Assalamualaikum,
Saudara, kalau saudara benar-benar ingin tahuu peradaban dalam Islam yang boleh mengelakkan dari etrcebur dalam perbuatan yang membatalkan keilsman dan pahala segala bentuk amalan dan dengan itu berwaspada supaya tidak kerugian tanpa disedari maka perhatikanlah nasihat-nasihat dalam hadith-hadith berikut. Sesugguhnya begitu ramainya umat Islam yang jahilkan pesatan Rasulallah (s.a.w), malah ramai pula yang mendengar pesanan Rasulallah (s.a.w) ini, tetapi meremehkannya atau tidak myakninya. Bagi saudara yang mengikuti blog ini, diberitahu dan ambillah pengajaran darinya, insya Allah saudara tidak akan menyesal di ahirat kelak.
Sifat-sifat atau Ciri-ciri Sombong & Bangga Darjat dan Keturunan
Islam membenci manusia yang bersifat angkuh, sombong, besar diri, bangga diri, dan lain-lain sifat yang membayangkan sama ada secara sengaja atau disedari atau tidak disengajai atau dsedari bahawa seseorang itu berkedudukan atau bertaraf lain daripada orang lain. Islam itu menganggapkan semua manusia – tidak kira bangsa, warna kulit dan kedudukan keduniaan mereka – sebagai satu umat yang satu dan hendaklah saling hormat menghormati satu sama lain.
Manusia berasal daripada bapa dan ibu yang satu iaitu Adam (a.s) dan Hawa (a.s). Tambahan pula sifat-sifat sombong, angkuh dan bangga diri serta bangga dengan kebangsaan itu adalah ciri-ciri sifat-sifat syaitan yang dikutuk Allah (a.w) dan para malaikat kesemuanya. Syaitan angkuh kerana dia dijadikan dari api berbanding dengan manusia yang dijadikan Allah (a.w) daripada tanah. Maka dia bangga diri, sombong dan bongkak mengangapkan bahawa dia lebih baik darjat dan kedudukannya. Maka dengan itu enggan menghormati Rasulallah (s.a.w) apabila diperintah Allah (a.w) tunduk hormat kepada Adam (a.w) yang dicipta Allah (a.w), maka dia dilaknat, dan dimasukkan ke dalam neraka.
Sifat sombong tidak boleh ada pada manusia. Di dalam sepotong hadith disebutkan bahawa sesiapa yang ada sebesar zarrah rasa kesombongan dalam hatinya, tidak akan masuk syurga. Demikianlah beratnya ketetapan Allah (a.w) dalam isu kesombongan dan besar diri ini. Yang berhaq sombong, takbur dan membesar diri hanya Allah (a.w). Kesombongan adalah sifat Allah (a.w). Di padang makhsyar nanti Allah (a.w) akan menunjukkan kesombonganNya apabila Dia berfirman: ‘Dimanakah raja-raja dunia dahulu?’
Memakai Kain Sutera
Disebabkan kesombongan dan sifat keangkuhan itu amat dibenci oleh Allah (a.w), maka Rasulallah (s.a.w) sering memberi panduan dan mengingatkan umat Islam supaya berwaspada sentiasa. Antara kewaspadaan yang dianjurkan kepada umat Islam adalah supaya jangan sekali-kali memakai atau menggunakan lambing-lambang kesombongan dan keangkuhan tersebut. Antaranya, adalah larangan dalam hadith-hadith berikut:
Diriwayatkan hadith daripada ibnu Omar (r.a) hadith daripada bapanya Omar bin Khattab (r.a) yang melihat orang berjual kain sutera di depan pintu mesjid, lalu berkata dia: ‘Rasulallah (s.a.w) berkehendakkan engkau membelinya dan memakainya untuk solat Jumat atau untuk menyambung rombongan? Rasulallah (s.a.w) telah bersabda: ‘Barangsiapa memakainya tidak memakainya di akhirat.’ Maka dibawakan kain sutera itu kepada Rasulallah (s.a.w). Maka diberikan sehelai oleh Rasulallah (s.a.w) kepada Omar (r.a). Maka berkata Omar (r.a): ‘Adakah engkau suruh aku memakainya walhal engkau telah mengatakan kepada penjual sutera ini (Utarid) apa yang engkau katakan! Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Bukanlah aku suruh engkau memakainya tetapi menggunakan nilainya.’ Maka dihadiahkan oleh Omar (r.a) kepada saudaranya yang kafir.’ - Hadith Muslim.
Antara larangan yang paling keras oleh Islam adalah lelaki memakai kain yang diperbuat daripada sutera, sama ada sutera halus atau sutera kasar. Di dalam hadith di atas, jelas ditunjukkan ketetapan Rasulallah (s.a.w) mengenai sutera dalam dialog dengan Omar ibni Khattab (r.a). Sabda Rasulallah (s.a.w): ‘Lelaki yang memakai sutera tidak akan memakainya di akhirat!’ Maksudnya, lelaki yang memakai sutera tidak akan masuk syurga, kerana di akhirat hanya mereka yang masuk syurga sahaja yang memakai kain atau pakaian dari sutera.
Diriwayatkan hadith daripada Anas bin Malik (r.a) melaporkan bahawa Rasulallah (s.a.w) menghadiahkan sehelai kain sutera kepada Omar ibni Khattab (r.a). Berkata Omar (r.a): ‘Engkau berikan aku sutera walhal engkau mengatakan sesiapa yang memaikai sutera tidak akan memakainya di akhirat?’ Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Bukanlah aku suruh engkau memakainya tetapi mengunakan nilainya.’ - Hadith Muslim.
Dalam hadith di atas peristiwa yang sama disebutkan. Hadith ini diriwayatkan oleh Imam Muslim pula. Kita tahu bahawa Sahih Bukhari dan Sahih Muslim adalah dua kitab hadith yang digelar ulama’ ‘shahihaian’, yakni kitab hadith-hadith sahih yang dua. Sebenarnya di dalam kesemua kitab yang terkelompok sebagai ‘Kuttubul Sittah’ itu terdapat hadith yang sama bagi menunjukkan bahawa ketetapan Rasulallah (s.a.w) amat penting diberi perhatian oleh umat Islam. Harus dingati, keettapan Rasulallah (s.a.w) sama dengan ketetapan Allah (a.w) - Ayat 80: an-Nisa'.
Melabuhkan Pakaian
Kita tahu bahawa tiada seorangpun manusia berkesempatan atau diberi luang oleh Allah (a.w) untuk bertemu muka denganNya. Ini disebutkan di dalam al-Quran. Tidak layak bagi Allah (a.w) hambaNya bersemuka secara berdepan. Manusia berhubung dengan Allah (a.w) atau Allah (a.w) menghubungi manusia melalui tiga kaedah: pertama, melalui wahyu (kesemua para rasul dan nabi); kedua, melalui perantaraan malaikat Jibrail (semua para rasul); dan ketiga, berkata-kata dengan kalimah Allah (a.w) melalui tabir atau dibelakang tabir (seperti beberapa Rasul, termasuklah Musa (a.s), yang bercakap-cakap dengan Allah (a.w).
Manusia hanya diberi kesempatan bercakap-cakap atau melihat wajah Allah (a.w) di akhirat kelak, itupun terhad kepada ahli syurga sahaja. Rasulallah (s.a.w) memberitahu bahawa nikmat terutama dan teragung dan terenak adalah nikmat dapat melihat wajah Allah (a.w). Justeru itu, manusia yang disiksa dalam neraka atau yang tidak berjaya mendapat syurga pastilah dia tidak dapat melihat wajah Allah (a.w) dan Allah (a.w) tidak mahu melihat mereka. Hadith di bawah ini menyebutkan bahawa manusia yang semasa di dunia memakai pakaian yang labuh atau sngaja melabuhkan pakaiannya tidak akan dilihat oleh Allah (a.w). Kerana, mereka adalah alam neraka di akhirat kelak!
Diriwayatkan hadith daripada ibnu Omar (r.a) yang melaporkan bahawa Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Allah (a.w) tidak mahu melihat orang yang melabuhkan pakaiannya kerana menunjukkan kesombongannya.’ - Hadith Muslim.
Adalah satu larangan yang keras dalam Islam umat Islam memakai pakaian labuh – kain atau seluar atau jubah – yang melambangkan kedudukan, taraf, kekayaan dan justeru itumenampilkan ciri-ciri kesombongan. Hanya Allah (a.w) yang berhaq berlagak dan berkelakuan dan bertindak sombong! Diriwayatkan hadith oleh Abu Hurairah (r.a) yang melaporkan bahawa dia terlihat seorang yang melabuhkan pakaian bawahnya (yakni, seluar) (yakni, jejak ke bumi) dan berjalan menghentakkan kakinya ke bumi (seolah-olah sombong). Dia adalah Amir Bahrain (yakni, pemimpin jajahan Bahrain), disebut-sebut orang: Dia Amir Bahrain. Abu Hurairah (r.a) memberitahu: ‘Rasulallah (s.a.w) telah bersabda: ‘Allah (a.w) tidak mahu melihat orang yang melabuhkan pakaiannya kerana menunjukkan kesombongannya.’ - Hadith Muslim.
Seperti tersebut dalam hadith di atas mereka yang sering memakai pakaian labuh atau melabuhkan pakaian itu atau menhelakan pakaian mereka, menunjukkan kedudukan dan darjat itu, adalah orang yang ternama, dari ketuturunan mulai pada pandangan masyarakat dan budaya Melayu (dan budaya atau bangsa lain), golongan yang mempunyai harta dan kekayaan, kedudukan dari segi jawatan dan sebagainya. Hadith di atsd itu menyebutkan bahawa Allah (a.w) tidak ingin melihat manusia (hambaNya) yang melabuhkan pakaiannya. Justeru itu, apabila kita lihat segolongan lelaki yang memakai seluar, kain atau jubah senteng, bukanlah mereka itu kumpulan tertentu tetapi semata-mata mengahayati ketetapan Allah (a.w) dan RasulNya, bahawa mereka tidak boleh melabuhkan pakaian mereka.
Larangan melabuhkan pakaian itu adalah khusus kepada lelaki sahaja. Demikian jugalah larangan memakai kain suter itu. Wanita Islam digalakkan bukan sahaja melabuhkan pakaiannya – seluar, kain atau jilbab – tetapi hendaklah jangan sekali-kali mempamirkan perhiasan badannya – persiasan asli semula jadi (seperti bentuk susuk badan, bahagian dada, ponggong, terutama buah dadanya, rambutnya) atau perhiasan yang diada-adakan (seperti emas, permata dan peak yang dipakai, termasuk gelang kaki) – apabila berada dikhalayak manusia yang bukan muhrim baginya. Ini adalah aurat wanita Islam.
Memakai Cincin (atau lain-lain perhiasan) Emas
Satu lagi larangan yang berat kepada lelaki Islam adalah menyerupai sifat-sifat wanita dan memakai perhiasan emas – cincin, gelang tangan dan rantai leher – yang diperbuat daripada emas ataupun bahan bukan emas. Lelaki Islam dilarang memakai emas. Walaupun mereka dibolehkan memakai lain-lain bentuk logam (sebagai cincin), tetapi mereka dilarang memakai gelang dan rantai (di tangan atau di leher) kerana perbuatan sedemikian meniru resmi wanita. Wanita memakai gelang dan rantai leher.
Diriwayatkan hadith daripada Abu Hurairah (r.a) berkata bahawa Rasulallah (s.a.w) melarang lelaki memakai cincin (dan lain-lain perhiasan) emas.’ - Hadith Muslim.
Di dalam hadith di atas itu, Rasulallah (s.a.w) melarang lelaki Islam memakai cincin emas. Dan di dalam hadith lain, Rasulallah (s.a.w) memberitahu bahawa lelaki Islam yang meniru perangai dan sifat wanita dalam apa bentuk sekalipun dilaknat Allah (a.w). Menyebut perkara ini, zaman kini kita akan ketemui begitu ramai lelaki yang kononnya Islam, sama ada jahil atau sengaja engkar, memakai cincin emas, gelang emas (termasuk yang tidak disedari, jam tangan berantai emas) dan rantai leher emas (atau logam lain), sambil membuka butang kemejanya untuk memperlihatkan rantai yang dipakainya (ems ataupun bukan emas). Ramai juga lelaki Islam memakai gelang suasa kononnya baik untuk menghindar diri terkena sesuatu penyakit (sakit jantung atau angin akhmar?). mereka berpendapat bahawa oleh kerana gelang suasa itu tidak sepenuhnya dicantumkan, maka tidak tergolong dalam istilah ‘gelang’, maka terlepas dari terkena ketetapan syariat Islam tersebut. Tetapi, mereka lupa perkara yang lebih bahaya. Iaitu: umat Islam yang bergantung nasibnya kepada sesuatu yang selain Allah (a.w) adalah syirik! Lagi berat hukumannya daripada melanggar larangan memakai gelang tangan,

No comments:
Post a Comment