Tuesday, June 3, 2014

Kontroversi halal haram coklat Cadbury

Assalamualaikum,
Saudara, beberapa hari yang lalu timbul isu kehalalan/keharaman coklat Cadbury yang dikatakan mengandungi DNA babi mengikut penyelidikan kakitangan Kementerian Kesihatan. Kemudian, setelah dihebohkan, maka pihak JAKIM membuat penyelidikan pula untuk mempastikan apakah coklat tersebut telah tercemar atau sengaja dicemarkan tanpa pihak pengilang benar-benar faham tentang halal/haram serta isu apakah pencemaran tersebut tidak disengajakan atau terbatas kepada sample yang dikaji semata-mata! Siapakah yang fakih tentang halal/haram dalam Islam?
Saudara, di dalam al-Quran Allah (a.w) menyebutkan ketetapan bahawa diharamkan bagi umat Islam daging babi, bangkai, darah dan sebagainya. Ada orang Islam yang berpandangan - silap - bahawa yang diharamkan itu adalah 'daging' babi. Maka ada yang berpandagan selain daging 'dibolehkan'! Begitu juga bangkai. Islam membolehkan umatnya makan dua jenis bangkai sahaja iaitu bangkai ikan dan bangkai belalang. Selainnya, haiwan yang dihalalkan seperti lembu, kambing, ayam itik dan burung-burung atau haiwan yang tidak berbiasa dan tidak bertaring, dibolehkan dimakan asalkan telah disembelih dengan menyebut nama Allah (a.w). Termasuklah haiwan yang ditangkap oleh anjing yang telah diajar berburu, tangkapannya boleh di sembelih dengan menyebut nama Allah (a.w) setelah dibuang bahagian yang digigit anjing, tanpa perlu disamak haiwan tersebut. Islam mensyaratkan bahawa sekiranya anjing yang memburu makan sebahagian daripada badan/tubuh haiwan yang diburu itu, maka haiwan tersebut tidak boleh disembelih dan diamakan kerana dikira milik anjing tersebut! Ada orang Islam yang berburu menggunakan senapang, keludian melapaskan anjing buruan untuk mencari dan menangkap haiwan yang diburu. Dalam perkara ini, tidak ada nas dan dalil al-Quran atau as-Sunnah yang membolehkan haiwan buruan tersebut halal di makan. Islam membenarkan berburu dengan menggunakan panah sahaja, kerana kemungkinan besar haiwan yang diburu dengan panah, masih bernyawa dan masih sempat disembelih. Itulah ketetapan Islam. Dan, ketika menyembelihna Islam mengenakan beberapa syarat pula, iaitu hendaklah murni cara menyembelihnya, iaitu hanya dibaca 'Bismilallah, Allahu Akbar' sahaja, tanpa menambah kalimah-kalimah lain ketika menyembelih. Dalam perkara penyemebeliah ini ramai umat Islam yang menambah kalimah yang dibaca, termasuklah 'berselawat atas Nabi' selepas membaca 'Bismillah, Allahu Akbar' itu. Ini adalah menghapuskan kemurniaan ketetapan Islam, tidak dibolehkan.
Saudara, menyentuh tentang proses penyembelihan ayam dan itik untuk kegunaan komersial pula, isu halal/haram ini timbul, kerana dalam proses penyembeliahan yang berlaku sekarang ini, penyembelih di pusat penyembelihan sering menggunkan elektrik untu membuatkan ayam atau itik atau lembu itu separuh mati, baru disembelih. Dan, kerana banyaknya haiwan yang hendak disembelih, seringkali tukang sembelih menyebut 'Bismillah, Allahu Akbar' sekali saja, kemudian ters menyembelih ayam/itik/lembu satu demi satu tanpa membacanya berulang-ulang kali atas setiap sembelihannya. Kerana proses tersebut melibatkan haiwan yang banyak, apakah pasti haiwan yang hendak disembelih itu masih hidup kemuian disembelih? Atau, sudah separuh mati atau sudahpun mati baru disembelih? Apakah boleh? Islam mensyaratkan prosess sembelihan itu menepati as-Sunnah - cara Rasulallah (s.a.w) menyembelih haiwan itu adalah kaedah dan cara yang penting, termasuklah menghalakan haiwan tersebut ke arah kiblat, menyembelihnya dengan membaca 'Bismillah, Allahu Akbar' itu pada setiap sembelihan. Adakah orang yang menyembelih itu orang Islam? Atau, orang 'fasik' - tidak mengerjakan ketetapan Islam, sebaliknya namanya saja Islam? Jika begitu kemungkinan besar ada haiwan sembelihan yang disembelih melanggar syarat sedemikian atau sebahagian haiwan sembelihan disembelih ketika ia tiada nyawa lagi. Dalam perkara ini, haiwan itu haram dimakan walaupun hakikatnya haiwan itu halal dimakan, sekiranya proses dan kaedah dan caranya betul. Justeru itu pihak JAKIM mengeluarkan Sijil Halal atas hakikat bahawa penyemebeliahnnya menepati ketetpan Islam. Justeru itu, besar kemungkinan sebilangan haiwan yang disembelih itu haram kerana disembelih tidak menepati ketetapan dan peraturan Islam atau mati ketika disembelih. Ini pihak JAKIM tidak boleh pastikan, kecualilah pegawai/kaktangan JAKIM yang uruskan penyembeliahn tersebut. Tambahan pula, penyembeliha adalah satu syarat utama. Syarat