Thursday, March 29, 2012

Solat Sunat - Panduan Bersolat

Assalamualaikum,
Saudara, kita telahpun teliti bagaimana nak kerjakan dua kategori solat sunat, iaitu Solat Rawatib dan Solat Tahajjud. Perhatikan bahawa kesemua solat sunat itu amnya dibuat dua-dua rakaat - dua rakaat ditutup dgn 'salam'. Namun, ada solat sunat yg khusus wajib dibuat 4 rakaat bukan dua-dua rakaat spt Solat Tasbih hendaklah dibuat empat rakaat terus dgn ditutup dgn 'salam.' Solat Jenazah tak ada rakaat. Yg ada hanyalah 4 kali takbiran (yakni, mengangkat tangan untuk membaca takbir - Allahu Akbar). Solat Gerhana (Matahari atau Bulan) dibuat dua rakaat, tetapi setiap rakaatnya ada dua kali Ruku', yakni kita Rukuk 4 kali dalam dua rakaat tersebut. Solat Witir hendaklah ganjil, satu atau 3 atau 5 rakaat terus disudahi dgn 'salam' pada rakaat pertama atau ke-3 atau ke-5nya. Solat Witir yg dibuat oleh majoriti umat Islam dalam bulan Ramadhan, selepas Solat Terawih itu sebagai satu set solat dua + satu, sebagai Solat Witir tidak betul dan tidak terdapat panduannya dalam as-Sunnah! Namun, satu rakaat yg terakhir itu, jika diniatkan sebagai Witir, maka dikira Solat Witir, manakala dua rakaat yg terdahulunya adalah solat sunat umum sahaja. Kalau diniatkan yg itupun adalah Witir, maka batallah solat-solat tersebut, kerana melakukan suatu amalan yg tiada sandaran al-Quran ataupun as-Sunnah.
Saudara, Solat Witir itu adalah solat sunat satu atau tiga (3) atau lima (5) rakaat dkerjakan di malam hari, biasanya sebagai solat penutup kpd solat-solat malam. Solat Witir itu hendaklah dibuat selepas kita bersolat fardu Isya' dan sebelum masuknya waktu Solat Subuh. Solat Witir itu, walaupun sunat, tetapi seakan-akan wajib kerana Rasulallah (s.a.w) berpesan agar kita buat Solat Witir itu setiap malam. Besar pahalanya Solat Witir kalau kita usahakan. Kalau kita tak solat bagaimana? Bodohlah kita. Kerana, bila kita buat dapat pahala yg banyak, kita mengikuti contoh as-Sunnah, dan kita kerjakan solat yg disukai Allah (a.w), dan kita buktikan kesyukuran kita kpd Alah (a.w). Sombonglah kita.Kerana Allah (a.w) beri peluang untuk dpt sebanyak mungkin pahala, kita 'tolak' atau tak ambil endah. Sebagaimana sombongnya majoriti umat Islam hari ini bila diberi nasihat menegnai Islam dan syariatnya berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah mereka menolak atak mau terima, dan mereka menerima pandangan manusia, seolah-olah membelakangkan atau menomborduakan al-Quran dan as-Sunnah atau sebagaimana pihak berkuasa agama yg kerana kejahilan mendahulukan ketetapan mazhab dan ketepikan al-Quran dan as-Sunnah, sebagaimana orang Yahudi ketepikan Taurat di zaman Musa (a.s) dan selepas beliau dgn mengatakan bahawa Uzir adalah anak tuhan dan sebagaimana orang Kristian atau Nesrani yg mengatakan Isa (a.s) adalah anak Allah (a.w) dn Maryam (r.a) adalah 'isteri' Allah (a.w)! Apabila diberitahu dalam al-Quran dan al-Hadith tak mahu terima. Malah penjawat agama Islam sendiri dikira menolak al-Quran dan as-Sunnah apakala diberitahu bahawa syarat sah wudu' itu adalah memulakan proses wudu menyebut kalimah 'Bismillah' bukan 'Nawaitu ...', dan memulakan solat (fardu atau sunat) dgn mengangkat tangan bertakbir membaca kalimah 'Allahu Akbar' bukan menyebut 'usolli...', dan membaca tasbih Rukuk tanpa kalimah 'wa-bihamdihi', dan banyak lagi kelainan amalan - kata-kata dan perlakuakn yg tiada dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w). Maka bersolat tapi tak dapat pahala. Batal solat. Malah, dapat dosa pula!
Saudara, kita tahu dan faham bahawa ketika bersolat fardu, kita membacaSurah al-Fatihah dan dismbung dgn satu surah al-Quran bagi rakaat pertama dan keduanya, dan bagi rakaat ketigany (Maghrib) dan ke-4nya (Zohor, 'Asar dan Isya') kita hany baca Surah al-Fatihah dan tidak membaca surah al-Quran dalam rakaat-rakaat tersebut. Tapi, bagi solat-solat sunat, kita wajib baca al-Fatihah dan satu surah al-Quran setiap rakaatnya. Apakah kita baca dgn kuat suara? Bagi solat-solat fardu, kita hanya kuatkan bacaan pada rakaat pertama dan kedua bagi solat-solat sebelah alam (Subuh, Maghrib dan Isya') dan membac secara 'senyap', yakni cukup didengari oleh telinga kita sendiri tanpa dapat didengar oleh orang lain. Bagi solat-solat fardu yg siang (Zohor dan 'Asar) tidak dikuatkan bacaan. Dan, jangan lupa, kita tidak membaca al-Fatihah dgn menguatkan suara bagi rakaat ke-3 dan ke-4nya, cukup kalau didengari oleh telinga kita sendiri sahaja.
Saudara, bagi solat sunat solat-solat malam boleh dikuatkan suara atau dibaca dgn memperlahankan suara, kecuali sebagai imam yg mensolatkan solat-solat sunat yg boleh dijema'ahkan. Tak semua solat sunat boleh dijema'ahkan. Ramai umat Islam yg tersilap atau terkeliru kerana kejahilan menjema'ahkan solat seumpama Solat Haajat. Solat-solat sunat yg boleh dijema'ahkan hanyalah Solat Terawih, Solat Aidil  itri dan Aidil Adha, Solat Jenazah, Solat Gerhana Matahari/Gerhana Bulan. Lain-lain solat sunat, spt Solat Tahajjud, Solat Witir, Solat Taubat, Solat Istikharah, Solat Duha, Solat Tasbih, Solat Tahiyat Masjid, Solat Sunat Wudu', semuanya dibaca al-Fatiha dan surah tanpa dikuatkan. Sama ada solat fardu atau solat sunat kalimah tasbih setip pergerakannya - spt Rukuk, Sujud, Iktidal, Duduk Antara Dua Sujud - adalah sama. Seperkara yg harus kita faham adalah, ada solat-solat sunat yg boleh dikerjakan empat-empat rakaat disudahi dgn 'salam' atau di buat dua-dua rakaat dgn saalam setiap satu atau dua rakaat. Dan, Solat Witir itu bukanlah dimandatkan sebagai solat sunat yg mengakhiri atau menutupi solat-solat malam. Yg perlu difahami adalah kita tidak boleh membaca kalimah-kalimah atau bacaan dalam bahsa selain bahasa Arab dalam solat. Maka dgn itu, bagi solat fradu atau sunat yg diwajibkan membaca Khutbah dalamnya - sebelum atau selepas solat - hendaklah dibaca dalam bahasa Arab. Tidak boleh dibaca dalam bahasa ibunda sesebuah masyarakat itu. Begitu juga doa. Jika ada ketetapan bagi sesuatu solat itu kita membaca doa ketika dalam solat (i.e. masih belum selesai solat kita), maka wajib doa sedemikian dibaca dalam bahasa Arab atau bahasa original doa tersebut. kalau dibaca dalam bahasa ibunda ketika bersolat, maka terbatal solat kita. Oleh itulah pentingnya kita memiliki ilmu sebelum mengerjakan sebarang amalan atau ibadah.
Saudara, menyebut tentang ilmu itu, dalam post yg lalu kita telahpun lihat hadith yg menyebutkan bahawa dua golongan orang yg mengerjkan amalan mendapat dosa. Siapa? Petama, orang yg tahu serta faham ilmu mengenai sesuatu amalan dan ibadah itu, walaupun sunat, hendaklah dia berusaha sekuat mampu mengerjakannya sejajar dgn ilmu tersebut. Kalau dia berilmu tapi tak mau amalkan apa yg dia tahu, maka dia masuk neraka, wal iyazubillah. Kedua, orang beramal atau beribadah atau mengerjakan ibadah tapi dia jahil atau tak berilmu, yakni, tidak berusaha belajar ilmu mengenai amalannya itu, juga masuk neraka.
Kalau begitu, tak payahlah berilmu atau  belajar ilmu, kerana kata sesetengah para umat Islam, termasuk ilmuwan, bahawa tak payahlah belajar ilmu untuk menghindarkan diri berdosa! Walhal, kita tahu belajar ilmu itu diwajibkan atas setiap mereka yg akui dirinya Islam. Kalau kita tak berusaha mencari dan belajar ilmu, kita dimurkai Allah (a.w) atau segala amalan/ibadah kita itu terbatal apakala kita lakukan sesuatu yg tidakpun terdapat dalam as-Sunnah atau al-Quran. Maka dgn itulah kita wajib belajar ilmu, supaya tidaklah kita rugi di akhirat kelak. Kerana beramal dalam kejahilan amalan dan ibadah tidak diterima Allah (a.w). Dan, kita digam atau dicop bukan orang Islam.

Jazakallahu khairah 

Solat-solat Sunat (Samb.)

Assalamualaikum,
Saudara, dalam beberapa post yg lepas kita telahpun mulakan perbincangan kita mengenai tajuk di atas iaitu solat-solat sunat. Kita telah bincangkan dua kategori solat snat iaitu Solat Rawatib  solat-solat yg mengiringi solat-solat fardu yg lima, dan Solat Tahajjud - solat-solat sunat malam. Apabila orang menyebut 'qiamul-lail' mereka maksudkan bangun malam untuk mengerjakan amalan dan ibadah, dan ibadah yg utama adalah mengerjakan solat-solat sunat. Dan, sesiapa yg mengikuti tulisan atau tazkirah dalam blog ini dari awal-awal diusahakan, kita diberitahu beberapa perkara yg basic, iaitu kita Islam kalau kita tunaikan tanggungjawab kita mengerjakan solat fardu. Sesiapa yg tidak mengerjakan solat fardu, atau dia meninggalkan solat fardu, dia bukan Islam! Malah lebih serius dari itu, sesiapa yg meninggalkan satu waktu solat fardu, dia jatuh kafir. Kenapa? Solat fardu itu diwajibkan tak boleh tidak orang yg akui dirinya Islam solatkan. Itu perintah Allah (a.w) kerana Allah (a.w) perintahkan manusia banyak perkara termasuklah: 'Wa-ma khalaqtul jinna wal-insa illa li-ya'buduni.' (Yg bermaksud: Tidaklah Aku (Allah (a.w) jadikan  jin dan manusia kecuali untuk mengabdikan diri kpdKu.' (Ayat 56, Surah az-Zariat]. Banyak komponen kpd manifestasi 'pengabdian' atau proses mengabdikan diri itu. Yg utama adalah bersolat, berpuasa, mengeluarkan zakat dan menginfaq, menunaikan haji dan umrah di Baitullah.  Bentuk-bentuk pengabdian, cara dan kaedah mengabdikan diri itu bukan mengikut speks yg kita sendiri reka tetapi apa-apa yg ditetapkan oleh Allah (a.w) dan RasulNya, kerana kesemua dimensi pengabdian itu ditetapkan dan didemokan dan diajarkan oleh Rasulallah (s.a.w), orang yg dipertanggungjawabkan menyampaikan syiar Islam, agama yg diridhai Allah (a.w). Allah (a.w) tidak menyuruh kita sembah Isa (a.s) atau berhala atau sebarang rekaan imej atau simbolik ketuhanan yg manusia sendiri cipta atas dayafikiran mereka sendiri. Kita juga tahu, melalui post dalam blog ini, bahawa ibadah solat fardulah amalan yg  utama dalam Islam dan yg utama dihisab di akhirat kelak untuk menentukan apakah seorang yg akui dirinya Islam itu dapat syurga, masyaallah, atau dapat neraka, wal iya zubillah. Segala amalan soleh yg lain takguna kalau tak solat.
Saudara, Solat Terawih dalam bulan Ramadhan itu adalah juga solat qiam sama dgn Solat Tahajjud di malam-malam selain  malam Ramadhan. Solat sunat, sebagaimana juga lain-lain amalan/ibadah sunat itu, adalah pencukup kpd kekuarangan ibadah solat fardu, bukan pegganti kpd solat fardu yg tertinggal atau ditinggalkan. Solat-solat sunat, sebagaimana lain amalan/ibadah sunat yg lain, menunjukkan atau membuktikan seseorang yg Islam itu sebenarnya mensyukuri segala nikmat yg dikurniakan Allah (a.w)  kpdnya setiap saat dan ketika. Tidak terbukti kesyukuran kita kalau kita tak sanggup amalkan ibadah-ibadah sunat.
Saudara, selain Solat Rawatib (selepas dan sebelum solat fardu), Solat Tahajjud (malam), Solat Witir (malam), Solat Duha (siang hari), kita akan teliti semula beberapa kategori lagi solat-solat sunat yg sangat menguntungkan kita kalau kita kerjakan. Antara selanjutnya iaut adalah Solat Haajat (apabila kita inginkan sesuatu kita memohon kpd Allah (a.w) melalui solat dua rakaat itu); Solat Istikharah (solat yg kita kerjakan dua rakaat untuk mencari tanda atau alamat atau petunjuk atas sesuatu perkara keduniaan yg kita ingin lakukan atau kerajakan atau untuk mencari ilham apakah sesuatu yg kita lakukan atau tidak lakukan itu membahayakan diri kita ata sebaliknya), Solat Duha (ketika siang hari) untuk mengumpul sebanyak pahala dmi kebajikan akhirat kita; Solat Jenazah yg juga menghasilkan pahala yg banyak untuk kita; Solat Gerhana Bulan, untuk mengaprisiasi dan menagungkan kekuasaan Allah (a.w), Solat Taubat untuk mengerjakan 'tobat nasuha', yg akan menunjukkan keikhlasan kita beranjak dari orang yg kurang baik menjadi orang yg baik; dan Solat Tasbih, empat rakaat terus, untuk membolehkan kita menghakis atau mengikis 10 jenis dosa kita.
Saudara, insya Allah kita akan teliti satu per satu solat-solat sunat ini nanti.

Jazakallahu khairah

Monday, March 26, 2012

Peringatan Hari Ini

Assalamualaikum,
Saudara, kita telah lihat satu hadith yang memberi panduan yang basic kepada kita tentang ilmu dan amalan. Dalam post ni kita lihat pula satu lagi ketetpan as-Sunnah yang juga basic,  tetapi sering kita abaikan atau lupakan atau tidak ambil peduli dalam hidup kita.
Saudara, dalam sepotong hadith Rasulallah (s.a.w) bersabda (menyampaikan firman Allah (a.w) melalui lisan Rasulallah (s.a.w), yakni sepotog hadith qudsi.  Rasulallah (s.a.w) bersabda bahawa Allah (a.w) berfirman: 'Syurga itu syurgaKu, harta itu hartaKu, belilah/tukarlah syurgaKu dengan hartaKu.'
Saudara, hadith qudsi ini memberitahu kita bahawa Allah (a.w) memberitahu manusia, hambaNya, bahawa syurga yang kita idam-idamkan di akhirat itu adalah milik Allah (a.w).  Dan, Allah (a.w) lah yang akan memasukkan sesiapa yang dikehendakiNya sekiranya menepati perintahNya dalam memadu kehidupan di dunia untuk mendapatkan syurgaNya. Allah (a.w) juga memberitahu bahawa harta yang kita miliki itu adalah juga milik Allah (a.w) yang memberikan kepada kita rezkiNya. Melalui rezki itulah kita dapat harta. Hakikatnya semua yang ada di dunia ini - malam dalam 7 lapisan langit dan 7 lapisan bumi ini - adalah milik Allah (a.w). Kita diberi peluang semasa di dunia menggunakan sebahagian harta yang dikurniakan oleh Allah (a.w) kepada kita secara sementara dan atas dasar amanahNya. Allah (a.w) memberitahu bahawa dengan harta yang diberikan oleh Allah (a.w) kepada kita sepanjang hidup kita itu, hendaklah kita gunakan untuk membeli syurga  Allah (a.w) dengan membelanjakan sebahagian harta kita untuk fi sabilillah. Membelanjakan harta kita fi sabilillah adalah membeli syurga Allah (a.w). Orang yg secara taat lagi istiqamah mengeluarkan zakat dan menginfaqkan hartanya adalah sebenarnya menempah tempat di syurga bagi dirinya di akhirat kelak.
Oleh itu, hendaklah kita manfaatkan harta yang diberikan oleh Allah (a.w) kepada kita itu untuk mencari syurga dengan membelanjakan sebahagian demi fi sabilillah - membela agama Allah (a.w) dan membantu umat Islam yang lemah dan tidak berharta lagi dhaif supaya mereka yang dhaif itu sama-sama merasai nikmat daripada harta kurniaan Allah (a.w) itu.
Saudara, dalam perkara harta kekayaan ini, Rasulallah (s.a.w) dalam sepotong hadith memberitahu kita bahawa harta kita yang sebenarnya hanyalah tiga kategori sahaja; iaitu: pertama, apa-apa yang kita makan; kedua, apa-apa yang kita pakai; dan ketiga, apa-apa yang kita sedekahkan atau zakatkan atau infaqkan fi sabilillah. Selainnya bukan milik kita. Namun, kita akan ditanya di akhirat kelak dua perkara: pertama, bagaimanakah kita perolehi harta yang kononnya milik kita itu; dan kedua, apakah tujuan kita arahkan enggnaan harta tersebut. Jawapan kpd soalan tersebut akan mnentukan apakah kita mendpat syurga atau disiksa dalam neraka. Orang yang kaya raya yang mengupul harta pula sekian banyak, meninggalkan pula hartanya kepada anak atau cucu cicit turunan merka, sebenarnya menganianya diri sendiri. Kerana, jika digunakan oleh orang yang kita wariskan kerana kebatilan atau tujuan kebatilan, maka kita menerima padahnya kelak. Jusetru itu, janganlah ghirah mencari harta kekayaan untuk dipergunakan oleh warisan kita ... yg senag adalah merka ketika di dunia dan yang sengsara adalah kita yang mewariskan harta etrsebut kepada mereka. Oleh itu berwaspadalah...Orang yang bijak itu adalah dia mencari harta sebanyak-banyanya dan kemudian mengifaqkannya demi Islam dan membela agama Islam dan umat Islam serta melestarikan cakupan agama Ilam yang haq.

Jazakallahu khairah

Peringatan Hari Ini

Assalamualaikum,
Saudara, sebagai seorang Islam kita wajib sering diperingatkan oleh saudara kita yang Islam supaya kita tidak tergelincir dari sentiasa menyedari bahawa kita sentiasalah atas landasan aqidah yang benar.
Kita lihat perigatan yang amat basic lagi simple dalam Islam seperti yang dijelaskan dalam sepotong hadith yang menyebut bahawa: 'Neraka itu bagi orang Islam yang tahu ilmu mengenai sesuatu amalan atau ibadah, tetapi dia tak amalkan atau ibadahkan apa yang dia tahu. Neraka itu juga adalah bagi orang yang beramal dan beribadah, tetapi dia tak tahu apakah yang diamalkan atau yang diiabadahkannya itu menepati ketetapan Islam atau tidak.'
Saudara, ada dua golongan  orang Islam yang gagal mendapat syurga, sebaliknya mendapat neraka atau terjerumus ke dalam neraka di akhirat kelak. Hadith tersebut memberi kita tahu dua golongan tersebut. Goongan pertama adalah orang yang tahu, yakni memiliki ilmu mengenai sesuatu amalan dan ibadah, berdasarkan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, tetapi dia tidak pula amalkan atau ibadahkan atau kerajakan apa yang dia tahu, sebaliknya amalkan sesuatu yag menyalahi ilmu yang hak mengenai amalan dan ibadah tersebut. Sebagai contoh: seorang itu belajar Islam berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah mengenai cara dan kaedah berwudu', bahawa dia diwajibkan memulakan wudu'nya dengan menyebut kalimah 'Bismillah' ketika hendak berwudu'. Tapi, sebaliknya, dia menyebut  kalimah seperti 'Nawaitul wudu'a ...' dan seumpamanya - kalimah yang tidakpun disebutkan dalam al-Quran atau as-Sunnah. Dalam solat, Islam - berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah - menyuruh kita berdiri tegak mengadap kiblat kemudian mengangkat kedua tangan kita, dengan jari-jari tangan terbuka tegak, sambil bertakbir, yakni membaca 'Allahu Akbar' dan seterusnya membaca Doa Iftitah, tetapi dia membaca kalimah spt 'Usolli fardal ...' dan seumpamanya ketika mengangkat kedua tangannya untuk memulakan solat. Tidak ada ketetapan dalam al-Quran atau as-Sunnah yang menyuruh kita berbuat sedemikian. Kerana, Rasulallah (s.a.w) memberitahu: 'Iza kumta ilas-solati, fakabbir ...' Yg bermaksud: Ketika berdiri kamu untuk bersolat, maka takbirlah (yakni, bacalah 'Allahu Akbar')...'. Jelaslah, dia ada ilmu tetapi tidak amalkan apa yang dia tahu. Demikianlah juaga hakikat seorang Islam itu tahu bahawa wajib atasnya mengerjakan solat fardu 5 kali sehari semalam, tetapi dia tidak bersolat.
Dan, neraka juga adalah bagi orang Islam yang mengerjakan pelbagai amalan dan ibadah tetapi mengerjakannya tanpa dasar ilmu atau amalkan atau ibadahkan dalam kejahilan. Dia lazim mengerjakan solat, tetapi dia tak tahu ilmunya mengenai solat, namun dia bersolat. Jelslah dia bersolat dalam kejahilan, yakni tanpa didasari oleh ilmu. Saudara, dalam kedua situasi tersebut, kedua-duanya masuk neraka, tidak dapat syurga!
Saudara, Islam itu adalah agama yang amat mudah - disebutkan dalam hadith 'ad-dinu yusrun'. Tidak dikhususkan kepada orang yang pintar tetpai kepada semua manusia yang akui bahawa wujud Allah (a.w), tuhan yang esa dan Rasulallah (s.a.w) itu adalah UtusanNya, orang yang membawakan syiar Islam dan yang mengajarkan tuntutan Islam, yang mencotntohkan Islam dan bagaimana menjadi orang Islam yang beriman, orang yang menetapkan spesifikasi tuntutan amalan dan ibadah dan segala sesuatu dalam Islam. Yang utama bagi mansuia adalah belajar ilmu mengenai segala tuntutan dan ketetapan Islam,  tentang spesifikasi khusus setiap amalan dan ibadah itu. Orang Islam tidak boleh mengerjakan ibadah dan amalan atau melaksanakan segala tuntutan Islam mengikut kehendak naluri akal dan fikiran. Islam tidak boleh diberi rasional mengikut kepintaran manusia. Islam adalah ketetapan Allah (a.w) yang disampaikan oleh Rasulallah (s.a.w),  yang menunjukkan bagaimana, yang mencontohkan bagaimana beramal dan beribadah. Justeru itu, kalau kita amalkan atau ibadahkan sesuatu tanpa ilmu, maka pasti kita masuk neraka, atau kalau kita tahu ilmunya, kita amalkan sebaliknya, kita juga masuk neraka. Maka dengan itulah Rasulallah (s.a.w) nasihatkan umatnya 'al-ilmu qabla 'amal' (maksudnya: Beramallah dengan ilmu). Dan, Allah (a.w) perintahkan 'wa-la taqfu ma laisa bihi ilmun' (maksudnya: Janganlah buat sesuatu (amalan dan ibadah) atau apa saja ketetapan Islam tanpa mengetahui secara pasti ilmunya dahulu.) (Ayat 36, Surah al-Isra').
Mudah-mudahan saudara faham mesej dalam post ini. Janganlah kita rujuk kitab-kitab karangan manusia - walau bagaimana bijak pintar atau terkenalpun mereka, tanpakita terlebih dahulu ilmu diri kita tentang al-Quran dan as-Sunnah. Jika tidak, Allah (a.w) campakkan kita ke dalam neraka kerana kita beramal atau mengerjakan ibadah tanpa di dasari oleh ilmu. Dan, dalam blog ini kita sering ulangi peringatan  Rasulallah (s.a.w) bahawa ilmu yang haq (benar) (dan panduan agama yang haq) dalam Islam itu adalah ilmu al-Quran dan as-Sunnah.

Jazakallahu khairah

Tuesday, March 20, 2012

Sinario Islam Akhir zaman ... (Samb.)

Assalamualaikum,
Saudara, dalam post sebelum ini kita telah tahu bahawa kiamat itu akan berlaku ketika umat Islam zaman tersebut tidak lagi tahu bagaimana mengerjakan ibadah wajib atau fardu seperti solat, puasa, zakat dan infaq, haji dan umrah, dan ilmu mengenai al-Quran hapus dari manusia. Semua yg Islam zaman itu tidak tahu membaca al-Quran, tidak faham apa yg terdapat dalam al-Quran dan tidak tahu bagaimana hendak melaksanakan ketetapan al-Quran. Umat Islam yg Islam zaman tersebut hanyalah terdiri dari golongan orang-orang tua yg tersangat tua pula. Mereka itu hanya tahu menyebut 'lailaha illallah' yg mereka diajarkan oleh nenek moyang mereka kalimah tersebut keika nenek moyang mereka hidup dahulu. Jelaslah akan luput ilmu mengenai Islam. Maksudnya, generasi muda kesemuanya langsung hanya Islam pada nama sahaja, tak tahu apa sebenarnya Islam dan bagaimana menganuti Islam! Tak siapa boleh baca, tahu dan faham al-Quran, apatah lagi ilmu mengenai as-Sunnah. Kerna tak tahu al-Quran maka mereka tidak tahu bagaimana melaksanakan ketetapan al-Quran. Kerana mereka tidak tahu ilmu as-Sunnah, maka mereka tidak tahu bagaimana hendak solat, nak berpuasa, nak tunaikan zakat dan infaq dan nak tunaikan haji dan umrah. Itulah sinario akhir zaman. Mungkin kita tak meneui zaman tersebut.
Saudara, sekarang bagaimana? Ramai orang yg akui diri mereka Islam, tapi tidak pula amalkan tuntutan Islam terhadap mereka. Mereka tak puasa, tak keluarkan zakat dan infaq, tidak tunaikan haji dan tak penuhi tanggungjawab wajib atau fardu mereka. Mereka tidak pula merasai risau, malah merasa selesa dan terselamat kerana mereka berpandangan Islam saja sudah cukup untuk dapatkan atau menjamin syurga! Dalam masa yg sama umat Islam abaikan ilmu dan panduan yg hak tetang Islam iaitu ilmu al-Quran dan as-Sunnah. Sebaliknya mereka belajar tentang Islam mealui ceramah dan tazkirah dalam media - tv dan radi atau kaset dan CD atau media lain, tanpa sedikitpun ada keinginan mereka belajar imu al-Quran dan al-Hadith melalui guru yg tahu dan faham al-Quran dan as-Sunnah. Yg lebih popular media ilmu adalah kitab-kitab dan buku karangan manusia yg menggelarkan mereka ulama' atau kiai atau ustaz atau Doktor dan seumpamanya, yg faham al-uran dan al-Hadith bukan kerana mereka mengaji atau belajar al-Quran dan as-Sunnah dari  guru yg tahu dan faham tetapi dari mahaguru atau profesor di menara gading pusat ilmu akademik sistem moden! Tidak hairanlah lama kelamaan, yg mengajarkan Islam sendiri sesat dan menyesatkan pula orang yg diajar mereka. Lama kelamaan al-Quran tidak lagi dibuka dan dibaca dan delajari mesejnya dan difahami ketetapannya dan diamalkan perintahnya. Manusia semakin lupakan al-Quran. Bahan rujukan agama menoborsatukan kitab-kitab karangan manusia dan menombor duakan al-Quran dan as-Sunnah, malah sudah ramai pula menolak as-Sunnah atau mentafsirkan mesejnya mengikut kebijaksanaan otak dan fikiran masing-masing. Al-Quran dan kitab-kitab hadith menjadi jumud. Dengan itu juga ilmu yg haq itu semakin terbiar dan jumud.
Saudara, demikianlah peredaran masa dan zaman. Tidak hairanlah disebutkan dalam hadith yg kita rujuk dalam post sebelum ini bahawa orang Islam yg tahu sedikit tentang agamanya, Islam, adalah orang yg tua dan terlalu tua, tak tahu mengerjakan amalan dan ibadah - solat, puasa zakat dan infaq, naik haji dan sebagainya - dan tahu hanya kalimah 'la-ilaha illallah' yg dijadikan amalan sebagai orang Islam. Adalah menjadi kesilapan bagi orang yg akui dirinya Islam kemudian membelakangkan ketetapan wajib atau fard Islam spt tak solat, tak puasa, tak keluarkan zakat dan tak infaq, dan sebagainya, dan mengharapkan bahawa syurga akan diperolehi mereka semata-mata kerana menyebut 'la-ilaha illallah'.
Mudah-mudahan kita tidaklah mempercepatkan sinario itu berlaku dgn meninggalkan al-Quran dan as-Sunnah...

Jazakallahu khairah

Akhir Zaman Ketika Hampir Kiamat

Assalamualaikum,
Saudara pagi ini kita selitkan dalam post blog ini sinario ketika hampirnya kiamat. Mungkin kita tak sempat temui kiamat itu - ketika malaikat Israfi meniupkan Seruling Sangakala yg akan mematikan kita semua -kiamatlah dunia. Tapi, setiap kita yg hidup menemui kimat kecil masing-masing ketika malaikal-maut datang menemui kita mencabut nyawa kita dan mematikan kita. Tamatlah kehidupan kita di dunia. Dan, berakhirnya segala persiapan dan persediaan kita untuk akhirat kita. Bagi merka yg abaikan tanggungjawab akhirat mereka, maka akan tersiksa dalam kubur dan di akhirat kelak masuk neraka, kekal selama-lamanya! Oleh itu sebelum terlewat, wajarlah kita sedarkan diri kita dari lamunan nikmat dunia, insya Allah.

Hilang atau Terhapusnya Ilmu
Dan Meluasnya Kejahilan 
Diriwayatkan hadith Abi Malik as-Ja’iyi hadith dari Rabi’i b Khirasy hadith dari Khuzaifah b Yaman berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Yadrusul-Islamu kama yadrusu wasyyun-thaubi hatta la yudra ma siamun wa-la solatun wa-la nusukun wa-la sodaqatun wa-la yusra ‘ala kitabillahi ‘azza wajalla fi lailatin fala yabqa fil-ardi minhu ayatun. Wa-tabqa tawaifu minanasis-syai’unl-kabiru wa-‘ajuzu yaquluna adrakna abaana ‘ala hazihil-kalimati: ‘La-ilaha illallah’, fanahnu naquluha.’ (Yg bermaksud: Akan luntur (pupus) Islam sebagaimana lunturnya corak pakaian sehingga tidak diketahui apakah puasa itu, tidak (diketahui apakah) puasa itu, dan tidak (diketahui apa) solat itu, dan tidak (diketahui apa) haji itu, dan tidak (diketahui apa) sedekah itu, dan dihilangkan Kitab Allah (a.w) Zat yg Maha Tinggi lagi Maha Agung di waktu malam maka tidak tersisapun dalam bumi darinya (walaupun) sepotong ayat. Dan, tersisa dari manusia orang-orang tua yg tersangat tua dan perempuan-perempuan tua berkata mereka: ‘Tidak menjumpai kami bapa-bapa kami (atau nenek moyang kami) selain ini kalimah ‘la-ilaha illallah’, maka kami sekarang ini mengucapkan (yakni, mengamalkan) kalimah ini.'. Maka berkata baginya (yakni, kepadanya seorang yg bernama) Silah: ‘Apakah mencukupi atas mereka ‘(hanya kalimah) ‘La-ilaha ilallah’ (untuk dapatkan syurga), walhal mereka tidak mengerti (bagaimana hendak) bersolat, dan (tidak mengerti mereka bagaimana hendak) puasa, dan (tidak mengerti mereka bagaimana hendak kerjakan) haji dan tidak (mengerti mereka bagaimana) bersedekah?’ Maka berpaling darinya Khuzaifah. Kemudian mengulangi (lagi pertanyannya, i.e. Silah bertanya lagi) atas perkara itu tiga kali, setiap demikian (pertanyaan) berpaling darinya Khuzaifah. Kemudian mengadap (Khuzaifah) atasnya (yakni, ke arahnya) pada kali ketiga (pertanyaan Silah tersebut), maka berkata: ‘Wahai Silah! Menyelamatkan pada mereka dari neraka.’ Disebutnya ungkapan tersebut 3 kali. [Hadith Ibnu Majah, Kitab Fitnah]
[Nota: Hadith ini menyebutkan sinario akhir zaman ketika kiamat sudah hampir terjadi. Pada zaman itu Islam, yakni ilmu pengetahuan manusia tentang Islam hampir pupus sebagaimana luntur corak di pakaian kerana  terlalu lama atau buruk, sehingga manusia tidak tahu apa itu puasa dan bagaimana mengrjakannya, apa itu solat dan bagaimana mengerjakannya, tidak tahu apa itu haji dan bagaimana mengerjakannya dan tidak tahu apa itu sedekah (zakat, infaq dan sedekah umum) dan bagaimana mengerjakannya dan  hilang pengetahuan manusia terhadap Kitab Allah (a.w) (yakni, al-Quran) (dari segi cara dan kaedah membacanya dan dari segi tahu dan faham mesejnya dan bagaimana mengamalkan ketetapannya, dan tidak tinggal di muka bumi suatu ayat al-Quranpun. (Dalam konteks ilmu mengenai Islam dewasa itu) yang berbaki atau tinggal hanyalah golongan lelaki dan perempuan tua yg tersangat tua pula dan mereka hanya tahu amalan menyebut kalimah tauhid ‘la-ilaha illallah’ sahaja, iaitu amalan yg ditinggalkan oleh nenek moyang mereka (yg hanya tahu itu sahaja semasa hayat mereka). Demikianlah  sinario dunia ketika itu – di akhir zaman ketika hampir turun Dajjal, Isa (a.s) yg akan membunuh Dajjal, dan akhirnya ditiup seruling sangkala untuk mematikan kesemua makhluk yang hidup, dan berlakunya kiamat. Orang-orang yang tahu tentang Islam hanyalah golongan orang tua – lelaki dan perempuan – yang tersangat tua, tahu hanya mengucapkan kalimah ‘la-ilaha illallah’ semata-mata, sebagai amalan mereka dalam Islam, kerana itu saja ilmu yg ditinggalkan atau diajarkan oleh (atau diwarisi mereka dari) nenek moyang mereka semasa mereka masih hidup. Golongan lain atau generasi lain tak tahupun kalimah tersebut. Apakala ditanya oleh seorang sahabat bernama Silah kpd Khuzaifah Abu Yaman yg memberitahu hadith Rasulallah (s.a.w) apakah mereka yg menyebutkan kalimah tersebut semata-mata sebagai amalan mereka dalam Islam akan dapat syurga, Khuzaifah hanya menjawab pertanyaan Silap ketika ditanyakan buat kali ketiganya. Khuzaifah menjawab, ketika itu atau zaman itu, mencukupi untuk mereka mendapat syurga. Ini menunjukkan betapa ilmu mengenai Islam itu akan hapus di akhir zaman kerana tiada orang yg tahu dan tiada pula orang yg boleh mengajarkan ilmu.
Apakah bagi kita yg Islam hari ini akan mendapat syurga dgn menyebut kalimah ini semata-mata tanpa mengerjakan segala yg diwajib atau difardukan? Ada orang Islam yg mempunyai pandangan yg simplistic seperti itu. Biasanya golongan ini adalah golongan orang Islam yg selesa semata-mata kerana mereka dilahirkan Islam, walaupun mereka tidakpun bersolat, tidakpun berpuasa, tidak mengeluarkan zakat dan infaq, tidak menunaikan haji dan umrah dan lain-lain ibadah fardu. Kerana mereka berpendapat, sebagaimana ramai orang Islam yakin bahawa, Islam sahaja dapat syurga! Di zaman ini ilmu mengenai al-Quran dan as-Sunnah itu masih wujud dan boleh diakses oleh umat Islam, kalau mereka mahu belajar dan mahu faham. Ilmu al-Quran dan as-Sunnah akan  terhapus apabila mereka yg berilmu, biasanya orang yg sudahpun tua, mati dan dibawa oleh mereka ke kubur ilmunya. Generasi yg menyusuli mereka tak pula ingin belajar ilmu kerana disebokkan oleh keseronokan dunia serta keinginan duniawi yg menombor duakan agama. Atau, ilmu mengenai Islam dari sudut al-Quran dan as-Sunnah itu semakin terhakis kerana kuatnya pengaruh fahaman kemazhaban, kerana ilmu mengenai al-Quran dan as-Sunnah itu tidak lagi dijadikan foundation agama tetapi kitab-kitab karangan  cerdik pandai telah dijadikan kitab atau panduan rujukan nombor satu. Ramai orang Islam yg disesatkan oleh pengarang kitab-kitab tersebut, walhal mereka yg mengarangnya sudahpun sesat sendiri, kerana membelakangkan ilmu al-Quran dan as-Sunnah. Umat Islam zaman ini tidak akan dapat syurga kalau tidak mengamalkan apa-apa yg diwajibkan atau difardukan.]
Saudara, kiamat itu telahpun diberitahu oleh Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) kpd kita - iaitu ia akan berlaku pada hari Jum'at. Maka dgn itulah kesemua haiwan kecuali manusia amat takut ketika akan tiba hari Jum'at - iaitu ketika masuk waktu 'Asar pada hari Khamis. Manusia sebaliknya menunggu tibanya hari Jum'at dgn penuh keseronokan, kerana petangnya merka boleh enjoy dgn pelbagai akviti duniawi meraikan datangnya hujung minggu waktu rehat selepas bertungkus lumus pada hari-hari sebelumnya mencari dunia ...

Jazakallahu khairah



Monday, March 19, 2012

Nasihat kpd Orang Yg Tak Mau Belajar Ilmu

Assalamualaikum,
Saudara, tahukah saudara bahawa dalam Islam itu 'ilmu' amat penting lagi utama? Maka dengan itulah sering kita dengar orang tua-tua berkata- mengikut loght biasa mereka - belajarlah ilmu sampai ke negeri China sekalipun. Dan, belajar ilmu itu dari buaiyan sampai ke tiang lahat - dari mula lahir di dunia hinggalah kita menghembus nafas terakhir kita. Tidak ada agama dalam dunia ini mengutamakan  ilmu sebagaimana Islam mengutamakan umatnya belajar atau mengaji ilmu atau jangan jadi orang yg jahil.
Malah seseorang yg Islam yg benar-benar faham Islam itu akan tahu bahawa mereka berjaya di dunia atau kalau mereka inginkan kejayaan di dunia, mereka wajib berilmu. Dan, lebih penting lagi, untuk berjaya pula di akhirat, mereka wajib ada ilmu, tanpa ilmu sudah pasti terkandas di akhirat dan masuk neraka!
Sehubungan itulah kita dinasihatkan oleh Rasulallah (s.a.w) dalam sepotong hadith bahawa: 'Neraka wellah bagi seseorang yg Islam itu, apabila dia beramal dan beribadah dalam kejahilan atau tanpa ilmu. Dan neraka wellah juga bagi orang Islam yg berilmu - tahu dan faham Islam - tetapi tidak mengamalkan apa yg dia tahu.' Jelaslah either way - kut manapun kata orang Penang - pasti kena kpd kita jikalah kita tergolong dari kalangan orang Islam yg jahil tak mau pula mengaji atau belajar ilmu atau kita ada ilmu tentang Islam dna kita faham pula tuntutan Islam, kita tak krjakan. Contoh: Kita tahu ada ibadah sunat tertentu spt Solat Duha ketika siang hari, Solat Tahajjud ketika malam hari (spertiga pertengahan atau terakhir malam), atau Solat Witir (sekurang-kurangnya serakaat ketika malam itu) dituntut oleh Islam seumpama solat wajib, kita tak kerjakan. Atau, kita jahil, tak tahu bahawa kesyukuran kita kpd Allah (a.w) itu dinilai dalam konteks amalan dan ibadah sunat kita, bukan ibadah wajib atau fardu, kita tak mahu belajar mengetahui lebih lanjut perkara tersebut, maka kita adalah tergolong dari kalangan orang yg mendapat neraka wel di akhirat kelak, wal iyazubillah.
Saudara, dalam blog ini kita sering ulangi bahawa Allah (a.w) melarang hambaNya  - Islam  ataupun tak Islam - mengerjakan sesuatu amalan dan ibadah tanpa ilmu atau dalam kejahilan. Maka dgn itulah orang yg tidak Islam pasti masuk neraka, segala kebaikan yg dilakukan di dunia tidak  ada nilainya untuk akhirat, kerana mereka tidak Islam kerana jahil, dan sombong pula, tak mengaku kejahilan mereka. Kalau mereka tak jahil pastilah mereka masuk Islam dan jadikan Islam agamanya, kerana tanpa Islam mati pasti disiksa dalam kubur dan di padang makhsyar kelak tak berhimpun tapi terus dicampakkan ke dalam neraka, dan di akhirat kelak dijadikan penguui neraka yg kekal abadi, takda peluangpun masuk syurga. Bagi orang Islam pula, jahil atau tiada ilmu yg benar terhadap agama Islam, tetapi berama, dgnnya atas apa jua sandaran - ikut orangke atau kata sianu dan sipolan begitu dan begini, pasti masuk neraka walaupun Islam. Kerana apa? Kita telahpun maklum ketetapan Rasulallah (s.a.w): Neraka wel, kalau beramal dan beribadah tanpa ilmu, dan neraka wel bagi mereka yg berilmu tapi tak mahu mengerjakan atau amalkan apa yg dia tahu atau ada ilmu. Lagipun, dalam alQuran,  Ayat 36, Surah al-Isra' Allah (a.w) peringatkan kita: 'Wa-la taqfu ma laisa bihi ilmun' (Yg bermaksud: Janganlah kamu kerjakan (buat amalan dan ibadah) tanpa kamu terlebih dahulu tahu ilmu mengenainya (i.e. apa yg kamu amalkan dan ibadahkan).Dan, Rasulallah (s.a.w) ulagi pesanan atau peringatan tersebut dalam as-Sunnah dengan bersabda: 'Al-ilmu qabla 'amal.' (yg bermaksud: Beramallah (i.e. buatlah amal dan ibadah hanya dgn ilmu yg dipelajari atau yg kita tahu mengetahui amal dan ibadah tersebut). Maka dalam kejahilan atau tanpa ilmu orang yg akui dirinya Islam juga gagal dapat syurga dan  masuk neraka kerana segala amalan yg dikerjakan dalam kejahilan tidak diterima Allah (a.w). Maka dgn itulah walaupun kita sebagai orang Islam - mengerjakan segala amalan dan ibadah - yg fardu dan yg sunat, walaupun secara istiqamah, tak dapat syurga, kerana kita gagal memenuhi perintah Allah (a.w) yg simple atau mudah iaitu hendaklah kita buat sesuatu dgn ilmu. Bezanya antara kita yg Islam dgn orang bukan Islam hanyalah di akhirat kelak, akhirnya - selepas dibersihkan dalam neraka akan dosa-dosa kita - kita akan dapat syurga juga, walhal orang yg tidak Islam  secara pasti tak dapat syurga dan kekal dalam neraka. Itu saja bezanya, kerana kita, dalam kalimah syahadah kita , kita akui wujudnya Tuhan yg Esa, Allah (a.w) dan Muhammad itu adalah Rasulallah (s.a.w) atau pesuruh Allah (a.w) yg membawakan agama Islam dan mengajrkan manusia Islam dan syariatnya dan mendemokan bagaiman beramal dan beribadah setelah beliau sendiri diajarkan dan ditunjukkan oleh Jibril (a.s) macam mana nak beramal dan beribadah).
Saudara, tidak ada kompromi dalam ilmu. Walaupun akhirnya kita dapat juga masuk syurga, kita tak tahu berapa lamakah kita perlu dibasuh atau dibersihkan dalam neraka sebelum kita dimasukkan ke dalam syurga oleh Allah (a.w)! Ingatlah ketika kita sakit atau menanggung musibah atau kecederaan atau kemalangan di dunia ini, sakitnya kita tak tahan! Apakah kita boleh tahan siksaan neraka? Di dalam al-Quran disebutkan bahawa ada perbezaan waktu yang amat ketara antara dunia dan akhirat. Sehari di akhirat itu lamanya sama dengan 1,000 tahun di dunia. Apakah kita seumpama kaum Bani Israil yang menyebut bahawa kalau mereka masuk neraka kerana ingkarkan perintah Allah (a.w), meraka masuk hanya buat beberapa hari saja?? Kalaulah kita kena masuk neraka sebanyak satu hari, iatu sama dgn 1,000 thaun didunia lamanya kita dipenjarakan. Ketika di dunia, umur kitapun sampai mencecah 100 tahun. Tak mungkin kita boleh hidup 1,000 tahun. Zaman Nabi Nuh (a.s) mungkin ramai yg sempat hidup selama 1,000 tahun. Nabi Nuh (a.s) sendiri berdakwah kpd umatnya tentang agama Allah (a.w) selama 950 tahun, namun hanya 80 orang sahaja yg berjaya mendapat hidayah untuk mengikuti syariat agama Nabi Nuh (a.s). Begitu sedikit manusia zamannya trima syariat ugamaNya. Diteliti dari segi siksaannya ula, kita diberitahu bahaw jikalah kita dapatkan di dunia suatu bentuk api yg anat pedih, perit, pans dan membahayakan kita, kepasanan itu digndakan sebanyak 70 kali pula - itulah panasnya api di akhirat kelak.
Kita disiksa tak henti-henti, pagi petang, siang malam - tanpa batasan waktu, kalau hari di akhirat itu dihitung dgn jam - 24 jam - maka itulah lamanya kita disiksa tanpa berhenti. Kalau satu hari sama dgn 1,000 tahun  tahun dunia, kalau sejam berapa lama (i.e. hari) - iaitu 41.7 tahun bagi setiap jam di akhirat itu.Sakit siksaannya diganda 70 kali ganda dan tubuh badan pula dibesarkan  supaya lebih terasa sakitnya, dan kemudian kalau azab sakit macam manapun, tak lepas lari, kalau kulit mengelupas kerana dibakar, di akhiratpun mengelupas ketika dibakar - bezanya adahlah sakitnya digandakan, dpanjangkan pula azabnya, tak boleh mengelak, takda sesuatu yg dapat meringankan kesakitan tersebut, lapar dan dahaga pula setiap masa dan tikak  pula diringankan  atau dibantu  - sentiasa kekal. Demikianlah saudara, ilmu itu amat penting supaya kita faham kedudukan kita semasa di dunia dan apakah yang telah sampikan kepadanya.
Saudara, ada orang Islam yg memperolok2kan sesuatu ketetapam al-Quran dan as-Sunnah.Dalam neraka tak makan atau tak boleh makan; kalau dahagapun tak dapat minuman, kalau lapar tiada kesempatan untuk merayu kpd seorang untuk memberikan apa-apa makanan. Kalau haus - dan memang di akhirat kelak semua orang haus, terutama yg duduk dakam neraka, amat haus,  takpula diberi minuman sedikitpun.
Saudara, dgn itulah dalam post yg lalu kita telah diberitahu suatu hadith yg pendek tapi amat benar lagi mendalam ketetapannya. Apa dia? Dunia itu penjara bagi orang iman dan syurga bagi orang kafir. Sebaliknya, akhirat itu adalah segala-galanya yg dihajati mereka tanpa had atau batasan bagi orang iman dan penjara bagi orang yg kafir (tidak Islam), mereka tak bebas. Malah penjara dunia ada kebebasan - makan nasi kawah dgn lauk pauk yg cukup dan enak pula, boleh tengok tv dll, itu penjara dunia. Penjara akhirat yg ada hanya siksaaan, tak dapat lari atau bolos diri, tak dapat merasuah orang untuk dapat bebas dsbnya. Dalam penjara akhirat takda minuman kecuali darah dan nanah yg busuk lagi hanyir lagi beracun, dan makanan takda selain buah zakum yg ketika masuk ke dalam kerngkong kita, hancur kerongkongkita, dgn kesakitan yg digandakan dgn kesakitan yg serupa di dunia kalau ada, sebanyak 70 kali ganda pula. Fikirkanlah.

Jazakallahu khairah

Nasihat Pagi Ini

Assalamualaikum,
saudara, sebagai seorang Islam yang beriman itu adalah utama baginya sekuat mampunya mengajak orang Islam lain membuat kebaikan - wakmur bil-makruf - dan membenteras keburukan - nahi mungkar. Inilah ketetapan dalam al-Quran dan dalam as-Sunnah. Jika kita niatkan semata-mata kerana mencari dan inginkan kerahmatan Allah (a.w) dan takutkan siksaan dalam neraka Allah (a.w) - iaitu niat yg benar dalam konteks Islam - maka kita diberi ganjaran pahala - sama seperti kita mengajarkan sesuatu kebaikan kpd seseorang itu, dan dia amalkan apa yang kita ajarkan atau petua yang kita berikan, maka pasti dia yang berbuat baik kerana nasihat kita mendapat pahala dan kita yang mengajarnya kebaikan atau menyuruh berbuat kebaikan, mendapat pahala yang sama banyaknya dengan pahalanya, tanpa sedikitpun mengurangkan pahala yang diterimanya kerana melakukan kebaikan.
Tapi, saudara sebaliknya, kita tidak mencegah kemungkaran, tetapi sama-sama bersekongkol dengan kemungkaran atau menggalakkan kemungkaran, atau kita beri petua bagaimana nak lakukan kemungkaran (i.e. kejahatan) supaya terlepas dari pengetahuan manusia atau tidak dapat ditrace oleh manusia, contohnya, maka orang yg kita beri petua itu lakukan kejahatan yg kita beri petua kpdnya, maka dia berdosa kerana melakukan suatu kemungkaran tersebut, kita juga mendapat dosa kerana memberi jalan keluar baginya berbuat suatu dosa tanpa diketahui oleh orang lain. Kita terima dosa kerana orang lain lakukan - orang yg kita ajarkan kemungkaran - tanpa sedikitpun mengurangkan dosa orang yg mengerjakan kejahatan tersebut. Oleh itu berwaspadalah dalam segala perkara - perbuatan dan percakapan.
Kerana, dalam Islam kita bertanggungjawab terhadap apa yg kita lakukan dan katakan atau bicarakan. Hari ini begitu ramai orang Islam - terutama di kalangan ahli politik, yg kerana perbuatan dan percakapan atau kata-kata atau hujajah-hujjah mereka, menjerumuskan mereka ke dalam neraka. Apa tidak, segala perbuatanatau kerja-kerja yg kita kerjakan - secara sedar atau tanpa disedari mendatangkan  dosa dan pahala. Dan segala kata-kata yg keluar dari mulut kita akan menghasilkan dosa atau pahala bergantung kpd hakikat apakah kata-kata kita itu suatu kebaikan atau kemaksiatan. Sedar atau tak sedar bukan  excuse - atau terkecuali dari dosa. Yg terkecuali dari dosa hanya dalam dua situasi - iaitu kita lakukan atau katakan dalam tidur atau ketika tidur atau kita lakukan kejahatan ketika terlupa - benar-benar terlupa. Itu dimaafkan. Tidak ditulis oleh malaikat Rakib dan Atid.
Saudara, oleh itu janganlah kita membinasakan diri kita dalam berbuat sesuatu perkara dan mengeluarkan sesuatu kata-kata. Dalam post yg lalu kita telahpun lihat hadith yg menyebutkan bahawa ramai orang Islam terlupa bahawa kerana kata-kata yg dikeluarkannya dalam sehari-harian hidupnya, mengakibatkan dia dicampakkan ke dalam neraka selama 40 tahun atau segala amalannya dan ibadahnya selama 40 tahun tidak diterima Allah (a.w). Oleh itu janganlah merugikan diri kita!

Jazakallahu khairah

Saturday, March 17, 2012

Anak dan Ibubapa (Samb.)

Assalamualaikum,
Saudara, utamanya dan mutlaknya kedua ibubapa iu trhadap anaknya, ehinggakan kalaupun disuruh oleh mereka kita ceraikan isteri kita yang kita intai sangat tapi dibenci oleh mereka berdua, wajib kita ceraikan. Inilah mesej dalam hadith yang kita muatkan dalam post yang lalu.
Saudara, dalam post kali ini kita lihat pla satu lagi ketetapan yang amat penting kita jadikan panduan kita setiap masa dan ketika. Mungkin ada diantara kita yang tidak tahu (yakni, jahil mengenainya). Atau, mungkin ada diantara kita yang tidak faham ketetapan tersebut (kerana takda orang yang beritahu kepada kita).

(k)       Hukum Membenci Ibubapa
(Jatuh Kafir jika bencikan ibubapa) 
Saudara, hadith pendek ini memberikan satu ketetapan Islam yang amat besar terhadap kita sebagai anak dalam hubungan kita dengan kedua ibubapa kita. Namun, hari ini dalam kejahilan, semakin ramai anak yang ingkarkan ketetapan ini, malah bukan sahaja membenci ibubapa mreka, malah menganianya kedua mereka seperti menghantar kedua ibubapa yang sudah tua untuk dijaga oleh rumah-rumah orang tua, yang bukan duruskan oleh orang Islam pula! Saudara, tidak hairanah begitu ramainya orang Islam yang gagal mendapat syurga tanpa mereka sedari!
Menceritakan hadith dari ‘Amru hadith dari Jaafar b Rabi’ah hadith dari ‘Irak b Malik bahawasanya dia mendengar Aba Hurairah berkata: ‘Sesungguhnya Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘La targhabu ‘an abaikum, faman raghiba ‘an abihi fahua kufrun.’ (Yg bermaksud: Jangalah kamu membenci pada bapamu (dan lebih-lebih lagi ibumu), maka barangsiapa (atau sesiapa) yg membenci pada bapanya (dan ibunya), maka dia kafir (yakni, keluar dari Islam).) [Hadith Muslim, Kitab Iman]
[Nota: Hadith ini menghukum seorang anak yg membenci ibubapanya jatuh kafir. Apabila jatuh kafir pastilah segala amalanya tidak diterima Allah (a.w) - sia-sia saja sepanjang hidupnya. Tidak berkat hidupnya di dunia, walaupun pada masyarakat dia orang yang ternama, terhormat dan senang lenang. Di akhirat kelak tempatnya adalah dalam neraka. Oleh itu berwaspadalah.]

Jazakallahu khairah

Anak dan Ibubapa (Samb.)

Assalamualaikum,
Saudara, alhamdulillah, sudah banyak kita tahu dan faham tentang ketetapan Islam berdasarkan ketetapan Allah (a.w), dalam al-Quran, dan ketetapan Rasulallah (s.a.w), dalam as-Sunnah, tentang hubungan anak-anak dengan kedua ibubapa mereka, dan betapa utamanya kedua ibubapa itu kepada anak-anak mereka, sekiranya anak-anak tersebut ingin mendapatkan syurga di akhirat kelak. Malangnya, hari ini semakin ramai anak-anak yang bukan sahaja derhaka terhadap ibu bapa mereka tetapi juga menzalimi dan menganianya ibubapa mereka. Banyak kita baca berita dan cerita bagaimana anak-anak sanggup mencederakan kedua ibubapa mereka yang tua dan dhaif, tidak membantu mereka walhal mereka senang lenang hidup, tetapi dibiatnya kedua ibubapa mereka hidup melarat. Mudah-mudahan setelah memahami betapa bahayanya bagi seorang anak yang melanggar perintah Allah (a.w) dan perintah Raulallah (s.a.w) dalam perkara melayani ibubapa ini, lebh ramai para anak ebib berwaspada dan mengubah laku, demi kesejahteraan akhirat mereka.
Saudara, kita sambung lagi perbincangan kita mengenai tajuk atau topik ini. Insya Alah jika saudara fahami dan jadikan panduan apa yang telah dituliskan dalam blog ini, saudara akan selamat di akhirat.

(j)        Ketaatan Terhadap Ibubapa Itu Mutlak
(Taat kalaupun Disuruh Ceraikan Isteri Kesayangan)
Saudara, dalam hadith berikut kita diberitahu bahawa Ibnu Omar (r.a) disuruh oleh bapanya, Omar b. Khattab (r.a), khalifah ar-rasyidin al-mahdiyin yang ke-3, menceraikan isteri kesayangannya. Kerana cintanya terhadap isterinya itu, dia enggan. Kemudian dia pergi menemui Rasulallah (s.a.w) untuk mendapatkan pandangan serta panduan kalau-kalaulah mungkin bapanya tersilap dalam perkara atau isu cerai ini. Ketika diperjelaskan oleh Rasulallah (s.a.w), maka beliau akur.
Diriwayatkan hadith dari seorang sahabat Rasulallah (s.a.w) (yang juga ipar Nabi (s.a.w), seorang ulama’ yg hebat zamannya) ibnu Omar (r.a), yakni Abdullah bin Omar bin al-Khatab (r.a) berkata: ‘Adalah bagiku seorang perempuan yang dibawah perintahku (yakni, isterinya) ialah perempuan yang kasih aku akandia dan adalah bapaku, Omar bin al-Khatab (r.a), benci ia akan isteriku yang aku kasih akandia itu, maka disuruhnya oleh bapaku akandaku bahawa aku ceraikan dia. [Maka kata Abdullah]: ‘Maka enggan aku menceraikan isteriku itu (yakni tidak mahu menurut suruhan bapanya, hingga menjadikan hal yang demikian itu susah hatinya), maka pergi aku kepada Nabi (s.a.w) dan aku ceritakan kepada Nabi (s.a.w), kataku: ‘Ya Rasullah (s.a.w)! Adalah bapa hamba menyuruh hamba ceraikan isteri yang hamba kasih akandia.’ Maka Sabda Rasulallah (s.a.w): ‘Ya Abdullah bin Omar (r.a), ceraikan olehmu akan isterimu kerana taatkan bapamu.’ [Hadith hasan lagi sahih at-Termidzi]
[Nota: Hadith ini menyebutkan betapa mutlaknya perintah kedua ibubapa itu terhadap anaknya dalam Islam, selagi perintah kedua ibubapa itu tidak melanggar ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, yakni tidak bercorak kemaksiatan. Dalam post sebelum. kita telah sentuh sedikit peristiwa antara Nabi Ibrahim (a.s) dengan anaknya Nabi Ismail (a.s) melibatkan isterinya. Suatu masa setelah meninggakan anaknya Nabi Ismail (a.s) ketika kecil kerana mengembara berdakwah, anak yang ditinggalkan itu sudahpun besar panjang, kemudian Allah  (a.w) perintahkan supaya beliau 'mengorbankan' (yakni, menyembelih anaknya). Kerana akur dengan perintah Allah (a.w) Nabi Ibrahim (a.s) hendak melaksanakan perintah tersebut. Tetapi, Allah (a.w) gantikan anaknya dengan seekor kibas yang geuk dan besar. Itulah mulanya ibadah kurban dalam syariat Islam. Kemudian  Nabi Ibrahim (a.s) terpisah lagi sekian lama dengan anaknya, Nabi Ismail (a.s), kerana urusan agama Allah (a.w), sampailah anaknya berkahwin, i.e. berisiteri. Suatu masa beliau pergi ke rumah anaknya, Nabi Ismail (a.s), tiada di rumah, yang ada adalah isterinya. Beliau bertanya kepada isteri Nabi ismail (a.s) bagaimanakah keadaan kehidupannya dengan Ismail, tanpa memberitahu yang dia adalah Ibrahim (a.s), bapa mertuanya. Setelah diceritakan perihal kehidupan mereka berdua, maka Ibrahim (a.s) berpesan kepadanya bahawa apabila Ismail (a.s) balik nanti beritahu kepadanya supaya menukar pintu rumahnya. Maksud pesanan Ibrahim (a.s) itu difahami oleh Ismail (a.s), iaitu isterinya tidak sesuai baginya, maka wajib diceraikan olehnya. Suatu  ketika selepas itu pula, Ibrahim (a.s) pergi semula untuk menemui anaknya, Ismail (a.s). Serupa juga kali itu dia tak dapat menemui Ismail (a.s) dan hanya dapat menemui menantunya, isteri Ismail (a.s), yang baru pula. Beliau bertanyakan perihal kehidupan mereka, maka diberitahu oleh menantunya bahawa kehidupan mereka bagus belaka, tidak ada apa yang kurang, malah dia sangat berpuas hati dengan kehidupan mereka. Justeru itu, Nabi Ibrahim (a.s) berpesan kepad menantunya bahawa beritahu suaminya, Ismail (a.s), bila balik kelak supaya jangan menukar pintu rumahnya. Ketika disampaikan pesanan tersebut Nabi Ismail (a.s) faham maksud pesanan tersebut bahawa isterinya itu kekal menjadi isterinya kerana cocok sebagai seorang isteri yang solah dan menjaga meruah suaminya.]
Saudara,  jelaslah bahawa dalam Islam hak ibubapa terhadap anaknya amat luas dan besar sekali, sehinggakan kalau seorang ibu atau bapa tidak sukakan isteri anaknya, dan disuruh ceraikan isterinya itu, walaupun dia sangat cintakan isterinya, wajib bagi anak itu menceraikan isterinya. Itu kuasa mutlak ibubapa terhadap anaknya. Walaupun  perintah/suruhan ibubapa itu kelihatan amat zalim terhadap anak atau menantunya, namun kuasa mutlak tersebut tetap wajib dipatuhi oleh seorang anak!

Jazakallahu khairah


Friday, March 16, 2012

Anak dan Ibubapa (Samb.)

Assalamualaikum,
saudara, kita sambung lagi perbincangan kita mengenai tajuk atau topik di atas itu. Mudah-mudahan dengan ilmu yang penting ini kita, sebagai anak terselamat, dari mensia-siakan hidup kita di dunia, gagal mendapat syurga. Ibubapa itu adalah penyebab utama mengapa kita sebagai anak gagal mendapat syurga, bukan kerana mereka atau perbuatan mereka, tapi kerana kejahilan kita tentang tanggungjawab kita terhadap mereka dan kerana kebodohan kita sendiri yang lupakan perintah Allah (a.w) dan RasulNya.

(i)        Taatkan Ibu Bapa 
(Keridaan Ibu Bapa Tiket Mendapatkan Syurga).
Diriwayatkan daripada (seorang sahabat Nabi (s.a.w) (yang masyhor alimnya serta penulis wahyu Rasulallah (s.a.w) Abdullah bin ‘Amru bin ‘As (r.a) hadith daripada Nabi (s.a.w) sabdanya: ‘Bahawa keridaan Allah (a.w) itu pada [yakni terletak di atas] keridaan bapanya (dan ibunya). Maka apabila suka hati (yakni, rida) bapa (dan ibunya) itu dengan sebab (anaknya) menurut apa kemahuannya dan perintahnya, nescaya rida Tuhan (a.w), maka rida Allah (a.w) itu memasukkan [anak-anak] ke dalam Syurga. Dan murka Allah (a.w) itu atas kemarahan bapanya (dan ibunya).  Maka apabila marah bapa (dan ibu) itu terhadap anaknya (dengan sebab tidak menurut kehendaknya dan suruhannya yang diizin Allah (a.w), yakni yg tidak bertentangan dgn ketetapan al-Quran dan as-Sunnah) nescaya murka Allah Taala, maka (kerana itu) dimasukkan anak itu ke dalam Neraka. ‘Barangsiapa berpagi ia anak yang disukai oleh ibubapanya, nescaya berpagi ia dua pintu Syurga terbuka untuk dia masuk ke dalamnya, dan berpetang ia anak yang disukai oleh ibubapanya, nescaya ketika petang terbuka dua pintu Syurga untuk dia memasukinya; dan jika dia anak yang disukai oleh seorang daripada keduanya, nescaya terbuka satu pintu Syurga, walaupun ibubapanya itu ‘zalim’  sekalipun [diulangi oleh Rasulallah (s.a.w) tiga kali ungkapan ‘zalim’ itu] terhadap mereka,  ‘Dan, jika berpagi-pagi ia orang yang dimurkai oleh kedua ibubapanya, maka terbuka dua pintu Neraka untuk dia masuk, dan barangsiapa berpetang seumpama demikian itu, jadi terbuka dua pintu Neraka baginya, dan jika seorang [daripada keduanya] murka, terbuka satu pintu Neraka.  [Ini pasti berlaku] walaupun kedua-dua atau seorang daripada keduanya itu zalimpun terhadap anaknya (ungkapan ini diulang Rasulallah (s.a.w) tiga kali).’ [Hadith at-Termidzi]
[Nota: Hadith ini menyebutkan ketetapan Allah (a.w) bahawa keridaanNya terletak di atas keridaan kedua ibubapa terhadap anak mereka. Walaupun ibubapa kita berat sebelah terhadap kita dan berlaku zalim terhadap kita sebagai anaknya - seperti tidak mengagihkan harta pesaka yang sama ratapun, yakni mereka bertindak zalim terhadap kita, namun jika tindaktanduk mereka itu bukan bersifat kemaksiatan i.e. menentang ketetapan Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w), tetap mereka berhak. Bagi kita yg mengaji ilmu al-Quran dan as-Sunnah, kita  diberitahu cerita Nabi Ibrahim (a.s) yg menziarahi menantunya - isteri Nabi Ismail (a.s) - ketika ketiadaan Ismail (a.s) di rumah, menyuruh ceraikan isterinya kerana tidak cocok sebagai isteri yg sentiasa meninggikan kedudukan suaminya dalam apa keadaan sekalipun.]
Saudara, sehubungan itulah dalam sepotong hadith yg kita telahpun teliti dalam post yg lalu bahawa rugi-serugi-ruginya seorang anak yg dalam kehidupannya masih mempunyai kedua ibubapa, tidak dapat dikirimkan oleh mereka berdua kita, sebagai anaknya, ke syurga, kerana perbuatan kita melanggar ketetaan dan perintah Allah (a.w).
Oleh itu, bai saudara yg berkesempatan menyediakan diri untuk syurga, jagalah kedua ibbapa saudara sebaik mungkin sebelum mereka menghembuskan nafas terakhir mereka. Mudah-mudahan, mereka mendoakan agar kita sebagai anak berjaya mendapat kerahmatan Allah (a.w) dan dgn itu dihartarnya kita ke syuirga di akhirat kelak.

Jazakallahu khairah


Anak dan Ibubapa (Samb.)

Assalamualaikum,
saudara, kita teruskan lagi penelitian kita tentang tajuk atau topik di atas. Ramai orang Melayu yang kononnya Islam - malah ada ketika ketikanya dia berbangga sebagai seorang Islam, namun jahil tentang tuntutan agama mereka, terutama dalam kontek hubungan dengan kedua ibubapa mereka. Kini begitu banyak berita yang kita dengar  menyentuh layanan  anak-anak terhadap ibubapa mereka, kesemuanya menunjukkan mereka jahil tentantang ketetapan Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w). Mereka sengaja mlakukan sesuatu yang seolah-olah menempah kecelakaan dengan menjerumuskan mereka ke dalam neraka kerana melayani dengan buruk dan menzalimi kedua ibbapa mereka!
Mudah-mudahan, lebih ramai anak muda yang sempat membaca post dalamblog ini dan menjadi panduan mereka dalam perkara ini.

(h)       Buat Baik Kpd Ibu Bapa
(Keutamaan Amalan) 
Saudara,  Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) perintahkan bahawa adalah suatu tuntutan mutlak sebagai seorang anak bahawa si anak itu hendaklah sentiasa berbuat baik, menghormati, menyayangi, dan membantu kedua bapa mereka setiap masa, jangan bertindak secara kasar dan tidak span trhadap mereka, dan jangan meninggikan suara ketika berbicara dengan merka. Malangnya hari ini semakin ramai anak yang menjadi si Tanggang, apabila berkedudukan tinggi dan berjaya dalam dunia mereka, mereka mengabaikan kedua ibubapa mereka, malah tidak langsung merasa belas kasihan terhadap kedua mereka, tatkala mereka sudah tua, dhaif atau lemak serba serbinya, perlu bergantung untuk bantuan kpd orang lain, terutama anak-anak mereka.
Sauadara, hadith berikut jelas memerintahkan kita sebagai anak supaya sentiasalah berusaha sebaik mungkin berbakti terhadap kedua ibubapa kita, terutama ketika mereka sudah tua dan lemah dan memerlukan batuan. Di antara ibu dan bapa itu, ibu lebih utama. Kerana, antara lain, disebutkan dalam al-Quran - sebagaimana yang kta telahpun teliti dalam post sebelum ini bahawa begitu banyaknya jasa ibu bapa terhadap kita dalam menjaga, mendidik dan membeesarkan kita. Bapa ula menyediakan makan minum untuk mempastikan kita hidup seihat sehingga mencapai tahap dewasa dan terdidik dalam hidup kita sebelum kita 'dibebaskan' setelah baligh.
Diriwayatkan daripada seorang sahabat Nabi (s.a.w), namanya Abdullah bin Mas’ud (r.a), katanya: ‘Telah aku tanya akan Rasulallah (s.a.w), maka kataku: ‘Ya Rasulallah (s.a.w) apakah dari segala amal itu yang lebih utama?’ Sabdanya ialah: ‘Solat pada awal waktunya [yakni, apabila sudah masuk waktunya dan orangpun bang (azan), kamupun solat, maka dapatlah kamu amal yang lebih utama (afdhal) telah kamu buat]’. [Kemudian bertanya Ibn Mas’ud lagi]: ‘Apakah setengah daripada amal yang lebih utama lagi kemudian daripada solat awal waktu itu, ya Rasulallah (s.a.w)?’ Sabdanya: ‘Berbakti kepada kedua ibubapa.’ Berbakti kepada dua ibubapa itu lebih utama daripada solat-solat sunnat dan sedekah dan puasa (Ramadhan) dan haji dan umrah dan perang sabilillah.  ‘Kemudian bertanya lagi aku [sambung Ibn Mas’ud lagi] akan Rasulallah (s.a.w), ‘Apa amal yang lebih afdhal kemudian daripada berbuat bakti kepada kedua ibubapa itu, ya Rasulallah (s.a.w)?’ Katanya: ‘Perang sabilillah (yakni, berjihad di jalan Allah (a.w)’. Kemudian daripada habis tiga pertanyaanku kepada Rasulallah (s.a.w) itu, lalu diam Rasulallah (s.a.w) daripadaku. Tiada lagi apa-apa cakapnya.’  [Hadith hasssan dan sahih at-Termidzi]
[Nota: Hadith ini menyebutkan bahawa amalan yg utama kpd orang iman adalah pertama, solat pada awal waktunya – ketika sudah diazankan solat, maka segeralah solat; kedua, berbakti kpd kedua ibu bapa; dan ketiga, berjihad pada jalan Allah (a.w). Jelaslah, berbakti kpd kedua ibubapa itu lebih utama daripada berjihad. Dalam suatu hadith di sebutkan seorang sahabat yg menemui Rasulallah (s.a.w) untuk sama-sama berjihad, tetapi dia melapurkan bahawa dia ada ibubapa yg sudah tua memerlukan bantuannya, maka Rasulallah (s.a.w) mengecualikannya dari berjihad dan menyuruh dia tinggal bersama mereka dan menjaga mereka.]
Saudara, hadith ini menyebutkan tiga perkara yang amat utama kita jadikan panduan sebagai orang Islam. Namun, hari ini, begitu ramai orang Islam, terutama generasi muda yang mengabaikan solat, melambat-lambatkan solat, mengutama dunianya dan menomborduakan tuntutan akhirat mereka. Begitu ramai pula anak-anak yang langsung tidak ambil hirau terhadap kedua ibubapa mereka. Yang kaya tidakpun sanggup menginfaqkan sebahagian harta mereka demi ebajikan kedua bubapa mereka. Dalam masyarakat Melayu ada peribahasa bahawa seorang ibu itu rela bersusah payak membela 10 orang anaknya, tetapi 10 orang anak tak sanggup membela atau menjaga seorang ibu yang sudah tuan, tambahan pula setelah dhaif. Ibubapa itu lebih utama dari berperang demi membela agama Islam, walaupun sehingga menyebabkan kita, sebagai anak, habis harta dan hilang nyawa dalam memperjuangkan Islam. Namun, semakin hampir kiamat, semakin buruk perilaku dan sikap anak terhadap ibubapa mereka. Salah satu sebab utama si anak itu terjerumus ke dalam neraka secara pasti adalah kerana tidak mendapat keridaan kedua ibubapa, dan kalaupun dapat keridaan mereka, kerana kasihnya mereka terhadap anak-anak mereka yang menzalimi merekapun, Allah (a.w) tetap murka kerana Allah (a.w) perintahkan manusia supaya berbuat baik kepada kedua ibubapa merka!
Oleh itu, bagi kita yag masih diberi kesempatan oleh Allah (a.w) dengan hidupnya kedua ibubapa kita, wajarlah kita memanfaatkan sepenuhnya kewujudan mereka untuk menempah syuga bagi kita di akhirat kelak dengan menepati perintah dan suruhan Allah (a.w) dan RasulNya.

Jazakallahu khairah

Thursday, March 15, 2012

Anak dan Ibubapa (Samb.)

Assalamualaikum,
Saudara, kita telahpun lihat dua hadith yang menyebutkan tentang kebaiakan yang didapati oleh kedua ibubapa apabila anak mereka merupakan orang yang 'soleh',  kerana anak mereka yang soleh itu membolehkan mereka mendapat tingkat syurga yang lebih tinggi dari apa yang boleh mereka capai tanpa doa dan kebaikan anak-anak mereka dan kedua bapa mendapat ganjaran pahala melalui kiriman pahala oleh anak mereka yang 'soleh' yang masih hidup mendoakan kesejahteraan bagi mereka.
[Nota: dalam menghuraikan maksud 'anak soleh' ini ukurannya adalah sejauh manakah anak-anak itu mengamalkan Islam sejajar dengan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah. Dia di dalam Islam tidak terlibat dengan  fahaman atau sesuatu yang bersifat syirik, kurafat, tahyul, bid'ah dan taklid, kerana sesiapa yang terlibat dalam dimensi-dimensi tersebut, tidak dikira menganuti Islam menepati preskripsi Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w), maka segala amalannya belum sah, malah batil dan batal. Justeru itu, jika begitu tiada manfaatnya kepada kedua ibubapanya.]

Ketetapan as-Sunnah – Hubungan Anak dgn Ibubapa
(c)        Berselawat Atas Nabi ((s.a.w)
(d)        Puasa Ramadhan
(e)        Berbakti Kpd Kedua Ibubapa 

Saudara, dalam hadith berikut Rasulallah (s.a.w) menyebut 3 perkara. Ketiga-tiga tersebut panduan yang amat penting kita jadikan panduan serta amalan lazim kita, walaupun dalam konteks hubungan antara anak dan kedua ibubapa, dimensi/panduan atau ketetapan ketiga adalah relevan. Namun, ketetapan pertama dan kedua juga amat penting dalam konteks ganjaran akhirat, yang sering diremehkan oleh ramai orang yang akui diri mereka Islam.
Diriwayatkan hadith dari Anas b Malik (r.a) bahawa suatu ketika Rasulallah ((s.a.w) naik ke atas mimbar (kerana berkhutbah) dan (ketika sedang berkhutbah itu) bersabda: ‘Amin! Amin! Amin! Maka bertanya seorang sahabat: ‘Wahai Muhammad! Mengapa engkau mengucapkan ‘Amin. Amin, Amin’. Beliau menjawab: ‘Telah datang kpdku Jibril (a.s) dan berkata: ‘Wahai Muhammad! Hinalah seorang yg mendengar namamu disebut lalu tidak berselawat dia untukmu, ucapkanlah ‘Amin’. Maka berkata aku: ‘Amin’. Kemudian berkata lagi (Jibril (a.s) kpdku): ‘Hina dinalah seorang yg mengalami kedatangan bulan Ramadhan, namun bila bulan itu berakhir, dia tidak memperolehi keampunan Allah (a.w) dari dosa-dosanya. Ucapkanlah: ‘Amin’. Lalu aku (Nabi) ucapkan: ‘Amin’. Kemudian berkata lagi (Jibril (a.s) kpdku): ‘Hina dinalah orang yg selama hidupnya menghadiri kehadiran ibubapanya atau salah seorang dari kedua ibubapanya, namun mereka (yakni, ibubapanya) tidak sempat memasukkannya ke dalam syurga (kerana anak-anaknya tidak dapat keridhaan kedua ibubapanya).’ Katakanlah: ‘Amin’. Lalu aku (Nabi) ucapkan: ‘Amin’. [Hadith Imam Ahmad]
[Nota: Hadith ini menceritakan bahawa suatu masa Rasulallah ((s.a.w) berkhutbah di atas mimbar/ Sedang dia berkhutbah dia menyebut kalimah ‘Amin’ pada tiga ketika. Maka sahabat yg mendengarnya hairan, maka bertanyalah kpd beliau mengapa beliau menyebut kalimah ‘Amin’ tersebut. Rasulallah (s.a.w) menyebutkan tiga peluang keemasan bagi umat Islam dalam hidupnya, yg diabaikan oleh mereka; iaitu: pertama, tidak berselawat atas Nabi (s.a.w) apakala nama Nabi/Rasulallah (s.a.w) disebut (Kalimah yg terpendek menghormati Rasulallah (s.a.w) ketika namanya disebut adalah 'Sallallahu 'alaihi wa-sallam') ; kedua, selesai Ramadhan, tak berjaya dosa-dosanya terdahulu dihakis Allah (a.w); dan ketiga, ibubapanya tidak dapat menghantarkannya ke syurga (kerana si anak tidak mendapat keridhaan kedua ibubapanya kerana keridaan ibubapa itu asas keridhaan Allah (a.w)).]  

(f)       Berbakti kpd Ibu Bapa, Kaum Kerabat 

Diriwayatkan daripada Maawiyah bin Hidat al-Kasyiri (r.a) katanya: ‘Telah aku tanya Rasulallah (s.a.w) akan siapa aku berbuat bakti dan ikhsan [belas kasihan] kepadanya di dalam masa hayatku, kataku kepadanya, ‘Ya Rasulallah (s.a.w)! Siapakah hamba berbuat bakti kepadanya?’ Jawabnya, ‘Berbuat bakti kamu kepada ibumu.’ Telah ku tanya lagi (yakni, kali ke-2) kpd Rasulallah (s.a.w) kataku: ‘Kemudian siapa pula hamba berbuat bakti kepadanya?’ Sabdanya: ’Ibumu.’ Aku tanya juga Rasulallah (s.a.w) [sekali lagi, kali ke-3] kataku, ‘Kemudian siapa pula ya Rasulallah (s.a.w) hamba berbuat bakti?’ Sabdanya: ‘Ibumu’. Aku tanya juga lagi akan Rasulallah (s.a.w) (kali ke-4), kataku: ‘Kemudian siapa hamba berbuat bakti ya Rasulallah (s.a.w) kepadanya?’ Jawabnya: ‘Kemudian bapamu, kemudian [saudara] yang lebih hampir, maka (kemudian) yang lebih hampir.’  [Hadith hassan sahih at-Termidzi]
[Nota: Hadith menunjukkan bahawa dalam perkara berbuat baik atau berbakti kpd kedua ibubapa itu, ibu didahulukabn dari bapa, maka dgn itu 3 kali lebih utama ibu berbanding bapa. Dan, selepas itu, berbuat baik kpd kaum kerabat atau saudara mara (kedua-dua belah – ibu dan bapa) hendaklah berbuat baik (sama rata).] 

Jazakallahu khairah

Anak dan Ibubapa (Samb.)

Assalamualaikum,

Saudara, dalam membincangkan topik ini dalam beberapa post yang lalu, kita telah teliti 9 ayat-ayat al-Quran, i.e. firman Allah (a.w), tentang hubungan anak dengan ibubapa mereka, yang diperintahkan oleh Allah (a.w). Mengambil maklum beberapa ketetapan Allah (a.w) tersebut, pastilah kita sebagai anak faham apakah tanggungjawab kita terhadap kedua ibubapa kita dan apakah akibat tidak menepati kettapan Allah (a.w) tersebut. Insya Allah dalam post yang akan muncul kita akan teliti pula apakah ketetapan Rasulallah (s.a.w) dalam as-Sunnah mengenai perkara hubungan antara anak dan kedua-dua ibubapanya. Ingatlah, Allah (a.w) beritahu dalam al-Quran bahawa sesiapa yang taatkan suruhan dan panduan Rasulallah (s.a.w) sudah pastilah kita dikira oleh Allah (a.w) dia telah mentaati perintah dan suruhan Allah (a.w) - Ayat 80, Surah an-Nisa'.


Anak Yg Soleh Mengangkat Mertabat Syurga Ibubapanya.
(a)        Mendoakan Ibu Bapa

Diriwayatkan hadith daripada abi Hurairah (r.a) berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Sesungguhnya nescaya mengangkat Allah (a.w) darjat kalangan hambanya yang soleh di dalam syurga’, maka berkata hamba tersebut ‘Ya Allah! Apa dia ini?’ Maka berfirman Allah (a.w) ‘(Dapat kamu masuk ke syurga ini) Dengan meminta ampun bagi kamu (dari dosa-dosa kamu oleh) anak-anak kamu bagi kamu.’ [Hadith Imam Ahmad bin Hanbal]
[Nota: Hadith ini menceritakan perihal kedua ibubapa anak-anak yg soleh lebih soleh drp keduanya mengangkat darjat syurga kedua ibubapanya supaya setaraf dgn syurga yg dioperolehi oleh anak. Di akhirat kelak anak akan meminta kpd Allah (a.w). Dgn syarat kedua ibubapanya adalah penghuni syurga.]

Doa Anak-anak Yg Soleh Ganjaran Pahala Kpd Kedua Ibubapanya
(b) Dividen Akhirat Orang Iman

Sabda Rasulallah ((s.a.w): ‘Ketika mati seorang anak Adam (yakni, yg Islam berpandukan al-Quran dan as-Sunnah) maka putuslah semua amalannya (yakni, pahala baginya) kecuali tiga perkara (yakni, yg tak putus, kerana akan terus mengalirkan pahala sampai kiamat dunia); (pertama) sedekah jariah (termasuklah zakat dan infaq fi sabilillah) dalam membela agama Islam dan umat Islam yg perlku bantuan; (kedua) ilmu yg bermanfaat (ilmu al-Quran dan as-Sunnah, yg diajarkannya kpd orang lain) yg diajarkan olehnya semasa hidupnya dan diamalkan oleh orang yg diajarkannya; dan (ketiga) anak yg soleh (yang anuti Islam dan amalkan syariat Islam berdasarkan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah) yg selalu mendoakan kepadanya (yakni,kedua ibubapa, kesejahteraan bagi akhirat mereka).’ [Hadith Abu Daud, Kitab Wasiat]
[Nota: Syurga itu dianugerhakan kpd orang Islam yg beriman yg mengerjakan amalan dan ibadah yg ditetapkan – yg fardu dan lebih-lebih lagi yg sunat – berdasarkan panduan atau ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, yakni segala sesuatu dalam Islam yg dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w). Amalan dan ibadah yg berlainan dan bercanggah dgn al-Quran dan as-Sunnah itu tidak diterima Allah (a.w).]
Saudara, nota di atas wajib sentiasa kita fahami dan perhatikan serta menjadi panduan kita setiap masa. Apa dia? Iaitu sesuatu amalan yang berbeza daripada ketetapan al-Quran dan as-Sunnah atau berlainan daripada apa yang dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w) bentuk, cara dan kaedah mengamalkan atau mengibadahkannya adalah batal, yakni tak diterima oleh Allah (a.w). Di dalam sepotong hadith disebutkan bahawa neraka wel itu adalah bagi orang Islam yang beramal atau mengerjakan pelbagai amalan tetapi tidak ada panduan ilmu mengenai amalan atau ibadah yng dikerjakannya. Begitu jugalah, neraka wel itu bagi orang yang berilmu yakni tahu sesuatu amalan dan faham dia ilmunya, tetapi tidak mahu dia mengamalkannya atau mengibadahkannya. Ketetapan as-Sunnah ini sebenarnya sejajar dengan firman Allah (a.w) pada Ayat 36, Surah al-Isra': '... wa-la taqfu ma laisa bihi ilmun ...' 'Yg bermaksud: Janganlah kamu kerjakan (i.e. amalkan dan ibadahkan) sesuatu yg kamu tiada ilmu mengenainya (amalan dan ibadah) (yg kamu amalkan atau ibadahkan)). Hakikatnya, dalam Islam jangan beramal atau beribadah dalam kejahilan. Maka dgn itu wajib orang Islam itu mengaji dan belajar.


Jazakallahu khairah

Wednesday, March 14, 2012

Anak dan Ibubapa (Samb.)

Assalamualaikum,
Saudara, Allah (a.w) dan juga Rasulallah (s.a.w) perintahkan kita supaya taatkan kedua ibubapa, hormati mereka dan tinggikan kedudukan mereka dan rendahkan diri kita sebagai anak, dan bersyukur kepada segala sesuatu kerana tanpa mereka bersusah payah membesarkan kita takkan kita berada di saat ini hidup di dunia. Maka dengan itulah Allah (a.w) membuat ketetapan bahawa anak itu wajib mensyukuri kedua ibubapa mereka.

Buat Baik & Syukuri Kedua-duanya
(e)        Ayat 14, Surah Luqman 
Firman Allah (a.w): ‘Wa wasainal insana biwalidaihi hamalathu … (hingga) … waliwalidaika ilaiyal masir.’ [Maksud: ‘Dan telah kami wasiatkan (yakni, wajibkan) atas manusia (supaya berbuat baik) kepada kedua ibubapanya, (telah) mengandung akandia oleh ibunya (dalam keadaan) dhaif, lemah dan kesusahan demi kesusahan dan menyusukannya selama dua tahun (dan Aku (Allah (a.w) perintahkan kamu): ‘Bersyukurlah kepadaKu dan (bersyukurlah kamu) kepada kedua ibubapa kamu; dan kepadaKu kamu semua akan kembali (di akhirat kelak).] [Ayat 14, Surah Luqman]
[Nota: Di dalam sepotong hadith lain Rasulallah (s.a.w) memberitahu sesiapa yg tidak mensyukuri manusia, maka dia tidak syukur kpd Allah (a.w). Logik perintah ini: Kalau orang berbuat baik kpd kita, dapat lihat dan kita nikmati dgn jelas kebaikan manusia terhadap kita, itupun kita tak syukuri, bagaimana pula yg nikmat yg kita tidak   dapat lihat, walaupun  sememangnya nikmat Allah (a.w) begitu banyak tidak terkira – hanya kita ‘take for granted’, tambahan pula kita tidak lihat dan sedar pula yang kita terima/dapat begitu banyak serta berbagai nikmat setiap saat dan ketika – sukar bagi manusia itu syukuri. Kecualilah manusia itu sentiasa renungi dan fikirkan dan bertafakkur setiap masa betapa bertuahnya kita. Nikmat dan hidayah yang tidak ternilai adalah nikmat dan hidayah Islam. Kerana tanpa Islam kita pasti masuk neraka. Dan, tanpa hidayah kita akan mengutamakan perkara-perkara batil dalam hidup seperti meninggikan fahaman mazhab dan tidak mengutamakan malah menomborduakan al-Quran dan as-Sunnah.] 

Taatkan Kedua Ibubapa Melainkan Disuruh Kemaksiatan
(f)         Ayat 15, Surah Luqman 
Firman Allah (a.w): ‘Wa in jahadaka ‘ala an tusyrika … (hingga) … bima kuntum ta’maluna) [Yg bermaksud: Dan jika menyuruh (yakni, perintahkan) keduanya akan dikau supaya syirik (yakni, tidak meng-esakan Aku (Allah (a.w)) barang yang engkau tidak ketahui (tanpa ilmu), maka jangan engkau ikuti (dan jangan) taati keduanya, dan bergaulah kpd keduanya dgn berbuat baik di dunia dan ikutilah jalan (yakni, agama) orang yg kembali kpdKu (yakni, Islam dan iman); kemudian kepada Aku kembali kamu di Akhirat, maka Aku ceritakan kelak dgn apa-apa yg kamu kerjakan (semasa di dunia).] [Ayat 15, Surah Luqman]
[Nota: Ibubapa itu wajib ditaati selagi keduanya tidak menyuruh syirik yakni keluar dari Islam atau menentang Islam atau ketetapan al-Quran dan as-Sunnah). Kalau keduanya bukan Islam dan sianak itu Islam, wajib sianak berbuat baik kpd kedua-duanya sepanjang hayat kedua-duanya. Ikutilah agama orang yg sah agamanya. Kelak di akhirat akan ditanya apa yg telah dikerjakan dlam perkara berbuat baik kpd kedua ibu bapa dan dalam perkara mengikuti jalan orang yg taatkan syariat Islam.] 

Kewajipan Menghormati Kedua Ibubapa
(g)        Ayat 15, Surah al-Ahqaf 
Firman Allah (a.w): ‘Wa-wasoinal insani biwalidaihi ihsana … (hingga akhir ayat) … wa inni minal muslimina.) [Yg bermaksud: Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada kedua ibubapanya, mengandungkannya ibunya dengan susah payah semakin susah payah, dan melahirkannya (dengan susah payah pula) dan menyusukannya adalah tiga puluh bulan (i.e. tempoh susuan 2 tahun setengah), sehingga apakala telah dewasa dan umurnya sampai 40 tahun dia (i.e. si anak) berdoa: ‘Rabbi auzi’ni an asykura ni’matakal-lati an’amta ‘alaiya wa-‘ala wa-lidaiya wa-an ‘amala solihan tardhahu wa-aslih li fi zurriati, inni tubtu ilaika wa-inni minal muslimina’ (Yg bermaksud: Ya Allah (a.w) ya Tuhanku! Tunjukkanlah (serta ingatkanlah) aku untuk mensyukuri nikmatMu yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada kedua ibu bapaku dan supaya dapat aku berbuat amal yang soleh yang Engkau ridai, berikanlah kebaikan kepadaku, dengan memberikan kebaikan kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadaMu dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang Islam (yakni, berserah atau pasrah diri kepadaMu)] [Ayat 15, Surah al-Ahqaf]
[Nota: Allah (a.w) perintah berbuat baik kpd kedua ibu bapa dan mendoakan supaya ibubapanya diberi petunjuk untuk mensyukuri nikmat, dan mendoakan agar dia serta zuriatnya juga orang yg sedemikian.] 

Buat Baik, Taat Kecuali Kemaksiatan
 (h)        Ayat 8, Surah al-Ankabut 
Firman Allah (a.w): ‘Wa-wassainal insani biwalidaihi husnan; wain jahadaka litusrika bi ma laisa laka bihi ‘ilmun falatu’ti’huma ...’ [Yg bermaksud: Dan Aku (Allah (a.w) wasiatkan (i.e. wajibkan) kepada manusia supaya berbuat baik kepada kedua ibubapanya, dan jika keduanya memaksa kamu mempersekutukan (yakni, syirik) kpd Aku (Allah (a.w)) dengan sesuatu yang kamu tidak memiliki ilmu mengenai perkara itu, janganlah kamu patuhi keduanya ...] [Ayat 8, Surah al-Ankabut] 
[Nota: Allah (a.w) perintahkan kita supaya mentaati segala perintah dan suruhan kedua ibubapa selagi perintah dan suruhan mereka itu tidak 'maksiat', yakni menyalahi ketetapan al-Quran dan as-Sunnah.]
 
Anak-anak Berbuat Baik Amalannya di Terima, Dosanya diampuni
(i)         Ayat 16, Surah al-Ahqaf 
Firman Allah (a.w): ‘Ula ikal-lazi … (hingga) …kanu yu’aduna.’[Yg bermaksud: Mereka itulah (i.e. anak-anak yang menepati ketetapan dalam Ayat 15, Surah al-Ahkaf, sebelum ini adalah) orang-orang yang Kami terima dari mereka amal yang baik yang telah mereka kerjakan dan Kami (Allah (a.w)) ampuni kesalahan mereka (dan mereka berada) bersama-sama penghuni-penghuni syurga sebagai janji yang benar yang telah dijanjikan kepada mereka (oleh Allah (a.w)).][Ayat 16, Surah al-Ahqaf]
[Nota: Sambungan kpd Perintah Allah (a.w) pada Ayat 15 Sebelum ini iaitu di (g) di atas, iaitu:
Firman Allah (a.w): ‘Wa-wasoinal insani biwalidaihi ihsana … (hingga akhir ayat) … wa inni minal muslimina.) [Yg bermaksud: Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada kedua ibubapanya, mengandungkannya ibunya dengan susah payah semakin susah payah, dan melahirkannya (dengan susah payah pula) dan menyusukannya adalah tiga puluh bulan (i.e. tempoh susuan 2 tahun setengah), sehingga apakala telah dewasa dan umurnya sampai 40 tahun dia (i.e. si anak) berdoa: ‘Rabbi auzi’ni an asykura ni’matakal-lati an’amta ‘alaiya wa-‘ala wa-lidaiya wa-an ‘amala solihan tardhahu wa-aslih li fi zurriati, inni tubtu ilaika wa-inni minal muslimina’ (Yg bermaksud: Ya Allah (a.w) ya Tuhanku! Tunjukkanlah (serta ingatkanlah) aku untuk mensyukuri nikmatMu yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada kedua ibu bapaku dan supaya dapat aku berbuat amal yang soleh yang Engkau ridai, berikanlah kebaikan kepadaku, dengan memberikan kebaikan kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadaMu dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang Islam (yakni, berserah atau pasrah diri kepadaMu)] [Ayat 15, Surah al-Ahqaf],
dan ayat-ayat lain tentang hubungan anak dgn kedua ibubapa mereka. Jika tidak berbuat baik kpd kedua ibu bapa segala amalan dan ibadah sianak tidak diterima Allah (a.w) dan dosa-dosanya tidak diampunkan Allah (a.w) dan jika menepati perintah Allah (a.w) mendapat syurga yg dijanjikan Allah (a.w). Peringatan! Syurga itu diberikan hanya kpd orang yg Islam dan iman yg mengerjakan segala perintah dan ketetapan Allah (a.w) dalam al-Quran dan ketetapan Rasulallah (s.a.w) dalam as-Sunnah – Ayat 13, Surah an-Nisa’].

Jazakallahu khairah