Assalamualaikum,
Saudara, meneliti beberapa post yang lalu kita diberitahu satu hadith yang amat utama untuk merangsang ibadah puasa kita sebaiknya iaitu hadith yang menyebutkan bahawa sesiapa yang Islam dan beriman, mengerjakan puasanya sebaik mungkin dengan penuh keimanan dan megharapkan ganjaran pahala terbanyak dari Allah (a.w), maka dihapuskikis segala dosanya, dan kembali di akhir Ramadhan dalam keadaan fitrah - tanpa dosa. Hadith itu juga menyebutkan bahawa sesiapa yang diberi kesempatan oleh Allah (a.w) menemui Malam al-Qadr (atau, Lailatul-Qadr) yang ditungguinya semasa berIktikaf di masjid setiap malam 10 terakhir Ramadhan, dalam penuh keimanan dan kesabaran serta mengharapkan ganjaran pahala sebanyak munkgn dari Allah (a.w), maka dia juga berjaya kembali ke alam fitrah kerana pahala yang diterimanya begitu banyak menghapuskan segala dosa-dosanya. Malam Qadr itu membolehkan seseorang mendapat pahala seumpama beramal sebaik dan sebanyak mungkin tanpa melalkukan sebarang kemaksiatan selama 1,000 bulan ( = 83 tahun 4 bulan) - beramal tanpa kecacatan sedikitpun!
Saudara, berapa ramaikan mansia yang sempat hidup selama melebihi 80 tahun? Adakah orang Islam zaman akhir ini yang diberi kesempataan oleh Allah (a.w) hidup melebihi 80 tahun? Dan, lebih penting adakah kita temui kini seorang yang Islam dan beriman, yang mengerjakan selama 80 tahun kebaikan - mentaati Allah (a.w) dan tidakpun melakukan kemaksiatan walaupun sekelip mata?
Lailatul Qadr
(-) Kefadhalan Malam Qadr
Saudara, Allah (a.w) memberitahu dalam al-Quran keistemewaan Malam al-Qadr itu dalam Surah al-Qadr, berikut:
Firman Allah (a.w): ‘Inna anzalnahu fi lailatil-qadri @ Wama adrakama lailatul-qadri? @ Lailatul-qadr khairun min alfi syahrin @. Tanazzalul malaikatu warruhu fiha bi-iznil rabbihim min kulli amrin @ Salamun hia hatta matla’il-fajr.’ (Yang bermaksud: ‘Sesungguhnya Aku (Allah (a.w)) menurunkan (al-Quran) dalam malam qadar. Dan tahukah engkau (Wahai Muhammad (s.a.w)) apa itu malam qadar? Adapun malam qadar itu lebih baik daripada seribu bulan. (Aku (Allah (a.w)) turunkan para malaikat dan ruh (yakni, malaikat Jibrail (a.s)) mengetuai rombongan para malaikat turun ke langit dunia) di dalamnya (malam qadar) dengan izin Tuhan mereka (yakni, Allah (a.w)) dari tiap-tiap perkara (yakni, membawa berbagai kurniaan Allah (a.w) bagi manusia yang berjaga dan beramal dan beribadat untuk mendapatkan pelbagai kurniaan dan rahmat Allah (a.w)) pada malam-malam Ramadhan. Keselamatan bagi mereka (yakni, manusia yang menemui malam Qadr itu) (para malaikat berada di bumi) sehingga terbit waktu fajr (Subuh) (apabila mereka naik semula ke langit)) - Ayat 1 hingga 5: al-Qadr.
Saudara, di bawah ni kita lihat semula Surah al-Qadr dan sabda Rasulallah (s.a.w) tentang ganjaran pahala tertinggi pusa Ramadhan dan Malam al-Qadr itu.
Diriwayatkan hadith daripada Qatadah hadith daripada Anas bin Malik (r.a) berkata: ‘Masuk Ramadhan, maka bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Sesungguhnya ini bulan sungguh datang pada kamu dan di dalamnya malam yang lebih baik daripada 1,000 bulan. Barangsiapa menghalanginya (yakni, orang yang sengaja tidak mau beramal dan beribadat pada malamnya), maka sungguh-sungguh dihalangi daripadanya (yakni, tidak bertemu dengan malam Qadr itu) kebaikan kesemuanya, dan tidak dihalangi kebaikan malamnya (yakni, bagi mereka yang berusaha mencarinya dengan mendirikan dan mengimarahkan malamnya dengan memperbanyakkan amalan dan ibadat sunat) kecuali orang yang menghalangi malamnya (yakni, mereka yang tidak berusaha mengimarahkan malam tersebut).’ - Hadith Ibnu Majah, Kitab Siam.
Menceritakan hadith oleh Sufiyan yang berkata: ‘Hafaz (ingat) dia, dan sesungguhnya apa-apa yang ingat dia hadith daripada Zuhri, hadith daripada Abi Salamah, hadith daripada Abi Hurairah (r.a) yang berkata hadith daripada Nabi (s.a.w) bersabda: ‘Barangsiapa berpuasa bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan mencari pahala di sisi Allah (a.w) diampuni (oleh Allah (a.w)) baginya apa-apa yang mendahuluinya dari dosa-dosanya. Dan barangsiapa berdiri (yakni, bersolat) pada malam qadar (Lailatul-Qadr) dengan penuh keimanan dan kerana mencari pahala (di sisi Allah (a.w)) diampunkan (oleh Allah (a.w)) baginya apa-apa yang mendahului dari dosa-dosanya (yakni, dosa-dosanya yang terdahulu).’ - Hadith Bukhari, Kitab Solat Terawih.
Saudara, begitu hebatnya pahala termungkin dari puasa Ramadhan dan betapa hebatnya pula pahala menemui Malam al-Qadr itu, dalam bulan Ramadhan ketika kita beriktikaf di masjid.
(-) Keistemewaan kepada umat Muhammad (s.a.w)
Saudara, dalam hadith berikut kta lihat asbabul nuzul (sebab turunnya) Surah al-Qadr tersebut.
Diriwayatkan daripada Ali bin ‘Urwat (r.a.) katanya: ‘Rasulallah (s.a.w) menyebutkan (yakni, menceritakan) bahawa pada suatu hari (zaman sebelum Islam) empat orang (yang amat ‘alim) keturunan Bani Israel yang menyembah (yakni beribadat dan mengabdikan diri) kepada Allah (a.w) selama delapan puluh (80) tahun tiada sekali-kali mereka menentang (mungkar atau melakukan apa-apa maksiat atau pelanggaran, yakni dosa) walau sekelip matapun, maka menyebutkan oleh Nabi (s.a.w) akan (yang empat orang itu adalah) Ayub (a.s), dan Zakaria (a.s), dan Hizkil bin ‘Ajuz (r.h), dan Usaq bin Nun (a.s).’ Maka berkata Ali (perawi hadith ini): ‘Maka hairanlah para sahabat Rasulallah (s.a.w) daripada yang demikian itu (kerana mana mungkin mereka (yakni, para sahabat) mencapai tahap amalan begitu ‘par excellence’ selama 80 tahun).’ Maka datanglah Jibrail (a.s) kepada Nabi (s.a.w) seraya berkata: ‘Wahai Muhammad! Hairankah umat kamu daripada ibadat golongan mereka itu yang beramal selama delapan puluh tahun dan tiada mereka menentang Allah (a.w) walau sekelip matapun? Telah menurunkan oleh Allah (a.w) yang lebih baik dari itu.’ Maka membaca Jibrail (a.s) kepada Nabi (s.a.w)(Surah al-Qadr): ‘Inna anzalnahu fi lailatil Qadri, wama adrakama lailatul Qadri, lailatul Qadri khairum min alfisyahr…al-ayat.) (sambil berkata) ‘Ini lebih afdhal (yakni lebih banyak fadilatnya atau pahalanya) daripada apa yang kamu dan umat kamu hairankan itu (yakni, lebih banyak pahala dan fadilatnya dari amalan empat orang wara’ Bani Israil selama delapan puluh tahun itu).’ Maka berkata Ali (r.a): ‘Maka disenangkan (yakni, digembirakan oleh Allah (a.w)) dengan yang demikian itu kepada Rasulallah (s.a.w) dan umat manusia yang beserta dengan Nabi (s.a.w) (yakni umat Islam).’ - Hadith Ibnu Khatim.
Daripada 4 orang itu, semuanya nabi kecuali Hizkil. Keempat-empat mereka adalah orang alim zaman sebelum Islam mengikuti syariat agama Islam zaman=zaman mereka.
Saudara, hari ini mungkin ada diantara kita yang kagum dengan kehebatan beberapa ulama' yang ditampilkan kepada kita. Namun, tidak seorangpun dari kalangan mereka itu mencapat taraf kewarakan dan kehebatan keimanan dan ketaqwaan sebagaimana 4 ulama' Bani Israil yang diceritakan oleh Rasulallah (s.a.w) itu.Kebanyak ulama' hari ini walau sehebat manapun seringkali tidak mahu menerima perintah Rasulallah (s.a.w) bahawa semua atau setiap bida'ah itu kesesatan, tidak ada 'bida'ah hasanah'! Justeru itu, apakah mungkin mereka itu diberi laluan oleh Allah (a.w) menemui Lailatul-Qadr? Tak mungkn. Kerana syaratnya orang itu hendaklah beriktikaf dengan penuh keimanan - maksudnya akur dengan etetapan dan perintah Allah (aw) dan Rasulallah (s.a.w) dan mengharapkan pahala termungkin dari amalan iktikafnya, selain puasanya. Kalau satu ketetapan Rasulallah (s.a.w) ditolak tepi, apakah mereka orang iman yang tinggi ketaqwaannya?
(-) Bila Malam Qadr?
Saudara, dalam sepotong hadith Rasulallah (s.a.w diberitahu oleh Jibril (a.s) dengan zin Alah (a.w) kepada Rasulallah (s.a.w) bila Malam al-Qadr itu akan berlaku. Rasulallah (s.a.w) yang kasihkan umatnya idatang ke masjid untuk memberitahu para sahabat. Malangnya, ketika sampai di masjid beloau mendapati dua sahabat bertengkar dan berbalah dan bergaduh, maka terluoa dia malam mana! Disebabkan kemungkaran orang iman sendiri, terlepas umat Islam jalan mudah dapat menemui Malam al-Qadr itu.
Menceritakan hadith oleh Abu Suhailin hadith daripada bapanya, hadith daripada Aisyah (r.ah) berkata: ‘Bahawasanya Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Mempersungguhkanlah kamu (yakni, carilah) lailatul-Qadr (Malam Qadar) dalam hari-hari ganjil daripada kesepuluh terakhir dari bulan Ramadhan.’ - Hadith Bukhari, Kitab Solat Terawih
Antara persiapan Rasulallah (s.a.w) ketika sampai sepuluh malam terakhir Ramadhan adalah bersiap dengan pakaian khas untuk beriktikaf di masjid:
Diriwayatkan hadith daripada Abi Duha hadith daripada Masyruq hadith daripada Aisyah (r.a) berkata: ‘Adapun Nabi (s.a.w) ketika masuk malam kesepuluh (terakhir Ramadhan) mengikat kainnya (maksudnya, memakai seluar dan baju yang khusus) dan menghidupkan malamnya (qiamul-lail) dan membangunkan ahli keluarganya (untuk beribadat dan beramal).’ - Hadith Bukhari, Kitab Kefadalan Lailatul-Qadr.
Saudara, dapatkah kita mencontohi perlakuan Rasulallah (s.a.w) yang meningkatkan kesungguhannya dan membangunkan keluarga beliau untuk mencari malam al-Qadr, walhal Allah (a.w) telahpun menhapuskikis dosa-dosa yang lalu dan dosa-dosanya yang terkemudian? inilah bukti kesyukuran Rasulallah (s.a.w) terhadap nikmat kurniaan Allah (a.w) yang tidak terhitung banyaknya.
Diriwayatkan hadith daripada Hasan bin Ubaidillah berkata: ‘Aku mendengar Ibrahim berkata: ‘Mendengar aku Aswad bin Yazid berkata: ‘Berkata Aisyah (r.ah): ‘Mempersungguh (Rasulallah (s.a.w)) di dalam malam-malam kesepuluh terakhir (Ramadhan) apa-apa yang tidak mempersungguh dia di dalam lain-lain malam.’ - Hadith Muslim, Kitab I’tikaf.
Saudara, mudahmudahan kita yang diberi nikmat yang begitu banyak - melebihi nikmat yang diberikan kepada umat Islam zaman Rasulallah (s.a.w), dapat menguayakan diri mencai Malam al-Qadr itu sebaik mungkin, insya Allah.
(-) Doa ketika menemui al-Qadr
Saudara, jikalah kta diberi kesempatan oleh Allah (a.w) menemui Malam al-Qadr itu, bacalah do'a yang diajarkan Rasulallah (s.a.w) kepada Aisyah (r.ah) dalam hadith berikut:
Diriwayatkan hadith daripada Kahmasi bin Hasan, hadith daripada Abdullah bin Buraidah, hadith daripada Aisyah (r.ah) berkata: ‘Berkata aku: ‘Wahai Rasulallah (s.a.w)! Apakah pandangan engkau jika tahu aku malam mana malam Qadar (lailatul-Qadr) itu, apakah yang aku kata (baca atau do’akan) di dalamnya?’ Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Engkau bacalah ‘Allahumma innaka ‘afu-un karimun tuhibbul-‘afwa fa’fu ‘anni’. (Maksud do’a: Ya Allah (a.w) ya Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau (Allah (a.w)) maka Pengampun, maha Mulia, senang (suka Engkau (Allah (a.w)) pada memberi pengampunan, maka ampunilah diriku.) - Hadith at-Termidzi, Kitab Da’wat (Do’a).
Insya Allah, kita usahakan beriktikaf sekuat mampu kita dalam bulan Ramadhan ini.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment