Monday, June 9, 2014

Puasa Ramadhan (Samb.)

Assalamualaium,
Saudara, mungkn saudara ingin tahu siapakah yang diberi kelonggaran tidak berpuasa? Kerana, sering kita dengar, ketika tiba bulan Ramadhan, ramailah orang Islam yang menemui doktor untuk dapatkan sijil pengakuan 'gastric', seolah-olah sijil itu diterima Allah (a.w) sebagai alasan untuk tidak berpuasa dalam bulan Ramadhan.
Saudara, kita telah lihat dalam firman Allah (a.w) bahawa tiga kategori umat Islam di awal Islam diberikan kemurahan untuk tidak berpuasa, iaitu: (a) sesiapa yang ta tahan nak berpuasa, maka boleh membayar fidyah memberi makan seorang miskin setiap hari yang dia tidak berpuasa, tetapi kekal wajib berpuasa ganti hari-hari lain; (b) orang yang sakit, yang penyakitnya mungkin memudaratkan kesihatannya jika dia berpuasa terus dalam bulan Ramadhan; dan (c) rang yang musafir atau dalam perjalanan jauh melebihi 2 marhalah (kejauhan yang dibolehkan menjamakkan solat). Tapi kesemua meeka itu diwajibkan menggantikan puasanya di harii-hari lain sejumlah hari yang dia tidak berpuasa - kalau dia sakit 10 hari, tak puasa 10 hari, ketika dah sembuh, wajib puasa ganti 10 hari. Begitu jugalah orang yang musafir, akalu dia tak puasa kerana musafir 10 hari, kena bayar semula puasa ganti 10 hari di hari-hari dia tidak musafir. Tidak ada perlepasan mutlak!
Inilah ketetapan Ayat 185: al-Baqarah. Kemudian kelonggaran pilihan bagi yang mampu puasa tapi tak mahu puasa itu membayar fidyah itu, dimansuhkan apabila turunnya Ayat 187: al-Baqarah. Maka dalam al-Quran duakategoi orang yang diberi kemurahan untuk tak berpuasa dalam bulan Ramadhan kerana sakit dan kena musafir, tapi wajib ganti pada hari-hari lain, sejumlah yang ditinggalkan. Dalam as-Sunnah keonggaran itu lebih diperincikan lagi.
Diriwayatkan hadith daripada Yazid, hamba merdeka kepada Salamah bin Akwa’ (r.a) berkata: ‘Ada kami di dalam bulan Ramadhan atas zaman Rasulallah (s.a.w), barangsiapa mengkehendaki berpuasa (berpuasa mereka) dan barangsiapa berkehendakan berbuka (berbuka mereka, yakni tidak berpuasa mereka) maka membayar fidyah dengan memberi makan seorang miskin (yakni, setiap sehari yang tidak dipuasakan) sehinggalah diturunkan ini ayat '... faman syahida minkumus-syahra falyasumhu'’ [Ayat 187, Surah al-Baqarah][Maksud ayat: ‘Barangsiapa menyaksikan (datangnya anak bulan Ramadhan) maka hendaklah dia (yakni, wajib) berpuasa’]. - Hadith Muslim, Kitab Siam.
Jelasnya, ketika diturunkan Ayat 187: al-Baqarah itu, tinggal dua kategori yang boleh tidak berpuasa, tetap membayar balik hutang puasanya.
Saudara, dalam as-Sunnah Rasulallah (s.a.w) meberitahu kategori orang Islam yang diberi kelonggaran tidak berpuuasa dalam bualan Ramadhan, iaitu hadith berikut:
Diriwayatkan hadith daripada Ibnu Abbas (r.a) ‘wa-‘alal-lazina yutiqunahu fidyatun ta’amul miskinin’ [Ayat 183, Surah al-Baqarah][Maksud ayat: (Seperti di atas)], berkata: ‘Adapun kemurahan (diberikan kepada) (golongan pertama) orang-orang tua yang sangat tua dan (golongan kedua) perempuan yang terlalu tua, dan kedua-duanya berupaya berpuasa bahawasanya berbuka (yakni, tidak berpuasa mereka) dan memberi makan sebagai ganti tiap-tiap hari orang-orang miskin; dan (juga, diberi kelonggaran tidak berpuasa kepada) (golongan ketiga) perempuan yang mengandung dan yang menyusukan anaknya ketika khuatir mereka (yakni, jika berpuasa akan memudaratkan anaknya).’- Hadith Abu Daud.

Saudara, dalam post yang lalu kita dah tau dua kategori orang Islam yang dibolehkan tidak berpuasa dalam bulan Ramadhan, iaitu orang yang sakit dam orang yang musafir, kerana orang yang sengaja tak mahu puasa telah dibatlkan kemurahan tersebut. Dalam hadith di atas itu disebutkan 3 glongan lain pula.
Hadith ini menyebutkan golongan pertama iaitu orang yang tua ((yang ditafsirkan seseorang yang berumur melebihi 60 tahun, maksudnya wargamas) boleh tak berpuasa tetapi membayar fidyah memberi makan seorang miskin setiap hari tidak dipuasakan; kedua, wanita yang sarat mengandung kerana khuatir akan terjejas kesihatan dirinya dan kesihatan anak dalam kandungannya; dan ketiga, wanita yang menyusui anak yang baru dilahirkan takutkan terjejas kesihatan anaknya yang masih dalam susuan. Dalam Islam digalakkan ibu menyusukan anaknya selama 2 tahun. Kategori pertama tidak perlu bayar dengan pusa ganti. Golongan kedua dan ketiga wajib bayar jumlah hari pusa yang dia tidak puasa tersebut. Demikian jugalah wanita yang haid, wajib mengganti puasa Ramadhannya yang ditinggalkan ketika haid - 7 hari? atau wanita bersalin jumlah hari dia tidak dibolehkan berpuasa sehingga tus darah haid atau darah nifasnya - 15 hari? Walaupun dibolehkan, Allah (a.w) menyebut bahawa jikalah seorang iman itu tahu betapa besarnya pahala sehari puasa Ramadhan, pasti lebih baik baginya jika dia usahakan berpuasa. Kerana Rasulallah (s.a.w) memberitahu kalaulah ditinggalkan sehari puasa Ramadhan, jika diganti dengan puasa sepanjang tahun sekalipun, tak dapat menyamai pahala yang terlepas kerana tak puasa sehari itu!

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment