Sunday, June 15, 2014

Puasa Ramadhan (Samb.)

Assalamualaikum,
Saudara, kita teruskan penelitian kita tentang ibadah puasa. Telah banyak kta tahu dalam beberapa post yang telah kita lihat sebelum ini. Yang wajib kita faham dan jangan ambil ringan adalah mengadakan hubungan kelamin di siang hari. Kifarahnya berat. Sesiapa yang melakukannya sedemikan, maka dia diwajibkan berpuasa 2 bulan (i.e. 60 hari) berturut-turut. Hanya kalau tidak mampu, baru diberi keringanan memberi makan 60 orang miskin. Kita juga tahu bahawa ada beberapa larangan yang diberitahu oleh orang tua-tua dan para ulama' arus perdana juga bahawa terbatal puasa jika kita masukkan sesuatu ke dalam rongga badan kita. Kemudian, dijtihadkan bahawa suntuikan ubat dibolehkan ketika berpuasa, tidak membatalkan puasa. Ini tidak benar kerana kita telahpun lihat ketetapan Islam, berdasarkan as-Sunnah, yang menyebutkan kita boleh memasukkan air ke dalam hidung dan mulut untuk berkumur-kumur ketika berwudu', dan kemudian menhembuskan air tersebut keluar dari hidung dan mulut. Jelaslah, Islam mewajibkan umatnya berilmu sebelum beramal dan jangan beramal ikut persangkaan atau kata-kata sifolan dan sifolan. Sabda Rasulallah (s.a.w): 'Al-ilmu qabla 'amal' (Yang bermaksud: Beramallah dengan ilmu atau berilmulah dahulu sebelum beramal). Maka dengan itulah juga umat Islam itu diwajibkan berilmu. Sabda Rasulallah (s.a.w): 'Talabul ilmu faridatun 'ala kulli Muslim' (Yang bermaksud: Mengaji atau belajar ilmu itu adalah wajib atas setiap yang Islam). Justeru itu, sesiapa yang akui dirinya Islam kemudian tidak menyempatkan masa dan waktu untuk belajar ilmu - ilmu al-Quran dan as-Sunnah - maka dia berdosa setiap saat, selain dosa-dosa kecil yang dilakukannya sepanjang hidupnya!
Saudara, kita teruskan lagi penelitian kita tentang beberapa perkara lagi yang bersangkut paut dengan ibadah puasa Ramadhan itu. Sebeum itu kita teliti sedikit lagi tentang hakikat musafir yang membolehkan kita tidak berpuasa ketika bermusafir, tetapi wajib mengqadakkannya pada hari-hari lain. Orang yang musafir itu diberi ruhsah (maksudnya, memilih) oleh Allah (a.w) - nak puasa ke atau tak puasa ke? Rasulallah (s.a.w) memberi panduan kepada kita bahawa kita dibolehkan berpuasa dan juga tidak berpuasa - ikut suka hati kitalah. Kita tidak berpuasapun mendapat pahala kerana menerima anugerah Allah (a.w) membenarkan kita tak berpuasa, atau berpahala kerana pahala puasa itu amat besar, sehinggakan qada' puasa sehari dengan berpuasa setahun tidak menyamai pahala puasa sehari yang ditinggalkan! Kerana, Allah (a.w) memberitahu dalam ayat yang kita teliti sebelum ini (post yang lalu), 'kalau kalian berpuasa lebih baik jikalah kalian tahu', dan Rasulallah (s.a.w) atas dasar wahyu memberitahu bahawa tidak berpuasa sehari itu begitu terlepas pahala yang hebat dan besar sehinggakan tidak dapat menyamai pahala setahun bagi menggantikannya, jika kita tidak puasakan. Maksudnya, pahala sehari puasa Ramadhan itu tidak sama dengan pahala setahun untuk menggantikannya! Oleh itu, tepuk dada tanyalah keimaman kita.

Musafir dalam bulan Ramadhan 
Saudara, ketetapan Islam tentang bermusafir dalam bulan Ramadhan itu diberikan dalam firman Allah (a.w) berikut:
Firman Allah (a.w): ‘Faman kana minkum maridan au ‘ala safarin fa’indatu min aiyamin ukhar.’ [Yang bermaksud: Maka barangsiapa (ketika dalam bulan puasa) dari kalangan kamu sekelian sakit, atau atas perjalanan (musafir), maka cukupkanlah hari puasa kamu (yakni, gantikanlah puasa yang tertinggal) dari hari-hari yang lain.] -Ayat 184: al-Baqarah
Kemudian, Rasulallah (s.a.w) mengulangi ruhsah Allah (a.w) yang membolehkan orang bermusafir berpuasa atau meninggalkannya ketika bermusafir, dalam hadith berikut:
Diriwayatkan hadith daripada Hisyam bin ‘Urwat, hadith daripada bapanya, hadith daripada Aisyah (r.ah), isteri Nabi (s.a.w), berkata ‘Bahawasanya Hamzah bin Amru as-Salamii, berkata kepada Nabi (s.a.w): ‘Adakah puasa aku semasa musafir?’ dan adalah dia seorang yang banyak berpuasa (yakni, rajin mengerjakan puasa-puasa sunat). Maka bersabda Nabi (s.a.w): ‘Jika berkehendakkan engkau (berpuasa), maka puasalah, dan jika berkehendakkan engkau (berbuka atau tidak berpuasa), maka berbukalah.’ - Hadith Bukhari, Kitab Siam.
Dalam hadith berikut, Rasulallah (s.a.w) tidak membezakan para sahabat yang berbuka (i.e. tidak berpuasa) dengan sahabat yang berpuasa dalam bulan Ramadhan kerana bermusafir. 
Diriwayatkan hadith daripada Anas bin Malik (r.a) berkata: ‘Adapun aku bermusafir beserta Nabi (s.a.w), maka tidak mencaci atau mengata orang yang berpuasa akan orang yang tidak berpuasa (dalam rombongan bermusafir itu), dan orang yang berbuka (yakni, yang tidak berpuasa) ke atas orang yang berpuasa.’ - Hadith Bukhari, Kitab Saum
Dalam hadith berikut, kita diberitahu bahawa Rasulallah (s.a.w) sengaja mendemokan kepada para sahabat bahawa ketika bermusafir bolh meninggalkan puasa dengan makan ketika bermusafir di hadapan para sahabat.
Diriwayatkan hadith daripada Ibni Abbas (r.a) berkata: ‘Keluar Rasulallah (s.a.w) dari Madinah ke Mekah (yakni, bermusafir), maka berpuasa dia sehingga sampai ke ‘Usfan (suatu tempat), kemudian meminta dengan air, maka mengangkat air atas kedua-dua tangannya nescaya dilihat oleh manusia (para sahabat), maka berbuka dia, sehingga sampai ke Mekah, dan demikian di dalam bulan Ramadhan. Maka ada Ibnu Abbas (r.a) berkata: ‘Sungguh berpuasa Rasulallah (s.a.w) dan berbuka maka barangsiapa ingin berpuasa (puasalah) dan barangsiapa ingin (berbuka), berbukalah.’ - Hadith Bukhari, Kitab Saum. 
Di dalam hadith di atas dijelaskan bahawa ada kalanya Rasulallah (s.a.w) berpuasa dan ada kalanya dia tidak berpuasa semasa dalam musafir. Terpulanglah kepada kita sama ada hendak berpuasa ataupun tidak berpuasa. Di dalam hadith di atas Rasulallah (s.a.w) dilapurkan minum air, untuk menjadi petunjuk kepada para sahabat bahawa mereka boleh berbuka (yakni, tidak berpuasa) ketika dalam musafir. 
Diriwayatkan hadith daripada ‘Asim hadith daripada Muaraq hadith daripada Anas (r.a) berkata: ‘Ada kami beserta Rasulallah (s.a.w) di dalam musafir, maka sebahagian (rombongan) berpuasa, dan sebahagian berbuka (yakni, tidak berpuasa). Berkata Anas (r.a): ‘Maka bertempat kami di suatu tempat di dalam hari yang sangat panas, bernaung para-para sahabat yang mempunyai selimut, dan sebahagian menjaga daripada (keperitan) cahaya matahari dengan tangan mereka.’ Berkata Anas (r.a): ‘Maka jatuh (rebah) (yakni, pengsan atau pitam) orang yang berpuasa, dan berdiri orang-orang yang berbuka maka menjadikan kemah, dan memberi minum kepada mereka.’ Maka berkata Rasulallah (s.a.w): ‘Pergi (musafir) yang tidak berpuasa pada hari ini dengan (mendapat) pahala.’ - Hadith Muslim, Kitab Siam. 
Hadith ini menunjukkan memberi makan kepada orang yang tidak berpuasa dalam musafir tidak menjadi kesalahan, malah mendapat pahala pula.
Hadith di atas menunjukkan bahawa tidak melarang seseorang itu memberi air kepada mereka yang dalam musafir. Malah jelas pula membuat sedemikian apabila diperlukan untuk kemudahan seseorang yang bermusafir mendatangkan pahala pula. 
Diriwayatkan hadith daripada Jabir bin Abdullah (r.a) berkata bahawasanya Rasulallah (s.a.w) keluar ke Mekah pada tahun kemenangan Mekah (perjanjian Hudaibiah), maka berpuasa dia sampai kesuatu tempat bernama Kura’ Nganim, dan berpuasa manusia (orang-orang) bersama-sama dengannya, maka dikatakan orang (sahabat) kepadanya: ‘Bahawasanya orang-orang sunggu-sungguh telah musyaqqah (yakni, mengalahkan) atas mereka itu oleh puasa, dan bahawasanya manusia (orang-orang) menanti (menunggu) mereka itu di dalam apa-apa telah engkau berbuat’, maka menyeru dia (yakni, meminta) dengan bekas daripada air kemudian daripada waktu Asar, maka minum dia dan manusia (orang-orang) melihat mereka itu (akan perbuatan Nabi (s.a.w)), maka berbuka sesetengah mereka itu dan berpuasa sesetengah yang lainnya. Maka disampaikan perkara itu bahawasanya puasa mereka itu. Maka bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Mereka itulah orang-orang derhaka (kerana memperkecil-kecilkan perintah Allah (a.w) (yakni, apakala dibolehkan berbuka atau tidak berpuasa maka ambillah keringanan yang dikurniakan Allah (a.w) itu dengan berbuka).’ - Hadith hasan sahih at-Termidzi. 
Diriwayatkan hadith daripada Aisyah (r.ah) bahawasanya Hamzah bin ‘Amru as-Salamii bertanya dia daripada urusan puasa di dalam musafir (perjalanan), dan adapun dia menghubungkan puasa. Maka bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Jika engkau kehendaki (berpuasa) maka berpuasalah, dan jika engkau kehendaki (tidak berpuasa) berbukalah.’ - Hadith hasan sahih at-Termidzi. 
Saudara, dalam hadith berikut Rasulallah (s.a.w) memberitahu bahawa kalau booleh mampu meneruskan puasa ketika bermusafir, maka berpuasa lebih baik. Namun, kalau tidak berpuasapun baik.
Diriwayatkan hadith daripada Abi Said al-Khudri (r.a) berkata: ‘Adapun kami bermusafir beserta Rasulallah (s.a.w), maka daripada kalangan kami (ada yang) berpuasa dan daripada kalangan kami atas (ada yang) berbuka, maka adalah mereka itu memikirkan bahawasanya sesiapa dapat kekuatan, maka berpuasalah, maka itu baik, dan barangsiapa mendapat (menjumpai) kedhaifan (lemah), maka berbuka, maka baik (juga).’ [Hadith hasan sahih at-Termidzi]
Alhamdulillah, kita telah selesai membincangkan ketetapan Islam mengenai kedudukan orang yang bermusafir dalam bulan Ramadhan. Mereka diberi pilihan oleh Allah (a.w) dan RasulNya untuk berpuasa atau untuk berbuka. Hakikatnya, puasa yang ditinggalkan wajib diqadakkan.

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment