Saturday, June 14, 2014

Puasa Ramadhan (Samb.)

Assalamualaikum,
Saudara, dalam post yang sebelum ini kita telah tahu bahawa Rasulallah (s.a.w) memberitahu ada 3 peluang besar dan keemasan bagi kita untuk menempah tempat dalam syurga, sekiranya kita lakukan sebaik mungkin demi mencar peridhaan dan keramatan Allah (a.w); iaitu: pertama, kita sentiasalah berselawat atas Nabi (s.a.w) dengan menyebut 'sallahu 'alaihi wa-salllam' setiap kali kita mendengar nama Rasulallah (s.a.w) atau Nabi (s.a.w) atau Muhammad (s.a.w) disebut/didengari, maka kta mendapat syafaat Rasulallah (s.a.w) di akhirat kelak, yang membolehkan kita tergolong dari kalangan umatnya yang mendapat syurga; kedua, kita melayani dan menjaga dan mengekalkan hubungan yang baik terhadap kedua orang tua kita dengan berbakti kepada keduanya terutama ketika mereka sudah lemah ketika tu, maka ibu bapa kita ridha terhadap kita dan keidhaan ibu bapa itu adalah asas untuk mendapat keridhaan Allah (a.w), yang membolehkan kita bertempat di syurga di akhirat kelak; dan ketiga, kita mengerjakan puasa Ramadhan dengan penuh keimanan mengaharpkan pahala terbanyak dari Allah (a.w) dengan meninggalka segala perkara buruk dan menambah amal dan ibadah ketika siang dan ketika malam, maka kita dibebaskan oleh Allah (a.w) dari neraka dan mendapat balasan syurga.

Terhakis pahala puasa, bila –

(-) Mengumpat dan perkataan yang jelik/kotor/tidak berfaedah

Saudara, dalam hadith ini Rasulallah (s.a.w) memberitahu bahawa jika seseorang itu tidak meninggalkan pelbagai kemaksiatan, terutama berkata-kata jelik seperti mengumpat, mengadu dumba supaya membuatkan orang bermusuh-musuhan atau berkata-kata tapa faedahnya, maka Allah (a.w) tidak sekali-kali enerima puasanya, maksudnya tak payahlah dia berpuasa, Allah (a.w) tidak menerima puasanya.
Diriwayatkan hadith daripada Abi Hurairah (r.a) berkata bahawasanya Nabi (s.a.w) telah bersabda: ‘Barangsiapa tidak meninggalkan perkataan (atau percakapan) sia-sia (lagha) dan mengerjakan dengannya, maka tiada bagi Allah (a.w) berhajat bahawa dia (i.e. orang yang berpuasa itu) meninggalkan dia akan makanannya dan minumannya (yakni, berpuasa).’ - Hadith hasan sahih at-Termidzi.
Hadith berikut juga menyebutkan perkara yang sama, jika melakukan perbuatan berbohong dan berdusta dan lain-lain kekejian, maka Allah (a.w) tidak menerima puaanya.
Diriwayatkan hadith daripada Said al-Maqburiu, hadith daripada bapanya, hadith daripada Abi Hurairah (r.a) berkata: ‘Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Barangsiapa yang tidak meninggalkan pekerjaan dusta (bercakap bohong dan lain-lain yang keji) dan mengerjakan dusta dengan amalan atau bercakap dusta, maka tiada hajat Allah (a.w) di dalam apabila (mereka) meninggalkan makanan dan minuman (yakni, berpuasa).’ - Hadith Bukhari, Kitab Saum.
Dalam hadith berikut, diperincikan lagi beberapa perkara yang menghakis pahala puasa, malah tidak ada gunanya berpuasa pada hari itu.
Diriwayatkan hadith dariada A’raj, daripada Abi Hurairah (r.a) berkata: ‘Bahawasanya Nabi (s.a.w) bersabda: ‘Puasa adalah perisai ketika ada salah seorang daripada kamu berpuasa, maka jangan melanggar, dan jangan mengerjakan (pekerjaan bodoh, yakni perbuatan jahiliah seperti berbual-bual kosong, mengata, mencaci, mengumpat, bercakap bohong, menghina orang, melihat dan berbuat maksiat, dan seumpamanya), maka sesungguhnya (jika ada orang) mempermainkan atau mencaci cela akan kamu, maka katalah (kepada mereka): ‘Sesungguhnya aku berpuasa.’ - Hadith Abu Daud, Kitab Saum.
Rasulallah (s.a.w) menasihtakan umatnya jikalah berlaku orang mencaci cela kita yang sedng berpuasa, maka janganlah layani memadailah meninggalkan tempat tersebut, dan beritahu mereka bahawa kita berpuasa, supaya puasa kita kekal tidak tercemar.