kedua adalah pencemaran. Haiwan yang halal, setelah disembelih, jika dicampur dengan haiwan yang mati/sudah mati ketika disembelih, maka yang halal telah menjadi haram kerana dicampur dengan 'bangkai'. Seperkara lagi, dalam urusan pegangkutan. Daging yang halal jika diangkut menggunakan kenderaan atau pengangkutan yang juga digunakan mengangkut dagng yang tidak halal, pasti mencemarkan yang halal, menjadikan yang halal itu haram pula! Dan, penjualan atau penggunaan haiwan tersebut oleh establishment yang memasak dan menghidangkan makanan - yang halal dan haram. Seringkali establishment yang menghidangkan makanan seperti hotel dan restoran terkemuka, menghidangkan makanan halal dan haram - mungkin menggunakan peralatan yang sama. Establishmet yang popular sedemikian, sering dikerumuni oleh pelanggan yang ramai, sering kehabisan supply atau berlaku kehabisan bekalan, maka establishment tersebut mengerah kakitangannya pula menyembelih untuk tambahan bekalan. Apakah sembelihan tersebut halal? Atau, disembelih  mematuhi peraturan dan proses penyemeblihan yang betul? Atau, orang yang menyembelih tambahan tersebut orang Islam? Kalau seseorang itu Islam, tetapi dia mengabaikan solatnya, maka tidak bersolat dia, Islam menghuumi mereka itu kafir, kerana meninggalkan satu solat fardu menjadikan orang tersebut jatuh kafir! Jika dan menyembelih, maka sembelihannya tidak sah. Haiwan yang halal dimakan, disembelih oleh orang yang bukan Islam, tidak menjadikan haiwan tersebut halal di makan. Seperkara lagi, adalah isu penyimpanan sembelihan. Apakah dicampur dengan haiwan yang bersifat bangkai kerana tidak disembelih - seperti kesnya ayam/itik/lembu yang disembelih disimpan di dalam tempat simapanan seumpama bilik sejuk yang satu? Telah timbul pencemaran, maka daging yang halal berubah menjadi haram, lebih-lebiih lagi kalau dalam bilik sejuk atau freezer tersebut juga disimpan daging yang haram, seperti daging babi atau daging dari haiwan yang tidak disembelih mengikut ketetapan Islam. Kemudian, isu siapakah yang menyediakan makanan yang dihidangkan? Kalau orang yang bukan Islam memegang daging yang haram, walhal dia makan sesuatu yang haram - seperti Cina atau Kristian yang makan babi, contohnya, memasak masakan atau makanan untuk orang Islam, sudah tercemar, maka menjai haram makanan yang dihidangkan. Dalam perkara ini begitu ramai orang yang akui dirinya Islam makan di restorau atau warung Cina atau India yang tidak Islam! Pasti dia makan bangkai atau daging halal yang tercemar, maka daging tersebut tidak lagi halal.
Saudara, kesemua isu ini relevan dalam perkara halal dan haram menyentuh daging haiwan yang hakikinya halal dimakan oleh orang Islam. Justeru itu, halal dan haram itu menyentuh proses dan prinsip yang hak dan tidak boleh diemehkan. Jika seseorang Islam itu memakan bangkai atau daging yang haram kerana sebab-sebab yang disebutkan di atas itu, maka Islam menetapkan api neraka lebih berhak terhadap daging, urat dan lain-lain bahagian tubuh yang wujud atau terbentuk kerana makanan yang haram. Maka salah satu sebab kenapa ramai orang Islam gagal di akhiratnya adalah kerana makan daging - ayam, itik, lembu dan sebagainya - yang haram atau tercemar menjadi haram!
Saudara, demikianlah juga kesnya bersabit coklat Cadbury tersebut, Pasti haram jika dicemari oleh DNA babi.Pasti haram kalau ianya dikilang menggunakan mesin yang juga digunakan untuk memproses bahan haram, walaupun ngredientsnya adalah halal, tetapi dicemari oleh proses pembuatan produk lain yang mengguanakan sesuatu yang haram, walaupun produk tersebut tidak ditargetkan untuk orang Islam memakannya!
Saudara, makanan adalah penting diberi keutamaan supaya menepati ketetapan Islam. Tidak boleh diremehkan. Kalau kakitangan Kementerian Kesihatan mendapati wujud DNA babi - setelah diselidiki, JAKIM mengatakan sebaliknya kerana penyelidikan/penyiasatannya pula mendapati tiada DNA babi, siapa yang betul? Sains tidak akan menghasilkan penemuan yang berbeza!
Sesungguhnya syaitan itu akan mencuba pelbagai cara, kaedah dan karenah supaya umat Islam masuk neraka. Maka syaitan yang membenarkan pendapat yang salah dan batil. Oleh itu berwaspadalah. Yang meraa bakaran api neraka bukannya Kementerian atau kaktangannya atau JAKIM, tapi kita sendiri sebaga pengguna. Tidak ada siapa yang menolong dan melindungi kita di akhirat kelak. Malah tidak siapa yang dapat menolong kita dari siksaan di kubur kerana meremehkan isu halal/haram ini. Berwaspadalah.

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment