ‘alaikum bl-jama’ati wa-iyakum walfirqata fainnas-syaitana ma’al wahidi wa-hua minal-ithnainiab’adu, man arada buhbuhatal-jannatifalyalzamil-jama’ata, man sarrathu hasanatuhu wa-sa-athu saiyiatuhu fazalikal-mukminu.’ (Yang bermaksud: Wahai sekelian manusia! Sesungguhnya aku berdiri aku di kalangan kamu sekelian sebagaimana Rasulallah (s.a.w) berdiri di kalangan kami (suatu masa dahulu di sini, tempat ini). Maka bersabda dia (Nabi): ‘Berwasiat (yakni, memerintahkan) aku (Nabi) pada kamu sekelian dengan (disaksikan oleh) (kehadhiran) beberapa sahabatku, kemudian orang-orang yang mendekati mereka (i.e. para tabi’in), kemudian orang-orang yang mendekati mereka (i.e. para pengikut tabi-in); kemudian tersebar luas pendustaan/dusta sehingga bersumpah seorang lelaki, dan dia tidak diminta bersumpah, dan menjadi saksi (lelaki) dan dia tidak diminta menjadi saksi. Ingatlah jangan menyepi (= menyendiri) seorang lelaki dengan seorang perempuan kecuali ada orang yang ketiganya bersama kedua mereka syaitan; menetapilah jema’ah dan takutilah (yakni, jauhilah) perpecahan (=firqah), maka sesungguhnya syaitan itu bersama-sama dengan seorang (yang menyendiri, yakni tidak berjema’ah) dan dia (=syaitan) itu dengan dua orang (=jika berdua atau lebih, yakni berjema’ah) maka menjauhi mereka; barangsiapa (=sesiapa) yang menghendaki dirinya berada di tengah-tengah syurga, maka hendaklah dia menetapi jema’ah; barangsiapa (=sesiapa) yang menyenangkan dia pada orang lain pada kebaikannya (i.e. orang itu), dan menjelikkan/memburukkan keburukan orang, maka demikian itu (sifat-sifat) orang yang beriman).) [Hadith at-Termidzi, Kitab Fitan – Hadith hasan, sahih]
[Nota: Hadith ini menyebutkan bahawa Omar (r.a) ketika itu adalah khalifah ar-rasyidin al-mahdiyin yang ke-2, suatu masa berada di tanah Jahbiyah berkhutbah di hadapan para sahabat, mencontohi khutbah Nabi (s.a.w) di tempat yang sama dengan menyampaikan amanat yang disabdakan oleh Nabi (s.a.w) ketika itu. Dalam khutbah Rasulallah (s.a.w) itu beliau memberi amanat beberapa perkara yang amat penting bagi umat Islam fahami dan jadikan panduan; iaitu, pertama, Rasulallah (s.a.w) berwasiat kepada para sahabat, para tabi-in (=orang yang iman sezaman dengan Rasulallah (s.a.w), tetapi tak pernah berkesempatan bertemu dengan beliau), pengikut para tabi-in (=orang yang iman mengikuti ajaran para tabi-in kerana mereka hidup zaman sahabat atau selepas zaman khalifah, tetapi tak pernah menemui salah seorang daripada khalifah ar-rasyidin al-mahdiyin) tentang Islam dan ketetapannya. Jelasnya nasihat dan panduan Nabi (s.a.w) itu hendaklah dijadikan panduan oleh semua umat Islam yang beriman yang berpandukan as-Sunnah. Zaman-zaman tersebut Islam kekal murni dan bersih dari sebarang pencemaran dan tidak dicemarkan oleh golongan-golongan yang terpandu dalam zaman-zaman tersebut. Kedua, akan tiba zaman buruk atau jelik apabila tersebarnya keburukan merata dalam masyarakat umat Islam. Dalam zaman itu akan ada orang Islam yang bersedia bersumpah sesuatu walaupun dia tidakpun disuruh bersumpah. Akan wujud umat Islam yang secara sukarela menjadi saksi terhadap sesuatu permasalahan walaupun tidak dimintapun menjadi saksi. Hari ini, zaman keburukan ini semakin meluas dan jelas dan setiap kita tidak terlepas dari persekitaran sedemikian. Meluasnya fitnah memfitnah, caci mencaci, kata mengata, tuduh menuduh, umpat mengumpat, umat Islam memperlekehkan orang lain yang memberi nasihat agama yang benar. Ketiga, Rasulallah (s.a.w) memerintahkan umatnya yang lelaki supaya jangan menyepi atau menyendiri (= berkhalwat) dengan wanita yang bukan makhramnya, kerana syaitan adalah orang yang ketiga yang akan menghasut mereka untuk melakukan pelbagai kejahatan dan kemungkaran, maka rosak mereka. Keempat, Rasulallah (s.a.w) mewajibkan umatnya berjema’ah dalam Islam dan supaya mereka takuti (=jauhi) berfirqah (=berpecah belah, menubuhkan perkumpulan berasingan atau terasing dalam Islam) kerana syaitan itu bersama-sama dengan orang yang bersendirian atau berfirqah (=tidak berjema’ah), mempengaruhi mereka. Kalau berjema’ah tidak mudah dipengaruhi oleh syaitan menyelewengkan aqidah dan mencemarkan syariat agama Islam. Kerana dalam sistem berjema’ah itu sentiasalah akan ada program ingat memperingatkan di kalangan jema’ah supaya waspada sentiasa. Kelima, ini yang amat utama diberi perhatian dalam aqidah dan syariat Islam, iaitu Rasulallah (s.a.w) memberitahu sesiapa yang inginkan kepastian berada di tengah-tengah syurga, hendaklah dia berada di dalam jema’ah dan menetapi jema'ahnya. Syurga itu hanya boleh dijamin jika umat Islam berjemaah. Keenam, Rasulallah (s.a.w) memberitahu sifat orang iman itu, antaranya, ada dua, iaitu pertama dia senang atau sukakan kebaikan orang dan menyenangkan orang lain dari kebaikan dirinya, dan kedua, dia bencikan keburukan orang lain tidak akan mencontohinya dan bencikan keburukan dirinya sendiri.
Di dalam al-Quran, beberapa tempat Allah (a.w) peringatkan manusia supaya jangan berfirqah atau berpecah belah. Antara bukti berpecah-belah umat Islam adalah apabila ada perkumpulan eksklusif sama ada dalam bentuk mazhab atau tarikat atau ikutan lainnya, spt kumpulan sunnah, kumpulan syi’ah, kumpulan tablig dan berbagai bagai pula. Islam itu perkumpulan yang satu walaupun mungkin wujud beberapa 'jema’ah' yang berpandukan al-Quran dan as-Sunnah.
Allah (a.w) memerintahkan manusia (umat Islam) supaya mendirikan jema’ah atau anuti Islam secara berjema’ah dan jangan berfirqah (atau berpecahbelah dalam Islam) – Ayat 103, Surah ali-Imran. Dalam hadith yang lain Rasulallah (s.a.w) memberitahu bahawa Allah (a.w) perintahkan beliau supaya dirikan jema’ah. Maka dalam zaman Rasulallah (s.a.w), Islam itu berjema’ah. Beliau adalah pemimpin umat Islam melaksanakan hukum hakam Allah (a.w) berdasarkan ketetapan al-Quran dan al-Hikmah (=ketetapan wahyu). Ada ikrar janji taat setia antara rukyah (=sahabat dan orang iman) dengan kepimpinan jema'ah, yakni berbai’at. Terdapat 3 ayat al-Quran menyebut tentang bai’at ini, iaitu Ayat 10 dan 18, Surah al-Fath, dan Ayat 12, Surah al-Mumtahannah. Rasulallah (s.a.w) dalam as-Sunnah memerintahkan umatnya supaya berjema’ah, berbai’at dan mentaati imam/amir yang dilantik/diangkat oleh mereka dalam jema’ah memimpin jema'ah umat Islam. Selagi imam/amir itu tidak menyuruh atau mengeluarkan ijtihad yang maksiat, wajib ditaati. Sesuatu itu dikira ‘maksiat’ kalau bertentangan dengan ketetapan Allah (a.w) (i.e. al-Quran) dan Rasulallah (s.a.w) (i.e. as-Sunnah). 

Dalam hadith lain pula Rasulallah (s.a.w) mewajibkan setiap orang iman berjema’ah, kerana tidak halal kehidupan seseorang Islam yang hidup di muka bumi Allah (a.w), walaupun hanya ber-3 sahaja di suatu tempat atau dalam perjalanan (=musafir), kalau mereka bertiga tidak mengangkat salah seorang daripada mereka bertiga sebagai Imam (=pemimpin mereka). Kemudian Omar (r.a) merumuskan kewajipan berjema’ah ini dengan menyatakan bahawa seseorang Islam itu belum boleh diiktiraf (i.e. diakui) sebagai Islam kalau tak berjema’ah. 
Saudara, tidak wujud suatu jema’ah umat Islam menepati perintah Allah (a.w) dan ketetapan Rasulallah (s.a.w) dalam perkara berjema’ah itu tanpa ciri-ciri berikut: pertama, wujudnya seorang pemimpin atau diangkat seorang ketua yang disebut sebagai 'Imam' atau 'Amir (dalam as-Sunnah); kedua, tidak wujud Imam/Amir (=kepimpinan jema’ah) jika tidak ada bai’at (=ikrar taat setia) dan ketaatan oleh rukyah (=anggota jema’ah) terhadap Imam/Amir (=kepimpinan). Ketaatan ini adalah perintah Allah (a.w) – Ayat 59, Surah an-Nisa’. Jelaslah, sistem berjema'ah itu adalah sebahagian dari syariat Islam yang haq dan murni. Sistem berjema'ah itu adalah pra-syarat halalnya hidup seorang iman di atas bumi Allah (a.w). Dan sistem jema'ah itu adalah pra-syarat mutlak sahnya Islam seseorang itu. Dan, sistem berjema'ah itu pra-syarat semua amalan dan ibadah seorang yang Islam itu sah dan diterima Allah (a.w). Sistem berjema'ah itu adalah suatu sistem yang formal dalam Islam. Terdapat begitu banyaknya nas dan dalil as-Sunnah mengenai ‘jema’ah’ atau ‘berjema’ah’, kewujudan - kewajipan mewujudkan - jema’ah serta superstructurenya dalam Islam selepas zaman Rasulallah (s.a.w) dan khalifah dan kewajipan umat Islam mentaati kepimpinan jema’ah mereka.
Sehubungan itu insya Allah kita akan tengok perkara ini dalam post-post akan datang.]

Jazakallahu khaira

Peringatan: Jangan rugikan diri ... (Samb.)

Assalamualaikum,
Saudara, kita teruskan penelitian kita tentang suatu hakikat atau ketetapan mutlak dalam Islam yang mengesahkan keIslaman kita, iaitu berjema'ah dalam Islam. Sudah banyak ilmu kita tahu, namun kita sempurnakan ilmu kita tersebut dalam beberapa post yang akan menyusul dalam blog ini.

Islam dan Kewajipan Berjema’ah dan Berimam
Umat Islam beruntung 
 
Saudara, dalam post-post yang lalu kita teah faham bahawa sahnya keIslaman seseorang yang akui dirinya Islam dan berian itu, adalah dia ikuti dan contohi Rasulallah (s.a.w) dalam menganuti Islam dan mengerjakan segala suruhan dan perintah dan dalam menjauhi larangan dan tegahan, dan dia berjemaah dalam Islam. Hadith berikut menyebut 3 perkara yang menguntungkan umat Islam zaman ini, berbanding dengan umat Islam zaman-zaman sebelum Rasulallah (s.a.w).
Diriwayatkan hdith dari Abi Malik, yakni asy’ari berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Innallah ajarakum min thalathin khilalin an la yad’u ‘alaikum nabiyukum fatahliku jami’an wa-an la yazhara ahlul batili ‘ala halil-haqqi wa-an la tajtami’u ‘ala dolalatin.’ (Yang bermaksud: Sesungguhnya Allah (a.w) telah menyelamatkan Allah (a.w) atas kamu tiga perkara: (pertama) bahawa tidak mendoakan berat atas kamu oleh nabi kamu maka (jika didoakan maka) rosak kamu sekelian; (kedua) tidak akan menang ahli batil (i.e. orang kafir dan orang yang menentang syariat agama Allah (a.w) yang benar lagi murni (yakni, panduannya al-Quran dan as-Sunnah dan caranya mengamalkannya berjema’ah), mengalahkan ahli haq (=benar) (yakni, orang yang Islam berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah secara berjema’ah) oleh ahli batil (yakni, orang Islam yang mencemarkan Islam dengan mencampurkan panduan manusia kepada panduan al-Quran dan as-Sunnah); dan (ketiga) bahawa tidak mengumpulkan kamu ‘atas kesesatan (= orang Islam yang mengamalkan agamanya berpandukan selain al-Quran dan as-Sunnah)). [Hadith Abu Daud, Kitab Fitan (Fitnah)]
[Nota: Dalam hadith ini kita dibertahu bahawa umat Nabi Muhammad (s.a.w) – yakni kita semua yang Islam – sangat beruntung dalam tiga perkara yang dijamin Allah (a.w); iaitu: Pertama, walaupun manusia umumnya, dan umat Islam khususnya, tidak mentaati atau menerima syariat Islam al-Quran dan as-Sunnah sepenuhnya atau sebahagiannya, Rasulallah (s.a.w) tidak mendoakan kemusnahan atau kehancuran terhadap umatnya yang engkar atau mahu menerima agama yang dibawakan. Tidak sebagaimana para Rasul dan Nabi terdahulu. Contohnya, umat Nabi Nuh (a.s) kerana ingkarkan beliau tidak mahu mengikuti agama yang dibawanya didoakan kemusanahan mereka, maka kesemua manusia yang tidak iman, yakni tidak menaiki bahterannya, mati ditenggelami air ketika banjir besar dunia. Umat Nabi Solleh (a.s) dimusnahkan Allah (a.w) kerana melanggar perintah nabi Soleh jangan membunuh unta mukzizatnya yang diberikan oleh Allah (a.w). Umat Nabi Lut (a.s) dimusnahkan Allah (a.w) dengan menterbalikkan bumi ke atas mereka kerana mengamalkan kemaksiatan homoseks dan lesbianism - hubungan kelamin luar tabi’i. Firaun dan kuncu-kuncunya Haman, Qarun dan bala tenteranya ditenggelamkan oleh Allah (a.w) di Laut Merah kerana menentang Musa (a.s) dan Harun (a.s) yang membawakan syariat agama Allah (a.w) dengan panduan Kitab Taurat. Demikian jugalah kaum Nabi Hud (a.w) yang umatnya dimusnahkan melalui tiupan angin panas yang kencang bertiup tujuh malam delapan hari, mematikan mereka bergelimpangan. Umat para nabi terdahulu, jika menentang para rasul dan syarait agama Allah (a.w) yang dibawakan, di doakan oleh rasul atau nabinya siksaan ketika di dunia lagi. Umat Muhammad (s.a.w) bernasib baik, kerana Rasulallah (s.a.w) tidak meminta Allah (a.w) turunkan azab ketika di dunia, tetapi diminta ditangguhkan di akhirat, supaya mereka berkesempatan bertaubat memohon keampunan Allah (a.w), dan menyediakan diri untuk taat sebelum ajal mereka sampai. Justeru itu, walaupun ingkar tidak mahu Islam, atau Islam tetapi menolak as-Sunnah, diberi peluang terus hidup, dan siksaan Allah (a.w) diminta Rasulallah (s.a.w) ditangguhkan di akhirat.
Kedua, dalam perkara Islam yang haq yang syariatnya adalah al-Quran dan as-Sunnah tidak akan dapat diatasi atau dikalahkan oleh agama lain atau fahaman Islam yang batil, yang tidak berpandukan al-Quran dan as-Sunnah. Walaupun majority umat Islam mencampurkan panduan mengenai Islam dengan pelbagai perkara spt fahaman tahyul, kurafat, taklid, bid’ah dan sebagainya, umat Islam yang berpandukan kepada ilmu dan panduan yang haq – al-Quran dan as-Sunnah – kekal akan berjaya sampai kiamat dunia.
Ketiga, Allah (a.w) menjanjikan bahawa umat Islam yang berpandukan dan berpedomankan al-Quran dan as-Sunnah tidak akan sesat. Umat Islam yang mengketepikan atau mencampuradukkan panduan Islam dengan panduan sumber selain al-Quran dan as-Sunnah pasti akan sesat akhirnya. Sehubungan itulah Rasulallah (s.a.w) memberitahu bahawa beliau tinggalkan dua perkara yang kalau umatnya berpegang teguh dengan kedua-duanya itu pasti tidak akan sesat selama-lamanya, iaitu panduan al-Quran dan as-Sunnah. Sesiapa yang meremehkan dan tidak mengutamakan panduan al-Quran dan as-Sunnah dan meninggalkan panduan selain al-Quran dan as-Sunnah pasti sesat. Malah menolak ketetapan al-Quran dan as-Sunnah menjadikan pelakunya jatuh kafir. Dan, segala amalan dan ibadahnya tidak diterima Allah (a.w). Dan, di akhirat nanti catatan dalam Kitab Catatan Amalannya dalam perkara pahala kosong semata-mata! Namun, catatan dosanya banyak. Pertama, kerana segala amalan dan ibadahnya tidak diterima, maka seolah-olah tidakpun mengerjakan sebarang amalan dan ibadah yang perintahkan dikerjakan; dan kedua, catatan dosa dan keaslahannya banyak kerana sesuatu yang berdosa tetap dicatitkan.]

Jazakallahu khairah


Thursday, October 24, 2013

Peringatan: Janganlah rugikan diri ... (Samb)

Assalamualaikum,
Dalam post yang lalu kita telah lihat bahawa keIslaman kita - atau segala amalan dan ibadah kita ditulis atau dicatit oleh dua malaikat - Rakib dan 'Atid atau Kiraman dan Katibin. Selain itu, setiap usaha kita memperbetulkan sandaran ilmu kita dalam mengabdikan diri kepada Allah (a.w) disaksikan oleh Imam jema'ah, kalaulah kita anuti syariat Islam yang murni itu. Kerana Islam yang murni itu panduan ilmunya adalah al-Quran dan as-Sunnah dan diamalkan secara berjema'ah. Maka kepimpinan jema'ah (i.e. disebut sebagai Imam atau Amir dalam al-Hadith) menceritakan panduan dalam perkara berjema'ah dan berimam.

Saudara, Rasulallah (s.a.w) adalah yang menyaksikan bahawa para Rasul dan Nabi terdahulu telah menyampaikan tugasnya menyampaikan syiar agama Allah (a.w) kepada masyarakatnya atau kaumnya. Kemudian, umat Muhammad pula menjadi saksi kepada umat-umat dahulu tentang pengamalan mereka dalam menerima dan melaksanakan tanggung jawab beragama. Bagi umat Muhammad pula Imam/Amir lah yang menyaksikan keIslaman seseorang yang aku dirinya Islam dala hidupnya. Justeru itulah sistem dan syariat agama Islam itu adalah agama yang dijma'ahkan. Maka Imam/Air menyaksikan bahawa setiap rukyah dalam jema'ah itu telah diajarkan, dibibing dan ditunjukkan syariat Islam yang sebenarnya itu sepanjang hidupnya di dunia ketika berada dalam jema'ahnya.

Berhimpun di Belakang Imam masing-masing

Saudara, untuk memahami hakikat menganuti syariat Islam yang murni dan benar serta kewajipan berjema'ah dalam Islam itu, kita lihat skema berikut. Manusia (i.e. anak cucu Adam) itu tergolong dari 5 golongan; iaitu: pertama, orang yang kafir - tidak akui Allah (a.w) tuhan mereka, tidak menerima agama Allah (a.w), Islam, dan para rasul dan nabi zaman mereka (dan bagi umat ini, Rasulallah (s.a.w)) sebagai utusan Allah (a.w), tidak percaya adanya hari akhirat, hari kebangkitan, hari pembalasan, adanya syurga (bagi yang taat) dan neraka (bagi orang yang ingkar) - Ayat 91, Surah al-Baqarah dan Ayat 36, Surah al-Maidah; kedua, orang munafiq – Islam tetapi berpura-pura Islam dan beriman tetapi sebenarnya lebih buruk dari orang kafir, kerana hati nurani mereka tidak setuju dengan Islam; mereka ini, di akhirat kelak dimasukkan ke dalam meraka yang paling bawah, di bawah tempat orang-orang yang kafir- Ayat 145, Surah an-Nisa'; ketiga, orang yang fasiq – Islam dan akui wujudnya Allah (a.w), beriman dengan apa-apa yang ghaib, tahu suruhan dan tegahan, tetapi tidak mengerjakan apa yang disuruh (sama ada semuanya atau sebahagannya) dan tidak meninggalkan apa yang ditegah (sama ada semua atau sebahagian); keempat, orang Islam – dia akui Allah (a.w), mengerjakan amalan dan ibadah dan akur dengan tegahan/larangan, percayakan akhirat, pembalasan dan sebagainya, tetapi tidak mengerjakan amalan dan ibadah tidak berpandukan kepada as-Sunnah dalam mengabdikan diri kepada Allah (a.w); dan kelima, orang iman – orang yang Islam berpandukan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah dalam beramal dan beribadah dalam hidupnya serta berjema’ah dalam Islam. Aqidahnya murni tidak dicemari oleh syirik khaufi (samar), keperacayaan bercorak tahayul, kurafat, dan amalan serta ibadahnya murni, tidak tercemar oleh taklid dan bid’ah atau rosak oleh kejahilan ilmu, maka Islamnya sah dan amalannya diterima.
Hakikatnya adalah, orang Islam itu akui Allah (a.w) tuhan mereka, Rasulallah (s.a.w) itu utusan Allah (a.w), al-Quran dan as-Sunnah itu adalah panduan hidup Muslim serta panduan amalan/ibadah. Tetapi, majoriti umat Islam itu berpandukan juga panduan-panduan yang sumbernya selain al-Quran dan as-Sunnah. Malah ramai yang lebih mengutamakan sumber ilmu selain al-Quran dan as-Sunnah, spt kitab-kitab karangan manusia, sehingga menombor-duakan al-Quran dan as-Sunnah. Rasulallah (s.a.w) memberitahu bahawa seseorang yang Islam itu mengaji al-Quran dan as-Sunnah, kemudian dia membaca sesuatu mengenai Islam dalam kitab-kitab lain, yang dia berpandangan lebih baik baginya, maka dia telah meremehkan sesuatu yang diagungkan oleh Allah (a.w), dan mengagungkan sesuatu yang diremehkan oleh Allah (a.w). Allah (a.w) mengagungkan kitabNya, i.e. al-Quran dan as-Sunnah, dan meremehkan selainnya.
Kemudian, dia belajar tentang kewajipan berjema’ah, kemudian dia remehkan, malah dia tidak menerima nasihat orang yang tahu dan faham, maka dia menidakkan ketetapan Allah (a.w). Seseorang yang Islam itu wajib menerima apa saja yang diberitahu ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, dan tidak diberi ruang untuk menolak atau menidakkan yang haq. Maka segala amalannya ditolak, tidak diterima oleh Allah (a.w), maka tiada pahala ketika ditimbang di mizan Allah (a.w) kelak di akhirat. Mereka inilah yang disebutkan oleh Allah (a.w) dalam firmanNya berikut:
Allah (a.w) berfirman: ‘Wa qadimna ma ‘amilu min ‘amalin fa-ja’alnahu haba-an (-am) mansyuran.’ (Yang bermaksud: Dan Kami (Allah (a.w)) periksa amal mereka, kemudian Aku (Allah (a.w) jadikannya (yakni, amalannya) bagaikan debu yang berhamburan (atau beterbangan)’ (yakni, tidak diterima seumpama habuk dan debu sahaja segala apa yang diamalkan) – Ayat 23, Surah al-Furqan.
Dan, kemudian Allah (a.w) menggambarkan pula dalam ayat 2, 3 dan 4, Surah al-Ghasiyah, dengan firman Allah (a.w) yang berikut:
Firman Allah (a.w): ‘Wujuhuy yaumaizin khasyi’ah @Amilatun nasibah @ Tasla naran hamiah.’ (Yang bermaksud: Beberapa wajah manusia pada hari itu (di akhirat) tunduk merasa hina dan rendah diri @ Dahulu mereka telah beramal dengan bersusah payah @ Akhirnya masuk ke neraka yang sangat panas. ) - Ayat 2-4, Surah al-Ghasyiah
Mereka ini ke neraka dahulu, setelah diberisihkan dari dosa-dosa mereka, kerana ada keimanan terhadap Allah (a.w) (tidak setakat sebutan dua kalimah syahadah), maka akhirnya mereka dimasukkan ke dalam syurga juga, setelah dibersihkan. Inilah golongan orang yang terakhir masuk syurga yang disebutkan dalam hadith Rasulallah (s.a.w). Maka dengan itulah bahaya beramal dalam kejahilan. Bahaya beramal dengan mencampur-adukkan ketetapan yang haq – a-Quran dan as-Sunnah – dengan panduan manusia. Banyak bid’ahnya, maka terbatal dan batil segala amalan dan ibadahnya. Menyimpang niatnya. Beramal dan beribadah tanpa didasari oleh ilmu, sesat dia dalam Islam. Kerana tidak berjema’ah tidak diakui atau tidak sah Islamnya.
Di kalangan orang iman pula ada 3 sub-golongan; iaitu: pertama, ‘fastabikul khairat’ – orang iman yag berlumba-lumba meningkatkan ketaqwaan, keimanan dan pengamalan mereka sepanjang hidup mereka (yakni, mengerjkan amalan sekuat mampunya berdasarkan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah); kedua, ‘al-muktasidah’ – orang pertengan, beramal dan beribadah secara ala kadar sahaj, yang wajib dibuat, yang sunat jarang-jarang,tetapi mereka akur dengan tegahan dan larangan, tapi tak istiqamah dalam pengabdiannya; dan ketiga; ‘zalimu li-nafsihi’ – orang iman yang tidak mengerjakan apa yang disuruh atau mengerjakan sebahagian dan meninggalkan sebahagian dan meninggalkan apa yang ditegah atau mengerjakan sebahagian yang ditegah kerana kelemahan iman dan terpengaruh oleh alam sekelilingnya – Ayat 32, Surah al-Fatir.

Jazakallahu khairah

Peringatan: Janganlah rugikan diri di akhirat kelak

Assalamualaikum,
Saudara, adalah menjadi fahaman majoriti umat Islam di Nusantara ini bahawa fahaman kemazhaban itu adalah sejajar dengan tuntutan Islam. Walaupun, bagi mereka yang belajar ilmu al-Quran pasti bertemu - kerap kali - dengan tegahan Allah (a.w) supaya jangan berfirqah dan jangan berpecah-belah dan jangan menubuhkan perkumpulan berasingan dalam Islam.
Saudara, Islam itu utamakan kesatuan - maka dalam al-Quran dan as-Sunnah disebutkan bahawa orang iman itu bersaudara, bantu membantu tolong menolong antara satu sama lain. Orang iman itu seumpama 'bunyan' (binaan yang tinggi) setiap bahagiannya mengokohkan bahagian yang lain, tegap dan mantap dan tidak mudah kucar kacir atau runtuh. Namun, Rasulallah (s.a.w) memberitahu bahawa di akhir zaman kelak umat Islam akan berpecah-pecah bukan sahaja dalam duniawinya tetapi lebih utama dalam akhiratnya. Kesatuan orang iman itu akan roboh terombak dan pupus. Malah apabila ditanya oleh para sahabat maksud sabdanya itu, Rasulallah (s.a.w) memberitahu bahawa umat Islam ketika itu ramai - amat ramai sebagaimana sekarang di Malaysia orang Melayu itu ramai, tetapi majoriti mereka tidak faham Islam yang haq dan murni itu, mereka beramal tanpa didasari ilmu, tetapi sama sebagaimana masyarakat Arab ketika Nabi Muhammad (s.a.w) diutus Allah (a.w) sebagai Rasul. Mereka ikuti amalan dan agama nenek moyang mereka, tanpa terlebih dahulu meneliti apakah warisan nenek moyang meerka itu benar atau silap! 
Demikian jugalah orang Melayu khususnya, dan orang Islam di Nusantara umumnya. Rasulallah (s.a.w) memberitahu dalam hadith yang dimaksudkan itu umat Islam zaman itu memang ramai, tapi seumpama buih dipermukaan air lautan saja, apakala di tiup angin atau dilanda ombak, maka bercerai serta musnahlah buih tersebut. Tak bermakna sedikitpun. Kalau adapun tak mendatangkan apa-apa manfaat kepada manusia, dan kalau takdapun tak disedari ketiadaan mereka. Kenapa terjadi begini? Kerana manusia cintakan dunia. Sehinggakan kalau ada 'ulama' tak bertauliah mengajarkan yang haq dipersoal atau dipersendakan. Kalau ada orang yang mengakui ulama' kerana dia ada Ph D atau dia tu penceramah motivasi berjaya, lulsan dari universiti ivy legues negara-negara Islam spt al-Azhar, maka disanjung apa-apa yang keluar dari mulutnya sebagai benar! Maka kerana itu semakin jahillah orang Melayu dan umat Islam.
Saudara, dalam perkara berjema'ah, ramai umat Islam terutama para ulama dan ilmuwan Islam yang sangkal hakikat kewajipan berjema'ah itu. Atau, paling kurang mereka tafsirkan kewajipan berjemaah itu sedemikian rupa datau sedemikian cara sehingga akhirnya diputuskan Islam itu tidak mewajibkan brjema'ah. Ini amat jelas apakala kesemua kitab tafsir al-Quran mentafsirkan Ayat 103, Surah ali-Imran tanpa menterjemahkan kalimah 'jami'an' atau menterjemahkannya sebagai merujuk kepada 'semua perkara' dalam masyarakat umat Islam secara umu atau setiap umat Islam yang mengikuti fahama Mazhab as-Syafie adalah umat Islam yang 'berjema'ah'.
Saudara, sebenarnya tuntutan Islam itu apa? Kita sudah sebutkan konsep 'kemurnian' Islam dalam konteks aqidah dan syariatnya serta pengamalan ketetapan-ketetapannya. Aqidah Islam itu murni lagi suci jika umat Islam tidak amalkan sesuatu yag bersifat atau bercorak kesyirikan atau syirik. Syariat Islam itu murni dan suci sekiranya umat Islam berpandukan semata-mata al-Quran as-Sunnah sebagai panduan amalan dan ibadah dan panduan hdup mukmin. Pengamalan Islam itu murni dan benar jika, umat Islam sempatkan dirinya belajar ilmu al-Quran dan as-Sunnah, tanpa membukapun kitab-kitab karangan manusia mengenai Islam.
Hakikatnya jelas, Allah (a.w) dan RasulNya memberitahu bahawa agama Islam itu murni jika umatnya beramal dan beribadah dalam Islam menenuhi beberapa syarat utama; iaitu: pertama, sah Islam mereka jika panduannya adalah al-Quran dan as-Sunnah dan dia anuti secara berjema'ah; kedua, mereka tidak amalkan atau cemarkan aqidah dan amalan serta ibadah mereka sesatu yang bersifat syirik, kurafat, tahayul, taklid dan bida'ah dan kemudian tida mengerjakan amalan dan ibadah tanpa sandaran ilmu yang haq; ketiga, niatnya adalah sebagaimana yang ditetapkan oleh  Allah (a.w), iaitu ingin mendapat kerahmatan Allah (a.w) (i.e. syurga) dan takutkan siksaan Allah (a.w) (i.e. neraka); dan keempat, mereka mengilmukan diri mereka dengan sumber ilmu yang haq - al-Quran dan as-Sunnah - baru mengejakan amalan dan ibadah, kerana pasti mereka amalan dan ibadahnya benar.
Saudara, maka dengan itulah kita perjelaskan hakikat berjema'ah dalam Islam dan hakikat berimam, yakni mempunyai jema'ah yan formal, yang diketuai oleh seorang imam yang diangkat oleh jema'ah umat Islam untuk menguruskan agama Islam.

Berhimpun menunggu hisaban di belakang imam

Sauadra, keperluan jema'ah umat Islam yang formal dengan diketuai oleh seorang imam yang khusus disperjelaskan dalam firman Allah (a.w) berikut:
Firman Allah (a.w): ‘Yauma nad-‘u kulla unasin bi-imamihim … al-ayat’ (Yang bermaksud: (Ingatkanlah) Pada hari itu (yakni hari kiamat) Kami (Allah) panggil tiap-tiap manusia (i.e. umat Islam) dengan imam-imam (i.e pemimpin) mereka); maka didatangkan/diberikan Kitab Catatan Amalannya dengan tangan kanannya maka mereka akan membaca Kitab mereka dan mereka tidak akan dizalimi sedikitpun (i.e. diberi ganjaran pahala yang dijanjikan Allah (a.w) terhadap segala malan dan ibadahnya, tidak dikurangi sedikitpun.) - Ayat 71, Surah al-Isra’
[Nota: Kita diberitahu setelah kimat dunia dan bermulanya ‘alam akhirat, manusia dibangkitkan, kesemuanya berjalan menuju ke padang makhsyar untuk menerima Kitab Catatan Amalan masing-masing untuk dihisab, di timbang di mizan dosa pahala, bagi menentukan siapa dapat syurga dan siapa dapat neraka.
Semasa manusia itu hidup di dunia, malaikat Rakib (= yang dekat) dan Atid (= yang hadhir/mencatit) atau Kiraman (=yang mulia) dan Katibin (= yang menulis) mencatatkan segala apa yang dikerjakan dan dikatakan semenjak baligh sampai ajalnya. Orang kafir dibangkitkan dari kubur mereka dalam keadaan buta (kerana tidak menerima agama Allah (a.w)). Orang Islam yang tidak mengikuti atau mengamalkan syariat Islam berdasarkan as-Sunnah juga dibangkitkan dalam keadaan buta (kerana ‘buta hati’, tidak mahu menerima kebenaran). Orang Islam menuju ke Telaga al-Kauthar untuk minum bagi menghilangkan dahaga mereka. Sesiapa yang minum air al-Kauthar tidak akan haus selama-lamanya. Ketika berhimpun di padang makhsyar itu manusia berdiri di atas bumi yang permukaannya adalah tembaga dan matahari didekatkan sejengkal di atas kepalamereka. Apabila menghampiri al-Kauthar itu, malaikat menghalang segolongan orang Islam dari minum airnya, kerana mereka itu tidak menerima syariat Nabi (s.a.w) semasa hidup mereka, membuktikan mereka membenci ajaran Rasulallah (s.a.w) semasa hidup mereka.
Rasulallah (s.a.w) memberitahu umat beliau – umat Islam – bahawa tidak beriman seseorang yang akui dirinya Islam dan beriman itu jika dia tidak mengasihi Rasulallah (s.a.w) melebihi atau mengatasi kasih sayangnya kepada kedua ibu bapanya, anakanya dan manusia selainnya. Maksudnya, Islam mewajibkan umatnya supaya mengutamakan Rasulallah (s.a.w), kerana sesiapa yang mengutamakan Rasulallah (s.a.w) bererti dia mengutamakan Allah (a.w), sebagai tanda kesyukurannya kepada Allah (a.w) yang menciptakannya dan memberi peluang kepadanya untuk hidup di dunia. Allah (a.w) memberitahu manusia dalam Ayat 80, Surah an-Nisa’: ‘Man (-ai) yuti’ira-rasula faqad ata’allaha.’ (Yang bermaksud: Sesiapa yang taatkan Rasulallah (s.a.w) pasti diakui telah mentaati Allah (a.w)).
Allah (a.w), pada Ayat 31, Surah ali-Imran, menyuruh Rasulallah (s.a.w) memberitahu manusia: ‘Qul in kuntum tuhibbunallaha fat-tabi’uni yuhbibkumullahu wa-yaghfirlakum zunubakum ...’ (Yang bermaksud: Katakanlah (Muhammad) Jika ada kamu kasihkan Allah (a.w) maka ikutilah aku nescaya mengasihi Allah (a.w) akan kamu dan mengampunkan (oleh Allah (a.w)) dosa-dosa kamu ...)
Kasihkan Allah (a.w) adalah bukti kecintaan serta kesyukuran manusia kerana diberi peluang hidup di dunia dan diberikan begitu banyak serta berbagai nikmat yang tak mungkin terhitung oleh mereka. Maka, wajarlah sebagai bukti kesyukuran itu, manusia itu terima perintah dan ketetapan Allah (a.w). Ketetapan Allah (a.w) itu disampaikan oleh Utusannya, Rasulallah (s.a.w). Maka sebagai bukti terhutang budinya mereka kepada Allah (a.w), wajib baginya ikuti ketetapan dan panduan Rasulallah (s.a.w0,yakni ikuti al-Quran dan as-Sunnah. Jika manusia itu enggan ikuti al-Quran dan as-Sunnah, maka mereka sudah pasti tidak cintakan Allah (a.w). Namun kerana sifat pemurah Allah (a.w) itu, kalau bencikan Diapun, manusia tetap diberikan rezki – seringkali melimpah ruah pula, tetapi di akhirat mereka akan dibangkitkan buta (kerana buta hati ketika di dunia) – dan akan terus di lemparkan oleh malaikat masuk neraka, kerana di akhirat Allah (a.w) hanya cintakan hambaNya yang mengakui Allah (a.w) saja tuhan manusia dan tuhan segala-galanya, serta patuh dan taat kepada perintah dan ketetapannya dan ketetapan RasulNya.
Sehubungan itulah Allah (a.w) memberitahu bahawa sesiapa yang taatkan Allah (a.w) dan taatkan Rasulallah (s.a.w), pasti dapat syurga – Ayat 13, Surah an-Nisa’. Sebaliknya, sesiapa yang ingkarkan Allah (a.w), ingkarkan RasulNya dan melanggar ketetapan-ketetapan yang telah dibatasi – hukum hudu dan lain-lain ketetapan khusus , pasti masuk neraka – Ayat 14, Surah an-Nisa’. Rasulallah (s.a.w) memberitau setiap umatnya – orang Islam yang akui Allah (aw) tuhannya yang Esa dan Rasulallah (s.a.w) tu Utusan Allah (a.w), akan masuk syurga, kecualiumatnya yang ‘abba’. Apabila ditanya oleh ara sahabat siapa yang ‘abba’? Rasulallah (s.a.w) memberitahu, umatnya yang ‘abba’ itu adalah umatnya yang enggan mentaati ketetapannya. Contohnya: Jka Rasulallah (s.a.w) melarang umatnya jangan amalkan bid’ah, kekal diamalkan, maka mereka tergolong orang yang ‘abba’ (=enggan) terima ketetapan Rasulallah (s.a.w), maka pasti tak masuk syurga, wal iya zubillah. Rasulallah (s.a.w) menyuruh umatnya berjema’ah dalam menganuti dan mengamalkan syariat Islam, jika tidak terima ketetapan tersebut pastilah orang itu ‘abba’ (=enggan). Bukan sahaja dia enggan terima perintah Rasulallah (s.a.w), dia enggan ikuti perintah Allah (a.w) – Ayat 103, urah ali-Imran.
Jelasnya, jika kita menolak satu ketetapan as-Sunnah bererti kita tak taat. Kalau tak taati Rasulallah (s.a.w), bererti tidak taatkan Allah (a.w) – counter factual kepada Ayat 80, Surah an-Nisa’. Manusia berhimpun di padang makhsyar itu selama 50,000 tahun, menunggu Kitab Catatan Amalan masing-masing. Setiap orang yang akui dirinya Islam memiliki 99 buah kitab. Setiap lembaran (i.e. mukasurat) kitab itu panjangnya/lebarnya sejauh mata memandang. Tak menghairankan! Kenapa? Fikirkanlah, setiap saat malaikat akan menuis dan mencatit – Rakib (yang hampir) dan Atid (yang mencatit) atau Kiraman (yang mulia) dan Katibin (yang menulis), menulsi segala sesuatu yang kita ucapkan dan lakukan, semenjak kita mencapai umur baligh – 15 tahun sampailah tiba ajal kita. Pastilah banyak yang ditulis dan tertulis. Semasa berhimpun itulah orang Islam berbaris di belakang imam masing-masing seperti yang disebutkan dalam firman Allah (a.w) di atas (i.e. Ayat 71, Surah al-Isra). Imam membuat penyaksian terhadap kesemua anggota jema’ahnya. Imam semasa hidupnya berkewajipan membimbing rukyahnya dalam memahami tuntutan Islam dan cara bagaimana syariat Islam itu dilaksanakan supaya menepati ketetapan Allah (a.w) pada Ayat 56 Surah az-Zariat: ‘Wam-ma khalaqtul jinna wal-insa illa li-ya’budini (Yang bermaksud: ‘Tidaklah Aku (Allah) jadikan jin dan manusia kecuali untuk mengabdikan/memperhambakan/menyembah kepada Aku (Allah) itu). Manusia yang syirik dan kafir kerana tidak beriman dengan Allah (a.w) dan RasulNya, tiada apa-apa catatan dalam Kitab Catatan Amalan, kerana kesemua yang baik yang dituturkan dan dikerjakan, tidak diterima Allah (a.w), tidak mendapat pahala, sia-sia saja. Maka kiraan pahala kosong (=zero), maka tak perlu berhimpun menunggu kitab mereka. Demikian jugalah yang akui Islam tetapi munafiq serupa, malah lebih cepat dicampakkan ke dalam neraka kerana berada di tingkat neraka yang terkebawah dari tingkat neraka orang yang syirik dan kafir. Orang Islam bagaimana?
Orang Islam yang tidak termasuk dalam golongan munafiq, akan berhimpun di padang maksyar di belakang imam masing-masing – Ayat 71, Surah al-Isra’. Kemudian mereka akan diberikan kitab masing-masing – sama ada dari sebelah kanannya (=ahli syurga) atau dari sebelah kirnya (=ahli neraka). Umat Islam yang tidak berimam akan merayau-rayau mencari imam mereka. Imam masing-masing menyaksikan, kerana Allah (a.w) akan menanya para imam apakah mereka (imam) telah melaksanakan tanggungjawab memimpin jema’ahnya dengan baik? Apakah mereka sudah diberitahu perintah dan ketetapan Allah (a.w)? Apakah mereka telah disampaikan syiar Islam yang dibawakan oleh Rasulallah (s.a.w)? Para imam menyaksikan tentang program bimbingan yang dilaksanakan semasa hidup rukyah mereka dahulu. Para imam dipertanggung jawabkan tentang usaha mereka dalam menyedarkan serta membimbing rukyah mereka ketika di dunia dahulu, dari kegelapan iman dan kesesatan kepada cahaya keimanan dan kejayaan.
Sehubungan itulah, umat Islam yang tidak berjema’ah, pasti tiada imam yang membimbing mereka. Maka, ketika berhimpun itu, mereka akan mundar mandir, lari ke sana ke mari mencari orang untuk menjadi ‘Imam’ mereka ketika berbaris itu. Maka di sisnilah hakikat ketetapan Islam tentang berjema’ah dan berimam itu – tidak Islam jika tidak berjema’ah dan seumpamanya. Nas dan dalil al-uran dan as-Sunnah banyak menyebutkan bahawa Imam itu adalah orang yang diangkat rukyah – segolongan umat Islam untuk memimpin jema’ahnya – buaknlah ‘imam’ mazhab. Ayat ini secara terang-terangan membatalkan pendapat para ulama’ dan ilmuwan arus perdana bahawa Imam mereka adalah imam-imam mazhab. Malah, masyarakat Melayu meyakini bahawa ‘ahlus sunnah wal-jama’ah’ itu imamnya hanyalah Imam as-Syafie, tak kira zaman mana mereka hidup.
Selain itu, dalam Surah al-Kauthar kita diberitahu bahawa umat Islam yang ‘membenci’ Rasulallah (s.a.w) tidak diakui sebagai umat beliau di akhirat kelak! Malah dalam as-Sunnah disebutkan bahawa semua orang Islam yang lahir zaman terbentuknya syariat Islam yang dibawakan oleh Rasulallah (s.a.w) sehinggalah terjadinya kiamat adalah ‘potentially’ umat Muhammad (s.a.w). Tetapi, jika sepanjang hidunya sampai ajalnya mereka tidak menepati ketetapan mengenai Islam yang haq lagi murni – yakni ikuti as-Sunnah dan berjema’ah, niatnya murni, amalan dan ibadahnya murni di dasari ilmu al-Quran dan as-Sunnah, dll yang telah disebutkan, tidak diterima sebagai umat Muhammad (s.a.w), maka tidak diberi laluan oleh para malaikat minum air Telaga al-Kauthar. Mereka itu ‘in reality’ bukanlah umat Muhammad (s.a.w), kerana, antara lain, disebutkan bahawa malaikat yang menjaga al-Kauthar itu memberitahu Rasulallah (s.a.w) - yang protest - bahawa selepas wafatnya beliau, mereka tersebut amalkan banyak perkara yang tidakpun terdapat dalam al-Quran dan as-Sunnah. Mereka tidak diakui umat Muhammad (s.a.w), maka terlepas peluang minum air Telaga al-Kauthar yang menhapuska kehausan mereka menunggu di padang makhsyar itu selama 50,000 tahun (dan sehari di sana sama dengan 1,000 tahun tahun dunia) untuk diserahkan Kitab Catatan Amalan masing-masing. Episod ini selari dengan yag diberitahu oleh Rasulallah (s.a.w) bahawa umat Islam akan berpecah menjadi 73 golongan atau fahaman Islam, 72 golongan atau fahaman Islam masuk neraka dan hanya satu golongan atau fahaman Islam sahaja yang berjaya mendapat syurga, iaitu mereka yang panduan amalan dan ibadah serta hidupnya adalah as-Sunnah dan mereka berjema’ah.

Jazakallahu khairah

Tuesday, October 22, 2013

Adakah saudara faham Islam? (Samb.)

Assalamualaikum,
Saudara kita teruskan penelitian kita mengenai dimensi-dimensi syariat Islam - khususnya berjema'ah - supaya kita benar-benar faham Islam dan berjaya berada di atas 'siratul mustaqim'.  

Bukan Islam kalau tak berjema’ah  

Saudara, hadith ini memberikan satu ketetapan Islam yang jarang sekali diberi penekanan oleh para ulama' dan ilmuwan arus perdana, walhal ia amat utama lagi kirtikal pada aqidah dan keimanan kita.
Diriwayatkan hadith daripada Abdul Rahman b Maisarah hadith dari Tamim ad-Dariyi berkata: ‘Berlumba-lumba (atau bersaingan) manusia (yakni, para sahabat Muslimin) di dalam membina binaan atau bangunan (yang tinggi dan tersergam) dalam zaman Omar (r.a), maka berkata Omar (r.a): ‘La Islama illa bi-jama’atin wa-la jama’ata illa bi-imaratin wa-la imarata illa bi-to’atin faman sauwadahu qaumuhu ‘ala fiqhi kana hayatan lahu wa-lahum, wa-man sauwadahu qaumuhu ‘ala ghairi fiqhin kana halakan lahu wa-lahum.’ (Yang bermaksud: Tidak atau bukan (dikatakan) Islam kecuali dengan berjemaah dan tidak (dikatakan) berjemaah kecuali dengan berimam (yakni, dangkat menjadi Imam seorang dari kalangan mereka menjadi imam) dan tidak (dikatakan) berimam kecuali dengan ketaatan (rukyah atau rakyat kepada imam); maka barangsiapa memilih imam dari kalangan kaumnya yang faqih (yakni, kefahaman tentang Islam) ada kehidupan (yakni, tenteram, selamat dan bahagia) bagi imam dan ada kehidupan bagi mereka (kaumnya). Barangsiapa memilih imam mereka kerana pertimbangan-pertimbangan selain kefaqihan (tentang syariat Islam sedemikian) ada baginya (imam) kerosakan dan kerosakan bagi kaumnya.] [Hadith ad-Darami] 
Ketetapan dalam hadith ini wajib dijadikan panduan oleh semua yang Islam. Hadith itu menyebutkan beberapa prinsip atau ketetapan utama mengenai Islam: Pertama, tidak Islam seseorang yang mengakui dirinya Islam itu jika tanpa berjemaah atau berada dalam Jemaah Islam; Kedua, tidak dikira berjemaah jika tiada ‘imam’, yakni orang yang memimpin dan mengetuai Jemaah itu; Ketiga, tidak dikatakan ada ‘imam’, yakni kepimpinan dalam Jemaah Islam jika pemimpin tidak ditaati oleh rukyah (anggota jemaahnya); keempat, jika jema’ah umat Islam mengangkat sebagai pemimpin orang yang faqih (=faham urusan agama Islam) maka selamatlah imam dan selamatlah rukyahnya; dan kelima, jika diangkat oleh mereka seorang atas pertimbangan selain kafqihan (= kefaham) tuntutan syariat Islam, maka celaka dan kemusnahanlah bagi imam dan rukyah. 

Hakikat Islam yang benar itu Ikuti as-Sunnah dan Berjema’ah 

Saudara, hadith berikut menjelaskan hakikat Islam yang benar atau betul itu memiliki dua ciri utama, yang wajib difahami oleh orang Islam.
Diriwayatkan hadith daripada Abdul Rahman bin ‘Amru as-Salami (r.a) berkata sesungguhnya dia mendengar ‘Irbad bin Sariah (r.a) berkata: ‘Dan memberi nasihat kepada kami oleh Rasulallah ((s.a.w) suatu nasihat yang mengalirkan air mata (mereka yang mendengar) daripada nasihat tersebut dan menakutkan dari nasihat tersebut beberapa hati (yang mendengarnya)’. Maka berkata aku (Irbad): ‘Wahai Rasulallah ((s.a.w)! Sesungguhnya ini nasihat seperti nasihat orang yang (hendak) meninggalkan kami, maka apakah janji atas kami?’ Sabdanya: ‘Sesungguhnya bagi kamu (aku) tinggalkan atas yang putih – malamnya putih dan adapun siangnya putih, jangan sesat (kamu sekelian) sesudahku (i.e. sesudah ketiadaanku) kecuali rosak barangsiapa diantara kamu (yang sesat), (dan jika panjang umur kamu) maka melihat (kamu akan) perselisihan yang banyak (dikalagan umat Islam), maka (aku berpesan dan mewajibkan) atas kamu dengan barangapa yang tahu kamu dari sesudahku (yakni, sesudah tiada aku kelak) dari sunnahku dan ‘sunnah khalifah ar-rasyidin al-mahdiyin’, gigitlah atasnya dengan gigi geraham (yakni, pegang kuat-kuat atau berpandulah dengan sunnah tersebut, jangan sekali-kali lepaskan atau tinggalkan), wajib atas kamu dengan taat (yakni, taatkan perintah dan suruhan Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) dan imam atau amir atau ketua jema’ah) dan sekiranya hamba Habsyi sekalipun (yakni, orang yang sangat dibenci dan tidak disukai sekalipun menjadi imam atau pemimpin kamu); maka sesungguhnya orang yang beriman itu seperti unta di mana (dan ke mana) ditarik (oleh tuannya) diikuti unta (akan tuannya).’ - Hadith Ibnu Majah 
Ada beberapa prinsip atau ketetapan dalam hadith ini; iaitu: pertama, syariat agama Islam itu sudah sempurna sebagaimana jelas syariat Islam itu pada bila-bila masa dan zamanpun, dan Rasulallah (s.a.w) memperingatkan umatnya supaya berwaspada jangan sesat, kerana kalau sesat masuk ke dalam neraka gagal mendapat syurga; kedua, Rasulallah (s.a.w) memberitahu selepas beliau wafat akan timbul banyak perselisihan faham di kalangan umat Islam tentang Islam dan syariatnya, maka dalam sinario sedemikian itu Rasulallah (s.a.w) memerintahkan umatnya supaya peganglah sekuat-kuatnya (i.e. pegang teguh) kepada panduan as-Sunnah – sunnah beliau dan sunnah 4 khalifah selepas beliau nanti – dan jangan sekali-kali abaikan atau tinggalkan; jelasnya jaminan kejayaan akhirat itu didapati jika ikuti as-Sunnah; ketiga, Rasulallah (s.a.w) perintahkan umat Islam supaya taatkan imam (yang memimpin mereka) walaupun orang yang menjadi imam itu seorang yang dibenci kerana pertimbangan-pertimbangan selain ketetapan Islam. Imam itu wajib ditaati selagi dia tidak menyuruh atau membuat ketetapan yang bercorak ‘maksiat’ (=bertentangan dengan al-Quran dan as-Sunnah) (mengikut hadith lain). Kalaupun imam itu zalim dan kasar, tetapi perintahnya atau ijtihadnya itu sejajar dengan al-Quran dan as-Sunnah, wajib didengarkan dan ditaati. Rasulallah (s.a.w) memberitahu umat Islam ketaatan dalam Islam itu amat utama, seumpama seekor unta itu taatkan suruhan tuannya. Orang iman itu wajib secara mutlak mentaati ketetapan Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w), mentaati imam itu wajib selagi imam tidak menyuruh (atau, membuat ijtihad) memerintahkan atau menyuruh sesuatu yang bertentangan dengan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah. 
Jelaslah, bahawa pra-syarat sahnya Islam atau keIslaman seseorang yang akui dirinya Islam itu adalah dua; iaitu, pertama dia anuti Islam dengan panduan semata-mata al-Quran dan as-Sunnah - hakikat sabda Rasulallah (s.a.w) 'ma ana 'alaihi wa-ashabi' itu; dan kedua, ketetapan Rasulallah (s.a.w) supaya berjema'ah dalam Islam, yakni 'wa-hiya jama'atun' itu. Berjema’ah itu juga ketetapan mutlak, sebagaimana berpandukan as-Sunnah (i.e. al-Quran dan as-Sunnah) itu ketetapan mutlak dalam Islam.
Sehubungan itu, sesiapa yang tidak berjema’ah maka belum sah Islamnya. Sesiapa yang berjema’ah tetapi tiada pula dia mengangkar seorang menjadi Imam jema'ahnya secara formal, maka belum halal hidupnya di dunia. Maka dengan itulah dalam hadith di atas itu Rasulallah (s.a.w) memberitahu umatnya bahawa wajib bagi seorang Islam dalam berjema'ah itu mentaati imamnya, walaupu imam tersebut adalah seorang yang seumpama orang Habsyi - hitam lagi hodoh ciri-ciri fisikalnya - tetapi jika dia dilantik oleh jema'ah umat Islam sebagai Imam, maka wajib ditaati perintahnya atau ijtihadnya. 
Saudara, Rasulallah (s.a.w) dalam as-Sunnah membicarakan hakikat jema'ah serta keimaman dalam syariat ini dengan panjang lebar dan terperinci. Dalam satu ketetapan Rasulallah (s.a.w) beliau menyebut bahawa sesiapa yang taatkan beliau (sebagai Rasulallah), maka dia sudah diakui taatkan Allah (a.w), dan barangsiapa taatkan Imam yang diangkat oleh jema'ah umat Islam, maka dia telah diiktiraf sebagai telah mentaati Rasulallah (s.a.w). Sebaliknya, kalau tak taakan imam bererti tak taatkan Rasulallah (s.a.w), dan kalau tak taatkan Rasulallah (s.a.w) bererti tak taatkan Allah (a.w). Jadi, hakikatnya? Tidak Islam atau belum sah Islamnya. Demikianlah utamanya kita fahami syiar Islam yang benar itu. Semua ini bergantung kepada ilmu dan dngan ilmu kefahaman kita tentang Islam itu.
Saudara, agama Islam itu adalah agama yang dicipta Allah (a.w) untuk manusia - tak kira mereka bermestautin di mana dan bangsa atau keturunan apa, hidup dalam zaman mana - namun manusia adalah hamba, diwajibkan oleh Allah (a.w) mengabdikan diri kepadaNya sebagai Tuhan yang Esa, yang menjadikan manusia dan memberi kesempatan kepada mereka hidup di dunia setakat ajal baginya. Jika hidup di dunia tidak anuti Islam dan tidak beriman bahawa Islam itu agama yang diridhai (=diterima) Allah (a.w), sebaliknya anuti agama lain, maka pasti masuk neraka dan takkan dapat syurga. Kalau Islam, ikuti sepenuhnya ketetapan Allah (a.w) yang ditetapkan dalam al-Quran dan yang disampaikan oleh Rasulallah (s.a.w) - orang yang membawakan agama Allah (a.w) kepada manusia - maka dia dapat syurga. Kalau Islam tapi mengamalkan agama yang tidak murni atau agama Islam yang dicemari atau tercemar oleh kebatilan, yang tiada dalam preskripsi Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w), tak guna, kerana Allah (a.w) tak diterima segala amalan dan ibadahnya, tapi kerana 'label' Islam (percayakan ada Allah (a.w) tuhan manusia yang esa), ada peluang masuk syurga setelah dibersihkan dalam neraka entah beberapa juta kurun (kerana dalam al-Quran lama masa dalam neraka itu disebutkan 'Ahqab'), kemudian setelah bersih, dimasukkan ke dalam syurga. Golongan ini disebutkan dalam as-Sunnah 'bekas ahli jahannam' - orang-orang yang terakhir masuk syurga.
Saudara, siksaan dalam neraka itu tidak sama dengan siksaan di dunia. Panas api neraka itu adalah 99 kali ganda api yang terpanas di dunia. Apakah api yang terpanas di dunia? Beraka degree Centigrade? 2,000 atau 3,000 degree C? Maka dengan itulah sekali terkena bahangnya mengelupas kulit dan hancur daging. Fikirkanlah sakitnya, dan siksaan itu diulangi, dan diulangi sehingga bersih dari dosa. Setelah hangus kulit dan hancur dan luntur daging, kemudian dijadikan semula seperti asal, kemudian disiksa semula - eternal pain and misery'... supaya siksaan itu tidak akan terhenti!
Saudara, justeru itu, ketika nyawa masih di badan, berusahalah bukan sahaja untuk mengerjakan amalan dan meninggalkan kemaksiatan, tetapi menganuti Islam yang sah yang benar, mengerjakan amalan yang benar dan murni, yang diterima Allah (a.w). Amalan dan ibadah hanya diterima kalau benar Islam kita. Benar Islam itu kalau ikuti al-Quran dan as-Sunnah, kesemua amalan dan ibadah murni, tidak tercemar dan dicemari amalan yang diajarkan oleh manusia tanpa dasar ilmu, dan kita beramal dalam syariat Islam yang benar. Kebenaran Islam itu berjema'ah.
Saudara, insya Allah, kita telah dapat banyak ilmu mengenai hakikat berjema'ah dalam Islam. Kita akan sambung lagi kemudian kelak, kita teliti pula satu dimensi utama yang lain yang merupakan kebatilan dalam kepercayaan dan amalan yang menghapuskan kemurniaan Islam dan syariatnya, dan sesiapa mengamalkannya membahayakan aqidahnya, membatalkan pahala amalan dan ibadahnya, tidak diteriima taubatnya, dan mengeluarkan dia dari Islam tanpa disedari, wal iya zubillah..]

Jazakallahu khairah