Sunday, February 28, 2010

Kebaikan beristighfar

Assalamualaikum,
Saudara setiap kita melakukan dosa setiap hari - ada dosa yg kecil dan ada juga yg besar. Kita diberitahu oleh Allah (a.w) bahawa setiap dosa itu akan kekal tercatit dalam Kitab Catatan Amalan kita yg ditulis oleh dua malaikat yg sentiasa berada bersama kita setiap saat. Allah (a.w) juga beri kita tahu bahawa setiap dosa itu tidak akan terhapus atau hilang melainkan kita bertaubat kepada Allah (a.w) kerananya.
Dosa-dosa kecil itu boleh terhapus dengan perlakuan wudu', perlakuan solat dan berbuat amal soleh. Namun ada banyak dosa yg boleh terhapus dengan menyebut kalimah 'Astaghfirullah' dengan penuh ikhlas. Cuba kita lihat panduan sepotong hadith berikut:

Kebaikan Beristighfar

Hadith di bawah ini menjelaskan bahawa sesiapa yang menjadikan satu tabiat atau kebiasaannya beristighfar (yakni, meminta ampun dari Allah (a.w) sebarang kesilapannya, yakni menyebut kalimah ‘astaghfirullah’ itu akan dibantu oleh Allah (a.w) dengan mencukupkan rezkinya. Malahan, akan dikurniakan Allah (a.w) rezki dari sumber-sumber yang tidak disangka-sangkanya.

Di dalam al-Quran disebutkan bahawa barang siapa memperbaiki ketaqwaannya, maka akan dikurniakan oleh Allah (a.w) rezki dari sumber-sumber yang tidak disangka-sangka:

Diriwayatkan hadith daripada Abdullah bin Abbas (r.a) berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Barangsiapa melazimkan beristighfar (yakni, menyebutkan ‘astaghfrullah’ (lebih baik sepenuhnya, iaitu: ‘astaghfirullahl-‘azim, allazi lailaha-illalah hual-haiyul-qaiyim, wa-atubu ilaihi’), akan menjadikan Allah (a.w) baginya (kesenagan) dari setiap kesusahan, maka diberikan dari setiap kesempitan jalan-jalan keluar dan memberi rezki padanya (oleh Allah (a.w)) dari jalan (i.e. sumber) yang tidak disangka-sangka.’ [Hadith Abu Daud, Kitab Adab]

Rasulallah (s.a.w) memberi kita tahu kefahdalan atau kebaikan yg diperolehi oleh seseorang yg Islam dan beriman yg melazimkan dirinya menyebut kalimah 'Astaghfirullah' itu, iaitu: pertama, Allah (a.w) datangkan kesenangan bagi setiap kesuasahan yg kita hadapi; kedua, Allah (a.w) memberikan kepada kita jalan keluar atau penyelesaian terhadap segala kesusahan yg kita hadapi; dan ketiga, Allah (a.w) memberi kita rezki dari sumber-sumber atau arah yg kita tidak sangka-sangka. [Nota: Hanya orang Islam yg beriman sahaja yg akan diberi ganjaran. Orang 'beriman' adalah mereka yg tidak meninggalkan perintah wajib seumpama bersolat, berpuasa dan sebagainya. Mereka hendaklah pula ikhlas menyebut kalimah serta yakin dia bahawa pertolongan Allah (a.w) adalah suatu yg hak, i.e. pasti. Maksudnya, kalau Allah (a.w) nak bagi sesuatu kepada kita, tiada siapa boleh halangi, dan kalau Allah (a.w) tidak mahu beri, tiada siapa yg boleh memberikan kepada kita.]

Disebutkan di dalam hadith yang lain bahawa walaupun Rasulallah (s.a.w) itu ‘maksum’ (tidak berdosa) tetapi beristighfar dia 70 (dan mengikut riwayat lain 100) kali sehari. Di dalam sepotong hadith disebutkan pula, setiap manusia itu melakukan tidak kurang daripada 2,500 jenis dosa sehari. Ini tidak termasuk dosa-dosa besar. Maka dengan itulah umat Islam digesa beristighfar, semoga Allah (a.w) menghapuskan dosa-dosa kita yang kita lakukan setiap hari itu, sama ada dengan sengaja atau tidak sengaja.

Jazakallahu khairah

Merahsiakan keaiban orang

Assalamualaikum,
Saudara sejak berzaman manusia itu, termasuk yg mengakui dirinya Islam dan beriman, suka mencari rahsia buruk orang. Apabila diketahui maka suka dia mencanangnya ke seluruh ceruk rantau manusia, supaya manusia tahu. Orang yg paling banyak berbuat sedemikian adalah 'investigative reporter' yg berkerja di akhbar-akhbar, terutama akhbar sensasi! Kedua, orang-orang yg bertugas di organisasi bersifat ugama seumpama Jabatan Ugama Islam Negeri dan lain-lainnya. Kita akan lihat orang-orang yg bertugas dalam organisasi sedemikian itu suka mencari keaipan atau rahsia keburukan orang dengan membuat serbuan, mengambil gambar, dan ada juga yg suka menyaksikan lakonan pesalah maksiat yg mereka temui. Akhir-akhir ini, terdapat juga orang yg sememangnya mencari rahsia tersebut untuk mendapatkan wang ringgit secara 'blackmail'. Mereka ini terlepas dari siksaan dunia (i.e. ditangkap kerana membuat ugutan dan sebagainya), tapi tidak akan terlepas di akhirat.Mereka ini wajib fahami sepotong hadith berikut, supaya ancaman atas mereka di akhirat kelak dapat mereka elakkan. Adalah lebih baik mengajarkan orang ilmu dan menyampaikan dakwah yg menjaminkan gandaan pahala kepadanya.

Merahsiakan Keaiban Orang

Antara adab yang utama dijadikan keperibadian orang yang Islam dan beriman adalah dia tidak menyebarkan keburukan atau keaiban atau kekejian seseorang kepada orang lain. Malah, seringlah dia menyebarkan sesuatu yang baik pada seseorang itu. Hadith ini menyebut sesiapa yang menutupkan keaiban saudaranya sesama Islam, maka dijaga Allah (a.w) mukanya dri dibakar oleh api neraka:

Diriwayatkan hadith daripada Marzukin Abi Bakar at-Taimiyi, daripada Ummi Darda’, hadith daripada Abi Darda’ (r.a) hadith daripada Nabi (s.a.w) bersabda: ‘Barangsiapa yang menolak (yakni, merahsiakan) dari rahsia (yakni, keaipan atau keburukan) saudaranya (sesama Islam, maka), menolak (yakni, menjaga) Allah (a.w) dari wajahnya (yakni, mukanya terkena api) neraka pada hari qiamat (kelak).’ [Hadith at-Termidzi, Kitab Wasilah]

Jelaslah bahawa sesiapa yg mencari keaipan orang kemudian menghebahkannya pula untuk makluman orang ramai, jelaslah perbuatan terlarang dalam Islam yang akan menyebabkan mereka dibakar dalam neraka kelak. Ada pula orang yg mengakui dirinya Islam dan beriman, tetapi mencari rahsia orang dan kemudian menggunakan rahsia tersebut untuk mencari keuntungan, dengan cara mengugut mangsanya, seumpama 'balackmail', maka lebih banyaklah dosanya. Pertama kerana sengaja mencari rahsia atau keburukan atau keaiban orang,; kedua, menghebahkannya atau mengugut menghebahkannya; ketiga, mendapat bayaran pula kerana orang yg memiliki rahsia tidak mahu rahsianya diketahui orang; keempat, memakan sesuatu dari sumber yg haram, maka daging yg tumbuh dari makanan yg haram, yg pertama berhak ke atasnya adalah api neraka; kelima, perbuatan sedemikian adalah mendapatkan sesuatu dengan cara yg batil, sama sebagaimana orang yg merompak dan mencuri, maka berat siksaannya dalam Islam; keenam, dia berdosa kepada orang lain, maka dosa terhadap orang lain hanya boleh ditaubatkan dan taubatnya diterima Allah (a.w), jika orang yg kita berdosa terhadapnya mengampunkan dosa kita terlebih dahulu. Beratnya, azab yg menunggu.

Sebaliknya, orang iman itu disuruh supaya rahsiakan rahsia saudaranya yg Islam. Itu adalah lebih baik, kerana Allah (a.w) akan menjauhkan dirinya dari bakaran api neraka.

Mudah-mudahan sepotong hadith ini dapat memandu kehidupan kita dan menyedarkan kita tentang sesuatu amalan yg amat buruk dan besar pula siksaannya! Mudah-mudahan, Allah (a.w) selamatkan kita dan ampunkan dosa kita jika kita pernah suatu masa telah melakukannya, Amin.

Jazakallahu khairah

Orang-orang yg dimurkai Allah (a.w)

Assalamualaikum,
Dalam keseronokan kita menikmati kehidupan dunia saban hari, ada baiknya kita berpandu dengan ketetapan dalam hadith berikut, supaya hidup kita terpandu dan selamat kita di dunia dan di akhirat.

Golongan Orang yang Allah (a.w) Murka

Hadith di bawah ini menyebutkan bahawa ada empat golongan manusia yang dimurkai Allah (a.w). Apabila murka Allah (a.w) maka tidak dimasukkan ke dalam syurga, melainkan diampunkan oleh Allah (a.w) dosa-dosanya. Mereka itu adalah:

Pertama, orang yang berjual beli maka dia bersumpah terhadap kebaikan barangan yang dijualnya, walaupun barangannya itu tidak sebaik mana;

Kedua, seorang yang fakir (Nota: Di dalam Islam orang yang ‘fakir’ itu lebih rendah daripada orang ‘miskin’) tetapi bersifat sombong kepada Allah (a.w) dan kepada manusia;

Ketiga, orang tua yang berzina, terutama orang yang sudah berumah tangga; dan keempat, seorang pemimpin yang menyeleweng apabila dia memerintah menyalahgunakan kuasanya dan mementingkan pertimbangan-pertimbangan selain daripada menyempurnakan amanahnya (i.e. tanggungjawabnya sebagai pemimpin), termasuklah pemimpin (dan para ulama' serta ilmuwan) yang menyelewengkan syariat Islam (i.e. mengajarkan jema'ah Islam sesuatu yang ditegah oleh Allah (a.w) dan RasulNya, seumpama berbuat, mengajar dan mengamalkan bid'ah) dan menyesatkan rakyatnya, atau tidak berlaku adil dia , atau memilih kasih dia dalam urusannya:

Diriwayatkan hadith daripada Said al-Maqburiyi hadith daripada Abi Hurairah (r.a) berkata: ‘Bahawasanya Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Empat golongan manusia yang murka Allah (a.w) Tuhan yang maha luhur (terhadap mereka, iaitu pertama) orang yang berjual beli (melakukan barangnya) dengan bersumpah (bohong terhadap jualannya), (kedua) orang fakir (yakni, miskin) yang sombong, (ketiga) orang tua (yakni, orang yang sudah berkahwin) berzina, (dan keempat) imam yang menyimpang (yakni, pemimpin yang tidak menunaikan amanahnya dan mementingkan dirinya sendiri).’ [Hadith an-Nasa’i, Kitab Zakat]

Bagi kita yg telah melakukan satu atau kesemua empat perkara tersebut, wajarlah bersegera memohon keampunan dariNya, mudah-mudahan diampunNya kita akan kesilapan dan kesalahan kita. Allah (a.w) kerapkali dalam al-Quran menyebut bahawa Dia sentiasalah sukakan hambaNya yg memohon keampunan dan bertaubat kepadaNya dan Dia adalah Zat yg Maha Menerima taubat dari hambaNya. [Nota: Di dalam Islam orang yg paling dhaif dari segi kehidupan harian adalah 'fakir'. Mereka adalah berkedudukan terkebawah dalam ranking ekonomi dan taraf hidup manusia. Jelasnya fakir lebih renbdah dari miskin.]

Jazakallahu khairah

Mengungkit--ungkit pemberian kepada orang

Assalamualaikum,
Kali ini kita lihat suatu daripada perangai buruk antara kita yg sering berlaku apabila kita melakukan sesuatu yg tidak ikhlas, iaitu mengungkit apa-apa kebaikan atau pemberian kita terhadap orang lain. Menghebah-hebahkan petolongan atau pemberian kita itu juga adalah suatu bentuk ungkitan dan menunjukkan sifat tidak ikhlas kita!

Mengungkit-ungkit Pemberian

Hadith ini menyentuh tentang keikhlasan dalam pemberian. Berdosa seseorang itu apakala memberi sesuatu kepada orang lain kemudian dimintanya kembali atau diungkit-ungkitnya pemberiannya tersebut. Perbuatan meminta dikembalikan pemberian itu atau perbuatan mengungkit-ungkit pemberian kepada seseorang itu tidak berdosa jika berlaku diantara ibubapa dengan anaknya. Maksudnya, apabila memberi kedua ibu bapa kepada anaknya, dia berhak memintanya semula atau berhaq menyebut-nyebut atau mengungkit-ungkit pemberiannya itu. Jelaslah taraf kedua ibu bapa itu terhadap anak-anaknya amat tinggi.

Menyentuh tentang mertabat kedua ibubapa terhadap anak-anaknya ini, di dalam sepotong hadith lain disebutkan bahawa kedua ibubapa seseorang anak itu berhak mengambil sebarang sesuatu milik anak-anaknya tanpa mendapat kebenaran anak-nyanya terlebih dahulu. Juga, mengikut sepotong hadith lain, jika kedua ibu bapanya tidak sukakan isteri anaknya, mereka berhak memaksa anaknya menceraikan isterinya, walaupun si anak itu sangat cintakan isterinya maka wajib anaknya menceraikan isterinya jika itulah perintah kedua ibu bapanya atau salah seorang orang tuanya. Maka dengan itu jugalah di dalam Islam keridaan kedua ibu bapa itu penting, dan jika tidak rida keduanya atau salah seorang daripadanya terhadap anaknya kerana apa sebab sekalipun, maka tidak rida Allah (a.w) terhadapnya. Jika Allah (a.w) tidak rida, walau bagaimana tinggi sekalipun amal ibadatnya, tidak akan masuk syurga dia:

Diriwayatkan hadith daripada Taus, daripada Ibnu Abbas (r.a) dan daripada Ibnu Omar (r.a) yang mengangkat hadith sampai kepada Nabi (s.a.w) [Nota: Hadith kategori ini hadith ‘marfu’ = Hadith yang disabdakan oleh Rasulallah (s.a.w) menjawab sesuatu pertanyaan atau permasalahan secara langsung] dengan sabdanya: ‘Tidak halal[1] bagi seorang lelaki (atau perempuan) apabila memberi dia (sesuatu kepada orang lain) satu pemberian (kemudian) kembali dia dengannya (yakni, dimintanya semula pemberiannya itu dari orang itu) (atau, diungkit-ungkitnya pemberiannya) kecuali (pemberian) kedua orang tua (yakni, ibu bapa) di dalam memberi (sesuatu kepada) anak-anaknya.’ [Hadith Ibnu Majah, Kitab Khiat]

[Nota: Hadith yang paling tinggi mertabatnya adalah Hadith Qudsi iaitu hadith yang menyebut kalimah yang Allah (a.w) sendiri yang berfirman yang disampaikan melalui lisan atau percakapan Rasulallah (s.a.w). Tarafnya seakan-akan kalimah al-Quran (iaitu, kalam atau kalimah Allah (a.w)). Hadith Marfu’ adalah hadith yang dicakapkan secara terus oleh Rasulallah (s.a.w) apakala menjawab pertanyaan atau persoalan atau permasalahan yang dibawa terus kepadanya oleh para sahabat untuk mendapat jawapan atau keputusan. Hadith Sahih adalah hadith yang tidak boleh dipersoalkan kebenarannya. Hadith Daif adalah sahih dari segi isinya tetapi terdapat sedikit permasaalahan dari segi isnadnya kerana mungkin terdapat dalam urutan isnadnya seseorang periwayat yang kewibawaannya dipersoalkan, tetapi sah diamalkan atau diibadatkan mesejnya. Maka dengan itu, terdapat hadith dhaif yang sama mesejnya dengan suatu hadith sahih, hanya yang membezakannya adalah salah seorang daripada isnad perawi hadith tersebut sahaja.]

Jazakallahu khairah

[1] Yakni tidak sekali-kali dibolehkan dalam Islam atau secara pasti berdosa apabila melakukannya

Wednesday, February 24, 2010

Dunia - Jangan utamakan!

Assalamualaikum,
Hari ini kita teliti satu tajuk yg utama tetapi sering kita lupakan - senaga atau tanpa disengajakan. Atau, kita sedar tapi tak ambil indah sangat. Orang yg sedemikian itu terdiri dari yg kaya, ternama, berpengaruh, dihormati, disanjungi, dijadikan idola atau orang biasa yg tiada apa-apa, kerana keterpaksaan pula, lupakan akhirat dan utamakan dunimereka juga. Kedua-dua golongan ini menempah kesusahan dalam kehidupan yg akan datang, akhirat!
Orang yg dalam golongan pertama - kaya, ternama, berpengaruh dsbnya - dilalaikan oleh kedudukan dan kemewahan mereka. Sudahlah kaya raya masih merasa tidak cukup, inginkan lebih kaya. Jika boleh termasuk dalam senarai yg terkaya Phobes atau Guinnese atau mana-mana ajelah badan yg menonjolkan keterlebihan seseorang itu dalam berbagai dimensi dan aspek! yg berpengaruh pula ingin meninggalkan nama sebagai tokoh dunia dalam bidangnya. Seorang ulama' tersohor ingin disenaraikan sebagai tokoh ulama' dunia disanjung bukan sahaja dalam negara, lebih utama oleh negara lain. Yg berilmu, selain diberi gelaran yg hebat, inginkan pula disanjung sebagai ahli pemikir yg pintar dan ori dalam sesuatru. Macam-macam lagilah keinginan manusia. Dalam masa yg sama ada yg kaya berbangga pula melihat dirinya berada di tahap sedemikian kerana kepintarannya mengolah sumber, kebijaksanaannya melihat peluang, dan sebagainya. Tapi, kerap kali orang-orang sedemikian itu krikil dan kedekut lagi bahil pula.
Yg miskin pula sibuk dengan dunia kerana kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang untuk menyara keluarga dan ingin hidup lega sedikit. Semuanya sama.
Kita diperingatkan oleh Allah (a.w) janganlah terlalu cintakan dunia, dan lupakan akhirat, dalam firman berikut:
Firman Allah (a.w): 'Qad aflaha man tazakka @Wazakarasmarabbihi fasalla @ Bal tukthirunal hayatad dunya @ Wal-akhiratu khairu wa-abqa.' [Maksud: Sesungguhnya untung (yakni, selamat dan berbahagialah) orang yang membersihkan (lahir batinnya) daripada berbagai kekotoran (jasmani dan rohani dari kekejian syirik, dan budi pekerti yang jelek (buruk), jahat, dengan meningkatkan keimanan dan ketaqwaan terhadap Allah (a.w) ) @ Dan selalu ingat kepada Allah (a.w) maka mengerjakan solat (untuk mendekati diri mereka kepada Allah (a.w)) @ Bahkan kamu sekelian mengutamakan kehidupan dunia (yang fana dan pasti akan meninggalkan kamu atau pasti ditinggalkan daripada akhirat) @ Pada hal akhirat itu lebih baik bahkan yang kekal.] [Ayat 14 - 17, Surah al-A’la]
Terdapat banyak peringatan Allah (a.w) di dalam al-Quran mengenai peringatan supaya jangan terlalu mengutamakan dunia, sehingga lupa bersedia untuk akhirat yang lebih kekal. Semua yang kita miliki di dunia akan meninggalkan kita. Malah hak kita semasa di duniapun sekadar apa yang kita makan dan minum dan pakai atau gunakan. Apa-apa yang tidak dipakai dan digunakan walaupun hakikatnya milik kita, tetapi sebenarnya milik orang lain. Yang kekal menjadi milik kita dari harta kekayaan yang kita kumpulkan adalah apa yang kita zakatkan, sedekahkan dan infaqkan. Kesemua yang demikian itu akan mengalirkan kebaikan dan pahala di akhirat kelak. Zakat, sedekah dan infaq adalah pembersihan kepada rezki dan penghapus kepada dosa. Justeru itu, apa-apa harta dan kekayaan yang kita manfaatkan demi Islam (yakni, fi sabilillah) adalah akan baik untuk kita. Yang lainnya tidak berguna.

Terdapat banyak peringatan Allah (a.w) di dalam al-Quran mengenai peringatan supaya jangan terlalu mengutamakan dunia, sehingga lupa bersedia untuk akhirat yang lebih kekal. Semua yang kita miliki di dunia akan meninggalkan kita. Malah hak kita semasa di duniapun sekadar apa yang kita makan dan minum dan pakai atau gunakan. Apa-apa yang tidak dipakai dan digunakan walaupun hakikatnya milik kita, tetapi sebenarnya milik orang lain. Yang kekal menjadi milik kita dari harta kekayaan yang kita kumpulkan adalah apa yang kita zakatkan, sedekahkan dan infaqkan. Kesemua yang demikian itu akan mengalirkan kebaikan dan pahala di akhirat kelak. Zakat, sedekah dan infaq adalah pembersihan kepada rezki dan penghapus kepada dosa. Justeru itu, apa-apa harta dan kekayaan yang kita manfaatkan demi Islam (yakni, fi sabilillah) adalah akan baik untuk kita. Yang lainnya tidak berguna.

Maka dengan itulah Rasulallah (s.a.w) seringkali mengingatkan umatnya, umat Islam, bahawa sesiapa yang mengutamakan dunianya maka dia memfakirkan akhiratnya. Ini disebutkan di dalam banyak hadith, antaranya berikut:

1. Diriwayatkan hadith daripada Aisyah (r.ah) berkata: ‘Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Dunia ini rumah bagi orang yang tiada mempunyai rumah di akhirat (i.e. orang yang ada rumah di akhirat hanyalah di syurga), dan harta orang yang tidak berharta di akhirat (i.e. ahli neraka tidak akan memiliki sebarang harta), dan yang mengumpulnya (i.e. segala sesuatu bersifat keduniaan) hanya mereka yang tidak berakal (kerana orang yang berakal itu tahu bahawa dunia ini sementara saja dan akhirat itu kekal selama-lamanya).’ [Hadith Imam Ahmad]

Yang penting adalah akhirat. Mereka yang mengumpulkan harta dan kekayaan semasa di dunia sebenarnya memfakirkan dirinya di akhirat. Kerana, sering kali manusia yang kasihkan dan cintakan dunianya, akan pasti melalaikan bahkan melupakan akhiratnya. Malah dia akan melakukan serba sesuatu untuk menganianya dirinya di akhirat apabila dia mempebanyakkan usaha untuk dunia, berbuat segala sesuatu untuk dunia, melalaikan amal dan ibadah wajib dan sunatnya, dan menghabiskan masa, dan seringkali pula wang ringgitnya, untuk kenikmatan dunia, lupa dia akan tanggungjawabnya terhadap Allah (a.w) dan RasulNya dan manusia lainnya dan diabaikannya persiapan untuk hari akhiratnya.

2. Diriwayatkan hadith daripada Abu Musa asy-Syaari (r.a) berkata Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Sesiapa yang cintakan dunia berbahaya terhadap akhiratnya, dan sesiapa yang cintakan akhiratnya berbahaya terhadap dunianya, maka utamakanlah yang kekal (yakni, kehidupan akhirat) daripada yang fana (yakni, dunia) yang akan rosak binasa.’ [Hadith Imam Ahmad]

Nasihat Rasulallah (s.a.w) di atas itu amat penting kita yang Islam ini jadikan pedoman hidup setiap masa. Jika kita utamakan dunia pastilah tidak akan kita lakukan sesuatu untuk akhirat kita. Sebaliknya, apabila kita utamakan dunia terabailah akhirat kita kerana kita melakukan pelbagai perbuatan dan perlakuan serta segala sesuatu untuk menikmati nikmat dunia yang mudah dirasai dan mudah kita difahami. Walhal, nikmat akhirat adalah sesuatu yang ghaib dan sukar difahami bagi mereka yang jahil tentang akhiratnya dan bagi mereka yang sangsi tentang akhirat tersebut. Rasulallah (s.a.w) menasihatkan supaya kita yang Islam hendaklah utamakan yang kekal. Berapa ramaikah manusia yg akur dengan nasihat Rasulallah (s.a.w)? Para ulama'pun dengan senang hati melanggar ketetapan Allah (a.s) dan ketetapan Rasulallah (s.a.w), ini pula mendengar nasihat...

Rasulallah (s.a.w) memberitahu kita umatnya, bahawa (purata) umur umat Muhammad (s.a.w), mengikut sabdanya dalam sepotong hadith, hanyalah sekadar 60 atau 70 tahun. Berapa lamakah nikmat dunia yang boleh kita rasai. Sedangkan apabila qiamat dunia sebelum diistiharkan kekekalan akhirat oleh malaikat di siratul mustaqim selepas hisab, kita menunggu di padang makhsyar untuk Buku atau Kitab Catitan Amalan kita memakan masa 50 tahun dalam hitungan tahun akhirat. Sehari di akhirat adalah bersamaan 1,000 tahun kiraan tahun dunia! Itu belum lagi akhirat, yang kekal tanpa sempadan waktu dan tanpa berkesudahan!

Mesej sabda Rasulallah (s.a.w) yg pertama adalah jika seseorang itu inginkan syurga hendaklah dia jangan dahulukan dunianya mengatasi akhiratnya. Hari ini kebanyak manusia, ketepikan akhiratnya. Mereka itu terdiri dari pemimpin, ulama' dan ilmuwan, orang yg mewah, orang yg berharta, orang yg berkedudukan dan sebagainya. Lihatlah tatakelakuan serta perbuatan dan kegiatan harian mereka. Kita akan dapati kebanyakan mereka sangat cintakan dunia, dan bertindak seolah-olah akhirat tidak wujud atau kalau wujudpun tidak ada masalah untuk mendapatkannya. Kenapa tidak?Dalam kejahilan manusia itu, mereka pandang ringan tuntutan akhiratnya, dan beratkan hatinya serta tumpukan segala tenaganya untuk dapatkan dunianya...

Mesej kedua dalam sabda Rasulallah (s.a.w) itu mereka yg berusaha tanpa henti-henti mengumpul harta di dunia itu adalah mereka yangyg tidak akan berharta di akhirat. Ornag yg tanpa harta di akhirat adalah penghuni neraka! Yg berada di syurga memiliki harta yg banyak. Fikirlah orang yg termiskin di dalam di akhirat (i.e. dalam syurga) adalah memiliki kekeyaan 8 kali dunia dan isinya! Siapakah yg paling kaya di dunia sekarang ini? Bill Gates atau Syed Mukhtar al-Bukhary (dikalangan orang Islam di Malaysia)? Mereka masih miskin berbanding dengan orang yg termiskin di akhirat! Malah kekayaan Qarun zaman Musa (a.s) tidak dapat ditandingi oleh mana-mana manusia sekarang ini! Kerana terlalu kaya, lupa dia tanggung jawabnya terhadap Allah (a.w)! Orang yg kaya kinipun sering terlupa dengan tanggung jawabnya terhadap Allah (a.w). Pertama, nilai dan jumlah zakatnya tak kurang dari 10% nilai kekayaannya, sehingga sampai 1/3 nilai kekayaannya. Apakah sudah dikeluarkan mengikut ketetapan al-Quran dan as-Sunnah? Kedua, infaqnya pula bergantung kepada nilai Islam dalam hati kecilnya pula. Infaq adalah membelanjakan sebahagian harta kurniaan Allah (a.w) over and above zakat yg wajib. Orang yg kaya dan berharta menempah tiket ke syurga melalui infaq fi sabilillahnya dan bukan zakatnya! Ramai orang kaya gagal dalam perkara zakat dan infaq ini. Maka dengan itulah mereka menjalani hisaban yg amat teliti, terperinci dan lama sebelum diberikan tiket masuk ke syurga. Kebanyakan orang kaya akan gagal. Daripada 1,000 yg kaya itu, 999 pasti gagal melepasi hisaban harta mereka! Maka dengan itulah Rasulallah (s.a.w) menyebut, cubaan (fitnah) terbesar umat beliau adalah harta dan wanita (perempuan). Kebanyakan umatnya terjerumus ke dalam neraka kerana harta dan wanita (perempuan).

Orang yg mungkin berjaya adalah seumpama Abu Bakar as-Siddiq (r.a) dan Omar ibni Khattab (r.a) dan beberapa sahabat Rasulallah (s.a.w) zamannya. Hari ini, kebanyakan orang itu membazir harta.

Maka dengan itulah, kita wajar sering ingati peringatan Allah (a.w) berikut:

Firman Allah (a.w): '

Ya aiyuhallazina amanut taqullaha waltanzur nafsun ma qaddamat lighadin, wat-taqullaha, innallaha khabirum bima ta’maluna.' [Maksud: Wahai orang-orang yang beriman (yakni, orang Islam dan yang mengerjakan tanggungjawabnya terhadap Allah (a.w), seperti mengerjakan amalan dan ibadah dan taatkan Allah (a.w) dan RasulNya)! Bertaqwalah kepada Allah (a.w). Dan hendaklah setiap jiwa (mereka yang hidup itu) wajib memerhatikan (yakni, menghisab amalan dan perlakuan diri sendiri) apakah yang telah disediakan atau disiapkan untuk hari esok (yakni, hari akhirat), dan hendaklah benar-benar bertaqwa kepada Allah (a.w), sesungguhnya Allah (a.w) Maha Mengetahui sedalam-dalamnya semua perbuatanmu.][Ayat 18, Surah al-Haysr].

Antara satu peringatan Allah (a.w) adalah supaya manusia yang mengakui dirinya Islam dan beriman wajib meneliti segala sesuatu yang dipersiapkan olehnya untuk akhiratnya. Orang yang beriman itu taatkan Allah (a.w) dan taatkan Rasulallah (s.a.w). Mereka mengerjakan amalan dan ibadah yang diwajibkan. Orang yang bertaqwa itu mengerjakan amalan dan ibadah yang disunatkan. Maka mereka akan membuat muhasabah diri, yakni, sentiasa meneliti, mengingatkan dan mempastikan apakah amalan dan ibadah serta segala sesuatu amal ma’ruf yang dipersiapkan untuk kiriaman akhirat demi mencari kebajikan dan kesejahteraan akhirat mereka. Rasulallah (s.a.w) peringatkan umatnya dalam sepotong hadith bahawa hendaklah kita hisab diri kita sebelum kita dihisab di akhirat. Pesanan yg sejajar dengan firman Allah (a.w) di atas itu.

Mudah-mudahan kita bersedia ingat dan bersedia menyediakan diri supaya tidaklah menjadi orang yang tidak memiliki rumah di akhirat dan supaya kita tidaklah menjadi orang yang fakir di akhirat.

Jazakallahu khairah

Panduan harian yg fundamental

Assalamualaikum,
Saudara, sekali sekala kita kembali mengingatkan diri kita terhadap ketetapan Islam yg amat basic. Apa dia? Orang Islam dan beriman itu wajib ingatkan dirinya sentiasa bahawa kewajipan setiap saat adalah:
1. Taatkan Allah (a.w), i.e. ikuti ketetapan al-Quran;
2. Taatkan Rasulallah (s.a.w), i.e. ikuti ketetapan as-Sunnah;
Ketetapan pertama dan kedua ini adalah perintah core dalam Islam. Ini adalah perintah serta panduan fundamental dalam Islam. Dalam al-Quran ketaatan-ketaatan ini sering disebutkan oleh Allah (a.w) dalam firmanNya dalam al-Quran dan sering disebutkan oleh Rasulallah (s.a.w) dalam as-Sunnah. Antara firman Allah (a.w) yg utama adalah menjadi panduan kita setiap saat adalah Ayat 13, Surah an-Nisa': '... barangsiapa taatkan Allah (a.w) (i.e. ikuti ketetapan al-Quran) dan (barangsiapa) taatkan Rasulallah (s.a.w) (i.e. ikuti ketetapan as-Sunnah), dimasukkan dia ke dalam syurga ...' . Itulah janji pasti Allah (a.w). Sesiapa yg ikuti sepenuhnya ketetapan al-Quran dan ikuti sepenuhnya ketetapan as-Sunnah, pasti mendapat syurga. Sesiapa yg tidak taatkan Allah (a.w) pastilah dia bukan Islam dan kerana bukan Islam, maka dapatlah dia semata-mata dunia, dan di akhirat kelak, i.e. selepas matinya, maka tiadalah apa-apa baginya, selain disiksa di dalam kubur (azab kubur) dan secara otomatis dimasukkan ke dalam neraka apakala kiamat dunia.
Sebaliknya adalah ketetapan firman Allah (a.w) dalam Ayat 14, Surah an-Nisa': 'Dan barangsiapa yg tidak taatkan Allah (a.w) (yakni, menentang) (i.e. tidak ikuti ketetapan al-Quran) dan tidak taatkan Rasulallah (s.a.w) (i.e. tidak ikuti ketetapan as-Sunnah) dan melanggar batasan-batasan (i,e. had) ketetapan-ketetapan Allah (a.w) (sebagaimana yg terdapat dalam al-Quran) dan melanggar batasan-batasan (i.e. had) ketetapan Rasulallah (s.a.w) (sebagaimana yg terdapat dalam as-Sunnah), akan dimasukkan ke dalam neraka...', adalah suatu yg pasti.
3. Taatkan 'ulil amri', i.e. orang yg berkuasa terhadap jema'ah Islam, iaitu Imam atau Amir atau kepimpinan Islam - orang yg memiliki kuasa terhadap perkara Islam dan jema'ah umat Islam;
Ini adalah perintah fundamental Allah (a.w) pada Ayat 59, Surah an-Nisa': 'Wahai orang-orang yg beriman! Taatkanlah akan Allah (a.w) (i.e. ikuti ketetapan al-Quran) dan taatkanlah Rasulallah (s.a.w) (i.e. ikuti ketetapan as-Sunnah) dan (taatkanlah) ulil amri' dari kalangan kamu; maka jika berselisihan faham kamu terhadap sesuatu maka kembalilah kepada Allah (a.w) (i.e. rujuklah kepada ketetapan al-Quran) dan (kembalilah) kepada Rasulallah (s.a.w) (i.e. rujuklah kepada ketetapan as-Sunnah), jika ada kamu sekelian beriman dengan Allah (a.w) dan (beriman dengan) hari akhirat (i.e. kiamat); demikian itu (keputusan yg) baik dan sebaik-baik keputusan.' Ketaatan terhadap 'ulil amri' itu bersyarat: iaitu, jika timbul keraguan atau perbalahan atau perselisihan pendapat tentang apa saja dalam Islam, umat Islam yg beriman tu wajib mendapatkan jalan penyelesaian atau keputusan muktamat dengan merujuk kepada ketetapan Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w). Dimensi ketaatan terhadap 'ulil amri' ini diperjelaskan oleh Rasulallah (s.a.w) dengan panjang lebar dalam as-Sunnah. Hanya mereka yg faqih tentang as-Sunnah akan tahu ilmu serta manifestasi cara dan kaedah mengamalkan atau berpandu dengannya. Maka dengan itulah wajib kita mencari dan mendalami ilmu as-Sunnah supaya kita benar-benar terpandu.
4. Taatkan kedua ibu bapa; dan
Setiap anak, lelaki mahupun perempuan, itu bertanggungjawab dan diwajibkan oleh Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) taatkan kedua ibubapanya. Hanya satu pengecualian, seorang anak perempuan, dikehendaki mentaati suaminya apakala dia sudah berumah tangga, kerana tanggungjawab kedua ibubapanya terhadap anak perempuan itu tamat apakala dia dinikahkan dan tanggungjawab tersebut diambil alih oleh suaminya. Di dalam Islam, perkahwinan menambah tanggungjawab seorang suami atau lelaki, kerana kini dia wajib pula menghormati kedua-dua ibu dan bapa mertuanya sebagaimana dia menghormati kedua ibu bapanya sendiri. Maka dengan itu, suami mengambil tanggungjawab ibu dan bapa kepada isterinya apakala dia melafazkan ijab kabul dalam pernikahannya.
5. (Bagi wanita yg sudah berumah tangga) Taatkan suaminya.
Justeru itu, anak-anak yg memenuhi syarat-syarat di atas itu, akan mendapat syurga, dan perempuan yg memenuhi syarat-syarat di atas itu, akan memperolehi syurga. Jelasnya, bagi seorang isteri jika dia mentaati suaminya, mentaati kedua ibubapanya tertakluk kepada ketaatan kepada suaminya, kemudian dia juga taatkan Rasulallah (s.a.w) dan taatkan Allah (a.w), dijamin masuk syurga. Bagi seorang lelaki, apabila dia taatkan kedua ibubapanya, taatkan Rasulallah (s.a.w) dan taatkan Allah (a.w) pasti dia masuk syurga. Wajib diingat bahawa ketaatan kepada ibubapa dan, bagi wanita, suaminya itu, adalah dibatasi oleh ketaatan terhadap yg pertama dan kedua, iaitu taatkan Allah (a.w) dan taatkan Rasulallah (s.a.w). Maksudnya, kedua ibubapa tidak boleh memerintah anak-anak melakukan sesuatu yg sama sekali bertentangan dengan ketetapan Allah (a.w) dan ketetapan as-Sunnah, sebagaimana 'ulil amri' tidak boleh menyuruh jema'ah umat Islam sesuatu yg maksiat (i.e. yg bertentangan dengan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah). Begitu jugalah suami. Suami tidak boleh menyuruh isterinya lakukan sesuatu yg bertentangan dengan ketetapan Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w), seperti ketika bersenggama meliwat isterinya (i.e. menyetubuhi isterinya dari duburnya).
Alangkah mudahnya mendapat ganjaran syurga. Yg tidak dapat syurga, adalah orang-orang yg mengakui dirinya Islam dan beriman, kemudian melakukan segala sesuatu yg bertentangan dengan lima ketetapan di atas tersebut. Maka, tidak mendapat syurga dia, kecualilah di akhirat kelak, setelah dibersihkan dari dosa-dosanya, dan wujud sebesar zarah atau seekor semut hitam keimanannya kepada Allah (a.w), maka akhirnya dia dimasukkan ke dalam syurga. Orang inilah yg diceritakan di dalam as-Sunnah, orang Islam yg terakhir masuk syurga.

Jazakallahu khairah

Tuesday, February 23, 2010

Berita hangat hari ini ...

Assalamualaikum,
nampaknya nasib bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri, semakin 'buruk'. Bacalah akhbar Berita Harian keluaran hari ini (23 Feb. 2010). Sudahlah didakwa oleh JAIS mengajarkan ugama tanpa tauliah, kini beliau disaman malu pula oleh Dato' Mohd Nakha'i Ahmad, KP YADIM RM 1.5 juta. Kalau Nakha'i menang kayalah dia, dan papalah Dr Mohd Asri. Kalau Dr Asri menang, tak tahulah kalau dia juga minta ganti rugi! Yg jelasnya kes ini memalukan Islam dan mereka yg bergelar ulama' dalam Islam di Malaysia!
Katanya Dr Asri memfitnah Nakha'i berhubung denga berita-berita angin bahawa beliau akan dilantik oleh kerajaan untuk mengambil alih jawatan Nakha'i di YADIM dan kononnya Nakha'i, melalui memorandum kpd PM, telah membuat bantahan.
Entahlah. Itulah yg dilapurkan oleh akhbar. Sama ada betul atau tidak wallahu 'alam. hanya Nakha'i dan Dr Asri yg tahu.
Yg jelas adalah hari ini ulama' sendiri tidak percaya atau yakin dengan ketetapan Allah (a.w) dan ketetapan as-Sunnah untuk membuat pengadilan yg terbaik! Mereka sebagaimana orang yg jahil dengan Islam dan yg menjulang dunia, kembali kepada mahkamah - atau kepada manusia - untuk membuat keputusan tentang segala sesuatu yg mereka pertikaikan, terutama tentang ugama. Walhal Allah (a.w) perintahkan kita dalam Ayat 59, Surah an-Nisa' bahawa jika kita berselisih faham tentang sesuatu kita wajib mendapat ketentuan dengan merujuk kepada Allah (a.w) (i.e. al-Quran) dan merujuk kepada Rasulallah (s.a.w) (i.e. as-Sunnah)!
Sedikit masa dulu orang Islam membiarkan pula mahkamah, atau lebih tepat seorang hakim, hakim yg bukan Islam pula membuat keputusan atau ketetapan mengenai sesuatu yg fundamental dalam Islam. Ramai para ulama' dan ilmuwan Islam berdiam diri, takut dicap ingkarkan mahkamah atau menghina mahkamah. Mereka sedia menerima Islam dihina oleh orang bukan Islam atau oleh satu institusi yg tidak Islam dalam segala sesuatu yg diuruskannya, tetapi bersedia membiarkan orang bukan Islam menghina Islam!
Tak tahulah apa nak jadi kepada orang Islam hari ini. Mudah-mudahan Allah (a.w) membalas sesuatu kepada mereka yg meremehkan Islam dan mengutamakan dunia dan menjatuhkan imej Islam dan orang Islam serta membelakangkan akhirat demi menjaga kesejahteraan dunianya ...
Bagi penulis, penulis berpandangan sesiapa yg mengheret isu ugama kpd mahkamah atau keputusan dunia, tidak layak memimpin organisasi Islam dan memimpin jema'ah Islam!
Jazakullahu khairah

Monday, February 22, 2010

Panduan penting bagi orang iman (Samb.)

Assalamualaikum,
Kita sambung semula tajuk di atas untuk mengetahui mesej Rasulallah (s.a.w) yg menasihatkan Abu Zarr (r.a) dalam post kelmarin.
Hadith yg kita rujuk dalam post kelmarin adalah hadith berikut:
1. Diriwayatkan hadith daripada Abu Zarr (r.a) yang bertanya kepada Rasulallah (s.a.w) tentang beberapa nasihat, maka Rasulallah (s.a.w) menyuruh beliau meningkatkan ketaqwaan kerana ia (yakni, ketaqwaan) boleh membentuk keperibadian luhur yang menjadi asas segala tindakan dan perlakuan yang menyelubungi jiwa seorang yang beriman. Kemudian Abu Zarr (r.a) meminta lagi nasehat, maka Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Hendaklah sentiasa kamu secara berterusan membaca Al-Quran dan mengingati Allah (a.w)(yakni, seperti berzikir kepada Allah (a.w)), kerana ia ‘nur’ (yakni, cahaya keimanan) di dunia dan ‘zakhirah’ (yakni, perhiasan diri) di syurga.’ Abu Zarr (r.a) meminta lagi nasihat, maka Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Kurangkan ketawa kerana ia menjadikan jiwa sombong dan menghapuskan seri muka kamu.’ Kemudian Abu Zarr (r.a) meminta lagi nasihat, maka bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Hendaklah kamu teruskan berjihat kerana ia adalah ‘ruhbaniah’ bagi umatku.’ Kemudian Abu Zarr (r.a) meminta lagi nasihat, maka Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Biasakanlah dirimu dengan orang-orang yang miskin dan orang-orang yang memerlukan bantuan, berbuat baik kepada mereka dan duduklah bersama-sama mereka.’ Kemudian Abu Zarr (r.a) memohon nasihat lagi, maka bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Lihatlah kepada mereka yang berada di bawah kamu supaya (dengan kerana itu) kamu membiasakan diri merasa syukur terhadap nikmat Allah (a.w), dan janganlah kamu melihat orang yang berada di atas kamu (dengan kerana itu) nanti kamu akan menjadi tidak bersyukur terhadap pemberian Allah (a.w) kepada kamu.’ Kemudian Abu Zarr (r.a) memohon nasihat lagi, maka bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Biarlah salah silap kamu menjadikan kamu tidak mencemuh orang lain. Dan janganlah mencari salah silap orang lain, kerana kamu sendiri melakukan kesalahan sedemikian. Tidak wajar kamu menyatakan salah silap orang lain dengan mencari kesilapannya, kerana salah silap sedemikian itu kamu sendiri memilikinya tanpa kamu sendiri sedari akan wujudnya.’ Kemudian itu Rasulallah (s.a.w) menepuk dada Abu Zarr (r.a) sambil bersabda: ‘Wahai Abu Zarr (r.a)! Tidak ada kebijaksanaan yang lebih baik daripada cermat berbelanja, dan tidak ada keimanan yang lebih baik daripada tidak melakukan kesalahan (atau dosa), dan (tidak ada) sifat ketinggian darjat lebih baik dari akhlak yang baik.’ [Hadith sahih Ibnu Hibban]
Kita telahpun teliti mesej pertama hingga mesej ke-enam dalam post kelmarin. Hari ini kita sambung dengan melihat mesej-mesej selanjutnya dalam hadith yg panjang ini.
Ketujuh, sebagai seorang Islam Rasulallah (s.a.w) menyebutkan pula bahawa tidak wajar kita mencemuh atau mengata-ngata atau memperkecilkan orang lain. Kita diberitahu bahawa umat Islam itu saudara se Islam, maka tidak wajarlah seorang saudara mencaci dan menghina dan menghamun saudaranya. Dalam sepotong hadith lain disebutkan bahawa sesiapa yang menutupi keaipan saudaranya dalam dunia maka Allah (a.w) akan menutupi aipnya di akhirat kelak. Di dalam hadith lain disebutkan pula bahawa hendaklah kita menghebah-hebahkan kebaikan seseorang itu kepada orang lain, dan hendaklah kita tidak menceritakan keburukan atau keaipan seseorang itu kepada orang lain. Malah kita disuruh menutup keaipan orang lain, kalaupun ia wujud dan kita ketahui kewujudannya.
Kedelapan, kita hendaklah jangan mencari-cari keburukan atau kesilapan atau keaipan orang lain, kerana kita sendiri ada keburukan atau kesilapan atau keaipan tersebut tanpa kita ketahui. Kita adalah manusia, ciri-ciri manusia itu serupa sahaja. Yang membezakan antara seseorang itu dengan seseorang yang lain adalah keimanan dan ketaqwaannya yang membezakan tindak tanduknya di dunia. Lebih keimanan dan ketaqwaannya maka kuranglah sifat-sifat kejinya seperti sifat atau tabiat suka mencari salah silap orang lain atau mendedahkan keburukan dan keaipan orang lain.
Kesembilan, hendaklah kita menjadikan darah daging kita sifat berjimat dan tidak boros berbelanja. Rasulallah (s.a.w) menyebutkan bahawa kebijaksanaan yang paling tinggi pada manusia adalah berjimat cermat. Nasihat ini pastilah jelas dan tidak mengelirukan. Kita tidak tahu bilakah agaknya kita akan susah atau sakit atau kehilangan sesuatu. Jadi jika kita tidak bersedia untuk perkara-perkara tersebut maka pastilah kita akan melarat dan merempat kelak apabila berlaku perkara itu. Maka dengan itulah seseorang yang paling bijak dalam hidupnya adalah dia berjimat cermat sentiasa demi menyediakan dirinya sesuatu yang menyulitkannya kelak, jika berlaku.
Kesepuluh, Rasulallah (s.a.w) menyebutkan keimana yang terbaik adalah tidak melakukan dosa. Barangsiapa mampu menjaga dirinya daripada berbuat apa jua dosa (yakni, melakukan kesalahan-kesalahan – melanggar perintah Allah (a.w) dan perintah Rasulallah (s.a.w) – adalah orang yang paling tinggi taraf iman atau keimanannya[1]. Di dalam sepotong hadith lain disebutkan oleh Rasulallah (s.a.w) setiap manusia seharian akan melakukan paling minimum 2,500 jenis dosa. Itu adalah dosa-dosa kecil. Dosa-dosa besar tidak disebutkan. Dosa-dosa kecil itu boleh terhapus sebahagian dengan mengambil wudu’ dan bersolat dan sebahagian dengan melakukan pelbagai ibadat sunnat lain dan berdoa[2].
Kesebelas, Rasulallah (s.a.w) memberitahu kita bahawa tidak ada darjat kemuliaan yang paling tinggi dalam Islam selain mereka yang memiliki akhlak yang tinggi dan terbaik. Ini adalah salah satu pencapaian yang amat sukar bagi kita dalam meningkatkan taraf dan mertabat keIslaman, keimanan dan ketaqwaan kita. Barangsiapa dapat mengamalkan keperibadian dan akhlah yang luhur dan tinggi sudah pastilah dia mempunyai darjat kemuliaan yang tertinggi. Orang yang mempunyai akhlak sedemikian pastilah dia mencapai kejayaan mendapat syurga Allah (a.w).
[Nota-nota: [1] Mungkin ramai orang Islam yang tidak sedar bahawa melanggar perintah dan suruhan Rasulallah (s.a.w) itu berdosa atau mendatangkan dosa. Memang jelas bahawa melanggar perintah Allah (a.w) sudah pasti berdosa. Melanggar perintah dan suruhan Rasulallah (s.a.w) juga berdosa. Sebab, di dalam Al-Quran disebutkan bahawa hendaklah kita ‘Taatkan Allah (a.w)’ dan ‘Taatkan Rasulallah (s.a.w)’. Allah (a.w) berfirman di dalam Al-Quran bahawa apa-apa yang disuruh oleh Rasulallah (s.a.w) hendaklah kita ambil dan apa-apa yang ditegahnya hendaklah kita tinggalkan; sesiapa taatkan Rasulallah (s.a.w) maka dia telah mentaati Allah (a.w); sesiapa yang sayangkan Allah (a.w) hendaklah dia ikuti perintah dan suruhan Rasulallah (s.a.w), dan banyak lagi firman Allah (a.w) sedemikian. Orang-orang yg menyayangi Allah (a.w) pastilah Allah (a.w) menyayanginya. Juga, Rasulallah (s.a.w) memberitahu bahawa seseorang itu hanya dikira beriman apabila dia menyayangi Rasulallah (s.a.w) lebih dari kasih sayangnya kepada orang lain sama ada ibubapanya atau suami/isterinya/anak-anaknya. Kerana Rasulallah (s.a.w) mengajak kepada kesejahteraan di akhirat. manusia lain tidak mengajak kepada syurga, malah menjadi fitnah atau cubaan dalam usaha seseorang mencari syurga itu. [2] Kita akan teliti kemudian nanti, insya Allah, demi kebajikan kita.]
Jazakallahu khairah.

Sunday, February 21, 2010

Polemik Maulidur Rasul ...

Assalamualaikum,
bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri, seperti biasa menulis dalam ruangan Rencana setiap Ahad dalam akhbar Mingguan Malaysia. Kali ini (21 Feb. 10) beliau menulis atas tajuk: 'Maulid, Melayu dan mamak Penang'. Interesting juga. Saudara bolehlah baca kalau nak tahu sejarah perayaan maulidur Rasul yg sekian tahun kita adakan di Malayasi, kecuali ada sedikit kekecohan tahun ini di Pulau Pinang dan di Kelantan.
Apa yg disebutkan oleh beliau penulis setuju 100%. Memang benar apakah gunanya kita pakaikan Islam dengan berbagai-bagai perhiasan dunia, walhal pada hakikatnya kita telahpun mencemar Islam dalam kejahilan kita atau dalam kesedaran tapi kita abaikan kerana kita mengutamakan dunia dan membelakangkan akhirat kita. Walhal, Allah (a.w) beri kita tahu utamakanlah akhirat, janganlah utamakan dunia! Kalau kita utamakan Islam yg haq kita akan menyemak semula segala bentuk-bentuk, cara dan kaedah serta pengisisan amalan dan ibadah kita dalam Islam supaya menepati ketetapan al-Quran dan as-Sunnah sahaja. Kerana itu saja jaminan mendapat kebahagian di akhirat... Malangnya kita ketetapikan yg haq dan perbesarkan sesuatu yg bukan sahaja remeh, tetapi tidakpun menjadi tuntutan Islam dan as-Sunnah! Kita sering hiasi Islam dengan persepsi kita dalam kejahilan. Janganlah jadikan Islam sebagaimana Kristian jadikan ugama Isa (a.s) sebagai perhimpunan untuk menyanyi beramai-ramai ...
Jazakallahu khairah.

Polemik tentang sebatan 3 wanita ...

Assalamualaikum,
dalam akhbar Mingguan Malaysia hari ini (21 Feb. 10), ms 4, tertulis 'Pemuda Pas Selar SIS' dan 'SIS Perlu Bijak Kawal Emosi- JAKIM', adalah dua tulisan tentang polemik kecil ini.
Dalam lapuran pertama ada disebutkan tentang hukum syar'ah 100 rotan kerana zina itu. Bererti ramai orang tahu hukum Allah (a.w), hukumyg hak, tetapi tidak seorangpun yg Islam dan beriman berani bercakap bahawa tiada hukumlain yg boleh menggantikan hukum Allah (a.w). Dalam lapuran kedua itu KP JAKIM mengulas dan membidas SIS. SIS adalah NGO yg penganutnya bertopengkan Islam kerana kesemua ahlinya mungkin mengakui mereka Islam, tetapi jahil tentang Islam dan bercakap sebagaimana orang bukan Islam bercakap atau mereka tahu tetapi kerana visi NGO itu bukan kerana Islam maka mereka membelakangkan ketetapan Allah (a.w) demi perjuangan NGO itu sendiri. Jelaslah, jika begitu jelaslah SIS adalah pertubuhan yg ahlinya cuba menegakkan kebatilan dan menidakkan yg haq. Justeru itu, jika mereka tidak bertaubat, mereka telahpun menempah neraka apabila setiaop seorang dari mereka sampai ajalnya!
Penulis kesian dengan mereka yg menganggotai SIS. Nasihat penulis adalah demi keselamatan akhirat mereka eloklah mereka bubarkan saja SIS. Tidak ada untungnya memperdagangkan akhirat demi dunia mereka.
Dalam ruangan Rencana pula, saudara boleh baca komen Mufti Perak TS Harussani tentang SIS dan golongan Islam Liberal, dalam mengulas pendapat SIS mengenai hukum sebat 6 kali terhadap 3 wanita. Komen tersebut adalah komen Awang Selamat yg juga menyebut tentang apa yg terjadi suatu masa dulu bila seorang pensyarah wanita luar negara yg bertugas suatu masa di UIAM, menngimami suatu solat dimajjid yg sebahagian makmumnya adalah lelaki Islam,iaitu Dr Aminah Wadud. Ada beberapa nama lain disebutkan yg sealiran dengannya iaitu Dr Fatimah Mernisi dan Amira Sabul, yg katanya golongan mereka y cuba mentafsirkan al-Quran supaya menyebelahi kaum wanita. Mereka mau wanita diber taraf yg sama dengan lelaki dalam Islam. Hasrat tersebut dari segi logiknya bagus, tetapi Islam bukanlah satu peraturan yg bersandarkan logik manusia. Islam dicipta Allah (a.w) dan dibentuk bersandarkan ilmu Allah (a.w). Dan, ilmu Allah (a.w) tidak manusia yg boleh mengatasinya. Umat Islam yg beriman dikehendaki hanyalah dengar ketetapan Allah (a.w) dan RasulNya dan kemudian ambil, terima dan taati. Itu saja. Sesiapa ygakur dengan ketetapan Allah (a.w) dan ketetapan RasulNya pasti dijaminmendapat syurga - Ayat 13, Surah an-Nisa' dan sesiapa yg menentang Allah (a.w) dan RasulNya, dan sesiapa yg melanggar ketetapan Allah (a.w) dan RasulNya, wajib dicamnpakkan ke dalam neraka - Ayat 14, Surah an-Nisa'. Itu janji yg pasti. Oleh itu, SIS dan sesiapa saja yg bertindak mengikut kehendak mereka sendiri dalam kes ini dan dalam lain-lain kes, adalah calun neraka, kecuali mereka bertaubat dan taubat mereka di terima Allah (a.w)!
Mudah-mudahan kita tidaklah tergolong dari kalangan mereka yg disebutkan dalam Ayat 14 Surah an-Nisa' tersebut, Amin.
Saudara boleh baca seterusnya dalam liputan akhbar tersebut.
Jazakallahu khairah.

Panduan penting bagi orang iman

Assalamualaikum, cuba kita lihat panduan Rasulallah (s.aw) berikut dan kita ambil sebagai panduan hidup kita.
Di dalam hadith berikut, seorang sahabat Rasulallah (s.a.w) bertanyakan kepada Rasulallah (s.a.w) beberapa panduan hidup yang perlu untuk dirinya. Seperti biasa apa jua nasihat yang datangnya daripada Rasulallah (s.a.w) untuk mana-mana sahabat adalah relevan untuk umat Islam. Begitulah ciri sunnah Rasulallah (s.a.w), kerana Rasulallah (s.a.w) bersabda berpandukan wahyu bukan kerana kehendak nafsu atau dirinya sendiri:
1. Diriwayatkan hadith daripada Abu Zarr (r.a) yang bertanya kepada Rasulallah (s.a.w) tentang beberapa nasihat, maka Rasulallah (s.a.w) menyuruh beliau meningkatkan ketaqwaan kerana ia (yakni, ketaqwaan) boleh membentuk keperibadian luhur yang menjadi asas segala tindakan dan perlakuan yang menyelubungi jiwa seorang yang beriman. Kemudian Abu Zarr (r.a) meminta lagi nasehat, maka Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Hendaklah sentiasa kamu secara berterusan membaca Al-Quran dan mengingati Allah (a.w)(yakni, seperti berzikir kepada Allah (a.w)), kerana ia ‘nur’ (yakni, cahaya keimanan) di dunia dan ‘zakhirah’ (yakni, perhiasan diri) di syurga.’ Abu Zarr (r.a) meminta lagi nasihat, maka Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Kurangkan ketawa kerana ia menjadikan jiwa sombong dan menghapuskan seri muka kamu.’ Kemudian Abu Zarr (r.a) meminta lagi nasihat, maka bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Hendaklah kamu teruskan berjihat kerana ia adalah ‘ruhbaniah’ bagi umatku.’ Kemudian Abu Zarr (r.a) meminta lagi nasihat, maka Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Biasakanlah dirimu dengan orang-orang yang miskin dan orang-orang yang memerlukan bantuan, berbuat baik kepada mereka dan duduklah bersama-sama mereka.’ Kemudian Abu Zarr (r.a) memohon nasihat lagi, maka bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Lihatlah kepada mereka yang berada di bawah kamu supaya (dengan kerana itu) kamu membiasakan diri merasa syukur terhadap nikmat Allah (a.w), dan janganlah kamu melihat orang yang berada di atas kamu (dengan kerana itu) nanti kamu akan menjadi tidak bersyukur terhadap pemberian Allah (a.w) kepada kamu.’ Kemudian Abu Zarr (r.a) memohon nasihat lagi, maka bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Biarlah salah silap kamu menjadikan kamu tidak mencemuh orang lain. Dan janganlah mencari salah silap orang lain, kerana kamu sendiri melakukan kesalahan sedemikian. Tidak wajar kamu menyatakan salah silap orang lain dengan mencari kesilapannya, kerana salah silap sedemikian itu kamu sendiri memilikinya tanpa kamu sendiri sedari akan wujudnya.’ Kemudian itu Rasulallah (s.a.w) menepuk dada Abu Zarr (r.a) sambil bersabda: ‘Wahai Abu Zarr (r.a)! Tidak ada kebijaksanaan yang lebih baik daripada cermat berbelanja, dan tidak ada keimanan yang lebih baik daripada tidak melakukan kesalahan (atau dosa), dan (tidak ada) sifat ketinggian darjat lebih baik dari akhlak yang baik.’ [Hadith sahih Ibnu Hibban]
Hadith yang panjang ini memberikan banyak prinsip utama yang wajar diberi perhatian oleh seorang Islam yang mengaku mereka beriman. Sekiranya prinsip dan panduan tersebut dijadikan panduan hidup sentiasa sudah pastilah kita menjadi orang yang baik kepada sesiapa sahaja yang kita bergaul saban hari di mana saja kita berada. Apakah sifat-sifat tersebut yang wajib menjadi panduan perlakuan dan peribadi kita?
Terdapat sebelas perkara yang dinasihatkan oleh Rasulallah (s.a.w) kepada Abu Zarr (r.a), yakni umat Islam:
Pertama sekali hendaklah kita berusaha meningkatkan ketaqwaan kerana ketaqwaan ini akan membentu keperibadian yang luhur kepada seseorang itu kerana ketaqwaan itu melibatkan hubungannya dengan Allah (a.w) dan RasulNya serta hubungannya dengan manusia lain, termasuk kedua ibu bapanya, suami isteri, kaum kerabat, sahabat handai dan rakan taulan. Di dalam Kuliah Hadith: Syariat Islam disebutkan perincian apakah sifat-sifat orang yang diistilahkan sebagai orang yang bertaqwa.
Kedua, umat Islam itu digalakkan membaca Al-Quran dan berzikir kepada Allah (a.w), kerana membaca Al-Quran dan berzikir itu adalah perbuatan memuji-muji dan mengingati Allah (a.w) yang telah memberikan kita pelbagai nikmat yang kita seringkali tidak ambil peduli atau ‘take for granted’. Zaman ini manusia itu seringkali dalam kesebokan maka tidak ada masa untuknya membaca Al-Quran[1] dan tidak ada masa juga untuk berzikir, walaupun berzikir itu boleh dilakukan semasa kita menguruskan hal ehwal dunia kita.
Ketiga, seseorang Islam yang beriman dan bertaqwa itu tidak membiasakan dirinya ketawa – terutama ketawa sampai berbahak-bahak – kerana ketawa itu adalah perbuatan syaitan dan perbuatan orang yang takbur terhadap Allah (a.w). Orang yang ketawa itu akan lupa dia akan tanggung jawabnya sebagai mansuia dalam hidupnya dan lupa dia akan tanggung jawabnya sebagai hamba Allah (a.w) terhadap Allah (a.w). Di dalam sepotong hadith lain disebutkan oleh Rasulallah (s.a.w) bahawa sekiranya kita berpeluang melihat apa yang berlaku dalam neraka, sabda beliau, kita tidak akan mampu ketawa!
[Nota: [1] Di dalam septong hadith Rasulallah (s.a.w) menyuruh kita membaca Al-Quran semasa di rumah supaya tidaklah rumah kita seolah-olah menjadi kubur kerana kubur itu senyap sunyi tidak siapapun bercakap. Begitu jugalah beliau nasihatkan supaya solat-solat sunnat itu dibuat di rumah supaya setiap rumah itu dilawati oleh malaikat rahmat.]
Keempat, seseorang Islam itu hendaklah dia sentiasa berjihad demi ugamanya dan demi ketaqwaannya. Di dalam sepotong hadith disebutkan bahawa selepas hijrah ke Madinah, tidak ada lagi hijrah bagi manusia, selain berhijrah melawan nafsunya. Malah dalam sepotong hadith lain pula Rasulallah (s.a.w) menyebutkan hijrah dari Mekah ke Madinah itu adalah hijrah yang kecil berbanding dengan hijrah melawan nafsu itu adalah hijrah yang terbesar. Berhijrah adalah satu bentuk jihad, dan berjihad melawan kehendak duniawi diri adalah jihad yang berat kepada manusia. Dalam zaman moden ini hijrah melawan nafsu atau kehendak diri itu semakin besar dan rumit untuk dilaksanakan. Yang kaya akan sebok dengan kekayaannya. Yang miskin akan sebok juga dengan kemiskinannya. Semuanya, kalau tidak berhati-hati, akan terjerumus mencari ‘keperluan’ dunia tanpa henti-henti dan jemu dan sentiasa merasai kekurangan dan tidak cukup.
Kelima, keperbadian yang baik yang menunjukkan orang Islam yang benar-benar beriman dan bertaqwa itu adalah sentiasalah dia tidak membesar dan membangga diri dan bersifat sombong dan merasai mulia diri berbanding dengan orang lain. Untuk membolehkan seseorang itu tidak dihayun oleh ombak takbur dan membesar diri hendaklah dia berbuat baik dan sering bergaul dengan orang miskin, maka dengan itu dia ingat dan syukur terhadap nikmat kurniaan Allah (a.w), timbul perasaan perikemanusiaan dan belas kasihan dan sentiasa ingin untuk membantu mereka yang lebih dhaif daripada dia. Orang yang berkedudukan lebih baik dalam hal ehwal dunianya sering sukar menjadi baik apabila berhubun dengan orang-orang miskin dan melarat. Jarang sekali kita temui orang yang kaya raya sering berhubungan atau menjalin hubungan silatur rahim yang kerap lagi erat dengan mereka yang fakir dan miskin. Inilah satu-satunya sifat yang amat sukar dijadikan panduan oleh ramai golongan manusia.
Keenam, hendaklah kita melihat ke bawah yakni melihat kedudukan mereka yang jauh lebih dhaif daripada kita walau di mana sekalipun status dan kedudukan kehidupan kita sekarang. Apabila kita melihat mereka yang kurang daripada kita maka barulah kita terasa yang kita sebenarnya lebih bernasib baik daripada mereka yang dibawah kita. Ini akan membentuk keimanan kita dan akan menjadikan kita lebih bersyukur akan nikmat yang kita telah terima. Jika kita melihat kepada mereka yang lebih tinggi kedudukan dan taraf hidupnya dengan kita maka kita akan sentiasa tidak berpuas hati dan kita merasa kita telah tidak dibantu atau dibela oleh orang lain, malah seringkali kita menjadi kufur akan nikmat Allah (a.w) apabila kita meraa bahawa Allah (a.w) menyusahkan kita dan tidak membantu kita dengan memurahkan rezki kita! Mereka yang melihat kepada mereka yang lebih tinggi daripadanyalah yang menjadikan manusia itu bertungkus lumus mencari dunia dan sentiasa tidak merasai puas dan cukup. Di dalam Al-Quran dan beberapa potong hadith disebutkan bahawa sesiapa yang terlalu inginkan dunia maka Allah (a.w) akan mempermudahkannya, dan kerana itu Allah (a.w) juga akan menyesatkannya lebih jauh daripada akhiratnya, kerana mereka akan terlupa dengan tanggung jawabnya terhadap Allah (a.w) dan terhadap manusia lain.
(Bersambung ...)
Jazakallahu khairah

Adab: Panduan harian

Assalamualaikum,
Orang Islam yg beriman itu sering diperingatkan dan apakala diperingatkan mereka akan akur dengan peringatan tersebut. Antara peringatan yg nampak remeh tetapi amat penting dalam Islam adalah seperti yg disebutkan dalam hadith-hadith berikut:
Menyambung Silatur Rahim (Hubungan Kerabat)

1. Diriwayatkan hadith daripada Abi Syihab berkata: ‘Memberitahu kepadaku Anas bin Malik (r.a): ‘Bahawasanya Rasulallah (s.a.w) bersabda: 'Man habba an (–ai) yabsata lahu fi rizkihi wa-yun sa-alahu fi atharihi falyasil rahimahu.' [Maksud: Barangsiapa yang sukakan bahawa dipanjangkan (yakni, dibanyakkan) baginya di dalam rezkinya dan dipanjangkan (yakni, dilanjutkan) baginya di dalam umurnya, maka sambunglah kasihsayang kepada kaum kerabat] [Hadith Bukhari, Kitab Adab]
Hadith ini memberi panduan dan pedoman bahawa menyambung dan menmgeratkan hubungan kekeluargaan serta silatur rahim antara rumput keluarga dan sesama Islam itu mendapat dua manfaat yg amat besar: pertama, dipanjangkan umurnya; dan kedua, dimurahkan rezkinya.
Mengasihi Budak-budak (Kanak-kanak) dan Orang Tua

Tiga potongan hadith di bawah ini menyuruh kita mengasihi kanak-kanak atau budak-budak. Hari ini kita sering mendengar atau terbaca berita tentang bayi-bayi baru lahir di buang hidup-hidup. Atau, kanak-kanak yg didera oleh ibu bapanya sendiri, dan sebagainya pengaanianyaan terhadap kanak-kanak. Mereka yg melakukan sedemikian pastilah orang yg tidak tergolong dalam orang-orang yg dikira Islam i.e. umat Muhammad (s.a.w). Tempat mereka sudah pastilah neraka, sekirany mereka tidak bertaubat dan taubatnya tidak diterima Allah (a.w).
1. Diriwayatkan hadith daripada ‘Ikrimah hadith daripada ibnu Abbas (r.a) berkata: ‘Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Laisa manna man (-al) lam yarham saghirana yuwaqir kabirana wa-yakmur bil makrufi wayanhahu ‘anil munkari.' [Maksud: Bukanlah dari golonganku barangsiapa yang tidak mengasihi kanak-kanak dari kalangan kami (yakni, umat atau jemah Islam) dan memuliakan orang-orang tua dari kalangan kami (yakni, umat atau jemaah Islam) dan (yang tidak) memerintah berbuat kebaikan dan mencegah daripada berbuat kemungkaran (yakni, kejahatan)] [Hadith at-Termidzi, Bab Adab]
Hadith di bawah ini menyuruh mereka yg Islam itu sentiasalah menghormati orang-orang tua (i.e. seniro citizenz atau warga emas) di kalangan orang Islam. Mereka hendaklah ditolong dan dibantu dalam apa jua keperluannya, dihormati seperti memberi tempat duduk dalam bas dan LRT untuk kemudahannya. Hari ini ramai anak-anak muda langsung tidak hormati orang tua. malah mereka abaikan kedua ibubapanya sendiripun. Orang-orang sedemikian ini nyata tetgolong dalam golongan yg tidak diakui oleh Rasulallah (s.a.w) umatnya. Apabila tidak diakui Rasulallah (s.a.w) umatnya, pastilah mereka bukan Islam dan di akhirat merengkok dalam neraka, wal iyazubillah.
2. Diriwayatkan hadith daripada Abdullah bin ‘Amru meriwayatkan hadith: ‘Berkata ibnu Sarih hadith daripada Nabi (s.a.w) bersabda: ‘Man lam yarham saghirana wa-yarif haqqa kabirana falaisa minna.' [Maksud: ‘Barangsiapa tidak menyayangi kanak-kanak kami (i.e. kanak-kanak Islam) dan faham (yakni, tahu bagaimana hendak memuliakan dan mengutamakan) hak-hak orang tua dari kalangan kami (i.e. umat Islam), maka bukanlah dia dari golongan kami (yakni, bukanlah dia umat Muhammad (s.a.w)).] [Hadith Abu Daud, Kitab Adab]
Hadith di bawah ini menyuruh setiap orang Islam dan beriman itu, hendaklah dia memiliki sifat rasa kasih sayang terhadap sesama Islam. Kasih sayang itu boleh dibuktikan melalui pelbagai prbuatan dan amalan, seperti yg kaya menginfaqkan sebahagian hartanya untuk membela saudara yg faqir dan miskin, anak-anak yatim, ibu-ibu tunggal dan sebagainya. Membantu program pengilmuwan umamah kerana dengan ilmu (i.e. al-Quran dan as-Sunnah) itu mereka terpimpin dan boleh menjauhi diri dari siksaan dalam neraka, dan seumpamanya.
3. Diriwayatkan hadith daripada’Amir berkata bahawa dia mendengar Nukman bin Basyir (r.a) berkata: ‘Bersabda Rasulallah (s.a.w): 'Taral mukminina fi tarahumihim wa-tawaddihim wa-ta’atufihim kamasalil jasadi izastaka ‘udwan tada’a lahu sairu jasadihi bis-sahari wal-humma.' [Maksud: Melihat orang-orang beriman kasih sayang di kalangan mereka dan berkasih sayang di kalangan mereka dan tolong menolong di kalangan mereka seumpama satu jasad (tubuh), ketika sakit sesuatu anggota menarik baginya (sakit itu) seluruh jasad kerana terjaga dan kepanasan.] [Hadith Bukhari, Kitab Adab]
Semoga kita terpandu dalam kehidupan harian kita, insya Allah.
Jazakallahu khairah

Adab: Elakkan bercakap-cakap sia-sia

Assalamualaikum,
Orang Islam yg beriman itu sentiaalah dinasihatkan supaya menjaga kata-kata yg terkeluar dari mulutnya. Mereka juga diingatkan bahawa adalah lebih baik mendiamkan diri daripada berkata-kata atau bercaka- sia-sia. Kerana besar padahnya atau balanya kalau bercakap sesuatu yg buruk.
Padah Berkata-kata Buruk

Antara panduan hidup yang wajar kita sentiasa akur dan waspada adalah perkara-perkara berikut. Manusia Islam itu terjerumus ke neraka, mengikut hadith, kerana dua anggotanya, iaitu pertama mulutnya, dan kedua, kerana farjinya (yakni, kemaluannya). Maka dengan itulah Rasulallah (s.a.w) menyebutkan bahawa cubaan yang amat besar dan bahaya terhadap umatnya adalah perempuan (atau, bagi seorang perempuan lelaki). Anggota yang sering tidak dijaga oleh manusia adalah lidah atau mulutnya.
Disebutkan di dalam hadith lain bahawa Rasulallah (s.a.w) ditunjukkan semasa Isra’ dan Mikraj, bahawa majority umat Islam dalam neraka adalah perempuan kerana mulutnya. Maka menggunting lidahnya, kemudian elok kembali, digunting lagi, ad infinitum. Kerana lidah atau mulut. Di dalam hadith disebutkan juga bahawa ramai manusia masuk neraka kerana mulutnya. Begitu jugalah lelaki.
1. Diriwayatkan hadith daripada Isa bin Talhah hadith daripada Abi Hurairah (r.a) berkata: ‘Bersabda Rasulallah (s.a.w): 'Innal rajula la-yatakkalamu bil-kalimati la yara biha baksan yahwi biha sab’ina kharifan fin-nari.' [Maksud: Sesungguhnya seorang lelaki (atau perempuan) nescaya bercakap-cakap dengan beberapa kalimah tidak melihat bahaya (yang) terjerumus dia dengannya (yakni, kalimah tersebut) tujuh puluh tahun[1] di dalam neraka.] [Hadith at-Termidzi]
Di dalam hadith di atas itu, Rasulallah (s.a.w) memberitahu kita bahawa kebanyakan manusia itu tidak menjaga lidahnya. Dengan mengeluarkan beberapa kalimah, tidak sedar dia bahawa cakap-cakap atau kata-katanya itu menjerumuskannya ke dalam neraka. Beberapa kalimah yang aituturkan, walaupun sedikit, menyebabkannya masuk neraka kerana cakapnya, selama 70 tahun. Ingatlah, sehari dalam akhirat adalah bersamaan dengan 1,000 tahun di dunia. Maka dengan itulah kita wajib berhati-hati janganlah berkata-kata jika tidak perlu. Maka dengan itulah didalam hadith disebutkan bahawa jika tiada sesuatu yang bermanfaat hendak dikatakan, lebh baik diam.
Kita sedar bahawa berbual-bual kosong itu sangat disukai oleh manusia, lelaki dan lebih-lebih lagi perempuan. Dalam berborak kosong itu kita melakukan pelbagai dosa, seperti mengata dan mencaci orang atau berkata bohong atau menjatuhkan meruah atau air muka orang lain atau melayani pelbagai prasangka buruk dan membuat pelbagai tuduhan tanpa mengetahui kebenaran sesuatu itu. Atau, kita mengumpat sesuatu. Atau kita menjatuhkan meruah orang lain. Atau kita menyebarkan pelbagai fitnah dan pembohongan. Islam melarang seseorang itu membuat sesuatu yang menyakitkan hati saudaranya sesama Islam. Atau, memburuk-burukannya di belakangnya, dan kerana dia tidak dapat membela diri maka kita tidak pula dapat peluang memohon maaf kerana kelanjuran kita.
[Nota: [1] Sehari dalam masa akhirat adalah selama 1,000 tahun tahun dunia. Fikirkanlah 70 tahun (atau 70 x 365 x 1,000 tahun dunia ) lamanya.]
Jazakallahu khairah

Saturday, February 20, 2010

Kebersihan diri dalam Islam

Assalamualaikum,
Ramai diantara kita yg tak tahu bahawa Islam itu bukan semata-mata ugama sebagaimana bangsa lain atau ugama lain ditakrifkan. Islam itu adalah 'ad-Din' i.e. 'an ordained religion with a complete system of guidance governing life for mankind in this world which guarantee success in the hereafter'. Itulah definisi pendek Islam. Kerana, apa yg berlaku di dunia tidak sekali-kali terpisah dengan apa yg akan berlaku di akhirat.
Oleh itu dalam perkara yg kecil seperti pengurusan kebersihan diri (badan) pun Islam mengajar manusia. Cuba kita lihat panduan ringkas berikut mengenai self-grooming dan personal hygiene dalam Islam. Islam perintahkan umatnya supaya lakukan, antara lain, perkara-perkara berikut:
1. Hendaklah rajin mandi setiap hari membersihkan diri;
2. Hendaklah rajin berkumur-kumur dan memberus gigi atau bersiwak;
3. Hendaklah membersihkan kekotoran di mata, hidung, telinga, memotong kuku, mencukur bulu kemaluan dan mencabut bulu ketiak dll;
5. Hendaklah rajin mencuci pakaian.
Demikianlah rapinya Islam mengajarkan umatnya supaya sentiasa menjaga kebersihan diri supaya tidaklah dipandang orang menjijikkan.
Dalam banyak-banyak perkara itu, cuba kita tanya orang Islam lelaki dan perempuan, terutama muda mudi, adakah pernah mereka mencukur bulu kemaluan mereka? Kalau ada berapa kerap? Dalam Islam kita disuruh mencukurnya paling lama sekali dalam 40 hari.
Islam juga mengajar adab asas dalam hidup bermasyarakat, seperti:
1. Ketika mengcungkil gigi membersihkan dari sisa-sias makan, jangan berdepan dengan orang dengan mulut terbuka, hendaklah ditutup dengan tangan;
2. Hendaklah menutup mulut dan hidung dengan tangan ketika batuk atau bersin;
3. Apabila menguap hendaklah ditutup dengan tangan dan jangan membiarkan mulut ternganga;
4. Apabila bersendawa hendaklah menutup mulut dan jangan dibuka dengan luas;
5. Apabila meludah, terutama dengan berkahak, hendaklah meludah ke sebelah kiri, dan janganlah ditempat-tempat lalulalang orang ramai, begitu juga menghembus hingus dan kentut janganlah di depan orang;
6. Janganlah mengorek tahi hidung depan orang dan jangalah megorek telinga juga depan orang;
7. Janganlah suka menuding tangan kepada orang lain .
Mudah-mudahan kita dapat jadikan perkara sekecil begini amalan harian kita. Kita lakukan, kita mendapat pahala percuma dengan cara mudah.
Jazakallahu khairah