(-)   Bersetubuh di siang hari – Kifarah
Saudara, kita diberitahu oleh ibu bapa dan nenek moyang kita bahawa kita dilarang mengdakan hubungan kelamin pada siang Ramadhan. Pada awal Islam, umat Islam berpuasa mulai masuknya waktu Isya' dan  berbuka ketika masuk waktu Maghrib - suatu masa yang panjang. Oleh itu umat Islam dibolehkan makan minum dan segala sesuatu yang dihalalkan sebelum masuknya waktu Isya'. Inilah yang difirmankan dalam Ayat berikut:
Firman Allah (a.w): ‘Uhilla lakum lalatas siamir rafathu ila nisa akum hunna libasun lakum wa antum libathul lahun, ‘alimul Allahu annakum kuntum tathtanuna anfusakum fataba ‘alaikum wa ‘afa’ankum … (hingga akhir ayat) … linnasi la’lallakum yattaquna.’ [Yang bermaksud: Telah dihalalkan bagi kamu sekelian (bersetubuh dengan) wanita (yakni, isteri) kamu pada malam puasa, mereka adalah pakaian untukmu dan kamu juga pakaian untuk mereka. Allah (a.w) telah mengetahui bahawa kamu sekelian mengkhianati dirimu sendiri, maka Allah (a.w) berkenan memberi maaf dan (menerima) taubat atas kamu. Maka sekarang bersuka-sukalah kamu sekelian dengan mereka sambil mengharap apa yang diberikan oleh Allah (a.w) bagimu’; makan minumlah kamu sekelian sehingga nyata bagimu perbedaan antara benang putih (i.e. cahaya siang hari) dari benang hitam (i.e. cahaya gelap malam), lalu lanjutkanlah (i.e.teruskan) berpuasa hingga malam (yakni, Maghrib) dan jangan kamu sekelian bersuka-suka (i.e. bercumbu-cumbuan) dengan isteri di waktu kamu niat I’tikaf di masjid. Itulah batasan hukum Allah (a.w), maka janganlah kamu sekelian melanggarnya, demikianlah Allah (a.w) menerangkan ayat-ayatNya kepada manusia supaya mereka bertaqwa.’] - Ayat 187: al-Baqarah.
Dalam ayat ini, Allah (a.w) melarang sepasang suami isteri - terutama yang masih muda - bercumbu-cumbuan dan bergurau-gurauan di siang hari, kerana kemungkinan terjadinya hubungan kelamin. Maka bukan sahaja akan membatalkan puasa hari tersebut, tetapi juga kfarahnya berat. Inilah yang disebutkan dalam sabda Rasulallah (s.a.w) dalam hadith berikut:
Meriwayatkan hadith daripada Sufian bin ‘Uyainah, hadith daripada Zuhri, hadith daripada Humaidi bin Abdil Rahman, hadith daripada Abi Hurairah (r.a) berkata: ‘Datanglah seorang lelaki kepada Nabi (s.a.w), maka berkata dia: ‘Rosaklah aku, wahai Rasulallah (s.a.w)!’ Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Apa yang merosakkan engkau?’ Berkata lelaki: ‘Menjimak atas isteriku di dalam bulan Ramadhan.’ Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Adakah menjumpai engkau apa-apa untuk memerdekakan seorang hamba?’ Jawab lelaki: ‘Tiada.’ Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Maka adakah mampu engkau bahawa berpuasa engkau dua bulan berturut-turut?’ Menjawab lelaki: ‘Tidak.’ Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Adakah memjumpai engkau apa-apa (untuk) memberi makan 60 orang miskin?’ Menjawab lelaki: ‘Tiada.’ Berkata Abi Hurarirah (r.a) (perawi hadith): ‘Kemudian duduk dia. Maka didatangkan kepada Nabi (s.a.w) sebuah bekas yang didalamnya berisi kurma. (Saat itu datanglah orang membayar zakat kepada Rasulallah (s.a.w)) Maka (diberikan kepadanya zakat yang diterimanya dan) bersabda Nabi (s.a.w): ‘Bersedekahlah engkau dengan ini.’ Berkata lelaki: ‘Apakah ada orang yang lebih fakir daripada aku? Maka tidak ada antara tanah lapang ahli Madinah yang lebih memerlukan atas (ini pemberian) lebih dari aku!’ Maka tertawa Nabi (s.a.w) (mendengar cakap lelaki itu) sehingga ternampak gigi taringnya, kemudian bersabda Nabi (s.a.w): ‘Pergilah, maka memberi makanlah engkau akan ahli rumah engkau.’ - Hadith Muslim, Kitab Siam.
Saudara, hadith ini menyebutkan  kifarah bersetubuh disiang hari iaitu: berpuasa dua buan berturut-turut atau memberi makan 60 orang orang Miskin. Daam hadith tersebut, lelaki tersebut dibenarkan bersedekah, tetapi itu ketetapan khusus baginya dan tidak dijadikan satu alternatif kifarah. Maksudnya, kifarah membatalkan sehari puasa dlam bulan Ramadhahn melalui hubungan kelamin itu kifarahnya adalah berpuasa dua bulan berturut-turut atau, jika tidak mampu, memberi makan 60 orang fakir miskin.

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment