Saturday, June 14, 2014

Puasa Ramadhan (Samb.)

Assalamualaikum,
Saudara, kita teruskan penelitian kita mengenai beberapa perkara lain menyentuh peradaban berpuasa. Dalam post yag lalu, kita telahpun tahu bahawa beberapa perkara mengenai batalnya puasa, Kita lihat pula beberapa perkara yang wajar kita fahami mengenai ibadah puasa itu.
Yang paling serius adalah batalnya puasa kerana berjimak di siang hari, maksudnya selepas masuk waktu Subuh dan sebelum masuk waktu Maghrib.

(-) Berjunub boleh puasa?

Saudara, dalam hadith ini, Rasulallah (s.a.w) mencontohkan kepada kita satu ketetapan as-Sunnah (i.e. Islam), bahawa jika kesiangan tidak sempat mandi junub, kita masih wajib berpuasa asalkan telah diniatkan berpuasa ketika malamnya (i.e. hadith sebelum ini). Jika kita terlewat bangun pagi, i.e. bangun ketika menengah hari, tak sempat mandi junub ketika malam, kita masih berhadath besar, kita boleh mandi dan teruskan berpuasa.
Diriwayatkan hadith daripada Aisyah (r.ah) dan Ummu Salamah (r.ah)(dua orang isteri Nabi (s.a.w)) berkata kedua-duanya: ‘Bahawasanya Nabi (s.a.w) adalah mendapatkan dia fajr (subuh) (yakni, kesiangan tak sempat mandi) dan dia sedang junub daripada (menjimak) ahlinya (yakni, isterinya) kemudian mandi dia dan berpuasa dia.’ - Hadith hasan sahih at-Termidzi.
Dalam urusan solat fardu, kita diberitahu bahawa jika kta terlepas waktu sesuatu solat kerana terlupa atau kerana tertidur, maka kita masih boleh solatkan solat yang kita tertinggal ketika kita teringat atau ketika kita terjaga. Makasudnya, ketika terlupa hendaklah kita bersolat ketika teringat. Katalah sedang bekerja terlalu fokus, mungkin kita sedar bahawa kita belum mengerjakan solat Zohor, dan ketika itu sudah masuk waktu 'Asar! Maka apabila ingat hendaklah bersegera berwudu' dan mengerjakan Solat Zohor walaupun ketika itu sudah masuk waktu 'Asar. Begitu juga kalau kita tertidur. Katalah kta tertidur hujung minggu, sehingga apabila kta terjaga, sudah masuk waktu Maghrib, dan kita belum Solat "asar. Maka ketika terjaga, hendaklah kita berwudu' dan kerjakan Solat "asar, kemudian barulah kita buat Solat Maghrib.

(-) Membatalkan puasa dengan sengaja

Saudara, hebatnya pahala puasa Ramadhan itu telahpun kita ketahui dalam post-post yang lalu. Allah (a.w) menggandakan pahala puasa Ramadhan melebihi 700 gandaan bagi pahala setiap amalan biasa. Semuanya brgantung kepada kehendak Allah (a.w) menilai puasa seseorang hambaNya itu. Maka dengan itulah Rasulallah (s.a.w) memperingatkan umatnya supaya janganlah remehkan puasa Ramadhan, dengan meninggalkannya walaupun sehari.
Diriwayatkan hadith daripada Abi Hurairah (r.a) berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Barangsiapa berbuka puasanya satu hari pada Ramadhan daripada selain rukhsah (yakni, kebenaran atau keringanan yang dibenarkan oleh syara’ kerana keuzuran terlalu tua, perempuan sedang sarat mengandung atau menyusukan bayinya) dan tiada sakit, tiada faedah baginya puasa sepanjang hayatnya kesemua puasanya dan jika berpuasa dia akan puasanya.’ - Hadith gharib at-Termidzi.
Saudara, hadith di atas itu memberitahu, sebagai perbandingan. Kalaulah kita sengaja tinggalkan sehari puasa Ramadhan, dan kemdian, kta merasa menyesal, maka kta hendak ganti pada bulan-bulannya, kita diberitahu bahawa kalaupun kta berpuasa setahun - 365 hari - untuk menggantikan pahala yang terlepas kerana berbuka sehari, itu tidak dapat menandingi pahala yang terlepas (foregone). Inilah yang diberitahu dalam hadith berikut:

(-) Rugi besar tak berpuasa

Saudara, dalam post-post sebelum ini, kita diberitahu beberapa kategori orang yang diberi ruhsyah tidak berpuasa, tetapi menggantinnya pada hari-hari lain bagi setiap hari yang kita tidak berpuasa. Yang dibolehkan tidak berpuasa dan tidak dikenakan dosa adalah: pertama, orang yang tua dan tidak mampu berpuasa, maka dibolehkan tidak berpuasa tetapi membaya fidyah memberi makan seirang miskin sehari bagi setia hari yang dia tidak berpuasa; kedua, orang-orang yang serius sakitnya, tidak membolehkan dia berpuasa atau jika dia puasa memudaratkan penyakitnya, dibenarkan tidak berpuasa, tetapi mengganti puasanya ketika dia sudah sembuh dai sakitnya; ketiga, wanita yang sarat mengandung, kerana khuatrirkan kemudaratan kepada anak dalam kandungannya dan tentang kesihatan dirinya; dan keempat, wanita yang menyusukan anaknya, kerana khuatirkan kesihatan anaknya. Hendaklah dia menggantikan puasanya pada ari-hari lain.
Diriwayatkan hadith daripada ‘Umarah bin ‘Umairin, hadith daripada Ibni Mutawasin, hadith daripada bapanya berkata Ibnu Kathir (juga seorang ulama’ muhadithin), hadith daripada Abi Mutawasi, daripada Abi Hurairah (r.a) berkata: ‘Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Barangsiapa berbuka sehari dari Ramadhan di dalam selain kemurahan atau memberi kemurahan atasnya oleh Allah (a.w) (contoh, mengikut hadith lain, orang lelaki dan perempuan yang tersangat tua, iaitu umur 60 tahun ke atas, perempuan sarat mengandung, atau perempuan yang menyusukan anaknya) tidak membayar (mengganti) daripadanya puasa sepanjang tahun! (Yang bermaksudnya, jika dia berpuasa setahun sekalipun tidak dapat mengganti dosa kerana tidak berpuasa sehari itu, atau jika pahala berpuasa setahunpun tidak cukup sebagai membayar kifarah dia berbuka atau tidak berpuasa sehari itu)’ - Hadith Abu Daud, Kitab Saum.
Sehubungan itu, dua kategori orang yang tidak dibolehkan berpuasa (maksudnya, diharamkan berpuasa) iaitu wanita yang haid dan wanita yang nifas (ie. berdarah kerana melahirkan anak yang belum tus).

(-) Bolehkan berendam ketika berpuasa?

Saudara, ada beberapa perkara yang dibolehkan dibuat ketika berpuasa tanpa membatalkan puasa. Ini disebutkkan dalam hadith-hadith pendek berikut.Antara perbuatan yang dibolehkan: pertama, memakai pakaian yang basah ketika siang hari untuk menyejukkan tubuh badan; kedua, mandi berapa kalipun di siang hari; ketiga, tukang masak merasa makanan yang dimasaknya apakah cukup garam atau gulanya atau cukanya; keempat, berkumur-kumur ketika berwudu' terutamanya, dan berendam alam air; kelima, menyelam dalam kolam untuk menyejukkan tubuh badan; keenam, menggosok gigi; ketujuh, menelan air liur; kedelapan, mimpi ketika tidurr siang hari dan keluar mani; kesembilan, tertelan air ketika berkumur tanpa disengajai; dan kesepuluh, muntah tanpa disengajakan (i.e. jika disengajakan, batal puasa).
Membasahi oleh Ibnu Omar (r.a) pakaiannya maka meletakkan atasnya (yakni, memakainya) dan dia berpuasa. Dan masuk Sya’biu bilik mandi (dan mandi) dia dan dia berpuasa. Dan berkata Ibnu Abbas (r.a): ‘Tidak apa-apa apabila merasa makanan dalam periuk atau dalam sesuatu (bekas).’
Dan berkata Hassan (r.a): ‘Tidak apa-apa berkumur-berkumur dan bersejuk (i.e. berendam) bagi orang yang berpuasa.
Dan berkata Ibnu Mas’ud (r.a): ‘Ketika ada bulan puasa salah seorang kamu berpagi-pagi berminyak menyikat rambut (yakni, berhias).’
Dan berkata Anas (r.a): ‘Sesungguhnya bagiku ada kolam menyelam aku di dalamnya dan aku berpuasa dan menyebutkan daripada Nabi (s.a.w) bahawasanya Nabi (s.a.w) bersiwak (menggosok gigi) dan (i.e. sedangkan) dia berpuasa.’
Dan berkata Ibnu Omar (r.a): ‘Bersiwak (menggosok gigi) awal siang dan akhir siang (i.e. petang hari) dan tidak menelan air liurnya.’
Berkata ‘Ata’ (r.a): ‘Jika menelan air liur tidak berkata aku berbuka.’ Dan berkata Ibnu Sirin (r.a): ‘Tidak apa-apa dengan siwak (menggosok gigi) dengan kayu muda, dikatakan baginya ‘makan’.
Berkata Ibnu Sirin: ‘Dan adapun airpun ada rasa dan engkau berkumur-kumur dengannya, dan tidak berpandangan Anas dan Hassan dan Ibrahim dengan bercelak bagi orang yang berpuasa berdosa.’
Diriwayatkan hadith daripada ‘Urwat dan Abi Bakrin berkata Aisyah (r.ah): ‘Adapun Nabi (s.a.w) menjumpai fajr (subuh) di dalam Ramadhan dari selain mimpi (yakni, kerana berjimak), maka mandi dia dan (sedangkan) dia berpuasa.’ - Hadith Bukhari, Kitab Saum.

Saudara, selain itu disebutkan dalam hadith-hadith berikut, bagi  menjelaskan beberapa prinsip rengkas dalam hadith di atas  itu:

Terlupa, bagaimana?

(-) Terlupa maka makan dan minum


Saudara, jika terlupa yang kita berpuasa, maka kita ambil air dan minum atau kita ambil nasi dan makan, tetapi bila teringat berhenti, maka puasa tidak batal.
Diriwayatkan hadith daripada Abi Hurairah (r.a) berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Barangsiapa makan atau minum kerana terlupa maka tiada berbuka (yakni, tidak batal puasanya dan hendaklah meneruskan puasanya), maka sesungguhnya apa-apa ia (yakni, yang dimakan atau diminum itu) adalah rezki yang memberi rezki akandia oleh Allah (a.w).’ - Hadith hasan sahih at-Termidzi
Hadith ini menyebutkan bahawa keterlupaan minum dan makan ketika berpuasa itu semuanya kehendak Allah (a.w), maka berupa pemberian Allah (a.w0. Tapi, bila teringat jangan teruskan. Tak perlu luahkan makan yang dah masuk ke dalam perut. Inilah maksud dua hadith berikut:

Menceritakan hadith dari Ibni Sirin daripada Abi Hurairah (r.a) katanya hadith daripada Nabi (s.a.w) bersabda: ‘Ketika lupa maka makan dan minum, maka hendaklah engkau sempurnakan (i.e. teruskan) puasa kamu, maka sesungguhnya memberi makan (dan atau minum) oleh Allah (a.w), dan itu sedekah (bagi kamu daripada Allah (a.w)).’ - Hadith Bukhari, Kitab Saum 
 
(-)Diriwayatkan hadith daripada Muhammad Ibni Sirin (r.a) daripada Abi Hurairah (r.a) berkata: ‘Bersabda Nabi (s.a.w): ‘Barangsiapa terlupa dan dia berpuasa maka makan dia atau minum dia, maka sempurnakanlah (i.e. teruskan) puasanya, maka sesungguhnya memberi makan Allah (a.w) (dan memberi minum Allah (a.w)) dan itu sedekah atasnya.’ - Hadith Muslim, Kitab Siam. 

 
(-) Terteguk air

Dan berkata ‘Ata’ (r.a): ‘Jika menyemborkan maka masuk air ke dalam halkom (kerongkong) tidak apa-apa, jika tidak berkuasa (mengeluarkannya); Dan berkata Hassan (r.a): ‘Jika masuk ke dalam halkom lalat (semasa tidur, dan tertelan), maka tidak apa-apa atasnya (puasanya tidak batal). Dan berkata Hassan (r.a) dan Mujahid (r.a): ‘Jika menjimak (menyetubuhi isterinya) kerana lupa maka tidak ada sesuatu (yakni, menghalang) atasnya (yakni boleh teruskan berpuasa). - Hadith Bukhari, Kitab Saum.
Dalam hadith di atas jika semasa berkumur-kumur itu termasuk air ke dalam kerongkong, tidak membatalkan puasa. Begitulah juga, jika semasa tidur terbuka mulut dan masuk lalat dan termakan (yakni, tertelan) lalatpun tidak mengapa.

(-) Tertelan air ketika berkumur-kumur semasa wudu’

Menceritakan hadith oleh Yahya bin Sulaimin, menceritakan hadith oleh Ismail bin Kathir berkata: ‘Aku mendengar ‘Asim bin Laqit bin Sobrah, hadith daripada bapanya berkata: ‘Berkata aku: ‘Wahai Rasulallah (s.a.w)! Berilah khabar kepadaku dari urusan berwudu’. Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Sempurnakanlah wudu’, dan selah-selahkanlah (yakni, sisih-sisihkanlah) antara jari-jari kamu, dan menguatkanlah istinsyaq’ (memasukkan air ke dalam hidung dan mulut dan kemudian menyemburkannya dengan kuat keluar dari mulut dan hidung) kecuali bahawa ada engkau berpuasa.’ - Hadith at-Termidzi, Kitab Saum.
Saudara, jelaslah beberapa berkumur-kumur dan memasukkan air ke dalam mulut dan hidung ketika permulaan wudu' dibolehkan ketika berpuasa, tetapi jangan menghisap air ke mulut dan hidup kuat dalam bulan Ramadhan. Justeru itu, perkara yang diberitahu oleh orang-orang Melayu bahawa puasa batal kalau masuk sesuayu dalam rongga terbuka itu tidak benar, terbatal dengan nas dan dalil hadith, termasuk hadith ini. 
Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment