Tuesday, May 31, 2011

Kewajipan Berjema'ah Dalam Islam: Ketetapan as-Sunnah (Samb.)

Assalamualaikum,
Saudara, kita telah jelaskan dalam beberapa post, termasuk post sebelum ini bahawa syariat Islam yg benar mengikut al-Quran dan as-Sunnah itu, adalah dgn berjema'ah atau secara berjema'ah. [Nota: Kita akan teliti kemudian nanti jema'ah yg macam manakah yg dimaksudkan oleh Allah (a.w) dan RasulNya.]
Kalau umat islam telah diperintahkan atau diwajibkan berjema'ah, kalau tak berjema'ah bagaimana? Apa akan jadi? Kita lihat sepotong hadith berikut: 
Diriwayatkan hadith daripada Abdullah b Dinar hadith dari ibnu Omar (r.a) berkata: ‘Berkhutbah Omar di tanah Jahbiyah, maka berkata dia: ‘Wahai sekelian manusia! Sesungguhnya aku sungguh-sungguh berdiri di kalangan kamu sebagaimana berdirinya Rasulallah (s.a.w) di kalangan kami (suatu masa) (di sini), maka bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Usikum biashabi thummal-lazina yalunahum thummal-lazi yalunahum thumma yafsyul-kazibu hatta yahlifar-rajulu wala yustahlafa wa-yasyhada as-syahidu wala yustasyhada ala la yakhluanna rajulun biamraratin illa kana thalithahuma as-syaitanu ‘alaikum bil-jama-ati wa-iyakum wal-firqata fains-syaitana ma’a wahidi wahua minal ithnaini ad’adu man arada buhbuhatal-jannati fal yalzamil- janma’ata man sarrathu hasanatuhu wa-saat-hu saiyiatuhu fazalikal-mukminu) [Maksud (sabda): Aku wasiatkan kepada kamu sekelian dengan (kehadiran) beberapa sahabatku (khalifah yang empat) kemudian orang-orang yang mendekati (yakni, yang mengikuti) mereka (yakni, para tabi’in) kemudian orang-orang yang mendekati (yakni, mengikuti) mereka (yakni, yang mengikuti at-tabi’in, iaitu para tabi’ahum), kemudian tersiarlah dusta atau pendustaan sehingga bersumpah seorang lelaki dan tidak diminta dia bersumpah, dan meminta menjadi saksi lelaki dan tidak (pula dia) diminta (atau disuruh) menjadi saksi; ingatlah tidak menyendiri (atau menyepi, yakni berkhalwat) seorang lelaki dengan seorang perempuan kecuali ada yang ketiga kepada mereka berdua itu syaitan; wajib atas kamu dengan berjemaah dan takutilah (yakni, jauhilah) kamu sekelian berfirqah (yakni, berpecah belah menubuhkan perkumpulan), maka sesungguhnya syaitan itu berserta dengan orang yang berseorangan dan dia (syaitan) itu orang kedua (padanya), lebih jauh, barangsiapa inginkan (berada) di tengah-tengah syurga maka hendaklah dia menetapi (ikuti) jamaah; barangsiapa menyenangkan (atau menggembirakan) seseorang  Islam dan iman yang lain (maka) kebaikan baginya (di akhirat kelak); (barangsiapa) medatangkan keburukan (atau mempersulitkan) atas orang Islam dan iman yang lain, maka keburukan baginya (di akhirat kelak); demikian itu sifat-sifat orang yang beriman (yakni, ada yang buruk dan ada yang baik perangai).] [Hadith at-Termidzi, Kitab Fitan (fitnah)]
Saudara, ada banyak nasihat Rasulallah (s.a.w) dalam hadith ini. Tapi, bagi tujuan penjelasan kita tentang konsep dan hakikat berjema'ah dalam Islam itu, kita hanya lihat farsa atau ungkapan yg penulis boldkan; iaitu sesiapa yg inginkan kepastian berada di tengah-tengah syurga, yakni pasti tidak tergelinciri terjerumus ke dalam neraka, maka wajib bai mereka anuti Islam secara berjema'ah dan sentiasalah berada dalam jema'ah. Rasulallah (s.a.w) memberitahu ahawa sesiapa yg keluar dari jema'ah maka jika ditakdirkan sampai ajal mautnya, maka mereka mati dalam keadaan jahiliah! Saudara, masyarakat jahiliah kekal alam neraka,. Tak mungkin dapat syurga! Supaya kita pasti mendapat syurga, maka wajiblah kita anuti Islam dgn berjema'ah. 
Saudara, apa kata Omar ibni Khattab (r.a), khalifah kedua Islam selepas wafatnya Rasulallah (s.a.w). Kita lihat hadith berikut:
Diriwayatkan hadith daripada Abdul Rahman b Maisarah hadith dari Tamim ad-Dariyi berkata: ‘Berlumba-lumba (atau bersaingan) manusia (yakni, para sahabat Muslimin) di dalam membina binaan atau bangunan (yang tinggi dan tersergam) dalam zaman Omar (r.a), maka berkata Omar (r.a): ‘Wahai masyarakat Arab! Dunia! Dunia! (maksudnya, janganlah dilekakan oleh kehidupan dunia) Sesungguhnya tidak atau bukan (dikatakan) Islam kecuali dengan berjemaah dan tidak (dikatakan) berjemaah kecuali dengan berimam (yakni, dangkat menjadi Imam seorang dari kalangan mereka jemaah Islam) dan tidak (dikatakan) berimam kecuali dengan ketaatan (rokyah atau rakyat kepada imam); maka barangsiapa memilih imam dari kalangan kaumnya yang faqih (yakni, kefahaman tentang Islam sedemikian) ada kehidupan (yakni, tenteram, selamat dan bahagia) bagi imam mereka dan ada kehidupan bagi mereka (kaumnya).  Barangsiapa memilih imam mereka kerana pertimbangan selainnya kefaqihan (tentang Islam secara berjemaah) ada baginya (imamnya) kerosakan dan kerosakan bagi kaumnya.] [Hadith ad-Daramiyi]
Rasulallah (s.a.w) memberitahu kita umatnya bahawa Omar (r.a) bercakap dgn benar. Dan, Allah (a.w) meletakkan kebenaran pada lisan atau kata-kata Omar (r.a). malah dalam sepotong hadith Rasulallah (s.a.w) memberi kita tahu dua perkara: pertama, kata-kata Omar (r.a) adalah benar. Malah kerana kata-kata Omarlah yg Allah (s.a.w) menurnkan beberapa ketetapan atau perintah. Kedua, Rasulallah (s.a.w) memberitahu, kalaulah selepas beliau wafat, Allah (a.w) ingin mengutus seorang utusan atau melantik seorang nabi, maka orang itu adalah Omar b Khattab (r.a). [Nota: kalaulah orang yg mengakui dirinya Islam mengaji as-Sunnah, pastilah dia tidak angkat dirinya sebagai 'rasul' atau 'nabi'.]
Hadith memberitahu empat ciri jema'ah Islam yg dimaksudkan oleh al-Quran dan as-Sunnah iaitu: Pertama, kita yg Islam hari ini, belum dikira Islam selagi tidak berjema'ah' . Maksudnya, kalau tak berjema'ah beum sah Islamnya kita]. Kedua, sesuatu perkumpulan umat Islam atau jema'ah itu belum diiktiraf berjema'ah kalau tiada seorang yg memimpin jema'ah umat Islam tersebut. Pemimpin islam itu adalah Rasulallah (s.a.w) zaman hidup beliau. Apakala beliau wafat, umat Islam dpimpin oleh seorang 'khalifah'. Dan, zaman selepasnya kepimpinan Islam itu digelar 'al-Mslik atau Raja) atau Imam atau Amir (spt Amirul Mukminin (maksud: Pemimpin orang Iman). Ketiga, Rasulallah (s.a.w) menyebut pula, tiadalah institusi keImaman itu wujud jika rukyah atau jema'ah umat Islam itu tidak taatkan Imam atau Amir mereka. Keempat, di dalam hadith lain diwebutkan tiada ketaatan selagi tidak ada 'bai'at' atau ikrar taat setia terhadap Imam atau Amir. Kemudian, Rasulallah (s.a.w) memberitahu jema'ah umat Islam akan tenteram, aman, bahagia dan brjaya jika yg memimpin dan yg dipimpin itu faham tentang Islam berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah. Jika tidak akan purak puranda dan huruhara serta tidak sejahteralah jema'ah Islam dalam hidup mereka semasa di dunia.

Jazakallahu khairah

Kewajipan Berjema'ah Dalam Islam: Ketetapan as-Sunnah (Samb.)

Assalamualaikum,
Saudara, kita telahpun lihat dalam beberapa post menyentuh tajuk di atas sebelum ini bahawa umat Islam yg benar itu adalah menetapi perintah Allah (a.w) dalam Ayat 103, Surah ali-Imran. Ayat tersebut mengandungi dua ketetapan utama; iaitu: Pertama, peganglah ugama Islam itu dan amalkannya dgn berjema'ah'; dan kedua, janganlah mewujudkan perkumpulan terasing dalam Islam atau firqah. Sayang sekali kalimah 'jami'an' dalam ayat tersebut telah diterjemahkan dan ditakwilkan oleh golongan majoriti para ulama' dan ilmuwan Islam di dunia, termasuklah di Malaysia sebagai 'kesemuanya' atau 'keseluruhannya'. Maksud mereka masuklah Islam dgn menerima kesemua ketetapan dan syariat Islam itu sepenuhnya. Jangan ambil sedikit atau separuh dan tinggalkan sedikit atau separuh yg lain. Ambil Islam secara sempurna, yakni semua sekali. Tafsiran sedemikian itu adalah tersasar atau tersilap. Kerana, Allah (a.w) sudahpun perintahkan manusia umumnya dan umat Islam khususnya supaya 'udkhulus-silmi kaffah' (Ayat 208, Surah al-Baqarah). maka dgn itu tiada keperluan untuk menggunakan kalimah lain menyuruh manusia/umat Islam anuti Islam sepenuhnya. Maksud kalimah 'jamian' dalam Ayat 103, Surah ali-Imran itu adalah khusus merujuk kpd kewajipan berjema'ah dalam Islam.
Saudara, bagi merka yg belajar ilmu al-Quran dan as-Sunnah - dgn berpandukan Kuttubul  Sittah - mereka akan temui banyak hadith menyebut tentang kewajipan berjema'ah ini. dalam sepotong hadith Rasulallah (s.a.w) dgn terang-terang menyebut frasa yg sama spt Ayat 103, Surah ali-Imran itu (iaitu: 'waktasimu bi-hablillahi jami'an wa-la tafarraqu' (yg bermaksud: Berpeganglah kpd tali (ugama) Allah (a.w) secara berjema'ah, dan janganlah kamu berfirqah atau berpecah belah dgn menubuhkan pelbagai perkelompokkan dalam Islam'. Rasulallah (s.a.w) mengulangi frasa atau kalimah-kalimah dalam hadith berikut: 
Diriwayatkan hadith daripada Suhailin hadith dari bapanya hadith dari Abi Hurairah (r.a) berkata: ‘Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Innallaha yarda lakum thalatha wa-yakrahu lakum thalathan fayarda lakum an ta’buduhu wala tusyriku bihi syaian wa-an ta’tasimu bihablillahi jami’an wala tafarraqu wa-yakrahu lakum qila wa-qala wa-kathiratas-suali wa-ida’atal-mali) [Maksud: Sesungguhnya Allah (a.w) rida bagi kamu sekelian tiga perkara dan benci Allah (a.w) atas kamu tiga perkara; maka rida Allah (a.w) bagi kamu bahawa (pertama) kamu sembah hanya Dia (Allah) (sebagai Tuhan) dan tidak syirik (menyekutukan) kepadaNya dengan sesuatupun, dan (kedua) bahawasanya kamu berpegang teguh dengan tali Allah (a.w) (yakni, ugama Islam) dengan berjemaah dan (ketiga) jangan kamu berfirqah-firqah (berkumpulan dan berpecah belah); dan benci Allah (a.w) atas kamu tiga perkara, (pertama) kata-kata itu dan kata-kata ini (yakni, ikuti cakap-cakap orang begitu dan begini tanpa sandaran nas dan dalil dari al-Quran dan as-Sunnah), dan (kedua) memperbanyakkan soal (pertanyaan dalam ugama kerana dipengaruhi oleh hasutan syaitan dan kata-kata sianu sianu), dan (ketiga) mensia-siakan harta (yakni, membazirkan harta kerana tidak dimanfaatkan demi Islam dan bekalan kebajikan akhiratnya)] [Hadith Muslim]
Saudara, hadith menyebutkan perintah yg fundamental bagi umat Islam. Rasulallah (s.a.w) menggunakan kalimah-kalimah yg sama dgn kalimah-kalimah Ayat 103, Surah ali-Imran itu. Rujuk frasa yg diboldkan. Allah (a.w) ridaha terhadap manusia tiga perkara: pertama, hendaklah esakan Allah (a.w) sebagai tuhan yg berhak disembah atau yg manusia, khususnya yg Islam, wajib perhambakan diri mereka kpdNya dan terhadapNya; kedua, hendaklah pegang atau anuti tali Allah (a.w), yakni ugama Islam itu, dgn berjema'ah dan jangan sekali-kali berfirqah atau berpecah belah dgn meunubuhkan perkumpulan terasing dalam Islam. Jelaslah, al-Quran dan s-Sunnah mewajibkan manusia Islam itu berjema'ah dalam Islam. malangnya hari ini dimensi yg amat fundamental ini diabaikan oleh umat Islam, termasuklah pemimpin Islam, cerdik pandai syariat Islam, para alim dan ulama' dan ilmuwan Islam!
Selanjutnya dalam sabda tersebut Rasulallah (s.a.w) memberitahu kita bahawa Allah (a.w) bencikan pula pertama, kata itu dan ini mengenai Islam tanpa ilmu (yakni, tanpa berpandukan kpd al-Quran dan as-Sunnah). maksudnya ada orang, selalunya para ulama' dan ilmuwan Islam yg separuh masak mempelajari islam dan syariatnya atau yg belum sempurna ilmunya mengenai Islam dan syriatnya berkata seolah-olah sebagai seorang yg wara' dan alim begitu dan begini tentang Islam. Mereka ini mengambil pandangan cerdik pandai lain atau membaca kitab mengandungi hujjah batil orang yg berkata begitu dan begini tentang Islam walhal dia sendiri masih jahil. kemudian, Rasulallah (s.a.w) juga memberitahu kita bahawa Allah (a.w) bencikan manusia yg islam yg apabila sudah diberitahu sesuatu ketetapan Allah (a.w) dan ketetapan Rasulallah (s.a.w) mereka banyak soal dan suka berdebat walaupun mereka berhujjah atas persangkaan dan tidak brlandaskan fakta. [Nota: Fakta dalam Islam adalah ketetapan al-Quran dan as-Sunnah. Kalau tiada apa yg diperkatakan dalam salah satu drp dua sumber ilmu dan panduan hidup tersebut, maka itu adalah berupa persangkaan semata-mata tanpa sandaran fakta atau berbohong jika tidak dalam ketetapan al-Quran dan as-Sunnah.] Orang-orang yg sedemikian ini terdapat ramai dikalangan para ulama' dan ilmuwan Islam, kerana mereka merasai ujub dan bangga diri, merasakan mereka berilmu atau berhujjah atas kebijaksanaan akal fikiran mereka. Saudara, kefahaman tentang Islam tidak memerlukan kepintaran otak. Yg diperlukan hanyalah bila diberitahu sesuatu yg haq dalam Islam - berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah - hendaklah orang yg akui dirinya Islam itu dengar dan terima dan amalkan atau patuhi. Itu saja. Kalau Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) suruh berjme;'ah dalam mengamalkan Islam, maka wajiblah berjema'ah. Tanpa soal. Kita diperingatkan oleh Allah (a.w_ kaum bani Israil zaman Musa, sebagai contoh, banyak brtanya kpd Musa (a.s) tentang lembu yg diperintahkan Allah (a.w) untuk mencari penyelesaian kpd kes pembunuhan masyarakat Yahudi zaman tersebut. Mereka terpaksa mencari selama 40 tahun. Kemudian, setelah ditemui lembau tersebut, perpaksa berhabis harta untuk membayarnya. Kalaulah mereka terima sahaja ketetapan awal dapatkan seekor lembu sudah mudah. tapi, kerana banyak bertanya maka ditetapkan oleh Allah (a.w_ specs yg amat terpeinci yg susah untuk menepati specs tersebut!
hari ini, begitu ramai para ulama' dan ilmuwan Islam berdebat tentang ungkapan, contohnya, 'ahlus sunnah wal-jama'ah'. Walhal jawapannya mudah. Telahpun diberikan oleh Rasulallah (s.a.w) dalam dua hadith dua ciri haq golongan 'ahlus sunnah wal-jama'ah' itu, iaitu: pertama, mereka berpandukan kpd as-Sunnah (yakni, al-Quran dan sunnah); dan kedua, mereka berjema'ah dalam islam. Justeru itulah ketetapan islam itu mudah jiak umat islam itu mau dengar, dan kemudia mau taat atau menerima! Jika tidak mau, maka tergolonglah di kalangan 72 golongan umat Islam yg beramal dan beribdah dalam Islam dgn beristiqamah dan benar-benar mempersungguh, tapi gagal dapat syurga!
Saudara, maka dgn itulah Ayat 103, Surah ali-Imran dan hadith yg kita rujuk itu memerintahkan umat Islam yg inginkan syurga itu hendaklah berjema'ah dalam Islam.

Jazakallahu khairah

Monday, May 30, 2011

Peringatan Yg Sering Dilupakan ...

Assalamualaikum,
Saudara, kalau saudara rajin layari blog dan seumpamanya tentang ugama, ada segelintir orang yg akui dirinya wara' dan alim tentang Islam dan syariatnya, marah dgn berkata ada orang Islam yg dapat sedikit ilmu mengenai Islam dah berani buat 'fatwa' tentang sesuatu! Saudara, sebenarnya bukan fatwa yg disampaikan tetapi ilmu. Islam menyuruh sesiapa saja yg tau sedikit atau secebis ilmu - mengenai al-Quran atau as-Sunnah - yg dipelajarinya atau yg diajarkan kpdnya oleh orang yg tahu dan faham, wajib atas dirinya menyampaikannya kpd orang lain. Malangnya hari ini ramai orang yg akui dirinya berlmu (i.e. alim), yg dapatkan ilmu dari institusi yg formal (spt universiti) atau yg tak formal (i.e. mengaji di mana-mana tempat pengajian), tak mau sampaikan ilmu. Bila ada orang sampaikan ilmu dia naik berang kononnya memandai-mandai sampaikan ilmu dan datangkan fatwa!
Saudara, tidak siapa berani sampaikan fatwa tanpa sandaran nas dan dalil al-Quran atau as-Sunnah. Cuba kita lihat nas dan dalil al-Quran berikut. 
Seperti biasa prinsip-prinsip utama mengenai perintah dan larangan dalam Islam itu disebutkan dalam al-Quran. Perincian penterjemahan prinsip-prinsip utama itu diolah, dicerakinkan dan diperincikan oleh Rasulallah (s.a.w) dan, dalam keadaan tertentu didemokan secara praktikal, dalam as-Sunnah. Maka dengan itu as-Sunnah adalah panduan amalan bagaimana melaksanakan ketetapan Allah (a.w) dalam bentuk amalinya (atau praktikalnya). Tanpa as-Sunnah manusia itu tidak tahu bagaimana menterjemahkan perintah Allah (a.w) dalam Ayat  56, Surah az-Zariat , berikut: 
Firman Allah (a.w) : 'Wama khalaqtul juna wal-insa illa liya’budni) [Yg bermaksud: Dan tidaklah Aku (Allah (a.w)) jadikan jinn dan manusia kecuali untuk mengabdikan diri mereka (yakni, beribadah) kepadaKu] [Ayat 56, Surah az-Zariat] 
Ini perintah kpd makhluk Allah (a.w) - jinn dan manusia sejagat - iaitu Allah (a.w) sajalah tuhan yg berhak disembah oleh mereka. Tanpa panduan al-Quran dan as-Sunnah, manusia akan memperhambakan diri mereka ikut cakap-cakap orang atau persangkaan sendiri atau melakukan sesuatu amalan yang batil tanpa ilmu. Inilah yang berlaku kepada masyarakat yang membuat patung dan menyembah patung yang mereka cipta. Mereka akan menyembah sesuatu seperti matahari atau ‘semangat nenek moyang’ mereka. Atau, mereka mengagungkan haiwan yang mereka anggap sebagai tuhan mereka. Atau, sebagaimana Kaum Nesrani, mereka menganggap Isa (a.s) itu anak Tuhan dan berbagai-bagai lagi perlakuan yang batil. Dan, manusia Islam sendiri yg mengakui kononnya ada kuasa pada haiwan atau bintang atau manusia atau benda-benda (spt memakai gelang magnet atau memakai rantai drp batu dll supaya terhindar dari sesuatu penyakit).
Saudara, manusia Islam itu juga tersesat apakala mereka berpandukan cakap-cakap atau tulisan-karangan manusia tentang Islam, walhal mereka belum mengaji al-Quran dan as-Sunnah. Rasulallah (s.a.w) memberitahu bahawa ilmu serta panduan ugama, malah panduan hidup mukmin , itu adalah al-Quran dan as-Sunnah, bukannya kitab atau karangan manusia! Mereka itu berani menyebut bahawa wujudnya 'bid'ah hasanah' walhal Rasulallah (s.a.w) bercakap menegah umatnya supaya jangan sekali-kali buat 'pembaharuan dalam ugama', kerana semua itu sesat dan semua itu menjerumuskan umatnya ke dalam neraka! Tapi, ramai orang yg berlagak alim dan berilmu, ketepikan perintah Rasulallah (s.a.w) tersebut! Apakah hukumannya atas mereka sedemikian itu? As-Sunnah menyebutkan sesiapa yg menentang atau menolak atau tidak mau terima ketetapan as-Sunnah pastilah tercabut Islamnya? Kafirlah dia tanpa disedarinya.
Maka dengan itulah Allah (a.w) perintahkan hambaNya, terutama yang Islam yang beriman, itu ambil ketetapan dan panduan as-Sunnah.  Inilah ketetapan dalam firman Allah (a.w) berikut: 
Firman Allah (aw.): "Wama atakumur-rasulu fakhuzuhu, wama nahakum ‘anhu fantahu.' [Yg bermaksud: Dan apa-apa yang didatangkan (atau dibawakan kepada kamu) oleh Rasulallah (s.a.w) maka hendaklah kamu sekelian ambil, dan apa-apa yang ditegah olehnya (terhadap kamu sekelian) darinya (sesuatu) maka tinggalkan’][Ayat 7, Surah al-Haysr] 
Setiap orang yang mengakui dirinya Muslim dan Mukmin wajib berpandu kepada firman Allah (a.w) ini. Segala sesuatu yang dibawakan dan disampaikan oleh Rasulallah (s.a.w) itu adalah ketetapan Allah (a.w). Allah (a.w) peringatkan kita bahawa jika kita mentaati ketetapan Rasulallah (s.a.w), yakni as-Sunnah, kita mentaati ketetapan Allah (a.w), seperti dalam firman Allah (a.w) berikut:
Firman Allah (a.w): 'Mai uti’ir rasula faqad ata’allaha.' [Yg bermaksud: Barangsiapa taatkan Rasulallah (s.a.w) (yakni, ikuti as-Sunnah) sungguh-sungguh mereka telah mentaati Allah (a.w) (yakni, mengikuti ketetapan al-Quran)…’ [Ayat 80, Surah an-Nisa’] 
Malah, Allah (a.w) perintahkan Rasulallah (s.a.w) memberitahu umatnya supaya berbuat sedemikian dalam Ayat 31, Surah ali-Imran, berikut: 
Firman Allah (a.w): 'Qul in kuntum tuhibbunallaha fat-tabi’uni, yuhbibkumullaha ya yaghfirlakum zunubakum …'. [Yg bermaksud: Katakan olehmu (wahai Muhammad (s.a.w) kepada manusia)! Jika adapun kamu kasihkan Allah (a.w), maka ikutilah aku, maka Allah (a.w) akan mengasihi kamu dan mengampuni dosa-dosa kamu …) [Ayat 31, Surah ali-Imran]
Oleh itu, kpd mereka yg membaca blog ini dan terfikir bahawa mereka lebih Islam dari orang yg menulis post ini, wajib sedarkan diri. Kalau dia anggapkan dirinya terpelajar dan berilmu dalam Islam, semak ilmu mereka berdasarkan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, bukan menyemak ilmunya dari cakap-cakap atau kata-kata atau pendapat mahaguru yg belum pasti dia faham Islam.
Jangan terlambat. Islam yg diterima itu adalah Islam yg diajarkan oleh Rasulallah (s.a.w) berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah.

Jazakallahu khiarah

Monday, May 23, 2011

Kewajipan Berjema'ah Dalam Islam: Jangan Berfirqah

Assalamualaikum,
Saudara, kita telahpun mula meneliti ketetapan Islam sebagaimana yg diperintahkan oleh Allah (a.w) dalam al-Quran dan Rasulallah (s.a.w) dalam as-Sunnah bahawa Islam itu adalah ugama yg dianuti oleh manusia secara berjema'ah atau dgn berjema'ah. Dan, berkaitan dgn itu juga Allah (a.w) perintahkan supaya umat Islam jangan sekali-kali berfirqah atau berpecah belah, yakni menubuhkan perkumpulan berbagai dan menubuhkan kelompok yg tidak sejajar dgn ketetapan al-Quran dan as-Sunnah.Saudara, kita telah lihat dalam Ayat 103, Surah ali-Imran perintah Allah (a.w) '... Peganglah tali (Ugama) Allah (a.w) dgn berjema'ah dan jangan berfirqah...' Dan, dalam hadith Muslim yg kita rujuk kalimah yg sama digunakan oleh Rasulallah (s.a.w). malangnya, para ilmuwan Islam dan para ulama' Islam hari ini mentafsirkan kalimah 'jami'an' itu sebagai 'kesemuanya' atau 'keseluruhannya'. Ada yg kata kalimah itu merujuk kpd 'al-Quran' yg 30 juz itu. Tiada satu kumpulan umat Islam atau para ilmuwan atau ulama'pun, termasuk Persatuan Ulama' Malaysia yg tafsirkan 'jami'an' itu sebagai merujuk kpd 'jema'ah' atau 'secara berjema'ah' atau 'dgn berjema'ah'. Ayat 103, Surah ali-Imran dan hadith Muslim yg kita rujuk juga menyebut bahagian kedua konsep jami'an itu, iaitu 'wa-la tafarraqu' yg bermaksud jangan berfirqah atau mberkumpulan atau secara longgarnya 'jangan berpecah belah' atau 'jangan bercerai'.Para ulama' arus perdana mentafsirkan 'firqah' ini mereka yg tidak termasuk dalam kumpulan 'ahlus sunnah wal-jama'ah' dan mereka penuh yakin bahawa pengikut 'mazhab perdana' yg empat - as-Syafie, Maliki, Hanbali dan Hanafi - adalah termasuk dalam golongan 'ahlus sunnah wal-jama'ah' itu. Maka mereka bukan tergolong kumpulan yg berfirqah atau terpisah dalam Islam.
Saudara, kita telahpun lihat hadith berikut dalam blog ini mengenai perpecahan dalam umat Islam ini. Mereka yg mengaji ilmu as-Sunnah pasti akan menemui hadith ini. 
Menceritakan hadith oleh Safuan Nahwahu berkata: ‘Menceritakan hadith Azhar b Abdullah al-Haraziyu hadith dari Abi ‘Amirin al-Hauzani hadith dari Muawiyah bin Abi Sufiyan bahawasanya dia berdiri di kalangan kami (sahabat-sahabatnya), maka berkata Abu Sufiyan: ‘Sesungguhnya Rasulallah (s.a.w) berdiri di kalangan kami (sahabat), maka bersabda dia: ‘Ala inna man qablakum min ahli kitabi iftaraqu ‘ala thintaini wa-sab’ina millatan, wain hazihil-millata sataftariqu ‘ala thalathina wa-sab’ina thintani wa-sab’una fin-nari wa-wahidatun fil-jannati wahial jama’atun.' [Yg bermaksud: Ingatlah bahawa orang-orang sebelum kamu (yakni, sebelum datangnya Islam, yakni kaum Yahudi dan Nesrani) telah berpecah atas tujuh puluh dua (72) golongan (atau ugama), dan sesungguhnya ini golongan (yakni, ugama Islam) berpecah atas tujuh puluh tiga (73) golongan, tujuh puluh dua (72) golongan di dalam neraka dan satu golongan di dalam syurga, iaitu mereka yang Islam secara berjemaah.] [Hadith Abu Daud]
Saudara, Rasulallah (s.a.w) memberitahu umatnya sebelum beliau wafat bahawa umat Islam akan berpecah atau berfirqah menjadi 73 firqah atau golongan atau kumpulan atau mazhab. Kesemuanya akui bahawa mereka Islam dan berpandukan al-Quran dan as-Sunnah, tetapi 72 golongan atau firqah atau mazhab - golongan yg majoriti - tidak berjaya mendapat syurga, malah masuk neraka. hanya satu golongan sahaja yg masuk syurga. Mereka itu mempunyai dua sifata atau ciri. Dalam hadith di atas itu satu cirinya disebutkan iaitu 'wa-hial jama'atun' (yakni, 'mereka berjema'ah dalam Islam.' Dalam hadith yg lain pula, Rasulallah (s.a.w) memberitahu mereka itu adalah umat Islam yg berpegang atau berpandukan 'ma ana alaihi wa-ashabi' (yg bermaksud: Apa-apa yg aku (Nabi) berada di atasnya (jalanku atau peraturanku atau ketentuan yg aku (Nabi) sampaikan atau bawakan) dan apa-apa yg para sahabatku berada di atasnya (jalan atau peraturan sahabatku). Maksudnya: Sunnahku dan sunnah khalifah yg empat terebut. Sahabat di sini merujuk kpd khalifah ar-rasyidin al-mahdiyin - Abu Bakar, Omar, Othman dan Ali, radiallahu 'anhum.
Saudara, sekali imbas seolah-olah hadith ini mempunyai kontradiksi (contradiction)! Kalau kita berpandukan al-Quran dan as-Sunnah , mengapakah kita tak dapat syurga? Kerana Allah (a.w) berfirman pada Ayat 13, Surah an-Nisa', suatu ketetapan yg mutlak lagi pasti, iaitu sesiapa yg taatkan Allah (a.w) (yakni, ikuti ketetapan al-Quran) dan sesiapa yg taatkan Rasulallah (s.a.w) (yakni, ikuti ketetapan as-Sunnah), pasti masuk syurga? Kalau begitu mustahillah kalau kita berpandukan al-Quran dan as-Sunnah, kita tak dapat syurga!
Jelaslah, kita tidak faham Islam, maka dgn itu, kita tergolong dalam golongan yg Islam berpandukan al-Quran dan as-Sunnah, tetapi tak berjaya dapat syurga, sebaliknya dapat neraka, wal iya zubillah. mengapa?
Jawapannya mudah saja. Rasulallah (s.a.w) berpesan kpd kita umatnya: 'Taraktu fikum amraini lan tadillu in ma tamasaktum bihima, kitaballaha wa-sunnatin nabiyi' (yg bermaksud: Aku (Nabi) tinggalkan pada kamu sekelian dua perkara (i.e. hazanah ilmu dan panduan), tidak sekali-kali akan sesat kamu sekelian jika kamu sekelian berpegang kpd kedua-duanya, iaitu Kitab Allah (a.w) (i.e. al-Quran) dan sunnah NabiNya (i.e. as-Sunnah).' [Hadith ramai periwayat, termasuk Imam Malik]
Janji Rasulallah (s.a.w), sebagaimana janji Allah (a.w) adalah benar dan pasti. Kerana Rasulallah (s.a.w) bercakap atas dasar wahyu Allah (a.w). Dia tidak bercakap sembarangan.
Sudah pasti kita yg berpandukan al-Quran dan as-Sunnah tidak sekali-kali akan sesat, yakni mustahil sesat, yakni pasti dapat syurga kerana itulah janji Allah (a.w) pada Ayat 13, Surah an-Nisa' itu.  Tapi, dgn syarat kita jadikan Rasulallah (s.a.w) itu model ikutan kita (yakni, uswatun hasanah) (Ayat 24, Surah al-Ahzab). Rasulallah (s.a.w) memberitahu jika kita berpandukan selain al-Quran dan as-Sunnah pasti sesat. Jadi, berpandukan kitab-kitab karangan manusia atau ulama' pasti sesat. Berpandukan cakap-cakap dan kata-kata atau pendapat para ilmuwan walau setinggi manapun ilmu mereka dan setebal manapun tesis yg mereka tulis atau walau sehebat manapun universiti mereka mendapat ilmunya, pasti sesat. [Nota: Ingatlah bahawa dalam perkara syariat Islam, Allah (a.w) melarang dgn keras orang yg menulis kitab atau buku, kerana seringkali mereka terjebak dalam pendustaan, apakala menyebut sesuatu yg tiada dalam al-Quran dan as-Sunnah]. Rasulallah (s.a.w) memberi kita tahu dalam banyak hadith, antaraya: Sesiapa yg mengamalkan sesuatu amalan yg tidak dibawakan oleh aku (Nabi), maka amalannya atau ibadahnya ditolak atau tidak diterima Allah (a.w). Maka dgn itu walaupun seseorang itu jadikan al-Quran dan as-Sunnah panduan hidupnya dalam Islam, tetapi pada masa yg sama dia berpandukan selain al-Quran - kitab atau ajaran atau cakap-cakap atau ajakan manusia - maka pasti akan sesat juga. Justeru itulah, demi mencari dan mendapat kepastian yg kita selamat dalam Islam, kita wajib mengaji dan belajar al-Quran dan as-Sunnah dari mereka yg faham dan faqih al-Quran dan as-Sunnah, bukan melihat kelayakan akademiknya atau penampilan mereka, tetapi substance yg mereka ajarkan. Kalau seseorang itu tidak mengajarkan Islam dan syariatnya kpd kita berpandukan semata-mata al-Quran dan as-Sunnah, maka jangan ikuti kerana mengikut hadith di atas itu, kita pasti lambat laun akan sesat. Hanya dgn panduan al-Quran dan as-Sunnah saja kita selamat termasuk dalam golongan yg satu drp 73 golongan yg disebutkan oleh Rasulallah (s.a.w) itu. Maka dgn itulah frasa 'ahlus sunnah wal-jama'ah' itu merujuk kpd dua syarat atau pra-syarat; iaitu: pertama, berpedomankan as-Sunnah; dan kedua, berjema'ah. Kerana al-Quran dan as-Sunnah menyuruh kita umat Islam dua perkara ini - ikuti as-Sunnah semata-mata dan berjema'ah dalam Islam!
Jelasnya, jika kita berpandukan selain al-Quran dan as-Sunnah atau kita belum faham al-Quran dan as-Sunnah kemudian cuba memahami Islam dgn berpandukan kitab karangan manusia, kita pasti tersesat dan berfirqah!
Mudah-mudahan saudara faham apa yg ingin disampaikan dalam post (dan juga blog) ini, demi kebajikan dan kesejahteraan akhirat kita semua.

Jazakallahu khairah

Sunday, May 22, 2011

Kewajipan Berjema'ah Dalam Islam: Ketetapan as-Sunnah

Assalamualaikum,
Saudara, kita telahpun teliti satu ketetapan Rasulallah (s.a.w) mengenai perkara di atas , iaitu umat Islam wajib anuti Islam secara berjema'ah. Keridaan Allah (a.w) itu kita hanya dapati jika kita berjema'ah dalam Islam. Kita teliti satu lagi potongan hadith yg menyebutkan kewajipan berjema'ah itu: 
Diriwayatkan hadith daripada Abdullah b Dinar hadith dari ibnu Omar (r.a) berkata: ‘Berkhutbah Omar di tanah Jahbiyah, maka berkata dia: ‘Wahai sekelian manusia! Sesungguhnya aku sungguh-sungguh berdiri di kalangan kamu sebagaimana berdirinya Rasulallah (s.a.w) di kalangan kami (suatu masa) (di sini), maka bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Usikum biashabi thummal-lazina yalunahum thummal-lazi yalunahum thumma yafsyul-kazibu hatta yahlifar-rajulu wala yustahlafa wa-yasyhada as-syahidu wala yustasyhada ala la yakhluanna rajulun biamraratin illa kana thalithahuma as-syaitanu ‘alaikum bil-jama-ati wa-iyakum wal-firqata fains-syaitana ma’a wahidi wahua minal ithnaini ad’adu man arada buhbuhatal-jannati fal yalzamil- janma’ata man sarrathu hasanatuhu wa-saat-hu saiyiatuhu fazalikal-mukminu) [Maksud (sabda): Aku wasiatkan kepada kamu sekelian dengan (kehadiran) beberapa sahabatku (khalifah yang empat) kemudian orang-orang yang mendekati (yakni, yang mengikuti) mereka (yakni, para tabi’in) kemudian orang-orang yang mendekati (yakni, mengikuti) mereka (yakni, yang mengikuti at-tabi’in, iaitu para tabi’ahum), kemudian tersiarlah dusta atau pendustaan sehingga bersumpah seorang lelaki dan tidak diminta dia bersumpah, dan meminta menjadi saksi lelaki dan tidak (pula dia) diminta (atau disuruh) menjadi saksi; ingatlah tidak menyendiri (atau menyepi, yakni berkhalwat) seorang lelaki dengan seorang perempuan kecuali adapun yang ketiga kepada mereka berdua itu syaitan; wajib atas kamu dengan berjemaah dan takutilah (yakni, jauhilah) kamu sekelian berfirqah (yakni, berpecah belah menubuhkan perkumpulan), maka sesungguhnya syaitan itu berserta dengan orang yang berseorangan dan dia (syaitan) itu orang kedua (padanya), lebih jauh, barangsiapa inginkan (berada) di tengah-tengah syurga maka hendaklah dia menetapi (ikuti) jamaah; barangsiapa menyenangkan (atau menggembirakan) seseorang  Islam dan iman yang lain (maka) kebaikan baginya (di akhirat kelak); (barangsiapa) medatangkan keburukan (atau mempersulitkan) atas orang Islam dan iman yang lain, maka keburukan baginya (di akhirat kelak); demikian itu sifat-sifat orang yang beriman (yakni, ada yang buruk dan ada yang baik perangai).] [Hadith at-Termidzi, Kitab Fitan (fitnah)]
Saudara, di dalam sabda Rasulallah (s.a.w) di atas itu kita diberitahu bahawa adalah wajib umat Islam itu berjema'ah dalam Islam. Dan, hendaklah mereka yg Islam itu takuti perbuatan berfirqah atau berkelompok-kelompok yg pasti memecahkan mereka dan menimbulkan perselisihan dalam Islam. Rasulallah (s.a.w) memberitahu jika berpecah atau bersendirian syaitan akan berjaya memesong umat Islam sedemikian. Kemudian Rasulallah (s.a.w) memberitahu bahawa sesiapa yg benar-benar inginkan mendapat balasan syurga, yakni berada secara pasti di tengah-tengah syurga - seumpama untuk pasti tidak tergelincir kalau berada di tepi syurga itu - maka hendaklah berjema'ah dalam Islam. Apabila berjema'ah akan ada saudara sesama Islam yg sama-sama pimpin meminpin, memberitahu dan memerhatikan perjalanan hidup kita, akan nasihat menasihati satu sama lain, supaya tidak tergelincir dari keimanan yg kental lagi kokoh kerana sering ingat mengingatkan satu sama lain.
Saudara, dalam hadith tersebut ada beberapa prinsip mengenai adab sesama orang iman; iaitu, pertama, jangan berdusta; kedua, jangan bersumpah sekiranya tidak dipionta bersumpah; ketiga, meminta-minta dijadikan saksi, ketika tidakpun disuruh atau dipinta menjadi saksi; dan keempat, suatu peradaban dalam Islam yg amat utama tetapi sering dibaikan oleh ramai orang islam iaitu seseorang yg melakukan sesuatu yg menggembirakan saudara Islamnya yg lain, maka dia memperolehi kebaikan di akhirat kelak. Sebaliknya, sesiapa yg mempersulitkan atau menyusahkan saudaranya yg Islam, maka dia pasti dipersulitkan dan mendapat kefayaan pula di akhirat. Maka dengan itu umat Islam wajib menjalinkan hubungan yg baik dan akrab sesama sendiri, bantu membantu, tolonga menolong dan bukanlah menyusahkan atau melakukan sesuatu yg mempersulitkan lagi saudaranya yg Islam di dunia. Sifat orang iman itu berbagai- ada yg baik dan ada yg buruk perangai - namun yg diutamakan dalam Islam adalah melakukan sesuatu yg baik dan bukannya melakukan sesuatu yg buruk sesama saudara seiman.
Saudara, kini peradaban di kalangan orang Melayu yg dikatakan berugama Islam itu tersangat jauh dari as-Sunnah dan al-Quran. Sehinggakan, dikalangan orang Islam yg jahil, yg bertuhankan keduniaan, melakukan perbuatan yg sama sekali dilarang oleh Islam, iaitu aib mengaib, mencela mencela, fitnah memfitnah, suka berbohong, suka berdusta, mencari kesalahan dan keburukan orang, kemudian menghebahkannya supaya diketahui umum (spt kes 'Dato' Trio' yg tersiar luas dalam media baru-baru ini), bersedia menjadi saksi walaupun tidak dipinta menjadi saksi semata-mata kerana hendak menjatuh lawan dalam politik ataupun ugama. Sehingga berani memperolok-olokkan al-Quran, bersumpah untuk menegakkan kebatilan,untuk menegakkan perpecahan, menegakkan kemaksiatan dan kedurjanaan.
Kita telahpun lihat hadith pendek Rasulallah (s.a.w) yg menyebutkan begitu ramainya orang Islam yg kerana cakap-cakap atau kerana mulutnya dia terjerumus ke dalam neraka 40 tahun lamanya [Nota: Sehari di akhirat adalah bersamaan dgn 1,000 tahun kiraan tahun dunia, maka kalau 40 tahun dalam neraka = 40 (tahun) x 12 (bulan) x 365 hari (setahun) x 1,000 (tahun kiraan dunia) = 175.2 juta tahun. Begitulah lamanya berada di neraka disiksa tanpa henti-henti semata-mata kerana satu perkataan yg dusta, fitnah, dan bohong dan tidak berdasarkan kebenaran?]

Jazakallahu khairah

Kewajipan Berjema'ah Dalam Islam: Mukaddimah

Assalamualaikum,
Saudara, kita telahpun teliti secara rengkas dua ayat, antara banyak lagi ayat al-Quran, yg sukar difahami oleh orang Islam, termasuk di kalangan para ulama' dan ilmuwan sendiri; iaitu: pertama, Ayat 103, Surah ali-Imran; dan keduaAyat 59, Surah an-Nisa'. Dalam post ini dan beberapa post yg akan muncul kita akan teliti lanjutan kpd perintah Allah (a.w) pada Ayat 103, Surah ali-Imran itu - berjema'ah dalam Islam. dalam post yg lalu kita telah teliti secara rengkas enam ciri jema'ah Islam itu; iaitu: 
Islam seseorang itu hanya dikira sah dan menepati perintah Allah (a.w) pada Ayat 103, Surah ali-Imran itu, iaitu mereka yg Islam menjalani kehidupan formal Islam dengan berjema'ah. maka dgn itu, Omar (r.a) menyebutkan kita tidak diakui Islam kecuali dgn berjema'ah! Tidak sah Islam tanpa berjema'ah. Justeru itu, berjema'ah itu adalah pra-syarat untuk mengesahkan keIslaman kita. Jema'ah itu adalah satu organisasi dan struktur sosial yg formal - ada kepimpinan (Imam/Amir) dan ada rukyah atau rakyat (yakni, anggota jema'ah) dan ada ikatan yg formal antara kepimpinan dgn rakyat atau rukyah. Sifat atau ciri formal jema'ah itu diperincikan dalam as-Sunnah oleh Rasulallah (s.a.w). Ciri formal ini adalah wujudnya beberapa ciri atau syarat: iaitu, pertama, adanya jema'ah umat Islam dalam suatu perkumpulan yg formal atau masyarakat ummah yg formal; kedua, adanya kepimpinan dan hiraki kepimpinan dari suatu entiti politik atau geografic, yakni sebuah negeri/negara; dan ketiga, adanya pembahagian peranan dan tanggungjawab yg jelas antara kepimpinan atau golongan yg memimpin dgn orang-orang yg dipimpin, yakni rukyah; keempat, ada perjanjian taat setia antara ketua kepimpinan dgn rakyat atau rukyah. Kelima, tanggungjawab kepimpinan adalah menguruskan jema'ahnya  dan memimpin anggotanya supaya dapat mengabdikan diri kpd Allah (a.w) sebaik mungkin setiap masa. Inilah bai'at (= sumpah setia) antara anggota rukyah atau jema'ah. Kepimpinan bertanggungjawab mempastikan bahawa setiap rukyahnya faham akan Islam dan syariatnya, memberi nasihat kpd jema'ahnya mereka secara berkala dgn berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah, supaya seramai mungkin anggota jema'ah mendapat syurga dan terselamat dari neraka. Dan, keenam, setiap jema'ah itu ada kepimpinan dan hiraki kepimpinan, yang terkeatas adalah Imam atau Amir. 
Saudara, kewajian anuti Islam secara berjema'ah ini sering tidak diberi keutamaan oleh umat Islam, termasuk para ulama' dan ilmuwan di kalangan mereka. Apakah golongan para ilmuwan yg fasih berbahasa Arab dan menceduk ilmunya dari universiti agung Timur Tengah spt al-Azhar, Ain Syam, Jordan, Umul Qura, Madinah dll? 
Saudara, Rasulallah (s.a.w) ketika menyebut perkara berjema'ah ini menggunakan kalimah yg sama dgn kalimah al-Quran pada Ayat 103, Ali-Imran tersebut: 
Diriwayatkan hadith daripada Suhailin hadith dari bapanya hadith dari Abi Hurairah (r.a) berkata: ‘Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Innallaha yarda lakum thalatha wa-yakrahu lakum thalathan fayarda lakum an ta’buduhu wala tusyriku bihi syaian waan ta’tasimu bihablillahi jami’an wala tafarraqu wa-yakrahu lakum qila wa-qala wa-kathiratas-suali wa-ida’atal-mali) [Maksud: Sesungguhnya Allah (a.w) rida bagi kamu sekelian tiga perkara dan benci Allah (a.w) atas kamu tiga perkara; maka rida Allah (a.w) bagi kamu bahawa (pertama) kamu sembah hanya Dia (Allah) (sebagai Tuhan) dan tidak syirik (menyekutukan) kepadaNya dengan sesuatupun, dan (kedua) bahawasanya kamu berpegang teguh dengan tali Allah (a.w) (yakni, ugama Islam) dengan berjemaah dan (ketiga) jangan kamu berfirqah-firqah (berkumpulan dan berpecah belah); dan benci Allah (a.w) atas kamu tiga perkara, (pertama) kata-kata itu dan kata-kata ini (yakni, ikuti cakap-cakap orang begitu dan begini tanpa sandaran nas dan dalil dari al-Quran dan as-Sunnah), dan (kedua) memperbanyakkan soal (pertanyaan dalam ugama kerana dipengaruhi oleh hasutan syaitan dan kata-kata sianu sianu), dan (ketiga) mensia-siakan harta (yakni, membazirkan harta kerana tidak dimanfaatkan demi Islam dan bekalan kebajikan akhiratnya)] [Hadith Muslim] 
Dalam hadith ini Rasulallah (s.a.w) memberitahu kpd kita umatnya bahawa Allah (a.w) perintahkan dia supaya bimbinglah umatnya untuk melakukan tiga perkara yg apabila dilaksanakan Allah (a.w) rida terhadap mereka. Keridaan Allah (a.w) sahajalah merupakan tiket mendapat syurga. Tiga perkara tersebut adalah: pertama, hendaklah sembah sebagai tuhan hanya Allah (a.w) dan jjangan sekali-kali syirik terhadapNya; kedua, hendaklah anuti dan amalkan syariat Islam itu dgn berjema'ah; dan ketiga, jangan berfirqah atau berpecah spt menubuhkan perkumpulan yg terasing. Perkumpulan terasing itu termasuklah fahaman kemazhaban dan kumpulan-kumpulan tarikat dan sufi yg terasing pula.
Realiti dunia Islam hari ini menunjukkan wujudnya fahaman kemazhaban yg amat kuat dalam masyarakat Islam. Sehinggakan terdapat hari ini ketetapan kemazahaban yg sama sekali bertentangan dgn ketetapan al-Quran dan as-Sunnah. Seolah-olah ajaran kemazahaban itu mengtasi atau mendahului al-Quran dan as-Sunnah. Walhal, yg wajib didahulukan adalah ketetapan al-Quran, kerana Allah (a.w) yg menciopta ugama Islam dan menentukan syariatnya. Dan, Rasulallah (s.a.w) yg faham secara sempurna Islam dan dialah yg membawakan ugama Islam dan mengajarkan manusia tentang Islam dan tuntutannya. Perkara kedua yg diridai Allah (a.w) dalam hadith itu adalah isu berjema'ah. Kalau tidak berjema'ah, maka Allah (a.w) tak rida. Kalau Allah (a.w) tak rida bagaimana? Hilanglah kelayakan kita yg Islam mendapat syurga sebagaimana yg dijanjikan oleh Ayat 13, Surah an-Nisa': 'Barangsiapa taatkan Allah (a.w) dan taatkan Rasulallah (s.a.w) pasti dapat syurga'. Itu janji Allah (a.w), kalau kita tidak berjema'ah dalam menganuti Islam? Dan, janji Allah (a.w) itu adalah janji yg pasti. Mengapa sudah dijanjikan oleh Allah (a.w) umat Islam tak terima? Ada dua kemungkinan: pertama, tidak faham; dan kedua, faham tapi nak ikuti fahaman dan amalan umat Islam arus perdana atau majoriti. Bapa saudara Rasulallah (s.a.w) yg memelihara beliau semenjak kecil, apakala disuruh mengucap ketika nak matipun, tahu kebenaran Islam, tapi malu nak mengubah iktikadnya kerana dunia. Hari ini ramai umat Islam, kerana dunia, abaikan ketetapan Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w).

Jazakallahu khairah

Saturday, May 21, 2011

Dua Ayat Yg Sukar Difahami Orang Islam (Samb)

Assalamualaikum,
Menyambung semula perbincangan kita terhadap dua ayat yg sering sulit difahami oleh orang Islam, iaitu Ayat 103, Surah ali-Imran (mengenai perintah berjema'ah dalam Islam) dan Ayat 59, Suran ani-Nisa (mengenai peranan kepimpinan dalam jema'ah Islam). Dalam post yg lalu kita telah cerakinkan serba rengkas Ayat 103, Surah ali-Imran tersebut. Dan, keputusan yg kita perolehi dari pentafsiran orang yg faham dan faqih tentang al-Quran adalah berjema'ah dalam Islam itu adalah suatu perintah wajib. Islam seseorang itu hanya menepati perintah Allah (a.w) jika mereka berjema'ah.  Rumusan ini adalah bertepatan dgn begitu banyaknya ketetapan Rasulallah (sa.w) (yakni, as-Sunnah) tentang berjema'ah dalam Islam. Justeru itu, memandangkan Allah (a.w) memerintahkan pada Ayat 13, Surah an-Nisa' dan Ayat 80, Surah an-Nisa' dan Ayat 7, Surah al-Haysr dll ayat al-Quran - wajib mentaati perintah Rasulallah (s.a.w) dan wajib menjadikan Rasulallah (s.a.w) sebagai contoh (uswatun hasanah) dalam melaksanakan dan mengamalkan syariat Islam, maka berjema'ah itu tidak boleh tidak hendaklah dilaksanakan dalam measyarakat umat Islam.
Saudara, kali ini kita lihat pula ayat kedua yg sulit umat Islam itu fahami dan terima, iaitu Ayat 59, Surah an-Nisa' yg berbunyi:
Firman Allah (a.w): 'Ya aiyuhallazina amanu, ati'ullaha wa-ati'ur  rasula wa-ulil amri minkum; fain tanaza'tum fi syai-in faruddu ilallaha war-rasuli in kuntum tu'minunabillahi wal-yaumil akhiri ...' (yg bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Taatilah Allah (a.w) dan taatilah RasulNya dan ‘ulil amri’ (yakni, orang-orang yang mempunyai perkara atas kamu) dari kalangan kamu. Maka jika kamu berselisih faham di dalam sesuatu (perkara Ugama kamu) maka kembalikanlah urusannya (yakni, urusan mencari penyelesaian mengenai sesuatu yang kita berselisih faham itu) kepada Allah (yakni, rujuk KitabNya, iaitu al-Quran) dan kepada RasulNya (yakni, rujuk kepada sunnahnya atau as-Sunnah atau al-Hadith), jika adalah kamu beriman dengan dengan Allah (a.w) dan hari akhirat, demikian itu (yakni, ketaatan sedemikian itu adalah) lebih baik (bagi kamu) dan sebaik-baik penyelesaian (atau kesudahan tentang apa-apa keputusan.)][Ayat 59, Surah an-Nisa’]
Saudara, ayat ini ditujukan kpd orang yg beriman, bukan orang Islam semata-mata. Kerana status orang iman itu lebih tinggi dari status orang Islam. Seseorang yg mengucap dua kalimah syahadah menjadi Islam. Tetapi, seseorang yg Islam itu belum pasti dia beriman. Kalau dia munafiq lagi teruk dari orang Islam yg tidak munafiq. Kerana orang munafiq berpura-pura Islam! Orang Islam yg tak solat, tak puasa dalam bulan Ramadhan, tak mengeluarkan zakat dan, bila dah mampu, tak mahu tunaikan haji, bukan orang yg beriman. Orang Islam yg melanggar ketetapan Allah (a.w) dalam al-Quran belum beriman. Orang Islam yg mengaibkan orang lain, memfitnah, bercakap bohong, berlagak sombong, yg riak, bangga diri, dll lagi sifat-sifat yg buruk belum dikatakan beriman.
Dengan itulah, perintah dalam Ayat 59, Surah an-Nisa' ini ditujukan atau dikhususkan kpd orang yg beriman sahaja. Kerana orang beriman itu faham dia bahawa ada kehidupan yg lain yg lebih utama, lebih sukar (kalau tak betul), lebih kekal, dan lebih seronok (kalau berjaya dalam keimanan) selepas matinya seseorang itu. Kerana orang Iman itu tahu dia ganjaran akhirat, bagaimana mendapatkannya, apa yg wajib dibuat dan apa yg wajib diperhatikan, supaya akhiratnya tidak buruk baginya.
Allah (a.w) perintahkan empat perkara dalam ayat tersebut: iaitu, pertama, wajib taatkan Allah (a.w) (maksudnya, ikuti segala sesuatu yg diperintah dan disuruh Allah (a.w) dalam al-Quran); kedua, wajib taatkan Rasulallah (s.a.w) (maksudnya, ikuti dan ambil pakai, jadikan panduan dan amalan, ketetapan as-Sunnah); ketiga, taati 'ulil amri'. Siapa dia golongan 'ulil amri'? Mereka yg mengaji as-Sunnah (Kuttubul Sittah, paling kurang, faham dia bahawa 'ulil amri' itu adalah hirarki atau barisan kepimpinan umat Islam yg berjema'ah).
Ramai para ulama' yg menyebutkan bahawa 'ulil amri' itu merujuk kpd golongan orang yg memimpin umat Islam, termasuklah alim ulama' (ahli ilmu di kalangan golongan yg mentadbirkan umat Islam). Segologan orang yg faham dan faqih al-Quran dan as-Sunnah menyatakan bahawa 'ulil amri' itu adalah golongan atau hirarki kepimpinan dalam jema'ah umat Islam, yg diketuai oleh paling terkeatas Imam atau Amir. Dan, keempatnya, adalah penting dalam memahami perbezaan ketaatan yg abdolute iaitu ketaatan terhadap Allah (a.w) dan ketaatan kpd Rasulallah (s.a.w) dan ketaatan yg relatif, iaitu ketaatan terhadap 'ulil amri'. Allah 9a.w) perintahkan pada bahagaian kedua ayat tersebut, bahawa jika timbul perselisihan atau perbezaan pendapat menegnai islam dan syariatnya, maka umat Islam, khususnya jema'ah Islam, wajib merujuk kpd al-Quran dan as-Sunnah untuk mencari penyelesaian. Ulil amri tidak boleh memutuskannya. Yg boleh memutuskan sebaranga perselisihan itu adalah Allah (a.w) (yakni, al-Quran) dan Rasulallah (s.a.w) (yakni, as-Sunnah.Pendeknya, ketetapan 'ulil amri' itu tidak mutlak, kecualilah dia bersandarkan kpd ketetapan mutlak Allah (a.w) atau RasulNya. Ulil amri tidak boleh memutuskan sesuatu kecuali dgn berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah. Jika ulil amri dan rukyahnya berselisih pendapat, maka keputusan hendaklah merujuk kpd al-Quran dan as-Sunnah.
Saudara, berdasarkan ketetapan ini maka ulil amri tidak boleh membuat ketetapan yg sama sekali bertentangan dgn atau berbeza dari ketetapan al-Quran dan as-Sunnah. Maka dgn itulah, ulil amri tidak boleh buat keputusan yg bercorak atau bersifat 'maksiat'. [Nota: Sesuatu itu maksiat jika tiada dalam ketetapan al-Quran ataupun as-Sunnah. Semua ketetapan yg brlainan dari al-Quran dan as-Sunnah adalah maksiat. Wajib ditolak.]
Sehubungan itulah sebagai contoh Rasulallah (s.a.w) membuat ketetapan bahawa 'pembaharuan dalam perkara ugama' atau bid'ah itu adalah suatu kemaksiatan, kerana Rasulallah (s.a.w) membuat ketetapan: 'Man amala amilanlaisa minni fahuan raddun' (yg bermaksud: Sesiapa yg membuat atau mengerjakan sesuatu amalan (wajib ataupun sunat) yg tidak didatangkan atau dibawakan oleh Rasulallah (s.a.w), maka amalan tersebut ditolak atau tidak diterima'. Justeru itu, kalau Rasulallah (s.a.w) beritahu setiap pembaharuan atau setiap bid'ah adalah sesat, maka tidak wajar bagi seorang iman, menolak ketetapan Rasulallah (s.a.w) dan menerima ketetapan manusia (termasuk ulil amri). Umat Islam yg akui dirinya beriman pasti tidak mengamalkan sesuatu yg jelas bid'ah! melakukannya, bererti membuat suatu maksiat dalam Islam. Kesannya? Semua amalannya batal, tidak daat pahala, malah tidak sekali-kali diterima. Paling serius segala amalannya - wajib maupun sunat - ditolak. Sia-sia saja beramal atau beribadah!
Insya Allah, kita akan teliti lebih lanjut dalam post yg akan muncul contoh-contoh bid'ah dan akibatnya.

Jazakallahu khairah

Friday, May 20, 2011

Peringatan: Betapa Cetek dan Nipiskan Iman Orang Islam

Assalamualaikum,
Saudara, menarik hari ini dalam akhbar Sinar Harian (20 Mei 2011) jika sdr baca komen Dr Mohd Asri mengenai tajuk:  'Terbunuh kerana operasi cegah maksiat.'. Dalam komentar beliau itu, dia merujuk kpd ketetapan yg terdapat dalam hadith berikut. Hadith ini kita telah muatkan satu post tak lama dulu dalam blog ini. Kita ceduk sedikit drp apa yg tertulis dalam blog tersebut. 
Diriwayatkan hadith dari abi Hurairah hadith dari Nabi (s.a.w) yg bersabda: 'Takutilah oleh kamu sekelian persangkaan (Zan), maka sesungguhnya persangkaan itu lebih dustanya (atau bohongnya) dari ceritanya (yakni, yg sebenarnya); dan jangan meneliti (dgn mata) (tahassasu), dan jangan meneliti (dgn telinga) (tajassasu), dan jangan dengki mendengki (tahasadu), dan jangan berpaling (yakni, tak bertegur sapa) (tadabbaru), dan jangan benci membenci (tabaghadu), dan (sebaliknya) jadilah hamba-hamba Allah (a.w) yg bersaudara antara satu sama lain.' [Hadith Bukhari, Kitab Adab] 
Saudara, orang iman itu ditegah atau dilarang mengamalkan persangkaan terhadap sesuatu. Persangkaan itu adalah sesuatu yg kita anggapkan atau bayangkan wujud atau berlaku tanpa bukti. Ia hanyalah persangkaan.
Begitu jugalah dgn persangkaan lainnya. Jangan kita katakan atau berpandangan sesuatu semata-mata atas perasaan dan detik hati kita terhadap seseorang saudara sesama Islam atau iman yg lain, selagi kita belum tahu dan melihat sendiri buktinya. Rasulallah (s.a.w) memberitahu bahawa kalau kita bercakap sesuatu tentang seseorang saudara Islam di belakangnya, yakni tanpa diketahuinya, walaupun apa yg kita cakapkan betul, kita dikira memfitnah orang tersebut. Kalau apa yg kita katakan di belakangnya, didapati kemudiannya adalah benar, maka kita berdusta. Kerana semasa kita katakan apa yg kita kata itu, kita tak tahupun kebenarannya. Dalam kedua-dua kes tersebut kita mendapat dosa. Bak kata orang dosa kering ...
Dalam hadith di atas itu, ada beberapa perkara yg kita ditegah lakukan; iaitu: pertama, jangan kita saling meneliti atau mencari-cari kesalahan atau kesilapan atau keaiban atau rahsia orang dgn mata kita (tahassasu); kedua, jangan kita saling meneliti atau menelek atau mencari-cari kesalahan atau kesilapan atau keaiban atau keburukan seseorang dgn telinga kita (yakni, mencari khabar angin) (tajassasu); ketiga, jangan sekali-kali kita dengki mendengki terhadap saudara Islam atau orang iman yg lain (tahasadu), kerana dia berjaya atau dapat sesuatu kurniaan dan kita tak dapat dan sebagainya; sebagai seorang yg iman itu kita turut berbangga dgn kejayaan saudara kita yg lain, sewajarnya kita sama-sama bergembira dalam Islam; keempat, jangan sekali-kali berpaling (tadabaru), spt ketika bertemu tidak bertegur sapa atau buat-buat tak kenal orang yg kita kenal, semata-mata kerana ada sesuatu yg terguris dalam hati kita kerana kata-kata atau perbuatannya, kesilapan dia yg lalu dan sebagainya; kelima, jangan sekali-kali kita benci membenci seorang Islam atau seorang iman yg lain (tabaghadu) walau apa sebab dan keadaan sekalipun. Sebaliknya, Rasulallah (s.a.w) dalam hadith tersebut menyuruh kita menjadi hamba Allah (a.w) yg bersaudara dan sentiasalah mengutamakan persaudaran dalam Islam. 
Saudara, penulis seringkali komen perlakuan atau gerakan beberapa pihak berkuasa ugama mengenai program pencegahan maksiat mereka. Malah program sedemikian telah mendahului program mencelikkan umat Islam kpd syariat ugama Islam atau program mengilmukan mereka supaya luput kejahilan mereka terhadap Islam dan syariatnya. Malangnya, program pencegahan maksiat ini telah menjadi keutamaan kpd sebilangan besar pihak berkuasa ugama di Malaysia, dan mereka pada waktu yg sama telah membelakangkan tugas-tugas dakwah dalam Islam yg lebih utama diberi tumpuan. 
Saudara, dalam post yg lalu kita telah turunkan sepotong hadith yg menyebutkan seseorang yg akui dirinya Islam itu tidak akan dapat masuk syurga selagi dia tidak beriman, dan tidak dikira beriman seseorang Islam itu jika dia tidak mengasihi saudaranya sesama Islam. Apakah orang yg membuat intipan maksiat kemudian memalukan atau mengaibkan mereka pula ada sifat kasih sayang terhadap saudaranya sesama Islam? Malah dalam Islam seseorang itu tidak sekali-kali dibolehkan mengaibkan saudara Islam yg lain. Tapi, orang-orang yg terlibat dalam program pencegahan maksiat melalui intipan sedemikian memang sengaja hendak mengaibkan saudaranya yg Islam, wal iya zubillah. 

Jazakallahu khairah

Thursday, May 19, 2011

Dua Ayat Yg Sukar Difahami Orang Islam

Assalamualaikum,
Saudara, dalam blog ini kita sering rujuk beberapa firman Allah (a.w) yg amat fundamental bagi aqidah Islam di kalangan orang yg akui dirinya, dan yakin dia bahwa dia, adalah benar berada dalam agama Islam. Dua daripada firman Allah (a.w) itu sering dikelirukan atau tidak difahami oleh orang Islam: pertama, Ayat 103, Surah ali-Imran; dan kedua, Ayat 59, Surah an-Nisa'. Kita turunkan satu drp ayat tersebut dan terjemahan atau tafsirannya, iaitu.
Ayat 103, Surah ali-Imran:
Firman Allah (a.w): 'wa'tasimu bihablillahi jami'an wa-la tafarraqu ...' (yg bermaksud: Berpegang teguhlah kamu sekelian dgn tali (agama) Allah (a.w) dengan cara berjema'ah dan jangalah kamu berfirqah (atau berpecah belah) ...). Kalimah yg kritkal dalam ayat ini adalah 'jami'an' fan 'tafarraqu'. Para ulama' dan ilmuwan arus perdana, mentafsirkan kalimah 'jamian' itu bermakna 'kesemuanya' atau 'keseluruhannya'. Maksud mereka hendaklah seseorang yg islam itu ambil kesemua syariat Islam itu dan tidaklah diambil pakai sebahagian dan ditinggalkan sebahagian. Islam itu wajib dianuti secara total. maksudnya: ambil semua ketetapan dan perintah dan larangan dan buat segala yg disuruh dan tinggalkan setiap yg ditegah atau dilarang. Memang betul bahawa apabila seseorang itu masuk Islam atau menjadi orang Islam adalah menjadi kewajipan baginya untuk terima akai semua yg ditetapkan oleh Allah (a.w) dan rasulallah (s.a.w). Tidak boleh pilih-pilih syariat Islam itu. Seperti, yg kita suka kita ambil dan yg kita tidak berkenan, kita tinggalkan atau abaikan! Takfsiran sedemikian itu tak betul. Kerana dari segi logiknya, jika kita mau jadi Islam kita wajib terima syariat Islam sebagaimana yg ditetapkan oleh Allah (a.w) melalui al-Quran dan melalui perintah dan suruhan kpd Rasulallah (s.a.w) dan sebagaimana yg didemokan oleh Rasulallah (s.a.w) itu adalah kewajipan mutlak. Seseorang yg Islam itu tidak boleh akui dirinya Islam, kemudian dia tolak sesuatu ketetapan al-Quran atau ketetapan as-Sunnah. Dia wajib terima kesemua syariat Islam itu. Kalau dia tak buat suruhan atau langgar perintah, itu isu lain. Itu isu 'kefasikan' atau 'menzalimi diri sendiri', bukan isu terima atau tak terima syariat Islam. Kalau ambil sebahagian dan tinggalkan ebahagian, ketetapannya adalah Ayat 85, Surah al-Baqarah.
Dalam Ayat 103, Surah ali-Imran itu, Allah (a.w) wajibkan manusia itu pegang atau anuti Islam sebagai agama dan cara dan gayahidup yg ditetapkan Allah (a.w) dan yg disampaikan oleh RasulNya, adalah secara berjema'ah. Maka dgn itu, ibadah yg utama dan paling utama dan yg mula-mula dihisab di akhirat kelak dan yg menentukan hisaban lain-lain amalan adalah amalan solat berjema'ah. Maka solat berjema'ah itu diwajibkan atas umat Islam, terutama mereka yg boleh mendengar azan solat, dia tidak menghadikan diri untuk bersolat berjema'ah, maka jika dia bersolat bersendirianpun tidak diterima solatnya! Begitu jugalah dalam konteks global dalam Islam. Islam seseorang itu hanya dikira sah dan menepati perintah Allah (a.w) pada Ayat 103, Surah ali-Imran itu adalah menjalani kehidupan formal Islam dengan berjema'ah. maka dgn itu, Omar (r.a) menyebutkan kita tidak diakui Islam kecuali dgn berjema'ah! Tidak sah Islam tanpa berjema'ah. Justeru itu, berjema'ah itu adalah pra-syarat untuk mengesahkan keIslaman kita. Jema'ah itu adalah satu organisasi dan struktur sosial yg formal - ada kepimpinan (Imam/Amir) dan ada rukyah atau rakyat (yakni, anggota jema'ah) dan ada ikatan yg formal antara kepimpinan dgn rakyat atau rukyah. Sifat atau ciri formal jema'ah itu diperincikan dalam as-Sunnah oleh Rasulallah (s.a.w). Ciri formal ini adalah wujudnya beberapa ciri atau syarat: iaitu, pertama, adanya jema'ah umat Islam dalam suatu perkumpulan yg formal atau masyarakat ummah yg formal; kedua, adanya kepimpinan dan hiraki kepimpinan dari suatu entiti politik atau geografic, yakni sebuah negeri/negara; dan ketiga, adanya pembahagian peranan dan tanggungjawab yg jelas antara kepimpinan atau golongan yg memimpin dgn orang-orang yg dipimpin, yakni rukyah; keempat, ada perjanjian taat setia antara ketua kepimpinan dgn rakyat atau rukyah. Kelima, tanggungjawab kepimpinan adalah menguruskan jema'ahnya  dan memimpin anggotanya supaya dapat mengabdikan diri kpd Allah (a.w) sebaik mungkin setiap masa. Inilah bai'at (= sumpah setia) antara anggota rukyah atau jema'ah. Kepimpinan bertanggungjawab mempastikan bahawa setiap rukyahnya faham akan Islam dan syariatnya, memberi nasihat kpd jema'ahnya mereka secara berkala dgn berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah, supaya seramai mungkin anggota jema'ah mendapat syurga dan terselamat dari neraka. Dan, keenam, setiap jema'ah itu ada kepimpinan dan hiraki kepimpinan, yang terkeatas adalah Imam atau Amir
Saudara, kewajian anuti Islam secara berjema'ah ini sering dilupakan oleh umat Islam. Atau, kalau mereka fahampun, mereka kurang yakin dgn hakikat berjema'ah ini. Atau, kerana masyarakat Islam sudah lama dibentuk (mould) oleh idea socio-politik yg dibawa oleh idea dan filosofi Barat, maka sistem politik moden mungkin menghalangi para ulama' dan ilmuwan Islam melaksanakan ketetapan Ayat 103, Surah ali-Imran tersebut.
Saudara, dalam hubungan ini kita wajib lihat apakah keketapan yg menyokong haujjah ini? Kita lihat dua hadith yang menyebutkan diperolehi itu. Bersambung ...

Jazakallahu khairah

Sunday, May 15, 2011

Kemarahan: Cara Mengatasinya Mengikut Islam

Assalamualaikum,
saudara suatu suifat manusia yg sukar di kawal kecualilah dia seorang yg tinggi dan kokoh imannya, adalah sifat pemarah atau panas baran. Sifat ini boleh mengakibatkan seseorang itu melakukan sesuatu jenayah yg berat seperti melukai orang yg dimarahinya malah membunuhnya pula. Islam mengajarkan umatnya ubat menahan marah atau meredakan kemarahan itu, mengikut as-Sunnah.
Menceritakan hadith dari Abu Wail al-Qassu berkata: 'Masuk aku atas "Urwah ibni Muhammad b Sa'di maka berkata kpdnya seorang lelaki, maka marah dia, maka berdiri dia dan mengambil wudu' dia, kemudian kembali, dan sungguh-sungguh telah wudu' dia. maka berkata 'Urwah: 'Menceritakan kpd aku bapaku hadith dari datukku, iaitu 'Atiyah berkata: 'Bersabda Rasulallah (s.a.w): 'Sesungguhnya marah itu dari syaitan, dan sesungguhnya syaitan dicipta Allah (a.w) dari api, dan sesungguhnya apai itu dipadamkan oleh air. Maka ketika marah salah seorang kamu sekelian, maka berwudu'lah (nescaya reda atau hilang kemarahanmu).' [Hadith Abu daud, Kitab Adab]
Saudara, hadith di atas itu menyebutkan bahawa sifat marah itu adalah satu daripada sifat syaitan, kerana syaitan dijadikan oleh Allah (a.w) dari api. [Nota: Malaikat dijadikan Allah (a.w) dari nur (atau, cahaya), jelas terang tetapi tidak panas]. Maka ketika seseorang itu marah kerana sebab apa juapun, maka Islam menyuruh dia berwudu'. Kalau setelah berwudu' masih tak reda atau berkurangan kemarahan tersebut, maka mandilah. Dgn itulah Rasulallah (s.a.w) memberitahu sebagaimana api itu dipadamkan oleh air, maka kemarahan itu boleh dihapuskan juga dgn air, iaitu berwudu'.

Jazakallahu khairah

Saturday, May 14, 2011

Upacara Ketika Memeluk Islam: Bercukur & Bersunat

Assalamualaikum,
saudara, dalam hadith berikut kita diberitahu bahawa seseorang yg mula-mula memeluk Islam itu adalah disyaratkan melakukan beberapa perkara:
Diriwayatkan hadith dari 'Uthim b Kulaibin hadith dari bapanya hadith dari datuknya bahawasanya datuknya datang (menemui) Nabi (s.a.w), maka berkata datuknya: 'Sungguh-sungguh telah masuk Islam aku.' Maka bersabda Nabi (s.a.w) kpdnya: 'Menjatuhkanlah (yakni, cukurilah) rambutmu (yakni, membotakkan kepalanya) dari rambut kafirmu.' Bersabda Nabi (s.a.w): 'Mencukurlah. Menggondolkanlah kepalamu.' Berkata kpdku seorang yg lain, bahawasanya Nabi (s.a.w) bersabda kpd seorang yg lain itu yg bersama-sama dgn datuknya: 'Menjatuhkanlah (yakni, mencukurilah) dari engkau rambut kafirmu dan berkhatanlah kamu.' [hadith Abu Daud, Kitab Kebersihan]
Saudara, hadith di atas itu memberikan satu panduan bagi mereka yg menguruskan seseorang yg tidak Islam ketika memeluk Islam pertama, hendaklah menggondolkan rambutnya, kerana rambutnya itu wujud ketika dia kafir, hendaklah dibersihkan ketika memeluk Islam, dan Kedua, hendaklah dia berkhatan (yakni, bersunat). [Nota: Orang Islam lelaki itu disyaratkan sebagai amalan sunat muakkadah (yakni, ketetapan yg hampir-hampir wajib) supaya berkhatan atau bersunat. Wanita Islam pula tidak disyaratkan bersunat, tetapi dianggap oleh Islam suatu kemuliaan sekiranya wanita Islam itu bersunat. Syariat bersunat itu bermula dgn Nabi Ibrahim (a.s). Dia berkhatan ketika umurnya sudah 80 tahun.]

Jazakallahu khairah

Hubungan Suami Isteri: Larangan Islam

Assalamualaikum,
Saudara, ada beberapa perkara yg Islam tegah dikalangan umatnya dalam perkara hubungan intim suami isteri. Ini disebutkan dalam hadith berikut:
Diriwayatkan hadith dari Abdul Hamid b Abdil Rahman hadith dari Maqsim hadith dari ibni Abbas hadith dari Nabi (s.a.w) di dalam urusan orang yg mendatangi (yakni, menyetubuhi) isterinya dan dia dalam keadaan haid (yakni, sedang haid). Bersabda Nabi (s.a.w): 'Hendaklah dia bersedekah (yakni, membayar kifarahnya) dgn satu dinar atau separuh dinar.' [Hadith Abu daud, Kitab Kebersihan]
Saudara, yg dimaksudkan satu dinar ini adalah membayar kifarah dgn satu dinar bersamaan nilai emas 4 atau 8 atau 16 gram. (Contoh: Kalau satu gram emas bernilai RM 100.00 maka dibayar sebanyak RM 400.00 atau RM 800.00 atau RM 1,600.00).
Diriwayatkan hadith dari hamad b Salamah hadith dari Hakim al-Asrami hadith dari abi Tamimah al-Hujaimi hadith dari abi Hurairah berkata: 'Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): 'Barangsiapa (yakni, suami) yg mendatangi (yakni, menyetubuhi isterinya) dalam keadaan haid atau (menyetubuhi) isterinya di duburnya atau (seseorang yg) mendatangi (yakni, menemui bomoh tukang telek, maka hendaklah dia (membayar kifarah) dan membenarkan apa-apa yg dikatakan oleh bomoh tersebut, maka sungguh-sungguh kafir atau kufur dia dgn apa-apa yg diturunkan kpd Muhammad (s.a.w) (yakni, kufurkan atau menolak al-Quran dan as-Sunnah).' [Hadith ibnu Majah, Kitab Kebersihan]
Hadith diatas menghukum orang  yg melakukan perkara-perkara berikut sebagai mengkufuri al-Quran: iaitu, pertama, orang yg menyetubuhi isterinya ketika sedang haid; kedua, menyetubuhi isterinya di duburnya; dan ketiga, menemui bomoh atau tukang telek dan menyakini apa-apa yg dikatakan oleh bomoh atau tukang telek tersebut. jelaslah begitu besarnya dosa orang yg melakukan tiga perkara yg disebutkan dalam hadith di atas itu.
[Nota: Mengikut sepotong hadith riwayat Imam Ahmad, Rasulallah (s.a.w) kifarah separuh dinar itu adalah jika isteri yg disetubuhi suaminya ketika belum habis haidnya, yakni tiada darah tetapi ada kesan-kesan darah dan si isteri itu belum mandi junub, maka kifarahnya setengah dinar. Di dalam sepotong hadith riwayat at-Tobrani pula berkhatan itu sunat diperkuatkan bagi lelaki dan suatu kemuliaan bagi seorang wanita Islam bersunat.]

Jazakallahu khairah

Kematian: Mensolatkan Jenazah (Samb)

Assalamualaikum,
saudara, kita teruskan perbincangan kita tentang Solat Jenazah. dalam post yg lalu kita telah buat rumusan spt berikut: PertamaSolat Jenazah itu boleh dibuat secara ghaib, dan tidak semestinya hanya disolatkan di depan mayat yg wujud di depan kita (kes Rasulallah (s.a.w) mensolatkan jenazah  Raja Najasyi apakala mendengar berita kematian beliau);keduaSolat Jenazah itu boleh dibuat di atas kubur orang yg baru sahaja dikebumikan (spt kes Rasulallah (s.a.w) mensolatkan seorang sahabat yg baru sahaja dikebumikan); ketiga, doa dalam Solat Jenazahhendaklah khusus kpd mayat sahaja, yakni tidak ditambah dgn doa-doa lain; keempatSolat Jenazahitu adalah 4 Takbir (Nota: Takbir itu kalimah 'Allahu Akbar); dan kelima, pada Takbir pertama hendaklah dibaca al-Fatihah sahaja. Kemudian, keenam, pada Takbir yg kedua hendaklah kita berselawat ke atas Nabi (s.a.w) (iaitu: Allahumma solli 'ala Muhammad, wa-ala alihi Muhammad; kama sollaita 'ala ali Ibrahima, wa-ala ali Ibrahima, wa-barik 'ala Muhammad wa-'ala alihi Muhmammad, kama barakta 'ala ali Ibrahima. fil 'alamina hamidum majid); dan ketujuh, pada Takbir yg ketiga kita baca Doa untuk mendoakan kebaikan kpd simati. Dan, kedelapan, pada Takbir keempatnya barulah kita memberi 'salam'.
Insya Allah, spt dijanjikan dalam post yg lalu itu, kita lihat pula apakah Doa yg dibaca oleh Rasulallah (s.a.w) pada Takbir yg ketiga itu.
Diriwayatkan hadith dari Habib b 'Ubaidin hadith dari Jubairi b Nufairin berkata: 'Aku mendenar 'Auf b Malik berkata: 'Telah bersolat Rasulallah (s.a.w) atas jenazah, maka sungguh-sungguh hafal aku dari doa yg dibaca olehny (yakni, Nabi): 'Allahum-maghfirlahu war-hamhu wa-'afihi wa'fuanhu, wa-akrim nuzulahu, wa-wassi' mudkhalahu, waghsilhu bil-ma-i was-salji wal-baradi, wa-naqqihi minal khatoya kama naqqitas-thaubal-abyada minad-danasi, wa-abdilhu daran khairan min darihi, wa-ahlan khairan min ahlihi, wa-zaujan khairan min zaujihi, wa-adkhilhul-jannata, wa-a'izhu min 'azabil-qabri au min 'azabin nar' (yg bermaksud: Ya Allah (a.w)! Semoga Engkau (Allah) mengampuni untuk simati, dan semoga Engkau (Allah) merahmatinya, dan semoga Engkau (Allah) mengampuninya dan semoga Engkau (Allah) memaafkan atasnya; dan semoga Engkau (Allah) memuliakan tempatnya (yakni, diberikan syurga) tempat masuknya, dan semoga membasuhi Engkau (Allah) akan dia dgn air (yg bersih), dgn salji dan dgn air embun; dan semoga membersih Engkau (Allah) dia dari dosa-dosanya seperti mana membersihkan pakaian yg putih dari kekotoran; dan semoga mengganti Engkau (Allah) rumahnya yg lebih baik (yakni, rumah di syurga), dan semoga Engkau (Allah) mengganti ahli (yakni, keluarganya) dgn keluarga yg lebih baik, dan isterinya yg lebih baik dari isterinya (di dunia), semoga memasukkan Engkau (Allah) ke dalam syurga, dan semoga menjauhkan Engkau (Allah) dari azab kubur atau (dan) dari azab neraka.'). Berkata 'Auf: 'Sehingga berangan-angan aku bahawasanya adapun aku adalah aku demikian mayat.' [Hadith Muslim, Kitab Jenazah]
Saudara, inilah doa yg dibaca oleh Rasulallah (s.a.w) ketika mendoakan mayat tersebut. Kerana begitu baiknya kalimah-kalimah doa tersebut, dan kerana yg mendoakan adalah Rasulallah (s.a.w) berangan-angat Auf kalaulah dia adalah mayat yg didoakan tersebut. Kerana, doa Rasulallah (s.a.w) pastilah doa yg terbaik dan pasti dikabulkan Allah (a.w). Maka kita sebagai umat Muhammad (s.a.w) wajarlah jadikan doa ini doa yg kita bacakan atas mayat saudara kita dalam iman.

Jazakallahu khairah

Thursday, May 12, 2011

Kematian: Mensolatkan Jenazah

Assalamualaikum,
Saudara, kita telahpun teliti dalam post-post yg lalu sedikit sebanyak ketetapan Islam bersabit dgn urusan kematian dan jenazah, termasuklah yg terakhir perintah Rasulallah (s.a.w) bahawa mensolatkan jenazah orang Islam/iman itu adalah wajib. Kita lihat seterusnya perkara mensolatkan jenazah ini mengikut ketetapan as-Sunnah, iaitu bagaimana mensolatkan jenazah dan apakah bacaan ketika bersolat dan sebagainya.
Diriwayatkan hadith dari Sa'id b Musaiyab hadith dari abi Hurairah berkata: 'Sesungguhnya Rasulallah (s.a.w) memberi khabar kpd manusia (yakni, para sahabat)  cerita Raja Najasi (namanya Askamah) pada suatu hari yg mati dia pada hari itu; maka keluar (Nabi) dgn mereka pada tempat solat, maka takbir dia dgn empat takbir.' [Hadith Muslim, Kitab Jenazah]
Saudara, hadith ini menceritakan suatu hari ketika mendapat tahu kematian Raka Najasi, maka Nabi (s.a.w) dan para sahabat keluar ke tempat solat, dan mensolatkan satu Solat Jenazah (dalam keadaan ghaib) dgn empat takbir. Jadi Solat Jenazah itu tidak seperti solat fardu atau solat sunat yg lain, tetapi disolatkan dgn 4 takbir (i.e. tiada Rukuk, tiada Sujud dll).
Menceritakan hadith oleh Abdullah b idris hadith dari Syaibani hadith dari Sya'biyi sesungguhnya Rasulallah (s.a.w)  mensolatkan Solat Jenazah atas kubur sesudah jenazah dikuburkan; maka Takbir dia atas kubur empat Takbir.' [Hadith Muslim, Kitab Jenazah]
Hadith di atas ini menceritakan bahawa Rasulallah (s.a.w) dan para sahabat mensolatkan jenazah yg telah dikebumikan di atas kuburnya, dan solat itu adalah empat Takbir. Di dalam hadith berikut diceritakan sambungan solat ghaib terhadap mayat Raja Najasi. Solat Jenazah itu dibuat secara berjema'ah dgn membuat beberapa barisan di belakang imam.
Diriwayatkan hadith dari 'Ata' hadith dari jabir b Abdullah (r.a): 'Sesungguhnya Rasulallah (s.a.w) bersolat atas mayat Najasi, maka aku berada di saf yg kedua, dan (dibelakangku) saf ketiga.' [Hadith Bukhari, Kitab Jenazah]
Hadith ini menjelaskan bahawa Solat Jenazah itu dibuat berjema'ah dgn berdiri dalam barisan di belakang imam. Pada hadith berikut pula disebutkan apakah doa yg dibaca ketika mengerjakan Solat Jenazah itu.
Diriwayatkan hadith dari Muhammad b Ibrahim b harith al-Tamiyi hadith dari abi salamah ibni Abdul Rhman hadith dari abi Hurairah berkata: 'Mendengar aku Rasukallah (s.a.w) bersabda: 'Ketika solat kamu atas mayat (yakni, Solat Jenazah), maka mengkhususkanlah (yakni, ikhlaskanlah) atas jenazah untuk jenazah beberapa do'a.' [Hadith ibnu Majah, Kitab Jenazah]
Hadith ini menyebutkan bahawa apabila kita mendoakan jenazah ketika Solat Jenazah itu hendaklah kita khususkan do'a kpd jenazah tersebut.
Menceritakan hadith dari Ibrahim b Othman hadith dari Hakam hadith dari Miqsam hadith dari ibnu Abbas: 'Sesungguhnya Nabi (s.a.w) membaca (ketika solat Jenazah) dgn Fatihah Kitab (yakni, Surah al-Fatihah).' [Hadith at-Termidzi, Kitab Jenazah]
Hadith di atas itu menyebutkan bahawa bacaan surah dalam Solat Jenazah itu adalah al-Fatihah. Dijelaskan bahawa dimaksudkan oleh hadith ini adalah pada takbir pertama, hendaklah dibaca al-Fatihah sahaja.
Menceritakan hadith dari  Laith hadith dari Syihab hadith dari abi Umamah bahawasanya berkata: 'Adapun sunnah (atau, kelakuan atau pekerjaan) Solat Jenazah bahawasanya membaca pada Takbir yg pertama dgn Ummul Kitab (yakni, al-Fatihah), kemudian Takbir pula tiga kali lagi dan (disudahi dgn) Salam di sisi Takbir yg teakhir (yakni, Takbir yg keempat).' [Hadtih an-Nasa'i, Kitab Jenazah]
Saudara, hadith di atas itu menjelaskan bahawa pada takbir yg pertama, hendaklah dibaca al-Fatihah, kemudian takbir pula seteruskan tiga Takbir dgn disudahi dgn Salam di takbir yg terakhir (yakni, keempat).
Saudara, apa yg dapat kita rumuskan? Pertama, Solat Jenazah itu boleh dibuat secara ghaib, dan tidak semestinya hanya disolatkan di depan mayat yg wujud di depan kita; kedua, Solat Jenazah itu boleh dibuat di atas kubur orang yg baru sahaja dikebumikan; ketiga, doa dalam Solat Jenazah hendaklah khusus kpd mayat sahaja; keempat, Solat Jenazah itu ada 4 Takbir; dan kelima, pada Takbir pertama hendaklah dibaca al-Fatihah. Insya Allah dalam post akan datang kita lihat pula apakah Doa yg dibaca oleh Rasulallah (s.a.w).

Jazakallahu khairah

Menarik hari ini: Kekayaan Anak KM Sarawak

Assalamualaikum,
Saudara, hari ini dalam akhbar the Sun (12 Mei 2011) terdapat lapuran bertajuk: 'Sarawak CM's Son divorces Wife' bahawa Mahkamah Tinggi Syariah KL mengesahkan perceraian DS Mahmud Abu Bekir Abdul Taib, anak KM Sarawak dgn isterinya DS Shahnaz Abdul Majid (kakak Sheila Majid, penyanyi tu. Yg menariknya bukan perceraian tersebut tetapi tuntutan harta sepencarian bekas isteri yg meminta RM 300 juta sebagai muta'ah dan RM 100.0 juta sebagai harta sepencarian.Akhbar itu menyebutkan bahawa aset Mahmud Abu Bekir termasuk ribuan ekar tanah, saham dalam 15 syarikat, tujuh kereta mewah disahkan harta sepencarian dari perkahwinan selama 19 tahun itu.
saudara, fikirkanlah betapa kayanya anak KM itu. Kalau anaknya sekaya itu, agaknya betapalah pula kekayaan KM sendiri!
Di Malaysia, yg telah merdeka selama 65 tahun masih ramai yg miskin dan daif di kalangan orang Islam. Kalaulah dikumpulkan harta-harta kekayaan individu sedemikian itu, mungkin boleh dirangka program yg dapat mengeluarkan penduduk Islam yg faqir dan miskin dari cengkaman kemiskinan dan kefakiran mereka. Disamping itu tindakan sedemikian adalah termasuk dalam usaha fi sabilillah yg menjamin syurga bagi mereka yg menginfaqkan hartanya untuk membela Islam dan umatnya.

Wednesday, May 11, 2011

Menarik hari ini: Dompok dan PM Kristian di Malaysia

Assalamualaikum,
saudara kalau saudara baca akhbar percuma the Sun hari ini (11 Mei 2011) ada tertulis: 'Nothing wrong having a Christian PM: Dompok'. Itulah komen TS Bernad Dompok, Menteri (Pusat) Industri Perladangan & Komoditi, seorang Kristian Katholik dari Sabah kata. Dia kata di bawah Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan tidak disebutkan bahawa orang Iban, Bidayuh, Kadazandusun, Murut, Kelabit, China atau India tidak boleh jadi PM. Betul kata beliau. Orang Melayu aje yg silap sangka. Melayu ingat bahawa Malaysia ini PM nya mestilah Melayu dan Melayu yg berugama Islam (Nota: Mungkin akan ada kelak, orang Melayu bukan Islam sebagaimana adanya sekian lama orang Indon dan orang Arab yg tidak Islam). Sekarang dahpun berapa lama orang China jadi Ketua Menteri negeri. Tak mustahil bila persempadanan kawasan pilihan raya sekarang dibuat semula dan 'universal suffrage' digunapakai sebagai prinsip perwilayahan kawasan pilihan raya, orang bukan Melayu mungkin menjadi wakil rakyat terbanyak, maka boleh jadi PM. Ini tidak mustahil.
Saudara, bila Utusan Melayu lapurkan kononnya ada komplot di kalangan pemimpin DAP dan Kristian Malaysia yg bermesyuarat di Pulau Pinang tentang cadangan supaya ugama Kristian dijadikan ugama resmi di Malaysia dan juga kerajaan Malaysia diterajui oleh seorang Perdana Menteri Kristian, kecoh. Dikatakan suatu fitnah yg tidak berasas!
Sebenarnya, segala rancangan sulit DAP, malah Gerakan dan MCApun dan MICpun, UMNO dan orang Melayu tak tau. Bila mereka cakap, kita tak faham. Kalau orang Melayu cakap semua bangsa faham. Malah tak perlu intippun, kerana orang Melayu - pemimpin dan penyokongnya - memang suka bercakap. Buat pengumuman dan cakap itu dan ini ketika buat sebarang upacara. Semua orang tau. Takda rahsia dalam UMNO ataupun PAS, malah PKRpun, bermacam-macam rahsia dicungkil oleh orang Melayu melalui partinya. Segala-gala yg dirancangkan oleh pemimpin Melayu, kalau tak diintip oleh orang China dan India dan lain-lain suku bangsapun, mereka boleh tahu. Tokoh politik dan pemimpin politik Melayu suka cakap, kalau tak cakap sesuatu mereka lemas, tak boleh hidup agaknya...
Hari ini, orang China dan India tak perlukan orang atau bangsanya jadi PM atau TPM. Kerana wang menguasai segala-galanya sekarang. Orang Melayu tak berwang, tak dapat buat apa-apa untuk mempengaruhi sesuatu demi bangsanya. Orang China kuasai ekonomi Malaysia. Kini orang Indiapun sudah jadi warganegara kelas dua dalam konteks ekonomi. Orang Melayu dah jadi warganegara kelas tiga - meminta-minta dari orang China dan India. Demikianlah Malaysia dan pemimpin Malaysia. Dan, orang Melayu pula, bila dah berkuasa lupa diri dan lupa bangsa. Cari harta dan kekayaan, kalau boleh supaya cukup tampung 7 generasinya. Lupa nak bela bangsanya sendiri. Kalau nak bisnes dari kerajaan dan agensinya perlu atas dasar 'meritocracy', kalau tak, tak dapat. Bila dah kaya lupa pula dgn akhiratnya. Manalah nak dapat keberkatan dalam kekayaan mereka!
Dulu Hang Tuah kononnya kata 'Melayu takkan hilang di dunia'. Betul! Tapi, Melayu akan jadi hamba dalam negara dan dunianya sendiri, merempat dalam negaranya sendiri. Semua kerana mereka berbalah sesama sendiri. Orang China dan India kalau berbalah kerana parti dan ideologi, tetap 'bak kiambang, perahu lalu, kiambang bertaut semula'. Orang Melayu bila berkelahi dalam perkara politik malah dalam perkara ugamapun jadi 'berkerat rotan dan berpatah arang' ...Melayu, Melayu ...
Demikianlah. Kalau orang Melayu buat silap sikit dibesar-besarkan. Kalau orang China dan India buat silap besar ditutup atau diperkecilkan. Orang Melayu dianak tirikan oleh bangsanya sendiri ...?