Assalamualaikum,
Saudara, kita sambung lagi penelitian kita mengenai perkara di atas. Dalam post yang lalu kita telahpun tahu ilmunya bahawa puasa Ramadhan itu adalah satu peluang keemasan untuk menempatkan diri kita dalam syurga, kerana sesiapa yang berjaya berpuasa sebaik mungkin dalam bulan Ramadhan dia dibebaskan oleh Allah (a.w) darri kesemua dosanya (kecuali 3 dosa yang tidak boleh terhapus selagi tidak ditaubatkan - iaitu syirik terhadap Allah (a.w), derhaka kepada kedua ibubapanya, dan berzina - maka orang yang berjaya sedemikian itu dibersihkan dari dosa-dosanya yang telah lalu.

Malangnya begitu ramainya umat Islam, terutama orang Melayu, yang gagal membeaskan dirinya atau mendapat kebebasan dari Allah (a.w) terhadap segala dosa-dosanya, setiap kali tibanya bulan barokah ini!
Yang berjaya dalam Ramadhan
Saudara, puasa Ramadhan itu adalah satu peluang dan kesempatan untuk membebaskan diri dari neraka, dan mendapat syurga. Maka dengan itulah kita sering mendengar ceramah atau kata-kata para ustaz bahawa orang yang tahu ilmu dan faham ilmu yang haq menyebutkan bahawa mefeka bersedih ketika tibanya Aidil Fitri atau berlalunya Ramadhan, kerana mungkin mereka tidak berkesempatan atau diberi peluang oleh Allah (a.w) menemui Ramadhan tahun berikutnya. Kenapa? Ramadhan adalah bulan yang memberi peluang kepada umat Islam untuk berjaya di akhirat dengan syarat dia menpati keettapan hadith berikut:

Diriwayatkan hadith daripada Abi Salamah daripada Abi Hurarirah (r.a) berkata: ‘Adapun Rasulallah (s.a.w) meningkatkan dalam solat malam Ramadhan dari selain apabila memerintahkan dengan menguatkan atau mempersungguh (beramal), dan bersabda: ‘Barangsiapa berdiri (solat) Ramadhan (yakni, solat Terawih) kerana keimanan dan mencari pahala di sisi Allah (a.w), mengampuni Allah (a.w) baginya apa-apa yang mendahulukannya dari dosa-dosanya.’ Maka diwafatkan Rasulallah (s.a.w) dan adapun perkara demikian itu (yakni, bersolat terawih sedemikian) juga (yakni, kekal) zaman khalifah Omar bin Khattab (r.a) atas demikian itu (yakni, tidak difardukan dan tidak diberatkan berjemaah, yakni dibuat bersendirian dan disunatkan menjemaahkannya pada malam-malam ganjil terakhir).’ - Hadith at-Termidzi, Kitab Saum.
Rasulallah (s.a.w) memberitahu dalam hadith ini syarat-syarat untuk mendapat kejayaan dalam puasa Ramadhan: iaitu, menambah amalan dan ibadah sebanyak munkgin ketika malam dan ketika siang harinya. Malam hari mengerjakan Solat Terawih - 8 rakaat dibuat empat empat rakaat dan disudahi dengan Solat Witir 3 rakaat, menjadi jumlah solat malam kita itu sekurang-kurangnya 11 rakaat - 4 + 4+ 3 = 11 rakaat. Rasulallah (s.a.w) mengerjakan solat qiamul-lail (solat mengimarahkan malam) hanya 11 rakaat, sama ada dalam bulan puasa (Ramadhan) atau diluar bulan Ramadhan. Solat dalam bulan Ramadhan disebut Solat Terawih dan solat di luar bulan Ramadhan disebutkan Solat Qiam.

Namun, dewasa ini mengikuti contoh amalan di Mekah dan Madinah, Solat Terawih dibuat 20 Rakaat dengan dua dua akaat, kemudian bersurai dan mengerjakan pula Solat Qiam selepas jam 1 tengah malam sebanyak 16 rakaat pula dengan ditutup dengan Solat Witir satu rakaat.
Saudara, walaupun Rasulallah (s.a.w) tidak mengerjakan solat malam melebihi 11 rakaat itu, namun beliau membaca surah-surah yang panjang, amaka solatnya berakhir ketika hampir masuk waktu Subuh. Rasulallah (s.a.w) tidak pula melarang umatnya memperbanyakkan solat qiam/malam,. Amalan-amalan sunat yang dibolehkan oleh as-Sunnah boleh dikerjakan sebagi bukti kesyukuran seorang iman kepada dan etrhadap Allah (a.w).
Menutup lompang-lompang amalan dalam Ramadhan
Saudara, seringkali banyak perkara yang mengurangkan pahala amalan dan ibadah kita. Begitu jugalah seringkali adalah perkara-perkara yang menambah kepada dosa-dosa kita terhadap Allah (a.w) kerana ucapan dan perlakuan kita. Rasulallah (s.a.w) memberitahu orang iman yang isiqamah mengerjakan amalan dan badahpun, akan melakukan sebanyak 2,500 jenis dosa-dosa kecil - kerana mulut, mata, telinga, kaki dan tangan dan sebagainya. Maka lebih banyak amalan sunat dikerjakan maka semakin banyaklah terhakisnya dosa-dosa sedemikian.
Kita mendapat pahala maksimum dalam bulan Ramadhan jika kita akur dengan panduan hadith berikut:
Diriwayatkan
hadith daripada Ibnu Abbas (r.a) telah berkata dia: ‘Telah diwajibkan
oleh Rasulallah (s.a.w) sedekah fitrah supaya mensucikan puasa daripada
perbuatan dan perkataan yang sia-sia dan sebarang pelanggaran (dalam
bulan Ramadhan) dan memberi makan kepada orang-orang miskin, maka
mendatangkan pada zakat fitrah sebelum solat Aidil Fitri, maka zakat itu
yang diterima oleh Allah (a.w), dan barangsiapa mengeluarkannya selepas
solat itu, maka zakat itu adalah satu sedekah diantara pelbagai jenis
sedekah sahaja.’ - Hadith sahih Abu Daud.
Dan, zakat ata fitrah yang dikeluarkan adalah penghapus kepada kekurangan dalam amalan dan ibadah puasa Ramadhan kita. Justeru itu, perbanyakkanlah sedekah dan infaq dalam bulan Ramadhan kerana pahala yang digandakan dalam bulan Ramadhann melebihi gandaan bulan-bulan biasa. Bersdekahlah dan keluarkan belanja unutk menjamu orang yang berpuasa dan memberi makan kepada anak-anak yatim dan orang-orang miskin, kerana perbuatan sedemikian membawa pahala yang besar dan bila digandakan dengan gandaaan bulan Ramadhan, banyaklah pulangan keuntngan/simpanan akhirat bagi kita, insya Allah, masya Allah.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment