Assalamualaikum,
Saudara, menjelang tibanya Ramadhan kali, mungkin kita buat 'self examination' atau 'self evaluation' - muhasabah diri kita, supaya kita tahu di tahap manakah keimanan kita dan setakat manakah kemungkin kita dapat melaksanakan tuntutan Ramadhan sebaik mungkn, supaya kita tergolong di kalangan orang yang berjaya mendapat manfaat terbaik dari Ramadhan - orang yang dibebaskan oleh Allah (a.w) dari siksaan neraka di akhirat kelak dan tergolong dari kalangan orang yang berjaya dianugerahkan syurga oleh Allah (a.w) di akhirat kelak.
Saudara, Allah (a.w) memberi banyak peluang kepada kita untuk selamat dari neraka dan mendapat ganjaran syurga di akhirat kelak. Puasa Ramadhan - sebagaimana yang kita telahpun tahu dalam post yang lalu - kalau kita manfaatkan sepenuhnya dan sebaik mungkin, maka kita kembali dalam keadaaan fitrah di awal Syawal kelak, masya Allah - satu kejayaan yang hebat. Tambahan pula kalau menemui lailatul-Qadr yang disebutkan akan berlaku pada malam-malam ganjil 21, 23, 25, 27 dan 29 Ramadhan, maka kita mendapat ganjaran amal dan ibadah yang sempurna selama 1,000 bulan atau 83 tahun 4 bulan, juga pasti mendapat syurga dan selamat dari neraka. Apakah kita menyempatkan diri berusaha untuk mendapat kejayaan sedemikian itu.
Saudara, kita tengok beberapa panduan Islam mengenai memperbaiki diri dan mempersungguh demi dunia dan lebih-lebih lagi akhirat.

Saudara, kita disuruh oleh Rasulallah (s.a.w) supaya mengaudit diri kta sendiri dalam urusan akhirat, apa saja kedudukan kita ketika di dunia. Rasulallah (s.a.w) bersabda: 'Hasibu anfusahum qabla an tuhasabu' (Yang bermaksud: Hisabilah diri kalian sebelum kalian dihisabi di akhirat kelak). Malah Allah (a.w) menyuruh kita perhatikan - setiap masa ketika masih hidup - apakah yang telah kita kirimkan (maksudnya, kumpulkan pahala) untuk bekalan akhirat kita - Ayat 18: al-Haysr. Maka sebelum terlewat, jadilah orang yang baik dengan panduan berikut:
Orang Iman Terbaik
(a) Matlamat orang iman – Berjaya di dunia dan diakhirat
Saudara, majoriti umat Islam lupakan nasihat berikut, kerana disibukkan oleh dunianya dan kurang yakin dia tentang akhiratnya:
Sabda Rasulallah ((s.a.w): ‘Sebesar-besarnya cinta manusia adalah seorang iman yang bercita-cita ingin meraih (yakni, mendapat atau mencapai) kejayaan dalam urusan dunianya dan (juga) (ingin meraih kejayaan dalam) urusan akhiratnya.’- Hadith ibnu Majah, Kitab Perdagangan.
Ramai orang yang berjaya di dunia. Malah ramai orang Islam yang berjaya di dunia. Di Malaysia kita mendengar nama suatu masa dulu Daim Zainuddin, kini Syed Mokhtar al-Bukhari, Azman Hashim, Mukhzani Mahathir, Abu Saib, antara orang Islam (Melayu) yang terkaya di Malaysia dewasa ini. Malah Sultan Brunei antara raja yang terkaya di dunia, dan terkaya di rantau ini, dengan perhiasan istananya yang begitu canggih dan mahal diperbuat dari emas dan perak. Ramai juga orang Islam yang kerana ketinggian ilmu dunianya diangkat menjadi ketua eksekutif syarikat korporat kerajaan – GLC. Mereka di bayar gaji, elaun dan pelbagai imbuhan dan pampasan sehingga melebihi RM 1.5 juta setahun. Mereka berjaya di dunia. Mereka berjaya kerana ilmu duniawinya. Hebat ilmunya bukan setakat bidang akademik, tetapi ilmu duniawi dalam cara dan kaedah penampilan serta kemahiran menguruskan syarikatnya. Maka, mereka diakui hebat dan diberi kedudukan yang hebat dalam dunia korporat. Maka bahagialah dunia mereka. Malangnya, seringkali orang yang berjaya sedemikian ini menombor-duakan tuntutan akhiratnya pula, maka seolah-olah mereka mencari dunia dan mengabaikan akhirat mereka. Atau, mereka meremehkan tuntuan akhiratnya.
Dalam perkara akhirat pula, orang yang banyak dan mendalam ilmunya tentang akhirat juga akan berjaya di akhiratnya, jika dia benar-benar faham tuntutan Islam yang benar, dan mengamalkannya. Kalau dia Islam tetapi tidak faham tuntutan Islam, maka dia juga gagal menyediakan diri untuk kejayaan akhirat. Kalau golongan pertama itu, maka bahagialah mereka di akhirat. Kalau golongan kedua pula, maka malanglah akhiratnya, tak jauh bezanya dengan orang yang tidak mengamalkan tuntutan agamanya ketika hidup!
Orang yang sempurna ilmunya, mendalam keimanannya serta tinggi ketaqwaannya dalam Islam akan tahu bahawa apapun pencapaian di dunia ini yang paling utama diberi keutamaan oleh mereka adalah kejayaan akhirat. Sebenanya kejayaan dunia itu sewajarnya memudahkan mereka mencari kejayaan akhirat. Kerana, sebagai contoh, mereka yang kaya dan berharta, menginfaq sebanyak mungkin kekayaan dan kemewahan mereka demi membela agama Allah (a.w) – fi sabilillah - kerana segala perbelanjaan untuk fi sabilillah memberikan ganjaran pahala yang begitu besar, sehinggakan mereka boleh menempah tempat di syurga! Maka, mereka menombor-satukan ilmu akhirat, kerana dengan ilmu akhirat itu, mereka lebih terjaga dalam menjalani kehidupan duniawi – hidup di dunia tidak melanggar ketetapan Allah (a.w) dan RasulNya dan sentiasa berusaha mencari keridhaan Allah (a.w) dan menambah serta meningkatkan bekalan (yakni, pelaburan) akhiratnya supaya dia mengirim sebanyak mungkin pahala (atau mendapat dividen sebanyaknya) untuk akhiratnya dan, kerana itu, mendapat keridhaan Allah (a.w). Mereka, secara langsung dan tidak langsung, akan lebih terpandu menjalani kehidupan dunianya terutama dalam perkara menggunakan kurniaan rezki yang melimpah ruah dengan membela agama Allah (a.w) melalui infaq fi sabilillah melalui harta serta kekayaan yang dimilikinya. Mereka juga faham bahawa kenikmatan yang begitu banyak dikurniakan oleh Allah (a.w) kepadanya adalah dari izin Allah (a.w). Mereka juga faham bahawa harta kekayaan mereka akan dipersoalkan di akhirat kelak – dari mana diperolehinya, bagaimana dihabiskannya, apakah tujuan dia membelanjakan hartanya, dan berapa banyakah dikembalikan kepada Allah (a.w) untuk fi sabilillah, tidak membazir dia dan sebagainya. Harta dan kekayaan adalah ujian yang paling getir bagi orang yang kaya dan mewah. Orang kaya, jika ahli syurgapun, hanya masuk syurga selepas 50,000 tahun orang miskin, ahli syugra, masuk syurga! Kerana, hisaban yang lebih sukar bagi yang kaya.
Justeru itu, dengan ilmu, mereka faham dan inginkan Kitab Catatan Amalannya penuh dengan pahala dan tiada atau sedikit catatan dosanya. Bagi mempastikan dosanya di hakis oleh Allah (a.w), maka dia beramal dengan amalan-amalan yang menghakis dosa dan dia bertaubat supaya Allah (a.w) hapuskan dosa-dosanya. Dia menombor-satukan kepentingan akhiratnya dan menombor-duakan kepentingan dunianya, walaupun dia tetap mengusahakan untuk dunianya secara terbaik, kerana dunianya adalah persediaan untuk kejayaan akhiratnya. Ada banyak contoh orang Islam yang tinggi ketawaannya. Dalam perkara infaq Abu Bakar as-Siddik (r.a) menginfakan kesemua hartanya demi fi sabilillah. Omar bin Khattab (r.a) mendermakan separuh kekayaannya demi fi sabilillah. Demikian juga dengan sahabat-sahabat lain, antaranya Ibnu Masud.
Orang yang pintar dalam konteks Islam itu disebutkan dalam hadith ini – bercita-cita untuk berjaya 'par excellence' di dunia dan pada masa yang sama mempastikan dia berjaya di akhirat, dan faham dia bahawa dunia itu tempat bersedia untuk akhirat, dan kejayaan akhirat itu lebih utama dan lebih penting, kerana ianya kekal dan tidak ditandingi oleh dunia nikmatna. Kerana kejayaan akhirat itu kekal, tiada batasan waktu, tambahan pula kenikmatan yang didapati dari kejayaan akhirat itu tiada tandingannya atau tidak mungkin diatasi oleh kejayaan atau kenikmatan duniawi.
Fikirkanlah, dewasa ini Forbes memberitahu siapakah manusia yang terkaya di dunia dan siapakah yang terkaya di Malaysia dan siapakah orang Melayu yang terkaya di Malaysia. Namun, kekayaan mereka itu tidakpun setanding dengan kekayaan manusia zaman lampau spt Qarun. Tiada manusia yang paling hebat dan ditakuti manusia selain Firaun. Malah Firaun dikurniakan Allah (a.w) umur yang panjang, hidup 400 tahun, dan tidak pernah sakit walaupun menghidap selsema. Siapakah di dunia kini yang sekaya dan sehebat mereka?
Sebaliknya, kita diberitahu bahawa orang yang paling dhaif dan termiskin di dalam syurga di akhirat kelak – darjat syurga terkebawah i.e. yang ke-100 – memiliki kekayaan senilai 10 kali dunia dan isinya! Dia memiliki isteri tercantik – Hurul’ain – seramai 72 orang. Rumahnya seumpama mahligai yang diperbuat dari intan berlian. Ladang atau harta yang luas sehinggakan setiap suatu hanya sempat dilawati dalam perjalanan setahun (sehari di akhirat = 1,000 tahun kiraan waktu dunia!). Hari ini, walau bagaimana kaya sekalipun manusia – seumpama Carlos Sim (hartawan Mexico), Warren Buffet (Wall Street financier), Bill Gates (Microsoft), Mark Zuikerberg? (facebook), dan di Malaysia Ananda Krishnan (Astro dll), Teh Hong Piow (Public Bank), Syed Mokhtar dll (MMC dll), Azman Hashim (AmBank), dllnya takpun memiliki kekayaan yang nilainya 1/100,000 nilai dunia. Malah tidakpun dapat menandingi Qarun zaman Musa (a.s) atau Sa’labah zaman Rasulallah (s.a.w), contohnya. Namun, dalam Islam kekayaan itu adalah suatu cubaan yang amat hebat lagi getir. Fikirkanlah apa yang diperingatkan oleh Rasulallah (s.a.w) dalam hadith berikut:
Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘La tazulu qadama ‘abdin yaumal qiamati hatta yusalu ‘an umurihi fima anahu wa-‘an ‘ilmuhi fima fa’ala, wa-‘an malihi min ainak-tasabahu wa-fima anfaqahu wa-‘an jismihi fima ablahu.’ (Yang bermaksud: Tidak melangkah kedua telapak kaki setiap hamba pada hari kiamat sehingga ditanya (pertama) tentang umurnya dihabiskan untuk apa; dan (kedua) tentang ilmunya di’manfaatkan untuk apa; dan (ketiga) tentang hartanya diperolehi dari mana dan digunakan untuk apa, dan bagaimana dihabiskan, dan (keempat) tentang jasad (dirinya) dirosakkan untuk apa.) - Hadith at-Termidzi, Kitab Sifat-sifat Kiamat.
Hadith ini menyebutkan bahawa seseorang yang Islam dan beriman itu, ketika sudah kiamat dunia, manusia akan berhimpun di padang makhsyar. Ketika hendak melangkah ke perhimpunan agung tersebut, mereka akan ditanya dahulu pertama, bagaimana dia telah memanfaatkan umur yang dikurniakan Allah (a.w) baginya sepanjang kehidupannya di dunia dahulu, apakah yang telah dikerjakannya sepanjang hidupnya; kedua, jika dia memiliki ilmu (i.e. ilmu mengenai agamanya – ilmu al-Quran dan as-Sunnah, apakah yang telah dilakukannya dengan ilmu yang ada padanya sepanjang hidupnya di dunia setelah mendapat ilmu tersebut – adakah telah diamalkannya akan tuntutan ilmunya atau dimanfaatkan olehnya mengajarkan orang lain, atau disimpannya, tanpa menyebarkannya, untuk manfaat orang lain, atau disebarkannya dengan bayaran; ketiga, tentang harta ‘miliknya’ – bagaimana diperolehi, dan untuk apa atau bagaimana dihabiskannya, dan keempat, tentang jasadnya apakah yang telah merosakkannya kerana sesuatu yang dilakukan untuk menjerumuskannya ke dalam neraka.
Di dalam al-Quran – Ayat 56: az-Zariat – Allah (a.w) memberitahu manusia bahawa mereka dijadikan/diciptakan atau diberi peluang hidup di dunia semata-mata untuk memperhambakan diri mereka (yakni, mengerjakan amalan dan ibadah) kepada Allah (a.w). Apakah mereka telah memenuhi mandat Allah (a.w) tersebut? Kalau dia faham dan patuh dengan hakikat tersebut pastilah jawapan kepada 4 soalan tersebut memihak padanya. Pastilah dia menghabiskan umurnya untuk memenuhi amanah tersebut – mengerjakan apa yang disuruh dan menjauhi apa yang ditegah Allah (a.w). Pastilah kalau dia mendapat atau memiliki ilmu, akan dimanfaatkan olehnya untuk dirinya dengan mengerjakan amalan dan ibadah mengharapkan keridhaan dan kerahmatan Allah (a.w) dan menyebar-luaskan pula ilmunya supaya orang lain faham dan dapat sama-sama mengabdikan diri mereka kepada Allah (a.w) dan masuk syurga bersama-samanya. Dengan rezki yang melimpah ruah – melebihi keperluan asas baginya dan keluarganya, dia akan menginfaqkannya demi membela agamanya dan umat Islam yang memerlukan bantuan dan pertolongan. Pastilah dia menjaga dirinya dari dirosakkan oleh sesuatu ucapan dan perbuatannya, supaya dirinya terhindar dari kecelakaan di bakar dalam neraka.]
(-) Semua harta akan diselidik/ditanya dan dihisab detail
Manusia itu tidak akan terhitung dengan kesemua nikmat yang dikurniakan Allah (a.w) padanya. Namun, segala nikmat tersebut dimanfaatkan olehnya demi perintah Allah (a.w). Segala-galanya diperolehinya atas izin Allah (a.w).
Firman Allah: ‘Thumma latusalunna yaumaizin ‘anin-naim’ (Yang bermaksud: Kemudian di hari itu (hari kiamat) kamu sekelian akan ditanya tentang kenikmatan (yakni, rezki yang Allah (a.w) berikan pada kamu sekelian), yakni kekayaan, kedudukan, serta kuasa yang dimiliki ketika di dunia, contohnya). - Ayat 8: at-Takathur.
Setiap orang Islam akan ditanya apakah yang telah dilakukan olehnya terhadap pelbagai nikmat yang diberikan Allah (a.w) kepadanya – jasadnya yang sihat dan tegap, tangannya, kakinya, mata (penglihatannya), mulut (kata-kata yang diluahkannya), tentang telinga (apa-apa yang didengarnya), dan sebagainya.
(-) Mengumpul harta – Muflis di akhirat
Saudara, janganlah kita jadi orang-orang yang disebutkan dalam hadith ini. Sebenarnya, kekayaan dan kedudukan itu boleh menempatkan kita tempat tinggal dalam syurga secara pasti di akhirat kelak, kalaulah kita akur dengan perintah Allah (a.w) dalam urusan 'infaq fi sabilillah'.

Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Inna aktharina humul-aqalluna yaumal-qiamati illa man qala hakaza wa-hakaza wa-hakaza ‘an yanihi wa-an syimalihi wa-min khalfihi wa-qalilun ma hum … al-hadith.’ (Yang bermaksud: Sesungguhnya orang-orang yang memperbanyak harta (mengumpul harta sebanyak-banyaknya ketka di dunia) akan menjadi orang-orang yang melarat esok pada hari kiamat (yakni, di akhirat), kecuali orang yang berbuat begini dan begini dan begini (i.e memperbanyakkan bersedekah) baik dari kanannya (yakni, yang sedekahkannya dengan pengetahuannya), kirinya (diinfaq atau dibelanjakan fi sabilillah melalui orang lain) maupun belakangnya (yang diinfaqkan atau dibelanjakan atas wasiatnya setelah matinya), tetapi sedikit mereka (yang mengerjakan itu). - Hadith Bukhari.
(b) Orang iman terbaik mengimbangi dunia dan akhiratnya
Saudara, Allah (a.w) memberitahu kita bahawa kehidupan duniawi itu merupakan suatu keseronokan yang sedikit dan sementara, walhal keseronokan yang ribuan kali ganda nikmat dan seronoknya adalah akhirat yang kekal.

Diriwayatkan hadith dari Anas (r.a) hadith dari Rasulallah ((s.a.w) bersabda: ‘Tidak ada (yang) sebaik-baik (dikalangan) kamu (melainkan) adalah orang yang tidak meninggalkan dunianya kerana urusan akhiratnya dan tidak meninggalkan akhiratnya kerana urusan dunianya, sehingga dia mendapatkan kedua-duanya (i.e. kesemuanya sekali). Sesungguhnya dunia itu bekalan (i.e. persediaan) untuk akhirat. Janganlah kamu bergantung pada manusia.’ - Hadith ibnu ‘Assakar.
Justeru itulah, manusia itu disuruh berusaha sebaik mungkin untuk dunia dan akhirat.
Jazakallahu khairah

No comments:
Post a Comment