Wednesday, June 18, 2014

Puasa Ramadhan (Samb.)

Assalamualaikum,
Saudara, kita sambung semula penelitian kita tentang Puasa Ramadhan. Dalam post-post yang lalu kta diberitahu banyak perkara - siapa yang dibolehkan tidak berpuasa dan diganti dengan membayar fidyah memberi makan seorang miskin bagi setiap hari yang dia tidak berpuasa, kemudian mengganti puasanya pada hari-hari lain, kecuali lelaki dan wanita yang sudah tua (i.e. 60 tahun ke atas), wanita sedang menyusu anak dan wanita yang sarat mengandung boleh tidak berpuasa tetapi membyar puasa yang ditinggalkannya pada hari-hari lain, bulan lain; orang yang sakit teruk dan orang yang sedang bermusafir dibolehkan tidak berpuasa, tetapi perlu menggantikannya di hari-hari lain. Kita juga telah tahu apa-apakah yang boleh kita lakukan ketika siang tanpa membatalkan puasa kita. Kita juga tahu apakah yang membatalkan puasa. Yang perlu kita yang masih muda lela berwaspada adalah kelekuan yang mengarah kepada terjadinya hubungan kelamin antara seorang isteri dan suami ketika siang, kerana kifarahnya berat - diwajibkan berpuasa dua bulan berturut-turut, selain wajib menggantikan puasa tersebut.
Saudara, kita juga tahu bahawa pahala setiap hari puasa Ramadhan itu begitu besar, sehinggan mengalahkan pahala maksimum yang diperolehi berpuasa setahunpun tidak sama dengan kehilangan puasa sehari Ramadhan yang ditinggalkan! Dan, yang paling utama bagikita yang mengharapkan kesejahteraan akhirat adalah menyempurnakan puasa Ramadhan sebulan dengan mendapat pahala terbanyak yang akan menghakis segala dosa dan kembali dalam keadaa fitrah di pagi Aidil Fitri, maka mendapat balasan syurga. Maka dengan itu berpuasa dengan penuh kesabaran dan keimanan kerana mencari keridhaan Allah (a.w) semata-mata, adalah terbaik, dengan meninggalkan - menjauhi - sebarang perkara yang menyebabkan pahala puasa kita terhakis seperti melakukan perbuatan yang keji seumpama berkata keji, mengumpat, mencaci, mengadu domba dll yang menghakis pahala puasa hari itu. Dalam kes begini, tidak mendapat sebarang pahala bagi puasanya! Terlepas peluang untuk dibersihkan dalam bulan Ramadhan.
Saudara, dalam post ini kita teliti pula kalaulah kita terpaksa meninggalkan puasa beberapa hari, bilakah perlu kita ganti? Kita lihat ketetapan berikut:

Mengqadakkan Hutang puasa

(-) Bila mengqada’kan puasa tertinggal

Saudara, dalam hadith ini kita diberitahu bahawa puasa yang ditinggalkan itu wajib diqadakkan, maksudnya, diganti pada hari yang lain. Biasanya, disuruh ganti dalam bulan Sya'ban atau sebelum tibanya Ramadhan tahun berikutnya.
Diriwayatkan hadith daripada Aisyah (r.ah) berkata: ‘Tiadalah aku qada’kan barang yang atasku daripada Ramadhan (yakni, hutang puasa yang tertinggal dalam bulan Ramadhan kerana haid) melainkan dalam bulan Sya’ban, hingga wafat Rasulallah (s.a.w).’ - Hadith sahih at-Termidzi.
Hadith ini juga memberi kita tahu tentang bilakah wajar kita qadakkan puasa yang tertinggal. Aisyah (r.ah) juga memberitahu bahawa adalah wajar diqadakkan dalam bulan Sya'ban, tahun berikutnya.
Diriwayatkan hadith daripada Aisyah (r.ah) berkata: ‘Adalah kami datang haid kemudian kamipun suci (yakni, bersih dari haid), maka disuruhnya kami qada’ puasa dan tiada disuruhnya qada’kan solat.’ [Hadith sahih at-Termidzi]
Dalam hadith di atas Aisyah (r.ah) memberitahu bahawa ketetapan Islam adalah wanita haid diwajibkan qadakkan puasa Ramadhannya tetapi tidak disuruh qadakkan solat fardu yang tertinggal kerana haid (dan nifas).

(-) Mati ada hutang puasa

Saudara, Islam mengutamakan umatnya laksanakan ketetapan yang sering kita fahami sebagai Rukun Islam - solat, puasa Ramadhan, membayar zakat dan fitrah, dan apabila mampu, menunaika haji. Walaupun, majoriti orang Melayu diajarkan bahawa mereka boleh qadakkan solat fardu yang tertinggal, namun tiada nas dan dalil al-Quran maupun as-Sunnah yang membolehkan sedemikian. Solat fardu itu wajib disolatkan bila masuk waktunya, disolatkan kalau terlupa ketika sedar, atau disolat ketika ingat, apabila terlupa tak kita sudah lewat waktunya atau sudah masuk waktu solat kemudiannya. Justeru itu, tidak ada sebab mengapa solat itu diqadakkan.
Demikian juga puasa Ramadhan. Kita diber peluang 11 bulan untuk mengqadakkan puasa yang tertingga kerana sesuatu yang dibenarkan oleh Islam. tiada sebab puasa kita itu tertunggak, kalau kita faham Islam dan faham betapa utamanya puasa fardhu itu. Kerana itulah Islam, melalui as-Sunnah berikut, mewajibkan puasa yang tertinggal ketika mati digantikan oleh kaum kerabat.
Diriwayatkan hadith daripada Ibnu Omar (r.a) katanya hadith ini daripada Nabi (s.a.w) bersabda: ‘Barangsiapa mati dan atasnya puasa (yang tidak terqada’) sebulan, maka berilah makan daripadanya tempat tiap-tiap hari akan orang-orang miskin.’- Hadith at-Termidzi.
Hadith di atas itu menyebutkan bahawa puasa Ramadhan yang tertinggal sebulan oleh simatii hendaklah dikifarahkan dengan memberi makan seorang miskin setiap sehari yang tertinggal oleh simati.
Meriwayatkan hadith daripada ‘Urwat hadith daripada Aisyah (r.ah) berkata: ‘Bahawasanya Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Barangsiapa mati dan di atasnya (terhutang) puasa, maka dipuasakan atasnya oleh warisnya.’ - Hadith Bukhari, Kitab Saum.
Dalam hadith di atas pula kita diberitahu bahawa adalah menjadi tanggung jawab waris si mati menggaqadakan puasa yang tertinggal (maksudnya, yang tidak dipuasakan oleh) simati. Semua ini menunjukkan begitu utamanya puasa Ramadhan itu.

Maka kerana ituah juga begitu besar dan hebatnya pahala Ramadhan disediakan oleh Allah (a.w) bagi hambaNya untuk mengambil peluang terbaik ketika datangnya Ramadhan menempah tempat di syurga di akhirat kelak...
 
Jazakallahu khairah


No comments:

Post a Comment